Monday, 25 May 2015

KADIR JASIN SALAH : NAJIB AKAN TERUS BERKUASA

TERKINI: ADIK NAJIB JUGA MARAH(lihat berita di bawah)
NAJIB'S DAYS AS PM IS ACTUALLY NUMBERED
Anonymous25 May 2015 at 13:35
Najib's days as PM is actually numbered. No doubt he has a rib with a strong character behind him but the people's sentiment of hatred against the couple has come to a boiling point. Paid supporters cannot be an indication of support. And palace backing for Najib is not across the board. It may be confined to only a single state. Not all palaces would want to smear their good name and dignity by getting involved in politics. Those in Umno are now in dilemma. With Najib still as PM will see support for Umno and BN dwindle. As for others, they will not support Umno and BN. The next general election will see bad luck for Umno and BN if Najib still sits on the political throne.. Thus, just heed what Mahathir says. Najib should leave and Umno be led and rejuvenated by a better leader. Mahathir loves Umno more than any individuals. Malays do not lack capable leaders among them. Why all the acrimony then? Take away the feudal element in Umno and go for a more acceptable leader. This can be done amicably within the party.
ReplyDelete
NAJIB AKAN TERUS BERKUASA
Rakan saya Datuk A.Kadir Jasin yang juga bekas seorang wartawan yang berpengalaman dari  sejak era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman meramalkan sorak sorai  sokongan kepada Datuk Seri Najib untuk kekal sebagai Perdana Menteri akan lenyap dalam sekelip mata.

Dalam posting terkini di blognya , beliau berkata  sejarah akan berulang, apa yang berlaku  kepada Tunku Abdul Rahman dan juga kepada Abdullah Badawi akan berlaku pada Najib sekalipun sokongan ditunjukan oleh rakan-rakan setia mereka hingga ke saat terakhir.Akhirnya mereka berundur juga dengan secara terhormat.

 Pada pandangan saya Kadir membuat perhetongan yang salah. Di belakang Tunku  dan Abdullah Badawi tidak ada kuasa,tidak ada kuasa di sebalik kuasa, isteri Tunku ,Sharifah Radiah  hanya menjadi peneman Tunku di majlis-majlis, Isteri Abdullah Badawi , Tun Hendon Mahmud walaupun aktif dalam kerja-kerja socio budaya tetapi membataskan aktivitinya.

Mereka tidak pernah  membayangi kuasa sehingga timbul cerita ada dua Perdana Menteri di Malaysia.

Toh Puan Raha isteri Tun Abdul Razak( ibu kepada Najib) melambangkan sifat seorang wanita yang  sederhana kepada rakyat di desa dan di kota walaupun beliau adalah dari keturunan bangsawan.

Saya dan rakan rakan wartawan tidak akan dapat melupakan apabila  mengikuti Perdana Menteri Tun Abdul Razak melawat ke Ulu Tembeling  sebuah kampong terpancil di kawasan Pilihanraya Parlimen Lipis  Pahang di mana Tun Puan Raha menemani Tun menemui orang kampong sehingga   lebih jam1 pagi di awal tahun 70an.

Isteri Tun Dr.Mahathir, Dr. Asmah walapun sejak dari menjadi Pegawai Kesihatan di Alor Setar aktif dalam mengatasi masalah kematian bayi di kampong-kampong  tetapi tidak aktif dalam penunjolan diri semasa suaminya menjadi Perdana Menteri.


Tidak ada isteri seorang Perdana Menteri sehebat  Rosmah Mansor seorang wanita pertama yang perwatakannya sezaman dengan globalisasi dalam melambangkan hak persamaan,kebebasan,keberanian,kegagahan dan kepintaran seorang wanita  didalam dan luar negara.

Beliau tidak sahaja aktif dengan Permata nya di dalam negara malah mengatasi populariti Ketua Wanita UMNO dalam kerja-kerja keibuan dan kemanusiaan. Apabila  Wisma Putra gagal untuk menyelesaikan masalah pemindahan pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir ke Arab Saudi ketika terancam ,beliaulah wanita yang tampil ke hadapan menjadi juara penyelamat.

Pengaruh Rosmah sangat hebat,malah dilihat dan dipercayai oleh pemimpin-pemimpin politik, pengusaha-pengusaha dan aktivis di berbagai bidang   sebagai mempunyai pengaruh yang lebih besar dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri. Jika Perdana Perdana Menteri sebelum ini dilihat  mempunyai kuasa mutlak tetapi persepsi berbeza  terhadap  Perdana Menteri sekarang.

Dengan itu kepercayaan Datuk Kadir Jasin bahawa Najib  akan tumbang dalam sengketanya dengan seorang Perdana Menteri Persara yang sudah tua yang umurnya mencapai  90 tahun akan meleset.Najib akan terus bertakhta.

Masalahnya  Mahathir tidak mahu beri peluang  kapada orang muda untuk memimpin negara  kerana beliau sedar dan  tahu kata-katanya walaupun hanya sepatah di kaca TV, di media sosial atau di akhbar perdana  tetap dibaca oleh berjuta tetapi kata-kata Najib biar penuh indah bermadah dan berirama tetapi tidak dibaca dan tidak dihirau.

Dan  Kadir Yasin  mesti ingat kuasa adalah kuasa malah kuasa ini adalah dua kuasa dan mendapat sokongan dari Istana pula.



ADIK NAJIB NAIK MARAH PADA PEGAWAI TINGGI 1MDB 
Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada dalam lawatan luar negara, keyakinan kepada cara pengurusan masalah 1MDB semakin  tergugat apabila  adiknya sendiri Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Tun Abdul Razak mengecam Ketua Ketua Penting CIMB kerana tidak mengambil berat untuk hadir  segera  siasatan PAC dan disamping itu Saham TNB jatuh merudum sehingga kerugian RM 6 billion dalam masa enam hari kerana dikaitkan dengan rancangan pembelian asset kuasa 1MDB -LIHAT BERITA TERKINI DI BAWAH:
FROM THE STAR
Nazir Razak slams 1MDB board on Instagram
PETALING JAYA: It is unacceptable that 1Malaysia Development Berhad (1MDB)’s top executives are unable to attend the Public Accounts Committee (PAC) inquiry, says Datuk Seri Nazir Razak (pic).
In a post on Instagram on Tuesday, Nazir, the younger brother of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, slammed 1MDB’s president and group executive director Arul Kanda Kandasamy as well as its former CEO Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi for not being able to attend the PAC inquiry.
The CIMB group chairman had posted a picture of the front page of a financial news daily with the comment: “Your company has triggered a national crisis and you can be too busy to face Parliament? Unacceptable.”
On Monday, the PAC set a new date for Arul and Shahrol to appear.
The two have sought a month’s extension before they face the committee, which had been set to meet them on Tuesday.
The PAC was notified by the Finance Ministry that Arul and Shahrol were unable to attend as they were away on official business.
PAC chairman Datuk Nur Jazlan Mohamed told the media on Monday, “They requested 30 days ... We may give them less.”
SAHAM TNB JATUH MERUDUM
(The Star) – The mere speculation of purchasing the power assets under 1Malaysia Development Bhd (1MDB) had caused Tenaga Nasional Bhd (TNB) to lose some RM6bil in value over the last six trading days.
On the back of poor sentiment affecting the stock market, TNB’s shares had lost RM1.06 since May 18, largely due to the dominant electricity provider being touted as one of the possible purchasers of 1MDB’s power generation assets.

The counter continued its losing streak yesterday, shedding 46 sen, or 3.36%, to close at RM13.24 – its lowest since mid-December 2014 and off its intra-day low of RM12.98 yesterday – and erased 3.36 points off the benchmark FTSE Bursa Malaysia KL Composite Index.

Last week, TNB president and chief executive officer Datuk Seri Azman Mohd had said that the company would not pay a premium for 1MDB’s power assets. But it had not stopped the market from viewing the possible deal negatively.

“Given the sensitivities surrounding the 1MDB issue, having anything linked to the fund will somehow bring about a not-so-positive response until valuations become clear,” an analyst with a local bank said.

“It goes to show how sensitive the market perception towards 1MDB is,” he explained.

Reports emerged about the possibility of TNB taking over 1MDB’s power generation assets last Friday in a deal that could be worth RM16bil.
According to the reports, the buyout would be followed by a proposal calling for the unbundling of TNB’s business into three separate entities – power generation, transmission and distribution. The plan is expected to be tabled for discussion by the Cabinet next month.









31 comments:

  1. Najib's days as PM is actually numbered. No doubt he has a rib with a strong character behind him but the people's sentiment of hatred against the couple has come to a boiling point. Paid supporters cannot be an indication of support. And palace backing for Najib is not across the board. It may be confined to only a single state. Not all palaces would want to smear their good name and dignity by getting involved in politics. Those in Umno are now in dilemma. With Najib still as PM will see support for Umno and BN dwindle. As for others, they will not support Umno and BN. The next general election will see bad luck for Umno and BN if Najib still sits on the political throne.. Thus, just heed what Mahathir says. Najib should leave and Umno be led and rejuvenated by a better leader. Mahathir loves Umno more than any individuals. Malays do not lack capable leaders among them. Why all the acrimony then? Take away the feudal element in Umno and go for a more acceptable leader. This can be done amicably within the party.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If Mahathir love UMNO how come he allowed it to be de registered.

      Delete
    2. Muhammad Bakri26 May 2015 at 16:32

      Only stupid man will ask a stupid question. What is the different between the old and new UMNO. Umno is still there and old members also in the new UMNO including Tengku Razaleigh and his followers.

      Delete
  2. kalaulah rosmah begitu hebat, persilakanlah dia masuk kegelanggang politik. rosmah tidak saperti dibayangkan dan najib tidaklah saperti yang dianggapkan. mereka berdua polular atas kebencian rakyat, juga hebat atas cemuhan. saya percaya dan yakin dengan penulisan Datuk AKJ kerana pengamatan dan penulisan beliau sangat konsisten. saya juga percaya beliau telah dapat membaca menembusi garisan.

    ReplyDelete
  3. Setuju... Najib mendapat sokongan daripada Istana Pahang..

    ReplyDelete
  4. halus sungguh Tuan berkias....hampir tersembur air kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempoi............tu pun masih ramai belum 'bersunat'.

      Delete
  5. Imejnya sudah terjejas teruk. Kredibilitinya seakan-akan sudah hilang. Beliau telah menjadi bahan jenaka dan senda gurau. Orang ramai tidak lagi ambil serius apa yang diucapkan setiap kali beliau muncul di khalayak. Beliau tidak boleh lagi terus menebalkan muka dan memekakkan telinga seolah-olah tiada apa yang terjadi. Sukar untuk beliau meneruskan tugas dengan imej yang terjejas dan tercalar sedemikian rupa. Kerajaan yang diterajuinya juga akan tergugat.
    Apa sahaja yang beliau lakukan, semuanya jadi serba tak kena. Tiada apa lagi yang nak dicanangkan. Rakyat tidak lagi memberikan kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui negara. Keluh-kesah rakyat dan kritikan-kritikan yang dilemparkan sudah mencapai tahap puncak. Kredibiliti dan imej kerajaan sudah terjejas teruk. Kerajaan telah hilang prestij di mata rakyat. Dia sudah tiada pilihan selain daripada meletak jawatan. Pengganti beliau hendaklah segera restore the imej yang telah terjejas teruk dan segera memulihkan keyakinan rakyat. Umno sudah tidak ada masa lagi. Dalam tempoh 2 tahun setengah lagi, mandat yang diberikan oleh rakyat akan tamat. Parlimen akan dibubarkan dan pilihan raya diadakan untuk memilih kerajaan yang baru.

    ReplyDelete
  6. Tan Sri, peristiwa di Ulu Tembeling tu betulkah ditahun 80an. Rasanya ada kesilapan disitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am sorry.. It was in 1974 bila saya dan rakan-rakan Wahab Majid, Sulaiman Alias dan beberapa orang lagi wartawan meliputi kempen piihanraya Tun Razak untuk membantu Tan Sri Ghazali Shafee yang bertandnng di kawasan Parlimen Lipis.

      Delete
  7. Kito sekarang dipersimpangan yang amat mencabar . Penentuan kesinambongan kuaso orang melayu ditangan orang melayu sendiri . Kito lantik ketuo , sambil tu kito nak jatohkan ketuo . Dah lak tu dibuek tak ikut adab . Cukup berlawanan dongan sifat orang melayu sendiri yang beradab dan sopan .

    Dikiro orang melayu sekarang ni dah terikut dongan zaman cerito Hang Tuah . Siapo punjango dan siapo durhako .
    Akibat ehh ... nogaro tergadai . Ciri dah sampai dongan kepandaian orang melayu melatah pado bondo yang bukan 2.

    Sumo dah jadi baghal ....
    Nauzubillah .
    Waghih.

    ReplyDelete
  8. If he clings on to the premiership then we're all going down ... faster still because of the load of his self-declared flom.

    ReplyDelete
  9. Zaman Najib ialah zaman siber. Zaman Pak Lah dan sebelum nya, media soasial belum bertapak melebar, akbar media cetak masih berupaya mengawal berita dan seumpama nya. Apa yang di atas tahu, tidak sampai ke akar umbi, kecuali di ceritakan dengan bertapis.

    Najib sebenar masih kuat. Beliau boleh sahaja bertambah kuat apabila kependekaran bugis nya bisa boleh mencantas, memancung lanun-lanun di sekeliling beliau. Ini yang majoriti rakyat mahu lihat !

    Ketegasan - White hair, cherry red lips, suit in black in action ! - Jika beliau masuk percaturan ini, 360 darjah pusingan gerenti sahaja terjadi.

    Sayang seribu kali sayang, sehingga kini tidak berlaku. Malah mengundang kontroversi dengan LKW, anak didik Tun M...he..he.. Ada yang melenting berkata, Najib juga ketua lanun bugis ! Adoi !!!

    Zaman Tun M sendiri terlalu banyak musuh di sekeliling beliau. Tun M biasa lah, beliau sudah mempelajari karakter dan note book mereka-mereka yang di "nobel" kan ! LKS pun tak terkecuali...

    Salah tetap salah. Jika terbukti Najib bersalah dengan skandal 1MDB, mohon di selesaikan segera dan berundur lah secara terhormat. Umno itu lebih utama demi kesinambungan Tanah Melayu ini. Singapura dan Batu Putih sudah tergadai. Kerja siapa ?

    Suara lantang Anifah Aman sudah berbunyi keras terhadap Filipina yang masih inginkan Sabah, walhal Filipina sendiri masih di belenggu kemiskinan. Sikap "bukan melayu" kurang ajar, sama saja termasuk di Sarawak.

    Melayu itu lemah kerana Pemimpin nya yang takut dengan bayang sendiri. Cara nya, melantik orang kepercayaan dari kalangan musuh-musuh beliau sendiri, konon nya itu terbaik ! Hakikat nya, negara-negara bukan Islam tetap sahaja dengan "penjajahan" mereka - Polisi mengabui konon nya rakyat mereka bebas tetapi realiti tetap tidak merdeka kepada bangsa yang tidak sejenis mereka. Contoh, Amerika nyata nya begitu. Ini lah human right yang di laungkan, demi mereka sahaja !

    Untuk renungan juga - Kes Rohingya - Mana jaguh Human Right Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serangan Tun adalah ubat yang baik untuk Najib.Kalau bukan Tun melakukannya,siapa lagi?Cuma Najib tak faham,dan memburukkan Tun pula.Sikap Najib sebijik macam peninju Joe Frazier yang tak faham dengan pemikiran Muhammad Ali yang ingin memperkasakan dan meningkatkan taraf hidup peninju kulit hitam.Pada usia tua Joe Frazier faham akhirnya.Seperti pengakuan Tun, yang dia tidak faham pemikiran Tunku semasa dia muda dulu,tetapi akhirnya dia sedar yang Tunku lebih bijak daripada beliau.

      Delete
  10. Saya terbayang-bayang.... Adakah nasib najib seperti khir toyo? Menyangka kuasa ditangan selama-lamanya?
    Akhirnya, termenung tak terkata.... UMNO tak disangka-sangka kalah di Selangor.
    Adakah Najib juga akan duduk termenung jauh seperti khir toyo kemudian satu demi satu kesalahannya akan disebut-sebut (SEBAB DAH TAKDAK KUASA DAH)?
    Ibarat nasi dah jadi bubur. SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes Najib tak sama dengan yang itu.

      Delete
    2. Mcm sama je kes Khir Toyo...sbb tu la dia takut nk resign...dia x mcm Pak Lah yg x de kes...dia akan memalukan bapa dia.

      Delete
    3. Yg pasti jika Umno kalah tidak akan bangun lagi, ianya terbukti spt Umno Selangor yg kian layu di bumi Selangor, mungkin juga disbbkan Najib masih kekalkan Noh Omar sebagai 'kapten' nya di Selangor.....

      Delete
  11. Kalau tak silap saya orang Minangkabau merupakan masyarakat "matriarchal" dimana kaum perempuan adalah ketua keluarga. Harta pusaka juga diwarisi oleh kaum perempuan. Nampaknya pendekar bugis pun tak berani nak lawan srikandi minang.

    ReplyDelete
  12. kalau najib tak nak turun dari jawatan PM.... nanti rakyat akan angkat dia sebagai KP (ketua pembangkang)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya najib akan saling tukar bertukar jawatan dgn wan azizah? Negara tak maju, parlimen lesu...

      Delete
    2. Nak jadi Ketua Pembangkang pun tak layak. Nanti setiap kali pemimpin Pakatan bangkitkan issue 1MDB, issue beli Kapal-selam guna 'orang-tengah Razak Baginda, Kes Deepak Karpet pinjam duit Bank Rakyat RM300 million.....terus terdiam, pucat dan kelu lidah untuk berkata-kata. Ketua Pembangkang mesti ada telur. Mampu berfikir sendiri. Punahsihat dan consultant dah tak boleh guna lagi.

      Delete
  13. Pak saya pernah berpesan, jawab apa yang orang tanya, bukan suruh orang lain jawabkan...

    ReplyDelete
  14. LIHATLAH STATISTIK HUTANG NEGARA DAN BANDINGKAN DRP ERA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR KE ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH DAN SETERUSNYA KINI ERA DS NAJIB RAZAK.

    TUN ABDULLAH DAN DS NAJIB TIDAK DAPAT MELAKUKAN APA-APA PEMBANGUNAN MAHUPON PEMODENAN (APAKAH NEGARA TIADA WANG?) TAPI HUTANG DARIPADA USD220.00 BILLION TERUS NAIK MENCECAH HAMPIR USD600 BILLION.

    RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK TAHU, BAGAIMANA JUMLAH HUTANG DARIPADA USD220 BILLION PADA TAHUN 2000 BOLEH TERUS NAIK HAMPIR USD600 BILLION PADA 2015?

    APAKAH BENAR TUN MAHATHIR MOHAMED, TUN DAIM ZAINUDDIN, TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP ADALAH TIGA JAHANAM YANG TELAH MEROMPAK, MENCURI, MELANUN?

    KINI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENAGGUNG SEGALA SALAH LAKU, KERAKUSAN, SALAHGUNA KUASA, PEROMPAKAN DAN KECURIAN YANG DILAKUKAN KETIGA-TIGA JAHANAM DAN KUNCU-KUNCUNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letih baca tulisan guna semua huruf-besar ni.

      Delete
  15. apo nak dikato..bilo berundur hilang kuaso..
    lepastu mesti balo yg tibo,, mau tak mau..rosmah pakso jugo..
    kesian tengok .muko jang dah lain macam pucat nyo..

    ReplyDelete
  16. 3 Tsunami besar akan melanda Najib dalam PRU depan:
    1. Tsunami GST
    2. Tsunami 1MDB
    3. Tsunami Mak Andeh.

    ReplyDelete
  17. nor ishak ismail26 May 2015 at 17:25

    Saya bersependapat dgn Pak Zam bahawa Najib akan terus "Business As Usual". Betul didalam beberapa tulisan ada mengatakan YM Tunku dan Pak Dollah berjaya diundurkan dengan sekali dua hayun sahaja. Sebab mereka berdua ini tidak bersedia dengan strategi untuk menghadapi keadaan tersebut.

    Najib walaupun kelihatan lembik tetapi tampak sangat bersedia dengan strategi sepak terajang apa lagi dengan tipu helahnya yang agak tersusun. Mungkin ini adalah hasil penasihat atau konsultan (yahudi) nya. Mengapa (Yahudi) ?.....Lihatlah
    apa yang dilakukan Yahudi pada kuasa Amerika.....Lihatlah bagaimana dunia Arab (Islam) yang sebesar benua diperkotak- katikan oleh negara cenonit Israel.

    Penentang Najib terdiri daripada beberapa kumpulan yang mempunyai matlamat yang berbeza. Contohnya Kumpulan Chedet, mereka mahu Najib berundur untuk mengelakan UMNO dan BN kecundang pada PRU4?. Kumpulan PKR, mereka seperti maklum akan berterusan mengkritik dan mencemuh Najib tetapi tak mahu Najib berundur sekarang sebab Najib adalah bahan yang sangat berharga untuk mendapatkan kemenangannya pada PRU14. DAP dan PAS juga mempunyai kumpulan tersendiri. DAP seronok tengok Melayu menipu dan bercakaran sesama sendiri, DAP mempunyai agenda yang lebih besar. PAS dibawah Hadi seakan termakan umpan Najib dan sedang berseronok dengan hudud nya. Keadaan kumpulan pengkritik yang berpecah-pecah seperti ini akan mengselesakan Najib.

    Najib juga agak bernasib baik sebab beliau (tidak seperti Pak Dollah) telah terpukul dahulu semasa PRU13. Daripada pengalaman ini dan nasihat konsultannya, lihat bagaimana Najib dapat sokongan penuh daripada perwakilannya setelah umpan ditaburkan dengan menaikan gaji mereka dan juga beberapa saguhati. Untuk pengundi di PRU14 pula, tahulah Najib umpan apa yang nak diberi.

    Najib sudah tentu punya motivasi yang tinggi sebab laba daripada 1 MDB, IPP, TRX, tanah luas dan strategik Sg. Besi dan sebagainya adalah berjumlah puluhan billion ringgit. Projek dan pelaburan ini adalah "master piece" Najib. Walaupun dibuat seakan secara "sorok-sorok" tetapi kelihatan tersusun pembelitannya.

    Najib juga memperolehi semangat baru apabila Sultan Pahang mengatakan "Najib orangnya tersangat rajin bekerja ".....beliau perlu diberi sokongan dengan sepenuhnya.

    Perlu juga diingatkan bahawa kehadiran Rosmah akan berterusan mengalirkan tonik tambahan untuk Najib.....silap haribulan Rosmah akan dinobatkan sebagai Serikandi yang setaraf seperti Pemaisuri Kepahlawanan Japara Acheh.

    Makanya jika lah pihak yang ingin menegakkan keadilan dan membetulkan keadaan seperti sekarang ini, bersungguh-sungguh ingin berjuang kearah itu. Mereka perlu berjuang dengan lebih giat, kemas dan pintar lagi. Jangan setakat hulur umpan...tarik. hulur umpan...tarik. Lama kelamaan ikan juga akan jadi bosan.

    ReplyDelete
  18. Gajah sama gajah berperang pelandok mati ditengah tengah.

    kesian bangsaku ORANG MELAYU gara gara serakah dan penyakit hasad dengki jadilah macam NASIB PAK KADOK MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI.

    Bangsaku si LEBAI MALANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan nak duduk diam saja bila RM27+ 3 billion tak tahu pergi mana? Gadai tanah Rakyat, buat cagaran berhutang bagi pihak Rakyat sampai RM42 Billion. Guna orang-tengah, yang tak tahu dari mana untuk berurusan bagi pihak Rakyat.

      Delete
  19. Lmbt laun ilmu slh mkn diri. Dok zalim khianat nayakn rkyt xlama lg snjata mkn tuan sndri. Apa yg psti smua dh dibongkar 1 demi 1. Doa org2 ditindas tiada hijab psti mustajab

    ReplyDelete