Saturday, 4 April 2015

SUARA BERANI KHAIRY JAMALUDDIN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

KHAIRY MAHU PM NAJIB JAWAB SENDIRI KRITIKAN TUN MAHATHIR.

SYABAS KHAIRY! ENGKAU TELAH BANGUN BERSUARA TEPAT PADA MASANYA.

SUARA BERANI BAGINILAH YANG DITUNGGU OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA PEMUDA UMNO SENDIRI.

KOMEN:
KHAIRY TIDAK LAGI KESAORANGAN
Nazmi 6 April 2015
Pengerusi  Kelab Penyokong Kerajaan  Barisan Nasional  Shahril Samad  juga telah meminta Perdana Menteri Najib menjawab sendiri beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Dr.Mahathir. Maka sekarang Khairy tidak lagi kesaorangan dan yang akan kesaorangan kelak ialah Setiausaha Agung UMNO Tengku Nan.
Ini tidak berarti anggota-angggota  BN dalam Parlimen tidak menyokobg Najib tetapi mengetahui sikap Najib yang lebih suka mendiamkan diri selama ini,maka desakan Kelab Penyokong kerajaan ini adalah tekenan kepada Najib.
Tidak cukupkah dengan tekanan yang sedang dihadapinya sekarang.Kehilangan dua Setiusaha Sulit dalam masa hanya berselang hari dan juga kehilangan seorang kawan karib yang banyak membantu.

Anonymous4 April 2015 at 22:43
We hope Encik Khairy is worth his Oxford salt, and his be true repentance for whatever was unruly of him in the past. Amin.
DARI MALAYSIAN INSIDER
Jangan buat tak tahu kritikan Dr Mahathir, kata Khairy






Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata persoalan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dijawab supaya masalah tidak terus meruncing lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 April, 2015.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata persoalan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dijawab supaya masalah tidak terus meruncing lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 April, 2015.Pelbagai isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera dijawab Putrajaya bagi mengelak masalah yang dibangkitkan menjadi lebih meruncing, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menteri belia dan sukan itu berkata, pandangan Dr Mahathir sebagai seorang bekas perdana menteri tidak boleh diabaikan kerana isu yang dibangkitkan adalah isu yang mendapat perhatian ramai.
"Sebagai seorang bekas perdana menteri, kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis beliau. Bagi saya, kita tidak boleh buat tidak tahu saja apa yang dibangkitkan Dr Mahathir.
"Kita perlu selesaikan masalah itu. Apa yang Dr Mahathir bangkitkan kita perlu jawab walaupun kita rasa jawapan sudah diberikan, kena jawab lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata sama ada isu syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian jet kerajaan atau dakwaan pembunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu, Putrajaya perlu bersedia menjawabnya.
Katanya, apa yang dimahukan Dr Mahathir ialah semua persoalan dijawab Najib sendiri supaya lebih berkesan.
"Saya fikir itu yang Dr Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tetapi pada pandangan saya, yang paling berkesan apabila perdana menteri sendiri memberi penjelasan tersebut," katanya.
Dr Mahathir pada Khamis menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya dijawab sempurna.
Katanya, ia termasuk pembunuhan Altantuya dan dakwaan oleh salah seorang yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar, iaitu bekas pengawal peribadi Najib.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-buat-tak-tahu-kritikan-dr-mahathir-kata-khairy#sthash.RzQN8uYc.dpuf

DARI MALAYSIAKINI:
Dr M: Muhyiddin boleh jadi PM, tapi saya tak pasti...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, tetapi beliau enggan mengesahkan sokongan kepadanya.

Dr Mahathir berkata beliau telah "hilang kepercayaan" selepas dua penggantinya tidak sepertimana yang diharapkannya.

"Anda tahu, saya telah hilang kepercayaan pada orang. Sebelum mereka dilantik, mereka adalah orang yang paling bersih di dunia," katanya sambil menambah bahawa apabila mendapatkan kuasa, mereka berkelakuan tidak baik.

29 comments:

  1. Semakin terserlah kepintaran dan kecekapan politik Khairy Jamaluddin. Beliau telah dapat menciumi perasaan dan juga kepercayan di akar umbi dan kenyataannya menepati hasrat terpendam di hati rakyat.

    Seluruh ahli UMNO hendaklah bersatu untuk menyelamatkan UMNO tanpa perlu memakai kemeja merah.

    Ketua Ketua Bahagian tidaklah lagi boleh menyembunyikan hasrat yang sama dengan Khairy.Baju Merah untuk menunjukanj sokongan sebenarnya lebih melambangkan ketakutan dan keresahan. Jika tidak masakan sampai berbaju merah hendak menunjuk sokongan kepada Presiden dalam saat-saat beliau dikatakan kuat.

    Inilah ada pembohongan kepada Presiden.Khairy telah menyatakan kebenarannya,telah mendedahkan apa yang berada disebalik baju merah. Hidup UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bkn sekadar wajib menjawab Tun M bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia...tidak termasuk blogger bangang, jemuan, serta pencacsj dsn penjilat tegar.

      Namun begitu punca mengapa Najib menjadi clueless perlu dikenalpasti dan ditangani....rata-rata sedia maklum Najib dikelilngi penasihat yang dikekalkan dari zaman Pak Lah...siapakah yg membawa mereka masuk dahulu...

      Dlm banyak perkara dasar dan tindakan Najib backfire kepada beliau....sebagai yg empunya tubuh badab...Najib bertanggungjawab sepenuhnya...kerana membenarkan dirinya dikelilingi dan dipengauhi kumpulan punasihat tersebut.

      Persoalannya ..siapakah TUAN BESAR punasihat tersebut...adakah ini sebahagian besar startegi licik untuk membunuh kareer politik Najib untuk memudahkan TUAN BESAR tersebut mencapai cita citanya.

      Adakah TUAN BESAR telah mula menampakkan wajah sebenar

      Delete
  2. Saya harap suara berani Khairy Jamaluddin ini memberikan KOTE kepada ketua -ketua bahagian UMNO yang selama ini tidak berkote dan hanya berani menunjukan kote dengan baju ke meja merah.

    KOTE adalah bahasa paling sopan sebagai istilah senjata lelaki yang digunakan oleh orang Kedah tetapi tidaklah bahasa yang kurang sopan seperti Jemuan.

    ReplyDelete
  3. NAJIB HARUS SEDAR LOCENG AMARAN YANG BERBUNYI ITU BUKAN UNTUK ORANG LAIN TETAPI UNTUK DIRINYA.

    ReplyDelete
  4. Khairy is learning to be 'a true modern' Politian and his aim is to woo the young. He can do it if he really HONEST and CLEAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We hope Encik Khairy is worth his Oxford salt, and his be true repentance for whatever was unruly of him in the past. Amin.

      Delete
    2. yes I agree with 16.29. he must be clean, honest and principled. You will go far as the younger generation are with you. keep clean. and repent.

      Delete
  5. Khairy kena stay relevant knowing that Najib's life as PM is numbered. Didnt we forget he is the right hand man and strong supporter of Najib? I would not be surprise he knows whats next to happen. Kena cari dahan kuat nak berpegang. Ketua Bahagian masih belum bangun!

    ReplyDelete
  6. Syabas. Sikap mendiamkan diri oleh Najib membuatkan semua orang muak. Jawab di sini atau di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  7. TV3 BUAT MALU SAHAJA.

    Sebaik sahaja Khairy memberikan pandangannya yang wajar ini,maka beberapa orang serta merta membangkitkan kelemahannya pengurusan sukan sebagai Menteri Belia. Sebelum ni tak dengar pun.

    Kalau blog ini nak mengampu Najib pun tidaklah perlu tergesa-gesa membuat sendiri segala komen seperti ini.Lihatlah juga dari segi rasional dan objektifnya dan Khairy pun bukan hentam tetapi memberikan komen yang juga menyokong Najib.

    Dia bukan beri komen macam bahlol sebuah ketua bahagian UMNO pada berita jam 8 TV3 yang mengritik Mahathir tanpa intelektualiti langsung seolah olah Mahathir ajar Najib jadi tak betul kerana dia anak didik Najib.

    Kalau baginiah taraf ketua bahjagian menyokong Najib maka habislah Najib.

    TV3 pun tak boleh carikah Ketua bahagian UMNO yang ada akal sedikit . Jangan ingat semua datuk cerdik. Datuk bahlol pun ada,buat malu TV 3 sahaja.
    Ini sama dengan cara hentam Daim dulu yang beri kesan buruk dan tidak diketawakan ramai.

    ReplyDelete
  8. NAJIB SEPATUTNYA SUDAH BOLEH BACA TULISAN DI TEMBOK.

    Berbagai mala petaka dan trajidi yang besar telah berlaku dalam masa pemerentahan Najib:
    Antaranya:
    1- Kemalangan MH370 yang pelek.
    2- Kemalangan MH 17 yang ditembak
    3- Banjir terbesar di Kelantan.
    4- Malaysia di ceroboh di Lahad Datuk yang membunuh tentera Malaysia.
    5- Kemalangan Bas yang dahsyat satu demi satu mengorbankan beratus orang.
    6-Pembunuhan Altantuya wanita asing yang melibatkan pengawal peribadinya sendiri.

    6 - Terkini kawan rapatnya sendiri Jamaluddin Jarjis terbunuh kemalangan helicopter.

    Apakah Najiib belum dapat melihat bahawa semua ini adalah petunjuk dari Allah untuknya mengambil jalan keluar dari terus dilihat semua trajidi buruk di Malaysia adalah berkaitan dengan pemerentahnya..

    ReplyDelete
  9. Tidaklah sewajarnya kenyataan Khairy Jamaluddin itu dipadang serong atau dianggap beliau sebagai oportunis sebaliknya menunjukan bahawa beliau adalah seorang ahli politik yang dapat menciumi dan memahami perasaan rakyat pada keseluruhannya dan tidak terbatas kepada ahli-ahli UMNO sahaja.

    Semuga pandangannya ini memberikan kesedaran kepada lain lain ketua UMNO untuk melihat secara objektif langkah yang seharusnya diambil bagi menjamin masa depan UMNO dan bukannya dengan hanya memakai baju merah untuk tujuk kekuatan.

    ReplyDelete
  10. Saya sungguh malu dengan kenyataan seorang Ketua UMNO Bahagian di TV3 malam ini. Adakah pegawai -pegawai di JPM tak dapat cari orang yang lebih layak untuk disuruh bercakap supaya dapat meyakinkan orang ramai.

    Atau mungkihkah dah tak ada lagi orang UMNO yang cerdik nak cakap sokong Najib???

    ReplyDelete
  11. Patutnya jika rasa sudah tidak dilihat bersih cepat2 undur diri. Jgn sampai terpaksa dikeluarkan. Komen org kuat JaSA lebih kpd mengampu kerana terhutang budi diberi peluang mengetuai JASa. Ingat pengundi tidak bodoh lagi hari ni. Bila dihukum pada PRU14 malang bg semua

    ReplyDelete
  12. saudara anom 21:25.....siapalah kita hendak mengambil kuasa Tuhan dalam perancanganNya keatas sesuatu...begitu jugaklah halnya dengan Najib....Dalam kita mengkritik Najib,agaknya ...kita-kita ni terlupa Najib tak ada kuasapun nak merubah perancangan Tuhan termasuklah dengan insiden terbaru membabitkan arwah Tan Sri Jamalludin Jarjis.MENGUCAPLAH DAN BERISTRFARLAH dalam-dalam.. kot-kot nanti tiada ruang untuk memohon keampunan atas fitnah yang dilempar.

    ReplyDelete
  13. Anon 22.02

    Anon 21.25 hanya sekadar menyatakan takdir yang telah berlaku dan kebetulan takdir Allah SWT itu berlaku dibawah pemerintahan Najib. Setiap takdir Allah SWT itu berlaku ada sebab nya dan bukanlah Anon 21.25 mendahului Tuhan.

    Tepuk dada tanyalah selera sendiri...

    ReplyDelete
  14. Ketua Pengarah JASA, Fuad Zarkashi sudah mengistiharkan gendang perang terhadap Tun M. Bersedialah kerana TV3 telah telah membariskan panglima2 perang saraf untuk menyerang Tun M bermula malam ini!

    ReplyDelete
  15. Menteri Wilayah Datk Seri Tengku Adnan berkata zaman pemerintahan Dr.Mahathir sudah berakhir. Ini bukan agi zamannna lagi tetapi zaman Najib dan Najib sudah bersumpah laknat dalam soal Altantuya. Maka itu persoalannya tidak berbangkit lagi.

    Ya saya setuju,saya rasa berilah masa dan peluang pada Najib pula.

    Bagaimanapun dalam soal sumpah laknat ini timbul keraguan di hati saya kerana lepas sumpah itu berbagai laknat telah ditimpa oleh Allah Subahanahuwataala ke atas negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta pada Agama, Bangsa, dan Negara perlu diberi perhatian yang utama

      Delete
    2. Betulnya Tuan Haji, pelbagai malapetaka luarbiasa telah menimpa negara kita bertahun kebelakangan ini, akan tetapi Najib perlu berhadapan dengan rakyat yang melantiknya sebagai menteri mengenai masalah2 pentadbiran duniawi yang terbukti telah menjejaskan kesejahteraan kaum marhaen Malaysia. Ataupun Tengku Adnan boleh menjawab kita pada zamannya kini?

      Delete
  16. Zaman Tun telah berlalu dan kini adalah zaman Najib.
    Rasanya Tun pun tak berminat nak memerintah semula, kerana dia sendiri yang menamatkan pemerintahannya
    Tun minta kerajaan jawab apa yg menjadi perbincangan banyak pihak.

    ReplyDelete
  17. YB KJ, you have shown your mettle and now is the time for you to show what Pemuda is all about. Nnothing to be scared of. But always remember you must understand the grassroots feeling especially the Y-generation. be changed person we the older generation will support you.

    ReplyDelete
  18. Bnde ni smple je..
    Tmuramah sirul ap sbnarny yg trjdi..
    Scara live n kjujuran psti ad...
    Sirul xkn mnggdai nywany utk najib jika ia x brsalah...

    Rkyat cume ingin tahu siape mastermind...

    ReplyDelete
  19. To Tengku Nan, don't you ever say that "zaman Tun Mahathir is over" It is you, who is a past tense.

    ReplyDelete
  20. Salam Zdr Zam, The fundamental question is the integrity of our Prime Minister.Our Sri Perdana must be occupied by the person of highest integrity.

    In this way White house bremain white regardless which party rule America.
    Look at Nixon under watergate,Look at Bill Clinton,with Monicka Lewinsky. You must tell us what is your roles on this matter. You must faced the ethical commiteey of the congress, otherwise the white house will be contaminated with impurities.

    Dato Najib must do the same thing, Sri Perdana belong to the rakyat and you must come out clean if you want to stay there.Elegent Silence is not a viable choice.
    Country governance,transparency,rule of law, democratic choice,prosperity, harmony, progressiveness, only person who believed and practiced those universal value can stay in Sri Perdana.
    I rest my case Sdr Zam

    ReplyDelete
    Replies
    1. As to the ambition of the leader of a democratic nation:

      "Every man is said to have his peculiar ambition. Whether it be true or not, I can say for one that I have no other so great as that of being truly esteemed of my fellow men, by rendering myself worthy of their esteem. How far I shall succeed in gratifying this ambition, is yet to be developed."
      - Abraham Lincoln

      Datuk Najib ought not to forget that our Malaysia is also a government of the people, by the people, for the people.

      Delete
  21. Apakah bila Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO meminta PM sendiri menjawab kritikan Tun Mahathir terhadap Najib maka sudah berarti beliau menderhaka?
    Saya dapat khabar he was scolded by PMO. Betulke?

    Saya kira suara Khairy ini lebih berkesan kepada mengekalkan keyakinan rakyat kepada UMNO dari suara kampong sesetengah Ketua Bahagian UMNO yang menjadi champion membela Najib tapi menampakan mentality yang rendah. Hati-hatilah.

    Harus hati hati dan jangan silap langkah. Ini adalah penting dalam mempastikan Najib menang dalam pertarungan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor ishak ismail9 April 2015 at 16:19

      Saya melihat peranan KJ seakan sama seperti peranan Najib semasa didalam proses menelanjangkan Pak Lah supaya turun daripada jawatan PM dulu. Kita tahu peneraju utama pada masa itu adalah Chedet (pada saya Pak Lah memang patut turun drp jawatan tersebut) , pada masa itu mahyuddin agak vokal tapi saya yakin isi suaranya adalah drp Najib juga...Najib tahu, malah semua orang tahu jika Pak Lah turun maka Rosmah lah yang akan jadi "First Lady". Pada saya tak salah KJ menebus maruah bapak mertuanya...itu barulah permainan politik "anak jantan" namanya.

      Delete
  22. Maaf Tan Sri...berkesan kah KJ...cuba kita nilai prestasi Pemuda....ke mana hajatuju yg KJ bawa mereka..

    ReplyDelete