Saturday, 24 January 2015

RITA RUDAINI TIDAK TERLIBAT DENGAN KONSPIIRASI JATUHKAN NAJIB

BERITA HIBURAN TERKINI
Rita Rudaini bergambar bersama dengan dua orang cucu Zainuddin Maidin, Zulhailmy ( kiri )dan Zulhilman (kanan) dan seorang lagi pelakon Ezzrin Loy setelah  siap penggambaran   sebuah babak  dari telemovie QIAM di Zam Newsroom Cafe  Ayer @ 8 Presint 8 Putrajaya. 


TENTUNYA kehadhiran pelakon jelita Rita Rudaini bersama  beberapa orang pelakon lagi di Zam Newsroom Cafe Putrajaya baru -baru ini bukanlah untuk berkonspirasi bagi menjatuhkan Perdana Datuk Seri Najib.

Rita dan lain lain  boleh dianggap bersih dari teori konspirasi ini   kerana mereka tidak minum petang atau makan bersama saya sebaliknya berada di cafe ini hanya untuk membuat penggambaran telemovie Qiam yang akan di tayangkan di Astro Oasis akhir bulan ini terbitan One Chinoiz Studios Sdn Bhd..

 Rita disertai oleh pelakon-pelakon Fikrey Bakar, Azri Iskandar,Ellie Suriati,Fimie Don dan Ezzrin Loy

Teori konspirasi  seumpama itu  telah timbul apabila saya  minum pagi bagi pertama kalinya  bersama  dengan bekas Menteri Kewangan  Tun Daim Zainuddin , bloger Kadir Jasin dan beberapa orang lagi bloger di sebuah restoran mamak di Damansara baru baru ini.

Syarikat penerbit telemovie itu memileh  cafe ini yang rekabentuk dalamannya  telahpun  menarik beberapa penerbit program TV

Sejak dibuka setahun lalu, Zam Newsroom Cafe  sering  di kujungi oleh artis,penceramah agama tersuhur,personaliti TV , pemimpin politik dan NGO,pegawai -pegawai tinggi kerajaan , penulis dan wartawan. Pengujung - pengunjung yang kebetulan berada disini telah berkenalan dan  bergambar dengan artis artis terkemuka.

Disamping itu orang ramai sekarang dapat membeli buku -buku hasil karya Zam yang mungkin sukar di cari atau kehabisan di kedai-kedai buku lain di Sudut Buku bersebelahan Zam Newrooms Cafe  disamping boleh mendapat authograph penulisnya Zainuddin Maidin(ZAM) bagi setiap bukunya.Zam biasanya berada disini dari jam 10 pagi hingga 1 petang dan dari jam 5  hingga 6 petang.

Bagaimanapun dua buah buku barunya belum terjual disini iaitu Saya Bukan Menteri yang telah pun diserahkan untuk penerbitan  Institut Pimikiran Tun Mahathir Unversiti Utara Malaysia . Zam adalah sebagai karyawan tamunya. Sebuah lagi  Saya Bukan Kawan Mahathir masih dalam penulisan dan dijangka terbit pada Mac.

Buku buku hasil karya Zainuddin Maidin yang terjual disini ialah Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api Di Belakang Duri, Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot( Bahasa  Melayu dan Inggeris),Wira Tak Di Dendang ( BM  dan BI), Hari Itu Sudah Berlalu( BI) The Other Side Of Mahathir (Edisi asal Bahasa Melayu Mahathir Di Sebalik Tabir telah habis dijual) ). Buku ini adalah The Best Seller.

Gambar bawah: Sebuah babak dari telemovie QIAM yang sedang dilakonkan di Zam Newsroom Cafe Ayer@ 8 Putrajaya 8                                                                                                                        

31 comments:

  1. Tidak terlibat dengan teori konspirasi untuk jatuhkan Najib tetapi nanti ada teori zam nak kahwin lagi.

    ReplyDelete
  2. zainuddin maidin24 January 2015 at 13:24

    Ha ha ha. Tak dinapi ,ramai suami yang nak kahwin lagi termasuk PM Najib sendiri .Semuanya hanya gatal bila bercerita sesama lelaki tetapi depan bini takut macam nak mati.

    Kata bekas bos saya yang sekarang jadi Gabnor Melaka, kekuatan ada, kewangan ada,kelakian ada tetapi keberanian tak ada.

    Kata seorang kawan saya bernama ABI : Nak mampus!

    Kata seorang lagi kawan yang tangguh punya tangguh sampai tua bangka" nak kawin apa, benda yang dalam seluar pun dah cari tak jumpa".

    Ha Ha Ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betui tu. benda tu pun dah kecut, hahahah

      Delete
    2. TK Zam, akak gelak besar........bila baca. Teruskan menulis yang santai santai tapi sentappp.

      Delete
    3. Tan Sri Zam,mana Tan Sri tahu yang Datuk Seri Najib nak kahwin lagi. Sebagai pemimpin cukuplaj satu sahaja,nanti jadi ikutan pemimpin pemimpin UMNO lain pula.

      Delete
  3. Kata dah berenti dari tulisan politik..gila talak ka apa?l

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang bangang
      Zam berenti dr tulis politik
      X nampak atas tu ?
      BERITA HIBURAN TERKINI

      klu dah bangang..
      komen pun bangang

      Delete
    2. Tumpang tanya ye Anon 14:37..awak memang semulajadi bodoh ke? :(

      Delete
  4. Mansor Idrus Sg Petani.24 January 2015 at 15:20

    Bangang betul dia ni. Zam bukan tulis pasal politik tetapi pasal hiburan yang menapikan prasangka politik.Takut ke?

    ReplyDelete
  5. Harap tuan berhati2..mungkin mereka gunakan kafe tuan untuk pengggambaran filem..nnt dekat mengundi akan keluar video lucah tuan dalan kedai tu..skng semua guna video lucah..harap berhati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko mcm tak ikhlas je bg nasihat..apa punya orang.

      Delete
  6. Santani Sg Layar24 January 2015 at 15:46

    Ha ha ha ha TS Zam.Sekarang group setiakawan Najib sudah masuk intip.Hati hati.
    Jgn takut negara kita demokrasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak mempunyai prasangka buruk pada sesiapa. Jika kita tidak berniat jahat tidak ada apa yang harus kita bimbang.

      Delete
  7. Terima Kasih. Yang terbaru belum terbit.

    ReplyDelete
  8. Sindiran Zam tajam sekali,siapa makan cili terasalah pedasnya.

    ReplyDelete
  9. Satu posting yang menarik setelah berjanji tidak akan tulis lagi pasal politik. Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Teruskan lagi Zam dengan post-post yang menyentuh perasaan dan merehatkan fikiran.

    ReplyDelete
  10. Salam Tan Sri.

    Lawak jenaka memang baik untuk kesihatan diri....serius sngat boleh bawa penyakit.

    Tetapi sy minta jasa...budi..khidmat...keupayaan serta kebijaksanaan sdra untuk sentiasa......terus menulis tentang apa2 gerakan yg dilakukan oleh sesiapa...samaada individu...kumpulan..parti...media....yg cuba menjatuhkan Melayu dan Islam.

    Harap sdra jgn terlepas pandang dgn kerja2 jahat Wong Chun Wai dan the Star.....untuk MEMPERINGATI BANGSA MELAYU YG MUDAH LUPA.

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Silap Najib kerana dikelilingi pegawai dan penasihat yang low class.
    Bukan salah siapa-siapa.Salah diri dia sendiri.

    ReplyDelete
  12. Saya suka posting yang macam ini. Satira bukan sekadar menghiburkan tetapi lebih menusuk.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Tan Sri, mungkin Tan Sri terkejut kerana saya menghubungi TS, maklumlah inilah warkah atau mesej saya pertama untuk TS. Juga mungkin TS terkejut kerana tak sangka saya yang seperti saya ini, yang kontra dan dilihat skeptikal engan TS mengubungi TS.

    TS saya menghormati profession kewartawan dan prinsip kewartawanan. TS faham apa yang saya maksudkan. Bukan bermakna saya bertegang dengan TS saya tak hormat TS, tidak. Saya hormat prinsip dan pendirian TS sebagai seorang wartawan tulen, apa lagi yang telah dinobat sebagai tokoh wartawan.Cuma pernhormatan itu mungkin saya tidak pernah lafaz, tetapi saya ikhtiraf.

    Saya terkejut dan sedih bila TS mahu berhenti daripada menulis dan mengulas isu politik. Saya rasa tindakan TS itu salah dan ia satu kerugian. Niat asal TS untuk membubar politik distinasi (politik warisan) tak akan berjaya kalau TS terus dengan pendirian itu.

    Saya faham perasaan hati TS sebagai orang veteran, sebab saya juga sedang berjalan ke arah itu. Bukankah kita memahami sukaduka dunia ini. Dikeji dan dipuji adalah dua keadaan yang datang serentak. Bila kita menulis kita akan dikeji satu pihak dan dipuji satu pihak. Kita berada di tengah-tengah antaranya.

    Saya bukan nak bermadah dengan TS, sebab itu saya menggunakan tag line "Hanya kita memahami diri kita". Orang boleh menuduh daripada apa yang dia pandang dan rasa, hakikatnya kita yang rasa. Apakah kita perlu takut dan akur kepada orang yang kita fikir tidak benar?

    Kalau TS mengalah dengan situasi, saya fikir ia sangat naif. Dalam masa orang mengharap tulisan dan kritikan TS yang dikira tidak bermata, TS tidak harus berhenti. Jangan lari daripada cercaan orang. Itu juga yang saya amalkan. Bukan saja TS, bahkan semua manusia wartawan murni akan berhadapan dengan situasi dukacita yang TS harapkan itu.

    Saya dianggap Pas, bukan bermakna saya tidak dicerca oleh pihak Pas. Macam juga TS alami itu. Kalau saya Pas kerana saya suka dan kagum dengan Nik Aziz seperti TS kagum dan sukar berpisah dengan Tun Dr Mahathir.

    TS saya berharap TS akan terus menulis dan mengulas. Pengalaman, sejarah yang ada dalam batu gemala TS sangat berguna untuk pembangunan bangsa dan agama. Seperti juga Nik Aziz dan Mahathir, yang tiada dua, begitu juga Zainuddin Maidin juga tiada dua. Wassalam TS, Mohd Sayuti Omar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan menjawab semua harapan dan penghargaan kepada saya dalam posting akan datang. Terima Kasih Sayuti

      Delete
  14. Salam, TS seperti mana yang saya maklumkan....masih ramai yang memerlukan ider TS waima apa pun yg di perkata kan, ibarat teras kayu semakin lama semakin keras bukan semakin reput....

    ReplyDelete
  15. Salam Tan Sri,

    Menulis perkara yang benar itu samalah seperti bercakap perkara yang benar. Walau pun ia nya tapi di sebaliknya ada penawarnya.

    ReplyDelete
  16. BERGAMBAR DENGAN RITA RUDAINI
    BUKAN PENAMBAT PELITA HATI
    PAK ZAM BIJAK MENGATUR STRATEGI
    BERTEMAN CUCU TAKUT BERBUNYI

    PUTEH MELEPAK ARTIS JELITA
    WAJAH TAMPAN SI MUDA LELA
    APAKAN DAYA TAK CAPAI CITA
    DEKAT DIMATA DISENTUH TIADA

    DATUK PANGLIMA PENIN KEPALA
    SEGALA NASIHAT MENJADI CUKA
    KALAU TAKHTA TERGUGAT ANGKARA
    ULAR LIDI DI SANGKA NAGA

    ReplyDelete
  17. MAKA PENINGLAH DI DUA KEPALA.

    ReplyDelete
  18. HAHA. WARKAH PENGLIPUR LARA.

    ReplyDelete
  19. TS Zam, mana yg kepala yg lebih pening antara dua, yg tcongok di atas kita, atau kepala yg dicari tiada jumpa?

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. Tan Sri, bila nak keluarkan buku yang ada kaitan dengan rentetan sejarah hidup Tan Sri. Bermula dari sebuah pekan kecil Kota Kuala Muda dan keluarga berniaga kedai makanan yang bernama `Mamak Maidin' depan kedai Tukang Jahit Kong Ah, selalu juga makan mi Pak Awang Meh dan naik bas Tengku Sulaiman masa pi sekolah. Sungguh Nostalgia......

      Delete
  21. Oh ini mesti orang Kota Kuala Muda tanah tumpah darahku yang tak mungkin dilupakan walaupun singgah saya hanya semasa kecil sahaja. Sdr menyebut nama nama yang membawa rasa sayu dan pilu.Nak balik minggu depan mungkin akan singgah juga [ik makan mee udang di Pulau Sayak dan makan nasi di Kuala Muda.
    Sebenarnya saya telah catitkan kisah-kisah masa lalu dalam kompilasi tulisan saya di Mingguan Malaysia " Hari itu Sudah Berlaku" tetapi cerita sepenuhnya dalam memoir hidup saya akan diterbitkan oleh UUM di bawah tajuk " Saya Bukan Menteri". Disinilah banyak cerita tentang Pak Mat Pelita, Awang Hantu Raya, Minah Kerang , Haji Selaput dan Haji Biawak dan lain lain.
    Saya tak tahu bila mereka akan terbitkan tetapi biasanya universitri lebih lewat dari swasta.

    ReplyDelete