Monday, 11 May 2015

ANGGOTA MKT UMNO MESTI BERANI PAPAR DAN BONGKAR SOKONGAN PALSU PADA NAJIB


MUHYIDDIN KHAIRY JANGAN HANYA TEGANG  DI LUAR TETAPI KECUT DI DALAM




Apabila perbincangan pemulihan parti UMNO berlaku dalam MKT petang ini maka tidak dapat tidak kelemahan dan kekuatan kepimpinan Datuk Seri Najib akan dibincangkan. Najib telah mengistiharkan bahawa beliau tidak akan tunduk  kerana   parti dan rakyat menyokongnya.


Katanya Mahathir sendiri tidak berundur ketika sokongan padanya dalam parti hanya 50 peratus sebaliknya kedudukannya dalam parti dan juga sokongan rakyat lebih kuat.


Walaupun ini benar tetapi kebenaran dalam politik selalu  berubah.Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu disamping  Cina dan India  adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali "I Love You Palsu."


Najib tidak sewajarnya berhohong mengatakan menyokong Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987. Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim,Najib takkan sokong Mahathir.


Dalam ucapannya di Tawau,Najib mendakwa  menyokong  Dr.Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987 tetapi ingatan saya dalam soal ini ditakdirkan Allah segera disahkan oleh  pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi UMNO   " Dia bohong sokong Dr.M 1987. Dia mula sokong TR( Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan ,AI(Anwar Ibrahim) Ketua. AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  He is really desperate . Dr M menang dgn 44 undi . He didn't campaign at all. He is playing safe.


Dalam pada itu transformasi yang dibawa  oleh Najib lebih banyak membawa kepada penghakisan keyakinan rakyat dan kehilangan penghormatan terhadap bangsa dan agama dan bukannya  menambah keyakinan seluruh rakyat. Ini dapat dilihat  dari penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,kesepian  majlis penasihat , krisis 1MDB dan pembelian dan penjualan semula tanah 1MDB oleh TH.


Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula tanah  itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH. Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan pencarum  sebaliknya menambah kemarahan dan kelukaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan.


Inilah bukti jelas bahawa Najjib gagal untuk menghayati perasaan rakyat dan kaumnya sendiri dari soal ISA hingga kepada Tabung Haji. Malah beliu telah melalut dalam membanggakan keturunan  Bugis, Walaupun Mahathir dari keturunan India atau Mamak, Syed Hamid Albar , Syed Jaafar Albar dari keturunan Arab tetapi mereka lebih berbangga sebagai keturunan Melayu walaupun mereka bukan Melayu jati malah mereka lebih Melayu dari Melayu..


Malah dalam buku Mahathir Malaysian Maverick yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal apabila pengarangnya  bertanya kepada Mahathir apakah dia keturunan India, Mahathir menjawab dengan bertanya apakah semestinya setiap orang Melayu yang cerdik bukan Melayu.


Mahathir lebih membanggakan identiti Melayu, Bangang manakah yang menasihati Najib untuk menjaja dirinya sebagai  keturunan Bugis di sana sini?


Anggota Majlis Kerja Tertinggi mestilah mempunyai kelakian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini untuk memberitahu Datuk Sri Najib secara berdepan-depan  bahawa keyakinannya kepada sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu, perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang membunga adalah membutikan  keruntuhan di akar umbi MKT.Jika tidak masakan semua pemimpin UMNO bercakap mengenai pemulihan UMNO.


Mereka yang telah bersuara di luar untuk mencari populariti dikalangan rakyat mesti berani  bersuara dihadapan Najib petang ini demi bangsa,agama dan negara.


Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut didalam. Apa gunanya berjuang  kalau sekadarkan untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi . Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadarkan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri  atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia?.





 POSTING TERDAHULU :





DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA MENGASIHNI


SELURUH UMAT MELAYU DAN ISLAM DI NEGARA MALAYSIA TERCINTA INI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENYERTAI DOA MANTAN PERDANA MENTERI, TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD  DI TANAH SUCI MEKAH, AGAR ALLAH MEMBUKA HATI PERDANA MEMTERI, DATUK SERI NAJIB UNTUK DENGAN SECARA BIJAKSANA BERUNDUR DIRI DAN MELETAKAN JAWATAN PADA MASA YANG SESUAI BAGI MENYELAMATKAN MARUAH BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.


TUN BERLEPAS SEMALAM KE MEKAH UNTUK MENUNAIKAN UMRAH.



MAKLUMAT YANG SAYA TERIMA PADA KESELURUHANNYA ANGGOTA MKT TELAH PUN MENERIMA HAKIKAT BAHAWA NAJIB TIDAK LAGI MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT DI BAWAH,  TERUTAMA DALAM PARTI SENDIRI DAN MEREKA MUNGKIN AKAN MEMBERITAHU NAJIB SECARA IKHLAS, BERSOPAN DAN BERADAB DALAM MESYUARAT MAJLIS KERJA TERINGGI UMNO PETANG INI.



MENURUT TV 3 PAGI INI, KETUA WANITA UMNO SHAHRIZAT ABDUL JALIL TELAH PUN MEMBERITAHU, APA PUN YANG AKAN BERLAKU, BIARLAH SEPERTI MENARIK BENANG DALAM TEPONG,,PARTI JANGAN BERPECAH.






ANGGOTA PARLIMEN BN YANG BERANI





1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menerima tekanan berhubung kedudukan kewangannya apabila Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) menggesa pengurusan syarikat itu menjawab segera laporan media ia perlu segera membayar balik AS$975 juta (RM3.52 bilion) kepada 6 bank.
"Saya menggesa pengurusan 1MDB menjawab dahulu isu yang dilaporkan oleh pihak m
"Tidak ada istilah 'elegant silence' dalam isu seperti ini," kata Reezal dalam kenyataannya.
Akhbar Business Times dari Singapura hari ini melaporkan 6 bank diketuai Deutsche Ban kini menuntut 1MDB menjelaskan hutang RM3.52 bilion, 4 bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya.
Ia berikutan pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.
Reezal berkata kelewatan 1MDB dalam menjawab isu yang dilontarkan terhadap mereka merupakan sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab".
"Saya cukup yakin, sebagai kumpulan 'profesional', pengurusan kanan 1MDB ada jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini.
"Sayangnya, mereka tidak mengambil tindakan yang cepat dan gemar melihat persepsi buruk terbina terlebih dahulu," katanya.
Katanya, sikap 1MDB bakal memburukkan Barisan Nasional (BN) di mata rakyat.
"Selagi mereka lewat membuat tindakan, selagi itulah isu 1MDB 'bernanah' di mata rakyat, sekali gus mencabar wibawa dan integriti kerajaan.
"Ada ungkapan, 'Beritahu perkara sebenar, atau ada orang lain yang buat begitu'.
"1MDB mesti lebih pantas menjawab isu," katanya. – 13 Mei, 2015.- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-gesa-1mdb-jangan-membisu-isu-tuntutan-hutang-rm3.4-bilion#sthash.upGgNNXR.dpuf


.

79 comments:

  1. Semasa DrM menang tipis ke ats KuLi, itu masalàh dlmn parti. DrM masih dpt sokongan rakyat. Skrg bukan konflik parti dan rakyat tolak DSN. So DSN mesti turun krn rakyat x suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahjib ni keliru ke atau b#d#&?? Dia selalu laungkan 1Msia, tapi pd masa sama dia ngaku putera bugis, ahjibgor etc. Rakyat pun jadi pening.

      Delete
    2. Saya adalah saksi hidup ketika krisis team A & B. Ketika itu saya berjawatan Ketua Pemuda Cawangan serta AJK Pemuda Bahagian. Najib berdusta dalam ucapannya semalam di tv 3 kononnya dia menyokong TDM. Sebenarnya dia bersekongkol dgn team B bersama Dollah Badawi, Ku Li, Rais Yatim, Musa Hitam & Shahrir Samad.

      Lagi satu pembohongan Najib untuk menegakkan benang basah.

      Lying is root to evil deed...!!

      Delete
    3. Saya masih ingat ketika Dr. Mahathir sebagai PM melakukan lawatan ke Bloomington,Indiana,Amerika Syarikat,......seorang pelajar Malaysia dari Sabah bertanyakan soalan berbunyi begini kepada PM,..."bolehkah orang Sabah menjadi Perdana Menteri Malaysia?"......jawapan yang diberi adalah,........"orang Sabah tidak boleh jadi PM,tetapi orang Malaysia boleh jadi PM".Bagi yang mengerti jawapan itu dalam maksudnya.Tetapi si Najib sekarang sudah jadi badut.Apa tidaknya,.....dia yang sibuk dengan slogan 1 Malaysia kini agak sibuk dengan slogan 1 Bugis for Malaysia.Sangat tidak konsisten.Kalau dia pemimpin dari parti Democrat atau Republican di US sudah pasti dia kena turun.Lainlah kalau dia dari PAS dan PKR.....lagi mengarut lagi hebat.Dalam sejarah UMNO,yang mengarut sila turun.Kalau turun pun masih nak mengarut,sila sertai PAS dan PKR,kerana 2 parti ini sangat istimewa.Satu memiliki surga dan satu lagi buat apa pun tak apa sebab video itu besi.

      Delete
  2. Majoriti rakyat yang cintakan negara bersama sama dengan penuh debaran menantikan agar berita gembira yang akan menjelma petang ini - Semoga Najib akan dapat menerima kenyataan yang rakyat tidak lagi mahukan PM yang "corrupt" seperti beliau dan berundur secara baik.

    ReplyDelete
  3. Sememangnya majoriti rakyat memang menginginkan DSN berundur diri secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. betul sungguh ke Mahathir ke Mekah ?

    kah kah kah

    https://www.facebook.com/fikiranmahadi/photos/a.264104163693443.47363.264071157030077/667332186703970/?type=1&theater

    ReplyDelete
    Replies
    1. wei mahadi bahlol

      Kuwait dengan makkah tu beribu batu dengan ambil masa mcm dari bumi ke planet marikh?

      dah alang2 kena jemput bagi ceramah apakebenda tunaikan sekali lah umrah tu.

      Bodoh punya melayu otak belacan jenis kena dari dulu jilat membodek je kerja, patutlah senang2 kena kencing dek bangsa lain.

      kah kah kah!

      Delete
    2. Mungkin sebab Tun M balik 15th. Kalau salah bukan salah saya, org beritahulah.

      Delete
    3. bace artikal dl bro sblm post....
      Kehebatan Mahathir : Kaabah berpindah dari Mekah Al Mukarramah ke Kuwait City !

      Mahathir telah dijadualkan memberikan ucaptama pada persidangan Pemimpin negara teluk bertempat di Sheraton Hotel Kuwait City pada 11 dan 12 Mei 2014.........
      kalau ye pon nak copy paste bace dl betul2 artikel 2...

      Delete
    4. oit anak mahabol, tolong simpan bodoh tu. jauh jauh, Kau tau apa itu ibadat umrah? kau pk nak complete kan ibadat umrah ni ambik berapa lama?

      Delete
    5. NAMA PUN MAHADI BAHALOL, LIMA PERUT TIGA SERANGKAI BUTA PERUT TAK ADA AKAL

      Delete
    6. TUAN ZAM, KALAU TIDAK SILAP SAYA ADA PERJANJIAN DI ANTARA NAJIB DENGAN ANWAR, KETIKA ITU ANWAR KETUA PEMUDA UMNO, DAN NAJIB NAIB KETUA, PERJANJIAN MEREKA IALAH ANWAR BERSETUJU UNTUK DIJADIKAN NAJIB KETUA PEMUDA.

      Delete
    7. MAHADI BAHALOL BODOH PENJILAT JIBBY KANGKUNG

      Delete
    8. Mahbol kn nama Bugis gak.sama la dgn samdol.adik bradik dgn
      SaripDol.blh Ahjib ambik jd penasihat bangang aka bahalol.

      Delete
  5. Shahrizat money-moo-moo mahu pidato pasal integriti parti ke?

    ReplyDelete
  6. Bukan sahaja Najib perlu turun tapi bbrapa orang menteri lain terutamanya menteri GST juga mesti turun agar keyakinan rakyat terhadap kerajaan boleh dipulihkan. Selain menteri, pegawai tinggi kastam yang celupar dgn kenyataan yang mengelirukan itu juga patut meletak jawatan. Merekalah sebenarnya sokong yang membawa rebah.

    ReplyDelete
  7. Terimalah doa ikhlas hati kami salah seorang rakyat Malaysia yg tak brp nak sokong Tuan Najib. Semoga susunan kata ini menjadi hikmah keramat utk mencegah kebatilan mereka.
    Beraja dimata berPresiden dihati
    Pantang mundur sama sekali
    Ini jawatan rakyat yang bagi
    Akan dipertahan bersama isteri
    Biar bumi berkeping dua
    Biar kuat ribut melanda
    Kuatnya tekad mempertahan kuasa
    Walau rakyat mencemuh menghina
    Nampak satu tapi beribu
    Nampak tua tapi berilmu
    Tujuan menegur utk membantu
    Demi pertahankan banyak melayu
    Hamann meletup ditengah hutan
    Firaun tak buat jadi pengajaran
    Kuasa nafsu jadi ikutan
    Bila hidup tiada berpedoman
    Mereka khianat pada agama
    Bukan hanya sesama bangsa
    Kau jual semua kerana dunia
    Tanpa kau kira apa akibatnya
    Biarlah sesat ke tengah laut
    Jangan dilaung ke pangkal jalan
    Biar kau berdua dipukul ribut
    Kelakkan kau terima azab balasan
    Doa senjata jangan kau lupa
    Walau kau pandang rendah menghina
    Di Rejab yang mulia Allah bersama
    Menilai melihat kau perbuat angkara
    Doa Cik Siti moga termakbul
    Ramai peminat aminkan bersama 
    Duit tabung yg lama dikumpul
    Diseleweng orang tak tahu agama
    Ada lori ada Airbus
    Sampai masa pasti dibalas
    Moga2 diterimalah hendaknya walaupun jauh dari kota suci Mekah. The truth has come, and falsehood can neither begin anything nor repeat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat biasa disuapkan kangkung
      Untuk sendiri membuat MDB
      Rakyat global disuruh Moderasi
      Wang melabur ditelan sendiri

      Delete
    2. Kangkung kangkung dia tak makan
      Duit haji je dia telan
      Biar pencarum menjadi korban
      Kalau ditanya bagilah alasan
      تخ
      Ramai orang makan hati
      Bila dia mula GST
      Dia makan kanan kiri
      Susah orang dia tak peduli
      تح
      Liat betul dia nak berenti
      Walau diasak berulang kali
      Mungkin bugis ilmunya tinggi
      Tak lut senjata dan kena maki
      ب
      Kita perati je lah sama sama
      Dia belayar pun tak jauh mana
      Laut dalam jangan di duga
      Termakbul doa orang dianiaya
      نركا
      Syurga dunia dia dah rasa
      Api neraka tengah menyala
      Tengah marak menunggu mangsa
      Mana umat perangai derhaka

      Delete
    3. Bahagian cerita dibahagi bahagi...
      Bab A, semua kau cakap okey...
      Bab B, menteri yg ckp pasal GST...
      Bab C, menteri bangang tompang sekaki...
      Bab D, kecoh pulak kes 1MDB...
      Bab E, ini engkau dan kau punya bini......

      Bab E.....Bab E......
      Bawak bawak la berenti.....

      Delete
    4. Alang alang menyeluk pekasam...
      Lalang Lalang harus dipotong...
      Yg bangang bangang patut diperam..
      Kerja hanya penuhkan kantong......

      Delete
    5. Kalau dilihat dari segi hukum, hampir kesemua 5 kaedah utama fiqah dan 99 syariah maxim yang dipersepakati oleh para ulamak dunia tidak diambil kira sebagai pemimpin dan pemerintah negara kerana mungkin tidak pernah ditegur atau dinasihati oleh mana-mana ularmak politik yang dibayar gaji olehnya. Di dalam kubur dan diakhirat nanti sama-samalah kamu semua tanggung segala dosa-dosa mengabaikan segala perintah, larangan dan hukum-hukum Allah Ta'ala.

      Delete
  8. Rakyat mana tak suka dan tolak Najib?? Di prk rompin BN masih menang. Di prk pmtg pauh BN masih diundi lebih dari 20 ribu rakyat. Jangan kerana hanya sebilangan pembangkang tak suka pemerintah, itu dijadikan alasan kononnya rakyat tolak Najib!

    Dan untuk rekod, gerombolan pembangkang memang sejak dulu tolak Najib. So apa nak heran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau sure sangat ke rakyat suka Najib? suruh si bugis tu buat punggutan suara lah kita tgk.

      PRK rompin berapa banyak majoriti dulu dengan majoriti skrg? jenis otak dunggu boleh lah kau kata, Najib still diterima, tapi ikut data statik etc semua, sokongan makin berkurang, kemungkinan faktor simpati yang main peranan besar kemenangan BN di rompin.

      Dengar cita terdapat beberapa peti undi di 3 felda BN kalah, itu apa cerita? Rakyat sokong Najib? tak faham atau buat2 bodoh? bukan ke tu message jelas, undi protes dari kalangan orang Umno Bn sendiri?

      Bab permatang pauh, nenek kipas lu pun tak dapat nak lawan, tak guna bilangan 20 ribu bagai.

      Dan lagi satu ini bukan soal pembangkang, jangan kelirukan diri lu beb, tapi ini soal pandangan dan pemikiran rakyat yang langsung kebanyakkan tak ambik pot pasal politik, dimana melihat Najib bukanlah seorang Pemimpin yang layak memimpin Malaysia ni.

      Lagi sekali, jangan kelirukan diri.

      Delete
    2. 57% rakyat tolak Najib di PRU baru lepas. Kini angka tersebut dah sah-sah meningkat. Jange lupo, Rompin turun majoriti separuh. So. Katalah sekarang dah 60% tolak Najib, termasuk Melayu atas pagar macam saya. Berapa peratus rakyat tak suka baru Najib akan turun? 75%? 90%? Atau -- macam seorang diktator -- 99%?

      Delete
    3. Tak sokong Najib tak sama dengan tak sokong BN. Ada orang sokong BN sebab calon setempat, bukan bermakna bulat-bulat dia sokong kepimpinan Najib yang makin lama buatkan negara makin tenat.

      Serangan Mahathir ke atas Najib, bukan ke atas BN/UMNO. Mahathir nak selamatkan UMNO dengan buang kepimpinan yang tak efisyen, bukan dengan serangan tu bermaksud Mahathir menyokong perjuangan pembangkang.

      Delete
    4. Berapa banyak BN tabor kat Rompin.???? tu pun masih nak belagak..

      Delete
  9. NAJIB KENA FAHAM AYAT INI:
    KAMI SOKONG BN TAPI TAK SOKONG KAMU LAGI.
    SUSAH KER NAK FAHAM?
    RAKYAT MASIH SYGKAN BN TAPI RAKYAT TIDAK PERCAYA ANDA LAGI SEBAGAI PM.
    PUN TAK RETI MEMBEZAKAN?

    KAMI (ORANG MELAYU TULEN) HILANG KEYAKINAN KAMU SEDARI:
    1. KAMU DENGAN BANGGA MANSUHKAN ISA

    2. CUBA MANSUHKAN AKTA HASUTAN (NASIB BAIK KAMU SPIN) SBB KAMU TERSEDAR ORANG MELAYU SEDANG NAIK HANGIN

    3. KAMU GUNA PAKAI PUNAHSIHAT BAYAR BILLION2X TAPI SATU HABUK PUN TARAK UNTUNG, LINGKUUUUUUPPPPP DIBUATNYA.

    4. TRANSFORMASI ITU DAN INI, SATU PUN TAK JADIK IBU DUIT... TERPAKSA CEKAU DUIT CARA LAIN --- GST PALING MUDAH NAK BUAT KANTUNG DUIT
    !
    5. IMDB SKANDAL NEGARA TERBESAR DI BAWAH TELUNJUK DAN TANGAN KAMU - DAH SAH SAH KAMU KENA KENCING DENGAN SEMUA TAIKUN DAN PUNASIHAT KAMU! SEBAB TU KAMU MINTAK NYAWA KERNA NAK CARI IDEA MCAMANA SETEL SEBELUM PECAH TEMBELANG SEGALA-GALANYA.


    6. MASIH INGATKAH LAGI DEPAN TOK ARAB KAMU KATA IDRIS JALA GELIGA OTAK.. HAHAHAHA.... CAKAP TAKBUR LA KAMU.. SKRANG IDRIS JALA BOLEH BIKIN APA? DIA BUKAN TUHAN DAN SUPERMAN!

    7. KAMU LANTIK TAN SRI ISA MASUK FELDA, WAH MCM2 IDEA.. FGVNYA LAH, BURSA SAHAM LAH... ADUIIII.... SEKARANG KELUAR ASAP KELABU JER...

    8. KALAU ALLAH NAK SUSAHKAN KAMU, MCM2X BENCANA DIA KASIK KAT KAMU... TU PUN KAMU MASIH X SEDAR DIRI & KEMBALI KE PANGKAL JALAN

    9. IMDB MEMANG AKAN JADI MIMPI NGERI SAMPAI KAMU PENCEN ATAU BERSARA PAKSA...

    10. TAKDAK SAPA YANG AKAN KENANG KAMU PUN... JADIK BAHAN CACI SEPANJANG ZAMAN

    11. SEMOGA ALLAH MEMBERI KAMU TAUFIK DAN HIDAYAH.... HENDAK GOSTAN TAPI DAH BANYAK YANG ROSAK... SEMUA MATA RAKYAT DAH JADIK SAKSI....

    TAK DAPEK DEN NK TOLONG LAIE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1000% BETOLLL!!! Org MELAYU masih sayangkan UMNO/BN tapi bukan najib....amber seorang drpnya. Klu najib masih ada hingga Pru 14, CONFIRM amber TAK KELUAR MENGUNDI begitu juga famili amber!!

      Apa yg kami inginkan adalah ketelusan...seorang pemimpin yg memimpin bukan yg dipimpin! Dengan hormatnya.....PLEASE STEP DOWN MR PRESIDENT!!!

      Delete
  10. sapa qeti cakap bugis pi habaq sat kat dia .. RAKYAT MELUAT DAH

    -chemat69

    ReplyDelete
    Replies
    1. angka gariba?gareba mada cin

      Delete
  11. Memang betul Najib sudah tiada dlm hati seluruh rakyat bawahan hanya yg ada jawatan dan kaki bodek dalam kerajaan dan parti sahaj yg tersengeh2 memberitahu bahawa najib masih disukai ramai.Selagi najib tidak meletak jawatan dgn segera nasib melayu di masa kini dan masa depan terutamanya selepas PRU 14 akan gelap. kalau UMNO jadi pembangkang selepas PRU 14 selama itulah melayu akan tergadai segala2nya di bumi sendiri. Lihat dan bukakah mata di negeri selangor dan penang bagaimana umno sekarang umpama hidup segan mati tak mahu. Umno kian layu setelah terkulai di dlm PRU 13 lalu. Maka bila nasib buruk menimpa umno maka umno tetap sukar untuk bangun dengan pantas. Awas org2 melayu bangunlah tunjukkan kebenaran kepada najib yg masih dibuai mimpi di siang hari.

    ReplyDelete
  12. Grassroot UMNO Marhein11 May 2015 at 15:35

    Zam - maaf cakaplah.....memang tidak disangsikan anggota2 MKT mempunyai 'kelakian' cuma pada pandangan saya 'telor' mereka telah tiada. 'Telor2' mereka telah terlebih dahulu dicekup oleh Presiden!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Nurhaliza punya teloq lagi besar
      Kalau nak pilih dia jadi PM aku sokong

      Delete
  13. Sebab tulah saya sayang Tun M. Ada sebab Allah panjangkan umurnya.

    Melayu sekarang dah tak macam dulu dah. Hangguk je. Kalau nak sokongan Melayu, pemimpin mesti perform. Sekarang, Najib bleh nyah. Kami x mahu Raja Bugis.

    Tun M yang ajar ni. Baru leh berani skit

    ReplyDelete
  14. untuk mahadi mahbol.....
    artikel yg ko share 2 tahun 2014 la...... kot ye pon nk membahan usha la dl jangan sampai kantoi.......simpan sket sifat macai totok 2 untuk bekal hari tua.....

    Kehebatan Mahathir : Kaabah berpindah dari Mekah Al Mukarramah ke Kuwait City !

    Mahathir telah dijadualkan memberikan ucaptama pada persidangan Pemimpin negara teluk bertempat di Sheraton Hotel Kuwait City pada 11 dan 12 Mei 2014.........

    ReplyDelete
  15. sekarang soalan yg menarik, kalau dia tau rakyat x sokong dia tp masih melawan, maka kita berhadapan dgn org yg sgt bermasalah, gila kuasa dan hanya pentingkan diri sendiri.

    menumbangkan dia dgn harapan dia sedar rakyat tidak menyokong dia barangkali susah nk dilaksanakan.

    sebenarnya kj dan muhidin tidak boleh uturn lagi selepas ini kalau najib kekal habislah position mereka selepas rombakan kabinet.

    ReplyDelete
  16. Tan Sri...Saya yakin keputusannya adalah MKT setia dibelakang presiden parti cuma mahu isu2 berbangkit diselesaikan segera atau diberi penerangan yg jelas......

    Isu nya cuma satu jer yang perlu dijawab....dimana duit pinjaman 1mdb setelah ditolak kos pembelian hartanah dan asset tenaga....simpler jer.....Skrg saya lihat penyokong Najib ulas kerugian TH menjual balik tanah yg dibeli tabung haji...tapi tak pernah mempertikaikan pinjmanan yg dibuat oleh 1mdb....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Zam.....Bukankah saya dh katakan......Keputusan boleh dijangka......Tiada kejutan.....Hanya bising diluar.....

      Delete
  17. Zam, I read that Nazri has denied. Does this mean the Italian job still holds true ? Or was it just a movie-acting ?

    ReplyDelete
  18. Kasihan Najib dihentam kiri kanan, malah Puan Ros pun kena ..masa ni lah kita mengenali kawan dan lawan, ditikam dari belakang, diumpat nista..kalau betul tak suka buat undi tidak percaya kenapa nak dengar cakap TUN..bentang kan kesalahan kesilapan Najib terang terangan..bukan pukul cucu sindir menantu..ZAM pun tak payah jadi batu api..bagi syor yang bernas agar kita sama sama meredakan permasalahan yang ada..atau idea yang bagus untuk menyelesaikan masalah..memang orang melayu mudah lupa dan tidak tahu beterima kasih..Najib pun 2 penggal sudah cukup..bergitu juga bakal PM akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "bentang kan kesalahan kesilapan Najib terang terangan"

      Nak terang macamana lagi????
      Dah terang sangat dah
      Yang tak terang ialah jawapan Najib.

      Delete
    2. Nak terang apa lgi...Isu 1mdb, Isu Gst, Konsultan keliling pinggang,Penubuhan makmal apa jadahnya.......Semua tu buang duit...Boros.....

      Satu jer.....Jgn sampai rakyat rasa tertindas dgn kos sara hidup.....Skrg rakyat rasa tertindas dngn dasar2 pentadbiran najib ni....

      Makan kedai mamak Roti Canai n teh tarik pun ada GST.....pegi farmasi GST lg.....Beli barang di pasaraya...tgk resit GST lg.......Semua perbelanjaan harian..nak tak nak mesti ada GST....

      Delete
  19. KHAIRY?? Jangan harap la mamat tuh.. perlu diingatkan statement dia kerana dia ahli kabinet dia kena kena follow.. tun mahathir went and fought tunku abdul rahman bearing in mind he would lose everything and he did it to save malaysia.. org mcm keje lalang.. Sorry KJ is a true DNA asal Umno Tingkat 4 he can never be a statesmen. Buat apa nak harap orang mcm tuh kalau dia berani pun kerana ada something big is to be gain but little to lose.. tuan zam you must admit UMNO has no good leaders anymore because budaya diorg yang x nak kasik orang berkebolehan masuk UMNO. Pakatan has a whole array of young capable people from pakatan to dap.. sadly pas mcm xde.. dulu saya sokong UMNO silap besar btol.. UMNO NEVER AGAIN!!!

    ReplyDelete
  20. Najib pun tak tau cakap bugis

    ReplyDelete
  21. re: "Najib tidak sewajarnya berhohong mengatakan menyokong Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987. Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim, Najib takkan sokong Mahathir."

    "By a lie, a man annihilates his dignity as a man."
    - Professor Immanuel Kant

    And lying against a man of dignity is an act of utter jemuan. And if you synthesize al-Juburi and al-Jemuan together, any good Doctor is bound to get a bad headache!

    ReplyDelete
  22. Marsan Marsolo11 May 2015 at 16:59

    Saya adalah salah seorang yang menyokong BN sejak 40 tahun dulu walaupun saya tidak pernah menjadi ahli UMNO tapi percayalah saya tak akan sokong BN lagi jika Najib terus menjadi PM dan saya percaya ramai lagi rakyat yang tidak menjadi ahli mana-mana parti akan mula menjauhkan diri dari BN selagi Najib disitu...... Jika betul Najib sayangkan BN maka berundurlah

    ReplyDelete
  23. Saya Melayu atas pagar yang masih pro-gomen, tapi menentang pemerintahan Najib. Saya sokong artikel ini.

    ReplyDelete
  24. Pm najib masih berpeluang buat jasa besar kepada negara..letak jawatan

    ReplyDelete
  25. Saya salah seorang penyokong BN, last PRU saya sokong BN. Pada PRU 12 saya tak mengundi BN pasal bengang kat Pak Lah.

    PRU 14, Najib kena turun. Aku tak akan mengundi BN...terang-terang aku cakap....

    Kalau di tanya orang yang berkerja di kedutaan luar negara pasti tahu siapa yang jadi PM Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ada beradik yang kerja dengan kedutaan Malaysia di luar negara. Kalau nak cerita pasai perihal perangai Rosmah masa lawatan diluar negara dengan Najib.. memang aku geleng kepala dengan perangai dua-dua laki bini ni..

      Delete
    2. hahaha... aku percaya. Staff kedutaan pon tertongang tonggek takut Emperor dan si gedebab tak puas hati. kalo ada lawatan dari menteri2 memang sambutan festa bagai nak rak dgn kedutaan2 Msia. Org asing tengok pon ketawa. (komen dgn kami rakyat biasa bkan dgn diplomat) Geli pon ada menyembah jilat takut segan sangat dgn biawak2 elite ni semua. Itu belum citer Duta2 kita lagi lah kalo bangsa India. Aiyo pa, aiyo ma, dia lah maharajah, darah dah tukar biru. Kena layan macam dia superstar. Perasan habis, anak2 depa lagi kurang ajar.

      Delete
  26. saya sayang najib...korang bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elokla tu... sayangla... jgn nnt dia gulongkan kao dalam gulongan bangang dier dah lerrr...

      Delete
  27. Bulan lepas sewaktu menghadhiri majlis perkahwinan anak saudara, kami saudara-mara berbual isu semasa & menyentuh insan bernama Dr. Mahathir. Kebetulan seorang dari kami yg masih diguna pakai oleh pihak KTM untuk menyelenggarakan khidmat kereta api di Jeddah & Medinah sewaktu musim haji memberitahu nama Mahathir amat dikenali & dihormati oleh penduduk tempatan di sana dan juga tetamu2 Allah dari setiap pelusuk dunia. Di sana bila mereka ketahui kita dari Malaysia, pasti mereka akan sebut nama Mahathir walaupun Dr. Mahathir dah lama berhenti dari jawatan PM. Seolah-olah sinonim sekali Malaysia Itu Mahathir atau sebaliknya. Nama2 gah seperti Anwar, Hadi Awang, Nik Aziz, Abdullah Badawi maupun Najib Abd Razak, langsung tak dikenali oleh mereka. Itulah barakah yg dikurniakan Illahi kpd Negarawan Terulung kita.

    Apapun Dr. Mahathir sebagai insan tidak dapat lari dari kekhilafan tapi bukan kesalahan selama 22 tahun pemerintahannya. Beliau memimpin & bukan dipimpin. Beliau meletak nama Malaysia di PETA dunia. Langkahnya mempercepatkan waktu (1/2 jam) diterima pakai & diiktirafkan pihak Maritim dunia, termasuk kiasu Spore. Beliau sentiasa jadi buruan pemberita Akbar & media tempatan dan dunia luar. Beliau Pemikir hebat dan ucapannya sentiasa jadi headlines atau tajuk berita seluruh jagat. Kehebatan serta keberaniannya cukup menyerlah ketika diwawancara dalam Hardtalk oleh pihak BBC berhubung kezaliman Zionist yahudi terhadap Palestin, matawang antarabangsa, serangan PBB ke atas Iraq, lagak USA menjadi polis antarabangsa dll. Hingga ke saat ini pun walau telah tidak pegang jawatan PM & dah lanjut usia, beliau masih diiktiraf seluruh dunia & sering dijemput memberi ucapan forum di persada antarabangsa.

    Namun masih ada insan2 seagama & sebangsa yg terus menghina serta mengecam Negarawan Terulung ini.

    ReplyDelete
  28. Sudah lah Najib..

    Inilah padahnya kalau PM nak jugak jadi Menteri Kewangan. Pak Lah dah kena badi RM ..skang Najib pulak..

    Gelap mata kan tengok duit banyak?

    ReplyDelete
  29. Zamm... najib cari ko.... nak lantik jd ketua penerangan umno...

    Ko nak kaa.... zamm...

    Siann ko meroyan x dak kija....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko nih yang gatal buah keduak kau apa hal lak eh? Zam nih aku rasa pencen dia pun boleh kasi makan cucu-cicit lagi, kau ada? Tak ada faedah kamu sindir-sindir, guna critical mind kamu setuju atau tidak luah kan lah, boleh debat, senang jer apa!

      Pasal article nih aku balik baca blog ZAMKATA.

      Delete
    2. PAS dan PKR adalah kafir.

      Delete
  30. TSZ,
    Bolehkah kesudahan episode ini, walau macam mana pun bentuk ceritanya, nokhtah atau penutup cerita boleh di garap, "... and they (the Malays) live happily ever after..."?

    ReplyDelete
  31. Saya bersukur kepada Allah yang memberikan kesihatan kepada saya sehingga sekarang.Umur dah lebih 70 tahun. Masih boleh menulis sambil makan pencen. cukuplah.Nak duk cari kedudukan lagi maka saya termasuklah dalam gulongan manusia yang tidak pernah bersukur. Ada orang yang meanggap saya demikian tetapi mereka tidak kenal saya dan hanya kenal dari jauh.

    Kalau saya nak kerja,saya dah minta awal awal lagi setelah bersara dari Najib atau dari Pak Lah dan Pak Lah memang ada menawarkan suatu jawatan pada saya setelah saya kalah di Sungai Petani dan disetuji oleh Najib tetapi saya menolak kerana ada anggapan mengatakan saya melobi.Berita ini ada diterbitkan di Star dan Utusan lama dahulu

    Saya bersukur hal ini tidak terjadi kerana sepanjang hidup saya sebagai orang suratkhabar, tidak ada masa dengan anak-anak semasa mereka kecil dan sekarang saya gembira dapat bersama cucu-cucu setiap hari disamping dapat menulis.

    Sokongan saya kepada Mahathir kerana saya percaya padanya tetapi sokongan ini bukan membuta tuli malah saya pernah mengkertiknya di zaman Pak Lah dan juga semasa dia menjadi Perdana Menteri walaupun duduk dibawahnya. Saya katakan bahawa kesilapannya yang paling besar ialah membawa Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan juga turut menyumbang pada kekalahan BN pada tahun 2008.

    Dia menerima teguran saya ini dan itulah sebabnya dia kata "Zam kawan saya tetapi kawan yang ada kalannya menyusahkan." Nanti bacalah buku terbaru saya yang sedang dalam proses percetakan" Mahathir Bukan Kawan Saya". dan " Saya Bukan Menteri"

    Ada orang yang menulis menghentam saya kerana hendak membela Najib tetapi jika tulis macam ulak ayak tepi jalan buat malu Najib sahaja.Inikah taraf pembela-pembela Najib.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan di layan orang orang pro-lambung Najib, tak rugi pun. Dah terbukti ramai yang di keliling Najib are "...thinking from the Heart of their Bottom, period!"

      Nak dia bodohkan rakyat nampak lagi bodoh sendiri, Najib Najib.

      Delete
  32. salam,
    memang ahjibgor berbohong bab sokongan yang 50% kepada tdm. fakta yang disembunyikan. faktanya, hampir 90% bahagian umno mencalonkan tdm sebagai presiden dan ghaffar sebagai timbalan. tetapi para pewakilan tidak membawa hasrat bahagian ini ke peti undi. sebab itu lah setiap percalonan dari bahagian akan mendapat 10 undi kerana membawa undi bahagian. tujuan untuk elak pewakilan dirasuah dan minta rasuah. ahjibgor hanya umumkan sokongan disaat akhir sebelum pau. bermasalah ke, kalu ada yang menentang presiden. hanya yang berani sahaja akan melawan. harap penyokong umno yang muda mencari maklumat dan jangan la tertipu dengan maklumat sebelah pihak. fikir dan fikir, itulah cara umno yang sejati.

    ReplyDelete
  33. Penyokong tegar UMNO, akan pangkah BN siapa pun presiden UMNO, tp bg pengundi atas pagar yg pro BN, yg dah hilang kepercayaan pd BN, berisiko sekali menybbkan BN hilang kuasa slps PRU14.
    Walaupun mungkin beliau dpt bertahan dlm UMNO, berisiko sekali utk beliau terus menerajui BN utk menghadapi PRU14.

    ReplyDelete
  34. Wang bukan segalanya..tetapi segalanya bagi najib adalah wang..dengan wang juga bangsa dan negara akan binasa. najib mungkin sebenarnya telah terjebak dengan pengaruh asing dalam mempopularkan dirinya sendiri menandingi anwar. walaupun kita sedia maklum bahawa penasihat mereka berdua adalah terdiri dari orang yang sama dan ingin sekali melihat pembangunan negara ini hancur musnah..
    Bukan sekarang malah sejak sebelum pru13 lagi, orang melayu berasa curiga dengan tindak tanduk najib. apa yang pembangkang kata ..najib dengan pantas kotakan. seolah najib bukanlah presiden umno, maruah melayu dihanyutkan begitu mudah sekali. najib mungkin berhasrat mengikut penasihat untuk menggantikan BN yang kian lesu dengan parti 1M sekiranya menang besar pru13 dulu. oleh itu, nama BN dan umno dengan sendirinya ditenggelamkan dalam kekalutan pru13.
    Malangnya, selain dari gagal mencapai 2/3 kerusi dalam pru13, hasrat untuk menggantikan dengan parti 1m juga tidak kesampaian.
    najib patut bersyukur kerana jawatan presiden yang disandangnya sekarang adalah lantikan ahli mkt dan bukannya kehendak dan sokongan seluruh ahli umno malaysia.
    selayaknya najib patut berundur secara terhormat atau bertarung sebagai pahlawan dengan mengadakan pemilihan agong umno pada bulan ogos nanti. sedarlah bahawa ahli umno dan rakyat malaysia lebih mementingkan agama bangsa dan negara melebih dari diri dato seri dan para penulis teks ucapan. harimau mati tinggalkan belang..dato seri berundur tinggalkan hutang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib adalah penganjur kaum materialis liberalisme - bagaimana dia dapat memimpin rakyat Melayu mukmin al-wassatiyah?

      Delete
  35. Tun M pergi tunaikan Umrah...
    Umrah Ditunaikan di Mekah..
    Sampai di Mekah tujuannya ibadah....
    Segan hamba nak sumpah seranah..!!

    Mohon bicara di blog Zamkata..
    Sementara Tun ada di sana...
    TanSri Zainuddin, mencelahlah hamba....
    Sambil berpantun, izin dipinta....


    ReplyDelete
  36. Bagus la...Buka pekong di dada...Melayu mudah lupa tapi kau dan mahathir bukan melayu tapi mudah lupa gak...lupa diri kerana nafsu dan kepetingan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpa klu lupa diri sbb cari kbenaran dan perihatin nasib bangsa dan negara
      tp klu dh nmpak pemimpin dan menteri bangang buat keja bodoh tp nk sokong gak..tu buta perut.unta padang pasir pun x bodoh mcm hang.kaldai.

      Delete
  37. nor ishak ismail12 May 2015 at 08:40

    Pagi ni 12 Mei di TV3 kelihatan Najib mendabik dada dan menongkah dagu seraya tersenyum ceria mengatakan seluruh pewakilan menyokongnya, termasuklah timbalannya sekali.....untuk memastikan beliau senang dan selesa diatas.....dia dan timbalannya akan kerap berhubung dari hati ke hati selepas ini.

    Ini telah membuktikan sekali lagi kata-kata Pak Zam bahawa Mahyuddin Khairy hanya nampak tegang diluar (apabila jauh) tapi kecut didalam.....mungkin lain macam bunyinya.....pada saya penawar untuk mereka yang kecut semasa didalam (atau berdekatan) adalah dengan memadamkan lampu.....itulah mungkin kadang-kadang jadi telur lebih baik sebab sentiasa jujur diluar.

    ReplyDelete
  38. Zam, what is your comment on what happened yesterday ? It was totally opposite of all that was predicted to happen including this source that told you the stories. By the way, I have no doubt about your sources but didn't they just "buat malu" since nothing like that happened ? Or did something indeed happen that was not reported ? But if not, then were you taken for a ride with the intention to be disgraced ? I hope not. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak terkejut dengan keputusan menyokong Najib dalam MKT UMNO semalam. Ini memang telah dijangkakan. Tidak pernah dalam sejarah ,mesyuarat MKT UMNO memecat presiden tetapi berasaskan kepada ucapan Najib maka perbincangan secara terus terang dan jujur telah berlaku. Mesej yang keras telah sampai kepadanya. Itulah cabaran dari tulisan saya.
      Beliau telah menerima mesej yang jelas tentang langkah tegas yang perlu diambilnya jika mahu mengekalkan kedudukannya dan kesetiaan yang diulangi kepadanya semalam.Something did happen.

      Tidaklah benar bahawa tulisan saya bertujuan untuk memecahbelahkan parti sebaliknya telah mengeratkan lagi semangat perpaduan dan kesetiaan yang disampaikan sendiri kepada kepada Najib..

      Delete
    2. Well Zam thank you for clarifying and if that is what happened then well and good. But judging from history, can a person who has come to this extent change ? We shall wait and see. although I am as doubtful as other people.

      Delete
  39. Saya setuju dengan TS Zam. Sepatutnya Najib tidak ungkit mengenai keturunannya. Amat bertentangan sekali dengan prinsip 1Malaysia yang sepatutnya tidak menghiraukan asal-keturunan sesaorang.
    Mana pergi 27 Billion pun tak dapat dijelaskan. Sudah pasti keturunan Bugis akan mendapat malu.

    "Bangang manakah yang menasihati Najib untuk menjaja dirinya sebagai keturunan Bugis di sana sini?"

    Betul kata Dr.M . Najib sudah terlalu 'rapat' dengan Barat. Beliau ahli Fan-Club MU. Amat teruja tengok EPL. Langsong tiada perasaan malu, sebagai seorang pemimpin sebuah negara bekas-jajahan Omputih, siap berjersi dan berselempang, terkinja-kinja bila MU menjaringkan gol. Apa yang dibanggakan pun saya tak faham. Dah jadi Anglophile kot?

    Penasihat pun guna Omputih. Boleh percaya ke? Nak bela Melayu macam mana, jika ikut nasihat omputih.

    Banyak rhetoric, anak bangsawan ni. Langsung tak boleh percaya, apa yang keluar dari mulutnya.

    ReplyDelete
  40. saya kini memandang umno dgn penuh hina. apa parti keramat org melayu ? tiada seorang pn yg boleh diharap. saya benar2 hampa dgn muhidin.

    parti keramat ? ptui !!

    semoga isma naik menjadi parti keramat org melayu. percayalah bkn saya sahaja yg berfikiran sedemikian.

    sebagai rakyat marhaen, saya jamin selepas ini akan berlaku tsunami melayu. pm dan mereka di dalam umno boleh terus berpura2 dan menjadi pengkhianat bangsa.

    ReplyDelete
  41. bangang manakah yang mengajar Bugis ini. Kah kah kah, terbaik Tan Sri

    ReplyDelete
  42. Jgn dengar sngt mamak madey dei...nih ...dari dulu smpi skrng tk abes2 tk suka org....cam dia seorang jek yg betul.....porah...dei.....melaka jatuh ditangan portugis disebabkan oleh mamak bendahara asal dari benua keling....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMASA PEMERINTAHAN MAMAK TUNMAHATHIR SELAMA 22 THN TELAH MEMBAWA KEJAYAAN KAUM MELAYU & ISLAM KEPESADAAN DUNIA.TERIMA KASEH TUNMAHATHIR

      Delete