Wednesday, 29 April 2015

MASA UNTUK MAHATHIR HENTIKAN KEMPEN GULINGKAN PM DAN NAJIB BERUNDUR


NAJIB KENA UNDUR
2 MEI 2015
JIKA UNDI PKR TIDAK  MEROSOT  DI PILIHANRAYA KECIL PERMTANG PAUH  ATAU BN TIDAK BERJAYA MENGURANGKAN MAJORITINYA  DAN MEROSOT PULA UNDI BAGI BN DI ROMPIN MAKA NAJIB TIDAK LAGI BOLEH YAKIN BAHAWA SOKONGAN KETUA-KETUA BAHAGIAN KEPADANYA ADALAH SOKONGAN RAKYAT.TIDAK ADA APA-APA LAGI YANG BOLEH MENUTOP KELEMAHAN BN DAN UMNO. NAJIB MESTI BERUNDUR- MOHD AKASAH .

Kiranya calon Barisan Nasional “Menang Dalam Kalah’ atau menang mutlak  di PRK  Permatang Pauh pada 7 April ini, maka Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir mestilah memikirkan samaada wajar atau tidak untuk meneruskan kempen bagi menggulingkan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib .

Dan jika BN kalah di Rompin maka wajiblah bagi  Najib meletakan jawatan.

Ini dua kemungkinan yang  tidak akan berlaku tetapi besar kemungkinan majoriti undi kemenangan kepada “Anwar Ibrahim” di Permatang Pauh akan merosot.

Saya kira sebagai kemenangan walaupun kalah  sekiranya  BN dapat mengurangkan majoriti mantap 13,388 yang    di perolehi oleh Wan Azizah pada Pilihanraya  2008  dan  15,671  oleh suaminya Anwar Ibrahim dalam PRK yang dianggap sebagai  Mother Of All By Election  pada   26 Ogos 2008 bagi menggantikan Wan Azizah.

PKR telah menang beterusan  Pilihanraya Parlimen di kawasan ini sejak 1999.

Jika berlaku  peningkatan undi BN atau pengurangan  kelebihan undi PR  maka berarti  BN telah berjaya  merobek  tembok kekebalan imej Anwar Ibrahim dan ketegohan moral politik  pembangkang di seluruh negara.

Amat pentingnya PRK ini kepada DAP , ternyata apabila Ketua Menteri Pulau Pinang  mengistiharkan cuti awam pada hari pembuangan undi itu .

Kemenangan  menjadi matlamat setiap parti yang bertanding dalam pilihanraya tetapi mustahil akan dapat dicapai oleh BN di Permatang Pauh tetapi kejayaan mengurangkan undi majoriti PKR sudah cukup untuk memulehkan   imej BN  kerana ia merupakan   The Battle of The Decade  setelah The Mother Of All by Election.

Jika ini berlaku maka tidak dapat tidak ia akan memberangsangkan UMNO dan memberikan semangat baru kepada  penyokong UMNO dan BN di seluruh negara terutamanya dalam keadaan  pucuk  pimpinannya tergugat dengan kegawatan politik,ekonomi  dan peribadi  yang semakin meruncing oleh asakan dan tekanan  bertubi –tubi   Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir.

Saya tidak terfikir Tun Mahathir sendiri mahukan kekalahan BN di Permatang Pauh kerana Anwar Ibrahim  merupakan musuh terbesar dalam sejarah politiknya tetapi kekalahan BN akan terlihat sebagai beliau  turut memberikan sumbangannya jika beliau  menyerang Najib dalam tempoh  kempen pilihanraya itu.Kabarnya belia akan berucap di USM Pulau Pinang esuk( 30 April)

Apakah Mahathir tidak akan turut bergembira dengan peningkatan undi BN di Permatang Pauh kelak  yang  akan menaikan moral UMNO dan tidak hanya Najib?, Tidakah jika Mahathir meneruskan kempen menjatuhkan Najib, akan juga melemahkan UMNO yang nampak harapan baru?( Jika undi PKR merosot di Permatang Pauh)

Penurunan undi kepada “ Anwar Ibrahim” di Permatang Pauh  akan menutop kelemahan kemenangan di kawasan Parlimen Rompin jika berlaku kemerosotoan undi  kepada BN kerana Rompin bukan suatu kawasan Parlimen yang diwakili oleh seorang Ketua Pembangkang yang paling gagah , tokoh nasional yang paling tersohor didalam dan di luar negara, kebal dan hangat  dengan kontroversi dan hobi luar biasa..

Pengurangan undi pembangkang di Permatang Pauh ini  memberikan arti yang sangat besar kerana yang bertanding pada hakikatnhya bukan Wan Azizah tetapi  calun didalam penjara Anwar Ibrahim yang mengutus surat kepada pengundi -pengundi dari penjara dan mengingatkan rakyat dengan gambarnya terpampang di mana –mana.

Kiranya berlaku peningkatan undi BN di kawasan ini dalam jumlah yang berarti maka ini akan menjadi tanda aras  kepada penghakisan yang berterusan nilai  Anwar Ibrahim sebagai peraih undi  dalam pasaran politik PR malah langsung tidak akan laku lagi dalam Pilihanraya Umum akan datang.  

Dengan penurunan majoriti  ini  juga akan  menghakiskan lagi keyakinan  orang Cina terhadap PR khususnya permuafakatan  DAP  dengan PAS kearah Putrajaya  kerana ketakutan kepada  negara Islam  seperti juga kekalahan DAP  di Teluk Intan kerana kemarahan orang Cina  kepada DAP kerana memberikan peluang kepada calon Melayu di kawasan yang boleh dimenangi dengan undi Cina..

Penghakisan undi pembangkang di Permatang Pauh, menampakan orang Cina kecewa dengan ajenda tersembunyi PAS untuk menegakan Negara Islam  di sebalik peristiharan dasar baru  Negara Kebajikan yang diyakini oleh  DAP.

Dalam isu ini, DAP sehingga ini tidak menunjukan pendirian tegas terhadap PAS sebaliknya terus bersekongkong dengan PAS.

BN  dari sejak asalnya  PERIKTAN  tidak pernah mengasaskan dasarnya  dengan ajenda keugamaan yang tersembunyi,tidak pernah menyembunyikan Islam sebagai agama rasmi negara yang di maktubkan  dalam  Perelmbagaan Negara  dengan terang dan nyata atas persetujuan bersama semua  parti- pari komponennya.

Ajenda negara Islam Pas terdedah di sebalik Negara Kebajikan sebelum pun PR berkuasa.Sekarang orang bukan Islam  mulai tersedar bahawa disebalik pemansuhan perjuangan negara Islam PAS yang digantikan dengan Negara Kebajikan ,rupa-rupanya masih ada Hudud.

Isu hudud inilah  yang akan mengurangkan undi kepada PR dalam PKR  Permatang Pauh.


19 comments:

  1. Bercakap dari kacamata Melayu, ada kewajaran undi pada Anwar merosot, tetapi dari kacamata pengundi cina, mereka akan tetap keluar dan sokong DAP (PKR). Permatang pauh akan menyaksikan undi pembangkang merosot sikit tetapi undi kepada BN merosot banyak...ertinnya ramai orang Melayu tidak akan keluar mengundi.

    Begitu juga di Rompin, UMNO akan menang dengan majoriti lebih kecil.

    Kedua-duanya ada kaitan secara lansung denan Najib kalau dia mahu ambil iktibar tetapi tiada kaitan secara lansung dengan Mahathir.

    Perkataan "meneruskan jika.." atau "mengguling" tidak sesuai lansung untuk dikaitkan dengan Mahathir kerana kemarau atau hujan, Mahathir mahu Najib berundur atas prinsip yang dipegangnya, isu 28B 1MDB yang tidak mampu dijelaskan oleh Najib.

    Meminta Najib berundur bukan menyalahi perlembagaan tidak juga bermaksud mengguling, sebab itulah Akta Hasutan tidak terpakai lebih-lebih lagi apa yang Mahathir suarakan lebih berbentuk pertanyaan..

    Meminta Najib berundur lebih kepada budibicara Najib sendiri untuk mempertimbangkannya dan tindakan Mahathir lebih menyelamatkan Najib dan parti UMNO dari terguling di pilihanraya akan datang dan risiko risiko selepasnya.

    Dua pilihanraya yang tidak seimbang tidak boleh dijadikan ukuran. Kita tungu pilihanraya kecil yang lebih adil, majoriti menang tipis bagi kedua-dua pihak.

    ReplyDelete
  2. nor ishak ismail29 April 2015 at 16:24

    Kalah atau menang, majoriti kurang atau lebih di PRK Permatang Pauh dan Rompin bukanlah isunya. PRK tak sama dengan PRU. PRK ini tidak mungkin menjadikan Chedet berhenti menunggu jawapan terus daripada mulut Najib pada soalan-soalan yang ditanyanya tempohari. Begitu juga Najib selagi orang-orangnya masih menyokong, dia tidak akan berhenti.

    Kita mesti faham apa yang ditagih oleh Chedet pada Najib adalah beberapa soalan yang berkaitan Altantuya dan 1MBD. Soalan berkaitan Altantuya, Najib berasa telah dijawab didalam TV3 tempoh hari, katanya dah tiga kali dia bersumpah bahawa dia tak kenal siapa dia budak Mongalia yang cantik manis itu. Jadi soalan dah dijawablah apa nak lagi...Soalan kedua pula Najib tak jawab, malahan di konvensyen pelaburan antarabangsa tempoh hari Najib tak sebut apa-apa pasal 1 MDB seolah-oleh Najib bersetuju dengan Chedet bahawa 1MDB ini adalah satu pelaburan ala "Masuk Angin Keluar Asap".

    Soalan-soalan Chedet pada Najib akhirnya dapat perhatian Pak Lah dan Ku Li. Dua nama yang sangat besar didalam arena politik Tanah Melayu. Mereke berdua ini walaupun pernah berseteru dengah Chedet tapi mahu Najib menghemburkan jawapan yang tepat pada soalan yang ditanya. Kalau tidak ia akan membawa alamat yang tidak baik pada BN dan khasnya UMNO pada PRU akan datang.
    Malahan adik Najib yang jadi boss CIMB pun maracau juga apasal abangnya tak cerita pasal 1MDB sebab pelaburannya adalah terbesar dalam sejarah Tanah Melayu ini.

    Jadinya jika Najib masih segan untuk menjawab soalan-soalan Chedet...apakah perkara terbaik yang wajib dilakukan sekarang supaya nasi tak jadi bubur?.

    ReplyDelete
  3. Dah jadi ular 2 lidah dah.

    Ngapa?

    Dah rasa takut, Pahlawan dan Bangsawan Bugis dah bangkit menyerang Mahathirists ke?

    Tulisan artikal ni pun kelirukan ramai pengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. P la mabuk dengan bugis kau..tunggu kapal bugis tu karam pru 14 nanti dasar bodoh sombong....Tun bg nasihat tak mahu dengar suruh berundur perasan diri tu masih bagus dan ramai sokong. Kita tgu pru 14 nanti bru kita tahu langit tinggi ke rendah.Najib undur undi aku untuk UMNO Najib kekal sampai pru 14 maaf lah terpaksa aku merosakkan undi.

      Delete
    2. masyallah subahanallah walaillahhailllauloh.huakbar janganlah terpedaya dengan ungkapan yang memalukan. sejarah dah terang menunjukan betapa aib nya bangsa bugis menipu semasa diminta bantuan dalam peperangan .bacalah sejarah kesultanan raja raja melyu..... kenapa masih nak menagungkan bangsa yang tak menepati janji.saya darah bugis tapi saya duduk pada kebenaran.dan takut akan azab allah di akhirat kelak.

      Delete
  4. sedihnya, ini semua terhasil akibat kelemahan dari aspek kepimpinan di mana semua pengganti bukan orang pilihannya... almaklum orang pilihan rupanya buruk tabiatnya.

    ps. ' hang apa tau '

    ReplyDelete
  5. Jika UMNO/BN kalah di Rompin kita nak salahkan DS Najib k? Common bro...Tun Mahathir akan dipertanggungjawabkan jika UMNO kalah di Rompin, oleh sebab kesan dan kritikan terhadap Najib telah menjatuhkan imej dan kreditabiliti kepimpinan Najib sebagai Presiden UMNO dan PM! Kita sebagai Veteran UMNO tidak boleh memihak dan menyokong Tun Mahathir dalam kematangan kita sebagai Ahli UMNO yang telah berjawatan dan berjasa kepada parti kita....siapa kata Tun Mahathir diberi kuasa atau tauliah untuk menghukum Najib dan merosakan persatuan

    ReplyDelete
  6. PRK Permatang Pauh adalah berlainan...walau PKR akan menang dengan majoriti lebih kecil...dijangkakan tidak melebihi 9,000 undi dengan kesalahan UMNO/BN sudah boleh kira UMNO susah "menang". Pada hemah saya UMNO nak jadikan calun kita sebagai "kambing hitam"...cuba kita letak DS Shahidan Kassim atau KuLi...calun terjun

    ReplyDelete
  7. 42 blien hengget lesap mcm tu ja masih nak sokong najib...baik aq tk ngudi tiap pilihanraya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ketinggalan keretapi la TDM dah kornar baring dia habaq 27 billion je

      Delete
    2. hokeh..mana p 27 biliyen...habaq mai sat...

      Delete
  8. TDM hanya mengkritik pucuk pimpinan parti bknnyar mengkritik parti. Hasrat sebenar TDM untuk terus memberi sokongan kepada parti. Bukan melemahkan parti. Untuk meyatakan Umno masih relevan. Masih boleh diperbaiki.
    Ini seolah-olah satu strategi untuk menyeimbangkan sokongan rakyat yang telah beralih kpd PR. Kalau TDM tak buat mcmni maka hancur lah harapan rakyat kepada kerajaan. Rakyat 100% akan menyokong PR. Jadi pada pikiran saya pilihan raya kali ini akan memihak kpd Umno untuk kedua-dua tempat ini.
    TDM telah melakukan reverse psikologi.

    ReplyDelete
  9. Nyatalah yang TDM bukan tidak suka dengan Umno.juga bukan dengan Najib. Tetapi hanya dengan cara Najib menguruskan negara khususnya berkaitan kewangan. Bukan sahaja TDM rakyat pun turut rasa dukacita , terutama bila Najib melantik penasihat yang bukan pegawai kerajaan sedangkan ramai di kalangan mereka yang berpengalaman , terlatih dan berwibawa dalam bidang yang diperlukan . Dengan ini juga saya rasa tak wajar lah jika ada orang umno yang marah kan TDM semata mata kerana nak tunjuk sayangkan Najib.

    ReplyDelete
  10. Mamakutty dah tau anaknya tak berkebolehan dan telah derhaka kepada bapa sendiri.. Apa kata, ambil KJ sebagai anak angkat dan teruskan perjuangan terhadap Najib?

    ReplyDelete
  11. Hadith 4, Arbain Nawawi:

    "Verily the creation of each one of you is brought together in his mother's womb for forty days in the form of a drop, then he becomes a clot of blood for a similar period, then a morsel of flesh for a similar period. Then is sent the Angel who blows the breath of life into him and the Angel is commanded with four instructions: 1) to write down 1) his forms of sustenance 2) his life span 3) his actions, and 4) whether he will be happy or unhappy (rewarded with admission into Paradise or not).

    By Allah, other than Whom there is none to be worshipped, verily some of you will behave like the people of Paradise until there is but an arm's length between you and Paradise, but then that which has been decreed overtakes you, and so you now behave like the people of the Hellfire and thus you enter into it.
    And verily some of you behave like the people who belong in the Hellfire, until there is but an arm's length between you and hell, and then that which has been decreed overtakes you and so you behave like the people of Paradise and thus he enters it."

    We should never be over-confident of going to Heaven nor condemn ourselves to hopelessness. Neither should we deny others of the possibility of Paradise nor can anyone guarantee Heaven for anybody. Be with the good and be good!

    ReplyDelete
  12. Saya makin hari makin confused dgn ZAM ni. Kejap sokong kejap hentam. Kadang2 tu tulis double meaning. Last2 fedup. Straight to the point la. Tulis mcm Kadir Jasin. Walau berkias walau menyindir senang orang faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anti Ketua Melayu Penipu1 May 2015 at 21:12

      Tiada pendirian...begitu lah.

      Delete
  13. Ini mamak cari makan bro. ..Hentamm najib kedai d putrajaya pun kena halau kluar nanti..lagipun blum pasti najib jatuh dulu dari tun. ..Playsafe dulu laa kan mamu Zam. ...Hehe

    ReplyDelete
  14. Jangan menilai diri saya mengikut nilai diri saudara . Saya disingkirkan dari Utusan Melayu kerana saya tak ikut lenggang lenggok Anwar Ibrahim dan percaya penuh padanya macam Mahathir. Masa Tengku Razaleigh dan Musa Hitam lawan Mahathir pun Utusan tetap berkecuali ketika saya menjadi Ketua Pengarangnya. Saya dah tua dah.Saya tak nak apa lagi. Nak play safe untuk apa? Takkanlah Najib sampai ke peringkat nak halau saya keluar dari kedai saya sendiri di Putrajaya.Terlalu cetek dan rendah sangat fikiran saudara. Saya tidak terikat dengan sesiapa. Saya percaya pada Mahathir tetapi saya bebas dengan pandangan saya. Itu sebab dia kata saya adalah kawannya tetapi kawan yang ada kalanya menyusahkan.

    ReplyDelete