Wednesday, 27 May 2015

WAJARKAH NAJIB DEDAHKAN SOKONGAN ISTANA KEPADANYA

MB DAN PEMIMPIN UMNO AKAN IKUTI LANGKAH INI 


Saya tidak faham mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib berasa perlu untuk mendedahkan sokongan Sultan Pahang ketika  beliau telah pun mendapat sokongan ribuan rakyat  di mana-mana  juga dalam menghadapi cabaran hanya dari seorang sahaja supaya meletak jawatan.

Beliau sendiri telah mengistiharkan  di mana-mana beliau pergi ribuan rakyat menunjukan sokongan kepadanya, Di Tawau lebih 40,000, di Johor lebih 15,000, di Gopeng lebih 25,000, di Kuantan 12,000 dan perhimpunan rakyat yang  lebih besar sedang menunggunya di mana-mana .

Jika beliau telah yakin dengan sokongan rakyat yang kuat dan hebat  maka kenaapakah beliau perlu mendapatkan sokongan dari Istana? Apakah sokongan dari Istana walaupun dari hanya seorang Sultan lebih besar dari sokongan ribuan rakyat?.

Rakyat memberikan penghormatan tertinggi kepada Sultan dan  Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan tetapi apabila Raja di bawa ke dalam kencah pertarungan politik antara rakyat maka dibimbangi akan menjejaskan penghormatan terhadap raja. Jika menang baiklah tetapi jika kalah orang yang di sokongnya bagaimana?

Najib telah dilihat oleh rakyat melakukan kesilapan dalam menghapuskan ISA dan rakyat bangkit  menyekatnya dari menghapuskan Akta Hasutan dan dalam hal dakwaan Sultan menyokongnya , Najib terlihat sebagai mahu melanggar pindaan perlembagaan yang jelas membataskan kuasa raja-raja sebagai Raja Perlembagaan untuk memurni dan  memuliakan kedudukan mereka.

Jika Sulan dilibatkan dengan percaturan poltik kepartian, maka apakah  pemimpin -pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak melihat ini sebagai suatu permainan politik yang tidak sihat yang akan menjejaskan kuasa demokrasi di tangan rakyat dan mahu membina feudalisme  dalam UMNO.

UMNO  ditubuhkan diatas atas perjuangan rakyat dan untuk rakyat!

Dengan Perdana Menteri sendiri membawa sokongan Istana ke dalam politik,maka bagaimanakah pula jika Menteri-Menteri Besar atau pemimpin-pemimpin UMNO  yang hampir dengan Sultan-Sultan  di setiap negeri mendakwa Sultan atau Raja masing-masing  menyokong mereka dalam pertandingan merebut kedudukan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dengan pendedahan Najib  bahawa Sultan Pahang menyokongnya  maka yakinlah rakyat ada  kebenaran dalam bisik-bisik selama ini  mengatakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat sokongan Istana dalam persaingannya dengan Mukhriz Tun Mahathir  untuk merebut jawatan Naib Presiden  UMNO yang lalu.

Saya tidak disokong atau mendakwa sokongan Tun   Dr.Mahathir dalam memberikan padangan ini dan rakyat hendaklah melihatnya sebagai pandangan tulus ikhlas  dari seorang wartawan,dari rakyat biasa, dari seorang ahli UMNO   yang ingin melihat UMNO kekal diatas kekuatan  rakyat yang bebas dan demokratik  tanpa campur  tangan luar dalam menentukan hak dan masa depan rakyat.

34 comments:

  1. Bila pemimpin pemimpin tertinggi UMNO dan juga MB KM bertanding untuk Majlis Kerja Tertinggi UMNO mendakwa di sokong oleh Raja atau Gabenor maka ahli biasa UMNO tidak akan dapat mengesahkannya dengan Sultan atau Gabenor samaada benar atau mereka berbohong.

    Ini adalah tidak adil kepada ahli biasa tetapi ini akan berlaku dan jika atas desakan beramai-ramai ahli-ahli UMNO maka raja-raja pula terpaksa menapikannya dan inilah yang akan menampakan jelas kita mengheret mereka ke dalam pertarungan politik dalam UMNO.

    Apakah ini dikehendaki oleh ktia sebagai ahli-ahli UMNO?

    ReplyDelete
  2. Aziz Abdul Rahman.27 May 2015 at 07:06

    Walaupun Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dari keturunan bangsawan tetapi beliau telah seberapa daya mendekati rakyat biasa,cuba berlagak sebagai rakyat biasa,pergi ke kedai kopi ketika hampir pilihanraya tetapi jelas pemikiran elitnya tidak dapat disembunyikan kepada rakyat bila beliau membanggakan sokongan Sultan kepadanya.

    Saya sebagai rakyat biasa, saya merasa amat tersinggung kerana fikirannya adalah lain dari apa yang difikirkan oleh rakyat biasa. Beliau tidak tahu apakah yang menyinggong perasaan rakyat.

    Rakyat melihatnya sebagai tidak yakin kepada sokongan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sendiri benci dgn slogan denyut nadi rakyat. geli mendengarnya.

      Delete
    2. Tu la. Aku pun dah meluat dengar slogan tu. Meluat yang amat. Cakap tak serupa bikin. Sejak adanya GST, duit keluar dari poket mencurah-curah macam air. Jangan kau cuba sebut perkataan rakyat lagi. Jijik kami mendengarnya!!!..

      Delete
  3. Tindakan Najib ini adalah strategi untuk mengumpul sokongan Raja-Raja Melayu bagi membangkitkan kembali episode Krisis Perlembagaan 1993 (imuniti raja-raja Melayu) di bawah kepimpinan Mahathir ketika itu. In secara tidak langsung untuk membangkit kembali kebencian Raja-Raja Melayu kepada Mahathir oleh Najib.

    Najib sudah tahu sokongan orang-orang UMNO makin menyusut bakal tinggal kulit tanpa isi. Orang-orang UMNO hakikatnya amat bijak dan rasional di dalam menyokong seseorang pemimpin. Hari demi hari pekung dan kurap di dada Najib semakin terdedah.

    Orang-orang UMNO mungkin dapat membela Najib dengan isu GST, BR1M atau 1MDB tetapi orang-orang UMNO tidak dapat membela Najib jika ia melibatkan Mak Andeh (Rosmah) kesayangan Najib. Ini kerana banyak rahsia-rahsia dan dasar yang diputuskan di atas ranjang yang orang-orang UMNO sendiri tidak tahu.

    Buktinya isu 1MDB yang berbelit-belit bercampur gaul di antara pelaburan Kerajaan dan perhubungan pribadi Mak Andeh makin hari makin khosot (kerosot).
    end

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau Najib tahu orang UMNO pun semakin tak ingin dengan dia. Kalau betul, alhamdulillah. Ingatkan dia ni jenis kulit bebal telinga tebal, hidup didodoi kayangan.

      Delete
  4. Nampaknya macam UMNO tidak perlu lagi ahli biasa untuk menaganggotainya. Cukuplah ia menjadi organisasi bangsawan sahaja. Tak perlu lagi undi perwakilan untuk menduduki kerusi penting dalam parti. Eloklah begitu. Tak payah lagi saya menyokong UMNO.

    ReplyDelete
  5. Salam Tan Sri,
    pada pandangan saya, negara kita akan terus hancur sekiranya penyalahgunaan kuasa dan pengaruh ini terus berleluasa...dan bila telah hancur, maka hilanglah melayu dari muka bumi ini...dan pada masa kehancuran itu, hanya satu sahaja Pelindung yg kita ada dan ianya adalah ALLAH...
    saya bukan nak berceramah ke hapa tapi sekiranya YAB PM kita dapat kembali kpd pengamalan pengurusan berlandaskan syariat Islam, bertaubat beramai2 dan terus berpegang kpd Ilam dengan seteguh2teguhnya, saya yakin NEGARA kita dapat diselamatkan...

    p/s: Maafkn saya kerana tidak menggunakan ID sebenar...

    ReplyDelete
  6. Deraman Kedah.27 May 2015 at 08:55

    Negara-negara Islam yang berlandaskan syariat Islam mengikut tafsiran masing-masing,tempat orang Islam bertumpu untuk bertubat ,negara-negara inilah yang hebat dengan pembunuhan sesama sendiri malah menjadi negara mundur dengan raja-raja terus berkuas tanpa kuasa rakyat sedangkan negara-negara kafir menjadi negara yang maju,aman dan damai dan menjadi matlamat untuk umat Islam bnerhijrah dan mencari ilmu.

    Analisis saudara cukup mudah hanya berdasarkan wahyu dan bukan ilmu realiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kontek Malaysia, Institusi Raja tidak berperanan seperti di Arab Saudi, Bahrain atau Brunei. Realitinya, Malaysia mengamalkan Raja Beperlembagaan, lebih kurang sama dengan "negara-negara kafir menjadi negara yang maju,aman dan damai" seperti England dan Belgium "dan menjadi matlamat untuk umat Islam bnerhijrah dan mencari ilmu". Keduniaan = Science, Engineering dan Mathematics?


      Malangnya di Malaysia, kita terlampau berlebihan dalam ilmu keAgamaan sehingga rakyat menjadi jumud dan tidak mampu berfikir secara matang. Kita membenarkan 'orang-Agama pelik' berserban dari Arab, Pakistan dan India untuk masuk berceramah. Pusat-pusat Tahfiz dibenarkan dibuka dengan menyewa rumah di taman-taman perumahan sebagai satu punca mencari rezeki.

      Di Malaysia, disamping memelihara Perlembagaan, Raja-Raja juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam. Jika Kemuliaan Institusi Raja-Raja terhakis akibat campur-tangan Istana dalam kancah politik kepartian, yang paling untung adalah Party-party politik yang anti-Institusi ini.

      Delete
    2. nor ishak ismail27 May 2015 at 11:44

      Sdr. Deraman Kedah.

      Begitulah adanya Islam hari ini. Islam ditegakkan bukan disebarkan. Uztas, Ulama adalah nama komersial untuk melariskan jualan berbagai produk berunsur agama. Maka wujud lah nama seperti Datuk Dr Ustaz Haji Fadilah (itu contoh). Air doa yang dijual RM4.50 sebotol kecil (berapa punya untung daa?) ... adakah Allah menurunkan ugama secara percuma yang akhirnya didagangkan oleh penganutnya sendiri.

      Lantas Islam itu ditafsirkan dengan berbagai rupa hingga kita lupa wajah sebenar Islam itu sendiri. Pernah saya mendengar di TV ada Uztas berceramah mengatakan segala perjalanan hidup kita ini telah ada peraturannya (katanya cara perbuatan nabi ... perbuatan sunnah yang dapat pahala), kita tak perlu berfikir seperti orang kafir tentang teori atau amalan baru untuk mengaturkan kehidupan yang lestari. Setahu saya segala perbuatan baik ada pahalanya. Saya tidak nafikan perbuatan nabi ... banyak perkara baik yang kekadang memudahkan kita. Yang malangnya banyak perbuatan nabi diada-adakan dengan ganjaran pahala yang melampau-lampau ... yang akhirnya pernyataan itu adalah palsu (hanya untuk melariskan ceramah sahaja).

      Akhirnya Islam itu hanya wujud di negara Arab, sebahagian di benua kecil India dan kepulauan Nusantara. Kesemua tempat yang disebut itu adalah mundur dari segi ekonomi, sosial, moral dan fikiran. Mereka masih terikat dengan amalan feudal yang anggap Raja seperti tuhan ia disembah dan mengatasi undang-undang. Barua pada Raja adalah kalangan Ugamawan dan Bangsawan.

      Rakyat adalah Pak Kerdil yang diperah dan diikat dengan berbagai peraturan dimana siangnya mereka membanting tulang dan malam diulit bimbang... bimbang untuk menghadapi hari esok? Bimbang akan jadi korban ekonomi, korban perang.

      Sejak tamat Perang Dunia ke 2, cuba teka berapa juta umat Islam yang jadi korban perang dan perselisihan. Angka meraka lebih ramai daripada korban bangsa Yahudi "holocaust" Hitler. Lihat sajalah bagaimana bangsa Yahudi menebus korban ini. Setiap General-general Hitler dicari sehingga kelubang cacing. Peristiwa "holocaust" difilemkan berulang kali samaada secara "direct" atau "indirect". Kita orang Islam bertepuk sorak menonton "Spiderman", "Avengers" dan entah apa-apa lagi cerita yang kesemuanya ada kaitan dengan peristiwa tersebut. Di TV "Independence Day" entah berapa kali ditayangkan. Peristiwa "holocaust" Yahudi dapat Israel. Lihat bagaimana Israel dibina ... bila Israel menduduki tanah Arab maka banyaklah perumahan( mampu milik lah tu) dibinanya ... Pak Arab akan bising dengan pembinaan ini ... tapi cuba kita fikir semasa tanah itu ditangan Arab apa yang diuat keatas tanah itu ... Arab hanya dok besarkan istana dan bandar raja mereka sahaja. Lihat "Dubai" siapa yang untung?.

      Penduduk slam di negara maju seperti Jepun, Korea, Eropah Barat dan Amerika adalah pendatang daripada negara Islam. Susah sangat nak cari Islam tempatan. Tapi kita masih bermimpi mengatakan Islam itu tersebar luas.

      Kita perlu mula berfikir apa yang akan membuatkan Si Kafir tertarik dengan Islam hari ini. Islam itu Indah ... apa yang indahnya?. Islam itu mudah ... apa yang mudahnya? Ini belum lagi bab perpecahan masyarakat dan negara Islam, akibat daripada amalan dan tafsiran masing-masing. Bagaimana pula dengan Raja dan Pemimpin Islam ... kita pun tahu sendiri.

      Delete
    3. Negara ku Malaysia, tak nmpk pn peranan sebenarnya raja dlm hal2 agama cuma setakat menentukan puasa n raya je..... dlm 'hudud' mrk membisu biarkan parti politik berdebat secara terbuka dlm media tanpa mrk menegur apa lagi utk menyokong 'hudud'.... ape peranan raja2 dlm medaulatkan islam ?

      Delete
    4. Hanya sultan aje "talian hayat" terakhir Najib bkn begitu TS Zam..?.

      Delete

  7. NAJIB DALAM KEADAAN PANIK.

    Pengumuman Najib mengatakan Sultan menyokongnya adalah mendedahkan apa yang tersembunyi disebalik keterampilannya yang meyakinkan orang ramai,tenang,membisu ,,tidak marah-,marah dan sebagainya tetapi yang sebenarnya beliau berada dalam keadaan takut atau panik.

    ReplyDelete
  8. Zulfikar Kuala Selangor.27 May 2015 at 09:05

    OH YA NAJIB TERLUPA MENYEBUT SOKONGAN RIBUAN RAKYAT YANG MENYOKONGNYA DI PULAU PINANG DALAM PILIHANRAYA LALU DENGAN MEMBAWA CHOGANKATA I LOVE YOU.

    SAYA SEKADARKAN NAK INGATKAN BELIAU KETIKA BERADA DALAM KESERONOKAN DENGAN SOKONGAN RATUSAN RIBU RAKYAT DI SELURUH NEGARA SEKARANG INI.

    ReplyDelete
  9. But Datuk Zam,
    the Sultan is to Malaysian football only slightly better than Najib is to 1Malaysian Development Bored.

    ReplyDelete
  10. Saya sangat bersetuju dengan TS Zam.

    Perlakuan ahli politik, terutamanya pemimpin tertinggi UMNO mendapatkan atau menampakkan perolehi 'sokongan' dari Istana adalah malapertaka-besar atau musibah kepada institusi Raja-Raja dan kesinambungan demokrasi berparlimen di Malaysia. Sebagai tonggak 'Keluhuran Perlembagaan', Kemuliaan Institusi Istana dan kepatuhan Rakyat akan terhakis jika tidak berkecuali dalam kencah politik.

    Amat jelas kini, kedangkalan Najib dalam berpolitik. Langsung tiada kewarasan dalam berfikir akan akibat masa-depan terhadap kejituan dan keperkasaan Institusi Raja-Raja Melayu.

    ReplyDelete
  11. Apa nok buat.. Lu tolong Gua, Gua tolong Lu terpakai untuk semua suasana dan peringkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cash is king, figuratively speaking and otherwise.

      Delete
  12. Kalau pimpinan negara senantiasa berpandukan Quran maka selesailah segala masalah.

    Sebabnya mesej Quran begitu mudah :

    1. Bersikap adil dan saksama kepada orang/rakyat yang dipimpin.
    2. Bersikap sederhana.
    3. Bantu anak yatim, orang susah, orang miskin, bukan hanya setakat bila menjelang Hari Raya...bukan hanya setakat anak Melayu, tapi semua anak-anak bangsa di Malaysia.
    4. Jahi buat rasuah, tidak amanah.

    Apabila semuanya ini di penuhi maka Allah akan menebarkah RahmatNya ke seluruh alam dan Malaysia akan menjadi tenang, tidak kecoh, pimpinan di sanjungi, tidak ada keluhan, tidak ada sifat racis ..... yang tua di hormati, yang muda di sayangi. kalau ada pun benda negatif maka ianya akan cepat di padam.

    Kalau partikel negatif terlalu amat sangat bertaburan di Malaysia ini, maka pimpinan negara harus rujuk balik 100% kepada Quran.

    ReplyDelete
  13. A drowning man will clutch at a straw out of desperation. In need of support, a politician would resort to sentiments and play to the people’s gallery. It’s indeed a bad precedent for any despairing politicians to cite the palace and flaunt the fact that they have the support from the latter. This, indirectly, is tantamount to getting the palace embroiled in politics. History has proven to this effect and it does not pay. Just leave the palace to be neutral as those sitting on the palace throne will remain there for long irrespective of the political changes and equations in the country. The palace has a special place in the psyche of the Malays and is obviously revered. Politicians, on the other hand, play the game of chance and choice – they come and go and their fate is determined by the people. Politicians should not, out of extreme anxiety, resort to unethical habits of seeking support from domains that are above politics. The palace has a unique and distinctive place in our constitution and this should remain and be respected. However, knowing that one’s days are numbered in politics distraction naturally comes into play.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The bangsatwan has resorted to fanning the fires of tribal loyalties to save his backside. The Bugis people deserve much much better than a high class liar amongst their kinsmen.

      Delete
    2. Each country have their own folklores. Irrespective true or not, such tales has no doubt carry moral values and good teaching. My late mother used to tell me one famous Malay tales that tickled me till to this day about a moronic character named Pak Pandir and his wife, Mak Andeh with their funny funny acts. But much to my surprise, those characters have reappear in this modern era.

      The modern day Pak Pandir and Mak Andeh, however, are no longer the much beloved & amusing couple as told in the Malay folklores. They are now villains owing to corruption, greed, & ego but stupid that devastating the country's prosperity and tarnishing the good image of the nation. These so called modern day Pak Pandir & Mak Andeh are now so notorious that they have become household talk and also laughing stock regionally and globally.

      GUESS WHO and be my guest....!!

      Delete
  14. I dont see any problem pon if sultan sokong najib.ke zam da xde modal sampai bende ni pun bleh jadi kan artikel

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see a lot of problem and big big problem when you make raja-raja feel that the people are depending on them politicallly.

      Delete
    2. Kalau dah benda tu mengikut arus sokongan kita meme le kita tak nampak ia sebagai problem. Cuba kalau Sultan kata dia sokong Mahathir tengok, adakah yang bercakap tu masih akan kata, "I see no problem"?

      Delete
  15. Umno diwujudkan dengan sokongan utuh oleh raja raja melayu. Melantik PM juga perlu mendapat perkenan dari DYMM Tuanku. Semua PM mendapat sokongan dr tuanku. Jika masih ingat, Almarhum Sultan Johor juga pernah menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir apabila diasak untuk letak jawatan. Jadi sama saja. Ds Najib juga mendapat sokongan. Raja dan rakyat berpisah tiada. Jadi adalah wajar untuk DS Najib hanya menyatakan dan mengingatkan kembali bahawa beliau bukan sahaja disokong oleh rakyat tetapi juga oleh raja raja melayu. Bukankah melayu mudah lupa? Janganlah berhasrat ingin menjadi pengadu domba. Tetapi cariklah jalan penyelesaian. Apalah nasib punya pemimpin veteran yg tidak supportive sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya, cakap/tulisan orang yang guna nama Anonymous ni, bukan boleh percaya sangat.

      Delete
  16. Khalid Akasah Johor Baharu.27 May 2015 at 18:03

    Ini orang yang cuba mengelirukan sejarah. Betulkah UMNO diwujudkan oleh raja-raja dan bukan UMNO yang menyelamatkan mereka apabila hendak dihapuskan oleh Malayan Union?
    Benarkah Mahathir diasak letak jawatan dan tidakkah beliau menggadapi kesukaran untuk mendapat sokongan dari raja -raja untuk meminda perlembagan bagi menyekat raja Johor dari mengulangi perbuatan memukul orang. Jika tak tahu sejarah lebih diam dari membohongi rakyat. Berdosa.

    ReplyDelete
  17. Yang bawa cerita itu mungkin merteka yang lahir selepas peristiwa itu kot.Dia cuma tahu ada pindaan perlembagaan, tapi tak tahu kenapa dan mengapa pindaan dibuat.

    ReplyDelete
  18. Tan Sri,
    Sebagai rakyat marhaen,saya hanya mampu berdoa supaya perkara ini selesaisecepat mungkin.Saya berdoa tangan yang membuat angkara ini sedar akan perbuatannya dan berundur segera.Saya berdoa jika masih tiada kesedaran sebegitu,turunkan darjatnya,hinalah ia selama hidupnya dan jatuhkannya azab kepada orang orang yang zalim.

    Tiada daya upaya kita jika semuanya tidak dapat membaiki keadaan melainkan doa kita kepada Tuhan,Amin.

    ReplyDelete
  19. Kasihan bangsaku orang2 Melayu. Cakap berdegar2 macam ahli politik hebat. Tapi hampas. Berpolitik sepqnjang tahun 365 hari non stop macam jagoan. Bila disoal bila masa nak membangun anak bangsa dan negara. Mula cakap merapu. Yang Mahathir pun satu dulu masa jadi PM satu Malaysia panggil dia MAHA FIRAUN. Sekarang puji puja konon berjaya menyelongkar keburukan Najib. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Bagilah peluang Accountant General buat kerja dulu. Ini tidak lagi mengusutkan keadaan adalah. Kenapalah bangsaku letak otak kat kepala lutut. Gunakanlah akal jangan guna perasaan.

    Kalau betul hendak selamatkan Malaysia panggil ketua turus angkatan tentera rampas kuasa dan re write perlembagaan negara seluruh nya. Pulihkan semula ISA sebab Najib telah pun menunjukkan bahawa dia adalah BANGANG kerana menghapuskan ISA. Untuk kurangkan kadar jenayah setiap kesalahan jenayah dari sekecil2 hingga sebesar2nya wajib mandatori rotan sekurang2 3 rotan. Saya yakin dalam setahun kadar jenayah akan turun 200%. .

    Adakan operasi memerangi dadah hari2 sepanjang tahun dan mandatori penagih dadah difotan 10 kali sebelum dimasokkan pusat pemulihan.

    IN ORDER TO BE GOOD WE BAVE TO BE HARSH. Bangsaku orang Melayu jangan disuapkan dengan nasi suapkan mereka denga BARA API. Jika tidak MELAYU AKAN SELAMANYA HILANG DIDUNIA.

    ReplyDelete
  20. Jangan persoalkan bahawq Najib dapat sokongan Istana.

    Dalam banyak2 Perdana Menteri Malaysia hanya Mahathir yang dapat Darjab Kerabat - Dk (johor). Kenapa orang tak pertikaikan. Kalau Najib dari kalangan bangsawan habis tu bapak dia Razak dan Pak sedara dia Husin Onn tu kethrunan apa. Adakah mereka keturunan bangsat petani dari kampong.

    Tan Sri Zainudin. Jangan jadi batu api melebih2 Allah akan murka. Ingat azab Allah.

    Najib!!!! Hanya Allah yang tahu samaad kamu bersalah atau tidak. Teapi naluri hati say berkata bahawa anda jujur cuma anda dikelilingi oleh penasihat yang serakah dan jahat. Saya yakin yang bersalah akan terserlah.

    ReplyDelete
  21. Semoga masing2 ingat kepada adanya Hari Akhirat! Naluri hati mesti tersemak oleh akal yang waras dan bukti yang sahih mengenai kes ini.

    ReplyDelete