Friday, 8 May 2015

KRISIS PUCUK PIMPINAN MELETUP DALAM UMNO

KUASA INI BUKAN DI TANGAN RAKYAT

Tan Melaka 9 Mei 2015
Seluruh ahli UMNO, tiap ketua Bahagian UMNO , tiap anggota MKT, sedarlah bahawa kita sedang berhadapan dengan kebangkitan kemarahan pencarum Tabung Haji diseluruh negara kerana keraguan  samaada wang mereka telah digunakan untuk penyelamatan(bailout) 1MDB yang  tergugat kerana kelemahan dan ketidakcekapan pengurusan.

Kuasa untuk membetulkan kepincangan ini berada di tangan kita yang mendukong  parti yang berkuasa dan bukan di tangan rakyat. Kuasa ini  mesti digunakan dengan pantas sebelum kemarahan ini merebak dan meletus  seperti yang dijangkakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lakukanlah ini segera demi  untuk memelihara perpaduan UMNO. Perpaduan tidak boleh kekal di bawah pimpinan yang lemah. Kembalikan keyakinan seluruh rakyat sebelum rumah pusaka ini terbakar hangus.

KRISIS PUCUK PIMPINAN.....
Perpecahan dalam pucuk pimpinan UMNO yang akan memaksa suatu perubahan besar terbayang malam ini  apabila suatu berita dari Italy mengatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin secara terus terang mengkritik kerajaan dalam pengurusan skandal 1MDB.

Menurut Malaysiakini Muhyiddin yang sedang berada di Milan  memberitahu pemberita -pemberita Malaysia yang mengikutinya bahawa isu ini sangat serious dan boleh meledak bila -bila masa.

Malah beliau berkata isu tanggungan hutang besar 1MDB menjadi fakta utama yang menyebabkan kekalahan BN di Permatang Pauh.

Kritikan yang dibuat oleh beliau dalam keadaan Tabung Haji dikecam kerana terlibat dengan pembelian tanah dari IMDB telah disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin,Pemuda UMNO Johor, bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah  dan  dan juga beberapa orang pemimpin UMNO lagi yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dalam langkah pembelian tanah IMBD oleh Tabung Haji (TH).

Khairy Jamaluddin berkata ada konflik kepentingan dalam pembelian itu kerana ketua pegawai eksekutif TH Tan Sri Ismee Ismail juga merupakan ahli lembaga IMDB.

Keadaan ini diburukan lagi oleh kenyataan Mantan Perdana Menteri Dr.Mahathir bahawa pembelian itu adalah langkah untuk menyelamatkan IMBD (Bailout).

Dalam keadaaan menghadapi tekanan yang semakin berat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib hari ini  mengadakan pertemuan dengan timbalan-timbalan Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara untuk mendapatkan sokongan mereka menerusi penjelasannya  secara langsung mengenai isu-isu penting semasa

Ini dilihat sebagai usaha  terakhir Datuk Seri Najib untuk mengekalkan kedudukannya tetapi kenyataan serentak yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di luar negara dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin dan beberapa lagi pemimpin UMNO dilihat sebagai suatu gerakan terancang.

Susana sebenar akan terserlah dalam sehari dua lagi apabila semakin ramai Ketua-Ketua UMNO yang akan bersuara senada dengan Muhiyddin.

Wartawan Malaysiakini melaporoan dari Milan:

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has openly criticised the government's handling of the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal and warned that the issue was so serious that it might explode.

He told reporters following him on a working visit to Milan, Italy, that the debt-ridden 1MDB was the biggest factor that led to Barisan Nasional's (BN) loss in the Permatang Pauh by-election yesterday.
The Umno deputy president admitted that he was not even able to explain the scandal when campaigning because, "I don't even know what to say".The rakyat wants to know, not just Tun Dr Mahathir Mohamad. The rakyat wants to know why no one has been charged, why the 1MDB board has not been sacked, and about the position of the CEO and the prime minister as adviser," said Muhyiddin.
He said the situation was toxic and might have a huge adverse impact not just on the people, but Umno as well.
Dr Mahathir, the country's longest-serving prime minister, has criticised 1MDB and urged Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to step down over the state investment arm's "vanished funds".
He had said he would not forgive Najib for the RM42 billion that 1MDB had incurred as debts, and raised concerns over 1MDB's business deals, including its purchase of several power assets and government-owned land.
Muhyiddin had also spoken on 1MDB on the past. On March 6, he said public funds should not be used to bail out 1MDB, adding that its board of directors should also be responsible if any wrongdoing was found.
He also said the Public Accounts Committee could start their own investigations into the strategic investment company, cautioned the 1MDB management to ensure that whatever plans they proposed would not put the government in a "difficult situation".

Mahathir: TH memang 'bailout' 1MDB

Walaupun menteri Umno menafikan, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pembelian tanah dalam projek 1Malaysia Developement Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji sebagai tindakan penyelamatan.

“Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam.

"Wang ini bukan milik Tabung Haji.

“Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout(pemulihan) hutang 1MDB,” katanya merujuk urus niaga tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata rancangan 1MDB itu perlu dibatalkan segera kerana Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka.

“Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya,” soalnya.

“Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion ringgit.”

Beliau mendakwa urus niaga yang mendapat perhatianbanyak pihak itu juga membolehkan 1MDB mendapat untung besar.

”Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar.

"Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 juta ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB.

“Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputera.
"Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini,” katanya lagi
-Malaysiakini




16 comments:

  1. Pak Wan Selampit8 May 2015 at 23:45

    Di saat rakyat stress dengan GST, 1MDB, Tabung Haji, KWSP, MH370, MH17 dan berbagai lagi, saya nukilkan Gurindam Seloka untuk PM berpatah balik ke pelabuhan.

    Dalam Gelap Pasang Pelita
    Silap Raba Lain Terpegang
    Kalau Sudah Nak Jatuh Takhta
    Kaih Sikit Terus Terbungkang.

    Kapal Bugis Dilanda Badai,
    Nakhoda Pening Tekak Melugai,
    Tabung Haji Punya Pasai,
    Nampak Masaalah Dok Koi Mai.

    Patah Kemudi Terkoyak Layar
    Konon Tak Mahu Berpatah Balik
    Jangan Bercakap Berdegar-degar
    Nanti Hanyut Tunggang Terbalik.

    Cerita Terkeluar Hari-hari
    Paris Hilton Jadi Hidangan
    Laki Jadi Perdana Menteri
    Bini Jadi Menteri Kewangan

    Fiting Baju Di Australia
    Badan Bulat Semua Tak Kena
    Tarik Turun Nampak Dada
    Tarik Naik Nampak Paha.

    Kenyataan Menteri Tak Tentu Hala
    Minta Rakyat Bersatu Setia
    Kalau TPM Pun Buntu Kepala
    Tambah Lagi Rakyat Jelata.

    Kisah Bulat Mat Lela gila
    Karya Pak Sako Menarik Dibaca
    Nampak Najib Dah Hilang Hala
    Baik Berundur Sebelum Dicerca.

    Karangan : Pak Wan Selampit

    ReplyDelete
  2. Siapa yang mengkhianati agama, bangsa dan negara tidak layak menjawat sebagai Perdana Menteri. Bahkan, kalau tingkah laku seorang pengurus mini-mart semacam itu, dia akan di tamatkan ceritanya.

    ReplyDelete
  3. sekarang macamana? dulu ramai yang mengtakan kritikan Tun sangat keterlaluan. ada baiknya Tun bersuara setelah beberapa lama berdiam. kalau tak dimulakan dengan suara Tun, rasanya lebih banyak lagi harta Melayu/Bumiputra terjual. nak dengarkan apa komen Shahrir/Rais/Zahrin dll termasuklah blogger bangang yang mengampu dan membodek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahrir Samad patut menjadi calon Presiden UMNO kerana kamu lebih bijak daripada Tun M.Tak kan sekadar nak jadi penjilat si Bugis yang bangang tu?Kerja kau sejak dulu hanya kutuk Tun sahaja.Why not you give a try.......kalau nak simpan sahaja kebijaksanaan kamu itu semata-mata nak ampu najib.maka kamu sangat sesuai dipanggil JEMUAN bak kata orang Kedah.Siapa marah kena jual.

      Delete
    2. Grand Design daripada DAP macamana nak selinap masuk ke semua jabatan kerajaan dan GLC untuk merampas kekayaan Melayu serta menimbulkan sengketa sesama Melayu dan menanam rasa benci orang Melayu terhadap pemerintah.Inilah hasilnya bila budak cina dari Pulau Pinang berjaya melaksanakan sehingga duit simpan orang Melayu di Tabung Haji menjadi mangsanya.Di belakang budak ini adalah komunis Bintang 3 DAP.Tahniah PAS dan PKR yang ,amat membantu.

      Delete
    3. Tan Sri........minta kumpulkan anggota UMNO bawahan seramai mungkin untuk penuhkan Stadium Bukit Jalil dalam masa terdekat bagi mendesak orang Bugis itu berhenti dari terus merosakkan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.

      Delete
    4. Anoy 22:35 ini tiada kena mengena dgn DAP, mrk mane ade kuasa dlm 1MDB cuma yg berkuasa proksi2 umno yg dicaturkan oleh Presiden sendiri....hrp kalau ade anak2 o saudara2 lu bermajikan dgn cina suruh mrk berhenti aje sbb lu nmpk mcm anti-cina elok sgt lh krn rata2 majikan cina penyokong tegar DAP......ade lu fhm....

      Delete
  4. Biarlah meletup Pak Zam....apa kita boleh buat jika Melayu membunuh Melayu dan jangan nak salahkan bangsa lain.

    ReplyDelete
  5. Cukup-cukuplah Najib. Makin lama bertahan makin parah dan busuk lukanya. Sebelum merebak ke seluruh badan, lebeh baik berundurlah sekarang. Kalau isu Tabung Haji ini bocor sebelum Rompin, confirm UMNO bungkus!

    ReplyDelete
  6. Apabila PM Jumpa Ketua Bahagian hari Isnin nanti Semua Akan Tunduk sekali lagi macam Macai Macai Tak ada Akal!!

    Perjumpaan Serigala dengan Beratus Ekor Biri Biri.....

    ReplyDelete
  7. Salam TS Zam.Telah tiba masa apa yg perlu dilakukan beberapa waktu lalu dilakukan sekarang.Bangsa lain tersenyum girang lihat kita.Duit melayu/muslim diambil oleh melayu muslim kata ramai utk selamatkan 1MdB yg tak ada kene mengena dgn rakyat(warga desa)yg ikhlas simpan buat ke Haji.Rasanya cukuplah,must put a full stop.Apa cara sekali pun.Tanah air dan rakyat Malaysia adalah 'Harga Mati'.Salam dari seberang.

    ReplyDelete
  8. Senang cerita lantik blik tun jd pm , sbb aku pn nk tgk kebolehan sebenar tun dlm dunia siber sekarang ni . Tp dengan syrat tun tk hidupkn semula isa . Kt tgk apa yg tun blh biuat

    ReplyDelete
  9. Kebijaksanaan itu ada had dan batasnya,.....tetapi kebodohan itu tiada had dan batas sempadan (no limit).Oleh itu Allah S.W.T. di dalam Al-Quran memperingatkan kita agar tidak berdialog dengan orang bodoh.Sekarang ini yang bijak dipaksa mengikut yang bodoh.Ianya semakin menjadi-jadi.Demokrasi adalah menjadi haram bila yang bodoh dan jahat dibenarkan berkuasa.Dalam perkhidmatan awam si bodoh berleluasa apabila kenaikan pangkat hanya untuk dikalangan mereka sahaja.Demokrasi dan politik ini amat merugikan Islam,bangsa Melayu dan juga negara.Demokrasi membenarkan parti politik berniat jahat seperti DAP berkuasa.Akibatnya adalah padah kepada umat Islam yang menjadi lupa kepada peringatan Allah S.W.T. demi kuasa politik yang sedikit itu.Sistem Islam sudah lengkap,yang merosakkan sistem ini adalah apabila kita berpolitik merebut kuasa,yang mana si dungu dari parti isle pun merasakan dirinya layak memerintah.Raja-Raja Melayu yang bijaksana patut menyedari hal ini sekiranya kita beriman.Sistem pilihanraya ini merugikan Islam,bangsa Melayu dan negara.Pusaka kita ingin dipunahkan.Di atas kertas kelihatan UMNO berjaya menentang Malayan Union,tetapi hakikatnya parti PERIKATAN,kini dikenali sebagai Barisan Nasional adalah 'berjiwa' Malayan Union dengan perkongsian kuasanya.Peringatan dari Al-Quran yakni,orang kafir itu tidak akan berhenti selagi kamu tidak mengikut kehendak mereka.Negara Brunei yang merdeka pada tahun 1984 banyak belajar dari kesilapan UMNO dalam membentuk negara mereka.Sikap mesra dengan petualang dan pengkhianat negara atas nama demokrasi adalah satu dosa pemerintah yang tidak boleh diampun.Hasilnya negara kita sedang menuju kemusnahan.Bintang 3 lebih berjaya kini daripada berjuang di dalam hutan dahulu.Kini mereka bermaharajalela di dalam Parlimen dengan kemampuan berbahasa yang sangat teruk.Ini semua adalah hasil daripada dasar-dasar yang silap yang mesra dengan musuh.Apabila anggota komunis diampunkan dulu,mereka ini diberi tanah untuk memulakan hidup baru.Apabila petualang negara dari PKR menukar arah,mereka ini juga diberi pelbagai gelaran dan jawatan yang baik-baik.Rakyat bawahan menjadi penonton kepada drama dan gelagat mereka ini.Ketenangan hidup rakyat di bumi nan permai ini menjadi sukar angkara golongan ini.

    ReplyDelete
  10. adalagi,,,yg komen berasaskan perkauman,,,, yg bodoh dan bangang melingkupkan org Melayu adalah dari org puak melayu yg brkuasa memerintah negara ni UMNO BN,,, bukan DAP ,,PAS PKR yg xda kuasa.. sudah2laa tu..

    ReplyDelete
  11. Salam TS. Kenapa saya nampak mcm brader Zam ni asyik quote dari Mkini???

    I am confused..which side are you on? Seems like you now begin to trust their political reporting??

    Brader mcm mendorong peminat2 you utk baca Mkini.... Betui ka ni? Everyone is already confused abt this Tun-Najib issues and the very complex 1MDB issue. I am a little bit confused now about your position in this political landscape..

    ReplyDelete