Monday, 19 January 2015

SALAM TERAKHIR ZAM PADA PENULISAN POLITIK SEMASA

TUN M :"NABI PUN TAK BOLEH BETULKAN DUNIA"


Amanat President Pertama Indonesia Soekarno: Perjuanganku lebih mudah kerana mengusir penjajah tapi perjuanganmu akan lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri- dari T. Shirt yang dibeli kawan di Yogyakarta.


LIHAT INTERVIU SAYA DENGAN  THE MOLE DI BAWAH SEKAI:









SALAM TERAKHIR.........

Setelah menimbangkan dari semua aspek, kepentingan kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan,tekanan dan pencemaran nama di hari tua , maka saya mengambil keputusan untuk berhenti dari penulisan politik semasa  yang  menjadi pengisian utama blog zamkata  sejak  dilancarkan pada 8 ogos 2012.
Setakat ini pengunjung blog ini telah mencapai lebih 1.5 juta dan pelawat setiap hari antara dua ribu hingga tiga ribu  lebih dan pernah mencapai antara  lapan hingga sepuluh ribu bergantung kepada sesuatu isu semasa. 

Sepajang lebih  50 tahun dalam bidang  kewartawanan,  saya tidak pernah menjadi penulis upahan. Berkhidmat kepada Utusan Melayu  dengan kesetiaan kepada dasar kepartian dan kepimpinannya  dan tidak tunduk kepada fiction. Maka itu saya tersingkir dari Ketua Pengarangnya.

Penulisan buku mengenai  Tun  Dr. Mahathir (Mahathir Di Sebalik Tabir) dan Tun Abdul Razak ( Jejak Bertapak Seorang Patriot) adalah atas kemahuan dan kerelaan saya sendiri kerana mencintai mereka sepenoh hati sebagai pahlawan dan negarawan bangsa.

Setelah bersara dari politik, berbagai pihak datang menemui saya  meminta  saya untuk  mengetuai NGO, membantu sebagai penasihat parti, menawarkan jawatan pengarah syarikat atau institusi pelajaran tetapi saya telah menolak semuanya kerana saya mahu bebas dalam persaraan, kecuali meneruskan penulisan.

Namun demikian dalam bersendirian juga saya dianggap mempunyai sandaran.

Kepercayaan dan setiakawan saya kepada kepimpinan  politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan dicemarkan oleh kerana perbezaan fikiran , penilaian dan  ketakutan pada  mimpi ngeri politik masa depan pihak yang semakin sedar akan kemerosotan pengaruh dan kekuatan. Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan.

Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan. Tun Daim dan Anwar Ibrahim yang bersama  bertanggungjawab dalam menyingkirkan saya dari kedudukan jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu dalam tahun 1993 juga tahu pendirian saya.

Saya merasa cukup terhina kerana bagitu mudah orang membuat kesimpulan. Sekali saya minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin atas jemputan dan menemui Tun Mahathir bersama seorang dua rakan telah dianggap saya berada dalam konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Jika demikian,bolehkah saya juga  membuat kesimpulan dengan TV3 media mesra UMNO menyiarkan ancaman Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim  untuk membongkar keburukan Bekas Meneri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah bererti  Najib berkonspirasi  dengan Anwar Ibrahim untuk mengekalkan kedudukannya ?

Pada ketika-ketikanya saya ketawa pada diri sendiri kerana mimpi ngeri terhadap diri saya lebih besar dari diri saya yang sebenanrnya. Saya  tidak mempunyai kawan  sejati dalam politik, kerajaan  atau mana mana pertubuhan kecuali rakan-rakan wartawan.

Saya selalu disebut oleh media sosial sebagai sekutu Mahathir atau rakan Mahathir tetapi Mahathir pernah menyatakan dalam  majlis pelancaran buku 'Jejak Bertapak Seorang Patriot Tun Abdul Razak': "Zam adalah kawan saya tetapi kawan yang ada kalannya menyukarkan ."

Barangkali saya adalah di antara ribuan  wartawan dan penulis yang terus mendukung  idealisme kewartawanan  untuk perjuangan  membetulkan dunia dan manusia   tetapi saya tetap sedar dengan kata-kata Dr Mahathir pada suatu hari apabila  saya  memberitahunya  semasa menjadi Perdana Menteri tentang penyelewengan dan kecurangan orang-orang penting di  dalam pemerentahannya, “ Zam, Nabi pun tak boleh betulkan dunia ini,”katanya.

Saya telah berkhidmat sebagai wartawan  dari sejak  era  Perdana Menteri Pertama Tun Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Husssein Onn hinggalah Tun Mahathir yang membawa saya ke dalam politik  dan setelah bebas dari dunia politik,saya kembali menjadi penulis   di akhbar dan di blog saya sendiri  terutama sekali mengenai  politik semasa.

Saya telah menyaksikan sendiri dari dekat pemimpin bertukar ganti, pemimpin yang mengkafir orang sanggup menjadi 'kafir', Firman  Quran dan Hadis disesuaikan  dengan selera sendiri  untuk kuasa, Kuasa adalah kuasa, manusia adalah manusia, Yang berkuasa mahu   mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Saya mengucapkan salam terakhir kepada peminat setia tulisan  politik saya  di blog ini.

 Persaraan ini bukan bererti saya akan meninggalkan dunia penulisan tetapi  akan lebih menumpu  kepada  sejarah negara yang saya lalui sendiri, cerita masyarakat, sosial dan agama ,  pengalaman yang tersirat tetapi belum tersurat dalam perjalanan panjang keseluruh pelusuk dunia sebagai wartawan. Kacamata  kewartawanan tetap menjanjikan seribu satu macam kebahagian dalam ilusi, mimpi dan realiti dan tidak hanya politik.
.
Kepada rakan-rakan wartawan yang terus berjuang untuk membetulkan pimpinan negara menerusi penulisan, kuatkanlah semangat. Kehormatan diri tidak kekal dalam wang seguni. Kenalilah  nilai kewartawanan sejati.
.
Dan inilah sebuah sajak dari saya" Bangunkan Semangat Jokowi" yang membuktikan saya masih percaya kuat kepada  journalisme sebagai senjata demokrasi untuk reformasi dan transfomasi:

BANGUNKAN SEMANGAT JOKOWI

Setapak langkahku terhenti
Berjuta melangkah kedepan lagi
Dalam nyanyi semangat Jokowi
Tiada langit tiada bumi.
Tiada dinasti.

Mahathir dan P. Ramlee
Tidak pernah mati
Gagah  suara seindah  fajar pagi
Bangkitkan semangat putera putri
Ranapkan Dinasti

Sekali keris dipacak kebumi  
Minta maaf pantang sekali
Akan terpancarlah  darah rakyat  sejati
Menyamakan warna langit dan bumi

Bangunkanlah  semangat  Jokowi
Mahathir dan P.Ramlee tidak pernah mati
esok pagi akan lebih indah lagi
kerana sinarnya bukan lagi Dinasti.

ZAM 

FROM ROCKY'S BRU:

All the best Tan Sri  bro. I was reminded of the song Vincent when writing( Lihat Rocky's Bru)
" Now I understand what you tried to say to me And how you suffered for your sanity And How you tried to set them free. They would not listen,they did know how. Perhaps they'll listen now."
I still hope you will come back soon and kick ass,Zam

Catitan: Rocky lah yang mula bersuara runtuhkan dinasti yang diikuti oleh Tun Mahathir dan saya. Hapuskan Dinasti!- ZAM



INTERVIU DENGAN THE MOLE( Portal Berita Rocky's)


Thursday, January 22, 2015
  • zainuddin maidin
Zainuddin at his cafe in Putrajaya.
Former information minister Tan Sri Zainuddin Maidin has discontinued writing on current politics at his three-year-old blog Zamkata, citing threats and intimidation as among the reasons.

The Mole had a chance to meet the former Utusan Malaysia chief editor, also known as Zam, at his News Room Café in Putrajaya yesterday. Among others, he spoke about his views on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and the alleged conspiracy against him, things on social media that are bugging him and his plans.

Excerpts from the interview:

Q: You have been blogging on politics since 2012 and had your followers. Why did you decide to stop when people are actively discussing political issues and turning to blogs?

A: I don’t think I can continue to present a clear picture.. I feel there is always an end in politics. And, I have been receiving hints and signals that are quite disturbing, so I decided it was better for me to quit. I felt that they were quite threatening. I just want to have a peaceful life.


Q: Who is threatening you? And what kind of intimidation did you get?

A: Hints here and there. I don’t like being labelled as anyone’s ally. I wish to be free because I belong to no one. There were allegations that I was involved in a conspiracy just because I had breakfast with a few people.


Q: There is a photo circulating in social media of you with people seen as anti-Najib. Rumours are that the meeting was to plan on a plot to topple Najib. Don’t you think that has put you in the spotlight?

A: The morning that (former finance minister) Tun Daim Zainuddin invited me for breakfast I didn’t know that other bloggers would be there. Daim is someone I respect, someone I never hate, even though he was involved in removing me from Utusan. I accepted it and I have no hard feelings because I’m a professional.

But as I said, I thought only Daim, (blogger) Syed Akbar Ali, (former NST editor-in-chief) Datuk Abdul Kadir Jasin and I would be having breakfast. If I knew everybody else was there, I would not have attended.

Q:  What was discussed?

A: It was just a catch-up session between old friends. We talked about the economy, national issues and other petty stuff. But never did we discuss or plan anything to bring down Najib.

Q: Some people think you are sulking and afraid of the intimidation. How do you really feel?

A: I am not sulking or scared. There are people who told me to keep on fighting. I’ve been through so much.... yes these things are exciting but in the end, you will be alone.

Q: So no one can convince you to write on politics again?

A: Maybe... this is a silent protest. But now I know who my friends are and I really appreciate them.

Q: Is it true there is a conspiracy between (former prime minister) Tun Dr Mahathir Mohamad and Daim to bring down Najib?

A: No, they are just worried about Najib's leadership. There are a lot of things that Najib has done that are damaging. For example, he made a unilateral decision to abolish the Internal Security Act. He almost abolished the Sedition Act too but decided to keep it after some intervention.

Another example is how could you (Najib) let a man whom you despise, discredit, (whose political career) you want to kill, and you want to put in jail, but you brought him back on national TV just to strengthen your integrity? So now (opposition leader Datuk Seri) Anwar Ibrahim suddenly has credibility? Maybe next time Anwar can also campaign for BN in the election.......

Q: Do you think this is the work of the prime minister, as alleged?

A: It is his media troopers, his media advisors. And it does not matter if the PM agrees or disagrees because it has caused a large damage to BN. The people cannot separate the power that controls TV3, NST, Utusan, and we cannot say that Najib is not involved. He (Najib) doesn’t have the sensitivity. He should put a stop to this.

Q: What do you think of the coverage given by the Media Prima Group to the opposition to discredit Daim?

A: It is distasteful and ugly.

Q: Personally, do you think Daim is a corrupt?

A: In politics, no one is clean.

Q: Do you agree with Kadir’s criticisms of Najib?

A: I agree when he said Najib’s media team is not effective. For example, when (former South African president) Nelson Mandela died, Najib could not attend his funeral because he was away in Japan. But his media team did not immediately produce any reason to his absence until a few days later. Only Mahathir went. It was offensive to the Africans because we were close to Mandela.

Also, during the elections we could see people holding placards saying “I love PM”. That is just not acceptable. And the worst is the picture in NST (on Wednesday) showing non-Malaysians deeply watching Najib’s announcement on the revised budget. What do these people know about the economy? They don’t even understand proper Malay or English.

Najib also was pictured taking a ride on the LRT last Friday but that was cheap publicity. It looked staged.

Q: What do you think of Najib's leadership?

A: Weak. I’m not saying that I don’t support him but after the ISA was abolished, I felt disappointed. A lot of people disagree with his decisions. He also likes to let issues die down instead of rectifying them.

Q: What are your thoughts on blogs and social media, as well as local news portals?

A: What’s bugging me is that they have discarded the 5Ws and 1H of journalism.

Q: What would you do if you are the information and communications minister?

A: I am like (former Singapore prime minister) Lee Kuan Yew. I believe in controlling. If Singapore can control the media, why can’t we? These so-called news portals like Malaysiakini and Malaysian Insider have gone overboard and depend on rumours instead of facts. Journalists are supposed to find the right information but now that we have allowed these portals to exist, it is hard to turn back. The damage has been done.

Q: Now that you have stopped writing politics, what is your next move?

A: I have written a book “Saya Bukan Menteri”(I am not a minister) and waiting for them to be circulated in a university. I’m also writing a book called “Mahathir Bukan Kawan Saya” (Mahathir is not my friend) which will be ready in March. I will continue blogging on national issues and history, and perhaps a little bit on international politics. I also spend five hours a day in my café. I will autograph my books people buy next door.


98 comments:

  1. Salam Saudara ZAM. WHat happen to you di msas serangan keatas Tun Daim dan Tun M di pertingkatkan? Jangan takut kepada kebenaran. Zam tidak melakukan apa apa kesalahakn bukan? SO teruskan perjuangan. Age is just a NUMBER. Come on ZAM...

    ReplyDelete
  2. Pak Zam
    kami amat kecewa andainya hasrat Pak untuk pencen menulis tentang politik semassa menjadi realiti. Kami benar2 mengharapkan Pak terus menulis .
    semoga Pak sentiasa sihat dan dalam selamat

    ReplyDelete
  3. Sad day for blogosphere but I understand your disenchantment. As you begin your journey in last lap, it is good thing to keep one's reputation from being tarnished further. Past writings on politics have sullen your name and your legacy. It is time to put a stop to all this. Adios amigos. Ahmado miamigo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaams Datuk Zam,
      Thank you from my heart for your honesty and intelligent views all this time. Please keep the channels of wisdom open . . . .

      Delete
    2. I feel your sicererity. I will conmtinue to write,banyak cerita yang lebih menarik lagi,ikutilah blog ini.

      Delete
    3. Sincerely yours Datuk,

      Character will lead to victory
      https://www.youtube.com/watch?v=5_HnxvGCcic

      Delete
  4. Salam TS ZAM,

    Kalau tindakan kita bermatlamat yang baik..Inshaa Allah ia akan dipandukan dengan kekuatan dan kebenaran..

    ReplyDelete
  5. Teruskan semangat penulisan politik Tan Sri. Hanya kematian sebagai titik noktah. Ayuh lah bangunkan semangat Jokowi. Persetankan darah pondan bapok.

    ReplyDelete
  6. Tan Sri, saya tidak setuju Tan Sri berhenti menulis oleh kerana tekanan dari sesetengah pihak. Tan Sri adalah penulis dan wartawan. Penulis adalah penggerak kepada sesuatu ketamadunan. Saya adalah salah seorang peminat Tan Sri. Jangan takut dengan sebarang tekanan Tan Sri. Tan Sri perlu terus menulis demi agama, bangsa dan tanah air. Kalau Tan Sri takut pada tekanan, ramai lagi penulis politik yang menerima tekanan dan cemuhan lebih dahsyat dari Tan Sri contohnya Pak Yahaya Ismail. Dia selalu dikejar polis Cawangan Khas, dikutuk, dihina, dimaki dan difitnah di Facebook gara gara penulisannya yang lantang namun dia tak pernah mengalah. Dia terus menulis supaya Islam, Melayu dan Malaysia akan kekal terpelihara. Saya harap Tan Sri dapat mencontohi dirinya. Ingatlah, tiada perjuangan yang mudah. Jika Tan Sri tiada, akan bermaharajalelalah pemimpin pemimpin politik yang rakus, tamak dan gila kuasa itu. Akan rosak binasalah agama, bangsa dan tanah air Tan Sri sendiri. Sanggupkah Tan Sri melihat Islam, Melayu dan Malaysia musnah dirosakkan oleh pemimpin pemimpin politik jahat tanpa Tan Sri berbuat apa apa? Fikir fikirkan Tan Sri. Malaysia memerlukan penulis seperti Tan Sri selagi nyawa Tan Sri masih ada. Saya harap Tan Sri menarik semula keputusan tersebut. Semoga Allah memberkati hidup Tan Sri dan keluarga.

    ReplyDelete
  7. Zam..
    Umur saya baru 31..telah ikut hmpir semua buku,tulisan Tansri..maka bila tansri nak berenti menulis politik,tiadalah lg seri buat saya dhari celik yg kebiasaannya akan menekan zamkata.blogspot..
    Hrp tnsri ubah fikiran demi negara yg tercinta ini..Mahathir tdk akan mati..

    ReplyDelete
  8. As salam TS

    Saya paham apa TS rasa
    Eloklah... bersara mgkn jalan yg terbaik buat masa ni. X guna usaha mulia TS utk betulkan keadaan tp org2 d luar sana terlalu sombong dan bongkak...
    X matikah kita ?
    Hidup menongkat langitkah kita ?
    Di mulut saja percayakan mati
    Tp di hati, terasa hebat... mgkn percaya mcm Cina, boleh bakar duit utk hidup senang lepas mati.. sbb tu rmi org kita berlum2 kejar duit.. apa kisah halal haram.. komisen dan rasuah dah jadi darah daging.. kena tangkap lun selamba jer.. x caya ? Tanya KJ.. tanya Ali Rustam.. tanya Isa Samad.. tanya Norza BAM.. aahhh hebatnya mereka !!

    Yg serban 4 hasta berjubah meleret apa kurangnya.. demo buat haram, kawe buat halal sokmo.. oouuhhhhh kelaiihh booohhh !
    Padahal munafik dan lebih rendah dr kapir yg jual no ekor...

    Apa lg yg kita boleh buat ? Hanya satu... DOA !!

    Terima Kasih TS..
    saya bukanlah peminat TS tatkala TS berjawatan besar
    cuma saya sedikit kagum dgn tulisan TS. Gentleman.. tulisan terus terang dr sorang yg orang kenal
    X mcm blogger lain yg dibayar gomen. Bukan saya ckp.. tp Najib ckp. Cuma... sedikit BANGANG !!! tulis utk duit, what can we expect ?

    Semoga TS sentiasa dalam rahmat Allah swt..
    Amin..



    Mat Umno Pendang

    ReplyDelete
  9. Jumpa zam dengan jumpa ular, mana satu nak katok dulu !!!
    Selamat bersara...perjuanganmu sudah selesai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku jumpa hang aku katok hang dulu,dah mampus aku kencing dan berak atas kubur hang,manusia tak terpelajar,busuk hati. Ibu baoa engkau tak tahu ajar engkau,lahirkan anak yang kotor ke dunia ini.

      Delete
    2. Sdra. Arman, Tepat & Padat!!

      DS

      Delete
    3. Kluangman mu bodoh pi main jauh-jauh. Bodoh nak mampos. Tak der education. Stupid buffalo....

      Delete
    4. hambooiiiii..haku pon tak ngaji tinggi bertingkat2...tp haku tak berfikir mcm kluang man fikir....tak ngaji sampai unibersiti tak bermakna kami yg tak ada sijil berkajang2 nih tonggong t benggong dan menggong mcm dia tu...

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Salam TanSri..sy berharap sgt tansri menimbang semula hasrat tersebut...sy pasti merindui ulasan tansri mengenai politik semasa yang selalu nya sy kongsikan di laman facebook sy...susah dah kita nk cari penulis yg berkata tanpa kepentingan ketika ini..dan sumber rujuk sy adalah tansri..dan beberapa tokoh yg lain seperti tansri sanusi junid..

    ReplyDelete
  12. Zam,sajak saudara bangunkan semangat jokowi menyentuh hati saya. Saya faham tentulah dinasti yang saudara maksudkan bukanhanya dalam UMNO tetapi juga didalam DAP. Dalam UMNO dinasti bertukar ganti tetapi dalam DAP satu sampai ke mati.

    ReplyDelete
  13. Penghapusan Dinasti dalam UMNO bererti anak Tun Mahathir tak boleh jadi Perdana Menteri, Mukhriz mesti diketepikan,anak Hussein Onn,Hishamuddin tidak boleh jadi PM selain dari anak Tun Razak Najib sendiri.Apakah UMNO kekurangan kewibawaan dari rakyat biasa dalam UMNO untuk mewarisi jawatan Perdana Menteri.Bagaimana dengan pemimpin yang cerdik,bijak dan bersih dari Sarawak atau Sabah. Bagaimana dengan Khairy,adakah dia juga dinasti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campur sekali unker lim siang malam, son, daughter, wife & co., + anu-war, isteri, anak & co....memang malaya ni suka diperintah dinasti...dah ada dalam DNA...apa dikenang....

      DS

      Delete
  14. Ye get lost itu KJ dinasti pak mertua.

    ReplyDelete
  15. Ini dulu buat Saudara,

    kita dua tukang cerita tua
    Sudah berdekad merasa asam dan gula
    Sudah calar-balar ditikam luka
    Sudah dicaci, dimaki disumpah bermacam cerita
    Alhamdulillah, pena kita tidak tumpul kerananya
    Dan tinta kita tidak kering kerana angkara.

    Saya tahu cerita suka duka saudara
    Saudara tidak pernah lari daripada perjuangan
    Maka mengapa ketika kita di hujung usia
    Saudara merajuk melepas tangan?

    Ini bukan Zam
    Ini bukan insan berazam
    Mohon kembalikan iltizam
    Jangan kita menaruh dendam
    Mari kita terus berkarya
    Persetankan mereka
    Ingkat kepada pembaca saudara
    Kalah saudara kalahlah mereka
    Jangan saudara hampakan mereka.

    Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata mereka
      Suara kita tidak lagi semasa
      Ikut kata Singa Tua
      Yang masih gila kuasa.

      Tapi mereka lupa
      Kata Singa Tua di baca
      Muncol di TV orang berterpa
      Nak tahu apa dia kata.

      Tetapi pemimpin semasa mereka,
      Berita di akhbar tidak dibaca
      Di TV ditutup suara
      Terutama bila nampak ratu fesyen tua.

      Saya akan terus bersuara
      Tidak hanya politik semasa membuka minda
      pendekatan journalisme berbagai cara
      hanya kita akan berlainan cara
      tetapi matlamat tidak akan berbeza.

      Sekarang saya sungguh gembira
      Rupanya ramai kawan setia
      Kerana mereka percaya
      Kita bukan kerbau tua.

      Didepan api di belakang duri
      Allah bersama langkah yang suci.


      Delete
    2. betoi tu tansri...ayahanda tun tak kira dimana saya eksited nak tao cerita...najib..usahkan muka sora pon malas nak dengaq...lam pesbuk..langkau ja.....

      Delete
  16. Bangsa ini tiada pembela...

    Wajah-Wajah Pembela

    Bangsa ini dimatikan
    dengan cekikan perlahan
    oleh tangannya sendiri.

    Agamanya dipersenda,
    tanahnya digadai,
    haknya dipertikai.

    Lihatlah wajah-wajah,
    pembela; bermuka-muka
    di balik warna pengecut.

    Merah penjaga periuk,
    hijau tukang angguk,
    biru paling kemaruk.

    16.01.2014
    Batu Kawan, Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  17. GURINDAM BALAS UNTUK PAK ZAM YANG AKAN PERGI MEMBAWA DIRI.


    DAGANG PAK MALAU DAGANG BERTEPI
    PAK ZAM MERAJUK NAK BAWA DIRI
    APA HEBAT SEMANGAT JOKOWI
    LEBIH HEBAT OBAMA BERSELFIE

    BERUMAH SANGGUP DI TEPI PANTAI
    DILANDA BADAI DAH NAK CABUT LARI
    KALU TAKUT KENA BANTAI
    BAIK MELANGUT DI KEDAI KOPI

    POLITIK KINI DAH GILA BABI
    CUCUK SIKIT DAH PAKAT GELI
    MANA ADA KUASA SEJATI
    YANG ADA SEMUA DAH KENA BELI

    MAIN GOLF BUKAN GOLI
    BALIK KALUT BILA KENA PERLI
    KONON RAKYAT DI DAHULUI
    BILA KENA GANYAH DAH KENA E COLI

    POLITIK KINI DAH TAK DAK ERTI
    TEGUR SIKIT DAH KENA BULI
    BUKAN KERANA TAKUT BINI
    KERANA BINI TAK TAKUT LAKI

    ADAT TEGUR GURINDAM SELOKA
    DALAM ERTI BANYAK MAKNA
    BIAR ROBOH KOTA MELAKA
    MANA NAK PILIH AMERIKA DAN CHINA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. zainuddin maidin20 January 2015 at 09:47

      Ha Ha Ha! baca tergelak sampai nak mati,terima kasih daun keladi,pantun pantun la lagi.

      Delete
    2. Huahahaha.. Tambah nasik sikit boleh tan sri.

      Kulihat bulan di kaki langit
      Cahaya bintang begemerlapan
      Kalaulah dapat dipintal pintal awan di langit
      Nama bos2 pujaan mereka pintalkan

      Cincin emas bukan suasa
      Kain ropol melilit badan
      Bila manusia dah dapat kuasa
      Hidung tinggi mencecah awan

      Sorong papan tarik papan
      Pikul balak atas bahu
      Hasil balak dia makan
      Datang banjir lumpur buat tak tahu

      Bersama anak makan sphagetti
      Buat meluang masa berkualiti
      Mangsa banjir melayan maggi
      Dalam susah berlapang hati

      Tinggi tinggi naik bil api
      Nasib tak sampai mencecah awan
      Hilang kapal di langit tinggi
      Sampai harii ni tak dapat dikesan

      Sembelih lembu sampai kemboja
      Naik air asia pergi ke bali
      Saham akhirat boleh dijaja
      Badal haji dijual beli

      Bisa bisa si singa tua
      Sampai bimbang laki dan bini
      Apa nak hirau orang nak kata
      Kerana benar kita berani

      Satira moden gurindam lama
      Buat renungan melayu baru
      Diubah pedoman dan nilai agama
      Pasal nak kejar negara maju



      Delete
  18. TS,
    Saya dapat faham keputusan Tan Sri. Setelah sekian lama berjuang, sampai masanya kita jadi keliru. Seperti kata Soekarno, kita bukan berjuang menentang penjajah luar. Kita memperjuangkan bangsa dan Negara dan yang menentang adalah orang keliling kita, bangsa kita, kawan2 kita. Sebenarnya kita tak kenal pun lawan kita. Itu yag buat kita tertanya2 berbaloi ke perjuangan ini dibandingkan dengan kudrat yang kita ada? Sampai masanya kita cuma berharap biar takdir menentukan segalanya. Yang baik datang dari Dia. Yang buruk datang dari kita.
    Kita boleh berjuang dengan syarat cukup askarnya dan baik strateginya, Kalau kita sorang2 saja, memang tak berbaloi perjuangan tu. Lebih baik duduk di kedai kopi, pasang TV tengok berita dunia, baca buku dan hidup seadanya.
    Wasalam.
    Presint 9

    ReplyDelete
  19. Terbaik...Malaysia terkenal di seluruh dunia disebabkan dua nama(orang)...Mahathir dan P. Ramlee..Dua Genius Melayu...

    ReplyDelete
  20. Setuju tetapi bila tersentuh rasa,bila terbuka minda,tercurah juga kata,melepaslam ,arah didada tapi kali ini saya hanya tak mahu tulis politik semasa,tidak terus bersara , banyak lagi boleh kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We need your political view sir, pls don't stop and ignore those idiotic comments sbb dlm Alam maya ni ramai idiots yg fikirkan mereka terlalu hebat.

      Delete
    2. And don't let idiots dictate you.

      Delete
  21. Salam Tan Sri,

    Saya harap TS terus menulis tentang apa saja yang terlintas di fikiran TS tanpa perlu mengambilkira 'backlash' atau apa-apa label yang bakal diberikan.
    Tulisan TS telah menggoncang mereka yang tidak jujur di dalam menjalankan amanah dan sudah pasti seseorang seperti TS perlu dikambinghitamkan untuk menutup kesalahan.
    Saya cuma berharap yang TS mengutamakan kebaikan untuk BANGSA dan NEGARA daripada menyusahkan diri memikirkan apa yang akan dilakukan oleh golongan oportunis ini.
    Wassalam dan teruskan perjuangan TS

    ReplyDelete
    Replies
    1. I totally subscribe to your writing.

      Delete
    2. I totally subscribe to your writing.

      Delete
  22. salam tan sri,

    saya antara peminat namun menghormati keputusan tan sri. kadang kala politik terlalu kotor hinggakan kita tidak mahu terus terpalit sama walaupn perjuangan kita di landasan benar. benar barangkali nabi saw pn tidak mampu membetulkan dunia. pn begitu saya tetap berduka kerana ini boleh dianggap kemenangan moral najib.

    izinkan saya syorkan pada tan sri untuk meneruskan penulisan pada scope yg mampu meningkatkan jati diri bangsa. inilah senjata untuk menghadapi arus liberal yg melanda umat islam melayu di Malaysia. sebenarnya byk yg kita tidak tahu tentang sejarah agung dan hebat bangsa kita.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Tan Sri,

    Saya bukanlah peminat TS Zam. Baru kenal beberapa tahun lepas melalui blog zamkata itu pun melalui pautan dari rockybru. Walaupun pemikiran saya tak sama dan tidak semetinya setuju dengan TS Zam tapi saya harap teruslah menulis pasal politik lah.

    Tak perlu takut, memang sukar kita utk mencari sudut berbeza dari pandangan politik yag ikhlas. Saya suka membaca beberapa blog pasal politik. Jika zamkata.blogspot sudah tiada "politik" janggal sekali pembacaan saya di masa depan.

    Harap terus menulis politik.

    Nizam

    ReplyDelete
  24. Saya tak sangka Zam berundur menulis isu politik. Kajian anda amat teliti dan wibawa. Saya hormati anda

    ReplyDelete
  25. Ini strategi meraih simpati ka? jangan pula U-Turn bila dijanjikan habuan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya nazri halim ni perempuan. Patutlah emo sangat.

      Delete
  26. ZAM, kenapa berhenti? Ini bukan ZAM yang sebenarnya. Saya nak lihat semula ZAM yang pernah berjaya mengatasi badai hebat ketika komentar tentang Habibie mantan presiden Indonesia dulu. Politik Malaysia ni ZAM hanya omong kosong dan tahi gigi saja yang bolih ditongkah olih ZAM.

    ZAM please fight back in political world...

    ReplyDelete
  27. Semangat Jokowi,
    "Untuk mengembalikan persatuan dan kesatuan bangsa, semangat rekonsiliasi pun dimunculkan."

    ReplyDelete
  28. Salam tan sri,


    Seloka melayu

    dulu melayu sekarang melayu
    dulu bersatu sekarang terkedu
    dulu tersipu sipu sekarang tak tahu malu
    dulu berani sekarang kena buli
    apalah nasib bangsaku kerana
    undi kaum kafir jadi penentu
    aku malu jadi melayu yang
    merempat dibumi sendiri kerana
    pemimpinku semua bercakaran
    sesama sendiri kerana kuasa yang SATU.

    ReplyDelete
  29. Salam TSZ

    Sebagai pengunjung setia blog TS, keputusan TS sedikit mengecewakan. TS mempunyai pengaruh tersendiri. Tulisan penuh jati diri. Menegur tanpa peduli kerana yang di ingin hanyalah mempertahan pertiwi

    Tulisan TS kekadang bisa
    Pada yang terkena dikata gila

    Empat gasal, lima genap
    dikendur berdentang-dentang
    ditegang berjela-jela
    Dilipat sebesar kuku
    dibentang sebesar alam
    Sapa makan cili pasti terasa

    Betul bagai dikata
    TS dah banyak luka
    Tapi Insya Allah TS bukanlah gajah yang akan mati kerana gadingnya
    TS bukan cempedak di luar pagar

    Orang lain baru capai pendayung, TS sudah ada diseberang
    Ketajaman fikiran ini amat kita perlukan
    Walaupun bagi sesetengah pihak air diminum sembiluan

    Peduli apa mereka sembiluan
    nasihat yang baik itu kan perlu diulang sebut
    Enak lauk perlu dikunyah-kunyah
    enak kata perlu diulang bicara

    Mau dibiarkan sajakah
    Orang Melayu diperkotak katik oleh pemimpin
    Yang katanya mempertahan bangsa
    Yang realitinya tidak seperti dibicara

    Walau apapun, keputusan telah pun TS kata
    Tentunya setelah dicanai diuli seenak rasa

    Saya berdoa semuga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada TS
    Menempuh alam pencen sebenarnya


    ReplyDelete
  30. Saudara Zam, saya rasa saudara tak sepatut berhenti dari tulisan Saudara. Saya kurang pasti knp saudara hendak berenti menulis, tetapi jika ia nya di sebabkan comment2 yg negative, I'd say"go to hell to them".
    Keep writing, because we still need your objective assessment of the politics of the country. Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. saya rasa penulisan mengenai isu2 poitik tanahair sudah menjadi darah daging t sri.serupa lah saperti mohd ali juara tinju dunia.tiada apa lagi yang mahu d capainya namun beliau terus masuk gelanggang dan bertinju kerana antara lain cinta kan sukan tersebut dan pandangan nya terhadap sukan tersebut amat d tunggu dan d hormati.saya berani membuat ramalan bahawa keinginan menulis akan meresap samula secara tidak d sedari.saya amat berharap agar ramalan ini akan menjadi keyataan.insya'allah.

    ReplyDelete
  32. Jangan berundur Tuan Zainuddin. Endahkan pada kutukan manusia durja, tolong teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  33. Lawak..mengingatkan aku pd seekor blogger haprak yang ske tarik brek pastu meludah kelangit..

    Nak stop silakan tutup je takyah announce..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15:55 kalau bodo,tak perlu bg pandangan

      Delete
  34. As salam TS moga Allah sentiasa memberkati TS sekeluarga. Insyaallah sekiranya kita berjuang at as dasar kebenaran demi mencari keredhoan Allah Dan rasulnya semata- mata kita tidak akan kechewa Dan berdukacita . Apatah lagi merasa putus asa dan takut. Dan sekiranya kita berbuat sesuatu kerana kepentingan duniawi dan manusia pasti kita akan kechewa. Tak hari ini esok ,tak esok lusa dan seterusnya. Sy harap Dan berdoa agar kita semua kembali kpd Allah Dan rasul,sentiasa bermuhasabah diri Dan bertaubat atas semua kesalahan kerana Allah ITU maha pengasih lagi maha pengampun. Tiada siapa maksum kecuali nabi dan rasul. Marilah kita berubah demi kebenaran kerana setiap anak adam itu dituntut until mencari Dan menegakkan kebenaran. Bila dtg yg benar yg batik pasti akan musnah samada didlm diri,masyarakat atau negara. Wallahualam

    ReplyDelete
  35. Salam Tan Sri .

    Lebih selesa , lebih biasa saya panggil Dato' Zam kerana masa sama-sama berjuang di Bahagian Merbok, Tan Sri hanya bergelar Dato'. Tan Sri Ahli Parlimen Merbok, saya cuma AJK Bahagian berjawatan tak setinggi mana. TAPI peluang berkhidmat dalam dunia (politik) ,yang sama pada waktu yang sama sesungguhnya banyak memberi ilmu kepada saya.

    Saya lihat seorang Ahli Parlimen yang tidak kisah dengan kerenah politik bahagian. Tugas sebagai Ahli Parlimen dijalankan dengan cara mudah tapi berkesan. Banyak sumbangan dibuat dan hingga kini masih ramai menyebut nama Tan Sri dalam discourse-discourse membeza stail kepimpinan di Merbok. Cara selemba, tidak mementing sangat protokol rigid, senang didekati menghilang gerun dan takut kepada seorang Ahli Parlimen dan seorang Menteri Kabinet.

    Saya hargai persahabatan kita yang bermula sebenarnya waktu kita masih muda di bandar Alor Setar. Berjumpa semula di Merbok telah menyambung semula persahabatan. Cerita di Merbok tentulah banyak dan saya rasa Tan Sri tentu tak lupa semuanya.

    Bila bersara. saya kekal tali persaudaraan melalui blog ZAMKATA dan sesekali melalui panggilan talipon. Perjumpaan di majlis-majlis NGO juga memberi peluang 'to catch up on old times. Terima Kasih atas ilmu dan informasi yang diberi bila saya ketandusan modal menulis dan memberi komen dalam FB terutamanya.

    Seperti kawan-kawan lain di sini, saya juga ingin melihat Tan Sri mengubah pendirian dan sambung menulis seperti biasa. Banyak sudah menulis tentang kualiti penulisan dan percambahan pemikiran Tan Sri. Jadi tak perlu diulang. Cuma di sini mahu juga diulang permintaan untuk Tan Sri "re-consider" / menilai semula keputusan yang dibuat.

    Jika sampai ke Sungai Petani, amat seronok jika boleh saya dan kawan-kawan lain berjumpa dengan Tan Sri.

    Salam.

    Syed Osman Mansor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Syed: Saudara mempunyai pandangan yang tajam dan pertimbangan rasional dalam sesuatu isu.Takkan lupa jasa dan sumbangan ikhlas saudara kerana kepercayaan kepada saya dan banyak membantu saya semasa saya mewakili Merbok.

      Saya doakan kesihatan saudara dan insaalah saya mungkin balik ke Kedah dan khususnya Merbok pada akhir bulan ini. Kita jumpa. SMS phone no pls.

      Delete
  36. nor ishak ismail20 January 2015 at 17:25

    Saya telah lama mengikuti penulisan Pak Zam..satu masa dulu sangat masyur dengan nama Awang Selamat. Dibawah lencana Awang Selamat, Pak Zam bersilat lincah membetulkan kemelut politik, ugama, sosial, kemanusiaan, kesederhanaan, ekonomi dan berbagai topik yang menarik. Saya rasa kemelut 1993 lagi hebat, tanpa teknologi internet sudah tentu Pak Zam rasa tangan seperti ditambat. Syukur Pak Zam hanya bersara dari menulis tentang politik tapi akan terus mengasah pena untuk menulis tentang topik-topik yang lain terutama tentang ugama, sosial dan kebudayaan. Pak Zam dah lama rasanya tidak mengeluarkan kritik tentang perlakuan keagamaan yang pelik-pelik yg memberi impak negatif pada masyarakat Melayu, contohnya air yang telah didoakan dijual dengan harga RM 4.50 sebotol kecil. Ayuh Pak Zam teruskan menulis dan mengkritik..yang betul akan tetap betul disisi Allah.Ingat Islam gagal tersebar diEropah oleh sebab ketika itu kita berhenti menakluk di Sepanyol dengan alasan pada masa itu benua Eropah didiami oleh orang gasar, cuaca sejuk dan dari segi material ia tidak berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar. Contohnya program agama di TV tidak dinamik sebaliknya lebih banyak mematikan orang Islam sebelum mati dan bukannya mengajar untuk orang Islam menghadapi cabaran baru dengan cara baru. Insaalah saya akan menulis dalam hal ini.

      Delete
    2. nor ishak ismail20 January 2015 at 19:26

      terima kasih Pak Zam..kalau panglima itu tidak dapat masuk langkah kekanan, langkah kekiri pun jadi..didalam sesuatu masa panglima itu akan berundur sedikit sebelum mara kehadapan menghapuskan petualang yang kian wujud dikalangan sendiri, menyamar bagai sasaran bergerak. ayuh kita tidak mahu mati sebelum mati..walupun yang tinggal hanya sedetik nyawa teruskan berjuang Pak Zam.

      Delete
  37. KHAIRIL ANWAR PAHANG20 January 2015 at 18:32

    MARILAH SELURUH GENERASI BARU DALAM UMNO DAN DI LUAR UMNO KITA NYANYIKAN BERSAMA ZAM SETIAP PAGI : HAPUSKAN DINASTI,LENYAPKAN DINASTI,BANGUNKAN KUASA RAKYAT SEJATI. SAMPAI BILAKAH KITA MAHU DIKUASAI DINASTI?
    SIAPA MAHU GUBAH LAGU INI DENGAN GUNA SAJAK ZAM SEBAGAI LIRIKNYA.
    INGAT LAGU ANAK SINKONG MENJATUHKAN SOERHATO.

    ReplyDelete
  38. Tan Sri Saya ni orang biasa saja, tak dak apa pun pelajaran pun tak dak tetapi membaca tulisan tulisan tuan telah memberi saya semangat dan harapan bagi masa depan Melayu amnya. Saya harap tuan jangan berhenti menulis dlm hal politik . Terima kasih tuan

    ReplyDelete
  39. Tidak,saya tidak akan berhenti menulis tetapi dengan pendekatan berlainan untuk matlamat yangsama.

    ReplyDelete
  40. Tan Sri, you go first. Najib will follow suit.

    ReplyDelete
  41. zainuddin maidin20 January 2015 at 20:19

    Tell me where to go. You want Najib to follow me. I already stop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hell. All go. Zam, Mahathir, Daim, Zahid, Isma, Perkasa, the entire UMNO supreme council, the whole lot.

      Delete
    2. Lunatics are strictly prohibited from this Sanity Space . . . bangang must be the big one that got away!

      Delete
  42. tuan zam,jgn berhenti menulis politik..sudah berumah di tepi pantai..dilambung ombak dah mangli dah..

    ReplyDelete
  43. En zam. Siapa lagi yg mampu bongkar gerak kerja the star dan yg seumpamanya...nampaknya mereka yg memberi input baru dan berfikir di luar kotak semakin berkurang...kenapa nk berhenti sekrg di kala tun daim diserang..mcm ada yg tak kena je

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Siapa lagi yg mampu bongkar gerak kerja the star dan yg seumpamanya."

      Sila ke Blog Helen Ang (https://helenang.wordpress.com/ ) di mana The Star dibantai secara berterusan siang malam pagi petang dan kanan kiri depan dan belakang. Memang patut pun dan memang layak pun The Star dilayan begitu.

      Delete
  44. Tan Sri, saya hanya orang kecil. Dahulu pada zaman muda, emosi dan suhu yg panas, menyebabkan saya beremosi terhadap Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia. Pada tahun 1987, saya dan rombongan dari Kedah melawat Utusan, dilayan dengan baik oleh Rosnah Majid. Namun jiwa marah saya tetap ada disebabkan pengaruh parti politik yang melingkungi kehidupan saya sekian lama. Memasuki zaman bekerja, biasa juga mendengar caci dan marah kepada Awang Selamat. Namun, di balik kemarahan emosi saya, saya mengakui juga kebenaran-kebenaran minda Awang Selamat berkenaan modal agama dalam politik.
    Saya fikir sekarang saya sudah rasional dan dapat membuat keputusan pemikiran sendiri, walaupun di sekeliling saya masih kuat hentaman emosi seperti pada waktu saya muda dahulu.
    Maka sudah bertahun-tahun saya melanggan apa saja tulisan Tan Sri. Buku-buku Tan Sri terbaru, saya baca dan ulas dalam blog saya. Saya pula tercari-cari buku Tan Sri yang lama untuk melihat sampai mana benarnya harapan dan kebimbangan Tan Sri sebagai pemikir dan wartawan setelah lebih 20 tahun.
    Maka, berita Tan Sri mahu bersara dalam penulisan politik antara yang menyentak emosi saya. Namun saya percaya Tan Sri tidak bisa melupakan terus penulisan politik sebab itulah nadi yang menghidupkan nama Tan Sri sepanjang hidup sebagai wartawan. Sekarang mungkin sangat 'panas' maka eloklah meminggir diri seketika.
    Saya yakin, Tan Sri akan kembali dengan pemikiran yang sedia ada. Penulis tidak akan melepaskan ideanya hanya kerna disentak sedas dua. Ideologi tidak akan meluncur lepas seperti anak panah meninggalkan busurnya.
    Saya sabar menunggu hasil wacana Tan Sri kemudian selepas ini. Saya doakan yang baik-baik untuk Tan Sri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kagum dgn pendapat saudara..

      Mat Umno Pendang

      Delete
    2. Ustaz.....betulkah ustaz ni?

      Delete
  45. Tan Sri, it will be sad to not have hear your political views. i have always enjoyed your writing and I am sure many young followers of yours do too.

    All the best and look forward to read your next post ....

    ReplyDelete
  46. Kepada Nurul Mubin, Sayang Malaysia dan lain-lainnya.
    Kata P. Ramlee yang saya masih ingat lagi,bila mencipta dan melakukan sesuatu hendaklah tidak hanya dengan fikiran tetapi juga dengan hati( perasaan) maka akan lekatlah di hati dan di jiwa orang.
    Mungkin panduan ini yang saya pegang yang menyebabkan saya merasakan kecintaan saudara-saudara semua pada tulisan saya dan penghargaan pada saya dengan amat mendalam sekali , menyedihkan dan menyebabkan saya bertanya lagi siapa sahaja.

    Inasaalah saya tidak akan menghampakan saudara-saudara selagi saya sihat dan mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri, lagu ini yang saudara Rocky maksudkan; dkhiaskan cabaran Datuk kepada cabaran jiwa Vincent Van Gogh yang dulu orang menghina tapi kini disanjung.

      https://www.youtube.com/watch?v=oxHnRfhDmrk

      Delete
  47. UMNO ialah parti cari makan.Bukan perjuangan bela rakyat khasnya Melayu.
    para pemimpin kenyang dan kaya raya.Ahli UMNO ramai yang susah.Harap makan free dari YB dan Ketua Bahagian.
    Maka YB dan KB pun jadilah pelobi cari projek untuk Cina dgn harapan dapat persen dan komisen.

    Eloklah Sdr Zam.Biarlah mereka buat sesuka hati.Bukan boleh ditegur.

    ReplyDelete
  48. Salam Zam. I was just getting to write the comments about the latest issue on Najib and suddenly you dropped this 'totally burden of others' for not writing anymore in your blog. Is this your actual true colour that I've known for so long through your writings and comments? I believe that once a journalist will always be as one. He will never surrender to such idiotic manipulators. How could that be when those idiots are harming a 'timid' journalist like you? The phrase always on mind: "Old soldier never die but it just fade away". And your are indeed an old soldier and you write till you fade away but never die. Personally, you should soldier on till end of life by giving those ungrateful people a good running of their fake-masquerading intelligence. Zam....keep on writing as you used to say to others: "Saya cuma Gurkha saja. Saya hanya tahu buat kerja saya dengan betul dan ikhlas". Then why you surrender too early to see the actual grasps of those idiots till they too swing down to the bottom? Goodluck and cheers.


    Tun Mai Ulat Gonggok, adik kesayangan Tun Mai Ulat Bulu
    Tun Mai Ulat Bulu, abang kesayangan Tun Mai Ulat Gonggok
    Tok Sunan dan semua kau kerabat Tun Mai Ulat Bulu dan Tun Mai Ulat Gonggok

    ReplyDelete
  49. Tan Sri,

    Saya mengikuti blog Tan Sri sekalipun ada di antara catatan menyakitkan hati.

    Tidak dinafikan Tan Sri lama bergelumang dalam dunia wartawan. Bagaimanapun, Tan Sri berada di dalam zon selamat yg dipayungi oleh penguasa yg berkuasa.

    Mungkin di atas sebab itu, Tan Sri tidak mempunyai daya ketahsnan apabila mencuba-cuba di pihak bukan arus perdana.

    Tan Sri tidak tahan.

    Berat mata yg memandang berat lagi bahu yang memikul. Mungkin tindakan Tan Sri ini ada kebaikkannya.....kalau tidak tahan panasnya bara api....lepaskan...

    ReplyDelete
  50. Salam Tan Sri,

    Saya mengikuti tulisan tuan sejak dari sekolah rendah lagi. Pada masa itu di kampung hanya ada satu-satunya akhbar sahaja iaitu Utusan Melayu (Jawi) yang dilanggan oleh kedai syarikat kerjasama kampung. Terpaksa sabar menunggu giliran membaca selepas selesai dibaca oleh orang tua-tua pak aji.Kami bergilir-gilir kongsi membaca. Budak-budak terkemudian. Untuk membeli akhbar sendiri terpaksa keluar ke pekan yang jauhnya 10 batu. Di masa tu memiliki motor-cub sudah dikira kaya. Terpaksa cari teksi sapu atau naik bas MARA hanya 6 trip satu hari pergi dan balik!

    Membaca Utusan menyegarkan semangat jati diri Melayu dalam jiwa kami. Terasa telah mengembara ke seluruh dunia dengan membaca utusan. Menghayati tulisan dan pojok tuan. Seronok melihat iklan-iklan filem melayu. Tumpang menitiskan air mata membaca berita kematian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ketika itu..

    Nostalgia itu masih berterusan apabila dapat membaca tulisan-tulisan tuan terutamanya di blog ini. 'Utusan Melayu adalah Zam dan Zam adalah Utusan Melayu'

    Saya berdoa agar tuan meneruskan tulisan, melontarkan pandangan dan buah fikiran. Kebanyakan tulisan tuan begitu idealistic, kritis dan praktikal. Saya menyanjung tuan. Cuma ke obsessan tuan kepada gandingan Jokowi +Ah Hong tu harap dapat dikurangkan kerana belang jokowi belum ternampak lagi...

    Selamat berjaya TS

    ReplyDelete
  51. SDR TAN SRI ZAM. I INGAT YOU NI MACAM TAK ADA PRINSIP LA.BARU KENA WARNING SIKIT DAH JADI PENGECUT.
    YOU CAKAP APA PASAL DEMOKRASI.KENA KAD MERAH SIKIT DAH JADI KURA-KURA.
    STEADY LAH SDR ZAM BUATLAH MACAM ANAK JANTAN.

    WAKE UP WAKE UP LAH SDR ZAM.
    NAK HARAP UTUSAN AKHBAR LAMA YOU DULU
    NOTHING BODEK MEMANJANG.

    SAYA MAHU YOU TERUS MENULIS APA JUA SECARA BEBAS.TERMASUK POLITIK.JGNLAH JADI LEMBU KENA CUCOK HIDUNG.

    HIDUP TAN SRI ZAM.
    TERUS LAH CARRIER YOU.

    ReplyDelete
  52. Hallo bos .sapa yg kasi warning sama bos.sampai merajuk.takut.bos mesti tulis Dan terus menulis blog.ceritakan yg sebenar nya.jgn lah tulis bodek bodek.tulis yg fact.sy yg tak pandai ni selalu membaca blog bos,kadir jasin,mso.sy sokong bos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam dunia ini tidak sahaja politik yang menarik,banyak lagi pekara yang kita boleh tulis. Insaalallah.

      Delete
  53. Salam Tan Sri Zam.

    Keputusan sdra....agak memeranjatkan.

    Tetapi itulah hakikatnya. ...bila mana manusia tidak lagi dpt menilai mana baik...mana buruk.

    Ketua adalah segala2nya...
    ketua batuk....pembodek demam.

    Walau pun berwarna putih....tetapi dikira hitam jika ketua berkata hitam.

    Tidak perlu kita menerjah jauh dgn apa2 spekulasi....keputusan sudah dibuat sdra.

    Kumpulan anti apa saja Melayu...25 Melayu Liberal entah apa2 yg tiada Jatidiri Bangsa..
    Wong Chun Wai..the Star...puak Anwarinas...Lebai2 kulup yg berkurap....dajal2 bangsa....Pembodek2 Atasan Umno dll akan bertepuk tangan dan bergumbira tanda berjaya melenyapkan suara sdra yg sejak 1 tahun lebih mempersoalkan segala tindakan keji mereka terhadap Umno dan org Melayu Islam.

    Tetapi....sy tetap YAKIN DAN PERCAYA sdra tidak akan mengalah dan meneruskan usha2 murni membanteraskan angkara jahat mereka tetutama Wong Chun Wai dan the Star.

    Minta sdra lakukan demi bangsa dan ugama.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  54. Biasalah manusia bila penghujung usia. Kita perlu tahu bila perlu berhenti makan. Kita perlu tahu tahap bekalan yg kita akan bawa nanti. Syukur Tuan tahu bila perlu memberi full stop.
    Kebanyakan manusia berumur akan merasa bahawa dia dan dizaman dialah yg paling best... bukan macam sekarang dan bukan macam orang sekarang. Lihat Kit Siang, Nuar atau beberapa tokoh politik lain yang senantiasa "I am the BEST".
    Dampingilah Quran, Hadis, Masjid, Surau, anak cucu dan istri. Jauh dari POLITIK anda akan tenang. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terima nasihat saudara tetapi dalam pada itu saya tidak melihat ibadatnya hanya dari segi berada di surau dan masjid dan juga membaca Quran dan hadis.Penulisan membuka minda orang lain juga iabdat tetapi kembali aktif politik di hari tua memang cari bala dan reba atau gila kuasa.
      Menulis tentang politik dan lain lain lain adalah berbeza dari aktif politik.
      Tuhan kurniakan otak yang sihat maka saya harus gunakan sehingga ke akhir hayat untuk hiangkan kemurungan,kesepian dan pembuangan masa di hari tua yang akan meganggu kesihatan. Saya mendapat keriangan dan dan ketenangan dalam manulis.Terima Kasih

      Delete
  55. Saudara Zam

    “Journalism can never be silent: That is its greatest virtue and its greatest fault. It must speak, and speak immediately, while the echoes of wonder, the claims of triumph and the signs of horror are still in the air.”
    – Henry Anatole Grunwald

    Salam from
    Prof Dr Moaz

    ReplyDelete
  56. Hi hi. Baru Zam sedar bila berada di luar lingkaran kuasa dan pengaruh. Masa dulu tidak ada ke masalah begini dan Zam seperti menyokong kecurangan itu.Sekarang zam dan puak penghasut ( Mahathir,Kadir,Daim) Cuba nak jatuhkan Najib pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zainuddin maidin22 January 2015 at 11:10

      Sebelum berada di dalam saya sudah berada di luar sebagai wartawan dan sebagai Ketua Pengarang tetapi tidak ada tekanan yang paling jijik,kotor dan ganas seperti tekanan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim seteah kuasa medjia diserahkan kepadanya oleh Dr.Mahathir.

      Tunku,Tun Razak,Hussein Onn dan Mahathir tidak pernah menggunakan poltik,membeli wartawan dan sebagainya kecuali semasa zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
      .
      Kerana saya tidak menyokong kecuranganlah maka saya tersingkir dari Ketua Pengarang dan zaman Pak Lah menyaksikan suasana yang lebih liberal tetapi terdapat juga saki baki Anwar yang cuba meneruskan carannya. Fahami sejarah barulah menulis.

      Delete
    2. Anwar's brain is in his rear end . . . any guesses where his heart is?

      Delete
  57. AsSalam TS ...
    Saya malu dan kecewa sekali ...
    MALU ... sebab TS gagal mempertahankan BENDERA yang diperjuangkan selama ini . Bukannya kerana BENDERA itu tumbang , tetapi kerana TS sendiri telah menaikan BENDERA PUTIH .
    KECEWA ... karena kita sudah tidak ada orang yang bolih membawa kesinambongan pemikiran dari Ayahanda Tun M . Kita semua tahu Ayahanda Tun tidak akan lama bersama kita . Jadi perlu adanya orang yang berkebolihanndan berpengetahuan untuk meneruskan perjuangan Ayahanda Tun itu.
    Kita tidak mempunyai ramai orang saperti itu dan Tan Sri lah satu2nya yang berpengetahuan , berkebolihan dan lantang saperti Ayahanda Tun ..

    Teruskan kembali TS Zam...
    We all need you ...especially now ...
    Cant wait to wipe out that sinister smile from WCW face ...

    PN

    ReplyDelete
  58. takpa..Pak Zam korbankan yg kecil,untuk mulakan langkah yg lebih besar untuk AGAMA,BANGSA & NEGARA.

    ReplyDelete
  59. Salam Tuan, di padang Tuan, Tuan punya sukalah nak berlari ke, melompat ke, berjalan ke, main bola gol besar ke, nak buat kolam ke atau apa saja asalkan mematuhi undang2 duniawi dan akhirat. Dengar cakap atau ajukan orang tapi tak perlu mengikut-ikut. Kekallah pendirian, bukan ke mata pena lebih tajam dari pedang, kata orang lah.

    Joe

    ReplyDelete
  60. Salam Tuan, Arwah Isako-San Pak Pandir Moden tetap menulis sampai ke penghujung. Ambillah tuan sikit prinsip anak mat lela gila.

    Joe.

    ReplyDelete
  61. Zam, aku rasa baik ko tutup saja blog ko ni. Dh xde input Yang terbaru. Mungkin kau patut menulis novel cinta saja.

    ReplyDelete
  62. Terima Kasih atas ingatan yang baik dan ikhlas. zam

    ReplyDelete
  63. terima kasih sudah berbagi ilmu

    ReplyDelete