Thursday, 16 April 2015

SITI NURHALIZA MERBAHAYA KEPADA DATUK SERI NAJIB

Datuk Siti Nurhaliza
SILA LIHAT ENTRY TERKINI  Rocky's Bru nasihat TV 3, NST: DO NOT DEMONIZE DR M TO DEFEND NAJIB.

Datuk Ahirudin: Terima Kasih. Saudara nampak bahaya yang saya nampak,tapi jika nasihat tak dipakai,biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya- Zam

SITI NURHALIZA........
Sokongan penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kepada Tun Dr. Mahathir dengan katanya
"Tun Tidak Keseorangan" yang tersebar luas dalam media sosial, tidak tersiar dalam mana akhbar-akhbar arus perdana Malaysia hari ini.

Saya telah membeli semua akhbar arus perdana pagi ini untuk melihat dugaan saya benar atau tidak. Ternyata benar!. Saya hanya agak terkejut apabila akhbar The Star dan Sinar Harian yang saya anggap sedikit bebas, juga tidak menyiarkannya.  The Star hanya siarkan oneline tetapi inilah cara The Star menyampaikan berita-berita sensitif.

Saya juga mempersoalkan sikap akhbar Sinar Harian, tetapi fikiran saya maafkannya, kerana ia tidak juga mempromosikan sokongan kepada Najib seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia semuka penuh yang tentunya tidak dibaca ramai kerana sama sahaja ceritanya.

Akhbar NST yang edarannya telah jatuh dengan teruk, menyiarkan berita sokongan dari orang sudah tidak ada kedudukan dalam parti. Masa saya jadi Pengarang Berita Utusan Malaysia dahulu, journalisme mengajar membakul sampahkan berita-berita orang yang tidak berauthoriti dalam parti kecuali Pengerusi atau Setiausaha, malah cakap ahli jawatankuasa sahaja pun tidak dipakai, tetapi barangkali nilai journalisme akhbar cetak juga telah berubah mengikut rentak media sosial.

Semalam NST menyiarkan sepucuk surat pembaca menuduh Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menekan seorang penyanyi dari Singapura kerana bertanya "Siapa Mahathir.”

Saya terlibat secara langsung dalam hal ini ketika menjadi pengarang di Utusan Malaysia. Pertanyaan penyanyi ini iaitu M. Nasir “Siapa Mahathir” menimbulkan kemarahan di seluruh negara seolah-olah memperkecilkan Mahathir yang ketika itu berada dipuncak kesayangan rakyat dan bukannya sokongan yang dipentaskan seperti kepada Najib sekarang.

Rozita Che Wan
Utusan telah menyiarkan reaksi kemarahan rakyat ini kerana mereka mengetahui M. Nasir rakyat Singapura dan masa itu rakyat Malaysia sedang marah pada Singapura dan Menteri Penerangan Mohd Rahmat terpaksa membendung kemarahan rakyat dengan menGgamkan M .Nasir buat sementara dari muncul di RTM.

Kalau “bahlol" dalam sejarah tak usah tulislah untuk menipu atau mengelirukan orang ramai . Hanya tambah menjatuhkan maruah NST yang menyiarkannya.

M. Nasir tidaklah merbahaya kepada Dr. Mahathir seperti apa yang sedang berlaku kepada Najib dengan sokongan ikhlas dan penuh berhemah dari Siti Nurhaliza dan juga pelakon jelita Rozita Che Wan kepada kepada Tun Dr. Mahathir. Jika tidak "Merbahaya” sokongan ini, masakan semua akhbar diminta membenamkan berita ini. Bodohkah semua Ketua Pengarang akhbar sehingga tidak nampak nilai berita ini?

Bagaimanapun harus diingatkan berjuta orang telah membaca berita ini menerusi media social. Sokongan Siti Nurhaliza seorang sudah lebih dari cukup untuk menutop ribuan  sokongan kepada Najib dari seluruh bahagian UMNO,Pemuda UMNO, NGO dan lain-lain  sokongan yang dipentaskan.

Suara Siti Nurhaliza dicintai berjuta manusia dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit. Sokongan dalam pilihan raya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik.

Barangkali wajah artis-artis rakyat ini digeruni kerana suara dan wajah mereka berada di lubuk hati sanubari rakyat seperti lagu Singkong dan Keju yang meresap, membakar dan membangkitkan perasaan marah rakyat Indonesia kepada keluarga Presiden Soeharto sehingga membawa kepada kejatuhannya.

Inilah liriknya:


 SINGKONG & KEJU 

KAU BILANG CINTA PADAKU...
AKU BILANG FIKIR DULU...
SELERA KITA...
TERLALU JAUH...BERBEDA...

BAJU MU DARI PARIS...
SEPATU MU DARI ITALY...
KAU BILANG DEMI GENGSI...
SEMUA SERBA...LUAR NEGERI...
OHH MANA KAH MUNGKIN...
KU IKUTI CARA MU...
YANG PENUH HURA HURA...

AKU SUKA JAIPONG...
KAU SUKA DISKO...OHH OHH OHHH.....
AKU SUKA SINGKONG...
KAU SUKA KEJU...OHHH OHH OHHH....

AKU DAMBAKAN...SEORANG GADIS...
YANG SEDERHANA...
AKU INI...HANYA...ANAK SINGKONG...
AKU...HANYA...ANAK SINGKONG....






PEMINAT TETAP HURUNG TUN MAHATGHIR( Pic dari Malaysiakini)

Walau mengadu “keseorangan” tanpa penyokong, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dihurung para peminat di Masjid Negara hari ini.

Video yang dimuatkan seorang bekas wartawan, Firdaus Abdullah menunjukkan bekas PM itu gembira dengan layanan sedemikian.

Selain berjabat tangan, Mahathir turut memenuhi permintaan para peminatnya untuk bergambar-
Malaysiakini.







Published: Sunday April 19, 2015 MYT 1:10:00 PM
You’re not alone, Muhyiddin tells Dr Mahathir

“Telling the truth and standing up has been your trademark since you were a young doctor and an ordinary Umno member.

Dr Mahathir and Muhyiddin chatting before the start of the forum at PWTC on Sunday
“Let me assure you, sir that you are not alone,” said Muhyiddin during his keynote speech at at anti-war forum at the Putra World Trade Centre on Sunday which was attended by Dr Mahathir and his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
He added that Dr Mahathir had always stood up for what he believed in and saluted the former prime minister for having the guts to stand up to world superpowers in making a stand against war- STAR ONLINE..
























35 comments:

  1. Semalam Berita TV3, mereka boleh ambil pejalan kaki, di tepi kaki-lima, minta pendapat, mengapa Jabatan Bengkok tidak lagi sesuai untuk dibina. Menyampak betul saya dengar. Issue Jambatan Bengkok yang TV3 lebih utamakan. Lepas tu minta pandangan dari orang yang siapa pun tak kenal. Pasal hal, Tun pun dah kata; "Kalau tak da Jambatan Bengkok, saya mati ka?"

    Dulu saya rajin juga tengok TV3, pasal banyak berita negatif mengenai Pakatan. Tapi sekarang ni banyak pula cerita negatif mengenai Tun Dr.M. Naik meluat saya, tak ingin lagi tengok berita dari buletin TV3.

    Kalau ya pun nak bela Najib, tolong lah jawab apa yang Tun dan ramai tanya mengenai 1MDB. Takkan TV3 tak tahu Tun Dr.M ada ramai pengikut yang juga penyokong UMNO. Jangan jadi bangang, sehingga menyakiti hati penyokong sendiri.

    Cara Pemuda UMNO bidas Jho Low yang mengaitkan UMNO sebagai kaki-spin pun, tak betul. Pada hakikatnya media pro-Pembangkang yang pertama mainkan issue 1MDB. Keluarkan lah berita dari Malaysia Kini, New York Times yang pertama siar gambar Jho Low dan Paris Hilton berpesta arak? Apa nak takut sangat petik dari mereka. Setakat kutuk Jho Low dan menafikan bahawa UMNO cuba 'mengkambing-hitamkan' seorang anak-Cina, tidak memadai. Sepatutnya UMNO boleh menuduh Jho Low cuba membangkitkan issue perkauman untuk membela-diri.

    Tengok apa yang Najib sudah lakukan kepada Negara dengan 'kegemarannya' menggunakan 'orang-tengah', tak tau dari mana, dalam urusan kerajaan.

    - Sebagai Menteri Pertahanan: Beli kapalselam guna Razak Baginda (Sedara, krini?) sebagai 'orang-tengah'. Altantuya terbunuh. Hampir 10 tahun rakyat masih sangsi bila mahkamah sudah hukum mati 2 anggota Polis. Tak tahu siapa beri arahan pulak. Kebayar komisen RM500 Million.

    - Hutang bagi pihak rakyat 42+3 billion. Guna Jho Low sebagai 'orang-tengah' atau consultant. Lesap bagi komisen USD700 million??? Akhirnya jadi masaalah perkauman UMNO (Melayu) - Cina, pulak.

    DS Ismail Sabri Yaakop KPDNKK, sebagai juara 'Jihad Memerangi Orang-Tengah' lebih baik, tegur PM kesayangan supaya berhenti guna 'orang-tengah' dalam urusan kerajaan. Walk-the-Talk.
    Payah-payah sangat berhenti jadi Perdana Menteri, lagi senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let PAS,..UMNO,..and all that is relevant to the Malays burn,.let all the Fanatics..all the cronies raze to the ground with their worthless leaders..lets pray from the ashes rises someone who has Islam,..Malay and Malaysia in his heart..

      Delete
  2. Eloklah TV 3 dan RTM mengharamkan tayangan sebarang program hiburan Siti Nurhaliza dan drama Rozita dan TV3 carilah artis artis lain untuk bincang dan kutuk kedua artis ini kerana tidak tahu mengenang jasa kerajaan, Najib, Rosmah dan lain lain.Suatu slot khas harus ada di TV 3 untuk kutuk Sit Nurhaliza tiap-tiap malam macam yang dibuat kepada Mahathir. Banyak ulak ayak boleh turut serta dalam program..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik puan siti badariah...
      awatlah hang bangang bengong sgt ni...
      kita punya suka lah nk sokong sape2...
      kita sokong apa Tun kata sbb kata yg Tun lontarkan bukan tuduhan tetapi pertanyaan....
      jadi, klu kita nk sokong apa Tun katakan, salah kah...
      kita pun nak tau apa sebnrnya yg brlaku....
      hang tau dak.... saya brpendapat Dato Siti n Che Ta sokong Tun bkn apa, depa berdua tu pun mcm kami ni jg, nk jawapan sebenarnya disebalik isu altantuya, 1mdb n mcm2 lagi...
      aku kesian kat hang ni ......

      Delete
    2. Cik siti badariah tu cakap srupa perli... Away anon 2.47tak faham..

      Delete
  3. Rasanya artis-artis ini lebih mempunyai adab daripada beberapa ahli UMNO yang memperlekehkan TunM keran menjadi pengampu2 Najib. Kudos to Siti and Che Ta! We all care about Malaysia. This is not a personal war between TunM vs Najib. It's the battle between rakyat who wants to know the answer to all the questions posed. TunM is just voicing it out for us. Susah sangatkah Najib nak jawab???

    ReplyDelete
  4. Siti Norbaya Lipis.16 April 2015 at 21:21

    Kiranya selepas seruan Sultan Pahang meminta rakyat menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib,maka Siti Nurhaliza mengubah suaranya,maka rakyat hendaklah berpegang kepada suara asalnnya kerana itulah yang datang suara hatinya.

    ReplyDelete
  5. Hafiz Termerloh16 April 2015 at 21:25

    Sebagai seorang rakyat Pahang saya mahu agar kurniaan Datuk kepada Siti Nurhaliza ditarik balik. Dia mesti ingat yang dia adalah anak Pahang dan Perdana Menteri Najib adalah orang Pahang dan tentunya seruan Sultan Pahang supaya rakyat menyokong Najib terbit dari rasa tersinggung baginda kerana Siti sokong Tun Dr.Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam memilih Perdana Menteri yang baik untuk Bangsa, Agama dan Negara, kita tidak sepatutnya memainkan semangat kenegerian yang sempit.
      Harap Maaf.

      Delete
    2. Ini orang tarak pakai otak.Awat hang ingat Najib perintah Pãhang sajaka?Tolak Ah Jib Gor.!! Dia sudah merapu...

      Delete
    3. Bola sepak Negara perlu kepada kepimpinan baru yang berwibawa.

      Delete
    4. Sila bawa Najib balik Pahang jadi Menteri Besar. Silakan.

      Delete
    5. Sorry to say... sempitnya pandangan hafiz temerloh...

      Delete
  6. Fuad Kg. Baharu16 April 2015 at 22:03

    Orang-orang dalam TV3 sendiri sedang menyebarkan berita tentang Buletin Utama TV3 telah jatuh merudum kerana menyiarkan berita berita tidak berkulaiti untuk semata -mata memburukan Tun Dr.Mahathir dan membela PM Najib.

    Saya harap pihak TV3 mengeluarkan kenyataan memberikan kedudukan rating TV3 yang sebenarnya supaya diketahui umum bahawa penyebaran kabar angin adalah lebih buruk dari keadaan yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada org tengok tv 3 suku..

      Delete
    2. Tv 3 1/4 .hehehe...Ada setuju???

      Delete
    3. aku pon dah lama tak tgk TV3

      Delete
  7. What do we all agree is that as number one singer, Siti’s voice alone depicts the majority voices of Malaysians. We are all Tun M. Very good writing to be heeded Tan Sri.

    ReplyDelete
  8. Episod kali ni sama mcm pakatan negara2 arab menyerang Yeman, Israel tepok tangan x payah susah2 nk serang negara arab mrk sama2 bergaduh/brbunuh....
    Melayu sesama melayu bergaduh, kaum cina x susah2 , mrk syok pulak menonton... melayu2 semua sama baik golongan bangsawan hingga petani.... tak jujur, bodek n tak senang tengok org lain senang...... kome pikio le sikit....

    ReplyDelete
  9. cukup le fam dan bolasepak malaysia aje lingkup...... (yg faham....faham.... tak paham sudah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I understand you bro.... the Harimau Malaya has been gone downhill for so long does the president understand football at all?

      Delete
  10. sepatutnya tv3 turun ke kampung tanya apasal rakyat dan ahli umno bawahan dah semakin keliru dengan kerajaan dan presiden yang ada sekarang. Bagi brim 3x setahun dan langsai dalm masa 3 hari juga.
    Bagi brim hanya pada yang layak sebaliknya semua rakyat yang bernafas , tak kira samada baru menetas atau tua, sihat atau sakit , di bandar atau di desa , asli atau bukan asli di negara ini , sehari 24 jam setahun 365 hari membayar cukai GST dan terpaksa menanggung kenaikan harga barang akibat kelemahan penguatkuasaan kerajaan terhadap pelaksanaan dasar tersebut.
    Kalau tak mampu mengekang kenaikan harga barang dan penipuan, harap pak menteri dan wakil rakyat janganlah hanya pandai bercakap saja supaya pengguna bijak.
    Duit poket rakyat yang keluar 24 jam bukan boleh ditambah dengan bercakap siang dan malam. kerajaan marahkan peniaga..sedangkan golongan besar kaum peniaga di negara ini menipu adalah satu kebanggaan teradisi kaum nya. Tak kan pak menteri tak kaji itu semua atau pakai angguk kepala saja.
    Kalau nak kekal lama jadi pak menteri malaysia perlu ada hala tuju yang tersendiri..jangan pakai ikut negara lain hantam keromo saja buat di malaysia nanti buruk padahnya.

    ReplyDelete
  11. Suami Datuk Siti berasal dari Kedah. Che Ta memang orang Kedah. Bagaimana keadaannya jika selepas ini Sultan Kedah pula mengeluarkan kenyatan menyeru rakyat negerinya menyokong Datuk Mukhriz sebagai MB?

    ReplyDelete
  12. Tan Sri ,

    Boleh kah Malaysia menjadi negara maju yang mengamalkan sistem demokrasi terbuka atau berpatah balik ke zaman silam jika cara yang dipamerkan ini terus diamalkan ?

    ReplyDelete
  13. nor ishak ismail17 April 2015 at 08:22

    Saya sgt bersetuju dgn titah baginda Sultan Pahang yg menyeru rakyat menyokong penuh Najib. Jangan sesekali kacau Najib demi keamanan dan kesejahjteraan rakyat. Biarkan saja Najib buat kerjanya sesuka hati yang penting jiwanya tenang. Terbukti Najib adalah seorang yang tersangat rajin. Tanpa disuruh malah secara senyap-senyap beliau mengelilinggi dunia, main golf dgn pemimpin no. 1 dunia, dalam masa yang sama sempat juga tempah "jet mewah", malah tanpa 'break" terus berseorangan jenguk banjir ala mini tsunami di Kelantan. Masa tu {pada mula seorangpun tak tahu} beliau telah berkorban untuk negara dgn meninggalkan isteri tercinta di Amerika selaras dgn selogan "rakyat didahulukan". Saya sgt banga dgn PM kita ini. Marilah kita bersama baginda sultan memasang doa agar kepimpinan Najib kekal dan beri sokongan dan jangan mengkritik. Begitu juga pada Siti Norhaliza jangan sesekali menderhaka.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Intipati hal ini ialah tiap seorang kita perlu buang daripada dirinya sifat2 tercela dan sebaliknya menanam sifat2 terpuji. Jangan sekali tamak, dengki dan khianat; tetapi peliharalah kemurahan hati, rendah diri, kebijaksanaan, dan berani dalam kebenaran.

      Delete
  14. Pada pendapat hamba, kelmarin adalah hari paling tidak 'sihat' untuk Institusi Raja yang hamba amat junjung-tinggi dan kasihi.

    Dalam suasana politik hari ini, masyarakat bumiputera dan Melayu amnya, amat-amat memerlukan Institusi Raja-Raja, sebagai 'last line of defense'. Hamba anggap Institusi Raja seperti 'Harta-pusaka' kepada orang Melayu. Dalam keadaan Melayu sudah pecah 3, dan mungkin 4, Tuanku Sultan, tidak molek sama-sekali membayangkan sokongan kepada ahli politik atau mana-mana Party politik. Jika Tuanku kerap mengeluarkan kenyataan atau pendapat mengenai Politik, takut nanti pemberita ambil kesempatan, sentiasa tanya Tuanku soalan mengenai Politik juga, untuk diputar-belit. Sebagai contoh: Malaysian Insider pernah 'spin' atau memutar-belit kenyataan mengenai persidangan Raja-Raja.

    Jika ini kerap berlaku, Institusi Raja akan di tuduh campur-tangan dalam Politik tanahair. Syak-wasangka akan timbul, bahawa ada campur-tangan Istana dalam 'memenangkan' Ahli Politik, menjawat sesuatu jawatan dalam kerajaan. Sudah tentu ini membawa message tidak baik untuk kesejahteraan Negara dan Institusi Raja sendiri.

    Ampun Tuanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor ishak ismail17 April 2015 at 17:07

      Tak apa Raja bagi komen sedikit prihal politik negara sebab kita ada ramai Raja, tak silap ada 9 yang maha mulia, itu belum lagi tambah raja Melaka yang bersemayam di Gombak. Di Negeri Sembilan ada 4 Tok Undang yang tarafnya sama macam Raja. Kita tak sama macam negara lain yang ada 1 raja je. Biarlah mereka yang maha mulia ini memberi pendapat masing-masing. Kita tak mahu raja ini dilabel sebagai "harta pusaka" macam Tanah Rezab Melayu atau Rezab Hutan, apa dah jadi pada tanah ini, semuanya telah disondol oleh kaum cina.

      Kita orang Melayu ini sudah sangat jauh dibuai dengan berbagai slogan dan simbol itu simbol ini. Saya juga tertarik dengan slogan "last line of defense". Menyebut pasal "defense" ini ingin saya bertanya, andainya negara tercinta ini diserang musuh agaknya lah siapa yang caklibut (lari) dulu?...

      Delete
    2. Saudara Nor Ishak Ismail perlu kaji secara mendalam maksud 'defense' dan 'harta-pusaka' yang saya maksudkan. Pasal tu saya taip bracket dengan prime-mark bagi kedua-duanya. Ia tidak boleh dijual-beli seperti "Tanah Rezab Melayu atau Rezab Hutan".

      Jika Negara di serang, saya pasti mereka akan hantar keluarga tersayang, keluar Negara terlebih dahulu. Samada mereka sendiri tinggal untuk berjuang bersama rakyat atau lari, kita tidak berhak merumuskan sesuatu keadaan yang belum terjadi.

      Jika kita sendiri pengecut, jangan beranggapan orang lain juga pengecut seperti kita. Demi Agama, Bangsa dan Negara, seorang pengecut semasa aman, kemungkinan besar menjadi berani di medan perang.

      Delete
    3. Dalam blog kadiaq,apanama pun sdr ada komen.rajin kawan tulis.Saya setuju pendapat sdr.Ada umph.Saya sokong sdr.

      Delete
  15. Perkiraan mudah GST
    ANDAIAN
    Belanja sehari setiap isi rumah RM50
    Rm50 x 30 hari =rm1500 sebulan
    Gst rm1500 × rm0.06= rm90
    Rm90 × 12 bulan=rm1080 setahun
    Rm1080 × 20 juta penduduk=rm 21,600,000,000 setahun

    Dan berape yg rakyat dapat dari jumlah gst yg kerajaan dapat?
    Kuasa beli rakyat atau kerajaan?


    Siapa yg tindas siapa?

    ReplyDelete
  16. SEKARANG BUKAN LAGI BERITA BENAR YG DISAJIKAN KPD RAKYAT,TP HANYA FITNAH DAN BODEK KPD PEMIMPIN

    ReplyDelete
  17. Kenapalah rami sangat yg nak mendurhaka? bodohnya kau orang ni,Kalau tak suka kat Najib dan rasa Malaysia ni tak selamat ajaklah mahadir lari kenegara lain yg rasanya lebih selamat tak payah nak selamat orang lain dlm Malaysia ni sebab kamisemua ni sedang duduk dalam aman dan damai.Dan kpd siti norhaliza lebih kembali kepangkal jalan jangan lupada diri,lebih baik sedar diri.

    ReplyDelete
  18. Apa yg ko network ni 11.35. Tak bagus komen ko ni.

    ReplyDelete