Saturday, 9 May 2015

1MDB: NASIB BAIK MAHATHIR BELUM MATI

TERKINI:
UMNO PERLIS DESAK UBAH PIMPINAN(LIHAT BERITA DI BAWAH)

KOMEN:
PENDEPOSIT TIDAK SERONOK MACAM NAJIB SERONOK UNTUNG BERJUTA

Disamping menapikan bahawa pembelian tanah 1MBD bukan bailout,Najib menyatakan di Sabah bahawa Tabung Haji akan membuat keuntungan berjuta ringgit kerana menjual semula tanah itu.

Amat jelas kepada rakyat  bukan sahaja anggota Lembaga Pengarah Tabung Haji  dan pengerusinya  tidak memahami senstiviti pencarum  malah Najib sendiri sebagai Perdana Menteri tidak dapat menghayati hasrat mereka.


Tarikan  utama pencarum  atau pendeposit TH bukanlah keuntungan tetapi jaminan kemurniaan  dan keselamatan abadi wang mereka seperti tidak terlibat dengan firma pelaburan  tidak berintegriti yang tercemar namanya dengan hutang berbillion dan ada sentuhan tangan najis hartawan penyangak.


Pencarum tidak seronok macam  Najib  seronok  kerana sudah membilang  keuntungan yang ditaksirkan  berjuta walaupun belum selesai urusan jualannya. Kerana Najib awal -awal lagi seronok mengira keuntungan berbillion lah maka sekarang 1MDB hilang  berbilion. TAN MELAKA 


Orang kampong miskin10 May 2015 at 16:09
ZAM, saya telah menabung dalam TH hampir 15 tahun secara berdikit dikit bukan untuk mencari keuntungan dari dividen dan bonus kerana pelaburan perniagaan yang dibuat olih TH tetapi untuk menunaikan haji bila sampai waktunya. Pegawai TH bolih check akaun saya dan mendapati setiap tahun semua dividen+bonus saya keluarkan untuk disedekahkan ke rumah anak anak yatim. Saya tidak memerlukan dividen dan bonus dari TH. Saya bukan menyimpan untuk pelaburan perniagaan tetapi saya menyimpan untuk pelaburan akhirat saya. Perkara ini yang perlu diberi perhatian olih pihak TH dan bukan perkara perkara 1MDB atau arahan siNajib!
ReplyDelete

1MDB: NASIB BAIK MAHATHIR BELUM MATI

Sesiapa juga yang tidak buta akal akan dapat membaca bahawa nasihat( arahan?) Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya Lembaga Tabung Haji (TH) menjual semula tanah  yang dibelinya dari 1MDB dengan harga RM188,5 juta telah  dibuat dalam keadaan panik.

Suatu keputusan yang dibuat dengan gopah gapah dan terburu buru kerana panik  tidak mencerminkan kematangan pertimbangan dan menampakan kelemahan pimpinan.

Datuk Seri Najib tentunya mengharapkan tindak balas positif dari rakyat atas keputusannya itu tetapi hakikat sebenarnya telah menghilangkan rasa hormat rakyat dan  menjatuhkan maruah kerajaan.

Alasan diberikan oleh Pengerusi TH,  Datuk  Seri Abdul Azeez bahawa  keputusan itu dibuat  kerana menghormati sensitiviti  pendeposit. Aritnya Lembaga TH tidak senstif terhadap perasaan pendeposit sebelum pekara ini  terdedah secara haram.Sensitif kerana telah  terdedah dan bukan kerana penghayatan sebati  terhadap amanah pencarum.

Penjualan kembali  dalam keadaan panik ini  jelas memperkuatkan  lagi  anggapan ramai selama ini tentang kepimpinan Datuk Seri Naib yang flip-flop dan kesilapan dalam   membuat beberapa keputusan penting mengenai rakyat  dan negara seperti penghapusan  ISA dan pembatalan hasrat untuk hapuskan  Akta Hasutan

Dalam keadaan kes 1MDB masih dalam siasatan, pendedahan mengenai pembelian tanah 1MDB oleh TH  menyebabkan  rakyat  melihat kebenaran dalam tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir  mempersoalkan masalaah kecurangan dalam pengurusan   kewangan  1MBD  termasuk hutang berbilion yang tidak dapat dibayar walaupun mereka tidak faham.

Penapaian bahawa pembelian tanah dari IMDB itu bukan sebagai langkah penyelamatan (bailout) sukar untuk diterima oleh rakyat kerana rakyat  sekarang beranggapan  bahawa pembelian itu cuba disembunyikan dari mereka.

Rakyat sekarang memperhetongkan pendedahan secara haram yang dilakukan oleh sebuah blog telah menyelamatkan wang simpanan mereka dalam Tabung Haji.

Ramai yang "termuntah" apabila  Pengerusi TH Datuk Seri Abdul  Azeez mengatakan di TV3 malam ini bahawa penjualan semula  tanah yang dibeli dari 1MDB itu  adalah untuk menghentikan fitnah  dari terus berlaku. Apakah Tun Mahathir telah melakukan fitnah atau  Tun Mahathir telah menjalankan  perentah Allah untuk mengatakan sesuatu yang benar walaupun pahit?.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib sedang menghadapi  tekanan dari rakyat  bawahan  hingga ke Istana, dari pemimpin pemimpin UMNO; Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin , Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, naib-naib presiden UMNO dan lain lain lagi mengenai 1MDB yang Najib  adalah penasihatnya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah membantah GST dengan mensifatkan arahan perlaksanaan cukai itu terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal.

Mulanya Tun Mahathir dianggap sebagai jahat dan khianat dalam pendedahan ketempangan 1MDB tetapi bila disertai oleh pemimpin pemimpin UMNO sendiri maka beliau tidak lagi kesaorangan. Kebangkitan rakyat telah  menegakan kebenaran Tun Mahathir yang menyebabkan ramai bertanya : Bagaimanakah jika Mahathir telah mati lama dahulu?  Siapakah yang akan mendedahkan pekong 1MDB. Siapakah yang akan berani menjuarai isu ini?


Ramai yang menyatakan kepada saya,  nasib baik Mahathir masih hidup.

Marilah kita berdoa agar Allah terus memberikan kesihatan kepadanya dan memanjangkan  usianya,tidak sahaja untuk melihat Najib dalam keadaan panik tetapi sehingga dapat melihat negara ini berada di bawah  pimpinan yang dapat memulehkan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.

Rakyat sedang menungu suatu ucapan penting Presiden UMNO  Datuk Seri Najib sempena ulangtahun UMNO ke 69 Isnin ini tetapi pastinya  bukan mengenai perletakan jawatan sebaliknya seruan kepada seluruh  pemimpin UMNO supaya mengekalkan perpaduan  untuk membantu  beliau menghadapi cabaran yang  lebih besar.

UMNO PERLIS TUNTUT PERUBAHAN PIMPINAN DEMI NEGARA.   


Nation

Published: Sunday May 10, 2015 MYT 10:53:00 PM
Updated: Sunday May 10, 2015 MYT 11:15:31 PM

Shahidan wants change of leaders in nation’s interest

Datuk Seri Shahidan Kassim - File pix
Datuk Seri Shahidan Kassim - File pix
KANGAR: The Perlis Umno liaison committee wants drastic changes to be made involving the position of several government leaders and chief executive officers (CEO) of government-linked companies (GLCs), in the interest of the nation. 
Its chairman Datuk Seri Shahidan Kassim said it was crucial that such action be studied and implemented quickly following controversial issues which had attracted the attention of the people. 
"The 1MDB and the Goods and Sales Tax (GST) were not appropriately explained, causing the people to question the credibility of the government, and the latest, the issue of purchase of land by a subsidiary of Tabung Haji has surfaced. 
"This matter should not be allowed to drag on. It is time the government take appropriate action to bring back the trust and confidence of the people," he told reporters after chairing a state Umno liaison committee meeting here on Sunday. 
Shahidan said the people were the priority of the government, but when those who were depended upon did not perform their duties with trustworthiness and efficiency, they should be replaced. 
"I plan to meet Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak tomorrow (Monday) to submit the proposal of Perlis Umno, including studying and re-evaluating the achievements and effectiveness of certain leaders," he said. 
Shahidan, who is also Minister in the Prime Minister's Department, said other than changes in the line-up of leaders, a new approach on settling the controversial issues must be carried out to ease speculation. 
"Leaders must be well-versed in giving explanation especially on questions raised by the people. 
"Weaknesses in tackling the matter will only invite more rumours and the chance of the Opposition to add to the government's problems," he added. - STAR -BERNAMA










34 comments:

  1. Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak barangkali terlalu awal maju kehadapan untuk menolak dakwaan bahawa pembelian tanah 1MBD sebagai oleh TH bukan bailout. Apakah boleh diharapkan bayaran balik dari1MDB yang sedang dalam keadaan bengkrup?
    Barangkali beliau salah langkah ujtuk mempertahankan Datuk Seri Najib yang sedang dalam keadaan panik.Beliau lebih baik terjun dahulu sebelum kapal karam.

    Bahawa Najib menasihkatkan supaya Tabung Haji menjual balik tanah itu adalah menunjukan beliau telah membuat keputusan yang salah.
    Saya mahu UMNO Sabah terus mendukong UMNO tetapi jika kita menyokong pimpinan yang lemah tidak akan dapat memperkuatkan UMNO dan kelemahannya akan melibatkan UMNO Sabah..

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah rasa ragu dgn kecintaan ayahanda tun pd nusa dan bangsanya...livin legand...

    ReplyDelete
  3. A-li'Imraan 3:76
    Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

    ReplyDelete
  4. Norfahana Batu Cave10 May 2015 at 06:33

    Terima Kasih kepada blog yang telah melakukan kerja haram mendedahkan pembelian sulit TH dari firma yang tidak berkredibiliti dan telah menyelamatkan berjuta ringgit wang umat Islam yang bersih yang dikumpul bertahun-tahun untuk ke tanah suci.

    Tindakan berani yang akan menerima akibatnya kelak adalah suatu tindakan simpati terhadap usaha gigih Tun Dr. Mahathir untuk membuktikan kebenarannya dalam mendedahkan pengurusan 1MDB yang akan membawa malapetaka kepada negara,menghilangkan keyakinan luar,menjatuhkan harga ringgit dan mencemarkan nama negara.

    Rakyat akan menyanjung tinggi bloger yang akan menerima hukuman dan juga pegawai TH yang berniat tetapi salah dari segi undang-undang negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg yg mendedahkan kerja2 haram akan disiasat, yg buat kerja haram mungkin terlepas......

      Delete
  5. I am in agreement to allow tbh to bailout 1MDB coz at least it only involved selected group of rakyat. The reality of the matter is 1MDB financial position is untenable as it just does not have the cashflow to sustain the business. Those of us who know how to run a business will know that you either find someone to inject capital (eg IPO) or get bank to loan you money, which neither options are available to 1MDB. So, bailout from other GLC is the only option available to Najib. I hope they will call other GLCs such as KWAP, or sime Darby next, as most of rakyat are not directly affected. Just stay away from EPF.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah dan syukur kerana Tun M masih diberikan kesihatan untuk membantu rakyat malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik dan mengawal ketidak cekapan pemimpin2 di Malaysia ini..Marilah kita bersama sama berdiri dan membantu Tun dalan perjuangan ini

    ReplyDelete
  7. Sekarang rakyat nampak dengan jelas pemimpin -pemimpin tertinggi UMNO sedang bersaing untuk menjadi suara rakyat menuntut supaya kepincangan pengurusan 1MDB didedahkan.Langkah yang didahului oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin diikuti oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

    Pak turut yang takut ketinggalan dalam usaha merebut jawatan menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri ialah Hishamuddin Hussein Onn yang mahukan audit forensik dilakukan oleh firma audit antarabangsa terhadap 1MDB.

    Jelas sekarang semua mereka tidak percaya kepada penjelasan yang cuba dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib di TV3 baru baru ini.

    Kenapakah mereka tidak mendahuli Tun Mahathir dalam menjuarai pendedahan skandal yang melibatkan berbiliion ringgit ini.?

    Bukan sahaja Najib yang harus meletakan jawatan tetapi seluruh kabinet kerana terlibat dalam satu konspirasi untuk menutop pekong.

    ReplyDelete
  8. Apa yang rakyat khautiri mengenai krisis1MDB sudah pun terjadi. Pendedahan kali ini tentang aktiviti Tabong Haji membeli sebidang tanah dan kemudiannya menjualnya 1MDB dalam tempoh singkat hanya mencerminkan sifat2 yang menjengkelkan dari seorang pengerusi TH. Eloklah Pengerusi TH meletakkan jawatan tersebut dengan sertamerta tanpa syarat . Ini sekurang kurangnya dapat menampal kebocoran maruah pendeposit2 Tabong Haji . Apa sudah jadi dengan slogan "Kepimpinan Melalui Teladan" dan " Bersih Cekap Dan Amanah" ?

    ReplyDelete
  9. Tan Sri ,

    Membaca tulisan TS kali ini saya dapat rumuskan begini :

    ,1. Allah menjadikan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya tidak sesia - dicatatkan dalam al quran.

    2. Maka itu tidak sesialah Allah wujudkan dan panjangkan usia Dr Mahathir . Allah maha tahu . Maka itu Allah tahu apa jadi kepada umat Islam di Malaysia.

    3.Allah maha berkuasa lagi maha perkasa lalu Allah gerakkan hati Dr Mahathir untuk mendedahkan satu gerakan untuk llmenghancurkan kehidupan umat Islam lalu Allah mengilhamkan kepada Dr Mahathir untuk menulisnya .

    4. Allah maha adil lagi maha bijaksana lantas Allah masukkan ke dalam hati mereka yang suka berdolak dalih dan tipu helah terhadap umat Islam akan perasaan gusar dan panik .

    Maka itu sebagai orang beriman kepada Allah , Rasulullah dan hari pembalasan takutlah Allah sebenar takut. Jagalah harta dan wang umat Islam yang diamanahkan untuk menjaga nya . Jika ada pada anggapan kita mereka tak tahu apa yang kita lakukan tapi Alhamdulillah amat mengetahuinya.

    5. Peringatan ini untuk kita semua termasuk diri saya sendiri. Jika Allah kehendaki bila bila masa sahaja Allah mampu melakukan apa yang kita tak ingini berlaku ke atas kita. Sekiranya Allah boleh lakukan kepada umat terdahulu seperti firaun , qarun dan sebagainya tidak mustahil bagi Allah untuk dilakukan ke atas kita. Wa nauzubillah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun tua dan dianggap nyanyuk, tapi Tun masih waras utk bersuara. Walaupun berlainan agama, sy sgt bersyukur Tuhan masih memelihara kesihatan. Sy doakan Tuhan terus memanjangkan usia beliau

      Delete
  10. nor ishak ismail10 May 2015 at 10:45

    Beli dan tetiba jual semula, maka selesailah masalah, maka terpeliharalah sensiviti dan hak Melayu setelah basah-kuyup dikencing. Pada saya proses ini macam pemancing tukar umpan.....setelah umpan cacing tak dimakan ikan, maka umpan perlu ditukar pada umpan lain supaya ikan tak boleh kesan bahawa itu adalah umpan.

    Beli dan jual semula ini tak menyelesaikan apa-apa. Persoalannya tanah ini dijual pada siapa.....pada Ringo Wong Ah Chai ke? Bila duit boleh dapat kembali.....Jual pada Si Ringo ni kepentingan Melayu terpelihara tak.....Bagaimana dengan cukai "Property Gain".....dan kita kena faham bahawa tanah ini kegunaannya adalah untuk "Pusat Dagangan Bumiputera" jadi yang tiap tahun kita memekik "hidup Melayu", "Ketuanan Melayu", "Jangan sentuh hak Melayu" apa bendanya.

    Tanah ini dibeli oleh TH secara sembunyi hanya diketahui secara haram, Mengapakah simpanan rakyat ini dilaburkan secara sembunyi.. Mengapakah setiap perkara yang ada kaitannya dengan Melayu perlu dikencing sehingga basah-kuyup. Perkara-perkara seperti ini perlu dihentikan segera. Azeez dan Ismee jika di Jepun atau Korea dah lama kena terajang keluar. Di China mungkin dihukum bunuh. Maka Azeez dan Ismee ini perlu di nyah daripada TH dengan segera, kita tak perlu musang yang jaga reban ayam. Azeez dan Ismee perlu di penjara jika tersabit kesalahannya. Kita perlu memberitahu generasi akan datang bahawa kesalahan rasuah, pecah amanah dan kencing bangsa sendiri adalah salah malah lebih berat kesalahannya daripada curi telur atau curi motor. Sebab di Malaysia ini jika curi telur atau motor biasanya akan dipenjara silap-silap kena potong tangan.

    Saya juga sedang menuggu apa fatwa atau pandangan agamawan tentang pecah amanah atau kencing bangsa sendiri ini. Tak kan diam je.

    ReplyDelete
  11. Sorry., Dalam berita semalam tidak silap ' PM sebut Kabinet bukan RUBBER STAMP'' Jadi mengapa selama ini semua Datuk Datuk dama KABINET termasuk PM, VO Umno semua diam sedangan mereka AHLI KABINET dalam kumpulan RUBBER STAMP itu. Mengapa PM rasie that Cabinet are not meely RUBBER STAMPERS? Satu komen untuk Menteri Dalam Negeri on the DUKE accident. ''Menteri Dalam Negeri ... Ini soal nyawa, 'orang dalam' pun akan diambil tindakan - Zahid Hamidi. Maka Cabinet rubber stamp mengakui ada 'kes kes orang dalam' dan selama menjadi Menteri pekara orang dalam ni pun tak boleh solved?? aparah! Jadi bagamanai masalah GST nak selesai. GST is good tapi masalahnya perlaksanaan nya . Logik k pi kedai mamak makan teh tarik roti canai kena bayar GST? Prepaid top up jadi MAHARAJA LAWAK TERBAIK 2015!

    ReplyDelete
  12. Ini semua terjadi kerana cina Penang tu rembat duit negara.DAP yang untung.Duit itu digunakan mereka untuk menjatuhkan Melayu.PAS dan PKR membantu agenda kafir ini dengan sepenuh jiwa raga.UMNO tidak izinkan benda ini berlaku,tetapi orang Bugis itu dengan kuasanya sebagai PM merubah segalanya.Lagu Fauziah Latiff "Kau Merubah Segalanya" sesuai untuk orang Bugis ini.Perbezaan antara penyokong PAS/PKR dan UMNO ialah penyokong PAS tetap menyokong pemimpin yang bodoh-bodoh,PKR pula dengan Liwat Tetap Liwat,manakala ahli politik UMNO pula menolak pemimpin bijak.Jadi 2x5 dan 5x2,inilah masalah Melayu.Namun walau bagaimana pun dalam UMNO presidennya yang mengarut tetap akan jatuh.Sedangkan dalam PAS pemimpinnya lagi mengarut lagi hebat jadinya,begitu juga dengan PKR.Dengan amanat yang sesat lagi menyesatkan itu Presiden PAS kekal selamanya di singgahsana dan dipuja bagai wali.Wali ini membawa semua pengikutnya menyokong seorang peliwat yang juga ingin merubah segalanya demi agenda DAP.Untuk bangsa Melayu menjadi berjaya dan hebat,semua mereka ini wajib dimusnahkan sama sekali.

    ReplyDelete
  13. orang kampong miskin10 May 2015 at 16:09

    ZAM, saya telah menabung dalam TH hampir 15 tahun secara berdikit dikit bukan untuk mencari keuntungan dari dividen dan bonus kerana pelaburan perniagaan yang dibuat olih TH tetapi untuk menunaikan haji bila sampai waktunya. Pegawai TH bolih check akaun saya dan mendapati setiap tahun semua dividen+bonus saya keluarkan untuk disedekahkan ke rumah anak anak yatim. Saya tidak memerlukan dividen dan bonus dari TH. Saya bukan menyimpan untuk pelaburan perniagaan tetapi saya menyimpan untuk pelaburan akhirat saya. Perkara ini yang perlu diberi perhatian olih pihak TH dan bukan perkara perkara 1MDB atau arahan siNajib!

    ReplyDelete
  14. Bet you...the Bugis Guy wished he was dead!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before he pass away he can go play games with Jho Low in Sungai Buloh playground

      Delete
  15. 1MDB perlu kembalikan wang tabung haji dan batalkan jual beli itu ... kenapa najib suruh jual ? Pemain-pemain kayu tiga dlm tabung haji disingkir serta merta. .... dan kita bersyukor ada orang dlm yang bocor perkara ini .... kalau tidak ........ ?????

    ReplyDelete
  16. Bukan kah yang lebih dulu mendedahkan kebusukan 1MDB ini adalah pimpinan Pakatan Rakyat spt Tony Phua, Rafizi Ramli dan Dr Zulkifli?. Tun Mahathir cuma dapat menghidu kebusukan 1MDB setelah Pakatan Rakyat berjaya membocor "nyiru" yang menutupi bangkai 1MDB ini?. Kalau tidak kerana bola lambung yang diumpan Pakatan Rakyat, tak mungkin Tun M bersedia membuat libasan maut.

    Tapi Tuan Zam cuma memberi kredit kepada Tun M dan tidak pula kepada Pakatan Rakyat. No wonder lah kenapa ramai orang beranggapan Tuan Zam dan Tun M, Tok Kadir dan sekerat dua lagi adalah dalam satu kapal. Cara Tuan Zam menulis pun menamakkan perkara ini. Kalau betul Tuan Zam ini profesional dan bukan dacing yang berat sebelah, fair enough lah kalau mahu memberi kredit.

    Ya tak gitu Tuan Zam. Kalau Tuan Zam fair enough, dah tentu tak kecundang di SP kan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Man Banun Sg Petani.10 May 2015 at 21:08

      Orang tak pedulikan komen Pakatan Rakyat kerana berketuakan kaki main pungkok.Maka kerana itu Zam dan Kadir membuat komen berasaskan orang yang berintegriti.

      Zam kalah di Sg Petani kerana dipindahkan dari Merbok dua hari sebelum penamaan calun,tetapi kalau dia bertanding di Merbok dia pasti menang.

      Tak usahlah merepek kerana fanatik kepada kaki jubok.

      Delete
    2. Awt kalau satu kapai.hang apa peduli

      Delete
    3. Ko tak payah susah2 nak bodek Pakatan yg ketua kaki liwat dan Cina rasis Dap diblog ni.

      Zam komen yg benar....kalau ko nak sokong PR....ko pergi blog lain lah bahlul.

      Delete
  17. Kalau di Malaysia macam disini(Indonesia)boleh demo besaran,sayalah orang yang akan memimpin demo untuk mendesak agar diperbetulkan mana yg tak betul.Saya sayangkan Ibu pertiwi lebih dari segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Lurah Bantul11 May 2015 at 11:45

      RIGHT. Butikan la Malindo! Jangan dok berkokok dari seberang aja. Saya pun hampir 25 tahun berkerja/berniaga di Indo. Tapi tak perlu untuk membandingkan dua negara yang berbeza sistem pemerintahan nya.
      Lain Padang Lain Belalang. Semua orang faham hal ni. Cuma Malindo yang cuba nak bernostaliga.

      Delete
  18. Tan Sri,

    Terlebih dahulu saya mohon maaf. Saya salah faham tentang konsep tabungan dalam TH oleh pihak berkuasa dan pengurusan amanah pendeposit TH menyebabkan berlakunya apa sesuatu yang tidak kena dan mengguriskan hati pendeposit . Adalah amat jelas pendeposit TH umat Islam yang berniat untuk tunai ibadah haji . Atau dengan lain perkataan mereka adalah orang yang beriman . Maka itu keuntungan yang diharapkan ialah keredhaan Allah , bukan jutaan ringgit . Kalau jutaan ringgit sahaja tanpa keredhaan Allah tidak ada makna. Inilah prinsip nya . Jika mereka yang memegang amanah tidak faham konsep dan prinsip ini susahlah . Tabungan di tempat lain tidak mengapa lah nak kira jutaan ringgit atau billion ringgit . Tapi tabungan dalam TH adalah untuk laksanakan ibadah . Kiraan untung rugi nya bukan di dunia sahaja tapi di akhirat . Pendeposit yang juga kebanyakan nya bakal haji merasa amat bimbang dan resah sekiranya haji nya haji mardud (ditolak )

    ReplyDelete
  19. Osman Muhammad KB10 May 2015 at 22:14

    Bagaimanakah Najib boleh mendakwa rakyat menyokongnya sedangkan undi rakyat kepada BN di Rompin telah menurun tetapi tidak menurun bagi Pas dan Wan Azizah masih dapat mejoriti yang besar di Permatang Pauh.
    .
    Najib tidak mahu menerima ini sebagai tanda penolakan rakyat terhadapnya sebaliknya menunjukan bahawa Mahathir mengekalkan kedududukan dalam parti walaupun sokongan kepadanya kecil tetapi ini harus menyedarkan Najib bahawa sokongan dalam parti tidak melambangkan sokongan rakyat.
    Mahathir membawa BN kepada kemenangan walaupun parti pecah belah kerana rakyat di luar menyokongnya .Tentangan kepadanya dalam parti adalah kerana politik wang dan beliau tidak menyogok ketua-ketua bahagian. Maka itu sokongan yang didapatinya dalam parti adalah sokongan yang padu dari orang yang ikhlas kepadanya dan sanggup mati untuknya..

    Berasaskan kepada senario ini,Najib tidak boleh mengambil iktibar sokongan dalam parti berarti sokongan rakyat kepadanya kerana isu negara ,ekonomi,agama dan maruah bangsa dan isu isterinya sendiri adalah sedang mencabarnya dari dalam dan luar parti.
    Mahathir mendapat sokongan rakyat berbagai kaum i kerana kepimpinannya yang tidak flip-flop ,bervisi,berani,tegas dan inovatif.Apa Najib buat?
    Jika Najib yakin dia akan menang dalam pilihanraya akan datang terserahlah kepadanya tetapi setakat ini sokongan orang Cina pun tidak didapatinya. What he got from them only slogan 1 love you.Jika rakyat membuktikan dalam pilihanraya akan datang "we dont love you " maka beliau akan meninggalkan sejarah sebagai seorang pemimpin Melayu yang menggadaikan negara ini kepada bukan Melayu yang mengkhinati amanah bapanya.
    Biarlah kita lihat samaada Bugis menghancrukan Melayu atau mamak menyelamatkan maruah Melayu.
    Buat sementara ini seluruh orang Melayu mesti ingat dan simpan didada ada orang yang meanggap keturunan bugis lebih besar dari keturunan Melayu Semenanjung Tanah Melayu. Maka itu dia tidak peduli apa akan terjadi kepada Melayu .

    ReplyDelete
  20. Ni dah jadi macam zaman Pak Lah balik ni. Jangan sampai Najib dimalukan UMNO. Lebih baik letak jawatan sukarela.

    ReplyDelete
  21. pahlawan apa?? selangor pun kencundang ..parokkk

    ReplyDelete
  22. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda: “Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal kecil (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. “

    ReplyDelete
  23. 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa bin Maryam).

    ReplyDelete
  24. Elok Najib bawa Shahidan sekali naik kapal dia.

    ReplyDelete
  25. siapa yang anda sokong?najib atau Tun?mari kita undi online

    http://rollmyapp.com/mahathirvsnajib

    ReplyDelete