Monday, 23 February 2015

MASA UNTUK BERTERIMA KASIH KEPADA LEE KUAN YEW


TERKINI( 6 MAC 2015): Keadaan kesihatan Lee Kun Yew masih tidak berubah dan masih menerima rawatan di Singapore General Hoispital( Lihat berita terkini di bawah sekali)



Lee Kuan Yew
Tidak lama lagi akan padamlah sebuah pelita yang menyinarkan jalan Singapura keluar dari dunia ketiga ke dunia pertama. Lee Kuan Yew (LKY) 91 tahun, Perdana Menteri Pertamanya sedang dalam rawatan ketenatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah Hospital Singapura.

Dalam sebuah buku yang diterbitkan dalam tahun 2013, Lee Kuan Yew yang merasa semakin lemah mahukan kematian yang cepat dan berpesan kepada doktornya supaya tidak memberikan rawatan untuk memanjangkan pernafasannya sekiranya beliau telah tidak sedar lagi dan kematian tidak lagi dapat dielakkan.

Dalam keadaan ini, warisan pimpinannya tentu mengingatkan semula suatu ucapannya yang paling popular "Biarpun dari ranjang sakit saya dan sekalipun ketika badan saya diturunkan keliang lahad tetapi jika saya dapati ada sesuatu yang tidak kena maka saya akan bangun (lihat di Youtube The Best Of LKY).

Bagaimanapun sebelum kematiannya, beliau sendiri telah melonggarkan beberapa asas kawalan moral yang ketat demi untuk survival Singapura dengan membenarkan perjudian dan pelacuran berlesen di samping terus mengawal keras integrity pemerintahannya dan mempastikan jentera politik dan kerajaan tidak terjebak dengan skandal rasuah dan lain-lain penyelewengan.

Jika tidak kerana Dr. Mahathir mengejarnya dengan perancangan dinamik, bervisi dan inovasi di atas asas pembangunan yang diletakkan oleh Tun Abdul Razak maka mungkin Malaysia hari ini merupakan sebuah kampong Melayu di pinggir Singapura yang menjadi sebuah negara maju walaupun kecil.

Dr. Mahathir membangunkan bangunan tertinggi di dunia untuk membina maruah dan keyakinan diri  rakyatnya yang menyebabkan orang Singapura datang mendongak kepala di Malaysia dan beliau merintis perlumbaan F1 yang diikuti oleh Singapura.

Rakyat Malaysia tidak lagi pergi ke Singapura kerana hendak menaiki MRTnya dan mengkagumi bangunan tinggi Singapura dengan perasaan rendah diri sebaliknya orang Singapura sekarang ramai ke Malaysia untuk menjadikan lebuh rayanya yang indah sebagai litar perlumbaan.

Banyak persamaan dalam identity pemerintahan  Dr. Mahathir dan Lee Kuan Yew untuk mengubah sikap rakyatnya tetapi Dr. Mahathir dilihat lebih demokratik dan pragmatik berbanding Lee Kuan Yew yang dianggap lebih authoritarian, lebih keras dan tegas, tetapi sikap ini diperlukan oleh Lee Kuan Yew yang lebih mengenali sikap bangsanya seperti yang digambarkan  kepada seorang pegawai Utusan Melayu semasa beliau menjadi peguam pertama Utusan di Singapura dalam tahun 50an “ saya sahaja yang boleh ajar orang Cina”

Beliau mendisplinkan mereka dari menamatkan kesukaan berludah di merata tempat sehingga kepada larangan membakar gaharu dan mercun dan mengarak mayat dengan bunyi bising dan taburan kertas. 

Beliau melenyapkan Wayang Cina, walaupun beliau tahu bangsanya mempunyai sejarah  ketamadunan dan  kebudayaan tertua di dunia, tetapi di Malaysia dan Singapura,mereka masih mengamalkan nilai-nilai kuno yang menyebabkan mereka sukar untuk mengadaptasi dengan nilai tempatan.

Di  Republik Rakyat China, nilai kuno dihapuskan menerusi komunisme tetapi di Taipei dan juga di kalangan masyarakat cina di luar China, nilai ini menjadi masalah kepada orang tempatan. Di Singapura Lee Kuan Yew cuba mengikisnya menerusi sosialisme.

Ketika Lee Kuan Yew sedang berjuang untuk menyambung nafasnya, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir 90 tahun sedang bercuti. Khabarnya sedang menunggang kuda di Argentina. Tidak jauh beza umur mereka dan demikian juga tidak banyak berbeza kepercayaan kepada strategi berkesan bagi pembangunan bangsa dan negara.

Dengan keazaman yang kuat dan kepintarannya yang pada mulanya melihat survival masa depan Singapura bergantung kepada Malaysia, tetapi setelah tersingkir dari gagasan ini, beliau membuktikan kemampuannya bersendirian dan mendahulukan Singapura menjadi negara maju meninggalkan Malaysia.

Keajaiban pencapaiannya adalah dengan indoctrinasi "Minda Terkepong"  di kalangan rakyat Singapura dengan menjadikan Komunisme China dan Dunia Melayu sebagai phobia meyakinkan dunia Barat untuk melihatnya sebagai rakan kongsi strategi yang setia dan yang terpenting di antara semua negara Asia dan juga dalam Asean untuk kepentingan kekuatan ekonomi dan juga kejayaan dasar new colonialism dan globalisasi.

Orang mengatakan pencapaianya mudah oleh kerana Singapura merupakan negara kecil tetapi tidak semua negara kecil dapat berjaya sepertinya untuk meyakinkan dunia terhadap potensinya jika Lee Kuan Yew tidak mengengam Singapura dengan tangan besi dan melaksanakan  perancangan yang realistik dan kepimpinan yang jujur dan bersih.

Lee Kuan Yew mengistiharkan bahawa beliau tidak sedikit pun kesal dengan caranya kerana tanpa campur tangan kerajaan dalam hal ehwal kehidupan setiap orang, mengambil tahu siapa jiran mereka,di mana mereka berludah,kebisingan yang mereka lakukan dan bahasa yang digunakan maka Singapura tidak wujud hari ini.

Maka itu sebaik sahaja dipisahkan dari Malaysia beliau menjadikan perkauman Cina sebagai musuh  utama dengan membunuh semua institusi Cina yang berpontensi untuk menghidupkan kebudayaan Cina yang akan menjadi tanah subur bagi perkembangan komunisme Cina dan menjadi penghalang besar kepadanya untuk mensosialisasikan orang Cina dengan nilai-nilai pemodenan dan persekitaran(baca  buku Man In White).

Beliau menahan golongan terpelajar Inggeris yang menjadi barisan depan komunis antarabangsa termasuk Samad Ismail Wartawan Utusan yang berpengaruh  di kalangan pemuda-pemuda Cina. Samad percaya kepada kekuatan Melayu menerusi Melayu Raya tetapi Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman melihat Indonesia sendiri yang miskin ilmu dan ekonomi akhirnya akan menjadi alat kepada Parti Komunis China atau Republik Rakyat China.

Beliau juga menahan Ketua Pengarang Utusan  Melayu, Said Zahari selama 17 tahun  kerana menjadi alat kepada Indonesia  untuk menjajah Malaya dan Singapura  di samping beliau menekan pemimpin-pemimpin  komunis Cina di Singapura sehingga menjadi sayur lesu.

Apapun pandangan kita terhadapnya, tetapi Lee Kuan Yew telah meninggalkan Singapura yang stabil, maju,makmur.aman damai yang dapat melimpahkan kekayaannya ke Malaysia dan tidak meninggalkan Singapura sebagai pusat perkauman Cina atau sarang jenayah yang sekiranya ini terjadi  maka mungkin menjadi masalah yang lebih besar kepada Malaysia dalam keadaan sekarang ini..

Dalam pada itu Singapura akan terus menjadi duri dalam daging kepada Malaysia kerana Malaysian Malaysia yang di tanam benihnya oleh Lee Kuan Yew untuk tujuan sosialisme telah terpesong menjadi Chauvanisme Cina yang liar dan rakus kerana pimpinan yang rasis yang mengenepikan adat istiadat dan nilai  sebuah negara beraja dan beragama.

Strategi kosmopolitan Lee Kuan Yew yang tidak berasaskan kepada realiti politik Malaysia tidak dibetulkan oleh pewaris politiknya di samping kegagalan mereka menjaga disiplin dan bercampur dengan golongan politik agama yang kolot dan parti politik yang rasuah dan tidak bermoral.

Bagaimanapun seperti yang pernah dinyatakan oleh Lee Kuan Yew sendiri dengan pertumbuhan populasi Melayu dan typography politik  Malaysia maka pembangkang tidak akan berjaya di Malaysia yang bererti  Malaysian Malaysianya juga akan hanyut seperti tanda-tanda yang sudah terbayang sekarang.

Singapura sendiri akan menjadi banteng pertahanan utama kepada kemaraan nasionalisme Cina yang akan datang dalam bentuk politik komunisme yang berselindung disebalik sistem ekonomi kapitalisme yang akan menjadi pencabar utama kepada kekuatan hyperpower Amerika Syarikart dalam ketenteraan  dan perekonomian.

Lee Kuan Yew's condition remains unchanged

SINGAPORE: Former prime minister Lee Kuan Yew's condition remains largely unchanged since the last update on Feb 28, the Prime Minister's Office (PMO) said on Friday. 
Doctors are continuing to monitor his condition, according to the Singapore's PM's Office. 
On Feb 28, the PMO said in a statement that Lee remained sedated and was on mechanical ventilation in the Intensive Care Unit at Singapore General Hospital (SGH). 
He was also continuing with his antibiotics, the statement had said. 
Lee, 91, was admitted to SGH on Feb 5 with severe pneumonia.
The Singapore's first prime minister, who helmed the government from 1959 to 1990, is regarded as one of the longest serving premiers in the world.  – The Straits Times/ANN/BERNAMA













25 comments:

  1. Berbeza dengan Malaysia bukan? Umpama PAS yang angkuh masih dalam kegelapan, menafikan bangsa seagama.

    Umpama DAP dari parti-parti cina lain dalam komponen BN begitu tebal perkauman bersungguh-sungguh "mencinakan" Malaysia dengan pengaruh kuat sokongan evangelista dan sebaris nya.

    Kenapa Malaysia masih gagal merealisasikan "saya sahaja boleh mengubah bangsa cina" dalam tatacara kenegaraan ?

    ReplyDelete
  2. DAP wajar dibuburkan.Malaysia memerlukan sebuah parti sossialis baru yang berasaskan masyarakat majmuk Malaysia dan pemerintahan beraja. Jika sosialisme boleh hidup di UK walapunnegara beraja maka tidak ada sebab untuk parti sosialis dan kerajaan sosialis tidak boleh ditegakan di negara ini.
    Orang Melayu sendii sudah fedup dengan cerminan kemewahan dan kehidupan yang berasaskan metrialisme sebagai kekuatan bangsa.

    Ini adalah kesilapan ajaran Dr.Mahathir dan juga kelalaian UMNO terhadap harapan dan cita cita rakyat diakar umbi.
    Ketua Pemuda UMNO Khairy sendiri gagal untuk menghayati hasrat generasi baru sebaliknya masih membawa imej gulongan elit dan feudal yang dibenci oleh rakyat biasa.
    Saya harap muncollah sesaorang samaada Melayu Cina dan India untuk membangunkan sosialisme yang selari dengan hasrat generasi baru.

    ReplyDelete
  3. Mahfuz Shah Alam.23 February 2015 at 16:46

    DAP BUKAN PARTI SOSIALIS TETAPI PARTI RASIS CINA. LIM KIT SIANG BAPA RASIS. DIA BUKAN LEE KUAN TETAPI DIA MENJIWAI HUDUD NIK AZIZ DAN NAFSU ANWAR IBRAHIM

    ReplyDelete
  4. DAP dan dinasti Lim sudah tentu meratapi pemergiannya nanti. Sudah tentu juga strategi untuk penggabungan Malaysia-Singapura menjadi wayang Cina yang hanya dibukukan sahaja untuk ditontoni. Peliknya, Melayu yang ada sekarang ni masih tidak nampak sandiwara yang dimainkan selama ini antara LKY dan dinasti Lim. Tidak hairanlah Tun Dr M sentiasa berwaspada bila berhadapan dengan LKY apatah lagi DAP. Kan mereka guru dan murid. Jadinya sekarang, Melayu yang ada ni masih tak sedar lagi ke strategi apa lagi yang akan mereka gunakan? Ingat, meskipun satu hari nanti LKS juga ikut jejak LKY ke alam barzakh, dinasti Lim tetap segar dan bugar melaksanakan apa yang tersirat dan seterusnya tersurat. Hei Melayu....masih tak sedar lagi ke kau ni....?

    ReplyDelete
  5. Apa yang harus disedari oleh orang Melayu Malaysia,taraf pemikiran dan juga corak pemikiran generasi baru Singapura tidak sama dengan corak pemikiran generasi baru Cina Malaysia yang kecinaan tetapi young singaporean yang mendapat pendidikan Inggeris dan pemimpin pemimpin mereka adalah lebih kepada keterbukaan dan kebaratan.
    Maka itu Malaysia menghadapi masalah kesetiaan rakyat yang lebih runcing dari Singapura. Generasi muda Singapura tidak sayang pada Singapura kerana masa depan Singapura yang tidak pasti tetapi generasi baru Cina di Malaysia tidak senang kerana mereka tidak yakin Malaysia akan menjadi negara Cina..

    ReplyDelete
  6. Sedikit pesamaan cina singapura dgn cina malaysia, mrk menguasai ekonomi, politik, manakala org2 melayu singapura maju lebih 2 3 takuk kehadapan tanpa berlandaskan kuasa politik melayu (merit) melayu kita masih mengharapkan "tongkat' dlm mengharungi kehidupan harian.... prnh Tun M cadangkan tongkat dibuat rupanya anak2 beliau perlukan 'daddykasi' utk mengembangkan bisnes mrk... dgn politik baru hrp melayu kita dpt keluar dari minda 'subsidi tanpa tongkat' berusaha tanpa bantuan kerajaan 'Melayu Boleh'.....

    ReplyDelete
  7. Singapura dengan keluasan 9 batu persegi (mungkin sebesar kilang kereta Toyota di Jepun) boleh ditadbir seperti mengendalikan sebuah syarikat. Berbanding Malaysia, Tun Mahathir tidak mampu untuk memacakkan tiang letrik kesetiap rumah, tapi kalau diukur secara nisbah, Tun M berjaya mengalahkan LKY dala kesibukan beliau menangani pembakang dan pembelot. Diwaktu yang sama pembangkang di Singapura lumpuh sepenuhnya.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang berjaya di bidang profesional di Singapura dan juga terdapat buku buku dalam bahasa Inggeris yang di tulis oleh intelektual Melayu yang berjaya dialam beberapa bidang atas usaha sendiri tetapi tentunya mereka tidak diberikan kedudukan penting atau stratijik dalam kerajaan.


    Selain dari itu suatu hakikat yang harus diakui orang Melayu di Singapura tidak miskin melarat,masing masing ada pekerjaan atau pun menjalankan perniagaan di gerai makanan dan sebagainya. Saya tidak pasti apakah keadaan akan lebih baik skiranya UMNO yang menguasai Singapura sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Rahim Spore,

      Saudara saya yang telah menjadi warga Singapura menantunya kerja sendiri ( electrician) dan boleh hidup di tengah-tengah etnik Cina.

      Saya pada mulanya agak terkejut dengan situasi itu.

      Saya lagi hairan mengapa Melayu Malaysia suka jaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak rabak.

      Delete
  9. Jika tidak kerana LKY,orang Melayu tidak menjadi Presiden Pertama Singapura. Walaupun Utusan Melayu telah mati di Singapura tetapi sejarah Singapura mencatitkan bahawa Presiden Pertama itu Yusuf Ishak dari Utusan Melayu yang menajakan penubuhan Utrusan Melayu..

    ReplyDelete
  10. Mereka mahu menghidupkan terus ingatan orang terhadap Anwar maka itu mereka senghaja membuat hasutan supaya di tangkap dan bila ditahan atau dihukum maka orang akan ingat Anwar lagi tetapi siapakah lagi yang sanggup jadi barua kepada kaki tutuoh pungok ini selain dari dua pemimpin pembangkang Rafizi dam Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming?
    Yang lain lain sebok dengan hal masing masing,lama lama lemahlah semangat, Anwar bukan Mandela dan bukan Ghandhi,dia hanya kaki main belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan Wee.

      Saya tidak akan samasekali terima Negara tumpah darah saya dipimpin oleh seorang yang kaki-pungkok dan gila seks, aka sex-maniac. Malah yang berbini lebih daripada satu pun saya tidak sokong, sebagai pemimpin. Yang hidup membujang, baik lelaki atau wanita, saya boleh terima untuk jadi pemimpin saya. Tanpa teman hidup, anak-anak atau saudara sebelah pasangannya, pemimpin akan dapat memberi lebih tumpuan kepada kesejahteraan Rakyat.
      Nepotism seperti yang diamalkan Pemimpin tertinggi DAP dan PKR juga dapat dibendong dengan berkesan.

      Delete
    2. Pandangan sdra Wee ada merit.

      Umum sudah tahu....sekutu pun sudah tahu...keluarga pun sudah tahu...malah telah lama tahu...manusia dajal....kaki liwat ini.

      Cina Dap Lakhnatullah cuma mahu dia untuk menjatuhkan Melayu dan Islam dan yg Melayu menyokong manusia ini semua ada kepentingan belaka....jadi kita memang berhak untuk menyekat semua ini.

      Ini Negeri Melayu dan Islam ugama rasmi....mengapa pula org yg melanggar ugama dan tidak mempertahankan hak bangsa pula yg mesti kita puja...dewakan dan memilih untuk menjadi ketua?

      Ugama mengutuk sekeras2nya manusia yg meliwat...biarkan dia dihukum dan dipenjarakan....itu memang tempat dia.

      Jika tidak banyak lagi mangsa yg dia korbankan dan punah segala hak2 Melayu dikorbankan.

      Dia bukannya..'freedom fighter' atau pejuang demokrasi....malah dia sendiri tidak mengamalkan demokrasi bila Presiden Parti isteri sendiri...anak pula Vice Presiden...
      dan dia sendiri...Ketua de fakto....Demokrasi kejadah apa ini?

      Bukalah mata dan hati....untuk mereka yg masih sanjung makhluk ini.

      Dia berjuang untuk mendapat kuasa semata2 kerana mahu diri bebas melaku kerja2 liwat.

      Terima kasih

      Delete
    3. perhatian kepada wee,rd dan hidup melayu pendapat korang sama sekali menggambarkan yang anda semua telah rosak pemikiran,korang kata anwar ibrahim seorang peliwat?sila datangkan 4 orang saksi yang adil yang mana mereka sendiri menyaksikan perlakuan liwat anwar ibrahim..jika tidak korang semua mungkin terlepas hukuman di dunia tetapi balasan ngeri dan dahsyat sedia menunggu di padang mahsyar kelak..jangan ingat korang boleh terlepas begitu saja..dosa memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh..wallahu'alam

      Delete
  11. Saya teringat naik teksi di Singapura,drivernya kutuk LKY. Saya tanya di mana di a tinggal sekarang.katanya di rumah pangsa dan anaknya kerja dg kerajaan tapi gajinya kecil bandingkan dengan oranbg asing.

    Saya tanya lagi awak dulu tinggal di mana ,katanya dirumah haram,tidak ada bekalan air dan mandi berkongsi. tapi semuanya free tapi sekarang semua kena baya. Saya tanya lagi mampu tidak dan jawabnya mampu. Saya katakan kehiduoan awak lebih baik sekarang dan awak adalalah susah susah orang senang dan dia ketawa besar dan minta saya ulangi untuk diingatinya. Dia adalah orang zaman lalu,menginatkan yang baik dulu walauoun yang lebih baik adalah sekarang.

    ReplyDelete
  12. Datuk Zam,
    Encik Lee Hsien Loong adalah penganjur utama supaya Trans Pacific Partnership Agreement yang berpihak kepada korporat gergasi, di laksanakan di rantau kita ini.

    ReplyDelete
  13. Tulisan Zam kali ni agak naif dari perspektif politik. Teruja pada LKY kenapa? Betul ker dia hebat ... hebat kelentong @ bluffology adalah kot.

    Rakyat Spore sendiri kini dah fed-up dgn kerajaan PAP yang meliwat wang rakyat dalam CPF. Harap Zam dapat explore bagaimana USD108 Billion wang rakyat Singapore hangus di Wall St pada tahun 2008.

    Laporan Zam kenalah balanced, jangan terhuja tak tentu pasal. Jangan pulak kabur lagi mengaburi.

    ReplyDelete
  14. Ini adalah suatu pandangan yang tidak seimbang,tidak berasaskan fakta yang benar,ikut sentimen kemarahan tetapi apakah kita dapat menapikan kewujudan Singapore yang makmur yang melimpahkan rahmatnya kepada Malaysia dan Singapura masih diakui dunia sebagai negara yang termaju di dunia,tanpa hutang dan melahirkan pemodal pemodal besar yang boleh menanam modal di Malaysia.

    Kalau tak baca sejarah atau tak ikut politik Singapura dari awal tak usahlah cabar Zam dalam soal ini.

    ReplyDelete
  15. Habibah kena baca laporan USD108 Billion wang CPF yg hangus tu dulu, barulah komen. Kalau tak tau mana nak dapat maklumat tu, sila minta dgn baik.

    ReplyDelete
  16. Saya kesal Anonympous using an outdated information. Get the latest once and then comment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If you lose USD108 billion in year 2008, I think the issue will still be current even now. It is not a small task for PAP Spore to recover the loss, in fact they never disclose to their citizen how they lost it. There is no tranparency in their dealings, similar to 1MDB practice in Malaysia.

      Delete
  17. Sinkapore dah nak tenggelam dlm kemelut ekonomi, sebab tu anak LKY kena habis-habisan promosi TPPA. Hanya dgn cara ini sahaja Sinkapore boleh guna Malaysia sebagai pelampong utk terus bernafas. Jika tidak, Sinkapore kena bergabung semula dgn Malaysia.

    Betul. Temasek dan GIC yg dipandu oleh otak 'geliga meritokrasi' PAP telah kerugian USD200 Billion dlm pelaburan di US, hinggakan pencarum CPF hanya boleh keluarkan wang simpanan bila berumur 65 tahun!

    Ramai orang Malaysia yg mahu percaya kunun Sinkapore ditadbir dgn baik, tapi hakikatnya kerajaan Sinkapore byk bergantung pd wang pendatang asing utk terus bernafas sebagai pusat kewangan. Wang simpanan rakyat Sinkapore dlm CPF sudah habis disonglap oleh Sovereign Wealth Fund dan mereka kini bergantung kpd wang pendatang asing utk menongkat ekonomi mereka.

    Selain itu, rakyat Sinkapore tidak diberi kebebasan utk menyoal tindak tanduk kerajaan PAP dlm pengurusan kewangan negara kerana akan diugut dan dikenakan tindakan yg sangat keras.

    ReplyDelete
  18. Kehilangan USD 108 billion jika benar tidak akan menjadi cerita jika Singapura adalah sebuah negara yang miskin. Ini adalah the ugly side of capitalism yang dihadapi oleh semua negara yang menjalankan dasar pasaran bebas malah Malaysia sendiri pernah membuat kesilapan dalam permainan di pasaan luar yang menyebabkan gobernor bank negara di singkirkan tetapi hakikat yang kita harus diterima ialah LKY berjaya mengeluarkan Singapura dari kemiskinan dan mengatasi masalah penganguran,membina kemajuan pelajaran dan dalam masa yang sama dapat meyakinkan dunia terhadap kestabilan ekonomi dan keharmonian politiknya.
    Singapura dan Malaysia telah membina jambatan keselamatan bersama yang teguh dan krisis perhubungan dapat diatasi dari masa kemasa dan hubungan antara rakyat tidak tergugat hanya kerana soal hak popia atau hak lagu.

    Ini menunjukan kematangan dalam hubungan yang tidak diasaskan semata-mata atas sentimen yang sempit tetapi jalinan kepimpinan yang memahami kepentingan keselamatan untuk kemakmuran.
    Kehilangan USD 108 billion yang sudah berlaku lebih dari tujuh tahun tetapi masih tidak menimbulkan pemberontakan rakyat menampakan keupayaan Singapore menguruskan masalahnya dengan baik.
    Apa perlunya kita hendak menunjukan kelemahan ini kecuali telah memudaratkan Malaysia sebaliknya kedua negara terus dapat memajukan kerjasama ekonomi yang baik dari asas yang diletakan oleh LKY dan pimpinan Malaysia dari sejak Tunku hingga kehari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Saya perhatikan Zam berusaha membuat pembelaan bagi pihak LKY. Hakikatnya, kerugian USD108 Billion tersebut itu adalah sahih, walaupun ianya berita tahun 2008. Zam sepatutnya tidak perlu berdolak-dalih tentang ini.

      2. Mengarut dan tidak matang bagi Zam bila meletakkan 'hak popia dan hak lagu' sebaris dengan isu keselamatan, sedangkan kita sudah kenalpasti bahawa pihak Spore, sebagai proksi Israel di rantau ini, sentiasa mengintip Malaysia untuk tujuan jahat.Sila rujuk Wikileaks.

      3. Setelah berpisah dari Malaysia, ada perjanjian mulut antara Tunku dengan LKY bahawa masing-masing kerajaan tidak akan memburukkan satu sama lain. Tapi, LKY telah mungkir janji dengan penyiaran berita yang mensabotaj sosio-politik Malaysia melalui akhbar dan media elektronik.

      4. LKY dan konco telah mensabotaj Tunku dan Kerajaan Pusat dengan mencaci dan memperlekeh pimpinan Tunku dengan menyampaikan dakyah di kalangan diplomat asing di KL dan di London, sehingga Tunku hilang sabar dan mengambil keputusan mengeluarkan LKY-Spore dari Malaysia pada tahun 1965. Sila baca luahan sesalan Tunku di sini : http://www.slideshare.net/Malaysia_Politics/singapore-exit-from-malaysia

      4. Setelah USD108 Billion wang rakyat Spore hangus pada tahun 2008 juga, LKY mengadakan jelajah "Jalan-jalan Cari Makan" di Malaysia, menemui pemimpin parti pembangkang termasuk Nik Aziz dan beberapa kerabat di Raja untuk meninjau peluang bagaimana utk menyelamatkan ekonomi Spore.

      5. LKY melalui macainya DAP telah menanam jarum kebencian dan perkauman di kalangan orang Cina terhadap kelangsungan kerajaan UMNO/BN yang disamakan dengan 'penindasan kaum' hingga kaum Cina beralih dari menyokong MCA dan memberi undi hampir sepenuhnya (97%) kepada DAP.

      6. Spore sebagai sebuah ekonomi kosmopolitan semakin kehilangan keistimewaan sebagai pusat entrepot global kerana dengan kemajuan teknologi maklumat Spore kini terpaksa bersaing dengan negara lain secara intensif - maka sebab itu jugalah rangkaian TPPA dipromosikan untuk mengikat kembali eksklusiviti dan hegemoni perdagangan Spore.

      7. Saya harap Zam dapat mengupas isu dengan laporan yang lebih adil, mampan dan tidak mengecewakan dengan kewartawanan Touch N Go, seperti yang Zam paparkan dalam topik ini.

      Delete