Saturday, 27 June 2015

ANCAMAN BARU PADA NAJIB KETUA PEMUDA UMNO LETAK JAWATAN

SYOR ISTANA AMBIL ALIH PIMPINAN PEMUDA JOHOR
Komen: 27 Jun 2015 :Jika Ketua Pemuda UMNO Johor terus sepi membisu atas tindakan mendadak naibnya Datuk Khairul letak jawatan maka seluruh anggota pemuda Johor harus memikirkan jalan untuk menyerahkan kepimpinan Pemuda  kepada TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sudah sampai masanya kepimpinan politik diambil alih oleh orang dari Istana yang berjiwa rakyat demi maruah bangsa Johor- Amir JB

ANCAMAN BARU PADA NAJIB.....
Tindakan orang kuat Pemuda UMNO Johor Datuk Khairul  Anwar Rahmat meletakan semua jawatannya dalam UMNO Johor ekoran tuduhan berkonspirasi dengan Tun Mahathir untuk memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib menerusi  pengajuran forum Nothing2 Hide, pastinya akan mengundang tindakan susulan dari ketua-ketua UMNO yang mendiamkan diri selama ini.

Tidak juga boleh dinapikan ini suatu ancaman baru yang menambah masalah kepada Datuk Seri Najib.

Walaupun Khairul memberikan alasan perletakan jawatannya untuk menumpukan kepada perniagaan guamannya tetapi seluruh negara tahu selain dari tuduhan itu ,beliau juga baru baru ini menyokong titah TMJ yang mahu pemimpin negara  bertindak atas hasrat rakyat dan bukan ideologi parti.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh Malaysian Insider hari ini Khairul mengumumkan perletakan  jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang,Naib Ketua Pemuda Johor dan juga Ketua Setiausaha Biro Guaman UMNO.Beliau jug adalah aktivis Persatuan Sukarelawan Peguam Malaysia(SukaGuam).

Berikutan dengan kegagalan forum Nothing2Hide ,dalam suatu interviu dengan  Malaysiakini  Khairul mengatakan  orang di JPM melakukan sabotaj  tanpa  menyebutkan sesiapa tetapi didedahkan oleh seorang blogger Raja Petra  Kamaruddin yang dimaksudkan  ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri ,Datuk Khairun Aseh(NST 8 Jun 2015).

Menurut Raja Petra yang mempunyai hubungan khas dengan JPM" sebab mengapa Khairun (SUP) menasihatkan Najib  memulaukan dialog itu  kerana Khairul sebenarnya telah membuat pakatan sulit dengan Mahathir supaya hadir untuk  membolehkannya memalukan Najib"

Raja Petra Kamaruddin yang dipercayai berada dalam senarai penulis bangang telah menuduh penganjur Nothing2Hide dan Malaysiakini  berkonspirasi untuk menghina dan memalukan Najib.

Khairul sejak itu tidak mahu membuat sebarang komen kerana  beliau  mendakwa telah menerangkan segalanya kepada Perdana Menteri.

Maka itu,  tindakannnya meletakan  semua jawatan dalam UMNO Johor dengan mengejut pasti  mengundang beberapa persoalan  dan membawa kemungkinan kepada berlakunya tindakan yang sama di beberapa bahagian lagi di negeri itu.Beliau adalah seorang yang berpengaruh dan  dihormati di kalangan pemuda UMNO Johor.

Jika ini berlaku ,tidak akan membantu perancangan Presiden UMNO Datuk Seri Naib yang  menanguhkan pemilehan MKT UMNO  tahun  depan untuk memperkukuhkan perpaduan UMNO bagi menghadapi pilihanraya umum.

Penerimaan ramai lebih buruk lagi kerana  hal ini berlaku sebaik sahaja pengumuman itu  dibuat dan ketika Najib bagitu bersemangat  mencari kekuatan baru diatas penangkapan seorang eksekutif PetroSaudi untuk membersihkan dirinya dari kekotoran 1MDB.

Meanwhile in response to the announcement, businessman and former New Straits Times group editor-in-chief Kalimullah Hassan congratulated Khairul for his courageous act.
"A brave decision. Wish there were more like him in BN," he tweeted this morning.


Twitter @ zainudinmaidin
@Serentak menteri,pemimpin dan porpagandis gunakan tangkapan pegawai PetroSaudi untuk bersihkan 1MDB . Nampak seperti terancang. Be profesional lah.
@Kata Najib 1MDB bangunkan semula Masjid Kg Baru. Bukankah ini tanggungjawab kerajaan?Ini cerita pahala agama nak tutup dosa dunia.

22 comments:

  1. Bagaimana Raja Petra tahu orang yang dimaksudkan oleh Khairul ialah Khairun Aseh jika Raja Petra tidak mempunyai hubungan sulit dengan JPM? Adakah dia termasuk dalam senarai penulis upahan berbayar walaupun tidak dikehendaki di negara ini atau hidup sebagai orang pelarian. Dalam keadaan panik orang pelarian pun berguna juga. Mana maruah?

    ReplyDelete
  2. Yang penting sekarang ialah untuk seluruh Pemuda UMNO melihadan menilai t apakah reaksi bijaksana dari Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

    Apakah dia akan mendiamkan diri sahaja atau turut menyalahkan Khairul. Saya kesal seorang yang cerdik dan pintar seperti beliau telah ikut rentak orang-orang yang kurang cerdik yang terus nampak seolah-olah tangkapan eksekutif petro Saudi sebagai suatu kemenangan bagi Najib.

    Ingat Khairy di luar sana ada pemuda pemuda yang lebih berani dan lebih cekap dalam politik dan jika tidak bijak saudara akan terlihat sebagai Pak Turut yang tidak bermaruah. Perubahan poiltik yang berlaku bagiu cepat dengan mendedahkan pejuang pejuang berani seperti Khairu lakan menampakan saudara sebagai o ketinggalan dan tidak akan diterima oleh rakyat Malaysia yang semakin sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Turut ibni Pak Sanggup

      Delete
    2. Kemana pergi nya hero UMNO yang mengatakan dia tidak takut melainkan takut kepada Allah dalam sidang yg tertutup dan di videokan secara rahasia ? Ia menjadi viral ketika waktu itu tapi kini layu sebelum mekar dan amat menyedihkan kerana kita dapat lihat sama ada beliau benar2 ikhlas
      bila berkata atau memang lidah tidak bertulang....

      Delete
  3. Orang bijak sayangkan bangsanya.Khairul seorang yang kasyaf.

    ReplyDelete
  4. Salam Zam, cost membangun semula masjid Kg Baru RM20 is peanut kalau di bandingkan dengan donation JH Low sebanyak US$50 million di Amerika untuk pusat cancer. refer MalayMail

    Anyway RM20million is equivilent to ONLY about 5 days of interest to service RIBA for 1MDB loans.

    alfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara yg baik x perlu dipolitikkan.Kalau kau suka J Low tu ayuh kemas pakaian dan pergi ikut dia. Buat semak je kat sini.

      Delete
    2. Kalau saya jua boleh dapat duit sebanyak JH Low dapat dari Pahlawan Bugis,tentu sekali saya akan ikut J Low,Pak!

      alfie

      Delete
  5. Salam Tan Sri.

    Bagi sy...KJ...sbgai KP...cuma penggilap Najib sahaja.

    Dia cuma penting survival diri...bukan ada munafaat pd Parti pun.
    Cuma sy tertanya2....Parti Umno ini...kini dan terkini masih adalagi kah jawatan Timbalan Presiden dan siapa org nya?

    Senyap sepi mcm bisu sahaja. Kalau sudah smpai peringkat Menteri Federal hentam TMJ pun dia diam lagi....apa fungsi dia?

    Kalau sudah tidak berani bersuara....main sipi2 sahaja....mcm 'Ponen' istilah org Kedah pd Pondan....baik letak jawatan sahaja.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Tuan zam.....
    Apa pun tahniah saya ucapkan.
    Tindakan ini satu tindakan yg cukup bermaruah. Dia masih muda. Jika ada tekanan buat apa sakit2 kepala....kerana niat beliau utk pertemukan najib dan TDM amat baik. Jgn hanya bising d alam media sosial saja...berdepan lah dgn penuh hormat dan kebenaran.
    Masalah ini melibat kan rakyat tak mengira bangsa. Penerangan yg jelas dan telus amat perlu. Kenapa keselesaan rakyat d ganggu gugat dgn pelbagai isu yg tak sepatutnya ? Malah kenyataan yg sering berubah2 menampakkan lagi kelemahan yg sedia ada.
    Bayangkan d saat keperitan rakyat menghadapi kenaikkan harga brg dan kos hidup,gaji para2 menteri naik berganda2 ? Salah jugak rakyat ? Berlaku adil lah....
    Susah sangat ke nak berlaku adil ? TIDAK jika kita SEDAR siapa kita !

    Sekian.

    Salam hormat dan terima kasih.

    ReplyDelete
  7. “Jatuh bangunnya negara ini, sangat tergantung dari bangsa ini sendiri. Makin pudar persatuan dan kepedulian, Indonesia hanyalah sekadar nama dan gambar seuntaian pulau di peta. Jangan mengharapkan bangsa lain respek terhadap bangsa ini, bila kita sendiri gemar memperdaya sesama saudara sebangsa, merusak dan mencuri kekayaan Ibu Pertiwi.” (Bung Hatta)

    Sila ambil pelajaran seorang tokoh negarawan.

    ReplyDelete
  8. As they say , if you cannot support your boss then the least you can do is not being a nuisance .

    Khairul did an honourable act , it is not about being brave .

    PN

    ReplyDelete
  9. Saudara anon 2.59 am, tak guna untuk mengingat bangsa melayu dengan kata2 pujanga. Ketua negara kita adalah berdarah bugis yang asalnya hidup dengan merompak dan melanun. Ada dia kisah tentang rakyat dan bangsanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa juta rakyat Malaysia yang mati sebab miskin tapi berjuta mati kerana terlebih makan,

      Delete
  10. Sebagai seorang muslim saya amat berharap agar tidak mempermainkan Allah . Allah itu tuhan yang kita sembah dan Dia lah yang bagi rezeki dan segala macam nikmat. Nak buat amat soleh buat lah banyak mana pun , nak buat masjid buat lah berapa juta tapi mestilah ikhlas dengan Allah . Janganlah tipu Allah macam tipu manusia . Cukup lah dengan macam macam musibah yang menimpa negara . Kami rakyat dah tak sanggup lagi dah. Tolonglah.

    ReplyDelete
  11. Khairul x sepatutnya ambil tindakan melepaskan jawatan dalam UMNO semata2 kerana kenyataan Raja Petra kerana itu pendapat peribadi beliau. Lagipun umum tahu RPK ni bukanlah boleh dipercayai. Dia kaki fitnah besar contohnya dalam isu Altantuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalaluddin Kepong28 June 2015 at 10:50

      Mata fikir saya tidak setuju bahawa tindakan Khairul letak jawatan semata-mata kerana kenyataan Raja Petra sebaliknya Khairul tidak bodoh untuk dapat merasakan tangan di belakang Raja Petra yang terbuang di London tetapi mendapat maklumat yang sah tentang siapakah yang dimaksudkan oleh Khairul sebagai dalang yang menasihatkan Najib supaya membatalkan kehadiran di forum itu.
      NST sebagai akhbar yang dikuasai oleh JPM tidak mungkin akan berani siarkan tuduhan Raja Petra itu jika tidak diarahkan oleh orang JPM dengan menyebutkan pula nama SUP Najib dan tidak dinapikan pula SUP ini.Siaran berita itu adalah atas arahan.
      Saya fikir awak terlalu mentah untuk memahami kotornya permainan politik. Raja Petra adalah dalam list penulis upahan. Orang yang diburu polis pun masiu berguna bagi JPM yang dalam keadaan tersepit.

      Delete
  12. Ada juga org umno yg ada maruah....melayu masih ada harapan.

    ReplyDelete
  13. Saya rasa TMJ ada peranan amat besar untuk memperkuatkan kembali bangsa Melayu keseluruhannya.Setelah almarhum Tunku Abdul Rahman seorang putera raja yang berjuang bersama rakyat jelata untuk negara,kini orang Melayu berada di persimpangan jalan kerana kerosakkan yang dilakukan oleh si kitol-si kitol,dan sudah sampai masanya seorang lagi putera raja terpaksa turun untuk melakukan tugas penyelamatan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.Individu itu tidak lain dan tidak bukan adalah TMJ.Hanya beliau yang ada 'bisa' untuk menegur bangsanya yang kini semakin merosot daya fikir,hilang fokus dan menteri-menteri dayus.Ini adalah negeri beraja.Apabila rakyat sudah gundah gulana dan terancam,maka adalah molek kiranya seorang putera mewakili keseluruhan sistem beraja turun memperbetulkan keadaan.Daulat Tuanku!!!

    ReplyDelete
  14. nor ishak ismail29 June 2015 at 10:03

    Cuba kita tanya apa sebab sesaorang itu masuk UMNO ?. Ada orang cakap UMNO itu parti kerama. Ada orang cakap UMNO ni memperjuangkan dan melindungi (nasib) orang Melayu, Ugama dan Raja-Rajanye sekali? Ini saya kurang pasti ... sebab pernah saya berbuka puasa di Masjid Jamek yang terletak diantara Sg. Gombak dan Sg. Kelang, hidangan berbuka petang itu bermenu sambal tumis (yg tak tentu rasanya) terdapat dua tige ekor ikan kecil sepanjang 3 inci dan selebar jari ibu di rebus dimasukan bersekali dengan sambal, sayurnya kacang panjang keras macam plastik. Nasinya beras hancur?.

    Saya bukanlah cerewet tentang makanan, hari-hari saya bersarapan roti canai atau nasi lemak bungkus tepi jalan, ianya murah dan kenyang sampai lewat tengahari. Tapi malangnya hidangan berbuka tadi, tekak saya tak boleh terima ... wal hal mereka disekeliling saya sangat berselera ... malahan orang didepan saya meminta makan saya yang luaknya dua suap itu, disimpan untuk sahur katanya. Lepas saya selesai manghrib saya terus ke Restoren Mamak didepan Pasar Seni.

    Dari perbualan dan pengamatan, saya dapati peratusan besar yang berbuka pada petang itu adalah kalangan gelangdangan, mereka berpakaian kemas (sebab mereka pekerja bergaji gaji kecik), penampilan gelangdangan ini berbeza dengan "kutu rayau" ... saya jadi keliru sebab beberapa tahun sebelumnya Khir Toyo pernah mengistiharkan Selangor dan KL dah sifar miskin. Syahrizat (Menteri Kebajikan) pernah satu ketika tidak tahu akan kewujudan gelangdangan ini.

    Gelangdangan ini Melayu ... disini kita dapat lihat dua menteri UMNO yang disebutkan tadi masih berawangan dengan mitos perjuangan UMNO. Kedua menteri ini kemudiannya terlibat dengan salah laku kewangan yang merangkumi jumlah yang sangat banyak.

    Tentang kegiatan agama, kebelakangan ini saya melihat UMNO cuba meniru acuan PAS, dalam perkara ini saya rasa tuan-tuan atau Pak Zam sendiri lebih arif. Raja-Raja pula saya melihat kita punya ramai Raja, dan saya tak pasti siapa yang bertlindung dengan siapa, siapa yang patut terima nasihat pada siapa?.

    Kesimpulannya orang masuk UMNO bukannya berjuang untuk rakyat, tetapi melihat UMNO itu sebagai mesin pencetak duit dan duit itu akan dikumpulkan bagi membina kekayaan diri sendiri. Sebab itu dinegara ini yang kaya semakin kaya dan indek kesamarataan kita semakin melebar malah antara terlebar didunia.

    Seingat saya semasa 1980an dulu ekonomi kita setaraf Korea, tapi dimanakah kita sekarang? Asyik-asyik guna trik lama dengan bandingkan kita dengan Ghana ... tapi barang diingat jika ekonomi kita berterusan diputar belitkan seperti hari ini, tidak mustahil Ghana akan mendahului kita ... dan pada masa itu kalau tak sedar lagi kita akan bandingkan Malaysia dgn Bangladesh pula. Macam bola lah, kalau nak menang lawan Bangladesh.





    ReplyDelete
  15. Ada satu saudagar kaya Joe Taeik nama dia. Sangat pemurah dan dermawan menyumbangkan sejumlah rm25 juta hasil perniagaan kasinonya kepada rumah anak2 yatim Darul Radjak sempena bulan ramadan yg mulia bagi membantu susah anak yatim di banglo tersebut. Namun bila anak2 yatim itu dewasa kebanyakan mereka menjadi penyamun perompak penipu hasil derma ikhlas yg diberi oleh uncle Joe tadi. 
    Dari pengajaran cerita di atas, adakah Allah akan memandang baik sesuatu perkara atau benar dalam perbuatan seseorang? Adakah setiap amalan dinilai dgn wang ringgit? Kalau macam tu, lepas ni boleh la mintak CIMB bukak atm machine kat area kuburan, kalau rasa sakit sgt kene azab tu bayarlah sikit kat malaikat tu. 

    ReplyDelete
  16. Har, har, har!!!! Satu analisis kelakar daripada seorang wartawan veteran yang melihat dengan mata kepala beliau sendiri satu masa dulu seorang bernama Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan anak jati Johor meletakkan jawatan untuk menggoncang UMNO...Kalau benci Najib sekalipun janganlah membesarkan yang tak sebesar mana dan mengecilkan sejarah. Macam nak perbodo orang namanya tu

    Penanak Nasik

    ReplyDelete