Monday, 23 March 2015

WASPADA: LEE KUAN YEW AKAN BANGUN DARI KUBURNYA

MEMBURU PAK SAMAD DAN UTUSAN MELAYU HINGGA KE MALAYSIA





KOMEN:
EX IGP RAHIM NOOR SALUTES LEE KUAN YEW

TAN SRI RAHIM NOOR 24 MAC 2015:

TS.Just read your article on LKY. It's an excellent overview of LKY'S political carriers from day-one. He was not only acutely intelligent but as focused in his political leadership as he was ruthless in dealing with his opponents.

As an ex-security man, I salute him for the paramount role he played in beating-and ultimately wiping out thoroughly  the communist threat emanating from Singapore. He wiped them out essentialy thru sound public policies of world renown.

It had taken Malaysia only years later to repeat the" Spore Feat". This was thru the signing of the Haatyai Peace Accord ii Dec 1989.

WASPADA LKY.........

Di awal tahun 50an ramai pemimpin  Melayu beberapa  kesatuan  sekerja di Singapura disamping wartawan- wartawan dan penulis- penulis Melayu  terdedah dengan pengaruh politik  antarabangsa kerana kedudukan pulau itu sebagai kota metropolitan yang merupakan salah  sebuah  pelabuhan terbesar di dunia.

Selain dari anak tempatan, Singapura juga menjadi tumpuan anak - anak Melayu  Semenanjung  dengan  kesedaran nasionalisme  yang mahu  berada  dalam suasana  yang lebih bebas untuk bertindak dan bersuara   dalam perjuangan menentang penindasan dan penjajahan tanpa sekatan feudalisme,perkauman dan agama.

Seorang peguam muda yang pintar yang baru pulang dari pengajian di England yang mempunyai cita cita besar politik melihat  kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu yang dijuarai dengan beraninya oleh akhbar Utusan Melayu sebagai jambatan perjuangannya.

Sikap Utusan ini  berbanding dengan akhbar- akhbar  Inggeris dan Cina yang pro penjajah menyebabkan pejuang-pejuang kemerdekaan dan barisan depan komunis yang terdiri dari  pelajar pelajar Cina , kaum pekerka  Cina  dan gulongan terpelajar Inggeris  memandang tinggi  Utusan Melayu..

Lee Kuan  Yew (LKY) mungkin telah pun mengkaji keadaan ini atau mendapat maklumat mengenainya  sebelum pulang ke Singapura untuk memulakan  karier politiknya . Beliau mendekati Utusan Melayu dan wartawan kirinya  Samad Ismail  yang dalam tahanan British untuk menjadi sebagai pembelanya.Beliau kemudiannya menjadi peguam pertama Utusan Melayu yang menyebabkan beliau diterima dan mulai popular di kalangan kesatuan sekerja dan pejuang -pejuang anti penjajah..

Samad Ismail ketika itu telahpun mempunyai hubungan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia malah pejabat Utusan Melayu di 185 Cecil Street Singapore  menjadi pusat kegiatan penyeludopan senjata ke Indonesia . 

Presiden Pertama Indonesia ,Soekarno dalam ucapannnya dihadapan ribuan manusia  ketika singgah sekejap di Singapura dalam perjalanan ke Mekah  telah bertanya kabar  di mana Samad Ismail dan minta dikirim salam kepadanya.Dalam tahun 40an hingga awal 50 an Samad Ismail  adalah suatu nama besar yang dihormati dan disanjung tinggi di kalangan pejuang kemerdekaan  di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.

Jika di baca Memoir Pertama  Lee  Kuan Yew The Singapore Story( muka 158) maka kita dapat menciumi bahawa LKY dalam masa yang sama  juga  rapat dengan Polis  Cawangan Khas  British . Seorang pegawainya Superintendent Richard Byrne Coriddon memberitahu Lee bahawa Samad adalah seorang pemuda Melayu yang cerdik dan seorang  komunis yang paling pintar yang pernah ditemuinya  tetapi beliau  mempunyai keyakinan" sebagai  manusia dalam pertumbuhan kedewasaan , mindanya akan  berubah menerusi pengalaman dan dia berharga untuk dipelihara”

Kalau dilihat dari awal penubuhan PAP yang dirancang dan dibincang antara Samad dengan Lee Kuan Yew dan beberapa lagi pemimpin Melayu dari kesatuan sekerja , nampak kecendorongan LKY untuk menjadikan orang Melayu sebagai rakan perkongsian politiknya di Singapura.

Buku Men In White (muka 286 ) menyebutkan bahawa PAP ternyata   sensitif  dengan kepentingan Melayu apabila perbincangan untuk penubuhannya diadakan  di no 38 Oxley Road yang dihadhiri oleh confidante Lee Kuan Yew seorang wartawan radikal Samad Ismail  dan dua orang lagi aktivis kesatuan sekerja iaitu Mofradi Haji Mohamed Noor dan Ismail Rahim yang menjadi penaja kepada penubuhan PAP.  

Samad  berperanan aktif  membangkitkan sokongan orang Melayu kepada  PAP menerusi tulisan –tulisannya di Utusan Melayu dan membawa masuk orang Melayu dan wartawan Utusan Melayu ke dalam PAP seperti Othman Wok dan Baharuddin bin Mohamed Arif.

Jika ideology tidak menjadi punca  perpecahan antara gulongan pelampau kiri dan sederhana  dalam  perjuangan sosialisme PAP di Singapura ,Samad Ismail   mungkin telah berada  dalam barisan pucuk pimpinan   pemerentahan  Singapore  tetapi    Samad kerana radikalismenya dibuang ke Jakarta sebagai wartawan Utusan Melayu .Beliau  membantah dengan berhenti dari Utusan Melayu dalam tahun 1958 dan  ditawarkan berkerja dengan  Straits Times(ST) Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beberapa orang wartawan Utusan Melayu lainnya telah diberikan tempat dalam kabinet PAP Singapura dan lain lain jawatan penting dalam kerajaan.

Suatu sumber memberitahu saya  pihak  British dan Lee Kuan Yew  yang merancang tawaran jawatan  ke ST kepada Samad    tanpa kesedaran Samad dengan keyakinan  penerimaan  tawaran itu  menunjukkan kesediaan  Samad  untuk berubah.

Tetapi perhetongan ini silap apabila  dalam tahun 1971, Samad  memainkan peranan penting di belakang tabir  dalam meMalaysiankan ST dengan kerjasama Kesatuan Kebangsan Wartawan Malaysia(NUJ)  yang  menyingkirkan wartawan wartawan asing  dan pegawai-pegawai dagang British dan Australia dari ST. Ketika itu saya menjadi Presiden  NUJ dengan di bantu oleh dua orang  wartawan ST ,Hor Sai Kong dan Philip Mathews yang dikenali  sebagai orang Pak Samad. Kami mendapat sokongan Perdana Menteri  Tun Abdul Razak.

Gerakan ini berlaku dengan pantas   yang menyebabkan suatu perubahan besar berlaku  dengan penguasaan ST oleh anak anak tempatan dari wartawan hingga kepengurusan.

Ketakutan LKY terhadap Samad Ismail tidak berakhir. Beliau semakin cemas apabila  melihat  Samad berjaya membawa rakan rakan Marxist nya  mengelilingi  Tun Abdul Razak seperti  Abdullah Majid menjadi Setiausaha Akhbarnya dan  James Putucheary yang    berperanan membantu  perangkaan Dasar Ekonomi Baru(DEB).

Ketakutan ini meyebabkan beliau mempengaruhi Perdana Menteri  Hussein On sebaik sahaja kematian Tun Abdul Razak  untuk menahan Samad Ismail walaupun  Samad  sebenarnya telah berubah setelah melihat penyelewengan rakan-rakan seperjuangannya  di Indonesia selepas mendapat kedudukan penting dalam kemerdekaan Indonesia. ( bacalah buku  Memoir Pak Samad di Singapura).

Samad   melihat kebenaran dasar - dasar yang di jalankan oleh Tun Abdul Razak dan memberikan  dedikasi sepenuhnya kepada Tun  menerusi pemberitaan dan tulisannya.Beliau juga dikatakan antara penulis ucapan -ucapan Tun Razak di belakang tabir.

Dalam masa krisis cabaran  Menteri Besar Selangor Datuk Haron Idris  untuk merebut jawatan  Presiden UMNO dan juga Perdana Meneri dari Tun Razak ,timbul tuduhan dari penyokong penyokong Harun termasuk  Singa UMNO Syed Jaafar Albar   bahwa Abdul Razak di pengaruhi oleh tiga Abdul yang merupakan anasir komunis iaitu Abdul Samad Ismail,Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid. Ketiga tiga mereka di tahan dibawah ISA.

LKY berharap suatu perubahan besar dalam kepimpinan politik  Malaysia  akan berlaku bila Hussein On berhenti  tetapi  harapannya  musnah  apabila  yang diharapkannya  tidak menjadi  sebaliknya  musuh politiknya Dr.Mahathir yang menggantikan Hussein yang sebaik sahaja memegang jawatan membebaskan tiga Abdul yang didakwa sebagai komunis dsamping 18 orang  orang lagi.

LKY tidak senang dengan Tun Abdul Razak yang dianggapnya sebagai tidak boleh dipegang kata katanya tetapi lebih tidak senang dengan Dr. Mahathir yang pernah dicapnya sebagai ultra Melayu dan Mahathir membalasnya dengan kata- kata "They( Singapore  Chinese) have never known Malay rule and couldn't bear the idea that the people they have so long kept under their heels should now be in a position to rule them.".

Tidak sahaja Mahathir  dan Tun Razak yang tidak selesa dengan LKY dan tidak yakin kepada kejujurannya malah  Tunku juga kecewa bila  beliau mungkir janji untuk  tidak akan menyertai Pilihanarya Malaysia 1964 setelah menyertai Malaysia.

Walaupun Lee Kuan Yew  menapikan sebagai    keputusannya tetapi keputusan rakan- rakannya   kerana ketika itu beliau sedang melawat negara- negara Africa tetapi Presiden Singapura Devan Nair nampak Tunku tidak percaya bila beliau memberitahu Tunku   dalam suatu pertemuan  di Pulau Pinang dalam tahun 1979. Ketika itu  Tunku telah pun bersara (lihat Men in White muka 264))

Sejak penyertaan PAP dalam pilihanraya inilah   Utusan Melayu beraleh menjadi musuh utama  LKY walaupun beliau pernah  membantu mematahkan mogok gulongan radikal kiri ( nasionalis dan sosialis ) di Utusan Melayu Kuala Lumpur   pada tahun 1961 menerusi kadernya di Utusan Melayu Othman Wok dengan menghantar pekerja- pekerja Utusan dari Singapura.

LKY  berharap   Utusan  Melayu akan terus mengekalkan  persahabatan dengannya atau bersikap berkecuali  apabila Singapura  berada dalam Malaysia  tetapi kerana kemungkiran janji  LKY, Utusan Melayu telah membakar nasionalisme Melayu  di Singapura setelah penyertaannya dalam pilihanraya Malaysia. Utusan telah berpaling tadah   dan menjadi juara nasionalisme Melayu di Singapura .

The Man and White (muka 276) menyebutkan “Akhbar yang dulunya menyokong PAP dalam kebangkitannya,telah jatuh ketangan UMNO,menaikan pemidang untuk agama,bangsa dan tanahair, menjadi juara kepada orang Melayu dan menuduh kerajaan PAP sebagai penindas masyarakat Melayu Singapura”

Menteri-menteri PAP  menuduh rusuhan perkauman yang berlaku di Singapura dalam tahun 1964  berpunca dari hasutan Utusan Melayu.

Walaupun   peningkatan politiknya  di Singapura bukan atas permainan isu perkauman  tetapi untuk mendapat sokongan orang Cina dan bukan Melayu di Malaysia beliau telah memainkan sentimen mereka dengan menentang kedudukan raja raja Melayu , menuntut persamaan hak  dan memomokan sesuatu yang berbau Melayu sehingga Tunku Abdul Rahman   yang sedang berubat sakit kayap di London membuat keputusan dari katil hospital  untuk  menyingkirkan Singapura dari Malaysia.

Apabila hal ini berlaku pada 9 September 1965, Tan Sri Ghazali Shafee  berkejar dari Kuala Lumpur  untuk menemui  Lee Kuan Yew di Singapura..

Dalam   Men In White muka 302,  Ghazali Shafee menceritakan  beliau yang   terkejut mendengar berita penyingkiran Singapura itu telah berkejar ke Singapore pada petangnya dan menemui Lee di pejabatnya di City Hall. Dia kelihatan sangat buruk,matanya merah dan bengkak. Sebelumnya dia mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan perpisahan Singapore Malaysia.

Ghazali menceritakan apabila melihatnya ,Lee menangis dan beliau juga menangis “.Kami berdua berada dalam keadaan amat dukacita  kerana terpaksa hidup di negeri yang terpisah yang saya atau dia tidak bersedia.Lee pada mulanya marah dan sedih dan kami menghabiskan masa kira kira satu jam untuk saling memujuk antara satu sama lain” 

Disebalik pergeseran yang terus berlaku antara Malaysia dan Singapura selepas perpisahan itu ,hubungan politik antara Lee Kuan Yew dan Ghazali Shafee terus berlaku sehingga keperingkat beliau  menasihatkan Tun Hussein Onn untuk segera melawat Singapura dan menemui LKY sebaik sahaja Tun Razak meninggal dunia.Lee di ketahui sangat berharap Ghazali akan menjadi Perdana Menteri.

Dalam pertemuan inilah LKY memberitahu tentang adanya anasir komunis  dalam media di Malaysia yang diikuti dengan tangkapan   Samad di bawah ISA dan rakan rakannya Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid.

Walaupun Samad Ismail tidak lagi  berada dalam Utusan Melayu tetapi beliau tentunya bergembira dengan sikap Utusan Melayu memushi LKY dan kerana peranannya yang berkesan  dalam membangunkan sentimen kearah penyingkiran  Singapura dari Malaysia yang sekaligus mematahkan cita-cita dan impian   besar Lee Kuan Yew.

Bagaimanapun Samad tidak menyangka bahawa LKY akan terus memburunya walaupun beliu telah membawa diri ke Kuala Lumpur

LKY pula tidak menyangka bahawa Utusan akan menjadi pemusnah cita-citanya .Kata Men In White :” Sesuatu yang ironis apabila akhbar Utusan Melayu   yang paling bersimpati  dengan Lee pada awalnya  tetapi kemudiannya  menjuarai  kritik keras terhadap  Lee Kuan Yew yang p. Yusuf Ishak penaja Utusan Melayu menjadi  Presiden Pertama Singapura dan   wajahnya di  wang kertas Singapura.”

Lee telah menjadikan Utusan Melayu   sebagai jambatan kejayaan  politiknya   di Singapura  dengan harapan orang Melayu akan menjadi rakan perkongsian politiknya  tetapi perubahan suasana politik Singapura dalam percaturannya yang berbagai telah memusnahkan semuanya.Nama nama Melayu tidak lagi ramai dalam kabinet Singapura dan tidak mungkin di masa depan seorang Melayu lagi akan menjadi Presiden Singapura selain dari Yusuf Ishak.

Sejarah politik  LKY  tidak dapat dipisahkan dari  Utusan Melayu. Maka itu nama Utusan Melayu  baik dan buruknya  tercatit dalam hampir semua buku LKY  tetapi yang lebih diingatinya dan menjadi dendamnya yang tidak berkesudahan ialah peranan Utusan Melayu dalam membangkitkan sentimen Melayu  dan bagi penyingkiran Singapura dari Malaysia.

Bagaimanapun perpisahan ini telah memberikan kekuatan baru kepada Lee Kuan Yew  untuk mengalihkan trajidi kepada  suatu peluang besar untuknya membangunkan visi ,mengambil  inisiatif dan menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk  membina  Singapura yang lebih baik,lebih kuat dan dapat  mendahului  Malaysia menjadi negara maju.

Beliau berjaya  membangunkan kekuatan  suatu bangsa baru yang melampaui batas kaum dan agama dan dalam hal ini beliau  tidak sahaja menekan perkauman Melayu tetapi juga membunuh institusi-institusi perkauman Cina termasuk Sekolah Cina dan Universiti Cina,menghapuskan kegiatan samseng, dan mengemukakan kepada dunia sebuah Singapura yang bersih,cekap dan amanah di bawah kepimpinan yang tegas menolak rasuah dan skandal dalam kerajaan dan juga di kalangan pembangkang. 

BCA ( Bersih,Cekap Amanah) yang pernah menjadi janji pilihanraya Malaysia,masih tinggal  hanya sebagai slogan kerana tidak menggunakan tangan besi seperti LKY.

Apapun mahu dikatakan tentang LKY  tetapi  beliau tidak meninggalkan Singapura yang miskin dan pincang sebaliknya beliau meninggalkan Singapura yang kukuh, aman dan  makmur yang   dapat melimpahkan kekayaannya kepada Malaysia disamping  warisan kematangan  kepimpinan yang  mengutamakan  kerjasama ekonomi dan keselamatan antara kedua negara walaupun perselisihan timbul dari masa kemasa.

LKY pernah mengamanatkan sekiranya berlaku penyelewengan dalam pemerentahan Singapura maka beliau akan bangun dari kuburnya (lihat The Best Of Lee Kuan Yew di Google). Siapakah yang akan terus memegang amanat ini selepas anaknya Lee Hsien Loong.

Demikianlah sekadarkan untuk mengenang suatu zaman besar yang telah berlalu dalam hubungan Lee Kuan Yew dan Utusan Melayu yang penuh dengan gelora,

Saya turut merasakan kehilangan pemergiannya kerana saya telah mengikuti jejak perjuanganya sejak awal dan mengkaguminya  sebagai seorang pemimpin besar yang berjaya menghadapi berbagai cabaran dan dapat membangunkan suatu bangsa dan negara yang kuat dan bermaruah di tengah tengah nusantara Melayu..

13 comments:

  1. Akbar omputih sikit pun tak sebut pasal Melayu.. bagaimana efektif nya psikologi "pemimpin serba boleh" ini membuang sejarah demi untuk majoriti Singapura baru. Melayu tetap tersingkir.

    ReplyDelete
  2. Pd hakikat HAKIKI yg azali kita semua adalah "SATU"-anak cucu Adam as

    "SATU" keluarga besar-UNIK-brbagai warna & rupa yg dtg drp"NYA"

    Berkongsi "SATU"-udara/NAFAS anugrah"NYA" jua

    Mendukung "SATU"-wadah-PRINSIP-universe UNIVRSAL sbg paksinya

    PRINSIP2 sejagat dgn sama2 ber"SATU" mnjunjung sbnr2-AMANAH demi mnegakkan sbnr2-ERTI-Kbnaran-&-Keadilan yg sbnr2 HAQ-yg-HAKIKI dan azali

    PRINSIP2 sejagat-UNIVERSAL yg bnar2 ARIF menilai sbnr2-bakat-MERIT serta kualiti yg ditempatkan pd tempat yg teratas sekali

    PRINSIP2 sjagat-UNVRSAL-azali yg dpt melihat PERSAUDARAAN "SATU" kluarga Adam as yg jls mmiliki PERSAMAAN yg wajib kpd PERPADUAN

    PRINSIP2 sjagat-UNIVRSAL-azali tidak wajar MEMISAHKAN kita kerana isu2 remeh sprt suku-KAUM-bangsa darjat @ pangkat yg sengaja kita reka cipta

    PRINSIP2 sjagat-UNiVRSAL-azali itu sgt2-mngutuk-lg-MEMBENCI jika ada ssama kita yg sggup & TERGAMAK utk menipu-belit-AUTA-keliru apatah lagi jika ada yg trsgt2 jijik & KEJI sehigga tiada lg rasa MALU & bersalah dgn LICIK memasang ONAR-KHIANAT-FITNAH-dan-RASUAH kerana kpntingan2 diri ATAU-parti yg mngakibatkan semua SAUDARA2 kita ddlm "SATU" kluarga/NEGARA itu dipandang rendah-lg-HINA gara2 serakah BUAS yg jelas "tonggang-langgang-dgn-MALAPETAKA" serta musibah kehancurannya..

    PRINSIP2-sjagat-UNVRSAL-azali itulah yg diulang-ulang mnjd TEMA seruan nabi2 as ddlm hampir ksluruhan surah2 ddlm Al-Quran agar hidup kita BERSAUDARA ddlm "SATU" kluarga itu bnar2 SETIA-patuh-BERETIKA dgn sjujur skudus2nya smoaga "SATU"keluarga/NEGARA itu bnar2 dpt menikmati sbnr2 makna PERSAUDARAAN-azali demi mncapai sbnr2 KEMAJUAN-KECEMERLANGAN-KEHARMONIAN-dan-KEDAMAIAN yg abadi..



    ReplyDelete
  3. Baik kita menjadi pengkritik ataupun pemujanya, peranan serta kemampuan mengemudi negara pulau itu menjadi pusat kewangan serta ekonomi bertaraf dunia seharusnya diberikan pujian. Legasi beliau akan terus menjadi sebutan.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya bukan Encik Lee seorang saja yang membina negara Singapore akan tetapi sepasukan insan yang agak cemerlang seperti Dr. Goh Keng Swee, Dr. Toh Chin Chye, Mr. Rajaratnam, Mr. E W Barker, Mr. Lim Kim San, Mr. Ong Pang Boon, dan rami lagi. Malang nya pada tahun 80-an mereka ramai-ramai bersara sekaligus.

    ReplyDelete
  5. Legasi yang ditinggalkan oleh LKY ialah sesebuah negara yang mempunyai pemimpin yang "berkuku besi" akan maju jaya jika pemimpin itu jujur dan tidak korup. Komponen dalam pemerintahan Singapura sama macam Malaysia tetapi Singapura adalah "success story" sebab ada pemimpin macam LKY. Institusi yang ditinggalkan oleh LKY akan terus kekal selama-lamanya.LKY akan gembira melihat dari kuburnya Singapura akan terus maju dan makkur.

    ReplyDelete
  6. Semuga bangkit pemikir seperti Samad Ismail untuk membantu pemimpin di Malaysia....

    ReplyDelete
  7. Tegas dan berani itu ciri2 pemimpin yang sebenar.

    ReplyDelete
  8. Suatu hal yang berlaku secara kebetulan,hari kematian Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura teragung adalah merupakan hari Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johore.

    Adakah ini menandakan kebangkitan semula kedaulatan dan kemusnahan Malaysian Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Tuan ZAM.apa pendapat tuan sekiranya Tun Razak melantik Ghazali Shafie sebagai tpm dan seterus nya menjadi PM selepas kematian Tun Razak?sedangkan Ghazali Shafie kamcing dengan LKY.

    ReplyDelete
  10. Jika Tan Sri Ghazali Shaffe menjadi Perdana Menteri maka hubungan Malaysia dengan Singapura akan bertambah rapat dan akan dapat menyelesaikan banyak masalah kedua negara dengan lebih mudah disamping Malaysia akan dapat memberikan sumbangan besar kepada kekuatan ASEAN berasaskan kepada pengalaman Ghazali sebagai deplomat dan juga peranan pentingnya dalam menamatkan konfrantasi Indonesia dan penubuhan ASA sebelum ASEAN tetapi Ghazali tidak mempunyai sokongan yang kuat dari akar umbi terutama dalam UMNO sendiri untuk membolehkannya menjadi PM.

    Beliau telah menunjukan kecendorongan menyalahgunakan kuasa untuk menjadi PM malah Mahathir sendiri hampir akan ditahan olehnya di bawah ISA.

    Ghazali berbanding dengan LKY yang mempunyai sokongan kuat dari rakyat Singapura menerusi pilihanraya dan kerana itu untuk mengekalkan kuasa maka mungkin beliau akan menjadi manipulator politik yang ruthless dari LKY dan lebih authoritarian..

    Namun demikian gandingan LKY dan Ghazali pastinya akan dapat saling membantu bagi mempercepatkan kemajuan ekonomi kedua negara disamping menjadi rakan yang tidak diragukan oleh AS dalam menghadapi cabaran Cina..
    .
    Tun Razak yang cerdik tahu bahawa Ghazali sangat ambitious maka itu beliau lebih menyokong Mahathir untuk menjadi TPM .

    ReplyDelete
  11. Kalau macam tu, nasib baik Dr.M yang dipilih jadi PM. Saya, seperti Tun Dr.M amat tidak setuju Negara kita terlalu rapat dengan Barat, lebih-lebih lagi yang pernah menjajah kita dan rakan baik nya yang pernah membunuh kaum Red Indian, dan merampas tanah mereka.

    Sekarang ini pun, saya amat risau President UMNO ternampak seolah-olah sudah menjadi Anglophile. Terlonjak-lonjak menyokong tengok EPL. Alangkah baiknya jika boleh mempamerkan keterujaan yang sama bila menonton pasukan kebangsaan 1Malaysia beraksi. Boleh juga menaikan semangat pemain kebangsaan.
    Yang paling saya hairan, beliau ternampak begitu banyak masa terluang, dapat melepak bersama rakyat menonton bola, berjersi MU dan nampak bangga pada pasukan bangsa asing yang pernah menjajah tanahair.

    Dengan matawang jatuh, harga minyak jatuh, harga getah/kelapa sawit jatuh, kemelut 1MDB, Saham Felda merudum lebih separuh dari IPO, melawat kawasan dan mangsa bencana, merasmi itu-ini, kerap keluar Negara, main golf, bercuti ke negara Omputih secara senyap-senyap....etc. Bila masa beliau benar-benar bekerja untuk rakyat?
    Takkan hanya percaya bulat-bulat pada semua penasihat dan consultant, yang kebanyakanya, bukan menyokong UMNO pun.
    Harus di ingat, undi Felda boleh membawa rebah BN, PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  12. Walaupun LKY telah memerentrah lebih 30 tahun,melalui tukar ganti beberapa orang Perdana Menteri Malaysia,dari Tunku yang pertama hingga ke Datuk Seri Najib tetapi generasi baru Singapura tidaklah mempunyai affection atau kasih mendalam seperti generasi tua Singapore.
    Namun demikian mereka mengingati jasa yang ditinggalkannya seperti institusi pelajaran dan juga jalan-jalan yang dibarisi oleh pokok-pokok yang meneduhkanh dan lain lain terutama Singapura yang maju dan moden..
    Demikianmlah konklusi yang dibuat oleh Peggy Kek seorang penganalisis dari Spore di akhbar Star 24 Mac 2015.

    Tentulah ini lebih baik dari nasib pemimpin yang sebelum matinya atau ketika sakitnya telah dikutuk oleh sebahagian dari rakyat t generai muda yang langsung tidak tahu mengenang jasa pemimpin mereka seperti apa yang berlaku kepada Soeharto bekas Presiden Indoensia.

    Semuga bangsa kita menjadi bangsa yang tahu menghargai jasa pemimpin pemimpinnya walaupun ada salahnya kerana setiap mereka ada jasa yang lebih besar dari dosanya.

    ReplyDelete
  13. Saya tertarik kepada tulisan Datuk A Kadir Jasin falam blog beliau yang lebih kurang maksudnya;

    LKY seorang pemimpin yg memerintah secara kuku besi.Bagaimanapun, beliau tidak menjahanamkan Singapura.

    Lagi satu, bila masa LKY hantar Lee Hsien Loong ke klas Bahasa Melayu sehingga fasih?

    ReplyDelete