Wednesday, 4 March 2015

KEMUNCAK ASEAN MESTI AJAR AUSTRALIA SEBAGAI KAKI BULI


KOMEN:

NAJMI
6 MAC 2015

NAJIB TIDAK BERKALIBER SEBAGAI PEMIMPIN ASEAN

Ternyata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib tidak berkaliber besar sebagai pemimpin ASEAN apabila beliau tidak mengambil kesempatan untuk menjuarai pembelaan terhadap Indonesia yang sedang menghadapi tekanan dan penghinaan dari Australia dan Dunia Barat kerana mahu menembak mati dua orang pengedar dadah warga Australia.

Ini adalah suatu kesempatan "mas" yang tidak dapat dilihat oleh Najib sebagai peluang untuk mendapat penghormatan dari rakyat Indonesia, untuk mengeratkan hububungan dengan Presiden baru Indonesia Jokowi dan memberikan impak besar kepada kepimpinannya.

Inilah kualiti kempinan negara yang dimiliki oleh Rakyat Malaysia sekarang.



INDONESIA PATUT BERTERIMA KASIH PADA AUSTRALIA

TAN MELAKA
5 MAC 2015
Presiden dan rakyat Indonesia sewajarnya berterima kasih kepada Australia kerana bantahan terhadap hukuman mati keatas dua rakyatnya telah menghantar mesej  keras  kepada  pengedar - pengedar  dadah di seluruh dunia  tentang hukuman yang menunggu mereka di Indonesia.

Di Malaysia ramai warga asing telah dihukum gantung tetapi tidak ada pengumuman mengenai mereka yang menjalani hukuman  kerana Malaysia takut kepada reaksi dunia . Dulu  diumumkan kepada media.Sewajarnya gambar mereka yang telah menjalani hukuman juga disiarkan di akhbar dan juga telivisyen.

Tindakan menembak mati dua orang warga Australia itu akan sekaligus  mengangkat maruah Presiden dan Rakyat Indonesia kerana terbukti  Australia  tidak lagi ditakuti dan dihormati sebagai polis Amerika Syarikat.

KEMUNCAK ASEAN MESTI AJAR AUSTRALIA

Sidang Puncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan depan dengan Malaysia sebagai pengerusinya , wajar membicangkan penerusan sikap Aurstralia  untuk membuli negara ASIA terutama negara yang dianggapnya  lemah yang  tidak mahu mendengar cakapnya.

Terkini Ausrtalia  membuat berbagai ancaman memperkecil dan menghina   Indonesia untuk menyekat Indonesia menjalankan  hukuman keatas dua orang rakyatnya  yang dihukum mati kerana mengedar dadah di Indonesia. Apa yang berlaku kepada Indonesia mungkin akan berlaku kepada Malaysia. Seorang rakyat Malaysia yang dihukum gantung  sedang mendapat perlindungan di Australia

Ternyatalah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir  15 tahun lalu  tentang  sikap Australia  suka membuli negara -negara  Asia terutama Indonesia   masih benar sampai sekarang walau pun perdana menterinya masa itu  Paul Keating telah meminta  maaf kepada Mahathir kerana mensifatkan Mahathir sebagai Keras Kepala ( Recalcitran).

Kecaman itu dibuat Paul Keating  kerana Mahathir tidak mahu menghadhiri sidang punck APEC sebaliknya mahu diwujudkan East Asia Economic  Caucus.

Dalam satu interviunya dengan ABC ,Mahathir  memberi amaran kepada Australia supaya berhenti dari mengajar negara negara lain  menjalankan sendiri urusan negara mereka jika hendak berbaik-baik dengan negara -negara Asia.

Mahathir  khususnya menyebutkan  kesukaan Australia membuli Indonesia  terutama  mencampuri soal Timur Timur.

Berikutan kecaman itu Mahathir juga memberi amaran akan  mengambil tindakan balas dalam hubungan perdagangan dengan Australia yang menyebabkan Keating meminta Maaf  tetapi bila John Howard menggantikannya  hubungan menjadi buruk semula kerana dirasakan Indoneisa lemah.Mahathir menuduh Australia tidak hormati janjinya.

Indonesia selalu menjadi mangsa buli Australia .Sampai bilakah Indonesia  akan terus membiarkan Australia  untuk membuliny sebuah negara besar dengan lebih 200 juta penduduk hanya kerana takutkan Australia  sebagai Polis Amerika.

Presiden baru Indonesia  Jokowi sewajarnya hadhir di Sidang Punck  ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan dengan mendongak kepalanya setelah menembak mati  dua orang penjenayah Australia dan bukannya dengan menunduk kepala kerana tunduk kepada tekanan kulit putih yang merasakan lebih kuat dan lebih mulia.Hentikan Australia dari menjadi Juara Rasis di Asia

Demi untuk maruah Malaysia ,Sidang Puncak ASEAN   kelak seharusnya dapat memikirkan langkah yang sewajarnya untuk mengadakan suatu ajenda khusus bagi membincangkan sikap sombong dan suka membuli  Australia terhadap negara negara Asia supaya dapat mengajar Australia menjadi negara yang berperadaban tinggi   menyesoikan dirinya dengan persekitaran Asia dan khususnya ASEAN.

Memang ajenda  ini sukar untuk datang dari Malaysia yang bertambah akrab dengan Australia sejak Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri tetapi ajenda  ini boleh dikemukakan oleh Indonesia yang maruahnya sedang tercabar sekarang.

Pegawai-pegawai WISMA PUTRA pun tidak boleh lagi diharap untuk sensitif  pekara ini kerana mereka tidak lagi berada dalam sentimen nasionalisme  Asia  kerana turut tenggelam dalam khayalan asmara dana dengan Obama.

Dengan tindakan berani dan berkesan diambil terhadap Australia maka barulah akan memberikan pengisian kepada slogan ASEAN" Our People,Our Comunity,Our Vision".



7 comments:

  1. Kami bangsa Indonesia ingin melihat apakah peranan Malaysia yang sekarang mendukong kepresidenan ASEAN untuk menunjukan setiakawannya dengan kami. Tentunya presiden baru kami Jokowi masih belum ccukup matang dalam permainan ini.

    ReplyDelete
  2. Darwis Balingan.4 March 2015 at 13:45

    Malaysia pernah gantung mati rakyat British yang edar dadah di Malaysia tanpa mempedulikan tekanan antarabangsa.Singapura gantung warganegara Indonesia yang lakukan sabotaj di Singapura masa konfrantasi.Mari kita lihat sejauh mana keberanian Jokowi yang mewakili rakyat dan menjadi kebanggaan rakyat Indonesia.

    Gantung sahaja Pak. Apa dipikirkan panjang-panjang. Bapa tak gantung dua orang penjenayah ini,nanti bapa digantung oleh rakyat.

    ReplyDelete
  3. Apa gantung2 ? .... tembak !!!
    Tembak saja dan umumkan dalam televisi .
    Tunjuk gambarnya sekali .

    Ini ajaran kepada pengedar dadah .
    Juga sebagai ajaran kepada kerajaan Australia .

    Ganjang Australia.

    ReplyDelete
  4. Indonesia tak main gantung la . Dia main tembak2

    ReplyDelete
  5. 2 warga negara Australia akan ditembak mati,Australian guna pelbagai cara utk halang,pujuk dan ungkit bantuan sunami hingga masyarakat Indonesia bersatu kumpul duit secara simbolik byr balik bantuan tersebut,President Jokowi buat tutup telinga,hukuman tembak tetap jalan.Betul sikap Joko Widodo,Laskar Merah Putih dah siap bak demo besaran dan aggresif dpn Kedubes Australian disini(Jakarta)agar Australian diam dan jgn campur tangan urusan undang2 Indonesia.

    ReplyDelete
  6. 2 org yg akan ditembak mati(warga australia)di bawa dari Bali ke Cilacap utk di tembak mati di Nusakambangan.Pesawat Wings Air yg bawa keduanya di kawal oleh Jet Tempur TNI(Tentera Nasional Indonesia sehingga sampai di Cilacap.Itu tanda tiada maaf dan ampun walau pelbagai rayuan dari Australia.

    ReplyDelete
  7. cucu wak ceribon6 March 2015 at 19:09

    Jangan membazir peluru dong. Suntik aja dengan dadah hingga keduanya mampos!

    ReplyDelete