Sunday, 31 May 2015

AWASI ANASIR SURBERSIF DI MEDIA CETAK UMNO ARUS PERDANA

Tunku Aziz Tunku Ibrahim
Terima kasih kepada Wartawan NST yang menonjolkan intro Former DAP Vice Chairman Tunku Abdul Aziz Ibrahim has urged the goverment to reopen past cases of financial scam dalam berita bertajuk: Tunku Aziz: Reopen past cases of financial scams NST 30 May 2015. (Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz menyeru kerajaan membuka semula kes penyelewengan kewangan negara).

Intro ini dengan sekaligus menidakkan authoriti dan kredebiliti Tunku ini dalam menjuarai benteng pertahanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dari serangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mahu menggulingkan Najib dari kedudukan Perdana Menteri.

Intro ini sekaligus mengingatkan seluruh orang Melayu bahawa pada suatu hari, suatu saat seorang Melayu dari keturunan raja negeri Kedah, telah mencatitkan sejarah hitam untuk bersama dengan parti cauvanis Cina bagi menghancurkan kuasa Melayu, kuasa UMNO dan BN yang dipandangnya sebagai kotor, rasuah, tidak adil dan tidak demokratik kerana dia berkongsi dengan nilai dan idealisme DAP untuk menegakkan sebuah kerajaan Malaysian Malaysia yang bersih dan adil pada semua.

Inilah seorang Tunku yang sedang berhempas pulas hendak mencemarkan Tun Dr. Mahathir dengan membangkitkan semula kelemahan dan kesilapan Dr. Mahathir yang terkini  menuduhnya melakukan skandal kewangan yang paling jahat "The most notorious financial scandal of all".

Tunku ini sangka, dengan latar belakangnya sebagai seorang profesional dan diplomat dan taraf dirajanya, maka rakyat akan percaya kepada kata-katanya dan melupakan dosa besarnya kepada bangsa dan terus melupakan jasa pahala Dr. Mahathir dalam meningkatkan maruah bangsa dan mempertahankan ekonomi negara ini dari "High and Dry" seperti yang didakwanya akan berlaku.

Dia buta sejarah, dia tidak dapat membilang sejarah negara atau dia tidak langsung menghayati dan mempunyai perasaan sebagai seorang Melayu dan Malaysian yang bersama dalam getar nadi hati rakyat setiap kali Dr. Mahathir mengangkat maruah rakyat dan menggempar dan mengkagumkan dunia dengan tindakan-tindakan beraninya dalam pemerintahannya selama lebih 22 tahun.

Dia tidak tahu serangan waktu subuh (down raid) di pasaran saham yang mengembalikan lebih 200,000 ekar ladang getah,kelapa sawit dan koko ke tangan anak negeri yang sebelumnya dimiliki sepenuhnya oleh British.

Tunku ini tidak menghayati Buy British Last yang menyebabkan akhbar-akhbar British meminta maaf kepada Malaysia (ketika itu saya berada di London). Dia buta terhadap langkah Dr. Mahathir mematahkan serangan Soros penyangak mata wang yang berkemungkinan membengkrap negara.

Dr. Mahathir membangunkan Putrajaya sebuah bandar Islam terindah di Asia dengan wang Petronas dan Menara Petronas KLCC yang menyebabkan orang Singapura datang mendongak kepala di Kuala Lumpur dan tidak lagi orang Malaysia pergi mendongak kepala di Singapura yang menyebabkan Lee Kuan Yew merasa besar kapala (Adakah Tunku ini faham tentang keperluan pembangunan self esteem dalam pembangunan jiwa bangsa?).

Mata hati Tunku ini dibutakan dengan sikap prejudis, dendam kesumat, kecetekan politik sehingga hilang perimbangan fikiran sebagai seorang intelektual dan mungkin oleh kerana terlalu lama berada di luar negara maka dia tidak bersama dengan perasaan rakyat di akar umbi.

Seorang yang menyertai politik negara dengan perasaan marah dan benci terhadap UMNO dan kepimpinan UMNO dan berkongsi dengan nilai dan idealisme DAP sekarang diharapkan oleh Datuk Seri Najib untuk membersihkan namanya dan memulihkan kekuatanya. Ini adalah sokongan yang membawa bala.

Dalam keadaan ini saya bersyukur kerana dia media arus perdana, dalam NST yang didokong oleh UMNO dan dikuasai oleh Unit Komunikasi JPM masih ada wartawan-wartawan  yang merupakan anasir-anasir nasionalisme yang sedar, pintar dan licin  bergerak dalam keadaan tertekan memainkan peranannya untuk menyedarkan rakyat terhadap pejuang tulin dan pejuang celup-celupan.
Secara halus wartawan NST ini memberitahu pembacanya, yang bercakap ini adalah bekas pemimpin besar Melayu dalam DAP.

Mungkin saudara akan dianggap sebagai anasir surbersif dalam NST, mungkin saudara akan dipanggil oleh Ketua Pengarang, tetapi jasa saudara sangat besar, walaupun nampak kecil dalam usaha mengingatkan orang ramai dan para pembaca supaya tidak terkeliru oleh mereka yang mahu menjadi oportunis dalam krisis keyakinan rakyat













19 comments:

  1. tan sri.

    jgn marahkan unit komunikasi PMO. Tan sri kena tahu sejarah mereka. reporter cabuk kat NST, Utusan & Bernama saja. tak kan Tan Sri nak mereka sampai tahap alaistar campbell. lagipun sesuai lah mereka jadi unit komunikasi pmo, sesuai dgn bos mereka.

    ReplyDelete
  2. apa nak heran, tunku ni bukan reti cakap melayu pun. melayu celup. mengaku melayu semata2 nak hidup di tanah melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seseorang itu adalah sebenarnya cacat bila jiwanya Inggeris dan tubuh badannya Melayu.Keturunan raja macam ini lah yang beri Tanah Melayu kepada Inggeris dan penyokong kuat Malayan Union.Sebab itu bangsat ini anti pemerintah Melayu.Raja adil Raja disembah,Raja orang putih celup Raja disanggah.

      Delete
  3. Lim Guan Eng kena belajar sesuatu, untuk membolehkan seseorang menyalak dengan begitu kuat, RM50 ribu tidak cukup...

    Itulah yang menyebabkan dia marah dan rasa terhina - itu standard mat sabun dan mr bean.

    ReplyDelete
  4. Saya terkejut bila dengar berita TV3 suku berkenaan saranan org yg takda jasa apa2 pun kpd negara ni....Kenapa ingin membuka kembali yg telah lepas dan telah pun ketahui kerugiannya....Kenapa yg menjadi isu skrg tidak mahu disiasat....walhal yg menjadi persoalan adalah baki pinjaman dibelanja kemana selepas tolak pembelian IPP dan hartanah murah sekitar 17billion sahaja. Baki ni yg tidak dpt dijawab....Jika ada kerugian adalah perkara biasa.....

    Najib memg tidak bijak dlm hal ini yg melantik orang ini sbg pengerusi penasihat SPRM...Disini sudah nampak BIASnya......Semoga cepat tamat riwayatnya...Saya totally menyampah tgk Orang ni...

    ReplyDelete
  5. Siapa dia ni.....takde gaya langsung ! Yg paling penting saya langsung tak kenal beliau...cuma DAP tu saya tahu lah....mmg anti melayu...
    Kerabat ke dia ? Tak kot ?
    Hahahaha....maaf la saudara aziz anda membuat diri anda kelihatan bodoh....tak perlu pun !

    ReplyDelete
  6. Manusia yang bernama Tunku Aziz ni tak pernah ada sekelumit pun jasa kepada negara, apatah lagi kepada orang Melayu!. Manusia yang rendah darjat ini sahajakah yang mampu Najib kutip menjadi cai/penasihat kepada Najib untuk menyerang Tun M. Tidak mustahil pada suatu hari nanti mungkin Najib akan dinasihatkan untuk menjual Putrajaya kerana bencikan Tun M!

    ReplyDelete
  7. Syabas kepada wartawan NST yang menulis berita ini. Saya tahu saudara boleh menggunakan intro jawatannya sebagai anggota Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) tetapi saudara memileh intro untuk mengingatkan bangsa saudara bahawa Tunku ini pernah berpaling tadah dari bangsanya.

    Bagaimanapun Tunku ini cuba menuding jari kepada keburukan orang lain,cuba memburukan Tun Mahatir tetapi dia tidak sedar ekornya bergelomiang dengan tahi dan najis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum todi tak baik untuk kesihatan rohani dan jasmani.Tun Mahathir bukan kaki todi.

      Delete
  8. Adalah tidak wajar bagi Tan Sri Zam menimbulkan soal sampah-sampah dan ulak ayak menjadi penyokong kepada Najib di TV dan di media perdana untuk menghentam Tun Mahathir.

    Biarlah semakin banyak sampah menyokongnya dan dengan itu akhirnya dia akan tenggelam dalam timbunan sampah.

    ReplyDelete
  9. Saya berpendapat bahawa Tunku Aziz adalah seorang lelaki tua yg suka kan perhatian. Beliau juga mungkin ingin mengambil kesempatan daripada keadaan perdana menteri yg terdesak utk mendapatkan sokongan. Tunku Aziz juga seorang yg celaru, tidak mempunyai pendirian yg tetap. Pada masa ini sesiapa sahaja yg dapat menyalak dan menunjukkan kasih sayang dan sokongan kepada PM walaupun dengan fakta yg direka reka akan mendaoat habuan. Jadi saya faham org org seperti tunku aziz ini akan berkeliaran dan menyalak habis habisan dengan harapan supaya di beri imbuhan diatas kesetiaan songsang yg diberikan. Wallahualam

    ReplyDelete
  10. Amat penting bagi memberi pemahaman kpd golongan muda yang malas berfikir, serta golongan tua yang tak mampu berfikir lebih lanjut.
    Lebih mudah jika segala maklumat disampaikan secara terus yang pastinya memberi impak yg lebih besar.

    ReplyDelete
  11. nor ishak ismail1 June 2015 at 09:50

    ini lah rupa makhluknya yang akan lari dulu apabila bila meletus perang dan Tanah Melayu ini diserang dan ditawan musuh.

    Setelah perang tamat dan musuh berundur, makhluk seperti ini akan pulang kembali ke tanah air tumpah darah mereka (kononnya).

    Makhluk seperti ini bukan setakat pulang sahaja tetapi akan mula memekik kehulu kehilir ( sudah tentu bukan dalam bahasa Melayu) mengatakan betapa kelemahan dan penyelewengan kepimpinan negara sebelum perang dahulu telah meyebabkan Tanah Melayu ini begitu senang di tawan musuh.

    Makhluk seperti ini juga akan mengatakan pejuang rakyat semasa negara ini ditawan musuh bukanlah hero sebenar, mereka adalah simiskin yang ingin mengambil kesempatan.

    Itulah rupanya bangsa makhluk yang se kapal dengan Yang Mulia Tunku Abdul Aziz ini. Tunku Aziz ini dulu bersekongkol dengan DAP, kini diberi tugas untuk jaga SPRM pula. Kesana kesini berbahasa Inggeris. Apa besar sangatkah bahasa Inggeris ini. Kita lihatlah bagaimana Korea maju dan masyhur dengan bahasa Korea mereka.

    Itulah apa nak jadi dengan bangsa aku ini. Apabila tersepit tunjuk muka kesian sambil melaungkan pembelaan untuk perkasakan Bahasa Melayu, Bangsa Melayu dan macam-macam Melayu lagi.

    Akhirnya di Lembah Kelang ini, tempat asal Melayu, tempat Melayu berpaut tak kira masa aman atau perang ..... nama tempatnya telah ditukar kepada nama Notting Hill, Kerinchi East, Sentul West, Colombia, Seirramas, Sunway, KL Sentral dan bermacam-macam lagi nama berbaur Inggeris. Apa nak buat yang meluluskan nama ini adalah orang Melayu juga ...... walaupun dah ada garis panduan yang mengatakan setiap nama tempat dan taman hendaklah digunakan dengan nama tempatan (Melayu).

    Pedih hati saya apabila komplek "Alamanda" yang saya sematkan bermaksud alam kita ..... rupa-rupanya (kata seorang pegawai Melayu Putrajaya), "Alamanda" adalah pinjaman daripada bahasa Sepanyol. Sepanyol sebuah negara Kristian yang telah dijajah lebih 700 tahun oleh kaum Islam tapi tetap tebal Kristiannya,

    Apabila Islam berjaya di halau oleh kaum Sepanyol. Kristian Sepanyol ini terus menjadi bangsa lebih besar dan menakluk dunia (malah menemui benua baru Amerika dan terus mengkristiankan benua tersebut sambil menyebarkan bahasa Sepanyol).

    Jauh sangat dah ni saya melalut?. Apapun Bahasa Melayu semakin hari semakin dijambankan ..... Bahasa orang miskin, bahasa yang layak untuk kaum Bangladesh, Nepal, Myanmar, Vietnam dan Nigeria.

    Tapi ingat "Bahasa Melambangkan Bangsa" ..... Lihat contoh Jepun, Korea dan Sepanyol negara kecil yang pernah dijahanamkan dulu.

    Saya melihat Dr. Mahathir adalah pejuang Melayu yang tulen. Kalaulah bangsa dan alam Melayu ini tidak dikerohkan dengan propaganda DAP dan tali barut mereka (atau yang bermuka-muka menyokong Melayu) dan kalangan Melayu lupa diri.. Sudah tentu Melayu akan menjadi bangsa yang lebih lasak lagi?.

    ReplyDelete
  12. Datuk Zain,

    Hamba rasa kecewa terhadap sistem pendidikan negara kita yang prestasinya telah terjatuh beberapa rangka pada ranking sedunia. Terlebih lagi tahap kefasihan bahasa Inggeris di kalangan rakyat marhaen pun terkikis tiga dekad kebelakangan. Sekarang PPSMI yang patutnya membolehkan generasi pelajar kini untuk lebih menguasai English - bahasa komunikasi global - pun sudah dimansuhkan. Aduhai, ke mana bangsa kita akan maju? Dalam suasana kekurangan ini orang politik macam Anwar Ibrahim dan Tunku Aziz menonjol dan agak celik mengguna English sebagai senjata penyampaian tujuan mereka di mana2 situasi sosial Malaysia mahupun di pengkalan antarabangsa. Orang biasa terbisu dan tak faham makna dan maksud mereka itu, maka kita terpaksa pasrah kepada projek2 orang besar sahaja.

    ReplyDelete
  13. Kenapa semua nak marahkan Tunku Aziz. Dia hanya berkata yang benar.

    1. Tak benarkah skandel BMF tu.
    2. Tak benarkah Malaysia kehingan 20 bilion dalam Forex.
    3. Tak benarkah Petronas melalui MISC membeli Konsortium Logistik milik Mirzan.
    4. Tak benarkah Sime Darby diminta menyelamatkan Bakun dari Syarikat Kepunyaan Teng Peik Keng.
    5. Tak benarkah kerajaan menyuntik dana menyelamatkan Perwaja Steel.
    6. Tak benarkah Tun yang memperkenalkan IPP dengan perjanjian berat sebelah sehingga 1MDB terpaksa membeli semula kepentingan kroni Tun di IPP.
    7. Tak benarkah Kerajaan membeli kepentingan MAS dari Tajuddin dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'dia hanya berkata yang benar'

      Mungkin awak ini budak lagi, mungkin juga awak ini cikgu yang berumur sekitar 40 an. Cikgu kan banyak bertanya pada anak muridnya. Nasihat free saya....bacalah, kerana dengan banyak membaca kita akan tahu apa sebab dan apa penyelesaian yang telah diambil keatas 7 persoalan yang awak bangkitkan. Dan juga, banyaklah bertanya dengan orang lama tentang persoalan-persoalan tersebut. Bila saya kata bertanya dengan orang lama, janganlah pula bertanya dengan orang melayu yang bangang, yang rasa lebih islam, yang selalu mengeluh dengan masalah, yang selalu berguling atas jalan bersama sepanduknya, yang ...........

      Akhir kata, janganlah jadi melayu bangang.....

      Delete
  14. Adakah rompakan 1mdb, Mas bangkrap, fgv dan semua ni revenge of the dawn raid?
    Dulu rotschilds & sons hari ni goldman 
    Cuba check pulak dah berapa banyak ladang sime darby guthrie genting plantation dah beli?
    Revenge is sweet.
    Belajarlah dgn hizbullah. Jangan dekati dan berjanji dgn musuh.

    ReplyDelete
  15. Tungku dapoq la ni orang buat sendal pintu ja.

    ReplyDelete