Saturday, 18 April 2015

PEGUAM MAHU MAHATHIR SUBHAT DENGAN BANDUAN GULINGKAN NAJIB


Alhamdulillah.. akhirnya TPM indirectly keluar statement support TDM.
ReplyDelete

Cadangan seorang peguam dan Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim supaya  Tun Dr.Mahathir berganding bahu dengan banduan Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Najib adalah suatu penghinaan terhadap nilai moral Tun Dr.Mahathir dan meletakannya sebagai political animal yang sangat liar.

Mahathir dianggap boleh berkawan dengan penjenayah dan memaafkan perogol lelaki demi untuk mencapai matlamat politiknya

Dalam tulisan terkininya Zaid   dengan mudah  mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik semula dan bekerjasama dengan  musuhnya  itu bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Zaid  mahu orang ramai melihat pertemuan yang dikatakan berlaku antara  Azmin Ali(Menteri Besar Selangor)  dengan Dr Mahathir(betul ke?) dan  Mahathir menziarahi pengkebumian bapa Anwar  sebagai  langkah Mahathir untuk berbaik-baik  semula dengan Anwar dan memaafkan kesilapannya.

Ini adalah khayalan liar  Zaid Ibrahim yang dibuai sentimen dan kefanatikan kepada Anwar Ibrahim ke pringkat mengenepikan kedaulatan undang-undang  sehingga  ternampak banduan sebagai panglima jihad.Apa yang halal bagi kita sekalipun haram belum tentu halal bagi orang yang berpegang  haram tetap haram.

Sewajarnya Zaid sebagai seorang peguam lebih seimbang dalam membuat penilaian  dan lebih realistik .Jika benar pertemuan itu berlaku maka ia harus dilihat sebagai usaha Mahathir untuk mengenepikan Anwar Ibrahim  dari PKR  dengan Azmin diminta merintis usaha  ini untuk membolehkan kerjasama  UMNO dengan PKR..

Dengan Anwar berada dalam penjara maka usaha murni ini lebih mudah untuk dilakukan.
Zaid tidak seharusnya mencemarkan perjuangan Mahathir untuk membetulkan kepimpinan negara dengan gambaran kesanggupannya bersubhat dengan seorang yang dimuktamadkan oleh Mahkamah sebagai penjenayah homosexual.
Seorang peguam tidak sewajarnya  membiarkan sentimen peribadi menguasai diri sehingga beliau membuat suatu pembacaan politik yang salah meletakan Tun Dr.Mahathir sebagai political animal yang sangat liar ,seolah-olah Mahathir  tidak mempunyai nilai moral dalam politik.
Apakah Zaid memikirkan Mahathir  sanggup memaafkan  orang yang  telah memporakperandakan  orang Melayu dan mengotori imej  Islam di negara ini?
Tulisan ini menyerlahkan  mengapa Zaid tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam  pemerentahan Mahahtir .Beliau terus  tidak dapat menjiwai perjuangan  Mahathir dan masih tidak dapat membaca nilai politik Mahathir.
Bahawa  Mahathir menziarahi jenazah bapa Anwar Ibrahim bukanlah berarti Mahathir memaafkan dosa besar Anwar kepada UMNO dan orang Melayu tetapi adalah kerana menghormati rakan lamanya dalam politik.
Allahyahham Pak Ibrahim adalah juga kawan saya kerana semasa beliau menjadi anggota Parlimen ,saya adalah pemberita yang sering meliputinya  . Allahyarham adalah seorang anggota Parlimen yang terbilang dan  berkualiti dan seorang sahabat baik kepada Dr.Mahathir.
Apakah kerana anaknya yang jahat maka seorang kawan tidak seharusnya menghormati sahabatnya?

38 comments:

  1. Tuan Zam.kan politik menghalakan yg haram dan mengharamkan yang halal.tujuan menghalalkan cara.kepimpinan politik tanah air ku ini semakin membingungkan.selepas Najib,Dr M melihat apakah mahyudin tak layak?kerana yg memilih pm selepas era Dr m adalah pemilihan yg gagal atau silap.siapa pencaturnya?mungkin yg berada didalam penjara di lihat layak atau selepas Najib senarai pm akan berpindah Ke sebelah sana.jadi sebelum apa terjadi atau bakal terjadi kepada kepimpinan dulu ,Dr M mendahului langkah melobi anwar sebagai bakal pm.dan apa salah nya kalau anwar jadi pm.kesian dia dah dua kali masuk penjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju penuh tetapi dengan syarat dia sumpah Quran di Masjid Negara dihadapan jemaah Jumaat bahawa dia tak akan tutuh pungkok lagi.

      Delete
    2. Ada kah bersumpah dengan memegang Al-Qur'an itu di benarkan oleh ISLAM? Bukan kah bersumpah dengan cara itu menyerupai perbuatan orang orang kristian walau pun "BIBLE" yang di pegang itu bukan yang tulin.
      Dalam hal ini berapa banyak perbuatan orang ISLAM yang tidak mengikut SUNNAH. Yang jelas adalah "UPACARA NIKAH KHAWIN". Yang di lihat ISLAMIK hanya upara "AKAD" sahaja. Yang lain lain ada lah adaptasi di agama kristian(sarung cincin) dan agama HINDU(bersanding dengan rinjisan air mawar, pulut kuning,sirih junjung dan banyak lagi perkara yang khurafat). Kalau setakat satu mengikut ajaran ISLAM dan bayak yang lain tidak mengikut sunah, bagai mana pula kah agak nya.

      Dari ayat yang berbunyi, " BAHAWA DIA TAK AKAN TUTUH PUNGKOK LAGI" pada saya hanya hear-say kalau saudara tidak benar benar menyaksikan nya. Jangan lah sekelumit pahala yang saudara miliki di "HADIAH" kan kepada mereka yang saudara caci, maki serta menuduh tanpa asas.

      Delete
    3. "...politik menghalakan yg haram dan mengharamkan yang halal.tujuan menghalalkan cara.,."

      Nie mana punya ideologi nie?,..tak perlu politik untuk menghalalkan yang haram,..kalau nafsu melebihi akal sudah cukup untuk menghalalkan apa sajer,..
      Sekiranya Anwar masih lagi dianggap relevan i suggest u consider Ah Meng kat zoo jadi PM,...so Shafie tak perlu lagi lawan kes liwat,..and everybody can enjoy their peace without looking if Anwar is behind them,..

      Delete
    4. Sumpah dengan cara apapun tidak akan menakutkan orang yang tidak beriman. Kepada Anawr Ibrahim bersumpah depan kaabah pun mungkin dia sanggup buat.

      Awak tak kenal Anwar Ibrahim sehingga pungkok awak ditutuh baru awak percaya. . Mahathir bukan senang nak percaya sehingga seorang driver mengaku sendiri.Fanatik awak berpada-padalah.

      Delete
    5. Saadun Sulaiman,

      Saya lebih nampak hujah lembap lebih 10 orang pasukan peguam bela yang cakap belit-belit, hujah balas yang kukuh oleh lima orang pasukan pendakwa yang mematahkan segala hujah mereka, 7 orang hakim mahkamah termasuk yang pada awalnya mendapati dia tidak bersalah (Mahk. Tinggi), 9 orang doktor dan kakitangan hospital dan saksi forensic DNA yang tidak dapat di sangkal oleh pakar DNA pembelaan - daripada hujah awak yang dangkal.

      Soalan soalan cepumas yang tidak terjawab ialah bagaimana air mani dia dijumpai di dua tempat - dalam dubur orang lain dan melekat pada seluar dalam orang lain. Itulah misteri paling besar yang masih tidak terjawab oleh orang dangkal macam awak.

      Misteri kedua pula ialah dia telah gemparkan dunia akan membela diri dengan 11 orang 'alibi' atau saksi yang ada bersama dia pada waktu dia dituduh meliwat, termasuk isteri dia sendiri.

      Tetapi bila sampai masa turun ke gelanggang, si hero kata pembelaan 11 orang 'alibi' pula tak jadi. Dia tidak akan memanggil 11 orang sahabat kawannya yang berada bersama nya sebagai 'alibi'. Tetapi misteri yang lebih besar pula ialah kenapa isteri sendiri pun tidak dipanggil sebagai alibi? Apakah dia takut isteri sendiri akan derhaka terhadapnya dan tidak sanggup berbohong dalam mahkamah?

      Dan yang paling lucu pula ialah apabila berita liwat mula tersebar dia terus lari ke kedutaan Turki pula. Macam kucing dalam ketakutan lari panjat pokok terdekat. Semua ini adalah bukti yang nyata bahawa peliwat tegar seantero dunia adalah penghuni jamban itu.

      Dan yang malukan dirinya lagi dalam mahkamah ialah permintaan dia untuk menghisap pelir budak itu ditolak pula. Ptui !

      Delete
    6. Diatas sifat maknusia banyak melakukan kesilapan sebab syaitan sentiasa mencari ruang untok menyesatkan hamba2a allah terutama sekali umat nabi muhamma saw.hak menjatuhkan hukuman adala hak mutlak allah subahanallah tak allah bukan pada maknusia walau taraf wal. Kalau orang yang benar2 menhayati ajaran agama islam yang sebenar2nya, bersedialah kamu wahai hamba2 ku menmaafkan kesalahan orang yang bertaubat dari melakukan kesilapan. Alang nabi mengampunkan umat inikan kita sesama umatnya hamba allah.subahanallah,cetek sungguh pengetahuan hamba allah yang mengsku telah beriman pada yang maha esa. Sepatutnya kita harus bersyuhkur dengan kurnia allah yang telah membuka hati tun mengaku akan kesilapan dirinya dan berusaha memperbaiki kesilapan agar maruah bangsa dan keagung agama dapat sama diperjuangkab dan dikembalikan seterusnya kegelisahan rakyaat yang berbilang kaum tertekan dengab pelbagai senario dalam pentakbiran dan pengurusan kerajaan dapat dikembalikan selama 58tahun menjaga kepentingan rakyaat dan kemakmuran begara aman damai. Kalau mengikut sejarah rasululloh pernah bekerjasama dengan kaum2 yang bermusuh dengan nya demi memupuk perpaduan dan kedamaian. Banyak kan betistifar dan balik lah kepangkuan ajaran kallamulloh supaya dapat duduk bermusyawarah demi kesejahteraan dan keamanan agama bangsa dan negara. Tahniah pada tun semoga niat tun nak nenyatupadukan kembali semua rakyaat tak kira bangsa dan agama diberkati allah insyallah.

      Delete
  2. Salam Tan Sri.
    Apa yang nak diherankan sangat tentang perangai kaum sondol ni.Bukan kah dlm kamus politik mereka enemy of my enemy is my friend dan matlamat bolih menghalalkan cara.Nauzubillah.

    ReplyDelete
  3. Mungkin bagi Zaid peliwat bukan perkara besar, tapi bagi Tun and majority orang melayu ia adalah perkara besar. Tun tidak akan berkompromi dengan seorang peliwat. Berkerjasama mungkin, tapi untuk bersetuju anwar menjadi PM, tidak mungkin. Over my dead body!

    Persoalan penting sekarang ialah kenapa Azmin masih nak berpaut kat Anwar. Ini masa terbaik buatnya untuk membebaskan dirinya dari cengkaman Anwar dan melakar penjalanan politiknya sendiri. Anwar is already history! Jalan terbaik ialah untuk bawa pengikut pengikut dia dalam PKR untuk masuk UMNO.

    Masaalah buat dia sekarang ialah kedudukan dia sebagai MB. Adakah dia mempunyai sokongan mencukupi dari PAS dan PKR. Kalau dia bolih berkerjasama dengan UMNO dan PAS, dia tidak memerlukan DAP untuk kekal MB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya adalah rakan Zam. Kami pernah jumpa Tun Mahathir dan memberitahu tentang rungutan orang ramai terhadap seorang "Menteri" yang buas dan terlalu gelojoh.

      Apa kata Mahatir kepada kami" Kapala atas dia bagus tetapi kapal bawah dia tak bagus". Kami ketawa besar.

      Kami nampak dia ada sedikit toleransi terhadap lelaki playboy tetapi dia tak boleh terima samasekali orang main belakang. Namun Zaid boleh terima kaki tutuh pungkok. Dia mesti ambil kes lelaki tutuh lelaki untuk dibela.i

      Delete
  4. Lawyer, itu lah kerja mereka. 'By hook or by crook', mereka mesti mahu menang perbicaraan atau sesuatu percaturan. Dengan sex-maniac dan peliwat pun mereka sanggup bekerjasama, demi 'pocket', tanpa mengambil-kira, majority Rakyat setuju atau pun tidak.
    Lawyer, mereka bela perasuah, perompak, penyamun, peliwat, perogol. Mangsa pun mereka bela. Seperti pisau bermata-dua, mereka boleh makan kedua-dua belah.

    Pasal tu Dr.M pernah berkata: "Kalau terjumpa ular dan lawyer, bunuh ular kemudian".
    Begitulah, lebih-kurang kata beliau.

    ReplyDelete
  5. saya lebih melihat zaid cuba memburukkan tdm. nampak gaya, zaid ni sokong ah jib gor. cara memburukkan imej tdm dan mengalihkan serangan, kritikan, tekanan daripada ah jib gor kepada tdm. ada la yang nak dipikat zaid tu. pengganti orang yang dah tiada kot?

    ReplyDelete
  6. Betul TS Zam. Zaid ini memang suka mengarut.

    ReplyDelete
  7. Tak sudah2 zalimi diri sendiri...
    umur dah tua masing2...

    ReplyDelete
  8. Ada satu teori menarik tentang kenapa Tun selalu menghadapi masaalah pengganti ni.

    Ia bermula tahun 1981 semasa Tun mengambil alih PM dari Tun Hussin. Beliau berjanji mengambil Ku Li sebagai DPM. Tetapi beliau mungkir. Tak tahu apa sebabnya. Akhirnya Ku Li tewas dengan Musa Hitam dalam pemilihan UMNO.

    Sekarang sudah masuk 3 kali Tun dihantui musibah ini. Tun yang pilih pengganti and Tun sendiri yang singkirkan pengganti itu. Pertama, Anwar, kedua Pak Lah and sekarang Najib. Selagi Tun tak tunaikan janji 1981 dulu selagi tu musibah ini akan berlarutan.

    ReplyDelete
  9. Sejarah Anwar sepatutnya sudah dinoktahkan untuk terus berpolitik dan menjadi pemimpin di Malaysia. Dia tidak diperlukan lagi dan oleh itu meminta sesiapa sahaja termasuk Mahathir untuk berganding dengan Anwar umpama minta bulan jatuh ke riba.

    Mahathir tidak memerlukan Anwar tetapi jika penyokong Anwar bijak mereka boleh tumpang berteduh, Memadailah setiap rakyat negara ini berada di belakang Mahathir yang keseorangan.

    ReplyDelete
  10. Salam Tan Sri.

    Peringkat pertama....dia nmpk jujur dan ikut serta dlm 'menyokong' Tun M mengkritik Najib....rupa2nya....agenda besar dan objektif dia sudah disusun...

    ."dia mahu kaki pungkok menjadi PM" sesudah itu.

    Dia terang2 sebut lebih kurang begini......" KuLi cuma sbgai 'gate keeper' .

    Tun M tidak sebodoh itu...mahu besekongkol dgn kaki pungkok....hingga meletak dia sbgai PM.

    Inilah dia Tan Sri...org2 yg cuma sayang pd kebendaan....dunia dan duit ringgit sahaja......senada dgn kafir.

    Bagi mereka politik dan ugama mcm minyak dan air... tidak boleh bercampur.

    Seperkara lagi...Zaid dan kaki pungkok memang kuat ke hala 'Moderation ala The Star' ...yg menerima LGBT atas nama 'Human Rights' dan UGAMA DITEMPAT KE2 ATAU TIDAK PENTING LAGI.

    Dia pun Islam..dan kaki pungkok pun sama....tetapi tahukah mereka apa itu haram...halal dosa dan pahala?

    Mereka serupa...

    Kita pun jgn lupa....Presiden Parti Melayu Umno pun termakan dan turut menyokong "Moderation ala the Star"...hingga sibahlul Menteri menyarung T shirt Moderation menyokong......kesian dia..sbab Boss suruh agaknya.

    Apa pun minta Zaid simpan cadangan dia untuk diri sediri sahajalah....dan kalau dia jujur hendak 'singkir' Najib....dia buatlah pelan dan cara yg dia rasa patut.....tidak perlu menyokong dan nenunjuk ajar Tun M.

    Terima Kasih.


    ReplyDelete
  11. Quran verses on the walls of Havard University
    http://archiveislam.com/quran-verses-on-the-walls-of-harvard-university.html

    "O ye who believe!
    Stand out firmly for justice, as witnesses
    To Allah, even as against
    Yourselves, or your parents,
    Or your kin, and whether
    It be (against) rich or poor:
    For Allah can best protect both."

    ReplyDelete
  12. TS tak perlu layan Zaid ni.dia sendiri tak sebulu dgn Anwar psl tu dia kuar PKR nak cadang TDM bersatu dgn tuk 'jatuhkan' DSNajib.ade akai ker

    ReplyDelete
  13. MAHKAMAH SYARIAH DIPINGGIRKAN?....
    Bagi yang beragama Islam jangan lupa bahawa kita beragama Islam, jangan menilai hanya dari perspektif undang-undang sekular semata-mata. Mahkamah Sivil yang tidak menggunakan undang-undang Islam membicarakan pertuduhan terhadap DSAI melakukan liwat menjatuhkan hukuman DSAI sebagai bersalah tidak boleh dterima oleh orang yang mengaku dirinya beragama Islam.

    Selama mana perbicaraan itu tidak mengikut landasan syariah selama itulah DSAI tidak boleh dijatuhi sebagai bersalah.

    Kes keputusan oleh Mahkamah Sivil itu harus dilihat sebagai Ujian Drpd Allah SWT sejauh mana rakyat yang beragama Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya mahukan undang-undang Islam diterima pakai atau tidak.

    Hakim-hakim yang beragama Islam yang tidak menggunakan undang-undang Islam dan membicarakan di mahkamah yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an bagi kes pertuduhan terhadap liwat itu seharusnya menyedari bahawa Allah SWT. Berfirman:
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    Yang maksudnya: ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.] [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

    Membiarkan saja keputusan Mahkamah Sivil tidak menggunakan undang-undang Islam bagi menjatuhkan hukuman terhadap pertuduhan meliwat itu (terhadap yang tertuduh yg beragama Islam dan yang menuduh juga adalah beragama Islam) adalah merupakan satu manifestasi sebagai bersetuju dan akur dengan keputusan mahkamah itu. Pada hal keputusan tersebut dari perspektif Islam adalah merupakan satu kemungkaran telah dilakukan.... Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan.” [Hadis Riwayat Abu Daud.].

    Keptusan oleh Mahkamah Sivil itu adalah merupakan Mahkamah Sivil itu sendiri melakukan jenayah QAZAF mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 36 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syed Alhadi AlHafiz18 April 2015 at 18:04

      Bolehkah kita guna pakai undang-undanvg syariah ketas manusia yang dulunya menjasi Ketua ABIM tetapi percaya kepada pluralisme agama dan terbukti boleh menari dan menyanyi diatas pentas yang menjatukan maruah pemimpin Islam di negara ini

      Tidakkah wajar jika dia dihukum pancung kerana berselindong disebalik ABIM. Munafik dan hipokrasi yang dahsyat sekali. Adakah tuan boleh berfkir Haji Hadi ,Nik Aziz atau mufti akan menari atas pentas sebagai ulama dan sebagai pemimpin Islam seperti apa yang dilakukan oleh dramatis dan pelakon jalanan Anwar Ibrahim. Awak tak tengok ke atau masih dalam khyalan bahawa ini semua palsu?.

      Jika dia boleh menari dan menyanyi ikut rentak gendang hindu maka dia juga sanggup melakukan maksiat yang lebih dahsat. Dia bertopengkan Islam menyebabkan orang yang tak boleh berfkir dan sempit fikiran macam awak mempercayainya.

      Jika Hadi yang siuayu masa berfikiran macam awak pun akhirnya berkawan dengan kafir kerana hendak menyelaraskan perjuangan Islamnya sebagai stratiji untuk Islam tidak menggerukan maka nyatalah pemikiran awak masih pada peringkat kekolotan dan ketaksuban yang tidak sesoai untuk diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini. Awak bolehlah berkhayal sampai hari kiamat untuk tegaskan negara Islam dalam masyarakat demokratik Malaysia atau pergi berjuang dengan IS.
      Inilah sebabnya orang pendidikan agama dianggap sebagai tidak terpelajar dan tidak mempunyai analatical mind. tidak rasional dan tidak mengenal logik.

      Lagi pun kepada orang-orang sekolah pondok main pungkok adalah suatu kebiasaan sahaja malah menjadi cerita biasa sahaja di pondok pondok dan itulah sebabnya Nik Aziz terima bedebah ini sebagai ketua.
      Awak ingat dua orang wanita Indonesia yang dipancung kepala di Arab Saudi suatu perbiuatan yang adil? DSuatu hukuman paling uncivilised dan eloklah awak pergi tinggal di negara yang kejam ini.

      Delete
    2. Sy sokong pandangan sdra.

      Itu masalahnya dgn penyokong org2 seperti peliwat ini....diguna sepotong duit ayat2 dari hadis atau Alquran.

      Delete
    3. Anon 14:57.

      Kalau Anwar meliwat di Afghanistan, puak Taliban sudah tentu telah menghumbang beliau dari bangunan/tebing tinggi atau heli. Anu dan telor beliau di kerat dan dicampak kepada anjing kurap.

      Di Afghanistan, itulah balasan kepada orang yang mengunakan Agama untuk menutup tabiat gian main pungkoq dan untuk mencari pengaruh politik demi kuasa dan harta.

      Delete
    4. Aminuddin Idrus Kedah18 April 2015 at 20:59

      KISAH TUTUH PUNGKOK DI PONDOK.

      Saya sebagai seorang bekas pelajar sebuah sekolah pondok( agama) di Kedah tertarik hati dengan cerita main pungkok yang dicatitkan oleh Syed Alhadi. Saya tidak dapat dinapikan hal ini memang banyak berlaku di pondok-pondok kerana mereka mempunyai anggapan dosanhya tidak seperti berzina dan tidak mudah diketahui.

      Suatu hal lucu telah berlaku di pondok saya belajar apabila pasangan yang rapat disyaki kerana berlaku cemburu yang diketahui rakan-rakan yang lain.

      Maka pada suatu malam penghuni-penghuni pondok(pelajar pelajar) telah berpakat dan mengendap pondok dua orang yang disyaki sebagai kaum lut ini.Ketika mereka sedang dalam kenikmatan buat kerja,pondok mereka telah diangkat dan diusung ketempat lain. Esuknya cerita ini heboh di seluruh pondok.

      Maka itu saya tidaklah heran apabila Haji Hadi tidak mempedulikan sikap dan tabit luar biasa Anwar Ibrahim ini.

      Lebih buruk lagi apabila sembahyang Jumaat di sebuah Masjid,seorang kawan saya memberitahu bahawa imam yang baca khutbah itu dulunya kaki tahan pungkok.
      Maka itu kita jangan heran jika ada orang yang mati matian senghaja tidak mahu percaya perbuatan Anwar malah masih mahu bukti cara kuno sedangkan Allah telah memajukan fikiran manusia untuk mencari bukti dengan cara moden yang lebih kuat dari saksi empat orang yang sukar untuk dicari.

      Delete
  14. Jangan sebut fasal Anwarlah sebab dia penyokong LGBT dan pluralisma agama. x rela...

    ReplyDelete
  15. Zaid Ibrahim ought to be sent to Sg. Buloh and locked up in the same cell as DPM al-Juburi ..... dan diorang boleh bersatu hehehehe

    ReplyDelete
  16. SAYA SOKONG TM

    ReplyDelete
  17. Dr.Mahathir kata dia tidakt ahu tentang anjuran Zaid Ibrahim suupaya beliau berganding bahu dengan Anwar Ibrahim untuk gulingkan Najib . Artinya pandangan ini tidak bernilai macam sampah ditepi jalan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha saya suka statement ni.

      Delete
  18. kalau pimpinan skrg boleh merosakan negara dan bangsa. Apa salah nye kalau TDM berganding dgn Anwar.

    Anwar tidak lah seteruk seperti digambarkan.

    Ganding yg paling mantap TDM DSAI Tengku R TDZ TSZM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambarkanlah Anwar dibelakangmu buat kerja yang dia gemari. Brader, harap tak teruk sangat ya?

      Delete
    2. Masi mahu Anwar lagi?

      Main pungkok tak teruk lagikah?

      Iiiiiiissshhhh..

      Delete
    3. Ron Jeremy pun tak mau bergandingan dengan Anwar a.k.a. Al-Juburit Al-GST (Gay Sampai Tua).

      Delete
  19. Datuk Zam, this Mr. Zaid has just thrown his good name to the dogs .... but I'm sure he has backup plans - bloody politician!

    ReplyDelete
  20. loyar pembangkang gigit jari bila anwar masuk jill..
    zaman makan sedap dah berlalu kott..

    ReplyDelete
  21. askm..saudara...kalau org yg da meninggal tu jgn la nk di kaitkn lagi...jga hati dn perasaan org..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. akhirnya TPM indirectly keluar statement support TDM.

    ReplyDelete
  23. Mahathir bapa segala cabul....nak gulingkan najib...guna lidah berbelit belit aku pelat....poraah....ko dgn daim bole diam tak....biar najib pulak yg merintah ikut cara dia tak yah nak ajar la sngt.....kenapa ko tak ajar najib sulap mata hilangkan wang negara guna ilmu sangkakala daim

    ReplyDelete