Friday, 13 February 2015

PENJELASAN ZAM MENGENAI TANAH PERKUBURAN NIK AZIZ

LEBIH 30,000 KUNJUNGI: WAJARKAH NIK AZIZ DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM

Saya bersyukur kepada Allah kerana posting saya lebih setahun lalu Wajarkah Nik Aziz Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam  yang masa itu dilawati oleh hanya sejumlah kecil sahaja  tetapi mendadak naik kepada lebih 30,000 pelawat  ( 33,953 pada jam 8 pagi 16 Febuari 2015) setelah tajuknya dipormosikan oleh orang yang tidak dikenali berikutan dengan kematian Nik Aziz.

Jika tujuan penyebarnya untuk mencemarkan nama saya maka saya telah mendapat faedahnya kerana lebih 30,000 orang telah membaca kandungan sepenohnya tajuk itu disamping  ratusan ribu lagi  yang  membaca penjelasan saya menerusi akhbar- akhbar dan portal berita .

Inilah hikmah  dan rahmat dari Allah yang kita tidak dapat jangkakan dan juga  dapat membantu manusia lainnya  untuk memikirkan jasa dan bakti atau baik buruk sesaorang hamba Allah sesudah kembali karahmatullah..

Saya tidak pernah mengumumkan jumlah pelawat kepada blog saya sejak dilancarkan kira kira dua tahun lalu   tetapi saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan pelawat setia ialah antara dua hingga tiga ribu sehari  dan jika ada isu yang panas meningkat kepada lebih 10,000  tetapi tidaklah pernah saya mejangkakan sehingga kepada lebih 30,000 dalam masa hanya dua hari.

Jumlah pelawat zamkata hingga pagi ini Isnin 16 Febuari 2015 sejak dilancarkan kira kira dua tahun lalu  ialah 1,627,306. Saya tidak tahu saamada ini jumlah yang besar atau biasa sahaja.Saya  menjalankannya bersaorangan atau sendirian dan meminta bantuan kawan- kawan jika ada masaalah teknikal.

Barangkali sudah sampai masanya untuk membuka ruang  iklan  di blog saya dan dengan bantuan wang iklan ini bolehlah ditambah tenaga pembantu untuk menambah nilai(kurangkan kesilapan ejaan yang merupakan  kelemahan utama saya) memperbaiki teknik  dan kualiti blog ini . Apa kata saudara- saudara peminat?


PENJELASAN ZAM.........

Saya agak heran bila tiba tiba blog saya sejak malam tadi hingga petang  ini( 13 Febuari 2015) telah dikunjugi oleh lebih 16,000 pelawat. Saya tidak tahu kenaapa sedangkan posting saya terakhir bukan mengenai isu kontroversi tetapi  takziah kepada   pemergian abadi  Hasbullah Pengulas Sukan tanahair yang unik dan tersuhur.

Kemudianya baru saya  mengetahui  rupa-rupanya suatu posting saya lebih setahun lalu bertarikh  5 April 2013 bertajuk "Patutkah Nik Aziz Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam" telah di sebarkan kembali  hanya tajuknya di  facebook dan menjadi viral yang memberikan persepsi  saya menulisnya  sempena  kematian Datuk Nik Aziz Mantan Menteri Besar Kelantan,Pemimpin dan Ulama Besar Pas.

Penyebaran  tajuk ini tanpa kandungan  sepenuhnya  tentulah  membangkitkan kemarahan ,ulasan panas dan anggapan salah terhadap saya samaada dari orang Pas atau bukan orang Pas . Posting saya itu adalah reaksi dari fatwa Nik Aziz bahawa solat orang Islam UMNO tiada pahala dan UMNO parti murtad yang disanggah oleh seorang mufti.

Penyebaran semula tulisan itu  yang berusia lebih dari setahun tidak semestinya  dilakukan oleh orang Pas tetapi berkemungkinan dari anasir yang mempunyai motif  jahat samaada untuk mencemarkan nama saya  atau mengekalkan prasangka buruk antara UMNO dan Pas.
.
Saya berharap sebelum membuat sesuatu kesimpulan, silalah anda  baca kembali  posting saya pada 5 April 2013 dengan sepenuhnya  supaya anda tidak membuat ulasan dan kecaman semata mata berasaskan sentimen dan kemarahan tanpa maklumat yang cukup.

63 comments:

  1. apakata hg postkan ucapan penuh TGNA tentang fatwa yg dia buat tu...ucapan penuh tanpa edit2 tuk sumer orang baca...lama ngat dah hgpa ni dok jual agama tuk politik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pyh komen bajet bgusla hngpa..setakat dap cucuk hdung..klu berani berjaung sendiri drpd jd kerbau kafir laknat tu..

      Delete
    2. yg engko di cangkuk hidung oleh MCA, puluhan tahun tak perasan ke? Nampak mcm ko yang berkuasa, tapi tunjukkan mana satu rumah kedai milik orang melayu UMNO, yg katanya berkuasa sangat tu?????

      Ada le sebuah kedai depan jam tinggi... tu, bangunan UMNO, tu pon hutang dgn BBMB tak bayo...hutang lapok masuk khazanah!!



      Delete
  2. zam...dh baca dh posting yg hang post tu...
    maybe masa hang tulis tahun 2013 tu,masih dok mengampu kot-kot blh jd calon bn..tp x ksampaian..la ni bn pon dh tutup buku dgn hang ..tu yg post tbaru hang ni nampak kenduq banyak....muhasabahla zam...TGNA insyaallah dh dpt husnul khatimah...hang?kita?wallah hu a`lam...ulamak seringkali bpesan...jgn kita wat fitnah sbb fitnah ini ibarat sdg tidur,jgn sesekali kita kejutkan...
    sbaliknya kitaa renungkan apakah cukup syarat 3 perkara yang kita nk tglkan utk bekalan mati?cukupkah sedekah kitaa?soleh ka anak2 kita?ilmu apa yg kita bg manfaat pd org ramai?fikirlah zam n the umno totok...

    *kalo nk bdebat..tnya laa pengalaman zam masa jd menteri penerangan dulu...kna basuh dengan hj hadi pasal isu bahasa shj...kat dwn rakyat...ingat x cmana zam pucat?

    ReplyDelete
  3. He may think he's an ulamak. He may dress like one. Others may regard him as one. I never regard him as one. To me he is above all a politician. A true ulamak will never kafirkan another muslim. Who are you to say so? But a politician, he can say whatever he wants especially if that it what his supporters want to hear. What ulamak doakan pemimpin pecah perut? No he's not an ulamak. He's just a politician!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia doakan Najib pecah perut sekiranya Najib penipu?? kalau Najib jujur dia doakan supaya Najib diberi rahmat oleh ALLAH SWT .. yang tu ko orang tak quote pun.

      Delete
    2. Couldn't agree more....but, for the moment may Allah overlook his shortcomings, amin!

      DS

      Delete
    3. Agreed. That's why I had no love for him. Because of him and that other malicious guy from Terengganu, Malay Muslims are being divided. Calling a fellow Muslim 'infidel' yet sleeping on the same bed with the real infidels who are plain racists. No, no love for him.

      Delete
    4. In muslim teaching and belief, once or more either he or she had rejected or contempt to the believing in islam or replaced/say other practices are better than muslim practices as been taught by the prophet, that's automatically turn a muslim as an unbeliever to islam itself, without his or her consciousness. So there is no doubt that, a muslim must as compulsory to accept the islamic teaching and practice and believing in full 100% not more nor less. For example there are a few muslim reject or condemn one or more sentence(s) in the holly Quran, the picture arisen is they are not believe the holly Quran in general. What say you, isn't that mean that those people still considered as a muslim? That is what we call faith, never make it not significant.

      Delete
    5. hope this nation will be better with the ularmak troublemaker is now perished

      Delete
    6. anon 22.26,
      tak kira la apa dia cakap lps tu. isunya kenapa kena doa pecah perut. lagi elok doa supaya najib bertaubat dari menipu ke, dapat hidayah satukan umat islam lagi elok. ilmu agama nik ziz mungkin tinggi. sayang akhlaknya out!

      jentayu

      Delete
  4. Siapakah yang dapat untung kalau pas dan umno berpatah arang.Siapa pula yang akan rugi kalau orang melayu/islam bersatu.Sendiri bolih fikir ma!

    ReplyDelete
  5. Albi. .sudah2 lah tu .TGNA pun dah pergi, Zam pun dah maghrib, kita pun pasti pergi. Cakap yang baik2 sudah lah. Yang Zam pun satu hal, bila Zam tanya soalan patutkah TGNA dikuburkan di perkuburan Islam, implikasinya Zam merpersoalkan keislaman
    TGNA tanpa sebab. Memang org yg menolak hukum Allah atau sebahagian darinya boleh menjatuhkan keislamannya. Samada pemimpin, atau ahli umno menolak hukum Allah itu ada khilafnya. Kalau mereka menolak hukum Allah dgn jelas..jelaslah terkeluarnya. Kalau tidak menolak hukum Allah tidak lah terkeluar dlm konteks tsb. Tapi kalau mengikut percakapan dan perbuatan beberapa pemimpin umno ada memberi gambaran bahawa mereka menolak atau tak brp confident dgn hukum Allah. .yg mana satu kena tanya depa sendiri. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada minta maaf x kat orang yang dia kafirkan?

      Delete
    2. Berat jugak tu, kalo "berhutang" dengan fellow Muslims sebab kena dikafirkan...berapa ramai tu...silap2 contra dosa pahala sdn bhd tak tentu lagi...wallahu'alam....moga selamat semua Muslim dunia akhirat....

      DS

      Delete
  6. Itulah Nik Aziz...saya bukan nak burukkan dia...tak baik nak cerita buruk orang mati tapi tindak tanduk dia dulu memang tak patut. Orang UMNO tak pernah cakap macam tu kat dia. Orang UMNO banyak doakan dia walaupun berbakul bakul dia cela orang UMNO dahulu. Moga roh arwah dicucuri rahmat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA ertinya dia mengklasifikasikan semua orang UMNO sekaligus? Dr.Mahathir adalah pemimpin Malaysia yang telah berjuang dengan prinsip mulia UMNO yang asli itu. Tidak sama dengan Ah Jib Gor yang berjuang untuk dirinya sendiri walaupun dikatakan bawah naungan UMNO.

      Adakah kepimpinan PAS ITU bersih dari zina dan liwat dan makan duit haram dan mengumpat dan mengkafirkan sesama manusia? Tu kite nak soalkan.

      Delete
  7. Allah lebih mengetahui jasa bakti TGNA pada ugama, bangsa & negara. Sebagai seorang marhain, masih terasa bahang politik perpecahan umat Islam di Malaya sejak 80an...umno kafir, sembahyang masjid berlainan, sembelihan orang umno tak halal, suami isteri berlainan parti ada yang bercerai berai...sampai sekarang umat Islam/Melayu di malaya masih berpecah selepas 30 tahun...satu legasi dari era 80an...berapa berat timbangan ugama berulam kan politik? Hanya di akhirat kita tahu...

    DS

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan contoh yang diberi, kita dah tahu tempat orang macam ini kat mana. tapi malas nak cakap. nanti x fasal2 dikafirkan pulak oleh puak2 lalat hijau

      Delete
  8. Memecah belah kan ummah tu ulamak? Puii...

    ReplyDelete
  9. Why speak ill of the deceased? WHATS YOUR POINT? Will he read this? Albi, its too late for all this. Imbecile

    ReplyDelete
    Replies
    1. albi just raising some points of what the ularmak have did during his life. why you're being so mad, you ignorant bastard?

      Delete
    2. somebody that their brains are being flooded with taik hijau like you can read this!

      Delete
  10. Masa di stadium KB buat doa "UMNO KO ...UMNO KO...", nak tergelak pun ada, menggaru kepala pun ia, mengurut dada pun buat... terpinga pinga dibuat nya saya.
    Ilmu mana yang mereka gali? Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka gali ilmu PASesat

      Delete
  11. sokong zam ....dari jejaka perak

    ReplyDelete
  12. kalau sekiranya para penganut agama pas memberitahu 1 je jasa Nik Aziz untuk agama,bangsa dan tanah air....hari ini jugak saya pergi ambil borang pas!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah leeee . PAS tak perlukan orang macam awak! UMNO pun tak pakai org mcm awak.... no one cent!! nak tunjuk bukti baru nak percaya... sepatutnya kalau ko okey sangat, buat le bukti utk orang percaya yg UMNO ke PAS ke boleh terima awak!!

      At least Zam dah tunjuk bukti UMNO terima dia, tapi at last kena tendang jugak...

      Delete
    2. adelaaar ..mewujudkan PASMA dalam PAS... dia tak halang pun..

      Delete
  13. MELAYU MUDAH LUPA . . .

    Perangai PAS memperalatkan Islam untuk tujuan jahat bukanlah satu amalan baik.

    ReplyDelete
  14. Saya tidak berapa ingat apa - apa yang baik tentang Nik Aziz ni kecuali
    1) beliau ingin berkawan dengan syaitan
    2) Tuhan pun mencarut

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. puas juga saya memikirkan apa jasa si tok guru dah sumbangkan kepada bangsa, agama dan negara. setahu saya x ada. jasa si tok guru ini hanyalah menjadi lembu kepada kafir harbi dan memecah belahkan bangsa sendiri

      Delete
    2. yg aku paling benci bila dia kata Nabi itu sebelum dilantik jadi Nabi, sama sahaja taraf dia dengan mamat mamat kampung yang lain lain !!! Sampai sekarang aku tak puas hati..walaupun aku ahli PS seumur hidup

      Dia mati dengan meninggalkan masyarakat yang berpecah belah kerana dia menjadipunca utama sebagai penghalang kerjasama melayu umno dan melayu PAS, sehingga TG Presiden pun tak boleh meneruskan usaha yang dituntut Islam supaya merendahkan sayap sesama Muslim dan bersikap keras dan tegas dengan orang kafir !!!

      Delete
    3. Sibuk mencari kesalahan dan kesilapan orang lain, macam mana nak ingat kebaikan yg dilakukan.

      Delete
    4. Masalahnya Kebaikan TERSELINDUNG dengan banyak kesalahan dan kesilapan..

      Delete
  15. Sdr Zam,

    1.Siapa pernah sangka kematian Nik Aziz dihormati oleh kawan lawan termasuk YAB PM dan media yg tidak pernah terfikirkan.

    2. Jenazah Nik Aziz dikrbumikan di prrkuburan Islam.

    3. Mufti Perlis hadir. Yang tidak hadir cuma Sdr Zam dan pembahas anti Nik Aziz di atas. Mingkin seorang lagi Ibrahim Ali.

    4. YAB PM hadir.

    5. Dapatkah Zam pastikan bilangan yg hadir bila Zam meninggal dunia sama atau melebihi puluhan ribu yg ' taksub ' itu?
    r

    ReplyDelete
    Replies
    1. None of yr bloody business lah tuan! Why you don't worry yr own akhirat whether you living good life or not?

      Delete
    2. Aku pun setuju dgn pendapat di atas, YAB PM pun sanggup berhenti berucap bila dpt maklumat Tok Guru meninggal dan sedekahkan Fatihah... pi ziarah lagi...

      Muhasabahlah diri sendiri... orang yg dah meninggal dah tentu untung nasibnya, kalau dia betul dapat ganjaran syurga, kalau tak betul dapat ganjaran neraka... tapi kita?

      Delete
  16. 1- Saya memang mejangka ribuan orang akan hadhir terutama orang Kelantan,jika tidak masakan Pas menguasai negeri Kelantan sekian lama dan kehadhiran YAB PM dan orang orang UMNO lainnya ialah kerana orang UMNO tidak pernah memikirkan diri mereka kafir walaupun telah dikafirkan oleh Tok Guru tetapi mereka berpegang kepada ajaran Islam bahawa semua orang Islam itu bersaudara.
    2- Dikebumikan di perkuburan Islam kerana pemimpin pemimpin agama
    yang waras tidak mahu mempolitikan kematiannya dan UMNO pun tidak membantah walaupun beliau banyak menyinggong perasaan mereka terutama dalam mengatakan sembahyang orang UMNO tidak sah.
    3-Saya telah memberikan hukuman politik atas fatwa politiknya yang menggunakan agama dua tahun lalu kerana dia telah memisahkan dirinya dari orang UMNO yang didukong olehj orang Islam yang tidak sah.
    3- Memang saya tidak hadhir kerana tak sempat dan ramai juga orang lain yang lebih penting dari saya tidak hadhir. Kehadhiran Lim Kit Siang dan Guang Eng lebih berarti dari kehadhiran saya.
    5- Saya tidak pernah mengingatkan sebagai suatu harapan untuk ramai orang hadhir pada kematian saya lagi pun setelah menjadi jenazah saya pun tak tahu untuk bersedih kerana tak ramai penziarah.
    Adakah saudara termasuk dalam orang Islam yang berharap bila mati akan diiziarahi oleh ramai orang?Insaaalah kalau saudara mati dahulu dari ,saya boleh tulong hebahkan dalam blog saya atau beritahu media supaya orang hadhir pada kematian saudara atas wasiat saudara yang mengharapkan sangat kematian saudara dikunjungi ramai.Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah cara orang yang tidak terpelajar menjawab .Bila tak dapat menjawab dengan akal digunakan perasaan dan mengeluarkan kata kata kesat.

      Nampak kecil dia hanya kata bullshit tetapi jenis orang Islam seperti inilah yang menampakan kebodohan kepada orang bukan Islam dan kepada orang Islam yang terpelajar. Inilah yang menyebabkan kita kalah dalam peperangan minda dan khirnya mereka hanya tahu menggunakan kekerasan dalam kata atau perbuatan, membunuh orang.
      Orang seperti ini percaya tempekan yang kuat atau jeritan sebagai kemenangan tetapi tidak sedar dipandang rendah dan bodoh oleh orang yang boleh berfikir.

      Delete
    2. hebat darwis balingan ni...nama anonymous tapi dia bulih tau kawan tu orang islam...dasyat...

      Delete
  17. Dlm Islam disetujui yg org yg plg dekat dgn Allah ialah yg plg bertakwa .. yg plg bertakwa ialah yg paling berhati-hati (most God conscious) dgn segala perbuatan termsuk percakapan.. masalahnya mcmana org yg dianggap ulamak (oleh pengikut PAS) dan menggap diri ulamak boleh berkata Allah mencarut? Itu dah jadi kes -menyamakan- perbuatan manusia dgn Allah. Padahal Quran jelas berkata "he is unlike anything" ..tiada apa pun yang sama dgn Allah, baik dari segi fizikal atau perbuatan. Perkara ini adalah asas tawhid.. tapi ulamak pun boleh berani2 cakap macam tu.. tidak lain keluar dari mulut disebabkan nafsu (politik)

    PAS dari dulu lagi pang pung pang pung pasal negara Islam. Tapi semenjak berkawan dgn "syaitan" .. azan pun dah tak boleh.. dah kena senyap, sebab jaga sensitiviti?. Inilah "kemajuan Islam" yg dibawa oleh pemimpin2 PAS kerana mereka rela berkawan dengan syaitan. Jahat2 UMNO pun tak seteruk ini, in fact, tak pernah terjadi sehinggalah pemimpin2 PAS sanggup berkawan dgn syaitan

    Dulu pun tak pernah ada org bukan islam sibuk pasal apa yang boleh dan tak boleh dlm khutbah (sebenarnya mrk tak dapat brain wash lagi penuh2 masyarakat islam, jadi mereka sakit hati krn kehendak politik komunis mrk tak boleh diprogram kedalam semua orang islam). Tapi semenjak PAS berkawan dgn mrk, dah jadi lumrah pulak dan PAS pun taklah mahu demo demo sebab tak memberi keuntungan politik (bandingkan dgn Mahfuz nak demo pasal isu Ismail Sabri baru baru ini).

    Orang2 yg buta selalu perbuatannya mrk sendiri tak nampak. Dari dulu kumpulan2 pembangkang ini laungkan azan reformasi reformasi.. tup tup merekalah yang melantik ahli2 keluarga mereka terang2 ..dari Anwar, LKS, Karpal sekeluarga. Jadi yang guling2 jalan raya reformasi tu dibuat oleh org2 yg senang aja dibodohkan. Yang cakap pangpung pagi sampai petang pasal Islam, tidak kisah apabila Islam sendiri dihina dan direndahkan martabatnya di negara tanah Melayu ini yang mana majoritinya org Islam juga

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

    (Surah as-Saf, 61:2-3)

    Ayat di atas khas utk org 2 yg seronok tidur sebantal dgn syaitan. Tapi apa nak buat, ramai org Islam sekarang ini lebih seronok dgn khutbah2 ahli politik, dari membaca Quran itu sendiri - sy rasa inilah sebab utama ramai umat Islam sesat, sebab mrk sendiri tak baca Quran. Lagi satu sebab ialah ramai org Islam tak baca, sendiri, sebab dari kecil dah dibasuh mindanya spy anggap kita tak boleh baca Quran mcm pandai2 sendiri .. hanya boleh tahu dari ahli agama (yang kemudiannya diambil alih oleh ulamak politik). ..jadi org2 seumpama ini nur Quran itu sendiri tak pernah mrk rasa atau nampak



    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahat-jahat UMNO pun tak seteruk ini...Hahahaha...yg jahat boleh mengenalpasti sifat jahat...syaitan mmg jahat sebab dia ingkar perintah Allah swt. Hati2 dlm menggunakan kalam-kalam Allah swt. Nak jadikan panduan hidup, guna semua 30 juzu'.

      Delete
    2. Excellent comment Anon 16.01! I agree 100% with your point of view.
      The Anon 02.37 is definitely the perfect example of Nik Aziz'z follower.Gist of his comment: UMNO = Jahat = Syaitan.
      Excuse me, but using only part of Quran's has been the staple of your kind since time immemorable. Please read more on your idols syarahan etc.
      Let me simplify for you..read this & use your brain.
      :https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/02/15/memorable-quotes-from-nik-aziz/

      Delete
  18. Usah lah di polemik lagi kematian TGNA. Itu semua sudah menjadi urusan Allah SWT. Husnul khothimah atau kusnul khothimah, bergantung kepda amal beliau. Ribuan pelawatdan beberapa "kebetulan" yang di banggakan pentaksub mereka tidak lain UJIAN Allah menduga KEIMANAN mereka yang masih hidup. Lihat saja dan nilai.

    Apa yang kita bimbang ialah RBA rasmi berlesen. Malah yang di panggil ustaz PAS terlajak ilmu, bersekongkol dalam kumpulan ini, mengadu domba. Sdr. Zam pasti nya tahu ancaman musuh-musuh seperti ini yang lebih membawa kemusnahan dan keruntuhan Islam di Malaysia. Agenda nya memisahkan melayu PR dengan melayu UMNO !

    Jika sdr. Zam masih punya pengaruh, bersemuka lah dengan PM. Bawa geng sehaluan, supaya satu tindakan drastik boleh di kuat kuasakan, dari arahan PM sendiri, yang sudah lama membiarkan jenayah sentimen dan fitnah berleluasa.

    Sekarang dalam rumah sendiri, ada yang menyimpan senjata cara sembunyi-sembunyi....

    ReplyDelete
  19. Rasa rasanya ini adalah masa terbaik untuk mengembalikan kerjasama pas umno. Kita tahu yang nik aziz sekali kali tidak akan merestui kerjasama tersebut. Anwar pun dah masuk sg buloh.

    Kalau PRU 13 ada tsunami cina, kenapa tak bolih PRU 14 tsunami melayu. Kalau kerjasama itu berjaya, adakah pkr akan tetap bersama DAP? Mereka juga orang politik!

    ReplyDelete
  20. Adakah penglibatan TGNA dlm kancah politik betul betul dapat memperkasakan kuasa politik orang islam/melayu dan menyatupadu kan atau melemahkan dan memecah belahkan.Marilah kita fikir Dan renongkan dengan mengambil kira fakta fakta yang mutakhir.

    ReplyDelete
  21. Its odd, just a few days ago i had a dream that he died. Very odd. Anyway there goes the country's most fascinating person. I like his harsh critique of Putrajaya life and the need for true Muslim simplicity which he fully lived himself; i joined others in the good laugh we all had about his motorcycle helmet comments, and the endless list of amazing things that came out of him.

    Strange and crazy at times, he also embodied a prescription for living that can apply to everyone, not only Muslim. Its absolutely so that should Ghandi be resurrected in Malaysia it would be in the form of Nik Aziz. This is true. I like that he walked the talk, not taking on power and wealth while telling everyone else to live humbly and simply.

    Dont let him die in vain, study his life and adopt and emulate the best of him into your (our) own life. He can live on in the rest of us and believe me thats a very good idea. He was unique and that is the truly sad part, really, alone in the wilderness around him of hate, money, greed, power, lust, murders, jewels and other meanlingless trinkets, and it might mean the shoes cannot be filled in the future. And thats just it, if anyone is truly sad at the passing, bring some of him into your life, thats how you (us) can also walk the talk and show appreciation in the best way possible.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahatma Gandhi the Niz Aziz is not ..... sorrry! Not by a long shot ....

      Delete
  22. RIP a truly principled leader. you can have all the billions but all the billions cannot buy the respect that Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat enjoy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. respect? from whom?

      Delete
    2. And Woe Betide those that kutuk him Especially the Tak Ada Pelajaran dan Hati Busuk Zam!!

      Delete
    3. To whom it may concern:

      Woe to every scorner and mocker; Who collects wealth and [continuously] counts it; He thinks that his wealth will make him immortal; No! He will surely be thrown into the Crusher; And what can make you know what the Crusher is? It is the fire of Allah [eternally] fueled; Which sears directly at the hearts; Indeed, Hellfire will be closed down upon them; In extended columns.

      Delete
  23. Antara jasa nya ialah mengetuai kerajaan kelantan dlm membuat keputusan menganugerahkan tanah 10 ribu ekar kpd dua cina dap.

    ReplyDelete
  24. Salam Tan Sri.

    Dlm perkara politik...dia memang gagal dan telah memecah belahkan bangsa dgn 1001 mcm perkara.

    Banyak kesilapan yg telah dia lakukan dgn fatwa yg ikut sedap mulut.

    Tetapi sbgai org Islam....sy tetap Doakan yg terbaik... agar dia diletakan bersama2 dgn org2 yg beriman oleh Allah SWT.

    Kita pun akan menuju ketempat yg sama.

    Alfatihah untuk dia.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  25. Tidak salah menghormati seseorang , islam memang menggalakkan nya namun apabila ia diberikan secara melampau islam melarang nya. Islam tidak membenarkan khurafat dalam apa jua bentuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik Aziz ikut ibn Taymiyah memang menjisimkan Zat Allah dengan mengsyorkan bahwa Allah tetap berduduk di atas Kursi Arsh dengan Nabi Muhammad sebelahNya -audzubillahi minash shaitanir rajim.

      Adakah dia seorang mukmin Melayu kalau ia suka mensyirikkan Allah subhanahu was ta'ala dengan seorang makhluk walaupun begitu mulia sebagai Baginda s.a.w.?

      Delete
  26. Yang jelas RTM telah lama diresapi oleh puak-puak ini. Cuma sekarang semakin nyata..

    ReplyDelete
  27. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA TUAN ZAMKATA. ALLAH SAJA YANG BOLEH MENGHUKUM SESEORANG ITU MURTAD ATAU PUN TIDAK. NABI MUHAMMAD SENDIRI PUN TIDAK BOLEH MENGHUKUM SESEORANG INI KAN PULA SEORANG .................................

    ReplyDelete
  28. Yang selalu didengarkan kepada orang, siapa tidak sokong pas 'golongan tolak Islam'. Mereka maksudkan juga golongan Melayu Islam dalam Umno. Itu retorik politik. Jika diteliti berdasarkan ayat alquran dan sunah, yang bercakap kepada bukan penyokong pas pun dikira 'menolak Islam'. Ada ayat alquran dan hadis yg mereka sembunyikan atau beri maksud lain sebab nak jaga politik mereka melawan Umno. Umno itu hakikatnya parti orang2 Islam.

    ReplyDelete
  29. terima kasih kerana semuanya telah terjawab, semua orang ada membuat kesilapan dan dosa, segala fakta akan dingat yang buruk atau baik, terimalah hakikatnya

    ReplyDelete