Friday, 27 March 2015

KALAU TIDAK KERANA LEE KUAN YEW,YUSOF TIDAK JADI PRESIDEN PERTAMA SINGAPURA

Wajah Yusof Ishak diabadikan pada semua mata wang kertas
Singapura
Kalau tidak kerana Lee Kuan Yew. Yusof Ishak Pengasas Utusan Melayu di Singapura, tidak akan menjadi Yang Di Pertuan dan juga Presiden Singapura yang pertama dengan sokongan dari Othman Wok, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang menjadi  kawan setia Lee Kuan Yew (LKY) sehingga ke akhir hayat.

Mata wang kertas Singapura berwajahkan Yusof  Ishak hingga sekarang. LKY juga membantu mematahkan mogok golongan kiri Utusan Melayu pada 1961. Sebaik sahaja tersingkir dari Utusan Melayu kerana tidak dapat mengawal tekanan golongan kiri yang anti UMNO dalam Utusan Melayu, LKY telah mengambil Yusof untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura.

Hubungan Yusof dengan  LKY bermula bila beliau menjadi Peguam Pertama Utusan Melayu di awal tahun 50an.

LKY amat menghormati Yusof kerana kerja keras dan juga kejujurannya walaupun Yusof seorang sosiaslis, tetapi beliau mengenali sempadan dengan komunis. Dalam berulang-alik dengan keretapi antara  Singapura dan Kuala Lumpur semasa menjadi Pengarah Urusan Utusan Melayu, beliau hanya menaiki kelas ekonomi. (Untuk mengetahui sepenuhnya, bacalah Di Depan Api Di Belakang Duri Kisah Sejarah Utusan Melayu oleh Zainuddin Maidin)

Walaupun Othman Wok berjasa besar pada  LKY  kerana menukar sejarah Singapura dengan membawa sokongan orang Melayu kepadanya, tetapi LKY marah apabila Othman Wok berkahwin dua tanpa memberitahunya,

Lee Kuan Yew menyuruh Othman "bungkus" jika dia tidak dapat menyelesaikan masalahnya yang telah diketahui oleh LKY. Ketika itu Othman bakal menjadi Duta Singapura ke Indonesia (Halaman 218  Never In My Wildest Dreams oleh Othman Wok). Mungkin Othman dilucutkan dari jawatan menterinya kerana telah berkahwin dua.

Dalam ketegasan LKY tidak mempedulikan sekalipun kawan. Inilah bezanya antara LKY dan Dr.Mahathir Mohamed.

21 comments:

  1. Hakikatnya Utusan Melayu tidak akan wujud lagi hari ini jika Othman Wok tidak membantu pemimpin UMNO untuk membawa bekas -bekas pekerja bahagian cetak Utusan Melayu di Singapura ke kilang Ibu Pejabat baru Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumur untuk menerbitkan semula Utusan Melayu.

    Pintu gate Ibu Pejabat Utusan Melayu dipecahkan dengan bantuan polis di tengah tengah maki hamun pemogok-pemogok yang pro kiri.

    ReplyDelete
  2. Othman Wok? He is nothing but running dog for LKY dan pengkhianat bangsa Melayu di Singapura.

    ReplyDelete
  3. Jangan semudah itu membuat kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah yang sebenar. Insaalah saya akan kemukakan fakta sejarah supaya saudara lebih seimbang dalam penghakiman saudara.

    ReplyDelete
  4. Zam, you're a LKY apologist. No two ways about it.

    ReplyDelete
  5. BENAR KATA MAHATHIR

    Mantan Perdana Menteri Malaysia ,Mahathir Mohamed adalah benar dalam kenyataannya mengatakan bahawa Tunku adalah kawan baik Lee Kuan Yew tetapi apabila Singapura menyertai Pilihanraya Malaysia 1964 dengan menggunakan Malaysian Malaysia maka Tunku meanggap LKY telah menggangu Malaysia.

    Selain dari itu harus saya sebutkan fahaman saya dari buku Men In White, LKY tidak mahu mengakui keputusan untuk menyertai pilihanraya itu dibuat olehnya kerana beliau ketika itu sedang melawat Afirca.Mustahil Setiausaha Agung Parti tidak dimaklumkan rakan-rakan kabinetnya dalam membuat keputusan yang penting ini.
    Dalam pada itu saya meragukan tentang dakwaan Mahathir mengatakan Lee Kuan Yew menuduhnya menyebabkan berlakunya rusuhan kaum di Singapura walaupun LKYmensifatkan beliau sebagai Ultra Melayu.

    Mahathir tidak mahu menyebutkan siapakah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya rusuhan itu tetapi dalam buku buku LKY dan Men In White menuduh Utusan Melayu dan juga Syed Jaafar Albar Singa UMNO yang menjadi penghasut.

    ReplyDelete
  6. Mahathir lebih patut dipercayai daripada tulisan seorang wartawan.Anda telah melapor mengikut perasaan dan trend pada perenggan ke dua terakhir.

    ReplyDelete
  7. Oleh kerana saya tidak melihat dari segi perasaanlah maka saya dapat melihat baik buruk keduanya secara lebih objkektif.Pokoknya Mahathir lebih berperikemanusiaan tetapi LKY benar-benar political animal.Ketegasan adalah diperlukan untuk menguruskan masyarakat Cina.LKY memahami ini.Kepercayaan kita boleh menguruskan masyarakat Cina secara demokratik ternyata gagal sesudah lebih satu abad berkuasa malah mereka kembali kepada sikap asal mereka sama seperti sebelum merdeka tetapi ini tidak berlaku di Singapura.

    Tolak ansur kita dalam soal moral seperti kronisme dan nepotisme telah memberikan senjata kepada mereka untuk memburukan kerajaan Melayu dan menutup kelemahan mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahupun tanpa ketegasan daripada pemimpin yang berwibawa itu, sekolah aliran Cina tidak dapat di mansuhkan di Singapura pada tahun 80-an. Walaupun banyak sangat bantahan dari khalayak Tionghua di sana Singapore berjaya menyatupadukan sistem pendidikan nasionalnya. Kita fikir bahasa Cina tidak terjejas ke mana di Singapore . . .

      Delete
    2. Bahasa Cina terjejas di Singapura, Generasi Baru Cina tidak berbahasa Cina tetapi berbahasa Inggeris termasuk dalam keluarga.Pentadbiran kerajaan hingga kini semuanya dalam Bahasa Inggeris.
      Maka itu timbul kesedaran dari LKY untuk kempen Bahasa Mandaran tetapi LKY sendiri tidak percaya kepada Mandarin sebagai bahasa ilmu. Dalam suatu forum antarabangsa di Singapura tentang samaada China is Foe or Friend,LKY nampak suatu masa nanti semua orang Cina akan belajar Bahasa Inggeris dan pelajar-pelajarnya ramai ke Barat dan kerana itu aliran fikiran mereka juga ke Baratan dengan aliran antarabangsa..
      Jika anda di Singapura anda tahu samaada Bahasa Cina ada harga di Singapura.atau tidak. Akhbar Cina hampir ditutup tetapi Akhbar Tamil ditutup terus akibat hanya ada Sekolah Inggeris sahaja di Singapore.

      Malaysia diperentah oleh orang Melayu tetapi gagal menasionalisasikan orang Cina tetapi pemerentahan Cina di Singapura berjaya menghapuskan fahaman ke Chinaan di Singapore.

      Delete
  8. Harapan untuk seorang lagi Melayu menjadi Presiden Singapura sudah tidak ada lagi. Yusof Ishak adalah yang pertama dan terakhir yang menjadi sebagai nisan kepada terkuburnya Utusan Melayu dan orang Melayu untuk berkuasa di Singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Saudara Tan Melaka.

      Nampak gayanya Lim Dynasty pun mahu 'mengambil hati' orang Melayu di Pulau Pinang dengan melantik seorang wanita Melayu bertudung sebagai Datuk Bandar Pulau Pinang. Mungkin Guan Eng mendapat ilham dari LKY.

      Maklumlah selepas 'putus persahabatan' dengan Haji Hadi, bukan PAS.

      Delete
  9. Pandangan Anon 15.35 adalah pessimistic dan pandangan ZAM adalah apologetic. Bagi pengkajian sejarah, pandangan pessimistic selalunya betul. Sila baca semula pandangan kajian sejarah olih pengkaji pengkaji opologetic dan pessismistic tentang sejarah empayar Rom, Monggol/Cina, Napoleon Bonaparte/Peranchis, Elizabeth I dan II/England bah kan juga empayar Islam Ottoman. Pessimistic memberi pandangan yang benar tentang kebangkitan dan kejatuhan mereka.

    ZAM tahukah career P Ramlee terkubur di Studio Jalan Ampas Singapura akibat tekanan LKY keatas kesatuan pekerja pekerja Filem disana?

    ReplyDelete
  10. Zam, saya toak tau sejauh mana kebenaran sebenar mengenai Othman Wok ini sebagai balaci maupun barua LKY tetapi sebagai orang Johor post-DEB, keluarga dan saudara mara saya , terutama yang duduk dibermastautin di Singapura, sehingga kini tidak boleh melihat sebelah mata pun bila sebut nama Othman Wok ini. Saya rasa adalah wajar Zam boleh menceritakan perkara sebenar apa sebenarnya yang berlaku, sehinggakan Pak Samad pun menjadi mangsa LKY, akibat perbuatan Si-Kitol Singapura ini. Sekian.

    Suku Sakat Tun Mai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANTARA PAK SAMAD DAN OTHMAN WOK

      Apabila Pak Samad membawa masuk Othman Wok ke dalam PAP,beliau menyangka bahawa Othman juga boleh dipengaruhi olehnya menjadi kader komunis seperti beberapa orang lain di Utusan Melayu,tetapi Othman mempunyai pendirian yang tersendiri.Beliau seperti Aziz Ishak(Adik Yusuf yang pernah jadi menteri dalam kabinet Tunku dan disingkir) ) dan Yusuf Ishak(Presiden Spore) adalah mengenali sempadan antara sosialisme dan komunisme dan tidak tertarik dengan senarai buku buku mengenai komunisme yang diedarkan kepada kakitangan Utusan Melayu oleh Pak Samad. Otman terkeluar dari comrade Samad .Hal ini ini boleh disahkan oleh wakil pertama Utusan Melayu di Kuala Lumour Hussein Abdul Hamid pada tahun 1947 .Beliau yang masih hidup(usia kira kira 91 menjadi gambar kulit buku saya Didepan Api di Belakang Duri) ketika itu berkerja bersama Samad dan Othman. (lihat buku Othman Never in My Wildest Dreams) di Utusan Singapura.

      Jika Othman seorang komunis beliau tidak akan menyelamatkan Utusan Melayu ketika diancam mogok oleh gulongan anti UMNO dalam Utusan Melayu pada tahun 1961 yang diketuai oleh Said Zahari. Said adalah orang yang mengambil saya berkerja di Utusan.Di bawahnya Utusan memperjuangkan Melayu Raya yang merupakan perjuangan Samad. Jika Melayu Raya berjaya,kita berada di bawah penjajahan Indonesia sekarang Maka itu Tunku tidak mahu Samad datang ke Malaya dan di hantar oleh Yusuf ke Indonesia sebagai wakil Utusan.
      Di Indonesia Samad melihat betapa orang -orang komunis sendiri menyeleweng setelah berkuasa( Lihat buku Memoir Pak Samad di Singapura terbitan UKM).

      Kesudian Samad bekerja dengan Straits Tims di KL setelah balik dari Jakarta dianggap oleh Tunku sebagai beliau telah berlembut dari fahamannya tetapi dianggap sebagai mengkhianati Utusan oleh Yusuf.(Baca sejarah Presiden Singapore Yusuf Ishak terbitan National Universiti Singapore).

      Saya sendiri bertanya pada Samad adakah Pak Samad seorang komunis dan dia memberitahu saya " Zam aku Marxist" tetapi beliau tidak mati sebagai seorang komunis. Jasanya besar kepada negara ini. Ketika beliau di tahan di Malaysia,beliau bukan lagi seorang komunis tetapi membawa rakan-rakannya yang anti LKY untuk membantu dasar -dasar Tun Razak terutama dalam perancangan Dasar Ekonomi Baru. Tahanannya adalah suatu penginanyaan. Tanyalah dengan Dr.Mahathir yang membebaskannya.
      Saya hormati Pak Samad dan Othman hingga ke hari ini. Othman mendidik saya dalam Journalisme . Walau apapun fahaman poilitik mereka tetapi mereka terus berbangga dengan profesionalisme sebagai wartawan.

      Bagaimanapun Samad telah menggunakan Journalisme untuk politik ((Bacalah A.Samad Ismail :Journalisme and Politik oleh Cheah Boon Kheng) tetapi Othman tidak pernah melakukakan ini sekalipun ketika beliau menjadi orang penting di Utusan Melayu selepas mogok.Ketika itu beliau adalah kader PAP..

      Mudah untuk mengatakan sesaorang itu barua tanpa mengenali latar belakangnya yang sebenar.Apapun sebuah Singapura dan Malaysia yang tidak dikuasai oleh Komunis dan Indonesia adalah lebih memberikan kemakmuran dan kebahagian kepada rakyat.

      Delete
    2. Terima kasih Zam kerana jawapan yang begitu panjang lebar sekali. Insyallah saya akan berhubung dengan Tun Mai Ulat Gonggok untuk berjumpa dengan Hj Hussein Abdul Hamid.

      Suku Sakat Tun Mai

      Delete
  11. Kalau ikut almarhum Dato Meor Abd Rahman, Lee Kuan Yew tawar presiden Singapura itu padanya, tapi dia taknak dan cadangkan Yusof Ishak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini benar-benar cerita karut. Terlalu bodoh untuk LKY menilai Meor Abdul Rahman sebagai Presiden Singapore. Bacalah The Singapore Story tentang hubungan LKY dengan Yusof dan Samad. LKY kenalpun tidak dengan oran ini.

      Delete
  12. Kalau tidak kerana orang meLAYU saya tak fikir LKY dpt memerintah dan mengubah sejarah TEMASIK.History does repeat itself.PULAU PINANG.......ohh meLAYU.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnnya ada beberapa personaliti Melayu lain yang relevan kepada pembangunan Singapura, khususnya di awal era kemerdekaan khusus kepada perjuangan dalam Kesatuan Sekerja, selain Othman Wok. Umum mengetahui melalui perjuangan LKY dalam Kesatuan Sekerja, mendorong beliau menjadi seorang ahli politik dan seterusnya membawa Singapura ke tahap hari ini. Antara personaliti lain yang membantu LKY di era 50 an adalah Inche Mahmud Awang, Presiden NTUC Pertama, wira tidak didendang. Boleh rujuk biografi beliau di http://www.nas.gov.sg/archivesonline/photographs/source-details/661
    Pernah berjumpa dengan beliau dan menceritakan bagaimana LKY mendengar pandangan beliau untuk merger dengan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

    ReplyDelete
  14. Pada saya, Yusof adalah 'paper presiden' yg LKY perlukan utk membenam org Melayu dlm realpolitik yg dia atur utk merampas tampuk kuasa dari Tunku.

    Nyaris Malaysia tidak jatuh ke tangan PAP, namun hasil jelajah atau lawatan tak diundang yg dibuat oleh LKY pd tahun 2009 yg meliputi istana, kini menghasilkan 95% undi Cina kepada DAP.

    Saya fikir, LKY adalah ultra-Cina yg berjaya menyatukan bangsanya, manakala Tun M gagal buat yg sama utk bangsa Melayu.

    ReplyDelete