Wednesday, 11 March 2015

PERSAMAAN LEE KUAN YEW DAN DR.MAHATHIR



FROM THE STAR

Published: Wednesday March 18, 2015 MYT 1:45:00 PM
Updated: Wednesday March 18, 2015 MYT 1:53:09 PM

PMO: Lee Kuan Yew remains critically ill, condition has deteriorated further


SINGAPORE: Former prime minister Lee Kuan Yew (pic) remains "critically ill" and his health has deteriorated further, according to a statement by the Prime Minister's Office (PMO) on Wednesday.

This comes after the PMO had issued an update on Tuesday saying that Lee's condition had worsened due to an infection.

It had added that Lee is on antibiotics and the doctors are closely monitoring his condition.

Lee, 91, has been hospitalised in the Singapore General Hospital since Feb 5, when he was admitted for severe pneumonia.

Before this week, the previous update on Lee's health had been issued on Friday, when the PMO said his condition remained "largely unchanged" from a stable state.

Prior to that, the PMO had released a statement on March 6 saying Lee had improved slightly and continued to be watched closely by his doctors. - The Straits Times/ANN

PERSAMAAN LKY MAHATHIR
Pemberita- pemberita banyak menyimpan ingatan tentang hal -hal paling menarik  yang didengar dan dilihat  walaupun tidak di  ditulis kerana tidak ada nilai berita atau yang dianggap sebagai remeh temeh untuk siaran.

Di awal tahun 60an, saya dan kawan kawan sering  melancong ke Singapura  atau saya  mengikuti Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu Othman Wok . Pak Othman pernah membawa saya menemui Yang Dipertuan Singapore Yusuf Ishak sebelum beliau menjadi menteri dalam kabinet Lee Kuan Yew(LKY). Saya tidak tahu beliau adalah kader PAP.Yusuf adalah  penaja Utusan Melayu pada tahun 1938.

Pada masa itu, Singapura di bawah LKY mulai menampakan hasil ketegasannya  untuk mendisplinkan rakyat ,tindakan keras terhadap pembuang sampah dan mereka yang meludah di sana sini, pergerakan rakyat dipantau,gansterism dibenteras,urusan rakyat dengan kerajaan dipermudahkan membuatkan rakyat merasakan bahawa mereka diuruskan oleh sebuah kerajaan yang cekap dan amanah.

Rakyat merasakan tangan besi LKY di mana-mana dan di geruni.

Singapura mempelupuri  kerja -kerja memperbaiki jalan raya di waktu lewat  malam supaya tidak menggangu lalu lintas  di waktu siang .Ketika itu  Malaysia belum lagi memikirkan langkah ini,.

Suatu pagi sebaik sahaja kami bangun setelah selesai bersarapan di sebuah  gerai kecil di lorong belakang di Arab Street ,mamak gerai serta merta menyapu sekitar kami duduk tadi dan kami bertanya apa pasal, kami tak ada buang sampah ? Jawabnya " you orang mahu tahu,satu puting rokok pun saya kena"

Kami juga menyaksikan sekitar kawasan -kawasan perumahan haram  dilindungi dengan tanaman memanjat atau rimbunan  untuk melindungi pandangan buruk sebelum kawasan  itu di bakar. Tanaman rimbunan itu sehingga di kenali di Sungai Buluh pust jualan tanaman di Kuala Lumpur sebagai  pokok Lee Kuan Yew.

Lebih 15 tahun kemudian apabila saya dan rakan -rakan wartawan mengikuti lawatan Timbalan Perdana Menteri Dr.Mahathir ke Labuan, di ketika pagi masih sepi , kami melihat  kereta Mahathir lalu di hadapan rumah tumpangan kami. Kemudiannya kami bertanya kepada Pak Ali pengawal peribadinya,kemana Mahathir pergi pagi pagi buta,? Pak Ali memberitahu pergi melawat sebuah toilet untuk melihat bersih atau tidak.

Pengarah Muzium Negara, Shahrom Yub memberitahu saya  bahawa Mahathir setelah melawat muziumnya  telah  menaliponnya terus untuk memberitahu banyak kertas  bungkusan  ice cream bertaburan  di belakang muziumnya.

Sementara Datuk Bandar Kuala Lumpu Datuk Alias Omar  memberitahu saya bahawa beliau juga pernah ditalipon oleh Mahathir kerana lampu- lampu menuju ke Parlimen di penuhi dengan serangga.Beliau menalipon terus kepada Alias kerana tidak dapat menghubungi menteri yang bertanggungjawab. Tindakan Mahathir ini  menyebabkan menteri berkenaan tersinggong.

Ini adalah pekara yang remeh temeh tetapi sikap kepimpinan yang hands-on sebeginilah yang menjadi cerita dari mulut ke mukut dan menjadi  mesej  sangat berkesan untuk membentuk sikap dari pegawai ,kakitangan  hingga ke rakyat biasa.

Kedua- dua pemimpin ini mempunyai matlamat yang sama untuk membina  negara yang berdisplin,cekap dan amanah tetapi cara  Dr.Mahathir  terutamanya dalam percaturan politik adalah lebih berperikemanusiaan dari LKY

17 comments:

  1. Sebagai anak melayu saya bangga dengan ketokohan Dr Mahathir dan beliau adalah seorang pemikir dan genius. Tapi kebanyakan orang melayu tidak tahu menilai dan menghargai anak bangsanya sendiri. Mereka lebih seronok dan terpukau dengan tok-tok guru jadi-jadian dan para ostat badut, ostat bollywood yang tidak lebih sebagai penghibur lara dan bertaraf raja lawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi sebahagian DNA Melayu setelah berkurun2 dijajah soltan2 & raja2...now oleh politikus menikus...apa dekonang....

      Delete
  2. Bekas Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustama mempunyai sifat-sifat hands-on ini.Maka itu Melaka menjadi negeri yang paling bersih dan lebih berjaya dari lain lain negeri. Saya harap sikap yang berjijak bumi nyata ini diteruskan oleh Ketua Menteri sekarang dan jika boleh biar lebih lagi. Majulah Melaka untuk partri dan negara.

    ReplyDelete
  3. Saya nampak dua negeri yang tidak akan menghadapi masalah besar dalam pilihanraya akan datang ialah Melaka dan Negeri Sembilan kerana Ketua Menteri bekerja dan mempunyai idea yang inovatif. Tetapi saya bimbang dengan Kedah yang nampak sepi. Johor nampaknya semakin banyak membuat kerja kerja yang menimbulkan kemarahan rakyat terutama dalam pembangunan Iskandar.

    ReplyDelete
  4. Salaams Datuk Zam,

    re: "Kedua- dua pemimpin ini mempunyai matlamat yang sama untuk membina negara yang berdisplin,cekap dan amanah tetapi cara Dr.Mahathir terutamanya dalam percaturan politik adalah lebih berperikemanusiaan dari LKY."

    Saya fikir watak Dr. Mahathir lebih mirip kepada Abraham Lincoln yang pernah menyatakan:

    "The dogmas of the quiet past, are inadequate to the stormy present. The occasion is piled high with difficulty, and we must rise -- with the occasion. As our case is new, so we must think anew, and act anew. We must disenthrall ourselves, and then we shall save our country." (1862)

    "As I would not be a slave, so I would not be a master. This expresses my idea of democracy. Whatever differs from this, to the extent of the difference, is no democracy." (1858)

    "Every man is said to have his peculiar ambition. Whether it be true or not, I can say for one that I have no other so great as that of being truly esteemed of my fellow men, by rendering myself worthy of their esteem. How far I shall succeed in gratifying this ambition, is yet to be developed." (1832)

    ReplyDelete
  5. Ada oang mengatakan Singapura kecil maka senang di uruskan tetapi kita juga mempunyai ketua menteri dan menteri besar yang bertanggungjawab untuk menguruskan tiap negeri masing-masing yang kecil tetapi kenapa tidak boleb berjaya sepertri Singaoura atau Melakja. Malah Perlis yang bagitu kecil pun masih tidak dapat dimajukan untuk menarik pelancong supaya singgah bermalam sebelum pergi ke Langkawi.
    Orang akan bermalam di Kuala Perlis atau di Kangar jika kemudahan pekancongan dan berbagai tarikan disediakan tetapi dari satu MB kesatu MB semua tidak ada visi dan tidak ada inisiatif,tidak kreatif pada hal banyak anak Perlis yang berjaya dalam pernigaan.
    MB yang sekarang ini langsung tidak menunjul malah tidak impressive. Apa dia buatpun rakyat tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Sheikh Ahmad,
      Datuk Seri Azlan bin Man (MB Perlis kini) memang nampak mcm xde kerja yg dilakukan TETAPI cuba Tuan Sheikh dtg ke pejabat rasmi MB Perlis...perhatikan situasi / suasana kerja kakitangan di sana...saksikanlh sendiri apa perkara yg berlaku di sana...janganlah kita ni cepat sangat berburuk sangka dgn org lain yg kita sendiri tak berapa nak kenal...dan sekadar peringatan Malaikat dikiri & kanan bahu kita ni sentiasa mencatit akan setiap apa yg kita lakukan...
      p/s: saya ni bukanlh penyokong tegar Datuk Seri Azlan bin Man yg sanggup melakukan apa saja tapi saya ni cuma salah seorang dr sahabat Datuk Seri sahaja...

      Delete
    2. Rakyat tidak tahu apa yang berlaku di pejabat tetapi rakyat mahu tahu apa yang berlaku di lapangan. Contohnya jeti Kuala Perlis ke Langkawi patutnya menjadi suatu kawasan yang indah,bersih dan mempunyai tempat siggahan yang menarik dengan cafe,kedai mamak yang bersih dan tempat rehat yang selesa tetapi masih dalam keadaan imej negara yang miskin,jetinya tidak teratur,kotor dan dengan orang -orang yang menjaja tiket feri.
      Kenapa seorang bekas deplomat menjadi MB tidak dapat melihat dan merasakan kejelekan ini,.MB dulu asyik buat duit dan bagi duit pada rakyat untuk kekalkan kuasa.
      MBsekarang mesti sanggup untuk korbankan kuasa demi untuk menukar perlis kepada imej moden, berdisplin. Tanamlah pokok untuk menedoh keadaan sekitar jeti dan juga pohon rimbun di kiri kanan jalan menuju ke jeti ini. Sesoaikan imej Perlis dengam bekas deplomat yang pernah melihat dunia dan bukannya hanya dapat melihat Perlis yang sekecil kelangkang kera.Perlis yang kecil ini pun tak dapat bersih setanding dengan Melaka.JADI APA YANG RAKYAT PERLIS BOLEH HARAPKAN.

      Delete
    3. Salam Saudara Jaafar Rahim,
      bicara tentang kebersihan, bukan di Perlis shj...keseluruhan negara Malaysia ni pun kotor...lif di kuarters kerajaan kt presint 8 pun kotor...pagi2 dh dicuci oleh tukang cuci tapi bila nak naik petang / malam, penuh dgn air liur - muntahan susu budak - sampah sarap - bau yg sgt busuk...kebersihan tu xde sapa yg nk jaga kot...
      hal berkenaan dgn jeti kola perlis tu, sememangnya perlu ada banyak penambahbaikan...jeti kola kedah pun apa kurangnya...lalu ke / naik ke selera kamu klu dh duduk kt gerai tetiba hidung terhidu bau yg meloyakan?
      memana tempat pun kt malaysia ni klu dh mindset penduduknya tak betul, maka tak betullah jadinya...

      Delete
    4. Tidak semua negeri macam perlis.Lihatlah Melaka sebagai contoh.Kenapa dari kampong sampai ke bandar Melaka boleh bersih tetapi Perlis yang lebih kecil dari Melaka tak boleh capai taf Melaka. Jika kita ambil yang buruk sebagai contoh makja buruklah jadinya.Tidak akan ada improvement sampai bila pun.

      Delete
    5. @HnR Atan :

      Kenapa yang buruk yang dijadikan ikutan?? umpama engkau bodoh aku pun juga boleh bodoh @_@

      Delete
    6. Anon 19:35,
      kenapa yg buruk dijadikan ikutan? sapa yg ikut sapa la ni? yg ang ni pun awat guna nickname Anonymous? kecut teloq ka?

      Din Kokdiang,
      aku setuju dgn statement ang tu...

      Delete
  6. Salam hormat TSZ.Saya masih ingat sekitar tahun 2004(kalau tak silap),saya diminta bantuan oleh satu LSM Indonesia utk undang Tun Mahathir(waktu itu beliau mantan PM)ke Jakarta.Saya kata pada LSM tersebut tidak ada satu pun menteri Malaysia yg kenal saya apa tah lagi PM,mcm mana saya nak jumpa Mahathir.Akhirnya saya minta bantuan ajudan Mahathir melalui seorg teman saya yg kenal Ajudan Tun.Maka terjadilah pertemuan saya dgn Tun di menara Petronas.Ini lah pertama kali dlm hidup saya berdepan dgn seorg pemimpin negara.Tun senyum dan tanya saya bagaimana LSM Indonesia boleh wakilkan saya,saya jawab Tun agaknya pasti bertanya siapakah org kecil ini yg nak jumpa beliau dan pasti beliau setuju jpa saya.Akhirnya beliau terbang ke Jakarta.

    ReplyDelete
  7. Ada 1 lagi perbezaan.. Mahathir pernah kata hudud tiada dalam al-Quran tetapi Lee Kuan Yew tidak pernah mengatakan sedemikian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lee Kuan Yew tak baca Quran!

      Delete
    2. Bodohnya orang yang buat perbandingan itu!

      Delete
  8. Jgn la buang masa komen kerana bila komen walaupun membina dan perlu diambil kira maka akan ada lembu lembu yg mencelah utk membidas. Lembu ini mulutnya sentiasa mengunyah

    ReplyDelete