Friday, 22 May 2015

MENTERI KOMUNIKASI ARAH JASA SERANG TAN SRI MUHYIDDIN

BEKAS PEGAWAI JASA MUAL
KOMEN:
Syed Saifuddin23 May 2015 at 18:59
Saya bersetuju dengan pandangan TS Zainuddin Maidin bahawa JASA tidak sepatutnya mengeluarkan KENYATAAN membidas Timbalan Perdana Menteri secara terbuka. JASA sepatutnya memainkan peranan yang lebih berkesan menarik keyakinan rakyat dan Pengundi untuk kembali menyokong Kerajaan dan bukan menambah luka yang sediaada. Dalam KONTEK ini, Saya selaku Mantan Panel Pemikir JASA melihat gerakn Gerak Saraf JASA berada dalam situasi yang amat memualkan.
MENTERI KOMUNIKASI ARAH......
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shaberi Cheek telah mengarahkan Ketua Pengarah JASA,Mohd Puad Zarkashi melancarkan serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berikutan pendedahan klip video ucapannya  yang menyanggah  cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib menguruskan masalah  kewangan  1MDB yang melibatkan lebih RM 40 billion.

Logiknya Ketua  Pengarah JASA terletak  secara langsung di bawah Menteri yang berkenaan dan jika ini dilakukannya bersendirian maka berarti Menteri tidak lagi mempunyai kawalan keatas pegawainya yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Puad Zakarshi telah mengecam   Muhyiddin dalam facebooknya  sebagai Menteri Pelajaran yang malas  mengadakan lawatan berbanding dengan beliau ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran yang sanggup  melawat ke sekolah -sekolah  di daerah terpancil.

Katanya sikap Muhyiddin  itu menyebabkan  pegawai-pegawai juga bersikap tidak mengambil berat dan  semuanya hanya nampak elok dari luar sahaja.

Inilah pertama kali dalam sejarah sejak wujud JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas)Ketua Pengarahnya  yang terletak  di bawah Menteri  Komunikasi dan Multimedia mengecam seorang Timbalan Perdana Menteri . Ini mungkin oleh kerana  perlantikan Puad Zakarshi terkecuali dari syarat mesti dari seorang yang tidak mempunyai kedudukan politik. Beliau  berkedudukan sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Bagaimanapun ramai orang dengan mudah membuat persepsi dan konklusi oleh kerana tugas utama  jabatan itu merangkumi perang saraf politik maka pengarahnya tidak mungkin akan bertindak sendirian tanpa arahan politik khusus nya dari menterinya sendiri. .

Maka itu orang ramai dengan mudah membuat konklusi bahawa tindakan Dr Puad Zarkashi itu adalah dengan rastu atau arahan dari Menteri Komunikasi dan Multimedia  terutama ini berlaku berikutan dengan pendedahan video TPM yang mencabar cara tindakan Perdana Menteri.


Ini dilihat sebagai bermula perang terbuka antara penyokong -penyokong Najib dengan penyokong-penyokong Muhyiddin berikutan serangan tertutup tetapi terbuka oleh Muhyiddin terhadap Najib.

Tanpa pendedahan video sensitif itu pun tentunya Muhyiddin dapat menelah bahawa ucapannya akan diketahui oleh Najib kerana turut hadhir ketika beliau memberikan ucapan kepada ketua-ketua UMNO di Janda Baik  Pahang  beberapa orang Menteri dan juga Menteri Besar Pahang.

Maka itu samaada video ini senghaja di sebarkan untuk memburukan Muhyiddin supaya beliau dikesampingkan sebagai Timbalan Presiden yang tidak setia atau  sebagai pembongkaran untuk mendapat sokongan ahli-ahli UMNO terhadap Muhyiddin  tidaklah menjadi persoalan kerana ucapan itu pasti terdedah.

Saya mendapat maklumat dalam mesyuarat MKT yang lalu , Puad Zakarshi adalah  yang paling kuat bersuara membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib di samping Tan Sri Muhyiddin memberikan pandangan terus terang  dan  amaran  keras  mengenai keloh kesah rakyat di akar umbi terhadap 1MDB.

Selain dari penyebaran klip video yang meluas ,ucapan  Muhyiddin yang pedas itu  juga  telah disiarkan oleh semua akhbar  perdana hari ini kecuali Utusan Malaysia.



Dari Star onlie
Published: Thursday May 21, 2015 MYT 9:32:00 PM
Updated: Thursday May 21, 2015 MYT 11:53:40 PM

Puad Zarkashi slams 'lazy' Muhyiddin

One of the photographs uploaded on Puad's Facebook
One of the photographs uploaded on Puad's Facebook
PETALING JAYA: An Umno supreme council member has criticised Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for being "lazy" to check on the condition of schools nationwide some of which are in a deplorable state.
Dr Puad Zarkashi, a former deputy education minister, said because Muhyiddin, also Deputy Prime Minister, did not visit schools, the officers on the ground did not bother to do so and "everything look rosy from the top."
Attaching a photograph of a classroom in a deplorable state at a school in Keningau, Sabah, Puad said on his Facebook:
"The people posting picture of my school in Keningau are too weak. The cause of this is because officers in charge did not come down to the school.
"Why didn't they visit? Because the Minister and Deputy Minister are lazy to come down."
Puad said in his three years as deputy, he had visited almost 70% of rural schools.
"There is also a school where I had to walk eight hours to get to, that is a school in Saliliran in Nabawan Sabah," said Puad, who heads the Special Affairs Department.
Puad said that the Government had spent billions on 1BestariNet but its effectiveness is still unproven.
He also stated the terrible state of dormitories and teachers' quarters in the interior of Sabah and Sarawak as problems.
“Muhyiddin, who has been Education Minister for two terms, should do something about these schools in the Sabah and Sarawak interior that are in poor conditions,” he said.
Muhyiddin is assisted by Education Minister II Idris Jusoh, and two deputies Mary Yap and P. Kamalanathan.











18 comments:

  1. Biasalh puak umno ni mrk akan serang kwn jika kedudukan pemimpin yg mrk ampu tergugat.. dulu masa mula2 pembangkang bangkitkan isu 1MDB mrk kata fitnah nk jatuhkan Najib, kerajaan n hasat dengki, takan Tun M pun dh pandai fitnah? skrg ape jadi Timb Presiden pn pandai fitnah? inilah akibatnya pemimpin percaya sgt 'punahsihat' yg sentiasa amik peluang perkayakan diri.... ape2 pn sebagai rakyat marhean/pembayar cukai kita patut bersuara n tuntut PM Najib bertanggungjawab n undur sebagai PM.......jom tolak Najib/Ro$mah....

    ReplyDelete
  2. Puad ZakarShi ini sudah tentu menerima arahan atau mendapat restu dari menteri "buih" supaya menyerang TSMY. Beberapa blog pun sudah mula menghentam TSMY sejak tersebarnya video panas tersebut. Apakah tahniah buat TSMY kerana masih berani untuk bersuara dan say juga pasti ungkapan ini boleh juga disampaikan kepada beliau " YOU ARE NOT ALONE SIR" !

    ReplyDelete
  3. Kalau sdr Puad tidak sedikit pun malu menggunakan gelaran Dr dihadapan nama beliau tidak hairan dia sanggup jadi pak sanggup. Cuba semak universiti dimana dia mendapat ijazah "PhD"nya. Jangan terperanjat dengan "status" ijazah tersebut.

    ReplyDelete
  4. Saya amat bimbang JASA akan menjadi punca pepercahan yang besar dalam UMNO apabila Ketua Pengarahnya mendedahkan sikapnya menyebelahi sesaorang pemimpin dalam krisis parti.

    Jasa mempunyai ramai pegawai di seluruh negara dan di beberapa peringkat.Maka apabila Puad Zarkarshi ud menunjukan sikap antinya terhadap Tan Sri Muhyiddin maka tidak dapat tidak pegawai -pegawai jasa akan mengikut rentak tariannya malah beliau akan mengarahkan pegawai-pegaswai untuk menggerakan kerja politik yang memihak kepada Najib.Bukan semua ahli UMNO menyokong Najib.

    Saya tidak anti Najib tetapi sewajarnya pegawai-pegawai JASA tidak terlibat dengan parti dan menjalankan kerja untuk mendapat sokongan dari rakyat kepada kerajaan tetapi apabila pegawai-pegawai sendiri berada dalam keadaan yang tidak bersatu atau memihak maka bagaimanakah akan menyatukan rakyat.

    Tujuan JASA adalah untuk menarik sokongan kepada UMNO dan bukannya kepad mana-mana pihak yang bertelingkah dalam UMNO.

    Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah memuat kesilapan yang besar dalam melantik seorang yang mempunyai kedudukan dalam parti mengetuai JASA yang tentunya akanm digunakannya untuk memperkukuhkan dirinya sendiri dalam kedudukan politik dalam parti.

    Ini adalah suatu contoh pentabiran dan pengurusan Najib yang lemah dan tidak mempunyai vision dan lebih banyak menyerahkan kepada pegawai-pegawai di bawah untuk menentukan arah tanpa beliau sendiri meneliti buruk dan baiknhya terutama dari segi imej politik dan perpaduan parti.Pasti JASA akan rosak dan menjadi JASA yang tidak lagi berpengaruh.

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya Zakarrshi, pemalas dan meja cabuk jadi isu..cuba cari kesalahan berbillion dollar ka...boroska..Apa punya tolol PR mamat ni.Patutlah kalah..

    ReplyDelete
  6. Semuga Tan Sri Muhyiddin Yasin dicalonkan Sebagai President UMNO dalam pemilihan UMNO tahun hadapan. Semuga TSMY berjaya mencabar Najib. Insya Allah saya yakin perwakilan cawangan dan Bahagian UMNO Akan memilih TSMY Sebagai President UMNO menggantikan Najib. Mari sama2 kita lihat sapa yang kenak. Orang Johor dah Makin menyampah dengan Hushamudin dan Puad Zarkashi.

    ReplyDelete
  7. Dlm diam, diam membatu..
    Trdengar bunyi memahat batu..!!

    Zarrss...Zarsss..
    Bunyi asah, mengasah pahat...
    Dapat nanti BATU di PAHAT..
    Nama Puad, rakyat dh meluat..!
    Mungkinkah dia si KAKI JILAT..?

    Zarkashi.. Sambung nama diberi..
    Ditambah huruf "t"... Umpamanya tahi..!
    PRU13 rakyat dah benci...!
    Masihkah lagi tak sedarkan diri..?

    ReplyDelete
  8. Bekas timb menteri yg hidup dlm KEBODOHAN dan MISKIN MINDA.SANGGUP jadi spt lembu d cucuk hidung demi bos yg penipu. Tak terasa bangang kah dgn statement anda.....dulu pru 13 pun org tak mahu lagi banyak cakap......menang ke tanding dulu ? Tak kan ? So,apa hal banyak cakap ?Jawatan skrg pun sbb kesian bukan anda bijak pun....benggong

    ReplyDelete
  9. TSMY has his own opinion about the arising issue but he cinfine it to the four walls .

    Ayahanda Tun too have his own opinion but choose to let it go public .

    Everyone have their own opinion on subject matter but decided to melatah ...

    Heck... we have a much bigger issue with UltraDAPig planning to turn this country into pigstye and yet nobody give a blink .

    Yehhh ... we shit in our pants and it stinks .

    PN

    ReplyDelete
  10. nor ishak ismail23 May 2015 at 00:48

    Muhyiddin bukan malas tapi dia dah penat.....dia sendiri yang cakap dia dah penat. Muhyiddin tidaklah gila nak jadi PM macam Sudara Anwar.....kalau diberi dia tak tolak, kalau dicabar dia tak pula menolak.....yang penting bagi Muhyiddin (agaknya) negara ini dapat ditadbir dengan "bersih, cekap dan amanah.

    Keadaan sekolah yang usang dan tidak terjaga (agaknya) sebab Malaysia dah kehabisan peruntukan sebab kena bayar bunga RM 200juta / sebulan untuk pinjaman 1 MDB

    ReplyDelete
  11. inilah namanya perang spikologi antara gajah sama gajah terburai isi alam..
    perang spikologi dalam nada sinisnya adalah perang saraf yang memberi penekanan pada pihak A daripada pihak B . jika perkara spikologi ini tidak kuat fizikal mentalnya..
    jatuhlah ia dalam kelemahan mental

    ReplyDelete
  12. Sepanjang Zam jadi menteri komunikasi, agaknya apa perkara yang boleh dibanggakan selain sain kontrak kepada ketua bahagian UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO bagi kontrak kepada orang Melayu apa masalahnya?Kau nak bagi kontrak kepada cina DAP baru kira ok???Banyak kontraktor di Kementerian itu adalah cina sejak dari merdeka lagi sampai sekarang.Kakitangan awam pula 70% adalah penyokong Pakatan.Masjid di Angkasapuri yang siap semasa Zam jadi menteri adalah sarang pembangkang...ostad-ostad dari Pantai Timur kerap berceramah di situ.Waktu berkerja pun berceramah dengan suara yang kuat dari corong 'speaker'.Itu belum lagi PAS perintah.Aktiviti keagamaan memenuhi ruang di kementerian-kementerian hari ini.Kod etika pakaian tidak lagi dituruti.Boleh nampak dengan jelas siapa mereka ini.Rata-rata penyokong PAS,PKR dan IS.

      Delete
  13. Jika kita mengharapkan sesuatu besar akan berlaku, hentikan sekarang...

    Muhyiddin bercakap atas kapasiti Ketua Bahagian Paguh..kata Zahid.

    Inipun satu lagi komen Zahid yang tak masuk akal..cuba menyedapkan hati boss..tapi seluar di ponggong sendiri koyak rabak.

    No wonder Zahid tak sangat-sangat disebut sebagai bakal PM berbanding Hishamuddin.

    Kenyataan tertutup Muhyiddin juga bukan isu besar pun, still taraf sembang kedai kopi... supaya majlis tak jadi hambar dan Muhyiddin sekadar test power... (idea Zahid ke ni?)

    Situasi ini memberi peluang kepada Najib untuk mengambil justifikasi menguatkan kedudukan.

    Muhyiddin atau mana mana pemimpin yang sekadar tespower, acah-acah atau berharap bola bergolek ke kaki tak akan mampu membawa apa-apa perubahan.

    Najib sudah jauh ke depan...

    ReplyDelete
  14. Saya melihat Datuk Dr.Puad Zarkhasi cuma menzahirkan prihatinan beliau terhadap kedudukan sekolah2 di luar bandar khususnya di kawasan pendalaman di Sabah. Saya pun pernah melihat dan mendengar keresahan ibu bapa di kawasan pendalaman Sabah apabila saya bertugas di sana. Jadi, tidak timbul polimik ada pihak atasan mengarah Datuk Puad 'menyerang' TS Muhyiddin selaku menteri pendidikan. Saya lihat portal dan media sosial yang memihak pembangkang cuba mengeksploitkan sentimen yang melegar dalam media sosial terhadap 1MDB untuk mencetuskan konflik politik di antara dan dikalangan tokoh dan ahli-ahli UMNO. Pada masa u
    yang sama saya berpendapat TS Muhyiddin selaku TPM dan ahli Kabinet Najib harus bersama PM Najib dalam hal 1MDB kerana pihak kabinet yelah buat keputusan bagi Auditor General dan PAC menyiasat akaun 1MDB untuk mencari kebenaran mengenai dakwaan2 terhadap 1MDB. Autitor General telah buat kenyataan bahawa laporan siasatan akan siap pada akhir bulan Jun '15. Najib pun dah janji tidak siapa akan lepas Daripada hukuman dan tidak ada bail
    out sekiranya didapati salah laku. Apakah pemimpin no.2 dalam pasukan Najib kurang jelas terhadap keputusan kabinet dan cuba lakukan sesuatu yang boleh merencatkan imej kerajaan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bercakap tidak konsisten.....kamu tidak nampakkah?Dia juga mengatakan Jho Low tidak terlibat.Dalam masa yang singkat kenyataan seorang Perdana Menteri berubah-ubah.Ini jelas menunjukkan apa?

      Delete
  15. Saya bersetuju dengan pandangan TS Zainuddin Maidin bahawa JASA tidak sepatutnya mengeluarkan KENYATAAN membidas Timbalan Perdana Menteri secara terbuka. JASA sepatutnya memainkan peranan yang lebih berkesan menarik keyakinan rakyat dan Pengundi untuk kembali menyokong Kerajaan dan bukan menambah luka yang sediaada. Dalam KONTEK ini, Saya selaku Mantan Panel Pemikir JASA melihat gerakn Gerak Saraf JASA berada dalam situasi yang amat memualkan.

    ReplyDelete
  16. Salam semua,nak mintak rakan2 undi antara tun vs najin di link ini
    Www.rollmyapp.com/mahathirvsnajib
    Mari share link ini di social media...kita tgk siapa yg dpt undi tertinggi

    ReplyDelete