Tuesday, 12 May 2015

SAYA TELAH DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN

MENULIS SEMULA KERANA POLIS BUKAN BARUA SESIAPA

Ramai kawan dan lawan bertanya kenapa saya kembali menulis hal politik semasa sedangkan saya telah mengumumkan untuk berhenti. Lebih ramai yang bertanya dalam keadaan sekarang apabila tulisan saya menimbulkan kontroversi politik.

Maka itu biarlah saya jelaskan   sebabnya yang  saya rahsiakan kira-kira tiga bulan , tidak sahaja kepada orang ramai tetapi juga kepada anak isteri,keluarga terdekat  dan orang-orang yang paling rapat dengan saya.

Saya tidak memberitahu isteri saya kerana bimbang akan mengejutkannya dan menambah  keuzurannya dan tidak mahu menyusahkan hati anak-anak saya walaupun saya sedar  bahawa jika saya mendedahkannya akan menjadi berita besar ,menimbulkan kegemparan dan reaksi yang  positif dan negatif,simpati dan kutukan tetapi bukanlah ini yang saya cari dalam penulisan dan kehidupan saya,

Tujuan utama saya adalah untuk mencurahkan fikiran dan menegakan kepercayaan saya  menerusi penulisan yang menjadi amalan saya sejak lebih lima puluh tahun lalu dan saya mahu berkongsi kebenaran yang saya lihat  dengan orang ramai  berasaskan sejarah dan pengalaman sendiri  di bidang sosial dan politik.

Maka  apabila kebebasan  persendirian pun terganggu maka saya bertanya apalah gunanya saya mencari masalah di hari hari saki baki hidup saya. Dari segi kewangan pun tidak mendatangkan apa -apa hasel kepada saya kecuali kepuasaan jiwa.

Saya  bertanya siapa saya dinilai bagitu penting  apabila  disiasat di bawah Akta Hasutan.Saya bukan lagi  seorang pemimpin,bukan  aktivis  mana-mana  pertubuhan  social dan politik,bukan berkonspirasi dengan sesiapun untuk menjatuhkan pemimpin atau kerajaan dan bukan penulis upahan.

Dari awal pun  saya bukanlah seorang pejuang  kewartawanan politic sepintar dan sehebat Tan Sri Samad Ismail atau secekal Said Zahari( Ditahan 17 tahun oleh Lee Kuan Yew di Singapura) . Diri saya terlalu kecil jika dibandingkan dengan sejarah perjuangan besar mereka menerusi kewartawanan  tetapi saya sekadarkan seorang manusia yang berusaha  memajukan diri saya dalam lapangan yang saya cintai tanpa cita-cita menjadi ketua.

Saya mencapai kejayaan yang jauh lebih besar dari matlamat hidup  saya  diatas kepercayaan yang diberikan oleh manusia-manusia yang percaya kepada saya dan juga terlihat jelas kepada saya  kerana pertulongan Allah SWT dari masa  kemasa.

Apabila terancam oleh  Akta Hasutan,saya terfikir apakah saya harus mengorbankan   saki baki  kehidupan damai di hari tua?.Apakah saya harus berpisah dari cucu-cucu saya dan dari isteri yang saya  yang sedang uzur kerana kepentingan saya  mencari kepuasan jiwa .Saya tidak berada dalam kemewahan yang membolehkan saya  membuang wang untuk mempertahankan kesombongan diri atau mempertahankan prinsip saya.

Memang ramai yang akan bersimpati dengan saya dan akan memberikan pertulongan kepada saya dalam keadaan yang sukar tetapi pengalaman dan kewarasan mengajar saya bahawa pada akhirnya kita akan kesaorangan  terutamanya apabila kita berjuang sendirian  kecualilah sekiranya kita telah terlibat dalam perjuangan politik dengan ribuan penyokong di belakang.Selain dari itu saya juga tidak suka mendapat pertulongan orang.


Malah  ketika saya disingkirkan dari  Ketua Pengarang Utusan Melayu sendiripun atas rastu Majlis Kerja Tertinggi UMNO,saya tidak membantah atau meminta pertulongan sesiapa untuk mengekalkan kedudukan saya sebaliknhya saya mengundur diri secara terhormat kerana  saya melihat pada masa itu Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin adalah darling kepada Dr Mahathir Mohamed,lebih penting  dari saya.

Saya mahu  Mahathir terus kekal untuk menyempurnakan ajenda negara dan bangsa yang belum selesai yang lebih besar dari kepentingan saya dengan bantuan orang-orang yang dipercayainya.

Datuk Seri Najib yang ketika itu sebagai Menteri Pertahanan telah memanggil saya makan tengahhari dipejabatnya  dan menasihatkan saya"Pergilah jumpa Dr.Mahathir" saya menjawab" Buat apa saya jumpa dia". Pada masa itu Najib adalah pilihan saya untuk Perdana Menteri dan bukannya Anwar Ibrahim.

Saya percaya jika saya tidak tersingkir dari jawatan Ketua Pengarang akhbar  Kumpulan Utusan Melayu maka saya tidak jadi Senator dan seterusnya menjadi Menteri.Inilah takdir dari Allah.

Dengan berpandukan kepada senario itu  saya tidak,memanggil sidang akhbar dan sebagainya untuk mendedahkan bahawa saya akan atau  telah disiasat di bawah Akta Hasutan untuk  menunjuk bantahan atau pembelaan diri.Kejujuran dan keikhlasan akan membela diri kita..

Pendedahan yang saya buat hari ini  pun , bukanlah tujuan saya untuk  mencari  publisiti .Peristiwa telah lama berlaku dan nilai beritanya pun sudah lapuk . Sebab utamanya ialah  oleh kerana ramai bertanya menerusi talipon ,social media dan rakan- rakan kenaapa saya mungkir janji, kenapa saya menulis semula hal ehwal  politik  semasa.

Saya  membuat kenyataan rasmi ini ialah setelah saya yakin dari pengalaman saya  sendiri bahawa apa pun anggapan buruk  terhadap Polis Diraja Malaya tetapi saya meanggap bahwa PDRM telah seberapa daya upaya menjalankan tugas mereka dengan  profesional dan bukan diatas sentimen atau prajudis politik. Mereka bukanlah barua UMNO seperti yang dituduh oleh seorang yang  takbur dan lupa daratan

KENYATAAN RASMI DAN RINGKAS:

Saya telah disiasat di bawah Akta Hasutan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 18 Januari 2015 berhubung  dengan posting saya di Blog Zamkata pada 6 Disember 2014 yang bertajuk " Hakim-Hakim Menunggu Hasil Rundingan Kes Liwat Anwar. Akibat negara tidak di bawah pimpinan Dynamic dan Inspiring"

Tulisan ini membuat kesimpulan bahawa kelewatan hukuman terhadap Anwar Ibrahim  adalah oleh kerana menunggu hasil pertemuan golf antara Presiden Amerika Obama dan PM Malaysia Najib di Hawaii berasasakan tekanan yang didatangkan keatas Malaysia oleh Naib Presiden Amerika dan juga Duta AS di Malaysia.

Saya mengambil keputusan untuk tidak membuat bantahan  dan mendedahkan kepada media apabila siasatan  itu di jalankan keatas saya  oleh kerana saya tidak mahu menjadikannya sebagai suatu isu politik yang akan menimbulkan anggapan  salah kepada PDRM walaupun saya ada mencuimi seolah-olah ada  selective prosecution  dalam arahan kepada siasatan ini.

Saya mengambil keputusan untuk mengumumknan pekara ini hari ini kerana ramai beranggapan bahawa saya telah tidak berpegang kepada janji  untuk tidak lagi  menulis politik semasa. Keputusan yang telah saya buat itu adalah oleh kerana tidak mahu lagi  fikiran saya terganggu dengan apa-apa tekanan dan juga kerana menimbang  keterbatasan kewangan  saya untuk membuat pembelaan diri.

Saya membuat keputusan untuk menulis semula setelah menerusi pengalaman ini saya  dapat meyakinkan diri saya  bahawa Polis Diraja Malaysia  tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana  pihak untuk membuat siasatan dan  dakwaan berasaskan sentimen dan prejudis politik atau  prasangka buruk mana-mana pihak sebaliknya benar benar berpegang  kepada profesionalism. PDRM bukan barua UMNO.























.





44 comments:

  1. Takut pula rupanya kena disiasat oleh PDRM atas arahan Najib. Hati kecik dan takut begini lebih baik jangan menulis lah. Buat malu dengan Shahbuddin Husin sahaja bekas menteri penakut begini. Sekarang baru kamu tahu betapa hebat dan besarnya pengorbanan Anwar Ibrahim demi rakyat dan negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dia mengorbankan ramai lelaki dan perempuan demi nafsu syahwatnya yang bergelora gila itu?

      Delete
    2. Anwar berkorban atau maksud sdr....ramai yang telah menjadi mangsa korban Anwar ?

      Delete
    3. Satu dunia nampak 'alat pengorbanan' Al-Juburit yang sangat besar itu.Di Jepun alat itu muncul dalam majalah porno.Di sini ularmaksiat yang juga peminat blue menurut sumber, kata video itu besi.......tak boleh dipercayai.

      Delete
    4. Anwar Gay berkorban...?? Orang jadi korban adalah. Tak cukup dgn Jijah, habis ditutohnya jantan, betina, tua, muda, bini orang, pembantu peribadi, drebar... tak kira apa jua, pantang nampak lubang. Dahlah begitu, terang2 mengaku dia pendukung fahaman Liberalisme & Pluralisme yg sonsang lagi menyesatkan.

      Delete
    5. Awak ni ada bukti ke?

      Delete
    6. Beza kamu dengan pak zam bagai bumi dan langit..kamu siapa utk tuduh dia begitu?..namamu saja sudah tunjukkan yg kamu ini PR keparat...

      Delete
  2. as salam Sdr. Zam

    Dedikasi:
    Kepada bapaku Maidin S. Mohamad yang tidak sempat menyaksi dan menikmati pencapaianku dan kepada ibuku, Siti Aishah Sheikh Hassan yang menitiskan keringat dan air mata untuk anak-anak ketika dalam kemiskinan. (petikan dari...)

    Perjuangan melalui penulisan tidak sepatutnya bernoktah demi dedikasi yang telah dilafaskan teruskan tak usah merajuk teruskan dan teruskan.


    ReplyDelete
  3. Sabar Pak Zam,sabar atas semua dugaan ini.

    Saya adalah 'silent reader' dengan izin, Pak Zam selama ini, seperti Pak Zam, saya tiada jawatan atau mana-mana kepentingan dalam politik negara baik melalui parti politik atau apa2 bentuk persatuan dan pertubuhan. Saya hanyalah seorang anak muda yang ingin melihat negara ini berada di landasan yang betul demi masa depan yang berliku, itu sahaja.

    Apa yang berlaku hari ini adalah lumrah dalam dunia politik, walaupun saya umpama anak kecil yang baru hendak belajar berjalan, itu tidak membuatkan saya bodoh dan tuli. Dato' Najib sedang berada di dalam ujian - andai ujian ini dia dapat lalui, kelak pasti masa depan kariernya dalam politik sungguh cerah. Namun, bibit-bibit kesilapan dalam menangangi ujian ini olehnya, kian jelas ternampak.

    Saya tidak boleh 'predict' masa hadapan dengan izin, namun firasat saya mengatakan, andai dia berkeras untuk tidak berundur, kelak nanti dia yang rugi. Rugi disini adalah bukan kiasan, namun jelas kerugian itu akan merugikan parti dan keseluruhan bangsa melayu islam yang selama ini menyokong penuh akan parti Umno juga Barisan Nasional.

    Sekali lagi saya ingin ucapkan pada Pak Zam agar sabar dan terus melakukan apa sahaja yang Pak Zam rasakan betul. Mungkin kudrat Pak Zam tidak seperti 50 tahun dahulu, namun saya yakin semangat Pak Zam tidak pernah pudar lagi kurang dalam memperjuangkan kebenaran.


    ReplyDelete
  4. Teruskan berkarya zam..dedahkan kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Zam tak kan mudah dikenakan tindakan sebab;

    1. Apa yang zam tulis ada kebenarannya dan tidak menghasut sesiapa pun.
    2.Zam masih ahli UMNO dan bekas Menteri. Kalau zam dari parti pembangkang, there will be a different treatment.

    ReplyDelete
  6. Saya antara pembaca tetap blog pak zam.. teruskan perjuangan tuan....

    ReplyDelete
  7. Saya percaya...menulis dalam perjuangan mencari kebenaran tidak semestinya sampai ke arah menghasut.

    Yang lebih takut ialah mereka yang memberi komen-komen yang langsung tidak mempunyai etika dan nilai sebaliknya liar, semborono, tin kosong dan tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  8. Tiada pun jasa Saudara Anwar yang boleh saya banggakan..apa pengorbanan beliau terhadap bangsa, ugama dan negara..tiada..tiada..tiada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib itu berjasa ke?

      Delete
  9. Saya merupakan antara pembaca2 yg sentiasa menunggu coretan tuan zam.... teruskan tuan agar kita sama dpt berkongsi maklumat masa kini...

    ReplyDelete
  10. Saya amat terkesan dgn pendedahan TS..hrp TS terus menyumbang tulisan demi agama,bangsa dan tahahair..pemikiran TS maseh tajam..dpt menghidu kejadian yg akan dan bakal terjd..

    ReplyDelete
  11. ...saya bukan sesiapa , tapi tak miss baca buku tuan..... "Mahathir Di Belakang Tabir " yang paling saya suka....saya bagi beberapa rakan sekerja pinjam..tak silap awal tahun 2000...
    saya sebak dengan tulisan tuan kali ini...
    .... kecewa dengan mereka yang punya kuasa... yang buat teguran di anggap musuh...
    tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Sayang buku itu sudah habis di pasaran.

      Delete
    2. Assalam. Saya antara ribuan yg bertuah dapat memiliki beserta dengan tandatangan tun ketika bertemu beliau pada 2004.

      Delete
    3. Saya sudah agaak buku Mahathir Di Belakang Tabir sudah habis. Tak boleh dibeli di mana-mana. Saya jumpa buku itu di pustaka Majlis Daerah Sabak Bernam. Pernah bertanya petugas sama ada boleh dipinjam, jawabannya tidak. Maka jika saya datang ke sana untuk membayar cukai pintu, sambil itu atau mengambil masa lebih saya akan membaca buku itu di situ juga.

      Bagi saya sangat penting buku itu sebab catatan pengarang pada tahun 90-an terhadap situasi dan agenda kerajaan, pada zaman kini semua itu dalam penilaian: Berjalan atau tidak.

      Terima kasih semua.

      Delete
  12. Salam Tan Sri.

    Satu pengakuan jujur dan ikhlas.

    Menangkis tanggapan....yg sdra tiada telog.
    Apa gunanya telog jika tewas serupa 'mati katak' dgn mainan dajal bila 'selective prosecution' diamal.

    Tidak perlu dgn bahana dan tempias yg memudaratkan isteri dan anak2 semata2 kerana nak puaskan jiwa sendiri.

    Sy mengenali sdra serta keluarga dari dulu2 lagi...dan faham akan pendirian sebegini.

    InshAllah suatu hari sy bertandang ke Zam Cafe dan kenal diri.

    Assalamualaikum
    Terima kasih.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Terika Kasih. Silalah datang. Jika saya tidak ada .minta pembantu kedai hubungi saya.Rumah saya tidak jauh.

      Delete
  13. Tan Sri

    Kita amat menghargai blog TS. Berisi, bukan setakat mengampu macam yang lain-lain tu. Teruskan perjuangan. Hanya Tuhan saja yang dapat memberi balasan yang setimpal. Kita hanya dapat berdoa buat TS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TK. Saya gembira mempunyai rakan-rakan seperti ini walaupun berjauhan.

      Delete
  14. Saya komen pun takde menghasut sesapa jugak. I speak what i saw, I do what i know. Kata To' Ismail Sabri desakan mintak Najib berenti ni hanya usikan nakal politik sahaja. Betul, kami setuju bermakna kami bukan penghasut hanya seorang pengusik nakal. Cuma nakal kami org berakal. Kami syukur kami tak bebal. Dikuda dek orang seperti baghal. Pernah dgr cerita baghal bawak kitab? Dia tau kendong je kitab tu.
    Cuma tak sangka pulak usikan nakal ni byk mengganggu bisnes sulit org tertentu. Biasalah niat jahat mudah dihidu.
    Hati ada macam2 ada yg besar ada kecik, ada keras ada kering. Cuma jgn jahat dan busuk hati cukup. Sampai takleh beza benar dgn salah. Bila hati telah hitam.

    ReplyDelete
  15. Sekadar untuk berkongsi saya mula meminati tulisan TS pada tahun 1960an. Waktu tu saya masih bersekolah . Saya minat tulisan TS kerana saya dapati ada unsur informatif selain flow of idea yang mantap . Kalau tak silap saya sewaktu saya mengikuti kursus asas kewartawanan anjuran Institut Akhbar Malaysia di sekitar tahun 1970an TS adalah antara penceramah nya . Jadi amat baik sekali jika TS teruskan perjuangan ini . Ini juga salah satu bentuk dakwah yang disuruh agama kita iaitu amar makruf nahi mungkar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penghargaan yang menghidupkan jiwa saya. TK

      Delete
  16. Salam TSZ.Teruskan tulis apa yang tuan rasa benar demi bangsa.saya dan beberapa rakan diluar negara suka dengan tulisan tuan.kalau datang ke sini(Jktr)hubungilah saya.kita boleh makan nasi uduk,ngopi dan sembang sembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ada no phone sdra macam mana nak hubungi.

      Delete
    2. TsZ catat email di ruangan ini kalau boleh dan saya akan email no hp saya di Jakarta serta latarbelakang saya.salam hormat.

      Delete
  17. Teruskan menulis Pak Zam. Saya menyokong tindakan Pak Zam - tarik 'hand break' bila perlu dan jalan semula bila 'line clear' ;). Pada saya itu bukan penakut, tapi bijak menilai suasana. Seorang askar yang bagus tidak membazirkan peluru menembak tak tentu hala, kena ada strategi dalam memerangkap musuh.

    Buku Pak Zam Di Depan Api Di Belakang Duri baru habis saya baca, ambil masa lama kerana buku itu disimpan di dalam kereta dan hanya akan saya selak bila saya menunggu. Anak saya yang berusia 12 tahun turut membaca buku tersebut bila saya memandu dan komennya "Ma, bestla buku ni, Nina suka".

    Dah beberapa bulan saya berhenti membeli Utusan kerana bosan dengan pendirian UM berhubung banyak isu yang melanda negara kita. Saya terpaksa korbankan ruangan yang sering saya ikuti di UM kerana boikot saya ini. Mungkin UM tidak akan terkesan dengan kurang RM1.50 setiap hari dari saya, tetapi saya puas hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya merasa bahagia dan bangga mempunyai seorang peminat seperti saudara. Semuga perasaan ini terus memberikan kesegaran dalam jiwa saya untuk terus menulis.

      Delete
    2. Betul tu. Saya adalah pembaca setia utusan puluhan tahun.zaman orang memberi gelaran 'Utusan Meloya' pun saya masih membeli, tetapi sekarang sudah 3 bulan saya tidak membaca Utusan Malaysia. Begitu juga berita di TV 3. Mmg dah tahap meloya.

      Delete
  18. mana buley tarik diri, org berpengalaman mcm tan sri takdak jalan keluar dari politik malaysia

    ReplyDelete
  19. rakyat tidak bodoh...TS just do what ever u have to do...

    ReplyDelete
  20. Sdra Zam,

    Saya juga seperti yang lain berasa gembira atas kembalinya sdra dalam arena ini.Sdr

    Saya tidak lupa apa yang sdra tulis ketika menyatakan untuk mengundur diri dan tidak sepatutnya begitu ayatnya memandangkan kedudukan dan juga latar sdra sebagai penulis yang berpengalaman berpuluh puluh tahun.Bermacam macam lagi alasan lain yang sesuai diberikan untuk berehat seketika.Takkanlah sdratidak pernah menerima tekanan sedemikian sebelum ini?

    Sdra tidak dapat meninggalkan arena ini kerana sdra sudah lama terlibat .Saya cuma akan rasa kecewa juga jika berada di tempat Datuk Kadir atau TDM ketika itu.

    Satu perkara yang saya rasai ialah penulisan sdra sungguh berbisa berbanding penulis penulis ternama yang saya kenali.Sdra merancakkan dan membangkitkan semangat banyak orang.

    Sokong jiwa dan semangat baru TS Zam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A.Kadir Jasin pun berbisa juga.

      Delete
  21. Salam TSZ.saya nak kata ini'Bongkar.bongkar dan bongkar'tabik buat anda.Saya dah malas baca utusan online dan TV3 online(nak buat mcm mana hanya online media yg boleh kami baca diluar negara)dubes pun dh malas saya dgr kelakar bodoh dia bila bercakap dgn saya.

    ReplyDelete
  22. Salam Tan Sri,

    I do not idolise TDM but certainly I am his great fan.....simply because he is sincere albeithis many shortcomings

    I am never your fan but I have been reading most of what you have written in your blog. I do read your books......simply because you write what is the truth what is falsity. You articulated the reality whilst exposing fantasy.

    Keep up your good work....may ALLAH gives his blessings to you and those thinking alike such as AKJ, bloggers APANAMA, OTSB dan lain2.

    Will be in KL before fasting month I hope I have the opportunity to meet you in person though we have never met. By the way, I am a Sarawakian and a BN staunch supporter.

    ReplyDelete
  23. Saya menunggu kedatangan saudara. Minta pembantu cafe panggil saya bila saudara tiba.Rumah saya tidak jauh.

    ReplyDelete