Sunday, 26 April 2015

TSUNAMI CINA AKAN BERTRUKAR MENJADI TSUNAMI MELAYU.

SUSAHLAH KALAU PEGAWAI JASA PUN TAK FAHAM.

Seorang pegawai JASA mendakwa saya meramalkan Tsunami Melayu akan berlaku pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan juga Rompin (lihat Malaysian Insider) . Susahlah kalau pegawai JASA memberikan komen diatas sesuatu yag tidak difahami dengan betul. Maksud saya ialah kemungkinan berlaku pada Pilihanraya Umum akan  datang yang alamatnya atau tanda-tandanya akan dapat dibaca pada  kedua pilihanraya kecil itu.Takkanlah kekalahan dua pilihanraya kecil boleh dikatakan tsunami - zam.

TSUNAMI MELAYU...
Memang benar  tulisan  wartawan bebas dan berkredibiliti Joceline Tan di akhbar Sunday Star hari ini bahawa  kedudukan Datuk Seri Najib dalam parti adalah  mantap berbanding dengan Abdullah Badawi ketika menghadapi tekanan  dari  bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir.

Keagungan  kemenangan terbesar BN di bawah PM Abdullah Badawi pada Pilihnarya  Umum 2004 runtuh  dalam pilihanraya 2008 yang dihadapinya  dengan keyakinan penoh kepada penerusan sokongan  rakyat sehingga beliau berani menaikan harga minyak dan tidak  memberikan manifesto kepada rakyat.

Abdullah tidak mempedulikan ancaman yang didatangkan oleh Dr. Mahahir yang melantiknya malah melakukan tindakan- tindakan yang menyakitkan hatinya termasuk membayar ganti rugi berjuta ringgit kepada hakim untuk menunjukan ketidakadilan Mahathir  dan membatalkan beberapa projek meganya.

Abdullah  percaya kemenangan besar 2004  itu seolah-olah kerana popularitinya tetapi sebenarnya berasaskan keyakinan rakyat kepada kemantapan  ekonomi dan maruah tinggi negara yang diwariskan oleh Dr. Mahathir.

Maka itu saya menyalahkan Dr. Mahathir diatas kemerosotan merudum  sokongan pada Pak Lah setelah beliau mengistiharkan kesilapan melantiknya sebagai Perdana Menteri.

Najib sekarang berada dalam keyakinan tinggi untuk mengekalkan pemerentahanya sehingga habis tempohnya diatas sokongan padu dari ketua-ketua bahagian dan anggota-anggota  MKT walaupun Mahathir menarik balik sokongan terhadapnya.

Najib tidak merasa terhutang budi kepada Mahathir  untuk  meneruskan projek yang pada Mahathir bersifat maruah negara (Jambatan Bengkok).  Beliau juga meruntuhkan tunggak kekuatan negara ISA yang keperluannya dirasakan kembali dengan menggantikannya dengan POTA. Kelihatannya sekarang  sebagai cuba memasak semula nasi yang sudah menjadi bubur.

Seperti juga Pak Lah,Najib berani memperkenalkan dasar -dasar yang mencabar rakyat seperti GST, menurun dan menaik harga minyak untuk populariti dan keuntungan sementara,cuba menaikan umur kelayakan mengeluarkan caruman  KWSP,menubuhkan National Unity Consultative  Council yang tidak berfungsi (memakan diri sendiri) dan slogan  1Malaysia yang tidak  tersemat di hati rakyat seperti " Malaysia Boleh", malah menimbulkan kemarahan orang Melayu.

 Pada pertimbangan dan  pandangan saya,  rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di luar bandar yang berkemampuan melancong keluar negara ( ke Bandung,  Vitenam,  Korea Selatan,  China, berulang alik ke Umrah dan lain-lain) dan  pagi petang di kedai mamak membuktikan mereka mempunyai wang yang lebih dari keperluan asas,malah apabila harga minyak  naik ramai membeli minyak yang lebih mahal ( R 97) sehingga stesen kehabisan minyak. Artinya  mereka mampu untuk membayar GST.

Maka itu kenapakah bantahan timbul di seluruh negara  bagitu hebat ?. Sebab utama ialah kerana rakyat hilang keyakinan kepada pengurusan kewangan negara . Apabila kerajaan hendak menaikan umur kelayakan mengeluarkan wang caruman KWSP, cakap-cakap di kedai mamak ialah kerajaan tidak ada wang  dan 1MDB telah meracuni pemikiran rakyat sehingga ke peringkat yang sukar untuk dipenawarkan.


Jentera jentera komunikasi  dan penerangan kerajaan tidak lagi berkesan kerana terlihat tidak profesional,hilang kebijaksanaan malah jentera yang sepatutnya terlihat bebas seperti JASA(Jabatan Hal Ehwal Khas)  telah menunjukan sikap bias dalam krisis parti UMNO. Umpamanya apabila Pengarah JASA secara langsung menunjukan sikap penglibatan terang-terangan  dalam  politik maka rakyat tidak melihatnya sebagai bebas dan hilanglah keberkesanannya.Bukanlah peranan JASA untuk mendapat sokongan  dalam parti tetapi rakyat di lapangan.

Ketika saya menjadi Menteri Penerangan,saya tidak membenarkan pegawai-pagawai JASA aktif dalam politik. Maka  apabila  Ketua Pengarah Jasa sendiri berpolitik,tidak mungkin dia  akan mendapat laporan  yang bebas dari pegawai-pegawainya  kerana mereka takut menjadi mangsa prajudis politik.

Mungkin pandangan saya ini dianggap sebagai tidak berasas  tetapi dalam kehidupan  sebagai rakyat biasa , pengunjung kedai mamak  setiap hari pagi dan petang , menemui manusia yang berbagai disamping masih mempunyai sumber sumber maklumat yang  boleh dipercayai , maka saya
 mahu memberithau Datuk Seri Najib dengan sejujurnya bahawa  keyakinan rakyat kepadanya  berada pada tahap yang amat membimbang dan  dan amat menyedihkan perasaan saya.Saya nampak akan kemungkinan berlakunya Tsunami Melayu pada Pilihanraya Umum akan datang.

Saya bimbang pada nasib UMNO dan saya tidak bimbang pada nasib Najib. Sayang  sekali kepincangan parti-parti pembangkang sekarang tidak menjadi suatu peluang bagi membangkitkan semula kekuatan UMNO dan BN

Mungkin keputusan dua pilihanraya kecil Parlimen:  Permatang Pauh dan juga Rompin boleh dijadikan sebagai ukuran atau panduan samaada benar atau tidak maklumat dari saya. Jika berlaku kemerosotan undi BN di kedua kawasan parlimen itu maka Datuk Seri Najib  harus memberikan perhatian yang serius terhadap hala tuju beliau dalam perjuangan politik, samada untuk menyelamatkan diri dan isteri  atau parti.

Saya berdoa agar kedua pilihanraya ini tidak memberikan alamat bahawa Tsunami Cina akan bertukar menjadi Tsunami Melayu dan dengan itu,berasaskan hukuman  demokrasi Datuk Seri Najib boleh meneruskan kepimpinannya.







21 comments:

  1. Adakah Najib seorang Freemason? Nampaknya dia mahu buka pintu gerbang Kerajaan Malaysia kepada kekuasaan mega-korporat2 sedunia melalui kelulusan TPPA.

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri.

    Sy agak keliru bila sdra mengharap agar dari 2 PRK ini...Tsunami Cina tidak akan bertukar menjadi Tsunami Melayu dan Najib boleh meneruskan permerintahan beliau.

    Adakah sdra mahu Parti Umno berterusan dgn pimpinan sedia ada oleh Presiden yg hilang plot cerita dan terbabit dlm banyak isu2 yg kontroversi?

    Sy kurang faham dgn apa yg sdra hendak lontarkan tetapi cuma mengerti bahawa sdra pun masih enggan berubah dari tradisi lama Umno yg menerima ketua2 yg korup....retorik ...dan kaki bohong.

    Harapnya...sy yg salah erti dgn penulisan sdra.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Saya byk juga lihat blog2 dari Malaysia,kasihan Ibu Pertiwi dlm suasana politik Malaysia hari ini,tak kurang juga ada pemimpin partai atau petinggi Malaysia dtg sini(Jakarta)ngobrol dgn saya mengisahkan suasana politik Malaysia.Ada ketika saya rasa lebih baik hujan batu dinegeri orang.Kasihan Ibu Pertiwi dan Rakyat atas kerakusan politik dan wang.Mungkin satu hari nanti saya akan bersuara dan bertempik dari sini pada kerakusan mereka.Dan saya pasti boleh berbuat demikian kalau mereka sudah tidak hiraukan bumi pertiwi dan rakyat.Salam hormat TS Zam.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri,

    1. Tsunami Cina tidak akan sama sekali bertukar menjadi tsunami Melayu . Tapi jika berlaku tsunami Melayu maka jawapan nya ialah 1+ 1=2.

    2. Saya setuju dengan Tan Sri JASA tidak boleh pamerkan kecenderungan politik nya kerana ia adalah agensi kerajaan meskipun latarbelakang penubuhan nya dan misinya bermatlamat politik .Namun peranan nya lebih bersifat di balik tabir . Setakat pengetahuan sayalah .

    3.. ISA dan POCA ada persamaan ciri dan motifnya . Yang berbeza ialah sudut legasinys . ISA legasi pemimpin terdahulu , manakala POCA legasi semasa. Begitu juga dengan akta pendidikan 1996 dengan akta pendidikan 1961. AP 1961 legasi Tun Razak ketika menjadi menteri pelajaran sedangkan AP 1996 legasi menteri pelajaran ketika itu , ciri dan kandungan nya tidak banyak bezanya kecuali dari lelakinya. Demikianlah setakat pengetahuan saya.

    ReplyDelete
  5. Salam Tan Sri,

    1. Cukuplah tu. Najib dah tersasar didlm matlamat beliau sbg PM. Adakah ini kerana kepentingan peribadi atau parti? Saya rasa lebih peribadi. Beliau nampaknya telah menggunakan Kementerian Kewangan/Perbendaharaan seolah-olah entiti tersebut kepunyaan beliau (sama spt apa yang dilakukan oleh raja-raja di Negara2 Arab dan Sultan Brunei yg rata2 rakyat mereka sengsara tetapi raja2 adan sultan2 bermaharajalela!)

    2. Ahli2 UMNO perlu menjenama parti mereka agar lebih relevan kpd warga muda Melayu yg rata2 berpendidikan tinggi. Zaman dimana guru2 sekolah menguasai kerusi2 kuasa telah beredar.

    3. Pada hemat saya, saperti jangkaan Dr M, kalau Najib masih PM dan memimpin UMNO/BN ke PRU14, negara tercinta ini akan jatuh ke tangan PR. Ini kerana rakyat terutama sekali org2 Melayu dah jelak dgn kenangkuhan Najib, isteri dan UMNO.

    4. BN akan kalah teruk di PRK PP dan 50:50 di PRK Rompin (bergantung kpd berapa byk jumlah wang ringgit yg UMNO/BN akan edarkan!). Sentimen 1MDB dan GST telah menular ke seluruh pelusuk negara. Jika Najib adakan PRU14 esok, BN akan tumbang bagaikan pokok yg telah reput.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Yang amat ditakuti ialah bukan Tsunami Cina diganti dengan Tsunami Melayu tetapi Tsunami Cina ditambah dengan Tsunami Melayu. Hakikatnya Tsunami Cina belum berakhir.

    ReplyDelete
  7. Sdra Hidup Melayu,

    Adakah anda boleh nyatakan pemimpin melayu dan islam mana yang sekarang korup, retorik dan kaki bohong?

    Setahu saya yang kuat retoriknya zahidi dan hishamuddin. Yang kaki bohong tahap gaban najib especially kes 1MDB. Yang korup....oooohhh ramai......

    ReplyDelete
  8. Pada pandangan saya, cadangan KWSP menaikan umur pengeluaran ke 60 tahun adalah satu sandiwara untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Najib. Menaikkan had umur pengeluaran bukan perkara baru. Mustahil KWSP tidak ingat. Dulu pun cadangan ini telah mendapat bantahan keras secara meluas. Sebab itu, kali ini, ia ternampak seolah-olah satu strategi untuk mengilapkan kepimpinan Najib supaya beliau dilihat sebagai juara Rakyat dan pesara, kebanyakannya dari swasta. Sehari selepas pembatalan, hampir semua muka-depan akhbar 'menjulang' Najib sebagai 'Hero' yang telah menewaskan KWSP.

    Samada kerajaan sedar atau tidak, kredibiliti dan persepsi Rakyat terhadap KWSP telah terjejas teruk. Rakyat melihat KWSP sebagai lanun dan perompak. Segala slogan murni 'Pembela Hari Tua Rakyat', akan diperlekeh, selepas ini. Pada pandangan Rakyat, KWSP telah cuba bersubahat dengan 1MDB yang banyak hutang, untuk merompak WANG Rakyat demi kemewahan hidup pemimpin. Selepas ini, jika kerajaan mahu meminjam dari KWSP untuk sesuatu pelaburan, pandangan Rakyat akan bertambah kritikal.

    ReplyDelete
  9. Firadaus Zamani.27 April 2015 at 12:00

    KENAAPA BUDAK INI JAWAB BAGI PIHAK NAJIB?

    Hari ini seorang ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO bernama Tun Faisal Ismail Aziz menjawab kritikan Tun Dr.Mahathir terhadap IMDB di portal berita dan juga di akhbar-akhbar perdana.

    Semua orang yang cerdik tahu bahawa ini adalah ochestrated tetapi timbul pertanyaan kenapa tidak Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddion yang memberikan jawapan ini.

    Apakah tidak ada displin dalam Pemuda UMNO. Sesiapa sahaja boleh bercakap dalam isu yang besar yang melibatkan kepentingan parti dan negara dan maruah UMNO?

    Apakah kredibiliti budak ini menjawab bagi pihak Najib. Siapakmah yang akan percaya kepadanya dan sumbernya? Kecualilah jika Khairy Kamaluudin yang menjawabnya. Kenapa tidak? Adakah Khairy tidak mahu terlibat?

    Apakah EXCO pemuda sekata dalam jawapan yang diberikan oleh TUN ini atau apakah Khairy Jamaluddin tidak mahu menjawab kerana beliau sendiri tidak bagitu kepada percaya kepada awapan yang tentunya telah ditunjuk dan diluluskan oleh beliau sendiri?

    Inilah bukti jelas bahawa tidak penyelarasan dan kebijaksaan tidak ada pada team komunikasi JPM dan juga UMNO sendiri.

    ReplyDelete
  10. Tun Faisal = Contoh blogger postpaid Najib & co. Penggilap epal nombor satu.
    Ada satu jawapan kepada rencana Tun Faisal yang saya rasa sangat tepat dan mudah untuk patahkan "fakta atau auta' Tun Faisal itu sendiri.

    Copy paste dari blog Just Read Anon April 26, 2015 at 6:12 PM
    Maybe Tun Faisal can also comfirm whether these "wahyus" also originated from Tun Dr. Mahathir?

    1. Did Tun instructed the Edge to reveal various details regarding 1MDB including e-mails to/from various top guns in 1MDB especially in its deal with Petro Saudi? If some people has the guts to sue Harakah regarding 1MDB, please have some balls to sue the Edge as well. Maybe they can get to Tun too via that route.

    2. BSI Bank recently revealed that there was no 1MDB money in Singapore in its report to the Singapore Monetary Authority of Singapore (MAS). It was alleged that MAS had shared this info with Malaysia. So Tun's "wahyus" also reached BSI and MAS?

    3. British Court documents also revealed that Jho Low claimed to possess Malaysian Government's backing in his/ group bid to buy luxury hotel(s) in the UK. Can Tun Faisal also verify whether Tun Dr. Mahathir, despite his vocal stand against the British during his premiership including "Buy British Last" policy, can Tun Dr. Mahathir actually send "wahyus" to influence the British courts?

    4. Everybody knows who is operating the " Sarawak Report". They made various claims recently about 1MDB and their claims might also damage our economy and investors' confidence, so why won't Tun Faisal lead a legal team to sue Sarawak Report to pieces or file a super injunction in British courts? Maybe Tun Dr. Mahathir's "wahyus" will influence British courts' decisions too?

    5. Various foreign newspapers ranging from the Straits Times in Singapore to the New York Times in the U.S. also wrote about 1MDB and Jho Low, so they also received "wahyus" from Tun Dr Mahathir to do so? Their reports can also damage foreign investors' confidence so why won't Tun Faisal persuade the government and UMNO to sue these media outlets till they go kaput?

    So who is actually giving our economy bad press? I can only list five questions so far but Tun Mahathir has tonnes. Just answer the questions la, otherwise start suing people or file for injunction. Otherwise rumours and so called "wahyus" can stiil fly around. Why would Tun Dr. Mahathir co-operate with the opposition to harm Malaysia's economy when he was the one who tirelessly fought to steer our country during the 1997-2000 Asian Financial Crisis to the point of sacking that useless Anwar who might sell all of us to IMF and the penyangaks if he had the chance? Nobel Laureate like Joseph Stiglitz also applauded Dr. Mahathir's actions against constrictionary fiscal policies during that time, and even IMF acknowledged that one economic solution doesn't fit all. Is Tun Faisal smarter than Professor Stiglitz when it comes to economics? Even if Tun Dr. Mahathir didn't ask questions about 1MDB, others will do so including foreign investors. Has Tun Faisal read what was recently written in the Economist about Malaysia? Maybe they also bekerjasama with Tun Dr. Mahathir after receiving his "wahyus"?

    Some people are beyond stupid and failed to understand that not everyone is as stupid as them. Yet they think they can lead the people with their inane analyses.

    ReplyDelete
  11. salam tan sri,
    maaf bebanyak la tan sri. maklumat tan sri tak lengkap dan tepat. sokongan kepada ahjibgor adalah besar dan kuat. kekuatan ini diukur di kafe hotel berbintang-bintang dan cafe elit. kalu setakat restoran mamak yang bergst tu, maklumat tu masuk tong sampah je. kedai kopi tanpa bintang bukanlah mencerminkan sokongan rakyat. penerangan kepada rakyat pun dibuat secara marah kerana tak faham-faham. rakyat tak mahu tahu tentang gst, tapi mahu tahu harga barang rendah walaupun duit banyak. kalu harga naik, kuasa membeli yang lain boleh jadi kurang. harap tan sri maklum, pandangan di restoran hotel dan cafe elit adalah penentu dasar kerajaan. cafe tan sri dalam golongan mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. You had better wipe out that arrogant smuck off your elitist wajah - it' s gonna be a heavy fall for the big-headed bangang!

      Delete
  12. NAJIB umpama budak tadika yg baru mmgenal ABC --6Tahun pmrinthan.

    MAHATHIR umpama mat rempit yg mnyilok mptorbike d karak hiway--22 tahun pmrinthan..

    Beri PELUANG pd NAJIB.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak umpama si cerdik belum sampai kepada bijak.

      Delete
  13. Saidina Ali , salah khulafa ar rasyidin yang juga sepupu Nabi Muhammad saw dilaporkan pernah berkata bahawa beliau lebih suka bercakap dengan 100 orang cerdik daripada bercakap dengan seorang orang bodoh . Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih bagus berbicara dgn seorang cerdik, drp beratus yg bangang...

      Delete
  14. Bawakan padaku 1000 pahlawan perang musuh, akan kutumpaskan mereka satu persatu. Tetapi jangan bawa padaku seorang yg bodoh, aku tak mampu menghadapinya - ali bin abi thalib

    ReplyDelete
  15. YaAllah, ya Rahman....
    2004 kena Tsunami Air Masin..
    2014 kena Tsunami Air Tawar...
    Bencana negara.. Rakyat masih tak sedar...

    Jangan Alpa... Teguran Tuhan..
    Rakyat tersiksa.. Umpama balasan...
    Janganlah Malaysia di binasakan...
    Keanak cucu kita wariskan....

    KunFayaKun..
    Tuhan nyatakan...

    ReplyDelete
  16. Bro 0316..
    Ko buat malu ler Bkak crite saidina ali...
    Xkn lah saidina ali xleh nk hndle 1 org bodoh..
    Hadis daif niii..
    Hehehe

    Org pndai cm nuar.. bole pspon mhkmah 60x...
    Nk gune hadis pkir le dluuu
    Hehehe

    ReplyDelete
  17. Org bijak boleh belajar dari org bodoh. Tapi org bodoh tak tahu nak belajar dari org bijak. Hadis tu kata2 nabi. Ali tu nabi ke? Ckp guna otak hehehe

    ReplyDelete
  18. Bro 0012
    Ko ni mmg byk sembanglh..
    Ad ke sorg yg pndai cm pgwai bnk nk blajr dgn pminta sdekah kt chow kit

    Hehehe
    Sembang lebih hahaha

    ReplyDelete