Tuesday, 19 May 2015

"JANGAN KACAU TELOQ AKU"

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak being carried by Umno Youth members during a recent show of support held at the PWTC. Former information minister Tan Sri Zainuddin Maidin says the PM may be hit by a ‘Malay tsunami’ in the next general election. – The Malaysian Insider pic, April 27, 2015.


TUNKU YANG DIJULANG BIMBANG AKAN TUMBANG

DALAM suasana ketegangan politik negara sekarang ini, eloklah jika saya mencatitkan anekdot lucu dari pengalaman meliputi berita politik di masa lalu yang diharap dapat menenangkan perasaan semua.

Gambar Pemuda UMNO menjulang Datuk Seri Najib, mengingatkan saya semula kepada peristiwa itu yang  berlaku ketika saya sebagai pemberita Utusan menunggu keputusan Pilihan Raya Umum pada 19 Ogos 1959 di Balai Besar Alor Setar.

Wartawan-wartawan menunggu  di sebuah bilik yang disediakan di bahagian bawah dan dewan besar di atas untuk pemimpin-pemimpin besar Parti Perikatan dan calon-calon Perikatan serta rakan-rakan mereka.

Perdana Menteri Pertama Tunku  Abdul Rahman menunggu di anjung yang mengadap ke jalan raya dan juga Padang Mahkamah (Padang Court) di mana ramai orang berhimpun untuk turut menunggu keputusan.

Saya telah diarahkan oleh Pengarang Berita Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Salim Kajai supaya menemui Tunku sebaik sahaja Perikatan dapat membentuk kerajaan.

Pada jam kira-kira 2 pagi, saya terus pergi menemui Tunku seorang diri. KataTunku "belum tahu semua lagi bagaimana saya nak komen" tetapi saya meyakinkan Tunku "dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan." Tunku terus menyatakan" Saya bersyukur kepada Allah SWT yang beri kemenangan pada kita, Perikatan akan bentuk semula kerajaan.........".

Tidak lama kemudian setelah sah Perikatan dapat membentuk kerajaan, Tunku turun menemui penyokong-penyokong yang sedang bersorak riang  menyambut setiap kemenangan kerusi calon Perikatan yang diumumkan. Saya ikut turun.

Penyokong-penyokong mengangkat Tunku dan menjulang ke atas.Tunku senget ke kiri, senget ke kanan, Dalam keadaan yang tidak seimbang ini, Tunku berkata "Ooi hampa nak angkat; angkatlah, tapi janganlah kacau teloq aku" yang menyebabkan mereka yang menjulangnya ketawa riuh rendah. tetapi nasib baik dalam keadaan geli hati, mereka tidak terlepas dari memegang Tunku.Jika tidak Tunku betul-betul jatuh ke bawah.

Bagaimanapun, mungkin Tunku yang sedang dijulang juga bimbang akan jatuh dan berseloroh untuk menenangkan hatinya.

Tunku hanya jatuh setelah Pilihan Raya 1969, setelah rakyat bumiputera tidak lagi menerima dasarnya yang pro Barat dan banyak bertolak ansur dengan orang Cina dan digantikan oleh Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan memperkukuhkan lagi ISA dan Akta Hasutan.

19 comments:

  1. Saya juga teringat satu peristiwa di kampong saya, lupa pula detailnya, samada tentang kemenangan atau ada peristiwa lain..

    Seorang remaja tua lewat 50an telah dijulang, samalah keadaannya tersenget sana sini...dalam keadaan yang riuh itu, ada yang menjerit..jaga-jaga jangan terpicit teloq dia..
    Seorang lagi menjerit..tak pa tak pa..dia tak dak teloq pun..

    Saya tak tahu samada peristiwa tersebut ada lagi di zaman ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam.......cukup bijak.

      Delete
    2. Memang macai suka julang...
      Macai julang orang bangang...
      Rakyat kini sudah bengang..
      Humban humban sebelum tumbang...

      Tumbang parti, dh tak bererti...
      Baik bagi calon ataupun menteri..
      Parti rugi, ahli pun rugi...
      Kalah parti, rakyat pun tak sudi.....!!




      Delete
  2. nor ishak ismail19 May 2015 at 17:41

    YM Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dijulang sebab parti beliau (Perikatan) menang besar pada 1959.

    Najib masih dijulang dan ditimang walaupun secara keseluruhan peratusan undi yang di perolehi pada PRU13 hanyalah 47% sahaja. Kadangkala saya risau juga memikirkan untuk apa Najib ditimang dan dijulang? Atau masih terlalu awal untuk dijulang sebelum PRU14 atau selepas PRU14 mungkin Najib dah tak ada can untuk ditimang lagi?.

    ReplyDelete
  3. Jangan risau, teloq dah disimpan dlm laci dikunci oleh isteri

    ReplyDelete
  4. Humpty Dumpty sat on the wall,
    Humpty Dumpty had a great fall.
    And all the bangangs & bahluls,
    Couldn't put Humpty Dumpty together again.
    So broken party badly needs Dr. Who again.

    ReplyDelete
  5. Saya lihat ada beberapa pengajaran dan tauladan yang boleh dikutip daripada tulisan Tan Sri ini iaitu :

    1. YTM Tunku sebagai PM pertama , keturunan bangsawan dan kerabat di raja Kedah Darul Aman seorang yang merendah diri - tidak bongkak .

    2. Dasar politik dan pemerintahan nya yang dilihat pro Barat kurang kepedulian kepada orang Melayu menyebabkan bangkit nya tsunami pada PRU 1969
    Parti Perikatan ditolak.

    3. Tunku barangkali atas sifat rendah diri yang ada diri nya tidak banyak songeh melepaskan jawatan PM dan Presiden Perikatan berikutan suasana yang negara dan parti pimpinannya ketika itu.

    4. Tun Razak yang pintar melihat situasi itu sebagai pengajaran berguna.untuk beliau mengubah persepsi dan sikap massa supaya kembali menyokong parti dan kerajaan pimpinan nya lalu diperkenalkan beberapa dasar baru seperti DEB dan meminda beberapa dasar dasar pendidikan negara yang memberi manfaat besar kepada orang Melayu. termasuk sistem koata memasuki PPT. Menyebabkan bertambah ramai anak anak Melayu dan bumiputera lain mendapat pendidikan tinggi di samping memperoleh ruang baru dalam mencari rezeki menerusi DEB. Tindakan beliau yang bijak dan berorientasikan nilai dan norma masyarakat tempatan amat berjaya sekali . Lantas legasinya disanjung , namanya dijulang dan jasanya dikenang hingga ke hari ini dan malah sepanjang masa selagi legasinya tidak dipadam dari lembaran sejarah negara .

    ReplyDelete
  6. Bukankah kita semua ketahui British & USA adalah budak suruhan Zionist Jew, dalang kepada Ad Dajal pembawa fitnah & kemusnahan. Sementara Spore adalah markas bagi mereka di rantau ini yg mendapat jolokan 'Little Israel'. Dari awal lagi saya sudah terhidu penyimpangan Najib bila dia mengguna pakai khidmat sykt yahudi Apco & Sachman Gold yg mendukung gerakan LGBT dan Liberalisme.

    Great Britain satu masa dulu adalah the world ruling state (kuasa dunia) & peranan itu kini diambil alih oleh USA.
    Kejatuhan peradaban Al Khulifah empayar Islam terakhir pd 1917 di Turki adalah titik mula negara teluk & Arab dijajah oleh kuasa barat British. Semenanjung Arabia bertukar menjadi Saudi Arabia & pihak British telah melantik keluarga Saud sebagai raja baru tapi tetap di bawah pengaruh & kuasa British. Dunia Arab dipecah belahkan hingga timbullah kerajaan baru seperti Kuwait, Qatar, UAE, Abu Dhabi melalui konsep 'Divide and Rule'.
    Kemudian pihak British mewujudkan negara Israel dgn merampas bumi hak kepunyaan Palestin. Kuasa dunia kini diambil alih oleh USA atas percaturan zionis & dajal. Oleh yg demikian, saya berpendapat mana2 pihak yg bersekutu dgn British, Amerika dan Little Israel Spore adalah tidak layak menjadi pemimpin tanah air tercinta kita dan sekali gus dianggap musuh.

    Malang sekali semua ayam2 tambatan Tun Mahathir seperti Musa Hitam, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi & Najib Razak gagal menyedari hakikat ini yang awal-awal lagi telah diwahyukan dalam Al Quran & sabda Rasulullah saw dlm hadith2nya berhubung kait dgn ilmu eschatology atau ilmu akhirul zaman.

    Waula Hu Alam.

    Ex Son of Spura

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat 120 , surah al- baqarah, " Orang Yahudi dan Nasora tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepada mu (wahai Muhammad ) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu ) Katakanlah (kepada mereka ) sesungguhnya petunjuk Allah (agama islam ) itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wahyu yang memberi pengetahuan kepada mu ( tentang kebenaran) , maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (,sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu "

      Delete
  7. JET EKSKUTIF DAN KESELAMATAN RAKYAT SABAH
    Jika Tunku tumbang kerana tidak sensitif kepada perasaan rakyat maka saya bimbang Najib juga akan tumbang kerana tidak dapat memberikan alasan yang dapat mengubati perasaan rakyat dalam membelanjakan wang negara.

    Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir telah membangkitkan pekara yang terus menusuk hati rakyat apabila berliau membandingkan keperluan membeli jet kerajaan untuk membawa perdana menteri dan Yang Dipertuan Agung dengan keperluan untuk membelanjakannya bagi keselamatan rakyat di Sabah.
    Adakah pembelian jet itu akan dapat menghentikan penceroohan dan penculikan di Sabah. Pertanyaan ini sangat menusuk hati rakyat.Mahathir telah menciiumi perasaan rakyat dan menyampaikannya bagi pihak rakyat.Terima Kasih Tun.

    ReplyDelete
  8. Saya tahun 1987 masa Ku Li lawan Dr M baru nak masuk 5 tahun tapi sejarah dibaca, kisah difahami dan kenyataan adalah kenyataan.

    Kenapa Najib ambil kisah itu untuk tunjukkan kononnya Dr M menang tipis dan x letak jawatan. Siapa penasihat Najib yang suruh Najib ambil kisah itu sebagai satu cara untuk lawan kata2 Dr M? Sayang sekali, Najib yang ketika itu sudah jadi Naib Ketua Pemuda UMNO pon tak ingat cerita ! Masa itu majoriti besar rakyat bersama Dr M dan BN ! Sekarang? Kalau undi ikut cara Presiden Indon, PM kita hari ini bukan Najib.

    ReplyDelete
  9. "JANGAN KACAU TELOQ AKU". Tajuk posting spara porno ini dikira agak keterlaluan dari blog tokoh wartawan negara. Ia bisa diolah kepada tajuk yang lebih heavy pornonya seperti “JANGAN PEGANG TELOQ AKU” atau “JANGAN GENGAM TELOQ AKU” atau “JANGAN RAMAS TELOQ AKU”.
    Apa pun saya agak geli membaca nya, kalau lelaki saya kira pasti ada yang sengal-sengal. Jika Tunku bimbang jatuh saya kira Najib amat berani dijulang tinggi kerana kalau jatuh hanyalah teloq penyu tidak mudah pecah bukan seperti teloq ayam atau teloq itik.
    Tetapi yang menjadi tidak tenteram bahtera Bugis ini ialah apabila teloq kerap dijentik. Sengalnya makan masa berhari-hari.
    EEEE.............geli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh mummy R..adalak teloq dijentik. kan parokk tu..

      Delete
    2. Nampaknya Mummy ni sangat arif pasal telur. Sehingga dapat merasai perasaan orang yang ada telur walaupun yang empunya diri tiada telur. Mungkin pengalaman Mummy sendiri yang luas dalam melayari bahtera kehidupan yang saban hari dikelilingi telur-telur beraneka bentuk dan saiz membuatkan Mummy dapat menjiwai semangat keteluran itu.

      Delete
    3. Ini mengingatkan saya kepada lagu rakyat Terengganu yang pernah popular satu ketika dulu. Liriknya lebih kuang macam ni " Kita tengok penyu telur..penyu tengok telur kita..". Mungkin blogger Din Turtle lebih arif pasal lagu ni.

      Delete
    4. waduhhhh...pakk...lawakkkk....pecah teloq aku gelak...

      Delete
  10. Julang lah. Teloq kena picit jugak... dalam sakit..hoi, takpe! takpe !

    Macam.Dap dengan kabinet bayangan mereka... he..he..

    ReplyDelete
  11. Apa dah dan nak jadi dengan Malaysia hari ini, serba CACAMERBA :

    1. Najib CACAMERBA dengan 1MDBnya;
    2. UMNO CACAMERBA juga dari PRU 12 sambung ke PRU 13 lagi. Macam manala nanti PRU14;
    3. PAS pun CACAMERBA dengan PEMILIHANnya;
    4. Pakatan Rakyat pun CACAMERBA dengan komponen partinya;
    5. Wan Azizah pun cacamerba dengan Kabinet Bayangannya;
    6. Rakyat Malaysia (Tua/Muda; Miskin/Kaya) cacamerba dengan GSTnya;
    7. ESSCOM CACAMERBA dengan kes pencerobohan / penculikkan yang berulanag-ulang dan ulang-ulang kali. Maka berulang-ulanglah kenyataan 'keselamatan dijamin'.
    7. Entah-entah apa lagiii yg CACAMERBA .....

    Boleh ka capai negara maju 2020 dengan CACAMERBA ni, jangan nanti pada 2020 lagi CACAMERBA sudah laaaaaaaaa ..... Pinjam Tag Line Astro ; Macam-macam adaaaaaaaaa......

    ReplyDelete
  12. Tun Razak memperkasakan ISA tetapi anaknya memansuhkan ISA....

    ReplyDelete