Thursday, 21 May 2015

MESYUARAT TERGEMPAR MAJLIS KERJA TERINGGI UMNO

MUHYIDDIN ATAU NAJIB TERPAKSA BERUNDUR

Komen: 22 Mei 2015:  Sesiapa juga yang melihat klip video ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin akan dapat memahami mengapa Utusan Malaysia langsung tidak menyiarkan berita mengenainya walaupun telah menggemparkan orang-orang UMNO di seluruh negara.

Pendedahan ini benar-benar menukarkan hari siang PM Najib kepada malam, hari ini tidak sama dengan semalam dan esok belum pasti - Mazlan.

MESYUARAT TERGEMPAR....
Mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hendaklah dipanggil segera bagi mengesahkan ikrar taat setia kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dalam MKT baru-baru  ini berikutan dengan kenyataan terkini Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menimbulkan keraguan terhadap ikrar itu di kalangan pemimpin-pemimpin  UMNO dan ahli-ahli UMNO seluruhnya.

Tan Sri Muhyiddin jelas menampakan beliau bersama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahthir tidak mahu Najib menunggu siasatan Ketua Juruaudit Negara ke atas 1MDB, malah sebaliknya, mahukan Anggota Lembaga Pengarah 1MDB segera letak jawatan dan disiasat polis.

Mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan samada Tan Sri Muhyiddin wajar dipecat dari MKT seperti yang dilakukan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMMO terhadap Dr. Mahathir Mohamed pada 26 September 1969 setelah Tunku mendedahkan ada pihak pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat, maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan UMNO jika salah seorang; iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur.

Kenyataan Muhyiddin ini walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah serentak dengan pengumuman RM11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat hari telah menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat dari RM11.

Dengan itu Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat dengan dakwaan beliau mendapat sokongan dalam parti dan rakyat berasaskan sokongan MKT dan ketua-ketua bahagian yang dipentaskan.

Dengan kenyataan Muhyiddin itu, membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti menghadapi ancaman Tun Dr, Mahathir, 1MDB, krisis politik dan ekonomi sekarang.

Pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB tidak boleh diperkecilkan kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. Ia telah menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam parti UMNO dan juga rakyat.

Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Dr. Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.

Kenyataan Muhyiddin, bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Dr. Mahathir dan juga beberapa pihak, bahawa Najib tidak mahu dengar cakap orang.

Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, kerana wabaknya sedang merebak  melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan UMNO.

18 comments:

  1. Dr.Mahathir ketika dipecat hanya sebagai anggota MKT dan bukannya Timbalan Presiden UMNO seperti kedudukan Muhyiddijn sekarang. Maka jalan yang sebaiknya ialah bagi Muhyiddin berundur jika Najib mahu terus bertahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu supaya najib membanyakkan beban pada negara dan mereka suami isteri boleh kerap keluar negara berjoli , sangat bijak idea ini utk masa depan negara.

      Delete
    2. yang mendatangkan beban kepada rakyat dan negara ialah najib. kenapa pulak TSMY yang patut berundur. adakah maksud kamu nak biarkan najib perlingkupkan negara?

      Delete
    3. Ooooo Fuad Jakasi cadangkan TMY di pecat? Apasal takut nnti biler TSMY naik kamu di suroh jadi gardener di Sri Perdana ke? Elok jugak tu sbb lepas boss kamu Najib dan isteri kesayangan di nyah kan kamu tak der kerje lagi dah. Najib dan Rosmah harta dah ber beliyon... Kamu ader aper Fuad? Bodoh punya orang nak jadi barua Najib tapi Najib hanya gunakan kamu!!!

      Delete
  2. Kita lihat samada akhbar UMNO Utusan Malaysia , Berita Harian dan juga NST melayan tindakan Muhyiddin yang menggemparkan parti UMNO. On Line Star telah siar lebih dahulu Muhyiddin mahu lembaga 1MDB dipecat dan ketua-ketua pengarang ketiga tiga akhbar perdana itu sedang memikirkan samaada hendak membenamkan terus berita besar Muhyiddin itu atau memperkecilkannya sehingga dicari pembaca tidak jumpa.
    Kita tengok esuk.
    Apapun mereka jangan lupa nasib mereka jika Muhyiddin berkuasa kelak. TV 3 eloklah cari ula ayak mana pula untuk cerca maki Muhyiddin kerana dia sudah sejalan dengan Mahathir.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik TSMY tak nafikan dan buat U-turn macam si Pandir kah tempoh hari. Kalau Najib masih tak nak berundur, maka TSMY dan yang turut menyokongnya mesti letak jawatan.

    Hanya tinggal 2 jalan keluar;

    1. Undi tak percaya di parlimen
    2. Lawan jawatan presiden umno di perhimpunan agung akhir tahun ini.

    Tapi yang sebaik-baiknya Najib berundurlah dengan suka-rela. Makin lama nak tunjuk gagah makin parah!

    ReplyDelete
  4. Saya rasa ini baru permulaan...
    Jika ada lagi Naib Presiden bersuara...Najib sudah tiada pilihan

    ReplyDelete
  5. Tranparency, integrity & accountability..

    Oh yes... At last by virtue of Muhyddin's admission, the truth prevails. Billons were mysteriously lost & spent unwisely by scoundrels without the knowledge of the DPM and the cabinet ministers.

    Both Najib & TDM committed bail out. Nevertheless, Najib did it in discreet manner and only made it known when blown out of proportion. Unlike Najib, TDM tabled his initiative in the cabinet ministers meeting for mandate. There was no secret or hidden agenda as the immediate following day became the headlines splashed over at every newspaper and media news report in the country. Money spent for the NS Highways, Twin Towers, Penang Bridge, Putrajaya, LRT railways, etc are worthy and recognized world class and regard as proud heritage and legacy of the nation for a long long time

    That demonstrates how industrious and determine but transparent Tun Mahathir was. He is the best thing ever happened to us and by the graciousness of Almighty Allah, he is still surviving with good health and charisma to protect the well being of the people and the country.

    Ahjibghor is falling down, falling down, falling down.

    I simply love & respect this grand old statesman, ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohammed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I second that Tuan...

      Delete
  6. Saya terkejut bila sebuah blog mengatakan pekara yang ditimbul oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin menuntut anggota Lembaga Pengaah 1MDB letak jawatan bukan pekara baru. Tujuannnya adalah untuk memperkecilkan kesan dari isu yang dibangkitkan oleh TPM itu tetapi dalam pada itu beliau meminta pula supaya tiundakan diambil terhdap orang yang menyebarkan video itu yang berarti beliau juga terasa itu merupakan pendedahan yang baru. Jika tidak pekara biasa buat apa tindakan diambil.

    Hal ini mengeshkan betapa Najib telah melantik orang orang bangang untuk menajdi bloger dan sahlah banyak blog penyokong UMNO bangang seperti yang pernah dicap oleh Najib.

    ReplyDelete
  7. Ini umpama Pisau terhunus dibelakang beliau. Nampaknya DS Najib mesti suruh Muhyideen berundur dan diganti olih sepupunya Hishamuddin Hussein Onn demi mengekal kuasanya memerintah UMNO..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ,

    Tan Sri, pada pemerhatian dan hemat Najib tidak akan melepaskan jawatannya .
    Namun TS Muhyiddin akan berhadapan dengan kemungkinan diturunkan pangkat sebagai TPM pada rombakan kabinet akan datang dan ada kemungkinan ditukar portfolio.

    Sementara jawatan TPM diserahkan kepada Datuk Hishamuddin. Dan jika ini berlaku pada hemat saya ketika itulah wujudnya faktor kebarangkalian DS Najib akan melepaskan jawatannya sebagai PM. Justeru kisah lama menjelma semula dalam riwayat politik Malaysia . Wallahualam, Allah lah yang maha mengetahui dan maha mengatur perjalanan hidup hamba hamba Nya .

    ReplyDelete
  9. Melayu Umno makin kalut. Terlalu ramai bermuka-muka. Presiden dan Timb.2 Presiden sendiri tidak keharuan dalam menangani masaalah Presiden parti yang semakin tuli, terkeluar landasan.

    Lihat RMK 11 di bentangkan sudah menjadi bahan gurauan. Ini semua kemelut 1MDB yang tidak di selesaikan secara professional mainan awal pihak pembangkang, sudah menular busuk menyelubungi rakyat biasa akibat mantan PM Tun M juga sudah mempercayai dan menghidu bau busuk tatacara 1MDB yang di selubungi misteri.

    Saya sokong penuh mensyuarat tergempar MT Umno sekarang. Jika perlu sesiapa berundur, itu sebaik nya ! Semua MT mest di dobi bersih, wangi dan cukup kering. Terlalu banyak kekotoran degil yang begitu susah di tanggalkan.

    Atau buang, tukar pakaian baru lebih kemas dan menarik !!!

    ReplyDelete
  10. Banyak batu api..apa faedah yang mereka dapat ..sesiapa yang menjadi PM akan menjadi bulian vateren lama..Anak Yassin naik pun belum tentu dia selamat..3 orang lagi Naib Presiden nak duduk diam ke? itulah politik yang tak matang..

    ReplyDelete
  11. Could we be seeing the end of this type of news since Zahid has given his instructions to stop recording future sessions ? Zahid should know best because his speech also caused a ruckus last time (the Malacca one I think).

    Regardless of where the DPM made this speech, including saying it in his heart so that no one else hears it, the question I am asking is; is he so frustrated that he is talking behind Najib's back ? Or has he actually said it in front of Najib ? Now that it is public, what is Najib going to say or perhaps not say ? Could this be a similar case of the Speaker's frustration carried by Tun M in public ?

    ReplyDelete
  12. Macamana najib nak ambik tindakan kalau anak sendiri yang terlibat dalam manipulasi 1MDB ni!!

    ReplyDelete
  13. Telinga najib dah siang siang ditutup oleh Little Rosie.

    ReplyDelete
  14. Sudah menegakkan pendirian demi prinsip yang benar, sepatutnya Tan Sri Muhyiddin jangan khuatir pasal nasibnya sendiri - Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete