Wednesday, 4 February 2015

ISTIHAR PEMERINTAHAN TENTERA UNTUK SELAMATKAN KUASA


"Saya tidak akan serahkan negara ini kepada mereka" kata Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman  kepada wartawan- wartawan dalam dan luar negara di lapangan terbang TUDM Kuala Lumpur sekembalinya dari Alur Setar pada pagi 13 Mei  1969 tetapi esuknya semua akhbar tidak terbit  kerana rusuhan perkauman   berdarah berlaku pada petangnya . Maka itu  orang ramai  tidak dapat membaca kenyataan  ini.

Siapakah yang dimaksudkan oleh Tunku dengan "MEREKA"?

Pada hari itu, saya berada di dua peristiwa penting ,pagi bersama dengan Tunku dan petang menyaksikan sendiri meletusnya perisitwa berdarah di hadapan rumah Setiasuaha Politik Datuk Harun Idris.

Kenyataan itu dibuat oleh Tunku sebagai reaksi kepada kekalahan teruk Perikatan;kejatuhan Pulau Pinang ketangan Gerakan dan kebuntuan membentuk kerajaan negeri Perak dan Selangor.

Perisitwa ini adalah puncak kepada semaian  konsep Malaysian Malaysia yang di tanam oleh Lee Kuan Yew  lebih lima tahun sebelumnya sekalipun Singapura telah disingkirkan dari Malaysia

Tunku adalah seorang yang paling demokratik,sikap kompromi dan tidak apanya  (Takpalah) kepada bukan Melayu  terutama orang Cina  sehingga menimbulkan kemarahan bangsanya sendiri,tetapi banyak pendiriannya yang tersirat tetapi tidak tersurat.

Tunku  tidak bimbang  kuasa Melayu akan hilang di negara ini. Baginya orang Melayu akan terus berkuasa.Istiharkan pemerentahan  tentera (Martial Law) jika kuasa terancam.

Ini didedahkan dalam buku biography bekas Menteri Dalam Negeri Tun Dr.Ismail " Reluctant Politican"  halaman 191 yang antara lain menyebutkan dalam keadaan panik dan gempar di kalangan menteri dan  pegawai   bila meletusnya rusuhan, " Tunku conderong untuk mengistiharkan "martial law" tetapi General Ibrahim tidak bersetuju untuk tindakan ini  kerana katanya " Jika ini dilakukan,saya tidak dapat menjamin saya akan dapat menyekat anggota Angkatan Tentera dan juga pegawai-pegawai  mengambil alih kuasa kerajaan,"

Suatu bukti yang jelas tidak sahaja pemimpin-pemimpin politik Melayu Perikatan yang percaya kuat kepada demokrasi sekalipun dalam keadaan yang runcing dan tercabar tetapi pemimpin tentera sendiri sedar akan akibat buruk kiranya negara ini diserahkan kepada tentera.

Pemerentahan tentera di Thailand menjadi bukti nyata, demokrasi tidak kekal lama ,Thailand kembali berada  dalam pemerentahan  tentera yang mententeramkan suasana negara,memulihkan kedatangan pelancong, menstabilkan ekonomi ,memberikan keselesaan kepada Thai keturunan Cina untuk menjalankan perniagaan dengan selamat dan tidak mengexploitasi harga barang dengan sewenang-wenang..

Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir sendiri tidak percaya pemerentahan tentera akan dapat mengekalkan kaasa Melayu kerana orang Cina yang kaya boleh membeli" kuasa" dari tentera.

Tunku berkayakinan  " Biarlah orang Cina berniaga,India bercakap dan Melayu menyelia( Let Chinese make money, Indians talk and  Malays observe ). Dalam pada itu di suatu ucapannya di Morib yang juga di hadhiri oleh Presiden MCA Tun Tan Siew Sin,Tunku secara berseloroh berkata" Nasib baik Tuhan bagi jadi mata Cina sepet,jika tidak mereka akan buat duit lebih banyak lagi". Saya ada di majlis ini sebagai pemberita.

Disinilah berlakunya pertembongan nilai antara Tunku dan Mahathir yang membawa kepada kemarahan Tunku yang berpanjangan sekalipun Mahathir telah meminta maaf. .Mahathir percaya kepada kekuatan ekonomi sebagai kuasa mutlak.

20 comments:

  1. Suraya Abdullah Kg Pinang Alur Setar.4 February 2015 at 22:13

    Dengan kesepakatan orang Cina untuk memburukan orang Melayu sebagai extremist sahingga kepada soal mengelirukan Ismail Sabri yang menyeru pemboikotan peniaga yang tamak sebagai seorang extremist maka wajar jika pemerentahan tentera diistiharkan sebelum timbul kemarahan mana mana pihak yang boleh mengacau ketenteraman negara ini.
    Kenaikan harga barang yang menyentuh kepentingan pengguna semua kaum, tidak seharusnya di lihat sebagai masalah orang Melau sahaja. Orang Cina tersinggong mungkin kerana ramai diantara mereka yang melakukannya kerana merekalah yang ramai menadi pengguna.
    Saya heran bagaimakah orang Cina dari Gerakan,MCA dan DAP boleh sepakat dalam masaalah ini? Apakah UMNO boleh terus percaya pada MCA yang menjadi duri dalam daging.

    ReplyDelete
  2. Sidiq Keramat Dalam4 February 2015 at 22:50

    Tuduhan bersama MCA,Gerakan dan DAP sebagai ekstremist adalah puncak kepada kejayaan akhbar The Star menjalankan kempen melebelkan gerakan gerakan Melayu sebagai ekstreme dengan menggunakan orang Mealyu sendiri.

    Akhbar ini telah memberikan galakan kepada akhbar Cina lainnya untuk memprojekan orang Melayu yang mempertahankan apa juga kepentingan Melayu sebagai ekstreme tetapi tindakan mereak yang menaikan harga barang tidak ekstreme sekalpiun menyakitkan juhga bangasa mereka sendiri.
    Orang Melayu berada dalam keadaan tidak boleh lagi mempertakan kepentingan mereka.
    ,Tanah mereka yang mahu dibangunkan untuk orang Cina yang mampu.
    umpamanya pembinaan kondominium mewah di Datuk Keramat di selindungi dengan kenyataan kunon ramai orang Melayu telah mendaftar sebagai pembeli,malah lebih ramai dari bukan Melayu.
    Pendaftaran mungkin banyak dan boleh dibuat tetapi bilang datang kepada pemblian kelak ,berapa orangkah sebenarnya yang mampu membeli kerana expoliasi harga diatas tanah yang murah yang dibeli dari orang Melayu.Keuntungan beratus kali ganda dari yang telah dibayar sebagai ganti.
    Tentangan orang Melayu dalam hal ini juga telah disifatkan oleh oleh Star sebagai tindakan pelampau oleh orang Melayu.
    PM Najib usahlah lagi yakinkan bukan Melayu bahawa 25 orang Melayu akan berjaya memprojekan kesederhanaan Melayu dan UMNO kepada orang Cina. Sekarang menteri UMNO sendiri ditikam oleh MCA sebagai ekstrem. Tahniah Datuk Seri Najib.

    ReplyDelete
  3. Betul! Kekuatan orang Melayu sebenarnya bergantung kepada kekuatan ekonomi, sama seperti orang Cina.

    Tapi, macam biasa, semua nak kaya dulu, baru nak fikir bantu anak bangsa. Bila dah terhutang dengan Cina, macamana nak bantu anak bangsa?

    ReplyDelete
  4. SOLIDARITI untuk Datuk Seri Ismail Sabri.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda pasti dia bukan "political opportunist"? Adakah dia berwibawa menjalankan tanggungjawabnya sebagai menteri?

      Delete
  5. Pada fahaman saya maksud Tunku orang Melayu menjadi penyelia ialah untuk terus memerentah negara dengan menjadi Raja, Perdana Menteri, pegawai kerajaan,kerani,peon dan sebagainya. Tunku percaya Cina akan tetap hanya dengan perniagaan sahaja.
    Dalam hal ini negara Thailand berjaya kerana mereka menjalankan dasar asimilasi sehingga semua orang Cina mesti pakai nama thai,bersekolah Thai dan berbabasa Thai tetapi kita menjalankan dasar solidariti. Maka orang Cina taat setia sepenuhnya kepada negara Thailand tetapi di Malaysia orang Cina tidak mahu diasimilasikan tetapi mereka mahu taraf yang sama dan tidak mahu Melayu terus jadi raja atau Melayu terus memerintah.Mereka tidak persoalkan hak ini ketika mereka lemah tetapi bila mereka rasa kuat maka mereka pun nak jadi raja.

    Maka itu kepercayaan Tunku orang Melayu sekadar jadi raja tanpa kuasa ekonomi tmaka Melayu akan terus berkuasa adalah tidak terjamin.Lihatlah apa yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  6. Hillman Putrajaya5 February 2015 at 06:55

    Barat tidak mempercayai orang Cina di manapun,saamada negara Cina atau Cina yang berada dalam negara mereka. Maka itu mereka mengadakan kawasan Cina di negara mereka supaya senang di kawal,umpamanya di New York ada pekan Cina dan demikian juga London dan kedatangan mereka tidak digalakan atau tidak bagitu dibebaskan. Maka itu tidak banyak hanya kawasan Cina seperti kawasan little India di mana mana di UK.
    Bagaimanapun Barat akan menggunakan orang Cina di mana sahaja sebagai sahabat untuk kepentingan mereka. Taiwan untuk mengawal Republik Rakyat Cina , Singapura untuk kawal Malaysia dan di Malaysia digunakan untuk mengawal kebangkitan orang Islam yang mungkin boleh menjadi kuasa kuat sekalipun hanya negara kecil dengan menggunakan perkauman Cina.

    Sekarang orang Cina di Malaysia dapat menghapuskan imej mereka sebagai perkauman dan hampir kepada kejayaan untuk menjadikan bumiputra sebagai pelampau dengan menunjukan pegangan mereka yang ekstrem kepada Islam.

    Sebelum Merdeka ,mereka gunakan orang Melayu untuk mengawal kebangkitan Cina Komunis dan gunakan Cina untuk menentang Jepun tetapi apabila dasar globalisiasi diancam oleh kekebalan Islam maka mereka gunakan orang Cina untuk mengikis perpaduan Islam di Malaysia.
    Kuasa tentera tidak akan dapat menyekat usaha ini kerana orang Islam sendiri termasuk 25 Melayu sanggup menjadi barua kepada mereka.

    ReplyDelete
  7. Nampak gayanya pemimpin umno mengalah lagi pada gabongan mca,gerakan,dap.Dah pun tau siapa musuh dalam selimut,musang berbulu ayam,duri dlm daging masih lagi terhegeh hegeh dgn mereka.Wait for the final onslaught from them.

    ReplyDelete
  8. Kita sokong Ismail Sabri ! Ia bukan kenyataan rasis ! Ia kebenaran masa kini yang di bangkitkan pelampau cina seolah nya mereka bukan rakyat negara ini. Ada kah berat sama di pikul, ringan sama di jinjing ?

    Kita naik mual dengan politik cina keterlampauan batas. Kini MCA nyata duri dalam daging. Najib sebagai PM langsung tidak di hormati. Apa lagi Islam dan Intitusi Raja-Raja Melayu berperlembagaan. Mana maruah Melayu Islam. Masih bodoh dan di perbodohkan ?

    Sesungguh nya Sdr. Zam sudah menyingkap sejarah untuk iktibar seluruh rakyat Malaysia terutama sekali tanda peringatan terbaik untuk Melayu yang mudah lupa.

    Nota : he..he..gerenti sahaja The Star akan belasah Sdr Zam lepas ini..agak nya lah...sbb selalu begitu lah.

    ReplyDelete
  9. TS Zam, saya bimbang tulisan Zam ini juga akan dituduh rasis. Rakyat negara ini dah
    tenggelam dgn hantu puaka rasis. Kita sekarang dlm perjalanan menuju ke belakang bukan ke hadapan.

    ReplyDelete
  10. MCA ni pun satu hal. Akhbar The Star seperti lidah rasmi DAP. Kenapalah MCA tidak dibubar sahaja dan bergabung dengan DAP. Tidakkah hipokrit marah kat Sabri tapi tidak pada Najib. Keluar sajalah MCA ooi dari BN. Senang citer. Melayu undi melayu. Cina undi Cina.... baru padan muka semua! Ya Allah selamatkanlah tanahair ku ini...

    ReplyDelete
  11. Salam Tan Sri.

    Kenapa perlu smpai begini?

    Jika inilah yg terpaksa kita lakukan...sy kira org Melayu 'tidak pernah belajar' apa2 dari sejarah Mei 69....GE12 dan GE13.

    Bila sy berkata 'kita'...sy maksudkan;

    i) Ketua2 Melayu
    ii) Rakyat berbangsa Melayu

    Apa yg tidak kenanya?
    Bodohkah bangsa Melayu ini?

    Ketua2 Melayu kelihatan tidak begitu cerdik dan rakyat Melayu lagi tidak cerdik kerana memilih ketua yg begini.

    Tidak cerdik sama saja dgn bodoh...tetapi berkata bodoh pun tidak adil juga...sebab ramai Ketua2 Melayu kita yg berkelulusan tinggi.

    Jadi. . kita tidak bodoh....tetapi juga tidak cerdik.

    Kalau cerdik.....mana mungkin kita melakukan perkara2 bodoh seperti ini. hingga berkemungkinan hilangnya kuasa ditangan?

    Kuasa sangat penting....malah itu sahaja yg kita ada.

    Ketua kita pula lalai....pendek akal...alpa dan baik hati sngat dan mudah berkongsi itu ini.

    Kongsi Kuasa....Kongsi Raya....Kongsi Berniaga...Kongsi apa saja....akhirnya kita sudah tidak boleh lagi berkongsi kerana semuanya sudah hilang dan tiada apa yg tinggal lagi.

    Org yg kita asyik berkongsi hak atau harta...tidak berminat berkongsi hak mereka.

    Hak kita terhakis...hak mereka bertambah.

    Inilah kesan dan akibatnya dari sikap 'tidak apa'....baik hati berkongsi kuasa dan apa sahaja ... hingga terpaksa 'Mengistihar pemerintahan tentera untuk memegang kuasa'.

    Betul lah dgn kata peribahasa;
    'Org Bodoh Makanan Org Cerdik'.

    Kita pula berpecah... menjadi lemah dan rapuh... serta mudah untuk dihancurkan....dan mereka yg dulunya perantau pula tidak pernah jemu2 dgn usaha menghancurkan dan merampas kuasa ditangan kita.

    Mereka melihat dan tahu betapa pentingnya 'Kuasa' dan menjdikannya agenda nombor 1 mereka....sebab itu terjadinya Mei 69...GE12 dan GE13.

    Dan kita pula tidak dipedulikan sangat semua ini ....dgn sikap 'tidak apa' dan TAK KISAH kita yg sudah jadi budaya dan darah daging kita sekian lama.

    Sikap begini ini mesti berhenti...kerana membahayakan bangsa dan ugama. Dari generasi ayah emak kita dan anak2 kita...dan sudah sebaruh abad....kita Melayu sudah terkenal dgn sikap 'tidak apa' dan TAK KISAH ini hingga kini terpaksa 'Mengistihar Pemerintahan Tentera' untuk mempertahankan kuasa.

    Sungguh mendukacitakan sedangkan kita yg memegang kuasa sekian lama dan kita juga penduduk majoriti negara....tetapi diambang kehancuran.

    Sy sngat2 berharap agar bangsa Melayu dpt bersatu dan sedar betapa pentingnya kuasa.

    Sudah smpai masa nya kita memilih ketua yg ada Jatidiri Bangsa dan berani mempertahankan hak bangsa dan ugama.

    Semua ini juga pilihan kita yg menjadi rakyat majoriti.

    Apa perlunya ketua yg sanggup berkongsi dan menjadi sekutu pd Pembangkang untuk nenghancurkan bangsa dan ugama kita?

    Dan juga apa perlu kita memilih ketua yg lemah dan penakut kerana bila berkuasa... menghambakan diri pd kehendak Pembangkang dgn cara 'Moderation' ala the Star dan Liberal entah apa2.

    # Sy masih berhajat agar sdra dpt bercerita sedikit sebanyak tentang Jatidiri bangsa Melayu yg cukup rendah... agar ramai dpt memperbaikinya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Alahai Zam, dah kena sipi-sipi politik dah. Air dicincang tak akan putus..hihihi...!!

    ReplyDelete
  13. Sipi-sipi tak apa , hanya haram kalau masuk ke dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor ishak ismail7 February 2015 at 10:21

      Eik lain macam je bunyinye Pak Din..macam cerita bulan puasa je, tapi tak pe lepas puasa kita raya. Saya teringat kata kawan (Cina) saya (dulu-dulu berkawan dengan Cina dan India adalah perkara biasa}. Kata kawan saya itu, kalau masuk dalam haram tapi tak sentuh takpakan, maka katanya lagi untuk mengelakan bersentuhan guna k....m boleh ke.

      Delete
  14. Jika logiknya jika tentera berkuasa maka mereka boleh dibeli oleh orang Cina dengan wang untuk berada di belakang kuasa maka apakah orang Cina tidak boleh membeli kuasa politik Melayu dari orang politik. Bukankah Mat Sabu malah Hadi sendiri boleh dijadikan sebagai contoh,tak usah cakaplah tentang Anwr Ibrahim.

    ReplyDelete
  15. Semasa pemerentahan tentera di Indonesia,jika naik bas boleh terpijak kaki orang awam tetapi jika terpijak kaki tentera maka mampuslah awak. demikianlah cerita rakyat Indonesia. Maka kita harus hati hati dalam sentimen untuk memberikan kuasa kepada tentera.Mereka pegang senjata.

    ReplyDelete
  16. Mudah sahaja.Jawapannya kenapa Malaysia jadi begini kerana kepandaian dan kepintaran Presiden UMNO menghapuskan ISA.
    Akta Hasutan pun hampir-hampir nak terhapus.
    Liberal dan tolenrasi apa kah ini.

    ReplyDelete
  17. Setiap perkara ada sejarahnya, namun tidak semua sejarah dapat ditulis dengan jujur. Dalam negara yang bersilang budaya, banyak perkara yang wajib disembunyikan atau dikendurkan sekalipun itu bukan fakta sejarah sebenar. Kita bergembira kerna Sdr Zam masih mampu menjadi penyiar sejarah yang kita tidak temui dalam buku atau kenyataan rasmi. Oleh itu, kita salut kepada Sdr Zam untuk terus menulis berdasarkan fakta sejarah, sama ada yang sudah lama atau baru sebulan dua yang lalu.

    ReplyDelete
  18. jika berlaku seperti ini adakah, yang dipertuan agong juga tidak mempunyai kuasa ??

    ReplyDelete