Thursday, 7 May 2015

PELABURAN TABUNG HAJI DALAM 1MDB ARAHAN POLITIK?

Sekiranya hartawan "Penyangak" Jho Low tidak terlibat  dengan 1MDB, maka pembelian tanah oleh Tabung Haji (TH) sebagai strateiji pelaburan dalam firma pelaburan  itu  tidak akan menimbulkan kegemparan dan keraguan  di kalangan pencarumnya dan juga rakyat.

Pendedahan mengenai pembelian itu   bernilai RM 188.5 juta  pada mulanya seperti mahu dirahsiakan  oleh Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim  tetapi kemudian disahkan oleh pegawai TH.

Kebocoran "rahsia "ini berlaku kepada blog mungkin kerana orang dalam TH sendiri tidak bersetuju dengan pembelian ini.

 Dalam soal ini ,seorang Mufti mahukan jawapan dari Perdana Menteri Malaysia sendiri untuk  menghilangkan kerisauan rakyat.

"Ini isu masa depan saya dan negara" kata Mufti Perlis,Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis ini tidak secara langsung  bercakap bagi pihak berjuta  pencarum TH  yang terdiri dari orang Melayu dan Islam  yang sedang berada dalam perasaan terkejut dan marah  bila mengetahui pekara ini.

Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah  Tabung Haji  membuat keputusan sendiri mengenai pembelian itu atau adakah ia menjalankan arahan politik? .
 POLIS SIASAT KEBOCORAN
Sementara itu Malaysian Insider melaporkan Pihak polis akan mengkaji kandungan laporan yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Johan Abdullah berhubung dokumen sulit cadangan pemilikan tanah 1MDB sebelum mengambil tindakan lanjut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan laporan yang dibuat Johan petang tadi dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial akan meneruskan siasatan.
"Kami belum memutuskan di bawah seksyen mana untuk menyiasat hal tersebut," katanyaDifahamkan polis mempunyai beberapa pilihan dalam penyiasatan. Kes tersebut boleh disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Ia juga boleh disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika perlu.
TH membuat laporan polis petang tadi selepas blog The Benchmark mendedahkan dokumen pembelian tanah 1MDB oleh kumpulan itu di Tun Razak Exchange (TRX).
Johan membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi dengan mendakwa blog berkenaan memanipulasi fakta berkaitan urusan jual beli tanah TRX.
"Pelaburan itu sudah melalui ke semua proses dalaman menurut peraturan TH dengan mendapat kelulusan yang betul dan teratur.
"Pembelian tanah tersebut adalah dengan harga RM188.5 juta selepas mendapat potongan pada kadar pasaran semasa sebagai yang dinilai oleh penilai bebas profesional di dalam pengetahuan saya," katanya seperti dalam laporan polis itu.
Johan hari ini mengesahkan TH membeli tanah 1MDB untuk projek TRX merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.
Katanya, RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.
Beliau berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.
“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.
“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini memohon maaf atas kesalahannya memberi keterangan mengenai pelaburan TH di TRX.
"Ya, maaf di atas kesilapan komunikasi. Tidak benar mengenai RM722 juta untuk membeli dua bidang... itu yang saya nafikan," kata Azeez menerusi Twitter. 
Azeez semalam menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli dua bidang tanah bernilai RM772 juta yang merupakan sebahagian projek TRX oleh 1MDB.

DATUK JAZLAN PULA PERTIKAIKAN KEPUTUSAN TH
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) membuat pembelian tanah bernilai RM188.5 juta milik syarikat sarat menanggung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi tanda tanya memandangkan firma bermasalah itu kerap dikecam kerana mengumpul hutang begitu banyak.
Beliau terkejut dengan keputusan TH kerana 1MDB yang merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu sedang dikecam berikutan memiliki jumlah hutang lebih RM42 bilion.
"Terdapat banyak peluang pelaburan lain yang boleh diterokai Tabung Haji terhadap wang pendeposit untuk membuat keuntungan."Mereka tidak sepatutnya memilih pelaburan seperti ini.
"Isunya ialah mengenai profesionalisme dan integriti jawatankuasa pelaburan serta lembaga pengarah TH yang meluluskan pelaburan itu, adakah terdapat tangan ghaib yang mengarahkan mereka.
"Bagi pembelian itu, tanah berkenaan terletak di lokasi utama tetapi perjanjian itu dilakukan berdasarkan nilai pasaran semasa," katanya.
Ahli Parlimen Pulai daripada Umno itu berkata, PAC tidak bercadang untuk menyiasat mengenai pembelian tanah yang dibuat TH pada waktu ini kerana terlalu sibuk.








18 comments:

  1. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: "Nabi-nabi pada tiap-tiap zaman telah sehaluan berseru 'Kalau awak tidak ada perasaan malu awak akan buat apa-apa ikut hawa nafsu kamu!'."
    (hadith 40 an-Nawawi)

    ReplyDelete
  2. Ini adalah suatu pendedahan yang amat berkesan dari segi untuk mencemarkan nama baik Tabung Haji.Nampaknya seperti kerjaaan tidak mempunyai orang yang boleh dipercayai di peringkat atasan untuk menyimpan rahsia besar.Saya harap siasatan polis akan dapat menangkap segera culprit ini supaya dapat memberikan pengajaran yang berkesan kepada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Saudara, eloklah simpan rahsia puak2 pelingkup ini. Memang bagus kalau tak didedahkan, diam-diam kita semua dipelingkupnya. Bila sudah terkena, buatlah tak tahu. Atau mungkin saudara bukan pendeposit TH jadi tidak perlu ambil pusing.

      2. Umum maklum 1MDB dalam lubang najis yang dalam (deep s**thole, dengan izin). Dalam situasi ini 1MDB akan terdesak untuk berpaut pada sebarang objek terapung untuk terus hidup, hatta sampah dan bangkai. Sementelahan berbondong-bondong burung nasar berlegar-legar menunggu saat menyambar apa saja harta di tangan 1MDB asalkan kena pada harga dan nilainya.

      3. Hakikatnya adalah mustahil 1MDB akan melupuskan tanah yang di'kurnia'kan kerajaan pada nilai hampas, dan tak mungkin tanah yang telah tergadai itu akan kembali menjadi tanah kerajaan. Inilah kebodohan pemimpin dan pembesar yang telah lalu, dan masih belum dihukum.

      4. Cuba kita melihat ke hadapan. Kalau bukan TH, barangkali ada saja pemaju lain yang mengidam tanah di lokasi seumpamanya 'at a discount'. Andaikan MahSing, Tropicana atau IOI yang membelinya dan bukan TH, adakah pembelian itu akan kurang kontroversinya, walhal tanah terlepas kepada pihak swasta 'at a discount' dan 'value leakage' ini menjadi hakmilik peribadi segelintir individu, dan bukan manfaat khalayak yang lebih ramai?

      5. Sekiranya TH Properties dapat memanfaatkan pelaburannya untuk menjana keuntungan dan membina kemahiran dan kepakaran mengurus dan membina, saya berharap usaha mereka akan berhasil. Siapapun (kecuali musuh Islam) boleh bersetuju. Di mana lagi TH boleh mendapat tanah dan peluang perniagaan, saya harap pertimbangan mereka bersifat komersil dan bukan politik.

      6. Saya amat berharap akan penyelesaian yang komprehensif dan tidak didasari emosi semata-mata. Iltizam pemulihan ala MAS harus digerakkan. Kebodohan individu terlibat patut dihukum. Akan tetapi, menjadi keutamaan untuk memastikan nilai yang dapat dizahirkan dan diselamatkan daripada 1MDB ini dapat dimanfaatkan untuk kepentingan umum/negara, dan bukan segelintir hartawan dan bangsawan.

      7. Usaha pemulihan ini pula haruslah dipandu oleh mereka yang amanah dan ahli dalam bidangnya, bukan kaki putar belit yang dipandu hawa nafsu.

      Wak Salam Erwin Joko Anwar
      Banting, Selangor

      Delete
    2. Aslmkm. Semua itu adalah spin puak pembangkang. Pelaburan utk hartanah telah dibuat bbrp thn yg lalu. Tiada sbrg masaalah. Apabila ada problem dgn 1MDB baru nak dikaitkan dgn TH utk lebih memburukkan pimpinan negara. Knp sblm ini tak ada problem. Takkan BOD TH tak tahu jlnkan business. Semuanya org Islam sendiri dgn panel syariahnya sendiri. Tak kan semua org Islam yg ada kaitan dgn kjaan tak boleh dipercayai. Takkan BOD tidak tahu halal dan haram sehingga sanggup menyonglap duit penyimpan2. Cuba guna kepala lutut utk fikir. Jgn menjadi seorg Islam yg menuduh dgn sewenang2nya - memakan daging saudara seagama kamu sendiri. Kamu semua akan dibicarakan kelak diatas fitnah2 kamu. Wallahualam

      Delete
    3. Bila buruk saja, kerja pembangkang/pr.
      Bila baik saja, kerja kerajaan/bn.

      Delete
  3. Kalau kerajaan buat benda yang baik, tidak ada sesiapa akan membocorkan apa2. Tapi memandangkan kerajaan buat benda yang tak betul, maka pihak yang mendedahkan salah laku ini sebenarnya telah membantu ramai pihak.Dari mula timbul isu ini kita dah nampak percanggahan di antara Pengerusi and Pengurusan TH. Ingat-"Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun kelapa"

    ReplyDelete
  4. Saya pun berasa lega kerana penjualan/pembelian tanah itu TIDAK melibatkan orang-tengah atau "hartawan penyangak". (Guna orang-tengah beli Kapalselam dan dalam urusan 1MDB). Maka selarilah dengan ikrar Dato Ismail Sabri KPDNKK; 'Jihad Memerangi Orang-Tengah'.

    Sebenarnya, saya lebih rela tanah kerajaan itu, (walaupun 1MDB memperolehi 'hampir percuma' atau berpuloh kali lebih murah), dijual kepada TH, daripada terjual kepada bangsa-asing. (Seperti yang dinyatakan oleh Rocky Bru). Sekurang-kurangnya tanah itu akan menjadi asset kepada TH, atau secara tidak langsung dimiliki oleh para pendeposit.
    Dengan segala kemelut mengenai 1MDB, sudah tentu TH tidak akan berani membeli tanah itu, jauh melebihi nilai pasaran, walaupun diarah oleh 'orang politik'.

    ReplyDelete
  5. BILA ORANG POLITIK DIBERI JAWATAN DALAM ORGANISASI ATAS KAPASITI PENGARUHNYA BUKAN AHLINYA (KEPANDAIANNYA DALAM SISTEM TADBIR URUS KORPRAT) SAMADA LUTH KER FELDA KER PERSATUAN SUKAN KER DLL, SURE HANCUS PUNYA JADIK KEPARAT.... SBB ORANG POLITIK NI KERJANYA NAMPAK WANG WANG WANG SAHAJA. HARAM HALAL NOMBOR 10000000000.
    MASUK KUBUR, LU LU WA WA.... MEMANG HARAM JADAH DEPA NI.
    KAT DUNIA HANGPA BOLEHLA MEGAH, KAT KUBUR BARU TAU!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn suka menuduh. Sedap tuduh orang lain sedangkan cerminlah diri anda sendiri. Kalau tak ada politik manakan ada pemimpin. Bodoh. Sama spt u juga akan diperhitungkan fitnah2 anda.

      Delete
  6. Saya semakin menghidu, 'ajal' najib semakin dekat..
    Rakyat di kedai kopi, di pasar, semua naik hangin satu badan pasal GST.
    Sepatutnya bukan barang tertentu jer dikecualikan GST, bahkan apa apa khidmat
    perkhidmatan kepada rakyat spt bayar bil di POS dan lain-lain dikecualikan GST.
    Memang haram jadah cara kerajaan nak kutip duit dari rakyat. Dasar kerajaan BN miskin papa kedana, dah habis duit kerajaan ko gunakan, rakyat miskin plak ko nak sapu2 sekali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya GST baik untuk negara. Masalahnya kerana Najib jadi Menteri Kewangan. Credit rating merudum kerana kerajaan banyak hutang dan urusan 1MDB mencurigakan. Guna 'orang-tengah' yang mencurigakan dan tak tahu dari mana dalam urusan 1MDB.
      Dengan nilai matawang, harga petrol dunia, harga getah/kelapa sawit jatuh dengan teruk, bercampur dengan ketamakan peniaga, maka harga barangan turut naik. Oleh itu, GST nampak buruk.

      Jika Najib letak jawatan serta-merta, saya pasti, nilai matawang akan meningkat dan GST akan menampakkan kebaikan.

      Delete
  7. 1-Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Johan Abdullah adalah merendahkan kemampuan berfikir pencarum TH.

    Pertama sekali beliau mesti menjelaskan bilakah keputusan untuk membuat pelaburan bernilai RM188.5 juta itu di buat, adakah sesudah nama 1MBD tercemar oleh Jho Low atau ketika 1MDB masih bersih.
    2-Kenapa TH mesti membeli dengan harga pasaran?
    3- Bolehkah dinapikan kaitan pengerusi Tabung Haji yang lantikannya menjadi kotroversi politik dengan keputusan pembelian ini
    4- Siapakah yang akan mampu membeli kediaman ditempat yang bernilai tinggi. Orang Islam yang bagitu tinggi dengan soal haram halal tentu akan mengambil berat kira pelaburan disini. Pekara ini adalah sentimen tetapi sentimen inilah yang sedang menggugat keyakinan sebahagian besar pencarum TH kerana pembelian sebuah syarikat yang melibatkan tangan seorang flamboyant: kaki arak kaki perempuan dan kaki judi.

    Adakah TH telah mengambil kira 1MDB sebagai firm yang telah tercemar namanya ketika membuat keputusan pembelian yang melibatkan jumlah wang yang sangat besar?.

    5-Kenapa lapuran polis harus di buat bila keputusan pembelian itu terdedah jika ia merupakan suatu pelaburan yang jujur dan tidak ada kaitan dengan kepentingan mana mana pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanah itu terlepas kepada Ananda Krishnan, YTL atau hartanah dari Negara China, lagi teruk nasib Melayu Islam.
      Saya kira, jatuh ketangan TH, lebih baik. Ada juga 'hartanah' orang Melayu atau Islam di pusat bandaraya KL.

      Delete
    2. betul tu en RD. pada saya TH tak salah dalam hal ni. sebab mereka juga entity perniagaan. kalau katalah pemilik tanah tu sebelumnya syarikat lain mungkin takde isu. saya rasa ustaz2, pakcik2, lebai2 yang hanya pandai bercakap tu bukan tau asas perniagaan konglomerat kot. dan saya tak percaya tanah yang TH beli tu tanah pertama yang dibeli dari entity swasta lain. yang jadi persoalan sekarang kenapa 1MDB selaku satu syarikat yang ditubuh kononnya untuk buat pembangunan boleh jadi broker tanah pulak? inilah persoalan yang perlu dijawab kerajaan sekarang.

      jentayu

      Delete
    3. Tuan2

      Yang salah mula2 sekali dalam hal ini ialah kerajaan kita sendiri. Kenapa perlu dijual tanah tersebut kepada 1MDB dengan harga yang cukup murah dan kemudian boleh dijual kepada TH dgn harga sedikit kurang dari harga asal. Bukankah ini terang2 "bail out" TH namanya. Kerajaan patut bertanggungjawab sepenuhnya sebab wujudkan 1MDB yang sekarang ni menjadi biawak hidup kepada kita semua...
      Kalau 1MDB tu ditiadakan, bukankah molek TH beli terus dari kerajaan dan majukan sendiri. tak perlu 1MDB. ini macam keluar poket kiri, masuk poket kanan sahaja. Yang kena liwat, kita juga rakyat kebanyakan.

      KCAM

      Delete
    4. Ku sangka Johan Abdullah tu cerdik dan pandai.
      Rupa-rupanya bodoh dan stupid berkali ganda.
      Mulanya "3 Abdul" kemudian jadi "6 Jahanam".
      Hebat sungguh P.Ramlee...

      Delete
  8. Kita lihat nanti, siasatan yang mana selesai dahulu samada siasatan ke atas 1MDB atau siasatan yang ini (walaupun kesnya berlainan). Saya setuju mmg berlaku salah laku dengan mendedahkan dokumen tersebut tetapi adakah TH akan berlaku jujur dengan mengumumkan pembelian tersebut? Bila cerita pasal 1MDB semua buat dalam kelambu. Kenapa perlu takut jika benar?

    -epool-

    ReplyDelete
  9. Tolong TS Zam jenguk sedikit Felda. Dengar khabar ada anak-anak syarikat berstatus "ATM" juga hendak di jual... jika benar, WHY ?

    ReplyDelete