Sunday, 12 April 2015

BUKAN SAHAJA NAJIB TETAPI MAHATHIR JUGA AKAN DITANGKAP BILA PEMBANGKANG MENANG

KHAIRY PLAYS POLITICAL CARD VERY WELL

KOMEN:
Johari 15 April 2015:

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia:  I have this to say to you: Your are playing your political card very well in advising "orang UMNO" not pressure Mukhriz to resign.Proven that your are better then Mukhriz but both of you are an asset to Y generation in UMNO. Keep it up.


BUKAN SAHAJA NAJIB.....
Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir memberikan nasihat secara implicit tetapi keras dan pedas  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa beliau akan dihadapkan di mahkamah sekiranya pembangkang (maksudnya Pakatan Rakyat)  mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional.

Beliau mempunyai keyakinan hal ini akan  berlaku sekiranya Najib tidak meletakan jawatan dari sekarang untuk  memberikan  masa yang cukup  kepada BN  memulehkan keyakinan rakyat (Lihat video klip Youtube temubual dengan Mahathir )

Tentunya  bila PR menang Anwar Ibrahim  akan dibebaskan seperti Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri  tetapi  Dr.Mahathir sendiri yang dianggap sebagai authoritarian akan  ditangkap dan di tahan lebih dahulu  dan disusuli dengan tangkapan keatas  Najib dan lain- lain  untuk  didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa,  skandal 1MDB atau lain lain.

Maka itu dalam memberikan amaran yang lembut tetapi keras ini, tersirat amaran  Dr.Mahathir tidak sahaja kepada  Najib tetapi juga kepada dirinya sendiri. Amaran ini adalah merupakan amaran untuk keselamatan bersama.

Maka itu  Najib perlu membuat keputusan  yang sewajarnya kerana hakikat sebenarnya di lapangan amat membimbangkan dan tidak meyakinkan sekalipun Najib telah cuba menunjukan the brave face di TV3 .
Yang  tersembunyi ialah kemuncolan Najib  yang tergesa-gesa tanpa promosi pengumuman lebih awal di buat menerusi media cetak dan lain-lain media  seperti yang biasa  dilakukan terutama untuk  meyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakyat.

Ia lebih bersifat untuk memenuhi  seruan dari dalam parti  sendiri terutama dari Ketua Pemuda UMNO  Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Shahrir Samad yang mahu Najib  memberikan jawapan langsung kepada Mahathir namun kepada umum tidak ada jawapan.Pementasan sokongan tidak menggambarkan keadaan yang sebenar.

The Powers of Incumbency mestilah digunakan dengan bijaksana  atau  secara profesional,jika tidak ia lebih mendedahkan keadaan  yang panik disebalik wajah tenang dan berani.Inilah kesan negatif yang telah berlaku.

30 comments:

  1. zam pun kena tahan gak rasanya sebab sokong kassim ahmad... tolak kerasulan nabi muhammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila saya mengutuk cara tindakan pegawai agama seperti kelakuan Taliban dalam menangkap Kassim Ahmad terutama dengan berpakaian seperti pengganas Islam, tidaklah berarti saya sokong Kassim menolak kerasulan Nabi Muhammad.

      Kassim sendiri tahu sikap saya terhadapnya. Saya tidak anggap Kassim sebagai seorang realis dalam ketidak kepercayaannya kepada Hadis. Ini saya nyatakan dihadapannya sendiri di forum yang berkenaan.

      Saya mengangkat tabik hormat kepada Special Branch kita yang berjaya "mengislamkan" Kassim tetapi sayang Kassim masih mentafsirkan Quran menurut kacamata Marxism. Sebab itu beliau menyamakan taraf semua nabi.

      Bagaimanapun saya kira dia lebih baik dari Asaari Al Arqqam dan Nik Aziz kerana tidak menyesatkan banyak orang Islam.

      Delete
    2. Jawapan yang tepat dan straight to the point Tan Sri.

      Delete
    3. Syabas Tab Sri.

      Sdra berani berterus terang kerana Allah.

      Melayu Islam banyak yg kacau bilau hasil penangan Nk Aziz...dgn fatwa yg ikut sedap mulut.

      Lagi dasyat bahaya org2 begini pd ugama.

      Org Islam dikafirkan.....Dap Lakhnatullah dijadikan sekutu.

      Astagfirullahaalazim!!!


      Delete
    4. Pak Kassim tidak pernah menolak kerasulan Nabi Muhammad. Itu tuduhan yg tidak berasas.

      Delete
    5. Saya fikir anggapan saudara terhadap Kassim Ahmad tersilap kerana dia hanya menyatakan apa yang ada dalam Al-Quran. Dalam Al-Quran ada banyak ayat-ayat yang menyatakan supaya jangan menyekutukan Allah dengan sesiapa. Quran juga ada mengatakan yang shahadah yang sebenar ialah: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah (S:3:18, S.6:19)

      Surah 63 ayat 1 mengatakan yang orang-orang munafiq naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Rasul Allah. Tetapi Allah mengatakan yang Dia tahu yang Nabi Muhammad itu Rasul dan orang-orang munafiq itu penipu.

      Al-Quran mengatakan yang semua Rasul-Rasul dalam Al-Quran itu Islam. Agama Yahudi dan Nasrani itu timbul hanya selepas Nabi Sulayman. Walau bagai manapun jangan kita samakan Nabi Isa dalam Al-Quran dengan Nabi Isa kaum Nasrani.

      Kitab Al-Quran mengatakan yang Allah tidak membezakan Rasul-Rasulnya di-antara satu dengan yang lain. Al-Quran juga mengatakan yang jika kita hanya percaya kepada se-setengah Rasul dan tidak percaya kepada Rasul-Rasul yang lain maka kita kafir (S.2:135, S.3:84, S.4:150-151)

      Semua ayat-ayat dalam Kitab Al-Quran ini di-baca oleh Nabi Muhammad kita. Jadi jika kita tidak hendak percaya dengan ayat-ayat Al-Quran ini terpulang-lah pada masing-masing.

      Delete
  2. Bukan Sahaja Mahathir bahkan anak anak dia juga mungkin dihadapkan kemahkamah. Bagi Najib pula tak heranlah jika Rosmah juga akan disoalsiasat!

    ReplyDelete
  3. Pembebasan tahanan ISA tak sama dengan tahanan jenayah ... Zam yang berpengalaman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Saudara tidak faham. Pembebasan yang dilakukan oleh Mahathir adalah dengan ikhlas tetapi suatu langkah popular dan untuk mencari populariti PKR akan melakukannya kepada Anwar kerana mereka percaya Anwar terinanya dan bukan banduan tutuh pungkok.

      Dan yang menyebabkan orang Melayu dan orang Islam tidak percaya Anwar homosexual ialah ulama-ulama Pas terutama Haji Hadi.Merekalah yang membersihkan wajah kaki tutuh pungkok sehingga orang Islam berada dalam keadaan keliru sekarang kerana orang Melayu cukup percaya kepada Ulama.Apatahlagi pengikut Pas yang fanatik.

      Maka itu pembebasan Anwar yang tidak pernah dianggap sebagai penjenayah oleh orang Pas akan tambah mempopularkan Anwar di kalangan orang Islam Pas dan juga bukan Islam.Itulah Maksud saya. Bagi saya Anwar tetap penjenayah.Banduan!

      Delete
    2. Ya Zam.sy setuju..kaki pungkok ni kot mana pun dia nk menutuh ja.pak lebai dh tau pun dok suka dia lg.sy pn x paham depa ni.

      Delete
    3. Apelh lu org islam, solat2 gak memalukan sesama islam dgn cerita kaki pungkok x habis2 mcm ade dendam peribadi aje, " jika kita tutup aib org, allah akan tutup aib kita' walaupn dia didapati bersalah, allah sentiasa terima taubatnya, dosa hanpa camno?

      Delete
    4. Bersihkan kaki pungkok sehingga menyebabkannya boleh menipu berjuta orang Islam tidak mengapa. Sehingga dia naik menari atas pentas tetapi tetap dianggap sebagai pemimpin Islam tak mengapa. Bolehkan kita mimpi Nik Aziz( Allahyarham) dan Haji Hadi menari atas pentas.Tetapi ulama-ulama inilah yang menyebabkan orang percaya kepada manusia homosexual ini sehingga menyebabkan pecah belah umat Islam di negara ini.

      Jika tidak terus didedahkan keburukannya manusia akan lupa maka dia akan bebas lepas untuk terus tutuh pungkok bila dah bebas. Apakah tidak berpahala bagi polis,mahkamah dan lain mendedahkan perbuatan terkutuk ini.

      Umat Islam mesti terus diingatkan tentang kejahatan manusia ini supaya apabila dia keluar dari penjara ,dia tidak lagi boeh memakai topeng Islam.Ini bukan mendedahkan ghaib tetapi mendedahkan bahaya masa depan supaya umat Islam tidak lagi mudah tertipu.

      Dalam masyarakat binatang tidak ada manusia tetapi dalam masyarakat manusia ada binatang. Saudara tak suka hal ini didedahkan kerana saudara mahu lebih banyak ada binatang dalam masyarakat manusia.

      Delete
    5. Excuse me sir, what is tutuh pungkok means?

      Delete
  4. Jadi ZAM , DR M memang ada melakukan perkara yang seperti 1MDF jadi DR M perlu gusar?

    ReplyDelete
  5. Salam ,
    Saya rasa kalau depa nak buat dah lama ma dah depa buat , pasai apa yang dalam umno pun ada yang dok dendam dengan Tun M kut , begitu juga pembangkang kalau ada bukti kukuh Tun M seleweng apa ka berlaku zalim ka dah lama Anuar dan group dia serang sampai tun masuk penjara, tapi payah la sebab cuma main pakai fitnah ja , Tapi kalau depa ada kuasa senang sikit sebab boleh atoq bagi masuk penjara.

    ReplyDelete
  6. Zam,

    Kak Ijat juga akan ditangkap dan dibicarakan berkaitan dengan NFC. Harta2 mereka bakal disita dan jika perlu dipulangkan ke perbendaharaan negara. Semua harta pengumpulan sepanjang berkhidmat di kerajaan barangkali bakal dicairkan. Hal ini perlu bagi mentadbir semula negara yang sudah tenat akibat hutang 1MDB.

    ReplyDelete
  7. Salam TS Zam,
    Kalau PR menang ja PRU 14, sejarah akan tercipta di tanah air ini. Perdana Menteri pertama akan masuk penjara adalah DS Najib Razak dan isterinya. For sure, tapi Tun M dan Tan Sri sendiri saya tak tau..hehehe.. Apa pun kita tggu PRU 14 untuk tau apa kesudahanya.. Waallahhuaklam..

    ReplyDelete
  8. Salam hormat Tan Sri,

    Saya tabik dengan Tan Sri kerana dengan jayanya mengguna teknik gsps dalam mempengaruhi fikiran dan sikap kumpulan sasar dalam usaha mendepani isu berkaitan . Teknik propaganda beginilah yang digunakan pihak pihak tertentu . Ia lebih berkesan daripada menghentam suatu pihak manakala pada masa sama membela pihak lain. Sepatutnya wujud kan suasana kebarangkalian semua pihak berdepan dengan risiko yang sama seperti yang digambarkan oleh tan sri dalam entri kali ini.

    ReplyDelete
  9. HISHAMUDDIN BENAR.

    Naib Presiden UMNO Hishamuddin Hussein berkata tidak ada gunannya menepis serangan Tun Dr.Mahathir kerana sering berubah-ubah.Benar sekali.

    Saya sokong kuat pandangan ini kerana jawapan-jawapan yang diberikan tidak memberikan kesan yang baik dalam meyakinkan rakyat kerana tidak pun menjawab pekara-pekara pokok yang dibangkitkan oleh Tun.

    Apabila sokongan pula didatangkan oleh ketua- ketua UMNO seperti orchestrated maka semakin jelas yang Najib berada dalam keadaan memerlukan pertolongan malah ada yang kerana naik semangat menyamakan ketidakpercayaan kepada sumpah laknat najib sebagai tidak ikut ajaran Islam.

    Soalnya sekarang ialah tidakkah kerana sumpah laknat itu maka negara ini telah ditimpa laknat satu demi satu,dari kemalangan bas besar-besaran,kemalangan kapalterbang,banjir besar.lahad datu dan sehingga mengorbankan orang harapan besar Najib sendiri.

    Tidakkah ini boleh diambil ingatan oleh Najib bahawa ia merupakan petunjuk dari Allah menyuruhnya herhenti demi untuk menyelamatkan negara ini dari terus ditimpa bencana.

    Adalah tidak wajar bagi Najib untuk terus menjawab Tun Mahathir kerana ini akan membuang masa kerana adik beradiknya sendiri telah discredit nya berhubung dengan harta.

    ReplyDelete
  10. Saya rasa Mahathir perlu risau lebih jika ditangkap kerana tidak ada sebarang persediaan. Najib telah bersedia dari awal jika penahanan berlaku Obama akan memberi perlindungan diplomatik dan Najib pun sudah ada rumah mewah di New York.
    Jangan risau tetang setor kasut Rosmah kerana ia tidak akan menjadi kalau kasut Imelda Marcos yang tiga ribu pasang dimakan anai-anai.

    ReplyDelete
  11. Tentunya bila PR menang Anwar Ibrahim akan dibebaskan seperti Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri tetapi Dr.Mahathir sendiri yang dianggap sebagai authoritarian akan ditangkap dan di tahan lebih dahulu dan disusuli dengan tangkapan keatas Najib dan lain- lain untuk didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa, skandal 1MDB atau lain lain.

    BOLEHKAH TUAN ZAM PERJELASKAN APAKAH MAKSUD TUN DR. MAHATHIR AKAN DITAHAN DULU KEMUDIAN BARU NAJIB. APAKAH KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH TUN MAHATHIR. SAYA TIDUR TAK LENA, BACA 10 KALI PUN SAYA TAK FAHAM. KALI PERTAMA TUAN ZAM KATA KEPADA DR MAHATHIR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah membuat penjelasan dalam komen diatas.Mahathir akan ditahan dulu kerana pembangkang anggap dia merekakan cerita Anwar tutuh pungkok. Orang tak percaya bila ulama pas tak percaya dan kata ini cerita fitnah. Maka dendam ini tersemai dalam semua parti pembangkag terutama orang Cina yang menjadikan Anwar sebagai harapan untuk mereka berkuasa.

      Oleh kerana benci dan dendam pada Mahathir lebih besar dan Mahathir dianggap lebih merbahaya dari Najib maka Mahathirlah yang akan mereka tangkap dahulu.Harap tidur lena.

      Delete
  12. Tipikal tajuk paper taun 90an, controversial gitu. Isinya pun penuh dengan assumptions. Saya tak pro individu atau parti, pro pada negara mungkin, most people just want to live happily, pulling their strength, working & playing. I don't care if najib or anwar masuk penjara, or mahathir or their siblings, rasanya lg ramai menteri kabinet yg lg risau. Cuma logiknya dalam umur mahathir yg dah masuk 90, agaknya dia kisah lg ke pasal masuk penjara? Kalau dia masuk penjara pun, ramai yg take care dia kat dalam tu, sebaliknya lagi dia akan jadi double hero yg diingati. Kalau opposition (atau penulis) bijak sikit, penjara yang hebat tentu dijadikkan beliau neraka dalam keramaian, hakim terdiri dari seluruh masyarakat, mengutuk & menghina, mencaci & mencerca. Kalau boleh dibuktikan la -& i don't care about it.

    ReplyDelete
  13. If they put the old fox in jail, I will slaughter ten pigs as sacrifice to thank Kuan Kong.
    Better yet, leave the old man alone but put all his children in jail!
    That would be poetic justice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Dr. Mahathir is well within our vision, and all is well for him and his family.
      Not all poets are just - one should be worried about great rage and hatred for others that will lead to rebirth in the animal realms.

      Jade Emperor

      Delete
  14. Akhbar cetak tidak banyak buat assumption.Banyak berasaskan fakta tetapi yang banyak karut marut adalah media social sekarang tetapi akhbar perdana bias tidak dapat dinapikan kerana dipunyai oleh parti. Ini berlaku sejak lama dahulu..
    Saya setuju Mahathir tidak risau untuk masuk penjara.Sokongan dan popularitinya akan bertambah hebat dan menggemparkan dunia termasuk yang antinya malah akan membuktikan kepada masyarakat antarabangsa pemerentah yang berbuat demikian terhadapnya paling undemocratic. Beliau akan mencatit sejarah oang paling tua masuk ke penjara.

    Malah jika beliau pada umur sekarang disiasat polis pun akan diketawakan. Seorang pemimpin Tua yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang partinya sendiri dunia.

    ReplyDelete
  15. Saya sokong pendapat TS Zam.

    Kassim Ahmad, pada saya juga, adalah manusia yang jauh lebih baik dari Nik Aziz dan Hadi Awang yang mengkafir sesama Islam.

    Mengenai Kaki tutuh pungkoq tu. Saya dengan penuh yakin dan tanpa ragu-ragu mengatakan memang Anwar Ibrahin kaki tutuh pungkoq. Manusia dua-alam. Kedua-dua, lelaki melalui jubur dan wanita melalui b**** dan jubur, dia tutuh. Kalau tak percaya, pi tanya Mat Sabu mengapa dia bersama Karpal Singh menuduh Anwar seorang Peliwat di Parliament 1997. Al-Juburi, adalah gelaran yang diberi sendiri oleh Mat Sabu, kerana Anwar membawa imej alim dan warak. Orang ABIM dan orang-ramai panggil dia Pak Sheikh ketika dalam UMNO.
    Sebagai orang Islam yang mewakili PAS, takkan Mat Sabu sanggup memfitnah Anwar Ibrahim tanpa sebab. Di Mahkamah pulak tu.

    Saya sendiri, dari pengalaman, pernah jumpa manusia jenis ini. Mengunakan Agama (menjadi Imam) untuk berselindung disebalik tabiat gian main-pungkoq anak muda jambu atau yang mempunyai watak lembut.
    (Dulu saya pernah cerita, tapi DS Zam delete selepas beberapa hari. Mungkin kerana tidak mahu mengiabkan mana-mana pihak)

    ReplyDelete
  16. Bagilah peluang kepada Dr. M untuk meluahkan pendapat mahu pun perasaan nya. Umurnya pun 90 tahun. Pengalamannya dalam mentadbir negara dan hubungan antarabangsa sangat luas. Jasanya kepada rakyat pun amat banyak . Tingkah lakunya dan isterinya pun tidak banyak yang menyakitkan hati kecuali bagi musuh-musuh politik nya sahaja , baik dari dalam partinya sendiri mahupun .Sebagai insan biasa beliau bukan maksum dar dosa dan kesilapan . Maafkan sahajalah kesilapan kecil yang tidak mudaratkan agama, bangsa dan negara seperti pernah dilakukan oleh sesetengah pemimpin dunia . Biar negara papa asal hidup bergaya .

    ReplyDelete
  17. UMNO PERLIS TAN TENTANG PERUBAHAN DILAKUKAN.

    Saya gembira dengan sikap UMNO Perlis yang walaupun menyokong Najib tetapi mahukan perubahan dilakukan dengan secara dalaman.

    Saya harap semua orang dapat membaca dari apa yang tersirat dari kenyataan Ketua Perhubungannya Datuk Seri Shahdidan Kassim:

    "Sekiranya apa-apa perubahan pun,hendaklah dilakukan secara dalaman oleh UMNO serta BN dan bukannya secaRa terbuka",katanya.

    Artinya UMNO Perlis tidak menentang perubahan dilakukan.

    ReplyDelete