Saturday, 16 May 2015

SPEAKER LETAK JAWATAN BERITAHU MAHATHIR DAN TIDAK BERITAHU PM NAJIB

JIKA DINAFI ADAKAH PANDIKAR BOHONG PADA TUN?

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.
"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.
Seorang kawan segera menalipon saya dan bertanya mengapa  dia memberitahu Mantan Perdana Tun Mahathir dan tidak memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib ?

Sekiranya berita ini tidak benar maka reputasi Tun Dr.Mahathir juga akan terjejas. Menurut  Timbalan Speaker Ronald Kiande ini hanyalah spekulasi.

TAMBAHAN:
Seorang kawan lagi menalipon bertanya kenapa  Speaker Tan Sri Pandikar Amin tidak menapikan beliau sendiri telah memberitahu Tun Mahathir untuk meletakan jawatan.Saya tidak berfikir Mahathir berbohong. Mahathir mana tahu dia hendak membatalkan hasratnya. 

Mengapa Pandikar memberitahu Mahathir sedangkan beliau tahu  hubungan Najib dengan Mahathir berada dalam keadaan tegang. Perbuatan ini boleh menjejaskan imej Najib dan  memberi faedah politik kepada Mahathir. Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluh isu menaiktaraf badan Parlimen Malaysia masih tidak dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan itu tujuh tahun lalu.

6:00PM - 19 May 2015

Pandikar mahu dimansuh jawatan menteri Parlimen

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluh isu menaiktaraf badan Parlimen Malaysia masih tidak dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan itu tujuh tahun lalu.

"Semua perkara ini adalah tekad saya sejak saya dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 2008. Jika selepas tujuh tahun, saya tidak boleh lakukan, baik saya tinggalkan jawatan ini," katanya kepada wartawan di kediaman rasminya di Kuala Lumpur hari ini.

Antara transformasi yang beliau mahukan ialah memansuhkan jawatan menteri hal ehwan Parlimen, yang kini dipegang Tan Sri Shahidan Kassim.

Menurut beliau transformasi itu akan membantu memulihkan persepsi awam terhadap kebebasan seorang Speaker Dewan Rakyat.

"Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai Badan Eksekutif bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, makanya jawatan

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ditiadakan," kata beliau.

Pandikar turut menyatakan luahan beliau kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mengenai keadaan perabot pejabatnya bukanlah perkara remeh, sebaliknya berkaitan prinsip perjuangan beliau untuk memartabatkan institusi Parlimen.

Beliau menyatakan kemudahan dan pejabat Parlimen itu perlu dinaiktaraf kerana statusnya yang menjadi tempat 222 pemimpin terbaik dari kalangan rakyat yang menerajui sistem negara.

"Kalau eksekutif ada Putrajaya, dan kehakiman ada Istana Kehakiman, mengapa Parlimen tidak (sedarjat)," katanya.

-DARI MALAYSIAKINI









33 comments:

  1. Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali kali. Begitu juga......

    Jangan jadi Pak Kadok menang sorak kampong tergadai.

    ReplyDelete
  2. Semuga Tun Dr Mahathir kekal sebagai seorang NEGARAWAN ulung dan janganlah berubah mennadi NAGALAWAN polong.

    ReplyDelete
  3. Kita sama sama tunggu dan dengar. Lepas tu barulah kita sams sama hentam. Apa nak dihebohkan. Ada blogger yang kata Tun yang mendesak dsb. Timbalanya pulak menafikan dan mengatakan fitnah. Tak sorang pun yang dah mintak jawapan dari yang punya badan.

    ReplyDelete
  4. Yang spekulasi ialah speaker tak bg tau najib. Dia mesti bg tau najib cuma najib yg tgh pening tak terkata apa. Orang lama mcm speaker tu tahu adab. Dia mesti hormat pm. Dia juga berbudi bahasa dengan maklumkan kpd tun m.

    ReplyDelete
  5. Pandikar Amin sudah keluarkan kenyataan rasmi.
    Beliau tak kata pun yang Tun fitnah dirinya. Cuma beliau tak jadi letak jawatan dan akan meneruskan jawatannya sebagai speaker.

    Tun tak cakap bohong. Cuma Tun tidak boleh halang jika orang yang datang mengadu padanya tidak mengotakan apa yang dikata.

    Bercakap pasal orang yang cakap tak serupa bikin ini tak perlu pandang jauh.Najib contoh paling mudah.

    So, apa nak heran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya orang bodoh yang masih mencari-cari malah sanggup mereka-reka kebodohan Tun.

      Delete
  6. Dr M tak perlu buat announcement tu pon. Biar orang punye body yd buat pengumuman. Attach to the body is the mouth.

    Naper pulak Dr M perlu jd jurucakap Pandikar? You are slipping Dr M. Remeber Dr M pernah cakap Tungku A.Rahman nyanyok. So, it cud b wat comes around goes around.

    Penyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyu... ur brain will be dead before Tun M nyanyuk..

      Delete
    2. Nampaknya Tun M memang nyayuk.

      Delete
    3. Dah nyayuk dah. Auta yang lebih.

      Delete
  7. Pak Zam,
    Pandikar Amin telah memerangkap Tun. Dia main Cak Chi Lut. Kata Penjajah "There is an opportunities in any crisis". Konon nak cari peluang.
    Dia lupa bahawa Tun telah juga memerangkapnya apabila tindakan Tun by making public statement Tun actually putting back his words inside his mouth indirectly he has send a message to UMNO Sabah.
    Tun dalam kategori "Statesman" dalam class beliau yang tersendiri dengan puak-puak politikus baru ni dipulas-pulasnya telinga sahaja. Lee Kuan Yew dan Margaret Thatcher pun terkencit.
    Kita tunggu episod seterusnya apabila sanggul Rosmah terburai maka akan nampaklah kutu dan kelemumurnya.

    ReplyDelete
  8. Kenapa Tun keluarkan kenyataan tu sebelum Pandikar Amin sendiri umum? Apa Tun tak tahu risiko Pendikar Amin tukar fikiran? Tun bukan baru berpolitik. Kalau Pandikar Amin betul letak jawatan, Tun menang. Kalau Pandikar Amin tak jadi letak jawatan, Tun menang juga. Orang akan tanya - Kenapa speaker nak letak jawatan? Kenapa Najib tak tahu langsung? Tun bukan hingusan dalam politik. He is a master politician with few equals in this country.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Master of spinning. Just like PKR politician.

      Delete
  9. salam tan sri

    sy harap Tun M jgn tertipu dgn pemimpin umno. bila tersepit mereka mencari tun dan cerita benda yang tidak benar. kononnya teraniaya. tak setuju dasar itu dan ini . ttetapi sebenarnya mereka hipokrit. jumpa tun utk kepentingan peribadi. apabila sudah dpt apa yg dihajati, mereka aniaya org termasuk tun. kita tahu cerita pandikar amin. kalau boleh kita nak dedah kesemuanya mengenai perebutan projek parlimen. tapi tak mengapalah, biar dia jawab sendiri. kepada Tun, berhati-hatilah dengan golongan fasik dan hipokrit ini.

    ReplyDelete
  10. Grassroot UMNO Marhein17 May 2015 at 13:36

    Zam --- saya langsung tak heran dgn permainan politikus Sabah. Di depan kita berkata 'A' belakang kita berkata 'X'.....boleh bertukar-tukar ikut citarasa mereka saja. Politikus ala-chameleon....

    ReplyDelete
  11. Buleh pulak mcm tu ye.......ni berat ni. Begitu jugak lah kita d tipu2. Jgn pandang jauh. Mcm saya......tengok perangai wakil rakyat saya je. Apa pun takde...nak jumpa pun susah...berjanji bohong. Dah budaya dah bagi mereka ni. Makan gaji buta...Nnt salahkan rakyat !

    ReplyDelete
  12. Pandikar Amin mengaku yang dia berjumpa Tun tapi menafikan yang dia telah atau akan meletak jawatan. Mungkin Tun tersilap, mungkin Pandikar Amin menukar fikiran, hanya mereka berdua sahaja yang betul betul tahu.

    Tapi 2 persoalan penting timbul di sini dengan pendedahan Tun

    1. Kenapa pulak Pandikar jumpa Tun dan tidak PM sendiri, atau DPM atau salah satu dari tiga VP Umno?
    2. Kalau Pandikar ada berjumpa Tun, sebenarnya berapa ramai yang lain juga telah berjumpa dengan Tun?

    Kalau saya dapat membaca langkah politik Tun, tujuan utama pendedahan ini, bukanlah untuk memberitahu yang speaker letak jawatan. Tapi message utama beliau ialah memberi isyarat kepada mereka mereka yang selama ini bersembunyi dibelakang Tun, sudah sampai masanya utuk berani keluar secara terbuka dan mengistiharkan yang mereka juga bersama-sama satu saf dengan Tun.

    The time has come to raise this battle to the next level.

    ReplyDelete
  13. Tell me.. dont you all sometime amongst friends kat kedai kopi cakap "Aku fedap lah. Nak resign jer".

    Sometimes you meant wat you say, sometime you dont.

    Penyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..my boss always said that..resign lagi baik..

      Delete
  14. Bosan dan menyampah. Malaysian too much politicking. Camana negara nak maju. Bangsat semua pokitikus Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Pandikar Amin Mulia...

    Sejuk perut mak mengandung dpt bagi nama....

    Sesuai nama sesuai jiwa...??
    Pendekar berjiwa Mulia..??

    Sekejap kata tidak..?
    Sekejap kata iya...?

    Pendekar apa...???

    ReplyDelete
  16. permainan politik sudah bermula... moga tun dapat mencantas satu persatu rentak yang diasak dan digasak... majoriti rakyat faham tun telah dimomokkan aturcara politik dalam merosakkan nilai kribiliti tun agar isu najib beralih pada tun... kami majoriti sentiasa dibelakang tun

    ReplyDelete
  17. Kalau nak tahu cerita sebenar, mintak wartawan tanya Tun lagi sekali. Bila Pandikar Amin jumpa Tun. Tarikh dan tempat. Apa tujuan dia jumpa Tun. Apa yang sebenarnya yang diberitahu oleh Pandikar pada masa itu. Apa lagi yang diceritakan oleh Pandikar kepada Tun. Then barulah kita boleh buat rumusan which side is more reliable.
    Kalau nak tanya Pandikar saja, tak boleh juga. Orang kalau telur dah kena picit boleh cakap lain pulak.

    ReplyDelete
  18. Anak apa nama.?
    Pandikar Amin

    Bapak apa nama.?
    Mulia

    Ameen...ya Rab...
    Semoga jadilah kau
    Seorang
    Pendekar yg berjiwa Mulia...
    Ameen.....ya Allah....ya Rab.....

    Pendekar berjiwa Mulia....
    Bukan kerana Wang,
    Bukan kerana kuasa,
    Bukan kerana Harta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan Tun cakap lain. Najib jolok sikit je dah lain jadinya. Ini pendekar bujang lapok ke atau pendekar bapok tua......???

      Delete
  19. This is a case of between what I say against your's. So it is hard to prove unless there was a recording on their conversation.

    However, no fool will ever be so stupid not to suspect something amiss. Knowing that Tun M is not on the same page with the PM on hot issues, why would someone who supports the PM (I can only assume this since he has denied stepping down), go and meet Tun M in private ? If I am with the PM, one of the persons I will not want to go near would be Tun M to save my back (Zam, if this blog had no rules I would have used that three letter word instead).

    As I always believe, there are more intelligent people in this world than those otherwise and I still hold to this belief till now. By the way, just to prove my point, go and read the latest issue of The Edge and see the way questions are being put. The people who did that are much more cleverer than me, no matter what they are up to. Or should you need something simpler. then read Kadir Jasin's blog.

    ReplyDelete
  20. Pak Pandir
    atau
    Pak Pendekar...

    Bunyi seakan sama...
    Maksud memang berbeza..

    Sama sama saksikan dia..!

    ReplyDelete
  21. pada firasat..
    najib akan berundur secara terpaksa sebab dah ramai sgt ajk umno bahagian yang angguk depan ketua bahagian tetapi geleng kepala kat ahli cawangan..
    kalau ada pemilihan umno tahun depan..mungkin perwakilan akan bermandikan duit..
    calon kena buat tabung buluh betong dan menabong dari sekarang nampaknya..hhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firasat yang sesat.

      Delete
  22. Pemimpin umno yg anggok depan najib tu semua jenis yg mcm datang jumpa tun m baru ni.
    Depan anggok. Belakang lain.
    Nasib baik tun cakap dulu. Kalau tidak dia jual nama tun yg panggil lepas tu mintak perijek pasal nk balas budi.
    Itu lah kehebatan tun.

    ReplyDelete
  23. Kamaruzaman. Taman Melawati.19 May 2015 at 21:00

    Apakah jika Mahathir tidak mendedahkan tentang hasrat Pandikar Amin mahu meletakan jawatan kerana tiada penghormatan kepada jawatan speaker oleh kerana kelalaian menteri yang dipertanggungjawabkan atau Perdana Menteri sendiri maka tindakan segera akan diambil bagi memperbaiki keadaan.

    Mahathir senghaja mendedahkan yang remeh temeh supaya pekara yang besar diambil tindakan malah Pendikar membezakan pengurusan Parlimen yang lebih cekap di zaman Mahathir di bandingkan dengan sekarang.

    Inilah keajaan yang tidak hand on dan asyik berpolitik dan memberikan jawatan kepada orang yang tidak kena pada tempatnya.Patut Pandikar berterima Kasih pada Mahathir walaupun beliau memecahkan rahsia dan tidak beretika.

    ReplyDelete
  24. Pendikar harus berterima kasih kepada Tun..hanya kerana Tun dedahkan rahsia perletakan jawatan tersebut walaupun secara spontan kini isu tersebut menjadi isu yang besar dan mula di berikan perhatian..ini bukti suara Tun masih bernilai dan berbisa

    ReplyDelete