Friday, 2 January 2015

LUPAKAN ROSMAH,HARGAILAH PERDANA MENTERI MOHD NAJIB
























WAJAH KEPERIHATINAN SEORANG PERDANA MENTERI.


Saya tidak fikir pengamal media sosial ikhlas dalam  pertanyaan mereka bertalu -talu  tentang ketidak hadhiran Datin  Paduka Seri Rosmah Mansor  disamping suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang  bekejar pulang melawat ratusan ribu  mangsa banjir dalam derita sengsara terutama di Kelantan.

Selama ini orang orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penunjulan keterlauan Rosmah di media utama  akhbar dan telivisyen, maka mengapa ketidak hadhirannya menjadi suatu persoalan utama mereka.Tdakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan  lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah  berfikir sebailknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?

Hal ini saya kira ditimbulkan  oleh  media online yang  dipetik dan disiarkan oleh Malaysian Insider lebih bertujuan untuk menyerlahkan aspek negatif tetapi saya tidak percaya akan dapat menutop keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan  Datuk Seri Najib sepanjang masa siang dan malam melawat mangsa -manga banjir sebaik sahaja menjijak kaki di tanah air setelah bekejar pulang meninggalkan Golf di Hawaii dalam keadaan kepenatan  penerbangan  berbelas jam.

Wajah simpatinya, keseriusan dan kesedihan (lihat gambar) dalam menghadapi derita sengsara  ratusan ribu mangsa banjir tidak akan dapat ditutup oleh ketidak hadhiran isterinya Rosmah. Lupakanlah soal Rosmah dan berilah penghargaan kepada Datuk Seri  Najib.

Semuga malapetaka ini  akan memberi petunjuk dan hidayah kepada kedua pihak;pemimpin  kerajaan negeri dan pusat bagi memulakan suatu kerjasama yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya politik.Kerajaan negeri sahaja tidak mampu membina semula Kelantan. (Sila baca tulisan Mantan Ketua  Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad di Utusan Malaysia hari ini 2 Januari 2015). Jika ini pun tidak menimbulkan keinsafan maka kita gagal dalam mengenali rahmat Allah di sebalik bencana sebaliknya hanya pandai bercakap..

Selain dari itu sesuatu yang harus di pelajari dari bencana paling  dahsyat  ini ialah Perdana Menteri dan Menteri -Menteri yang terlibat dengan keselamatan rakyat dan negara  tidak  semestinya bercuti di bulan   Disember yang diketahui sebagai musim tengkujuh   yang pasti membawa bencana banjir  kecil atau besar. Sudah beberapa kali Perdana Menteri yang sedang bercuti terpaksa bekejar pulang di bulan ini.

 Menteri menteri yang tidak penting bolehlah becuti  pada bulan Disember terutama Menteri Pelancongan tetapi  PM, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri  elok bercuti selepas Persidangan Belanjawan ketika itu negara Eropah masih indah dengan musim gugurnya.

29 comments:

  1. Stuju.rosmah dok diam-diam d dapur.tak tau nak buat apak.pi tanya. Yg berbahagia tun siti hasmah yg sapa pun tak benci selama pemerintahan tun m dulu.

    ReplyDelete
  2. Selepas Rosmah menghilangkan diri semasa banjir teruk, dia akan timbul semula dengan menonjol kan diri TIAP TIAP HARI di kaca tv dan forum antarabangsa lagak mengalahkan pak menteri yang di pilih rakyat.

    ReplyDelete
  3. Salam sdra Tan Sri Zam.

    Agak lain bunyi 'tone' wacana sdra kali ini.

    Sy setuju....pandangan sdra.

    Tetapi....itulah yg Najib kena ambil kira dan berjaga2 selalu.

    Imej diri...isteri ..keluarga dan rakan taulan memberi impak pd diri...sanaada persepsi atau realiti.

    Apa yg umum lihat dan buat kesimpulan ialah... isteri seorg yg boros...penting diri...pura2 'phoney'...opportunis dan beban 'liability'....dan Najib mesti terima bahawa ini tidak sihat pd diri dia sbgai ketua No 1 negara.

    Pokoknya....Rosmah tetap sama buat masa hadapan jika Najib masih memegang jawatan....justeru itu Najib wajar mengubah semua serta merta atau berhenti sahaja.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Zaman Tun Mahathir tiada kegilaan media social..kalau ada saya rasa Tun Mahathir pun tak sanggup menghadap fitnah setiap hari...apa yang tidak dikutuk pada Tun..dari peribadi hingga ke anak anak beliau malah Tun Siti Hasmah akan dikeji kerana auratnya..jadi masa berlalu cuma zaman Datuk Najib dan keterbukaan media/social menjad modal pada yang membenci..

    ReplyDelete
  5. Persolannya bukan Rosmah. Soal prinsipnya ialah mengapa kapalterbang rasmi kerajaan disalah gunakan. Zam !Engkau tak faham isu pokok atau buat-buat BODOH.
    Kalau dah jenis keturunan keling, lidah bercabang mengalahkan biawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zsinuddin Maidin2 January 2015 at 18:17

      Sikap kritis saya kepada DatukSeri Najib tidak sampai keperingkat kebencian sehingga membuat tuduhan melulu. Jika benar jet rasmi telah disalahgunakan maka Najib perlulah membuat penjelasan

      Saya senghaja menyiarkan tulisan saduara yang membangkitkan keturunan saya ,lidah bercabang dan sebagainya untuk pembaca menilai taraf pemikiran saudara.

      Delete
    2. Salam Anonymous 15:32

      Tidak adil menghentam keturunan....isu disini bukan Zam....isu nya Najib membenar isteri menguna asset negara.

      Terima kasih

      Delete
    3. Amboi!..cantiknya bahasa!..Aku tidak pasti samada ini adalah salah didikan ibubapa atau sistem pendidikan. Aku ingat kedua-duanya..

      p/s: TS Zam, lain kali kalau jumpa posting caci-maki begini tok sah print..mangabihkan boreh jo..

      Delete
    4. Salam dan tahniah Tan Sri.You are the true prominent malay/islam.Terserlah kebijaksanaan serta kesabaran tuan dlm melayan kedunguan seseorang.Masih ingatlah lagi perkataan BARUA yg dihamburkan dari mulut seorang pemimpin mereka? Makihamun,sumpah seranah,caci mencaci,fitnah sana fitnah sini adalah santapan
      rohani golongan ini.

      Sering berlaku dlm ceramah politik/ugama? yang mana akan disambut dgn gelak ketawa keseronokan.Mungkin musibah ini ada kena mengena dgn perbuatan ini.Wallahuaklam.

      Delete
    5. Yang Melayu itu insan yang ikhlas kepada Allah dan Rasulullah, bersilatur rahim sesama manusia, tabah atas kebenaran.

      Delete
  6. biarlah menteri-menteri dan timbalannya bercuti panjang.Bukan senang nak habiskan duit peruntukan kerajaan.Begitu juga KSU-KSU dan pegawai tinggi.
    Sebenarnya ini adalah satu pertanda dimana betapa kurang minatnya memperjuangkan nasib rakyat.
    Mereka lebih nampak dan tak sabar menunggu dihujung tahun untuk menghabiskan perutukan cuti yg dibiayai kerajaan.

    Ok lah PRU 14 nanti rakyat pun sudah boleh kenal siapa yang boleh diharapkan jaga negara dan rakyat jelata.

    Setakat kini ialah ZERO.Ramai Hang Rembat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa ya?
      Yang berendam dalam air diparas dada tu ke? atau yang menjinjing kasut berjalan dalam banjir yang dah surut?
      Maaflah setengahnya sedang mengerjakan umrah, setengahnya pula tidak ada flight nak balik.

      Delete
  7. Kuat bodek Zam! Dah la tu...kita bukan heran Rosmah ke mana dia nak gi, yang kita tanya mana pi jet rakyat 1Malaysia pi???!!!??? PM, TPM semua kat Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak mahu ikut serta dalam dakwaan ini. PM atau Media Team JPM perlu buat penjelasan kerana jika dibiarkan bagitu sahaja prasangka akan menjadi kebenaran.

      Delete
  8. kpd Anon 16:13

    "Kalau dah jenis keturunan keling, lidah bercabang mengalahkan biawak."

    kalau sdr nak keluarkan pendapat, tidak perlu lah sampai menghina dan name calling kerana sdr pun belum tentu lebih mulia. Sekadar teguran.

    ReplyDelete
  9. Baliklah Rosmah .Baliklah Rosmah.Baliklah cepat-cepat.Lagi lama lagi serabut macam macam cerita nanti terbit.
    Duduk di rumah diam-diam.PRU 14 bertandinglah mana-mana Parlimen macam Wan Azizah.
    Habis cerita.

    ReplyDelete
  10. Sebentar tadi Buletin TV3 memberi laluan eksklusif kepada seorang pemimpin PKR Shamsul Iskandar Mat Akin untuk memukul Tun Daim Zainuddin dengan cara mempertikaikan tindakan SPRM kenapa tidak menyiasat Tun Daim sehingga waktu ini!. Semacam ada tindakan balas dendam apabila Media Prima boleh memberi laluan kepada pembangkang di waktu utama menghentam seorang bekas pemimpin UMNO. Mungkin ada arahan dari orang-orang tertentu sebagai tindak balas kepada Tun Daim yang kebelakangan ini kerap menghentam Putrajaya. Inilah tahap pembesar-pembesar UMNO sekarang sanggup menjual negara, menjual maruah demi jawatan yang di pegang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, aku pun rasa pelik gak semalam. Rasa macam tak pasal. Aku ingat aku sorang je yang rasa macam tu, rupanya ramai lagi yang sewaktu dengan aku. Tak pasal lak tv3 beri airtime kat PKR pukul Tun Daim. Aku ingat depa ni nak gertak Tun Daim. Suruh Tun Daim duk diam-diam. You bukak mulut lagi, lagi you kena.
      Apalah diorang ni. Menteri paling banyak berjasa dalam Kabinet Malaysia depa buat macam tu. Tiada siapa dapat menafikan sumbangan beliau dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia zaman kemelesetan dulu. Bukan sekali tau tapi dua kali. Kali pertama kemelesetan ekonomi hujung tahun 80-an apabila harga komoditi eksport Malaysia jatuh mendadak dan kali kedua masa krisis mata wang tahun 1997/1998. Yang masa ni Tun Daim sudah pun bersara tapi Tun M pujuk Tun Daim keluar dari persaraan kerana negara memerlukan khidmat beliau. Tun Daim pun cakap okay bos..
      Malaysia berjaya mengharungi ribut ekonomi tersebut hasil usaha dan buah fikiran Daim Zainuddin. Untuk pengetahuan korang, satu-satunya manusia yang Mahathir sanggup tadah telinga duduk berjam-jam dengar nasihat dan penerangan berkaitan ekonomi adalah mamat ni. Sorang lagi Nor Mohamed Yaakop tapi yang tu lebih kepada currency trading pasal dia expert pasal currency. Dia ni lama kat BNM dulu jadi ilmu dia lebih kat situ. Penasihat-penasihat yang lain Tun M tak berapa nak ikut sangat. Mungkin ubat ekonomi yang Tun Daim pernah subscribe dulu tahun 80 an terbukti mujarab sebab tu Mahathir dengar cakap dia.
      Sekarang ni lain pula jadinya. Bukannya nak datang nak mintak nasihat, lagi digertak dan ditakutkan adalah. Depa ni lebih rela mendengar nasihat penasihat-penasihat yang bernilai berbilion-bilion ringgit yang masih lagi tak Nampak mana hasilnya daripada Tun Daim yang pedigreenya tiada bandingan. Sebenarnya Tun Daim tu lombong Emas negara. Masih dia hidup ni la kita boleh mintak nasihat dia.

      Delete
  11. Inilah tahap dan kualiti penasihat-penasihat yang cuba menyembunyikan tangan tetapi sayang tidak ada kebijaksanaan sebaliknya dapat dibaca dengan mudah oleh orang ramai dan tambah memburukan imej pemimpin mereka , menggambarkan pemimpin mereka lah yang telah mengarahkannya supaya Daim tidak lagi membuka mulutnya atau memberikan maklumat yang merbahaya kepada pemimpin mereka.

    Budak berhingus pun boleh membaca.

    ReplyDelete
  12. Menjawab soalan zam,saya berpandangan bahawa orang ramai tidak akan senang jika Rosmah mengiringi Najib dalam lawatan ke kawasan banjir malah saya yakin jika dia bersama maka yang akan ditunjulkannya ialah uniform tahun wanita lawat banjir.
    Ini peluang untuknya pamerkan keperhatin menerusi fesyen. Di Mekahpun dia ada fesyen yang berlaian dari orang lain. Maka tak usahlah dikesalkan ketidahadhirannya kerana kehadhirannya akan lebih menimbulkan kebencian pada Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jd istri PM pon salah,bg bntuan bnjir pon salah,jd miskin pon salah,jd kaye pon salah,derma pon salah,bg ceramah agama pon salah,buat baik pon salah,buat jhat pon salah,naik jet pon salah,kapaltrbg kene tembk pon salah,kene liwat pon salah...................

      Siape yg BETUL NI??????

      Hanya israel yg btul....

      Delete
    2. Kepada Anon 08:53. Ingat tak apa Ahmad Nisfu kata " Apa yang kau merepek tu shaiton!!!". Komen tahap Penasihat a.k.a. Pencacai AhJib..

      Delete
  13. dari zaman dulu lagi pas selalu mengungkit keeling, mamak, paria dll. aku hairan kerana pas sebuah parti islam yang tak membeza bangsa. tentang china tak pa la pulak. sebab putihkan. tapi china tu kan kafir.
    bubar saja pas jika hasad dengki terus bersarang dengan cuba membeza dan menghina kaum. orang melayu pun mereka tak suka kerana boleh dikatkan denan umno. jadi apa bangsa pas. konon nak menunjukkan mereka alim, baki dan jujur, walhal yang tergambar ialah bangsa yang penuh hasad dan suka reka fitnah.

    ReplyDelete
  14. Najib has to go

    tansri sepatutnya menulis ke arah tujuan supaya Pm mempencenkan diri nya

    adakah tansri menerima habuan dunia untuk mempertahankan sesuatu yang merugikan?

    ada berjuta lagi yang layak untuk jadi PM malaysia

    dato najib telah di beri peluang dan GAGAL

    saya bersama dan bersetuju dengan pandangan dato kadir

    sebagai orang sudah juga tua ,yakni hampir separuh abad hidup saya kira pandangan saya bukan keanak anakan

    saya merayu tansri supaya menulis dengan lebih kritikus dan provokatif supaya dato najib SEDAR DIRI dan mengundurkan diri sementara maruah masih ada sekelumit

    harta dunia tidak kemana pun..tak dak makna..biarkan mereka dengan kelalaian duniawi

    iman , bakat, intelek..semuanya TIDAK DI WARISI

    apa yang setiap manusia kerjakan, itu ler hasil untuk diri nya.

    saya berdoa tan sri di murahkan rezki yang halal dan selalu dalam kesihatan yang baik

    tak perlu untuk over emosi berkenaan isu pembantu budak hitam itu, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kita yg sama2 membantu BN untuk mencapai negara ke arah yg lebih maju dan makmur..tetapi ramai pengkritik yg lebih termakan dgn adu domba dan fitnah2 jahat pihak yg satu lagi bagi menjatuhkan BN dan PM..dari mula lagi sejak Najib naik bermacam2 serangan pribadi yg dilemparkan bagi melemahkan beliau dan parti..jadi tak perlulah kita termakan kata2 najib gagal najib salah guna rosmah itu ini ..

      Delete
  15. Anon 16:13
    ko bercakap macam tak pernah pergi kuliah..
    by election paling teruk masa 2009 - bukit gantang.. terkejut dengan tindakan aggresif muslimah bulan.. terus vote lawan nya.. kalah.. tak apa le...
    antara punca kenapa umno ni terus berkuasa... sebab ada orang macam ko le... orang bukan bodoh untuk menilai..

    ReplyDelete
  16. salam pakcik zam.. sebagai rakyat yang berada di malaysia.. saya antara yang bukan nak ingat kat BEKAS JANDA tu.. a.k.a is3 PM.. tapi yang rakyat teramai yang kurang cerdik terutama yang tua-tua ni.. dah terfikir... buat hapanya si bangang tu habiskan duit.. pesawat tu kan berbayar setiap pergerakan.. senggaraan.. dan parknya???
    jadi mintalah cerahan dari pakcik zam jika cerdik melihat dan memahami perubahan diri fikiran orang tua-tua modern nih... sampaikan salam cerita berita transparent... heheh

    ReplyDelete
  17. Isunya bukan ketidakhadiran Rosmah brsama DS Najib semasa lawatan banjir, isu pokoknya ialah pesawat kerajaan didakwa digunakan oleh Rosmah n family. Kosnya siapa bayar? Adakah ahli keluarga PM layak guna pesawat kjaan, ditanggung kjaan utk round dunia. Itu isu pokoknya... Oleh kerana tak puashati isi pokok maka isu ranting ditimbulkan...

    ReplyDelete
  18. Sewajarnya Mingguan Malaysia tidak gunakan gambar Rosmah Mansor mengiringi suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib melawat Pusat Pemindahan Banjir di Paloh Hinai Pekan kerana lebih menimbulkan perasaan muak orang ramai melihatnya. Pakailah gambar Najib sahaja supaya tidak jejaskah imejnya.

    ReplyDelete