Thursday, 21 May 2015

TUN MAHATHIR LANGGAR ETIKA KERAHSIAAN CETUSKAN GERAKAN REFORMASI PARLIMEN

Kalaulah Tun Dr. Mahathir tidak mendedahkan Pandikar Amin Mulia mahu meletakan jawatan Speaker yang perbuatan itu dianggap melanggar etika kerahsiaan, maka tidaklah akan tercetus desakan supaya segera diadakan Reformasi Parlimen.

Jika Dr. Mahathir tidak menggunakan isu remeh temeh seperti perabot yang buruk yang menyebabkan beliau mahu meletakan jawatan, maka tidaklah akan timbul kegemparan yang boleh menarik perhatian umum kepada tujuan utama perletakan jawatannya.

Di sebalik ini seluruh rakyat tahu, bahawa Pendikar Amin juga telah mencurahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap pimpinan dan pentadbiran sekarang di samping layanan buruk terhadapnya.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa keghairahan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib juga menjadi pendorong kepada pendedahan itu yang mendatangkan sokongan moral kepadanya.

Tanpa pendedahan Dr. Mahathir itu mungkin Pandikar Amin masih merahsiakan perasaan tertekannya sebagai seorang Speaker yang terpaksa bertugas dalam keadaan tidak bebas dan tidak mendapat penghormatan tertinggi di Parlimen.

Dalam kata-kata Pandikar sendiri, tujuannya hendak meletakan jawatan ialah "Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa Institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai Badan Eksekutif yang bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa. Beliau mahu jawatan Menteri di Jabatan Perdana yang menjaga hal ehwal Parlimen dihapuskan.

Mungkin benar kenyataan Pendikar Amin, bahawa pendedahan Dr. Mahathir itu telah memalukan dirinya sendiri dan telah melanggar etika kerahsiaan antara individu, tetapi kepada rakyat, tindakan Dr. Mahathir itu menjadi anjakan sokongan moral yang sangat besar kepada perjuangan Speaker untuk menaikan maruah Parlimen atau mempercepatkan Reformasi Parlimen.

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang diketuai oleh Sharir Abdul Samad, hanya nampak "Speaker tanpa kuasa dan penghormatan" setelah didedahkan oleh Speaker kandungan suratnya kepada Perdana Menteri yang tidak dibuka. Beliau segera mendapat simpati tidak sahaja dari penyokong kerajaan tetapi juga pembangkang, NGO dan orang ramai di luar Parlimen.

Memang dalam sejarah perjuangannya, Dr. Mahathir banyak bertindak yang di luar etika dan tidak mengikut budi bahasa cara orang Melayu (meminjam kata-kata Rais Yatim yang mahu penyelesaian krisis Mahathir Najib secara berbudi bahasa) tetapi cara tidak berbudi, tidak berbahasa inilah yang telah banyak membina maruah bangsa dan negara.kepada Dr. Mahathir biar mati adat, jangan mati anak.

Apakah Dr. Mahathir bersalah dalam meminda Perlembagaan untuk membataskan kuasa raja-raja setelah rakyat dipukul dan dihina dengan begitu mudah? Apakah beliau bersalah dalam "revolusi senyap" yang mendorongkan perletakan jawatan Perdana Menteri Pertama, Tungku Abdul Rahman dan digantikan oleh Tun Abdul Razak? Apakah beliau bersalah menyingkirkan Anwar Ibrahim, mengundurkan Abdullah Badawi dan sekarang menutut perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib?.

Bagitu mudah bagi mengatakan bahawa Mahathir telah menjatuhkan beberapa orang Perdana Menteri untuk menimbulkan persepsi sebagai suatu kesilapan lagi bila beliau mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib. Tetapi apakah semua tindakan Mahathir itu membawa kepada keburukan atau kebaikan kepada rakyat dan negara? Apakah faedah kepada dirinya sendiri?

Rakyat tidak seharusnya terkejut jika Dr. Mahathir dalam kempennya untuk menjatuhkan Najib akan turun kepada taraf yang serendah-rendahnya, melayan kritikan penyamun, penipu dan 'ulak ayak' yang tiba-tiba menjadi berguna kepada Journalisme akhbar arus perdana dan TV3 walaupun mereka menidakan kredibliti media sosial yang liar.

Dr. Mahathir memang memberikan perhatian kepada yang remeh temeh.ketika menjadi Perdana Menteri beliau menelefon Datuk Bandar Kuala Lumpur, Elias Omar kerana lampu-lampu jalan ke Parlimen penuh dengan insect dan selepas melawat Muzium Negara telah menelefon Pengarah Muzium Negara, Datuk ShahromYob kerana terdapat banyak sampah kertas pembalut ice cream di belakang muzium.Mereka telah memberitahu saya.

Itulah perwatakan Mahathir. Itulah juga sikap Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sehingga sejenis pokok merayap yang diarahkannya untuk digunakan bagi menutup rumah-rumah haram di Singapura dalam tahun 60an, dikenali sebagai pokok LKY (Boleh dibeli di Sungai Buloh). Pemimpin hand-on adalah pemimpin yang berkesan dan disayangi rakyat.

Untuk mengetahui perwatakan Dr. Mahathir orang ramai boleh mendapatkan buku saya "Mahathir Di Sebalik Tabir" yang diterbitkan pada September 1994 yang  telah terjual lebih 60,000 naskhah dalam berbagai-bagai bahasa tetapi sayangnya naskhah bahasa Melayu telah habis di pasaran tetapi naskhah Bahasa Inggeris The Other Side Of Mahathir masih dapat dibeli di kedai GEMLIKE  di sebelah Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 D-G-3A Block D,Presint 8, Putrajaya.

Saya telah meminta Utusan Melayu Malaysia Berhad mencetak semula naskhah bahasa Melayu Mahathir Di Sebalik Tabir kerana telah lama kehabisan dalam pasaran walaupun telah dicetak beberapa kali tetapi dalam keadaan Dr. Mahathir tidak lagi begitu penting kepada Utusan Melayu,maka mereka tidak lagi menghiraukan pemintaan saya ini.


MUHYIDDIN SAHKAN TUNTUT ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH 1MDB DIPECAT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, video yang tersebar menyatakan beliau memberikan pandangan supaya anggota lembaga pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat adalah pandangan beliau dalam satu pertemuan tertutup.

Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu.
"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno. Itu padangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham. "Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkara yang tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sessi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini.
Muhyiddin dalam video berkenaan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dengan hutang itu.
Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube.
Muhyiddin berkata beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.
Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat.

20 comments:

  1. Rashid Batu Pahat21 May 2015 at 12:00

    Kenapa TV 3 tidak panggil satu demi satu ketua-ketua bahagian UMNO untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib dan megkritik Mahathir sebagai penghasut,dah tua,tak perlu camour tangan lagi,beri peluang pula pada Najib.

    Kenapa ambil orang-orang yang tidak diterima oleh orang UMNO sendiri dan diketahui latar belakang mereka oleh orang UMNO sendiri sebagai tidak bekredibliti?

    Tidakkah perbuatan ini menunjukan tidak ada sokongan sebenar dari ketua bahagian-bahagian atau dari orang-orang yang berpengaruh dalam parti atau dil luar Parti. Mereka hanya berani beramai-ramai supaya tidak dikenali oleh Mahathir atau orang-orang Mahathir dalam parti .Ini tidak membantu Najib ,sebenarnya lebih merosakan Najib.

    ReplyDelete
  2. Rashid: buat apa nak panggil ketua bahagian UMNO sebab mmg tv3 dah sokong pun dah cukup hahaha
    TS Zam:Penceritaan yg bagus tp saya rasa Najib pasti kekal smp PRU14

    -Boss
    Penang

    ReplyDelete
  3. Salam Tan Sri.

    Wah ambil kesempatan promote buku pula.

    Sy langsung tidak gemar dgn cara Rais Yatim.
    Sy sngat setuju....bilamana kita mahu memperkasakan bangsa....kita wajar melihat dan bertindak diluar kotak...ini yg diamalkan oleh Tun M.

    Org seperti Rais...Shahril....Penjilat Haram J 160 Ketua Bahagian Presiden juga adalah org2 yg sama menyokong Tun M menjatuhkan Pak Lah dan kini menghentam Tun M pula kerana mahu menjatuhkan Najib....walau pun mereka tahu Najib lagi teruk dari Pak Lah.

    Inilah sebenarnya bangsa Melayu.....tiada Jatidiri dan sanggup mengadaikan bangsa dan melingkupkan institusi Umno semata2 kerana survival diri.

    Betul bila sdra berkata.
    # hebat sngat kah Tengku diakhir sebelum 13 Mei ?
    # hebatkah Musa Hitam?
    # hebat kah Pak Lah sbgai PM?
    # Betulkah Najib berminat menhaga bangsa Melayu dan Islam?...sebab itu agaknya dia mengaku diri dia Bugis.

    Doa untuk Tun M agar terus dgn kerja2 menjatuhkan Najib....kerana org ini bermudaratkan bangsa dan ugama sahaja.

    Akhir kata....bagi org2 seperti Rais Yatim...simpan lah saranan dia yg banyak kearah membodek dan menjilat dan memalukan bangsa Melayu sahaja.

    Itu cara dia....cara Umno....sudah 'out of date' dan cuma menguntungkan ketua2 Melayu yg dajal sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normala Khairy.Ulu Kelang.21 May 2015 at 13:00

      Mahathir adalah benar bila berkata biar mati adat jangan mati anak. Jika anak mati,siapakah yang nak jaga adat. Pepatah Melayu hanya sedap didengar tetapi jika tidak ditapis akan membunuh daya berfikir orang Melayu.

      Delete
    2. Saya lebih rela mati adat dari mati anak & mati pucuk.

      Delete
  4. Saya tidak tahu samada TS pernah membaca artikel yang ditulis olih Nor Mohamed Yakcop ini. Saya rasa ia sudah cukup untuk memberi gambaran tepat siapa sebenarnya orang yang bernama Mahathir Mohamad ini. Betapa bijaknya, betapa cekalnya, betapa beraninya. Ramai orang sebenarnya tidak mengenali Tun Mahathir. Mereka hanya mendengar apa-apa yang orang lain unkapkan terutama musuh-musuh politik Tun. Tetapi sebenarnya kita amat bertuah mendapat pemimpin seperti ini. Orang semacam ini mungkin tidak akan muncul lagi.

    http://gondrongg.blogspot.sg/2008/06/financial-crisis-of-1997-1998-by-nor.html

    ReplyDelete
  5. I no longer support Najib !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once a Red Indian chief told off his wife in astonishment ……..
      “Wife come.. many moon come.. big chief no come.. but baby come.. how come…??????”.

      In other words…
      Look Jibby.. many years passed by.. Tun has left pm office.. but big scandal & scam come.. so, HOW COME…..?????

      Humpty Dumpty sat on the wall.
      Fatty Jibby shall have a big fall.
      Oh tweetle dee.. Oh tweetle dum.
      The cries get bigger with the beat of drum.
      Jibby & Semah have got to go.
      Goons So Taxing we can’t take it no more.

      GST – Goons So Taxing.
      Jibby & the gang are stupid goons/gundus.

      Delete
  6. zainuddin maidin21 May 2015 at 16:42

    Mohon maaf kepada beberapa orang yang telah memberikan komen. Saya telah ter delete. Harap dapat hantar semula. Salah satunya mengenai Tan Sri Muhyiddin.

    ReplyDelete
  7. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah menggemparkan kerana menapikan kesetiaan yang diikrakkan kepada Perdana Menteri Datuik Seri Najib dalam MKT baru -baru ini.

    Muhyiddin mahu supaya anggota lembaga pengarah 1MDB meletakan jawatan atau disiasat polis . Ini adalah bertentangan dengan kehendak Perdana Menteri supaya tunggu hasil siasatan Ketua Juru Audit Negara sebaliknya lebih menepati desakan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir supaya Najib menjawab semuanya dan tidak perlu tunggu laporan Juru Audit Negara.Suatu ledakan pasti akan berlaku dalam sehari dua ini.

    ReplyDelete
  8. Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib membentangkan Rancangan Malaysia 11 terdedah ucapanTan Sri Muhyiddin yang memiinta Naib supaya mengarahkan perletakan jawataan semua nggota lembaga pengarah 1MDB.

    Sepatutnya berita RM11 itu menimbulkan keyakinan rakyattetapi berita muhyiddin ini sekaligus menimbulkan suasana yang meragukan terhadap akan berjalan dengan licinya RM 11 kerana kedudukan kepimpinan yang belum pasti.

    ReplyDelete
  9. nor ishak ismail21 May 2015 at 17:22

    Saya tertarik dengan peranggan tulisan Pak Zam yang mengatakan Chedet dalam sejarah perjuangannya sering bertindak diluar etika dan tidak mengikut budibahasa cara Orang Melayu. Tetapi dengan cara inilah Chedet banyak membina maruah bangsa dan negara (biar mati adat jangan mati anak).

    Sebenarnya apabila disebut nama Pak Zam dan Chedet, tetiba saya teringat dengan nama seorang lagi, ia itu Pak Kassim (seorang tokoh pemikir Sosial-Islam). Kalau tak silap saya tiga serangkai ini pernah dihukum oleh ulama PAS (itulah kerjanya kalau tidak menghukum), bahawa apabila ketiga orang ini mati kelak ia tak perlu disembahyangkan. (betulkan saya jika saya tersilap).

    Saya tertarik dengan salah satu daripada sajak Pak Kassim yang masyur yang bertajuk DAILOG (kepada ibu). Berikut dengan izin Pak Kassim hendaknya, saya perturunkan babak II daripada sajak tersebut:

    II

    Tidurlah ibu
    kita manusia kerdil
    siang membanting tulang
    malammenanggung bimbang.

    ada besok maka pasti ada surya
    aku akan pergi
    dengan seribu jebat si anak tani
    kian lama kita mati dalam SETIA
    kali ini kita hidup dalam DERHAKA.

    Oleh: Dr. Kassim Ahmad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatwa PAS yang begitu telah mencelakakan tamaddun orang Melayu. Sesungguhnya amalan nik aziz dan hadi awang mengkafirkan sesama Muslim itu (ie. takfir) adalah daripada kesyaitanan perangai wahhabi jahiliyyah.

      Delete
  10. Jangan terperanjat jika TV3 menyerang TS Muhyiddin bermula malam ini.

    ReplyDelete
  11. Budi bahasa diguna hanya utk yg faham bahasa saja. Kalau yg tak reti bahasa tu cakap bahasa apa pun dia buat pekak je. 
    Apa yg Tun buat byk jugak baiknya. Tapi as time goes by mcm terlihat pulak sebuah hukum karma dari Pencipta. Dulu bila sultan belasah org dikurangkan kuasa, namun sekarang bila gadis monggol kene bom nak jawap apa? Boleh tak rakyat tarik balik kuasa2 mereka yg mengalahkan raja? Beli jet mengikut suka. Chopper crashed. Memerintah ala2 triads pun ada. Kelentong rakyat depan mata siang hari buta. Jadi berbaloi ke perubahan yg dibuat satu masa dulu? Langgar adat mmg syok, tapi setiap perbuatan ada akibat. Siapa yg mulakan dia bersihkanlah semula. 
    Ni bumi ada waris dia. Raja Ada Hak Memerintah Atas Negeri,Negara. RAHMAN nama Dia. Tapi raja sebenarlah. Mungkin Tun penah jumpa tapi tak perasan yg mana. Bila dia ditegur jgn diubah papantanda. Kelak berubah pedoman manusia. Islam hak Allah.
    Kita memang hormat Tun sbg fighter. Tapi dlm berjuang ada silap. Berlaku kesilapan cepat2 dibaiki. Bukan mudah nak selesaikan perjuangan. Mesti ikut pedoman. Jangan ubah.
    Saya tak tahu apa sebenar doa Tun panjatkan semasa umrah beliau. Cuma yg saya pasti setiap persoalan ada jawapan. Setiap pencarian ada pertemuan. Mudah2an nyata hendaknya.

    ReplyDelete
  12. Saya sanjung Tun M selama ini walaupun saya bkn ahli UMNO...tapi saya meragui keikhlasan beliau sekrg...kenapa nak guna strategi yg sama utk singkir NAJIB sebagaimana singkir ANWAR dulu??

    ReplyDelete
  13. Salam pak zam..rasanya buku 'Mahathir Di Sebalik Tabir' terbit pada tahun 1994, bukan 1964. Sebuah buku yang bagus, saya beli pada awal tahun 2000, masih disimpan sebagai koleksi,dan sudah diulang baca beberapa kali.

    ReplyDelete