Tuesday, 21 April 2015

AKHBAR AKHBAR PERDANA ANGGAP MUHYIDDIN SOKONG MAHATHIR.

Akhbar-akhbar perdana yang mendukong parti pemerentah tidak menyiarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri  Muhyiddin Yassin yang menujukan  kepada Mantan PM Mahathir" Tun tidak kesaorangan"( You ere not alone Sir)

Beberapa pihak mempertikaikan bahawa kata-kata itu sebagai menyokong Mahathir dalam perjuangannya  untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana  Muhyiddin menyatakannya   dalam kontek pendirian Mahathir mengenai isu- isu antarabangsa di  Forum Antarabangsa Menjenayahkan Perang.

Dalam pada itu prasangka timbul kerana  Muhyiddin juga menyatakan bahwa memang merupakan trademark Mahathir  dalam keberaniannya menyatakan sesuatu yang benar  sejak masa mudanya dalam perjuangan politik UMNO.

Bagaimanapun persepsi  itu telah menjadi opinion dan  kebenaran apabila akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia,Berita Harian dan NST  tidak menyiarkan berita itu  kerana pengarang-pengarang mereka sepakat berpendapat lima perkataan Muhyiddin itu bersifat  menyokong Mahathir atau itulah kemungkinan  pandangan yang  mereka dapat dari JPM.

Ramai pula orang  UMNO  berpendapat bahawa Muhyiddin perlu membuat  kenyataan serupa  itu untuk menenangkan ketegangan dalam parti.Siapa kata Muhyiddin tidak  licin dan licik bermain berpolitik?



22 April 2015
TEKANAN NUR AZLAN PULA KE ATAS NAJIB

Anggota Parlimen Pulai dan Ketua UMNO Bahagian Pulai Nur Azlan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib dikelilingi oleh panasihat-penasihat yang lebih mementingkan perut dan mahu mendapat projek dan bukannya untuk mempertahankannya  dari  serangan yang dihadapinya.

Beliau membandingkan dengan kabinet Dr.Mahathir  yang diangotai oleh  menteri-menteri  yang berkesan keatas rakyat .

Dalam entry terbaru blognya Nur Azlan yang diketahui selama ini sebagai seorang yang tidak selari dengan Mahathir  hari ini  memberikan pendapat yang selaras dengan Tun Mahathir dalam beberapa hal.

Beliau  menuntut Najib untuk memberikan jawapan segera terhadap persoalan hartanya. Sikap mendiamkan diri akan membawa melapetaka kepada UMNO,katanya.

Soal kekayaannya katanya perlu dijelaskan  untuk menenangkan ahli ahli UMNO sebelum rakyat  mengaitkannya dengan  dengan 1MDB.

Star  telah memetik entry terbaru Nur Azlan itu dengan Tajuk Ahli UMNO Mesti Memileh Ketua atau Parti.
Adakah pemimpin atau parti yang patut dipertahankan? tanya beliau.












14 comments:

  1. TS Muhyiddin probably means within the context at the event but the masses choosed to read it differently. Wonder why?

    ReplyDelete
    Replies
    1. because a man of wisdom will read between the lines.

      Delete
    2. Yeah right , and its just a coincidence that TSMY chose exactly the same words.

      Delete
  2. Sebelum dilantik menjadi DPM say a berkesempatan menemui beliau di KLIA. Saya minta beliau mendoakan anak perempuan saya yang berusia setahun lebih ketika itu. Entah apa yang dibacanya sambil memegang ubun ubun anak saya. Alhamdulillah anak saya meminati membaca AlQuran. Mungkin doa beliau, Allah sahaja yang tau. Jika beliau membaca nukilan INI, saya ucapkan terimakasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Tan Sri.

    Semasa Tun M bermula kempen...tidak menyokong Najib....sehingga ketika dia menyoal Najib...tentang berbagai isu2 kontroversi...baru2 ini.....sy kurang yakin dgn 'Pendirian Muhyiddin' sama ada dia menyokong atau mahu Najib berundur.

    Kita cuma dpt menilai dari cara dia yg sipi2 sahaja tidak menyokong Najib.

    Pertama...bila dia tidak bersama dgn ketua2 bahagian penggilap epal berbaju merah 160 org menyokong Najib baru2 ini....kedua bila dia bersuara "Tun you are not alone..Sir " seperti topik lontatan sdra.

    Sy memang tidak gemar atau agak tidak sabar dgn cara dia begini...agak 'slow' untuk bertindak....tetapi sy juga faham tentang pentingnya 'timing' untuk bertindak dgn lebih berkesan.

    Bagi sy...Najib cuma menghitung hari...beliau telah pun terkedu kerana 'dicheckmate' oleh Tun M....dan terpaksa 'surrender'...dan Muhyiddin berkemungkinan akan memudahkan proses ini dlm masa terdekat agaknya.

    Harap begitu....sebab...RM42b duit negara yg rugi dan RM7b yg 'hilang' bukan kecil malah merupakan satu 'scam' dan Skandal yg paling besar dlm sejarah yg melibatkan PM selaku Menteri Kewangan.

    'Just do it...Muhyiddin'....for Bangsa Ugama & Negara.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Yg lagi dasyat…Kalau Jadi MACAI Amerika & Yahudi…..'TER' Tandatangan plak TPPA…Nak Tak Tak … Kambing pulak 'TER' simpan di Australia… Komplot pecah……..
    Dlm diam Malaysia 'TER' jajah…
    Sekarang Alhamdulillah Tun Masih Ada..
    Tapi Tun tidak akan ada selamanya utk Malaysia…
    #BawaBalikKambing
    #TubuhTribunalSiasatanDiRaja
    #KalauSalahHumbanKePenjara
    #HukumlahMerekaSeberatnya
    #TarikSegalaGelaran
    #PengajaranUntukDiaDanBakalPenggantiPengganti
    #MalaysiaUntukAnakCucuKu

    7X#…
    7PetalaLangit
    7PetalaBumi

    Mari kita GST
    G egar
    S ampai
    T umbang…..

    Semoga Allah bersama kami… Menumbangkan agenda uncle SAM & Yahudi yang ingin menjahanamkan Malaysia…

    ReplyDelete
  5. Siapakah diri ini....
    Cumalah penjaja disiar kaki...
    Kais pagi mencari rezeki...
    Tertekan lagi dgn GST...

    Tidak punya Wang berjuta...
    Cuma maruah itulah harta...
    Tidakkah sejarah mengajarkan kita...
    Demi bangsa, hukumlah penderhaka...

    #PMkorealetakjawatansebabrasuah

    ReplyDelete
  6. Datuk Zam, dengan segala hormat, hamba nampak bahwa ahli pemimpin era kini terlalu "licik dan licin bermain politik" hingga dia hilang jati diri sebagai pembela dan pejuang agama, bangsa dan negara. Bangang dan jemuan terhasil daripada luputnya keikhlasan dan kewibawaan seorang menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba hang membaca ini wasiat Sri Paduka Raja Tun Perak, pada waktu dia seakan meninggal dunia:

      http://cikguazrin.blogspot.sg/2009/02/isu-rampasan-kuasa-di-perak-dan.html

      Delete
  7. Btl ke duit rm 42 bilion tu hilng mcm tu je ?

    ReplyDelete
  8. Orng lain aku tk thu la , tp secara jjur aku tk percaya . Tk mgkin duit sebanyak tu akn hlng mcm tu je ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama x nampak duit tu... Xde penjelasan tntang duit tu... Selama tu la dianggap hilang....

      Delete
    2. Kalau maseh ada bagitau la dengan telus. Takda orang tertanya2 dan buat bermacam2 andain. Pelaburan perniagaan guna duit rakyat rahsia negara ke.\


      Delete
  9. Tan Sri Muhiddin harus berhati hati dengan NaiB2 Presiden yang lain.Ds Hishamuddin dan Ds Zahid Hamidi boleh mengugat kedudukan dan peluang Tan Sri Muhiddin untuk jawatan Pm.

    ReplyDelete