Sunday, 24 May 2015

PUAD ZARKASHI NAPI JADI TUKANG KAPAK (GEDEBE) MENTERI KOMUNIKASI

MUHYIDDIN DIKECAM MALAS KERANA TAK SEJALAN
Ketua Pengarah Jasa yang  juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi menapikan bahawa beliau mengecam  Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Malas  atas arahan dari Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Dalam Facebooknya beliau menapikan kenyataan itu ada kena mengena dengan kedudukannya  sebagai Ketua Pengarah JASA.

Soalnya bolehkah seorang Ketua Jabatan yang terlibat secara langsung dalam perang saraf memisahkan percakapan polItiknya dari jawatannya terutama ketika berlaku keraguan terhadap perpaduan dalam pucuk pimpinan parti.

Tidakkah perkataan "Malas" itu terucap kerana marahkan Tan Sri Muhyiddin tidak sejalan dengan Datuk Seri Najib dalam melengahkan tindakan mengenai 1MDB? 


Adakah ini suatu tindakan yang bijaksana dari seorang"DR"untuk memulihkan keyakinan rakyat dan parti?

Jawatan Ketua Pengarah JASA dari sejak sebelum saya Menteri Penerangan adalah merupakan jawatan terbuka tetapi membataskannya kepada hanya mereka yang tidak mempunyai kedudukan atau memegang jawatan dalam parti.

Dengan pengecualian yang di berikan oleh Perdana Menteri kepada bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan juga anggota MKT Puad Zakarshi maka ini berarti beliau bebas dari telunjuk menteri dan dengan itu kita boleh percaya sepenohnya penapian beliau bukan sebagai  tukang kapak Menteri Komunikasi dan Multi Media?

Beliau mendakwa beliau menimbulkan masalah keadaan sekolah yang buruk itu kerana simpatinya kepada  pengaduan dan penderitaan rakyat  . Soalnya apakah  kerana itu beliau harus menyelar Menteri sebagai Malas. Tidakkah  lawatan ke sekolah itu juga merupakan tugas beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran atau pembahagian tugas?.

Saya ingin bertanya kepada Puad dan juga kepada semua orang UMNO, semua  Ketua-Ketua Jabatan kerajaan wajarkah  seorang pegawai keajaan menunjukkan sikap memihak dalam krisis politik parti, wajarkah Perdana Menteri membebaskan  sekatan mereka yang mempunyai kedudukan politik dalam parti untuk menjadi   Ketua Pengarah Jasa

Tidakkah kenyataan Ketua Pengarah Jasa itu yang menuduh Timbalan Perdana Menteri  malas telah menimbulkan masalah kepada PM sendiri dan juga kepada Menteri Komunikasi? dan tidakkah kerana ini telah menyebabkan rakyat meanggap sudah berlaku perang terbuka antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri dengan Jasa berada di pihak PM?

Tidakkah ini merupakan  lanjutan dari nasihat-nasihat  yang salah ke atas Perdana Menteri,umpamanya supaya dalam mempromosikan diri sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO maka Datuk Seri  Najib harus mendabik dada mengatatan " aku kerturunan Bugis." "Aku Disayangi",  "I love you" dan penggunaan ulak ayak atau hantu raya untuk membelanya di TV3 (lihat tulisan Ku Seman di ruangan Anekdot Ahad di Mingguan Malaysia hari ini).



KOMEN 24 Mei 2015

NAJIB KURANG BERNASIB BAIK

OLEH: KHAIRIL ANWAR

Najib Razak kurang bernasib baik dikelilingi mereka yang accident prone. Awal tahun ini TV3 dikerahkan Habibur Rahman menyerang tokoh2 dari era Dr Mahathir. Itu strategi shock and awe supaya pengkritik tutup mulut.
Usaha Habibur Rahman ini menyebabkan kumpulan penyokong Najib berkurangan manakala yang mengkritik pula bertambah.
Dibandingkan dengan Habibur Rahman dan Lim Kok Wing, Puad Zarkhasi lebih memahami denyut nadi orang Umno dan rakyat dibawah walaupun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat.
Berkat kegigihan beliau mengeluarkan kenyataan Puad dilantik ahli lembaga pengarah Media Prima seterusnya Ketua Pengarah Jasa.
Puad Zarkashi seterusnya mendapat sokongan akarumbi Umno bagi menanggotai  Majlis Tertinggi parti. Syabas.
Malang nya baru baru ini Puad Zarkhasi menyalak penuh sensasi. Seminggu dua setelah Najib meminta ditingkatkan harmoni dan ketenteraman dalam parti, serta ingin kerap berbicara hati ke hati dengan orang No 2 beliau, Muhyiddin Yassin, Puad menuduh Muhyiddin malas.
Terdahulu luahan hati Muhyiddin di satu majlis tertutup di Janda Baik diedarkan pada khalayak.
Muhyiddin tidak mengengkari parti malah mahu memperkukuhkan parti. Ini kesimpulan yang dibuat oleh semua yang mengikuti ucapan beliau.
Jangan pula Puad disingkir dari jawatan jawatan beliau kerana tulisan Facebooknya. Beliau seharusnya meminta maaf pada Najib kerana menimbulkan isu yang tak sepatutnya berbangkit.
Najib pastinya ingin mengelak keadaan di mana satu demi satu orang keliling beliau mengetuai usaha menyerang rakan rakan seperjuangan Najib.


6 comments:

  1. Rakyat ingin mendengar penapian dari Menteri Komunikasi dan Multimedia sendiri apakah benar beliau tidak mengarahkan Puad Zakarshi? Dan jika tidak maka apakah Ketua Pengarah JASA berhak untuk membuat kenyataan yang menampakan beliau memihak kepada mana-mana pihak yang bersengekta dalam parti?.
    Apakah pula yang akan di lakukan oleh Shabery Cheek untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh Puan Zarkashi ini?

    ReplyDelete
  2. TIADA. Itu yg akan d lakukan. Sbb masing2 angkuh dgn kenyataan sendiri. Mengapa ? Sbb pemimpin tidak lagi d hormati. Sbb ? Dari tingkah laku sendiri.Tindakan ? Gantung tugas siasat serta merta. Punca ? Berkata bohong d parlimen dan dusta kpd rakyat. TU SAHAJA.PAHAM ?

    ReplyDelete
  3. Ada di katakan dalam Quran bahawa seorang yang seringkali berikhtiar berbohong dan buat jahat akan lama kelamaan ditinggalkan oleh malaikat hingga hanya syaitan-syaitan yang mengelilinginya sebagai teman.

    ReplyDelete
  4. Rasanya, hanya orang UMNO atau bekas orang UMNO sahaja yang faham bagaimaman MO (modus operasi) orang-orang UMNO :

    1. Politikingnya;
    2. Pusing sana / Pusing sini nya;
    3. PROPAganda @ PROPA sana, PROPA sini;
    4. MONEYpulasinya (manipulasi);
    5. Perjuangannya (betul/tak betul - apa yag diucapkan dimulut dan apa yang ada dihati);
    6. Macam-macamlah yang susah untuk orang-orang biasa nak faham dan kena baham.

    Adakah hukum domino (bukan domino pizza) sudah hampir ?


    ReplyDelete
  5. Tuan Zam.nak tanya apasal ketua pengarah JASA,proses pelantikan tidak melalui temuduga atau dilantik dari peringkat pegawai kanan PTD.Dan apakah jasa yang besar telah dihasilkan dari JASA.Apakah Puad Zakarshi ni mempunyai IQ yang tinggi sehingga terlampau minat menteri melantiknya.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete