Wednesday, 25 February 2015

PERMULAAN KETERUJAANNYA DI PENGAKHIRAN SAYA


Zaidan berambut panjang bersama Aznil dan dua orang lagi menunggu masa penggambaran Upacara Permaidani Merah Anugerah Academy kali ke 87 di Hollywood baru- baru ini.

Melihat anak saya Zaidan membuat penggambaran terhadap tugas Aznil Nawawi Pengacara TV Popular meliputi Anugerah Academy kali ke-87 di Hollywood, mengingatkan saya kepada beberapa keterujaan saya (excitement) dalam karier kewartawanan sepenuh masa dari permulaan hingga bersara yang menjadi kenangan manis dan nostalgic hingga ke hari ini.

Zaidan hanya baru beberapa tahun berkecimpung dalam dunia phothography TV dengan memulakan kariernya sebagai jurugambar perkahwinan, tetapi kemudiannya bertugas dengan Astro setelah memenangi hadiah suatu Anugerah Filem Pendek, tetapi berhenti untuk bersendirian sebagai jurugambar bebas. Meliputi Anugerah Oscar ini adalah suatu sejarah bagi hidupnya sebagai Director of Phothography (DOP). Dia bersama Aznil, seorang penerbit dan seorang lagi pembantu.

Dari Hollywood, Zaidan menulis dalam facebook keluarga: "Never in my life there was a slightest thought that I would be standing here on the red carpet shooting oscars 2015 "Once in a lifetime experience, me working a wet oscar redcarpet. I learnt a lot about journalisme on this assingment especially dealing with such a world class event and hollywood superstars."

Seperti juga saya, tidak pernah terfikir dalam karier kewartawanan, saya akan menjabat tangan tokoh-tokoh terkemuka dunia, Presiden Carter di Rumah Putih, dengan Queen Elizabeth Great Britain dan Imelda Marcos wanita cantik isteri Presiden Filipina di Istana Tetamu, dengan Perdana Menteri Republic Rakyat China Deng Xioping dan tiga orang Presiden yang dibunuh dengan kejam iaitu Presiden Iraq, Saddam Hussein, Presiden Libya, Muaamar Gaddafi dan President Romania, Nicolae Ceausescu.

Namun demikian, ini tidak sama dengan rasa kebanggaan dan keseronokan penemuan pertama kali untuk interview khas dengan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di rumahnya di Alor Star di awal tahun 60an bila beliau bertanya "Hang anak sapa" dan beliau mendakwa kenal bapa saya Maidin semata-mata untuk menyukakan hati saya. Saya sedar ini kerana fakta-faktanya salah.

Tidak ada cetusan sejarah yang paling manis, penuh dramatik, amat keterujaan dan nostalgic hingga ke hari ini selain dari meliputi pelbagai peristiwa konfrantasi Indonesia.

Saya tidak pernah melihat Presiden Pertama Indonesia, Soekarno yang kacak semasa hidupnya tetapi selepas kematiannya, kami wartawan-wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail ke Indonesia selepas tamat konfrantasi telah berebut-berebut duduk di atas kerusinya di bilik pejabatnya di Istana Bogor.

Bagi Zaidan meliputi Anugerah Oscar ini adalah suatu langkah permulaan bersejarah sebagai seorang jurugambar. Jika dipanjangkan umur, masa depannya masih banyak untuk merakamkan lagi peristiwa lebih besar. Kata orang, Zaidan ada kelebihannya dari segi teknik penggambaran.

Baginya suatu permulaan di dunia journalisme yang penuh dengan keterujaan dan cabaran ketika saya hanya mengingatkan laluan indah bersejarah di hujung penghidupan.

Di antara  program popular yang pernah difilemkannya untuk Astro ialah Imam Muda, Romantika, Astana dan Musik Video beberapa orang artis terkemuka dan juga video untuk beberapa badan koporat.

Acara Permaidani Merah Anugerah Academy ke-87 ini akan disiarkan oleh Rancangan HBO Sentral pada 5 Mac Astro Ria 10 malam, 6 Mac Astro Maya HD 10.30 malam dan  HBO 8 Mac 12,30 tengah hari. 

10 comments:

  1. Ke mana tumpahnya tuah kalau tidak ke nasi..

    ReplyDelete
  2. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

    ReplyDelete
  3. Kalau anak Tan Sri jadi artis masa zaman arwah Tok Mat jadi menteri penerangan, dah kena potong rambut depan siaran langsung ni!!

    ReplyDelete
  4. Salam Tan Sri, saya juga tumpang berbangga dengan pencapaian skool mate saya sorang ni... memang pendiam, namun mempunyai daya kreativiti tersendiri... tak sia-sia beliau menghabiskan masa bermain "Sega' semenjak zaman kecil lagi.. semoga beliau menggapai lebih banyak kejayaan dalam bidang yang diceburi nya. - Kawan Pengakap

    ReplyDelete
  5. Saya harap dia membacanya. Dulu pokok pisang pun dia tak kenal kerana lebih kenal sega.Terima Kasih.Jika jumpa dia tanya dia kenalkah pokok rambutan, adurian atau pokok kelapa?

    ReplyDelete
  6. Maaf Tan Sri , mungkin tajuk sebegini dan status anak tidak cukup kuat untuk menarik pembaca aktif.

    ReplyDelete
  7. Saya setuju tetapi ini sekadarkan untuk mencatitkan suatu pencapaiannya dan juga to motivate him. Bagaimanapun saya tak sangka ramai pula yang masuk. Insaalah posting yang menarik sedang menunggu: WASPADA: LEE KUAN YEW BANGUN DARI PUSARANYA.Belum masanya untuk dipostkan.

    ReplyDelete
  8. Saya terharu setiap kali terbaca perasaan bangga seorang ayah atas kejayaan anaknya. Semua ayah mempunyai impian yang sama dan anda telah merasanya.

    Saya nak sentuh sikit berkenaan kualiti jurukamera di Liga Bolasepak kita......rasanya sungguh sedih dan tak berkualiti. Boleh mintak anak Tan Sri ulas?

    Presint 9 Putrajaya

    ReplyDelete
  9. Salam. Mohon izin Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Sila email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM

    ReplyDelete