Thursday, 29 January 2015

SAYA AKAN TERUS MENULIS




SETIAKAWAN KEWARTAWANAN: Ahirudin bin Attan (Rocky's Bru) wakil NST di London bersama Zainon Ahmad( Allahyarham) Pengarang Bersekutu NST yang melawat London  berkunjung ke kediaman  saya berhampiran dengan Paddington Station ketika saya  direhatkan di London dalam tahun 1994 setelah tersingkir dari jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu. 

THERE IS MORE THAN ONE WAY TO SKIN A CAT

Tajuk "Salam Terakhir Zam Pada Penulisan Politik Semasa" sehingga pagi ini  telah menerima   lebih dari 4,000 ribu pelawat   dan hampir semua komen menyesali tindakan saya,meminta saya meneruskan penulisan, menyeru saya jangan berundur di bawah tekanan disamping  beberapa orang yang bersimpati  memahami keputusan saya itu.

Saya tidak menyangka mempunyai peminat yang bagitu ramai dan terharu dengan kata-kata harapan dan penghargaan dan lebih menyentuh perasaan saya  bila ada rakan rakan wartawan yang menunjukan solidarity dan fraternity kewartawanan   menerusi  talipon,sms, penulisan dan ada yang  datang sendiri ke cafe saya di Putrajaya.Di antara mereka,orang yang selama ini tidak saya  sangka sebagai kawan rapat dalam perasaannya..

Ini mengingatkan  saya kembali pada hari saya  tersingkir  dari jawatan  Ketua Pengarang Utusan Melayu 20 tahun lalu. Wartawan -wartawan yang sering menerima tekanan  kerja dari saya,yang sering  di gertak dan dimarahi oleh saya,merekalah yang pertama masuk ke bilek saya dan menyatakan simpati dan kecewa dan mahu membuat apa sahaja  untuk  mempertahankan saya.

Tetapi  seorang dua yang sangat rapat dengan saya telah  lari lintang pukang menjauhkan diri dari saya malah  mengingatkan pemberita-pemberita muda  jangan lagi  memasuki bilek saya kerana ""merbahaya."

Selain dari itu peristiwa mogok Utusan Melayu  yang trajis pada tahun  1961  yang menyebabkan hancur ikatan  kekeluargaan pekerja Utusan Melayu yang terjalin  berpuluh tahun  sejak Utusan diterbitkan  pada tahun 1939, sewajarnya menjadi pengajaran dalam perjuangan.

Sebelum mogok semua bersumpah setia malah ada yang minum air Yasin tetapi   tidak dapat bertahan kerana pada akhirnya ideologi perut akan mengatasi ideologi politik. Ini menjadi  panduan bertindak dan ingatan kepada saya  sampai sekarang dalam menerima sokongan dan pujian..

Maka itu  saya menasihatkan wartawan-wartawan muda yang masuk ke bilik saya dan  mahu mempertahankan  saya supaya jangan melakukan sesuatu mengikut perasaan,jangan bertindak tanpa perhetongan terhadap nasib masa depan mereka. Saya memberitahu mereka tugas saya pada Utusan sudah selesai sekadarkan yang termampu oleh saya tetapi tugas saudara saudara  masih belum selesai.

Diantara mereka yang menerima nasihat saya sekarang telah memegang jawatan penting di Utusan Melayu dan juga di akhbar lain. Antaranya Aziz Ishak yang menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu dan juga Rozaid Abdul Rahman Pengarang Eksekutif   mStar.

Saya sendiri pada ketika itu   merasakan sudah sampai masanya untuk saya meninggalkan Utusan kerana saya tidak lagi dapat menyesuaikan diri dengan suasana politik baru. Perdana Menteri Dr Mahathir sendiri tidak sedar  anasir anasir ABIM sedang menyelewengkan   nilai nasionalisme Melayu dan  Islam yang sederhana dan liberal yang menjadi pegangan UMNO.Beliau terpukau  oleh Anwar Ibrahim.

Saya  tidak merasa marah  dengan orang orang politik yang rapat dengan saya yang tidak memanggil saya  ketika  saya berada dalam keadaan  genting pada masa itu.Yang saya ingat membuat panggilan talipon bertanya kabar  ialah  rakan rakan rapat saya yang bukan dari kalangan politik  iaitu Dr.Munir Majid, Rashid Hussein dan juga Sasterawan Negara Usman Awang.

Saya  bertanya kepada wartawan Joceline Tan  yang menginterviu saya " kenaapa saya tidak merasa sedih bila tersingkir sedangkan  saya telah bagitu lama dengan Utusan  " Joceline yang ketika itu berkhidmat dengan NST berkata " Kerana saudara seorang profesional".

Lebih dari itu ialah apabila saya menyertai Utusan Melayu,saya tidak pernah ingat untuk jadi ketua pengarangnya,sama juga bila  saya menjadi senator tidak ingat untuk menjadi menteri. .

Saya berterima kasih kepada semua orang yang telah memberikan penghargaan kepada saya dan meminta saya terus menulis. Saya berjanji   akan terus menulis tetapi tidak mengenai politik semasa namun demikian kata perumpamaan Inggeris "There is more than one way to skin a cat",banyak cara untuk mencapai  matlamat .
Banyak pekara yang belum saya tulis mengenai sejarah politik  untuk bekalan dan panduan generasi baru.
.
Kepada kawan kawan  wartawan di Utusan Melayu ingatlah darah kita bukan darah bangsawan.Kita hanya bercakap tentang globalisasi tetapi kita berada dalam zaman tradisi yang bukan semua tunjang dan nilainya perlu  dikekalkan lagi.Perjuangan belum selesai.Dinasti mesti dihapuskan dalam semua parti.

Mogok politik seluruh perkerja Utusan Melayu dalam tahun 1961 kerana membantah pengambilan aleh Utusan Melayu oleh UMNO. Ketika itu Utusan di kuasai oleh wartawan -wartawan  nasionalis kiri Melayu yang pro Indonesia.Mogok ini berjaya dipatahkan.

CATITAN: Mogok Utusan Melayu 1961 bukanlah mogok mempertahankan kebebasan akhbar seperti yang disangka oleh banyak pihak tetapi adalah untuk mempertahankan penguasaan gulongan kiri  Melayu  yang pro Indonesia dan mahukan Malaya menjadi sebahagian dari Indonesia. Utusan pada masa itu adalah juga sebahagian dari sayap penting  kepada perjuangan Blog Timur di Malaya  untuk menegakan komunisme dan sosialisme yang akhirnya membawa penderitaan kepada berjuta rakyat di dunia- Zam

13 comments:

  1. Tuan sebagai seorang berpengalaman dan amat di yakini dengan kredibiliti dan etika sebagai tokoh yang di kenali dan di contohi.

    Satu keputusan tepat tidak menulis lagi dalam kumpulan politik mengharu-biru bangsa dan negara dalam keadaan politik yang tidak lagi memperjuangkan nusa bangsa seperti warisan terdahulu lakukan secara konsisten sehinggalah satu "keterbalikan" yang di perkenal tanpa mengambil kiri keluhan akar umbi dan rakyat majoriti. Perhatikan perjuangan Dap yang masih setia dengan idelogi mereka sehingga berjaya berkuasa di P.Pinang. Kenapa terjadi ? Sdr Zam sendiri tahu jawaban nya.

    Menulis dan berblog dan berkomentar demi mendidik dan memberi suntikan semangat kepada kekuatan generasi pelapis / muda amat di alu-alukan. Betapa keadaan politik kini sudah menjadikan mereka keliru, menyokong membabi buta tanpa nahu merujuk sejarah negara dan perjuangan darah dan air mata tokoh-tokoh terdahulu menyediakan "hari esok" dengan izin Allah SWT sehingga kita menikmati nya ke saat ini.

    Kita tidak boleh lagi berpecah belah dan menjadi kumpulan minoriti dalam kemajoritian bangsa sendiri. Perkara utama ialah pasti sahaja kita mesti "membelasah" idelogi songsang Melayu membelakangkan kedaulatan nusa bangsa dan kewibawaan Islam sebagai Agama Benar dan wajib di patuhi. Sebahagian Melayu telah menjadi derhaka demi survival sendiri, mencerca nilai-nilai tradisi kekuatan dengan menyokong musuh nyata yang amat di ketahui niat dan tujuan mereka.

    Semoga Sdr Zam dapat memberi dan mencurah ilmu- ilmu bermanfaat dalam "there is more than one way to skin a dog" (saya ubah cat jadi dog kerana anjing ini kotor dari segi jaga diri dan hanya mengenali sejenis nya termasuk manusia, berbeza kucing, yang sentiasa di perlekeh oleh budaya barat kerana kucing memang binatang kesukaan Nabi SAW semesti nya di jadikan jua sebagai musuh ! Kucing teramat sesuai menjadi binatang kesayangan bersesuaian karakter mereka. Berbeza anjing, tugas nya perlu latihan menjadi penjaga sahaja dan tidak sesuai di bela di dalam rumah )

    Semoga Sdr Zam sentiasa berhemah dan tidak akan menjadi pengkhianat masa depan anak cucu kita. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Suatu fahaman yang mendalam terhadap jalinan sejarah tanahair. Terima Kasih atas keperhatinan.

    ReplyDelete
  3. TS Zam, siapa satu dua orang wartawan itu? Boleh diceritakan pada pembaca?
    Sekiranya diceritakan dah tentu ia bukan isu politik. Tapi sejarah dan kenangan semasa ditendang keluar dari Utusan. Bolehkah dipertimbangkan ?

    ReplyDelete
  4. Tidak baik menjatuhkan air muka orang. Biarlah menjadi kenangan manis kepada mereka.

    ReplyDelete
  5. Saya masih dengan pendapat... anda perlu tulis politik. TAK ada pilihan lain

    ReplyDelete
  6. salam ts zam... sangat tertarik dengan ungkapan idelogi perut mengatasi idelogi politik..

    ReplyDelete
  7. Salam Zam. Terima kasih kerana menyahut panggilan majoriti yang mahukan saudara terus menulis. Tidak ada salahnya kalau kita dianiaya tetapi demi integriti dan keikhlasan mempertahankan kebenaran atas nawaitu kerana Allah, perjuangan itu wajib diteruskan. Mereka yang membuat penganiayaan itu kita serahkan saja kepada pengadilan mahkamah Allah azzawajallah. Saya yakin selepas ini kumpulan yang berniat jahat terhadap saudara ini pasti panas pungkuk mereka dan jangan terperanjat juga selepas ini memohon maaf kepada saudara atas perbuatan jahat mereka. Teruskan menulis Zam. Tahniah.

    Tun Mai Ulat Gonggok

    ReplyDelete
  8. Salaams Datuk, biar si zalim gila kuasa itu merasanya perasaan like a cat on a hot tin roof!

    ReplyDelete
  9. Saudara Zam. Penulisan ini masih ada unsur politik. Nampaknya saudara struggle untuk lari dari penulisan berbaur politik. Mungkin saudara boleh menulis berkenaan flaura dan fauna.

    ReplyDelete
  10. AsSalam TS .
    Survival orang melayu hanya bergantung pada politik . Ada nya melayu di Malaysia disebabkan olih kekuatsn politik . Tanpa politik TIADA melayu .

    Waghih.

    ReplyDelete
  11. Salam Zam, well written article, I enjoy reading and debating with you simply because you are truly journalist icon. The fact that youa allow people to call you Zam even though you are Tan Sri reflect that what ever matter we dicuss must be truthful and serve human justice.
    Thanks sdr Zam,keep writing what ever field you like.

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri.

    Sy sekadar memperingati sentiasa sikap jahat Cina yg pro pembangkang..tidak lain tidak bukan Wong Chun Wai dgn the Star.

    Kini dia berterusan membakar dan menghasut org2 Cina agar membenci Melayu dan kerajaan....bila dia dgn licik menulis dlm Star tentang 'demonstrasi' penduduk Melayu terhadap 'Projek Datum Jelatek'.

    Semua dipersoalkan beliau walau pun dia sendiri mengaku....tapak tersebut dulunya projek Perumahan untuk org2 Melayu.

    Harap kita mndpt perhatian dgn aktiviti menghasut oleh Wong Chun Wai dan the Star.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  13. Syabas Tan Sri. Teruskan perjuangan dan semoga diberkati Allah hendaknya

    ReplyDelete