Saturday, 10 January 2015

KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN YANG TIDAK BERHEMAH

THE STAR BENAMKAN BERITA ERIC PAULSEN

SELURUH UMAT ISLAM PERHATIKAN SIKAP AKHBAR THE STAR YANG PERJUANGKAN MODERATION DAN ANTI EXTREMISME MEMBENAMKAN BERITA PERIHAL PENGARAH EKSEKUTIF LAWYERS FOR LIBERTY ERIC PAULSEN DAKWA JAKIM MEMPROMOSIKAN EKSTREMISME SETIAP JUMAAT. STAR HANYA BURUKAN  MELAYU DAN ISLAM YANG EKSTREM.INILAH HIPOKRASI AKHBAR INI YANG MENUNJOLKAN 25 MELAYU TERNAMA-MAZLIN KL.

SYABAS KHAIRY:
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin bahawa kecaman keras terhadap insiden pembunuhan di Charlie Hebdo Paris tidak bermaksud Malaysia  merestui perlakuan akhbar itu sering menghina agama Islam telah dapat memperbaiki kecemaran  imej negara kerana kenyataan melulu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib yang mengutuk sepenohnya perbuatan ganas itu dan  Hishamuddin Hussein yang menampakan Malaysia berada dalam keadaan bersalah- Firdaus Ahmad.

KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN......
OLEH:  TAN MELAKA10 January 2015 
Adakah kenyataan Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein bahawa serangan keganasan pelampau Islam yang berlaku di Paris juga mungkin berlaku di Malaysia merupakan suatu kenyataan yang berhemah?

Tidak dapat tidak kenyataan ini menyebabkan orang ramai terutamanya orang Islam bertanya apakah di Malaysia juga ada akhbar yang memprovokasikan orang Islam dengan siaran gambar kartoon Nabi Muhammad SAW.
Hal ini memang pernah  berlaku di era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri di mana New Straits Times menyiarkan kartoon Nabi Muhammad SAW dua hari berturut- turut tetapi kerana Penasihat atau Ketua Pengarangnya  ketika itu  rapat dengan JPM maka dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Kartoon itu dipetik dari sebuah akhbar Scandinavian yang juga dipetik oleh akhbar di Paris yang menjadi mangsa  serangan baru-baru ini.

Atau adakah kemungkinan akan berlakunya kejadian itu di Malaysia pada pandangan Hishamuddin kerana Perdana Menteri Malaysia memberikan sokongan tanpa berbelah bagi  kepada kutukan negara negara Barat terhadap tindakan ganas itu  ?

Atau adakah hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat  yang semakin rapat menyebabkan  Malaysia  terlihat di mata pelampau sebagai  bersekongkong dengan AS dalam menentang mereka yang mahu mempertahankan maruah Islam dan Rusullullah ?.

Saya rasa kenyataan Hishamuddin itu tidak kena masanya.Kita tidak seharusnya menimbulkan prasangka  bahwa kita  berada dalam keadaan yang sama dengan France yang medianya bersikap Islamophobia, biadap  dan sering  memprovokasi orang Islam  dengan berbagai penghinaan dan sindiran sejak sekian lama.

Adakah kita juga  merasa terancam oleh pelampau Islam  kerana telah  mempunyai kumpulan  orang Islam yang memprovokasikan orang Islam sendiri untuk meluaskan amalan demokrasi Barat, kebebasan dan liberalisme dengan  menentang martabat dan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Negara? 

Atau adakah kebimbangan ini timbul kerana kerajaan sendiri telah  membiarkan kumpulan 25 orang Melayu ternama mencabar undang-undang Islam di negara ini? Ini semua mesti di jawab oleh Hishamuddin yang  membuat kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan yang tidak perlu di kalangan rakyat negara ini.

33 comments:

  1. Satu kelemahan mlysia aku tgk golongn MUFTI2 negeri x brape powerrrr.
    Tiada kata spakat bile kluar ssuatu isu agma...

    Hnya nk harapkn harussani n noh gadot tp yg lain diam mmbisu...
    Ble islam dgnggu gugat hnya tnduk kebumi.
    Ini blum lgi kire mufti2 dlm PAS...
    Sptutny ad ketua mufti..
    Mngkin bole dtiru sprti sistem beraja.
    Ketua adlah YANG DIPERTUAN AGUNG.
    Tolog glamerkn skit n war2kn mufti kite.
    Aku sndri x tau name stiap mufti ngri..
    Malaysia adlah ISLAM...

    ReplyDelete
  2. Lim Kit Siang bersetuju dan menambah "Hishammuddin is right that the terrorism attacks in Paris which finally left 20 dead can happen in Malaysia but why are the extremists in the country allowed to purvey their rhetoric and politics of hatred and intolerance unchecked?"

    Kenapa lah kita punyai pemimpin-pemimpin yang separuh matang yang boleh menjadi kuda tunggangan kepada opportunis-opportunis yang dengan gembira melihat negara ini musnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah nyanyuk ke tentang hakikat bahawasanya lim kit siang adalah pelopor perkauman sejak May 13 1969 dan masih menjadi jaguh perkauman di Malaysia? Adakan DAPster evangelists dan Dong Zong tidak extremist? Kalau Perkasa & Isma boleh dilabelkan extremsists maka Dong Zong & DAPster evangelsits juga adalah sama.

      DS

      Delete
  3. Sebab tu nyawa politik dia nyawa2 ikan dalam pemilihan umno dahulu

    ReplyDelete
  4. Keterbukaan politik yang melampaui batas !

    Umpama kita nampak manusia jahat melempar taik kedalam rumah kita. Malah kita kenal penjenayah ini berbuat sesuka hati, mengambil kesempatan berlaku jahat di atas kebaikan kita, agama kita dan bangsa kita. Masihkan kita berkata - TIDAK APA ? Kata kita, "Allah SWT akan membalas..."

    Sesungguhnya Allah SWT TIDAK sesekali REDHO dengan perbuatan kita ! Malah akan di turunkan BALA jika masih leka dan lagho, percayakan toghut.

    Sudah di peringatkan bahawa kita mesti lebih baik kepada jiran yang baik termasuk kepada bukan Islam. Tetapi jika mereka berlaku jahat, buat onar, mengancam kedamaian dan keselamatan kita, maka menjadi WAJIB kita menentang nya ! Umpama juga kenyataan biadab peguam dan wakil rakyat Dap menyentuh nyata melampaui batas terhadap Islam dan tamaddun nya, malah menghina kutbah setiap Jumaat. Mereka cop JAKIM menggalakkan eksremism !!! TERLALU BIADAB dan MENGHASUT ! Semoga KPN bertegas dan konsisten dengan caj Akta Hasutan. Mereka mesti di ajar !!!

    Jadi, UBAH LAH nasib kehidupan Bangsa/ Penganut Agama Islam dengan di beri perlindungan secukup nya. Ini lah satu tugas Menteri Pertahanan. Apa jua yang berlaku di Perancis bukan perkara baru. "Pelampau dan Penjenayah" dari kalangan mereka, menghina Islam sentiasa mereka pertahankan. Jika di kaji secara adab politik dunia, tidak mustahil kejadian melibatkan percaturan zionis / mossad yang bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan Pemimpin-Pemimpin Islam sendiri tidak membela dan melibat diri secara serius kerana wujud nya pengaruh yang kuat sentuhan barat, sehingga tidak boleh membuat keputusan secara konsensus.

    Jagalah keselamatan negara. Ini lah jihad Umarak dan Ulama dan Angkatan Tentera dan Polis Di Raja Malaysia. Menjaga kewajiban melindungi Ketua Agama (DYM Agong) dan kesyumulan amalan Islam di setiap negeri di jalan lurus yang benar. Kenapa hanya "Penjihad Sebenar" yang di kategorikan pengganas oleh kafirun harbi kita perangi ? Kenapa pada hakikat nya kita pun tahu para penjihad benar, tidak kita bela ?

    Betul kata Sdr Zam. Atas sebab apa Hishammuddin melulu ? Politik apa yang sudah bersarang di dada ?

    Apa khabar Orang-Orang Umno ? Tidak bersyukur ? Baca Blog chedet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hishamuddin keris plastik ni tak ada grey matter untuk berfikir sendiri - bab MH370 dok asyik ikut telunjuk Cia-Mossad - konon 99.9% pasti akan jumpa di lautan hindi, dah berbulan tak kemana pun...cuba la critical sikit dan guna akal...explore diego garcia theory dll...nampak gaya ikut bontot obama saja...cakap pun recycle apa yang Cia cakap...nasib la Malaysia...

      Delete
  5. Nak kata apa lagi.Dulu Malaysia ada ISA untuk mencegah drp keadaan yang mengancam keselamatan negara,rakyat berbilang kaum dan agama di hapuskan.
    Sekarang baru tahu akan keperluan adanya ISA.Apa nak buat segalanya sudah terlambat dan salah perkiraan.
    Hishamudin juga orang yang bersungguh-sungguh sokong hapus ISA.
    Pemimpin UMNO banyak sangat ikut rentak dari luar.
    Penyokong UMNO pula angguk sahaja.

    ReplyDelete
  6. Tak pa tak pa.Jangan risau.Presiden @ PM sudah pun ada group setiakawan .Mereka yg akan mempertahan UMNO dan negara.
    Jgn susah hati.

    ReplyDelete
  7. Sebabnya kita membenarkan perkara seperti ini berlaku.

    http://youtu.be/mQau1gWr0ZQ

    Dan dah ada yang sanggup berjihad dengan ISIS termasuk jihad seks.

    Memang dah banyak twisted people Kat Malaysia ni. Ada juga yang percaya Nik Aziz dah pernah jumpa Allah sebelum PRU 13 dan Allah telah berkata Kelantan masih dibawah PAS...

    It's a matter of time. Wake up people!!!

    ReplyDelete
  8. Hishamuddin ni seperti boy crying wolves.Isu Sydney siege pun dia memomokkan benda yang sama sedangkan pelakunya diketahui penjenyah.Laahni semacam ada trend dipihak barat untuk buat false flag operation untuk setiap tindakan mrreka dalam memburukkan Islam.

    ReplyDelete
  9. Tidakkah dakwaan yang dikatakan dibuat oleh Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty Eric Paulsen mengatakan Jakim memperomosikan ektremisme setiap Jumaat adalah kerana mendapat semangat dan galakan dari sikap 25 Ternama Muslim Melayu yang menghina Institusi Agama seperti Jabatan Jabnatan Agama Negeri dan Undang Undang Syariah yang dibiarkan oleh kerajaan pimpinan Najib selama ini.

    Kenapa tindakan tidak diambil terhadap akhbar The Star yang telah menggunakan ultra liberal muslim untuk menimbulkan perasaan marah di kalangan orang Islam sendiri ? Adakah Najib nak tunggu sehingga berlakunya kejadian seperti di Paris baru nak bertindak?
    Kabarnya Najib nak jumpa pula 25 Ternama Melayu ini? Nak besarkan kepala mereka dan nak sakitkan hati orang UMNO ke? Nak jauhkan lagi diri dari orang Melayu ke?

    ReplyDelete
  10. Di Malaysia juga ada akhbar Inggeris yang sering memprovokasikan umat Islam dan Melayu dengan menimbulkan prasangka bahwa gerakan yang bersifat nasionalisme Melayu dan juga bertujuan untuk mempertahankan kesucian Islam sebagai extremis,bigot dan sebagainya.
    Apakah KDN memantau pekara ini atau Menteri KDN juga seronok dengan publisiti yang sering diberikan oleh akhbar ini sehingga tidak nampak bahaya yang didatangkan oleh akhbar ini?
    Ingatlah keganasan yang berlaku di Paris adalah himpunan kemarahan yang dihimpun bertimbun. Kajilah gerakan 25 Melayu yang dibelakangi oleh Star,Malah akhbar ini juga menyiarkan interviu dengan jurucakap kumpulan 25 Melayu ini menghina Jamil Khir Menteru Agama di Jabatan Perdana Menteri.

    Adakah KDN hanya akan bertindak setelah kena batang hidung Menteri KDN sendiri.
    Tentulah KDN mempunyai latar belakang CEO The Star ini sejak dia menjadi pemberita di Penang lagi. Janganlah tidak sedar duri dalam daging dan hanya nampak krikil yang tersepak sahaja.

    ReplyDelete
  11. Pertamanya, adakah benar pengganas di Paris adalah terdiri dari orang-orang Islam? Sahkah pernyataan melulu ini? Kenapa ada akal kita tidak menggunakannya?

    Bukankah Nabi Muhammad SAW bersabda dengan maksudnya suapa kita menyiasat sebarang berita yang diterima. Inikan pula berita dari puak kafir Harbi yang nyata membenci Islam.

    Bukalah mata, bukalah minda dan bukalah hati, wahai melayu yang layu.

    ReplyDelete
  12. Tan Seri nampaknya cukup cenderung mencari kelemahan pemimpin UMNO. Saya tak fikir ini baik sebagai orang tua. Hakikatnya Tan Sri sendiri tidak dapat membuktikan apa apa semasa berada dalam kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya adalah pegawai yang bertdnggungjawab dalam melaksanakan beberapa perancangan dan idea Tan Sri Zainuddin Maidin semasa menjadi Menteri Penerangan.

      Diataranya yang paling besar yang dtinggalkannya dan memberi kesan hingga kini ialah:

      1- Radio Klasik yang ditukarkannya dari Radio Nasional yang pendengar telah merosot kepada hanya kira kira 200,000 tetapi meningkat kepada lebih satu juta setelah menjadi Radio Klasik.

      2- Klip Video Kelantan dalam Gerhana yang hampir meruntuhkan kerajaan Kelanatan dalam Pilihanraya 2004 dan Terengganu Kita yang jatuhkan Kerajaan Pas Terengganu . Tentunya ini bukanlah hanya sumbangannya sahaja tetapi dengan kerjasama semua pihak tetapi idea darinya. Llip video ini telah gemparkan negara.

      3- Menghidupkan kembali Malaysian Press Institute yang melatih wartawan dalam dan luar negara disamping memberi Anugerah Wartawan Negara pada setiap tahun.

      Kepada Tan Sri kami amat menghargai jasa Tan Sri meininggalkan sebuah masjid indah diatas bukit Angkasapuri.

      Delete
    2. Tan Sri Zainuddin, saya berpandangan sumbangan dan jasa saudara yang paling besar ketika menjadi Menteri Penerangan ialah mendedahkan klip video Nik Aziz kata Mahathir Barua, Mat Sabu kata Mahathir gila dan Bunyamin tuduh Mahathir tengok gambar lucah dengan cucunya.
      Sejak pendedahan itu hingga sekarang mulut busuk orang Pas telah tertutup dari mengeluarkan bau hanyir. Jasa besar saudara memberhentkan mereka dari terus melakukan dosa memaki hamun orang. Saya tak lupa Tan Sri kecuali mereka yang nak mengampu ketua tetapi tak bijak.

      Delete
    3. Macamnikah taraf berfikir orang UMNO yang nak membela pemimpin?

      Delete
    4. Standard berfikir Si Bangang seperti yg disebut oleh YAB PM.

      Delete
  13. Saya sokong saudara penulis. Dr Mahathir satu masa telah fitnah Ibrahim Libya dalam peristiwa Memali. Jangan ulang kesilapan beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini betul betul fitnah.Lihat kembali sejarah.Mahathir terkejut dengan tindakan Menteri Dalam Negeri terhadap Ibrahim Libya dan menyebabkan berlakunya pergeseran antara beliau dengan Menteri Dalam Negeri masa itu Musa Hitam

      Mahathir berangkat ke China pada hari kejadian itu dalam keadaan sedih kerana tindakan yang gopoh tetapi sebagai PM beliau mengambil tangungjawab. Pakara ini telah pun di jelaskan baru baru ini apabila Musa mahu melepaskan tangan dalam soal ini. Kalau tidak tahu sejarah dan tidak membaca tak usahlah tulis apa yang menampakan kecetekan diri..

      Delete
  14. Maaf. Saya berpandangan saudara Zam ada agendanya sendiri. Beliau menunggu peluang untuk melepaskan tembakan terhadap sesiapa yang tidak digemarinya. Malang beliau menggunakan pendekatan Mkini. Menggunakan ' komen ' sebagai peluru. Cermin diri saudara. Tanya apa sumbangan saudara sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodohnya penulis ini sampai tak tahu apa yang zam sumbagkan selama ini. Bacalah tulisannya di akhbar akhbar dan buku buku sejarah yan telah ditulsinya sejak persaraannya dan dia juga adalah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr.Mahahtir UUM.

      Delete
    2. Anonymous 18.21 tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh zam sebaliknya mendakwa zam menggunakan pendekatan Malaysiakini.Jawapan seumpama ini tidak dapat menghapuskan tohamahannya sebaliknya menampakan taraf berfikir penulisnya . Jika inilah taraf pembela pemimpin UMNO,saya harap UMNO tutuplah pintu. Saya amat bimbang apa akan jadi kepada UMNO.

      Delete
    3. Sebagai seorang yang pernah berkerja di bawah Zam di Utusan,saya tahu memang Zam mempunyai ajenda sendiri.Maka itu dia disingkirkan oleh Tun Daim dan Anwar Ibrahim dari jawatan Ketua Pengarang.Datuk Seri Dr. Mahathir juga tidak senang dengannya.

      Dia melakukan sesuatu atas kepercayaannya kepada kebenarannya. Umpamanya di ketahui umum Zam tidak dapat menerima Hishamuddin Hussein Onn kerana dia telah meminta maaf setelah menghunus keris UMNO kerana dipengaruhi oleh orang di NST. Permintaan maaf itu disiarkan dimuka depan BH dan NST.

      Tetapi peduli apa pada Zam,siapa dia,dia bukan ketua mana mana pertubuhan atau meanggotai mana mana NGO.Maka itu saya juga terkejut bila dia kritik lawatan bekas Presiden Indonesia Habibi kerana menemui Anwar tanpa memberi salam kepada Najib semasa melawat Malaysia maka dia telah di marahi oleh rakyat Indonesia malah Presiden Indonesia SBY telah ditanya oleh para wartawan mengenainya.
      Nampaknya dia lebih popular dari semasa menjadi Menteri.
      Zam teruskan perjuangan dengan ajenda sendiri.

      Delete
  15. Ramai pembela Zam. Mari kita jawab soalan ini dengan jujur. Adakah tulisan Zam dan komen komen yang timbul kemudiannya akan menambahkan undi untuk UMNO?

    ReplyDelete
  16. Saya rasa tidak sebaliknya akan menyebabkan orang semakin hilang kepercayaan kepada UMNO.

    ReplyDelete
  17. Biarlah orang hilang kepercayaan pada UMNO jika yang memerentah bukan Najib tapi Rosmah.

    ReplyDelete
  18. Salam Tan Sri.

    Umno mempunyai Ketua No 1 yg serupa saja dgn Ketua Pembangkang.

    Kedua2 mereka 2x5.

    Bertukar warna bila perlu lebih2 lagi bila nak menyelamatkan diri.

    Liberal entah apa2.

    Moderate kunonnya....Tetapi dibawah telunjuk dan acuan 'Moderation' ala the Star....yg dipayungi Dap Lakhnatullah.

    Kini....mereka langkah lagi setapak dgn menuduh dan menunding jari bahawa Jakim mempromosikan extremism melalui khutbah Jumaat pula.

    Ini sudah kira kurang ajar dan celaka ditahap maksimum.

    Bila mereka menghasut dan menabur segala apa fitnah dan kebencian terhadap org Islam..tiada pula kita mempersoalkan isi kandung 'sermon' atau khutbah yg dilakukan digereja setiap minggu oleh padri mereka.

    Kesimpulannya;
    Semua ini berpunca dari ketua kita yg tidak lagi mengenali apa yg liberal...dan apa yg moderate.

    Siapa yg sebenarnya yg menghasut..dan siapa yg dihasut.

    Nabi Muhammad SAW...bukan hanya menyebarkan Islam sahaja...tetapi mempertahankannya hingga berperang dan berjihad....jika ada kafir2 harbi yg telah melampau had.

    Adakah apa yg diperlakukan kafir Lakhnatullah kepada Islam ini hanya gurauan...salah faham...provokasi atau ancaman kecil atau sebenarnya perang dan wajar dibiarkan begitu sahaja?

    KPN....betul dgn cakapnya....bahawa ini adalah ancaman pd Ugama Islam dan ditakrif sbgai menghasut.

    Ketua No 1 wajar bertindak kerana ini adalah ancaman pd Ugama yg tidak lagi boleh dibiarkan lagi.

    Tetapi sdra Zam...sy cuma mengharap kpd org yg tidak boleh diharapkan kerana bila dia juga terlibat dgn mempromosikan 'Moderation' ala the Star....kunon nak tunjuk betapa liberal dan bertolak ansur dia pd Kafir Lakhnatullah....kini telah makan diri....sebab Jakim yg dibawah pemerintahan BN yg dia sbgai PM dituduh mempromosi extremism didlm negara.

    Dia harus tahu bahawa 'Moderation'...ala the Star ini sebenarnya menghala dan menghentam dia sendiri sbgai pemerintah Islam yg tidak moderate.

    Huh !!!!!!.

    Dangkal sekali dia...dipergunakan begitu sekali untuk menghentam bangsa sendiri dan ugama yg dia sendiri anuti.

    Terima kasih.


    ReplyDelete
  19. Eric Paulsen menarik balik dari akaun Twitternya tentang dakwaannya bahawa Jakim sedang mempromosikan ektremisme setiap Jumaat. Tidakah ini kerana beliau menyedari kesilapan besarnya tetapi belau masih mahu menegakan benang basahnya dengan menuduh Ketua Polis Negara bertindak atas pengaruh UMNO.
    Jadi beliau mahu KPN hanya diam sahaja atas kesilapannya itu dan menuding jari ketangan orang lain untuk kelirukan orang ramai.
    Suatu provokasi yang ganas setelah keganasan tercetus di Paris atas provokasi thp umat Islam.

    ReplyDelete
  20. Khalid Ibnuwalid.Taman Melawati.KL12 January 2015 at 07:20

    Adalah mustahil akhbar The Star tidak dengar jerit pekek orang Islam terhadap provokasi yang dilakukan oleh ric Paulsen tetapi dia hanya dengar pekekan Ibrahim Ali dan CEOnya Wong Chun Wai telah mendakwa dia akan menang dalam kes saman Ibrahim Ali terhadapnya.
    Provokasi Paulsen yang tidak diperbesarkan oleh The Star jelas menunjukan sikap cauvanis Cina akhbar ini yang seharusnya di sedari dan dipantau oleh setiap orang yang cintakan Wasatiah di negara ini.

    ReplyDelete
  21. Diorang Eropah Islamophobia sama dengan kita Wahhabiphobia juga. Apa tidak? Bukan wahhabi ISIS gila babi itu suka memotong kepala manusia dan mengkafiri dan membunuh rakyat yang tidak berdosa yang tak mahu ikut penyelewengannya kah? Berapa ratus orang PAS dah angkat ke Iraq ikut memburu mangsa dan menyertai khalifah palsu tu? Begitu bukan martabat perwira Melayu klasik kita!

    ReplyDelete
  22. Sememangnya Hishamudin agak melampau.. tergopoh gapah...
    Mungkin dia dah besar bontot.. sejak dipuji mat saleh dlm isu mh370, walaupun x dak hasil smpi hr ni... !!! Compliment for NOTHING !!

    dah isu Paris ni.. kenyataan busuk pulak dia bg. Cakap x guna otak langsung...
    Hatta kerajaan Perancis pun pnh warning akhbar tu... tindakan akhbar Charlie Hebdo tu melampau sgt !

    Hishamudin.. kamu nak jd hero.. silakan..
    Tp jgn guris hati kami..

    Kamu x layak sbg Menteri, hanya diangkat oleh sepupu kamu bg kuatkan pengaruh dia.. nothing more.. nothing less !!

    ReplyDelete
  23. sokong isam tp patut tambah kalau melayu dan islam selalu seringkali di provoke oleh Kristian dap...

    ReplyDelete