Thursday, 2 April 2015

SULTAN PERAK SEPATUTNYA MURKA KEPADA MB DAN SETIAUSAHA KERAJAAN

MB PATUT MINTA AMPUN DARI SULTAN
Komen:
zamry 5 April 2015
Patutnya Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr, Zambary Abdul Kadir dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mengadap Sultan Nazrin untuk meminta ampun diatas kelalaian mereka sehingga tercemar Istiadat Perasmian Dewan Undangan Negeri Perak. 


SULTAN PERAK......
Siapakah yang bersalah dalam kekecohan anggota pembangkang menghadiri  Istiadat Pembukaan  Rasmi Dewan Undangan Negeri Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tanpa berpakaian istiadat sebaliknya hanya  berpakaian serba hitam.?

Menteri Besar  Perak  Datu Seri Dr. Zambary Abdul Kadir mendakwa Sultan Perak murka terhadap sikap wakil -wakil rakyat pembankang itu.

Apakah Sultan hanya murka terhadap pembangkang dan tidak kepada Menteri Besar dan juga anggota- anggota Dewan Undangan Negeri  Barisan Nasional  dan juga Polis Bantuan yang tidak menyekat kemasukan mereka itu tanpa berpakaian rasmi mengikut arahan pada kad atau surat jemputan.

Sewajarnya MB dan  anggota- anggota BN bersama menyekat kemasukan mereka dengan bantuan Polis Bantuan sekalipun boleh menimbullkan kekecohan yang akan menggangu upacara perasmian itu tetapi dari segi moral  ini adalah lebih baik dari kejayaan anggota pembangkang menggambarkan sewaktu keadaan  tidak hormat kepada Sultan Perak .

Berita kekecohan mempertahankan kehormatan Sultan sebelom diceroboh  adalah lebih baik dari berita membelanya  setelah diperhinakan.

Sekiranya mereka ada "kelakian" maka tentulah mereka akan  menyekat anggota-anggota  pembankang itu  bersikap biadab,menyekat mereka masuk ke dalam Dewan Negeri   dipintunya tetapi setelah nasi jadi bubur barulah ditangisi dan mengajak orang lain juga turut  menangis bersama.

Apakah Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mengingatkan pegawai-pegawainya terutama Polis Bantuan tentang tugas mereka terutama bagi suatu upacara Istiadat rasmi.Tidak ada SOP ke?

Perlu disebutkan dalam awal tahun 60an telah berlaku kekecohan di pintu masuk Parlimen Malaya apabila Singa UMNO Syed Jaafar Albar dan   beberapa orang lagi anggota Parlimen Perikatan  telah menahan  anggota-anggota pembangkag dari Barisan Sosialis Rakyat Malaya yang diketuai oleh V.David dari masuk ke bangunan  Parlimen kerana hanya berpakaian biasa,tidak memakai kot dan tali leher.Tetapi "kelakian" ini  sudah tidak ada lagi sekarang  di kalangan anggota- anggota DUN Perak atau mungkin di negeri- negeri lain. Semunya hanya tersimpan dalam seluar.

Apa yang  berlaku di DUN  Perak memang memalukan kerana menunjukkan kelemahan semangat BN sekarang yang  tidak mampu untuk menunjukan komitmen yang tegas dan berani walaupun sah dari segi undang-undang dan  pada masa yang sesoai dan bila diperlukan.

Tidaklah sewajarnya Perkasa dan juga lain- lain pertubuhan  NGO membiarkan diri mereka diperalat  untuk menutop kelemahan orang lain.


HUBUNGAN  MAHATHIR DAN NAJIB DI PERINGKAT PALING GENTING.

Apabila membaca posting terkini Tun Mahathir Chedet hari ini yang menyentuh tentang hubungan kes pembunuhan Altantuya dengan bekas Pengawal Peribadi Datuk Seri Najib maka saya sebagai seorang tua yang mengenali peribadi Mahathir dari dekat sekian lama dan juga mengetahui peribadi Datuk Seri Najib gementar dengan perasaan bahawa hubungan antara  mereka telah sampai ke peringkat paling genting dan tiada lagi jalan yang cerah di hujung terowong.

Apakah ini reaksi dari kenyataan Najib mengatakan ada jemuan di Kedah menyebabkan Mahathir benar -benar mahu membuktikan dirinya sebagai jemuan. Saya tahu Mahathir sanggup untuk jadi apapun dan  sedia untuk apapun terjadi kepadanya kerana kepercayaannya.

32 comments:

  1. Setuju apa yg ditulis oleh saudara Zam, di awal2 lagi kita patut tahan sebab tidak ikut protocol.

    ReplyDelete
  2. Saya beranggapan mereka mereka itu tak tau sejarah. Kelakian juga mengambil peranan.

    ReplyDelete
  3. Ada NGO mahu supaya tindakan tegas diambnil tindakan tegas terhadap 26 Ahli Dewan Undangan Geri Pembangkang POerak kerana memakai baju hitam di istiada perasminyan.

    Sewajarnya rakyat mengambil tindakan tegas terhadap MB, ADUN BN dan SUK Perak kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  4. Takkan la nak salahkah org yg kena curi sebab tk kunci rumah, pencuri tetap bersalah kerana mencuri. Mcm kes ni la, yg salah ttp pembangkang, kenapa nak salahkan MB.

    ReplyDelete
  5. Boleh salahkan tuan rumah kerana lalai kunci rumah,tak tahu jaga keselamatan. Nak bela pun biarlah cerdik sedikit.

    ReplyDelete
  6. Orang yg sioman takkan berlaku biaDAP!

    ReplyDelete
  7. Kesian Bangsa Melayu dan Raja2 Melayu....setelah dihina oleh puak2 cina DAPigs, ada pulak orang Melayu menyalahkan sesama bangsa....patutlah kita tak kan maju. Saling menjatuhkan sesama sendiri.

    Puak2 cinapek dapigs rilek je terus menerus menghina kita...sambil ketawa menengokkan kita saling bertikam.

    FOKUS!! Macam mana dapigs yang begitu kurang ajar dan biadap boleh membuat kita terus menerus bertikam lidah??

    ReplyDelete
  8. Kesian... Adun Melayu PAS dan PKR pun senang di kontrol olih si biaDAP untuk berpakaian hitam. Serupa macam siNizar do kontrol ketika jadi MB Perak dan arwah Tok Guru menyerahkan tanah balak pada syarikat adun biaDAP dulu.

    Alahai Melayu... bila nak ada jati diri?

    Ooopps, aku terlupa pulak. Kesian Melayu PAS terguling guling atas jalan macam beruk ketika Raja Nazrin nak lalu semasa krisis MB dulu. Cina Cina semua aku tengok ketawakan beruk beruk yang bergulingan tu....

    ReplyDelete
  9. salam,
    mereka ingat mereka prihatin dan sangat terbuka dalam tindakan pembangkang. setelah sedar sultan murka, baru la nak tunjuk hebat dan tonjol kelakian. apa pun, pembangkang perak dapat menonjolkan sikap derhaka dan tidak hormat kepada raja dan dewan undangan dengan restu menteri besar yang tak bertelur.

    ReplyDelete
  10. Azman Man Perlis2 April 2015 at 20:23

    SHAHIDAN KASSIM KETINGGALAN ZAMAN.
    Jelas seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ketinggalan zaman apabila beliau mencadangakan supaya Setiausaha Agung UMNO Tunku Nan menjadi orang tengah bagi menyesaikan perselisihan Mahathir dengan Najib.

    Barangakli beliau tidak faham atau sengahaja tidak mahu bahawa beliau berada diatas kapal yang akan tenggelam dan masih berkhayal kapal ini akan selamat di bawah pimpinan Najib sedangkan kapal dah bocor teruk.

    Masalahnya sekarang Mahatir dah sentuh soal peribadi Najib, Mahathir tak percaya bahawa Najib tidak ada kena mengena dengan soal skandal Atantuya Mahathir tak terima anggapan Najib bahawa pegawal peribadinya merepet dalam mendakwa bahawa pembunuhan dilakukan dengan arahan. Kata Mahathir mana boleh soal pembunuhan dianggap merepet.
    Pandangan Mahathir itu sebenarnya merupakan pandangan orang ramai

    Maka itu jika Shahidan anggapan Mahathir boleh dipadamkan dengan Tunku Nan jadi orang tengah maka beliau sedang berkhayal. Eloklah beliau terjunlah kapal yang dah nak karam. supaya tak nampak so stupid.

    ReplyDelete
  11. Selain daripada Najib perlu berundur, hisham sepupunya juga harus ikut sama..... sampai sekarang saya sebagai rakyat biasa masih tertanya2 bagaimana seorang menteri KDN yang gagal boleh dilantik semula memegang Pertahanan negara malah sempat pulak memangku kementerian pengangkutan....dimata saya kehebatan hisham mengendalikan sidang media mh370 tak mampu menutup kebodohan dia dalam isu lahad datu.....kalau benar kedua2 anak bekas PM Malaysia ini sayangkan negara..... berundurlah.... reputasi mereka terlalu buruk dimata rakyat marhaen...

    ReplyDelete
  12. Soal yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir benar-benar soalan yang berada di hati dan kepala rakyat termasuk ahl ahli ahli UMNO dan tentunya juga ahli MKT yang cerdik.
    Untuk sipakah dan kena apakah bekas Pengawal Peribadi Najib melakukan pembunuhan itu. Jika ada arahan maka arahan dari siapa?. Apakah dia tiba tiba melakukakan pembunuhan itu denan senghaja???????.

    ReplyDelete
  13. Tajul Ismail Merbok.3 April 2015 at 08:25

    Najib tidak dapat napikan bahawa kata Jemuan ditujukan pada Mahathir kerana itulah yang terfikir oleh orang ramai dalam keadaan dia dimusuhi oleh Mahathir dan beliau memileh tempat asal Mahathir untuk mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan sesaorang itu sangat jahat.

    Dalam kata-kata lain,jika ini dirasakan oleh Mahathir maka berarti Mahathir merasakan dia tidak lagi dihormati oleh Najib dan dia akan melakukan apa sahjaja untuk menajtuhkan Najib kerana dia tidak ada apa yang rugi,dia dah sampai ke puncak kejayaan hidupnya malah saya kira dia sanggup untuk ke penjara.

    ReplyDelete
  14. ....DAP jadi kurang ajar kerana ada Melayu yg sanggup jadi BARUA mereka.....

    ReplyDelete
  15. Janganlah orang-orang Melayu Perak membiarkan diri mereka diperalatkan oleh orang-orang politik UMNO yang tidak ada KOTE.

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Kote tu peliaq @ kontol hang la woii...itu pun hang tak tau ka encik man ketoi...

      Delete
    2. Loghat Kedah pelek-pelek,macam mana saya nak faham. Peliaq tu apa pula. Aku tak pernah dengar.

      Delete
    3. Kepala but*h, biasa dengaq. Bukan marah sesiapa. Lawak je.

      Delete
  17. memang malang penyokong pas..parti yg menggunakan agama dalam perjuangan peribadi....

    ReplyDelete
  18. memang benar mb dan exco wajar dipersalahkan. dan hari ini mb bolih menerima dakwaan penderhaka itu. penderhaka itu semua, umur dah lanjut dan baligh, semesti nya tahu buruk dan baik. mereka tidak bolih memberi alasan ikut arahan peminpin parti kerana mereka mewakili rakyat dikawasan masing2. mb sewajar nya mengarah mereka menemui dymm sultan memohon maaf kerana peristiwa itu pada hari istimewa dan kehadiran dymm sultan diperlukan.

    ReplyDelete
  19. Sebagai seorang islam , melayu dan warga emas yang usia mencecah 70 tahun saya rasakan apa yang dilakukan adun pembangkang perak itu terutama yang islam dan melayu satu perbuatan yang menjejakkan . Tidak ada dalam akhlak islam dan budaya melayu perangai macam itu. Ini mereka pemimpin . Sepatutnya tunjuk contoh yang baik . Bukan macam kongsi gelap.

    ReplyDelete
  20. Lebih buruk lagi akhbar The Star yang dipunyai oleh MCA pada keluaran 2 April 2015 di muka 8 menyiarkan berita wartawan wartawan berpakaian hitam dengan tajuk Black day for juornalist kerana kerjaan menahan wartawan dan tuan punya portal The Malaysian Insider yang menyiarkan berita palsu melibatkan Istana.

    Mereka berpakaian hitam selaras dengan gerakan pembangkang membantah hukuman terhadap Anwar dan lain-lain. Apakah artinya kalau tidak tujuan CEO Star hendak menggembelingkan seluruh rakyat menentang kerajaan BN.

    Lebih buruk lagi,akhbar ini mendakwa Utusan Malaysia juga menyokong gerakan pakai hitam ini tanpa menyebutkan siapakah wakil Utusan Malaysia dalam dakwaan ini.

    Inikah sebuah akhbar yang bermaruah dan berintegriti ti, Journalismenya sampai kepada peringkat berbohong dan membuat berita palsu demi untuk kepentingan orang Cina yang kehilangan harapan untuk menguasai negara ini dengan kehilangan Anwar Ibrahim tetapi lebih buruk lagi hal ini langsung tidak dipedulikan oleh Utusan. Tidak ada penapian dari Utusan.

    ReplyDelete
  21. Yob Teluk Intan3 April 2015 at 10:36

    Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab Menteri Besar Perak dan Setiausaha Kerjaaan Perak perlu menjelaskan bagaimakah boleh berlakunya peristiwa menceroboh kesuciaan Istiadat perasmian dewan undangan negeri Perak.
    Menteri Besar tidak boleh basoh tangan dalam soal ini dengan menghasut rakyat membantah atau menggunakan NGO dan sebagainya. Maruah Diraja Perak telah tercemar dan MB mesti jawab kepada rakyat. Jika tak boleh jawab letak jawatan. Kami rakyat perak benar benar tersinggong.

    Utusan pun tak usahlah jadi pecacai nak tutup dosa MB Perak dengan buat berita bantahan besar-besaran kunonya datang dari rakyat. Rakyat dah cerdik.Utusan yang dok bodoh lagi.

    ReplyDelete
  22. Saya sokong pendapat TS Zam.
    Yang harus dipersalahkan ialah MB. Sepatutnya boleh beri arahan supaya menghalang sesiapa saja menyalahi kod berpakaian dari masuk Dewan. Dalam kad jemputan boleh bagi amaran yang bercetak merah, ke apa.

    Mengenai Altantuya.
    Saya rasa elok buat Tribunal selepas Najib letak jawatan. Lagi cepat letak jawatan, lagi bagus. Seelok-eloknya minggu depan. Takut tak cukup masa untuk bakal penganti memperbaiki keadaan sebelum PRU14. Cari penganti yang bukan dari bangsawan yang boros menguruskan WANG Rakyat. Saya dah serik dapat PM dari kalangan bangsawan.

    Kes Altantuya tidak akan selesai, walaupun kedua-dua, Sirul dan Azilah meninggal akibat sakit tua nanti. Azilah tidak boleh menjalani hukuman mati selagi Sirul masih bernafas di Australia. Sampai bila-bila pun tak akan selesai. Ia akan dipolitikan setiap kali ada PRU, lebih-lebih lagi jika Najib masih PM.
    Lebih elok adakan tribunal dan panggil balik Razak Baginda, untuk mengetahui siapa sebenar yang memberi arahan. Mungkin juga, arahan diberi 'gempaq' saja supaya Altantuya lari pulang ke Mongolia. Mungkin mereka naik 'stim' dalam kereta lagi dan mer*g*l atau mungkin mel*w*t mangsa di tempat lain. Untuk meghilangkan bukti (DNA dari mani), diletupnya mayat mangsa hingga berkecai di tempat terpencil. Kebetulan, waktu letopan dilakukan, suasana diambang Hari Raya Puasa. Orang kampung disitu suka main meriam buloh. Bom meletop, orang akan sangka meriam buloh.
    Tempat kejadian, lebih kurang 1km dari kawasan kampung melalui Jln.Paip, 8km ke pekan Meru. Saya tahu sangat kawasan kejadian ketika itu. Saya adalah salah seorang dari mereka yang pertama menggunakan jalan itu, sebelum ianya dibuka dan jalan itu separuh-separuh batu kerikil/bertar. Pukul >10 mlm pun saya lalu naik motor kapchai saja ketika itu, kerana shortcut amat berbaloi. Ketika kejadian jalan dari UiTM cawangan IT( Cahaya SPK?) ke Puncak Alam itu baru 2 bulan dibuka untuk kegunaan ramai.

    ReplyDelete
  23. Zaman jakpor albar waktu umno letak kayu jadi calon pun menang bley ler nak sekat2 org..ni zaman umno genting..main sekat2 dikatakan umno zalim..smua akan dimainkan oleh pembangang..melayu kita da ramai da mcm nizar..buat menda betul dorang akan kata tak betul..umno takda pilihan slain banyakkan play safe..sbab melayu da jual jiwa mereka pada cina..jadi paham2 je ler..bosan ah pasal altantuya ni..smua da crita kat mahkamah..nak apa lagi ?

    ReplyDelete
  24. Man Banun Sg Petani.4 April 2015 at 06:49

    Kalau kita tak tunjuk garang,mereka jadi lebih garang.Sekurang-kurangnya mereka beringat di lain kali. Kalau dok takut mereka kata maka kita tak buat apa.Bolehkah kita menang pilihanraya? Najib Gor dah tunjuk tolak ansur berlebihan pun mereka tak hormat.

    Ketua Polis Negara pun dah berdialog dengan orang ramai ,tak terpisah lagi dengan rakyat apakah mereka takut.mereka jadi makin kurang ajar. Melayu mesti kurang ajar,Umno mesti kurang ajar maka boleh ajar orang.Soal Altantuya sampai sekarang kita dah tahukah apa kah motif pembunuhannya?, kerana pernigaan? Kerana nak tutup malu sesaorang atau kerana semata mata mereka seronok bunuh orang? Tidak ada jawapan ini dalam perbicaraan. tulong beri jawapan kerana saya nak lagi.kerana saya tak faham lagi.

    ReplyDelete
  25. Mgkin Mahathir nak Najib jd seorang PM yg sentiasa respon dalam semua isu. Mcm skrg Najib banyak diam bila soalan2 melibatkan isu2 penting. Mahathir mgkin berharap Najib mempunyai "kelakian" dalam menangani dan menjawab sebarang persoalan lebih2 lagi melibatkan diri dia sbg PM.

    ReplyDelete
  26. Dr Mahathir is doing or saying the right thing. He loves the country, race and the party more than any individual. No individuals are indispensable when it comes to the survival of a race and for that matter the country. Malays should get rid of their feudal mindset. If they love their party and their race then they should not follow their leaders blindly. Money should not keep them loyal to leaders who are incompetent, lavish and corrupt. I am sure there are better leaders to lead the Malays. So if there is going to be any change it should be for the betterment of the race and country. Feudalism is a step to backwardness.

    ReplyDelete
  27. Wakil rakyat hanya asyik berlumba buat program ngabihkan duit rakyat saja. lepastu main whatsapp gambar tunjuk kehebatan masing masing. Kehadiran pulak hanya balaci orang yang sama. Nampak hebat tetapi tak ada telor rupanya.

    ReplyDelete
  28. Hampa nak tengok Kedah kena kepai dengan kepiah putih pru akan datang,
    bantai la Tun cukup-cukup...

    Geng Paya Mat Insun...

    ReplyDelete
  29. Zaman berlalu tn zam, kayu ukur tuan tidak boleh disamakan dengan kayu ukur hari ini. Zaman Singa utara Tn Syed menahan David Marshall masa tu Melayu bersatu hati. Pantang dicabar, bersatu dalam apa jua keadaan. Hari ini kalau ditahan si dap jahanam dan konco2nya drp masuk ke dewan maka nanti akan jadi viral di media sosial menunjukkan mereka pembangkang tak dibenar masuk dewan dan dalam pada itu nanti ada juga orang melayu yang banggang menyiramkan min yak ke atas api yang baru nak menyala. Mereka pun akan sama memaki hamun orang sebangsa dengan mereka . Tapi Malangnya bila DAP mempertikai hudud tak ada pula golongan ni yang terang-terang memaki hamun DaPig. Bila di tanya pasai apa tak maki DaPig katanya kami marah dalam diam. Dalam hal ini salahnya kita semua terlalu memberi muka kepada bangsa yang tak tahu diuntung. Baik UMNO, PAS mahupun melayu PKR terlalu lapaq nak sokongan orang bukan Melayu, sanggup hemoi dan buat muka tak malu nak berbaik dengan depa. Pada hal macam-macam dah mereka buat kat kita. So tak payah nak tuding salah siapa, betulkan niat dan ingat Allah yang memberi kemenangan bukannya manusia. Tn Zam pun tahu apa yang berlaku sbb tn pun dulu duduk dalam kibinet. jangan bila tak duduk dalam jemaah, asyik nampak kelemahan orang lain sahaja.

    ReplyDelete