Sunday, 4 January 2015

JUSTIFIKASI PENGGUNAAN PESAWAT RASMI OLEH PERDANA MENTERI

ASIAN TIGER MENJADI PUSSY CAT

After reading the PMO reply (lihat dalam komen) I find it hard to believe them. Is the PMO telling the truth? I doubt. They cannot go on telling lies. And they cannot keep on telling lies. Why can't the truth be told? Just tell the truth as TRUTH IS GODLY IN NATURE..
JUSTIFIKASI PENGGUNAAN PESAWAT.....
Ramai mempersoalkan "kehilangan" Pesawat Rasmi Kerajaan 9M-NAA setelah membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk "Golf Dipolmasi" dengan Presiden AS di Hawaii.

Penggunaan jet ini oleh PM boleh dijustifikasikan untuk berkerja sambil bercuti bagi suatu misi negara yang perlu dirahsiakan.Peranan Najib sekarang adalah sangat penting kepada AS bukan sahaja sebagai pemimpin Malaysia tetapi bagi ASEAN.

Pada umumnya rakyat tidak mengetahui di mana Najib berada ketika negara ditimpa  kecemasan tetapi malangnya Washington merasa perlu mendedahkannya dengan bukti bergambar.

Gambar ini menyayat hati rakyat kerana ketika mereka berada dalam bencana ,pemimpin utama mereka sedang bermain golf.

Bukan sebarang jurugambar yang boleh hampir  di persekitaran padang golf di mana Presiden AS berada kecuali  "bersih" dari segi keselamatan atau orang rumah putih sendiri.

Memperhetongkan betapa sukar untuk pemimpin -pemimpin Malaysia terutama di era Tun Mahathir untuk menemui Presiden AS sehingga heboh cerita terpaksa membayar wang besar kepada pelobi di Washington maka Najib telah diberikan penghormatan luar biasa oleh AS bukan sahaja dapat menemui  Presiden AS di luar lawatan rasmi tetapi dapat bermain golf pula dengannya yang tentunya mengambil masa yang panjang.Biasanya pertemuan rasmi terbatas masanya.

Mungkin AS sekarang menilai  Najib sebagai seorang pemimpin besar ASEAN yang diperlukan oleh AS untuk rakan strategik bagi mengimbangi pengaruh China dan juga Rusia di Asia.

Bagaimanapun jika Malaysia masih merupakan Asian Tiger dan Suara Berani Dunia Ketiga yang dijuarai oleh Tun Dr.Mahathir maka kesempatan ini tidak akan diberikan.

Walaupun Washington menilai Mahathir sebagai seorang yang percaya kuat kepada kapitalisme dan demokrasi ala Malaysia ( Yang lebih baik dari Singapura) tetapi sebagai Kuasa Besar Dunia ,AS merasa amat terhina dengan kepintaran Mahathir dan suara beraninya menggambarkan dengan logik AS sebagai pemeras dan polis dunia yang ganas dan kejam di sebalik wajah kemanusiaannya.

Seperti yang telah saya catitkan sebelum ini ,tidak mustahil untuk Presiden Obama mengambil kesempatan bermain  "golf diplomasi" ini untuk menekan Malaysia supaya  lebih lunak kepada Anwar kerana AS tidak pernah melupakan jasa kepada orang yang telah berbudi besar kepadanya.

Gambar Golf Najib Obama itu mungkin didedahkan oleh AS untuk menunjukkan kepada dunia, sekarang Malaysia tidak lagi  Asian Tiger tetapi Harimau yang telah dapat dijinakan menjadi Asian Pussy Cat.

 AS akan meneruskan kerja kerja  untuk menghapuskan Mahathir dengan apa cara selalipun walaupun Mahathir sekarang tanpa kuasa. Kerja ini lebih mudah dari kerja membunuh Gadaffi dan Saddam Hussein kerana di mana-mana pun, di kalangan pembangkang atau dalam kerajaan dan  di media sosial dan cetak di Malaysia ada ramai  ejen AS.

Kita boleh memberikan justifikasi kepada  Najib untuk menggunakan jet kerjaan bagi suatu misi penting samaada akan  menjatuhkan maruah atau kelak menaikan martabat negara tetapi  persoalan yang timbul sekarang mengapakah Najib tidak pulang dengan pesawat kerajaan dan memerlukan bantuan jet TUDM untuk membawanya pulang.

Selain dari itu timbul pula cerita Pesawat Rasmi ini  dikatakan singgah di bandar bandar  yang dianggap sebagai surga membeli belah di dunia. Apakah ini benar?.Maka itu  justifikasi juga harus diberikan kepada rakyat  untuk mempersoal di mana beradanya pesawat ini kerana hilang dari pandangan sekian lama. Adakah telah pulang ke tanah air?

Penjelasan segera  dari Jabatan Perdana Menteri adalah amat diperlukan untuk membersihkan berbagai cerita buruk yang telah tersebar.







43 comments:

  1. Kot ya pon nak spin zam oi, jgn la sampai tertedah kebanggangan...paling lama plane stop at an airport was 4.5 hours....ada yg only 2 hours. So these stops are for maintenance or maybe refuel....to insinuate otherwise such as the pm's wife pi shopping is so unbecoming of a tan sri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is proven that you've never check the fact right..hang tak pernah shopping ke kat airport? lg satu..WITH A VVIP STATUS..YOU CERTAINLY HAVE THE SPACE TO SHOPPING SHOPPING LAAAA...

      I boleh je shopping kat abu dhabi within 1 1/2 hours..tapi i bukan vip tau..i pegi oversea pun dgn duit i sendiri..tak guna harta kerajaan pun..

      janganlah samakan rakyat marhaen dgn vvip..depa boleh je shopping dgn aman tanpa gangguan..setakat 2jam..macam2 boleh beli punyer...

      Delete
  2. Faridah Idris Kg Batu4 January 2015 at 14:35

    Kalau nak bela pun janganlah bangang sangat.Kat Aiport pun beleh shopping juga. Betulkah PM's wife ada dalam jet ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping Kat Airport untuk orang Biasa Saja Laaa...Brand yang tak Cun!

      Delete
  3. Kalau ketua boleh menyeleweng dan salah guna kuasa, anak buah akan ikut. PM wajib beri pencerahan dalam perkara ini. Jangan buat bodoh atau "elegant bangang"

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Elegant bangang"...terbaik untuk 2015!

      Delete
    2. Bangau Oh Bangau...Kenapa Bodoh Sangat?!

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zainuddin Maidin4 January 2015 at 16:41

      This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  5. formula matematik baru:
    PM + takut bini + salah guna kuasa = pussy cat

    ReplyDelete
  6. Buat apa shopping di indianapolis mall biasa

    ReplyDelete
  7. Sdr Tan Sri Zam, berikut "penjelasan" JPM mengenai pesawat VIP yang Mohd Najib guna ke Hawaii tapi tidak bawa beliau balik yang saya siarkan dalam ruangan komen rencana "Negara Banjir, PM Bergolf di Hawaii:

    “1.The Prime Minister came back on a commercial flight via Hong Kong where he was picked up picked up (by) the Royal Malaysian Air Force and headed straight to Kota Baru.

    "2. This arrangement came about as the aircraft which the PM and his family used to travel to Hawaii had to stay behind in the United States to sort out some technical issues.

    "3. The aircraft had not stayed behind for used (sic) by PM’s family members . Also, they are not in Indianapolis.

    "4. “1.The Prime Minister came back on a commercial flight via Hong Kong where he was picked up picked up (by) the Royal Malaysian Air Force and headed straight to Kota Baru.

    Thank you.”

    Ts, kenyataan di atas adalah jawapan JMP kepada SMS yang saya hantar kepada pegawai media dan Setpol PM. Kalau ikut kenyataan itu, pesawat VIP itu "ada isu teknikal" sehingga tak dapat bawa PM balik.

    Apa isunya?

    Rosak atau flight plannya sudah diluluskan yang menunjukkan ia akan terbang ke tanah besar US selepas Hawaii?

    Kalau isteri PM tak guna pesawat itu, macam mana ia dikesan dari US hingga Bangkok?

    Bunyi macam misteri MH370 pula. Nampak macam ada pihak yang cuba putar belit hakikat.

    Terima kasih.
    Kota Baru.

    2. This arrangement came about as the aircraft which the PM and his family used to travel to Hawaii had to stay behind in the United States to sort out some technical issues.

    3. The aircraft had not stayed behind for used (sic) by PM’s family members . Also, they are not in Indianapolis.

    Thank you.”

    I thank the PMO media operation the response.

    Thank you.

    1:57 PM
    Delete

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya PM Kena Buang Semua yang ada sekarang dalam PMO..
      Ganti dengan yang ada kebolehan....

      Delete
  8. Jangan harap mendapat penjelasan daripada PMO. Sebelum ini pun dikatakan "pesawat mengalami technical problem". Habis, kenapa pula pesawat ini boleh terbang ke Indianapolis, Los Angeles, kemudian ke New York, London, Dubai dan akhirnya ke Bangkok? Perbelanjaan menggunakan pesawat seperti cukup tinggi. Bayangkan betapa banyak wang rakyat dibelanjakan untuk tujuan "cuti". Siapa yang bercuti? Yang anehnya pesawat sekarang berada di Bangkok dan PM pula ke Bangkok, menurut berita, mahu berjumpa PM Thailand. PM harus memberi penjelasan. Jangan kerana bini nasib seorang PM terporak.

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri.

    Jika benar jet kerajaan diguna oleh ister pemimpin untuk beriadah....
    ....Kalau diKorea...China..atau Jepun...ini kira sudah melampau.

    Ini sudah dikira 'abused of power' dan pemimpin mereka mesti bertanggung jawab...sama ada meminta maaf atau letak jawatan.

    Ini pun dikira menipu dan tidak beretika.

    Najib wajar meletak jawatan jika benar jet ini diguna untuk kerja2 peribadi tidak kira oleh isteri atau dia sendiri.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Malaysia akan berjaya mencapai Wawasan 20,menjadi negara maju dan makmur tanpa maruah.

    ReplyDelete
  11. After reading the PMO reply above I find it hard to believe them. Is the PMO telling the truth? I doubt. They cannot go on telling lies. And they cannot keep on telling lies. Why can't the truth be told? Just tell the truth as TRUTH IS GODLY IN NATURE..

    ReplyDelete
  12. Persoalannya sekarang, jika PM balik dengan penerbangan komersil melalui Hong Kong disebabkan pesawat resmi ada problem teknikal, bagaimana pula isteri dan rombongan beliau pulang? Adakah mereka sedia menunggu sehingga pesawat dibaikpulih dan selepas itu ikut terus pesawat kemana jua ia pergi? Setahu saya, jika ingin pulang dari Hawaii, lebih mudah dan menjimatkan ikut Jepun terus ke KL. Jika ikut LA, NY, London, Dubai, itu pusing satu dunia, amat jauh dan membazirkan. Hairan jawapan JPM ni.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum Tan Sri..

    Saya sebagai rakyat amat susah hati..susah hati dan risau dengan keadaan dan pencapaian Negara kita sekarang ini. Saya amat merindui seorang pemimpin yang berwawasan dan amat bekerja keras untuk pembangunan dan kemakmuran Negara kita. Saya amat merindui seorang pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir Mohamed.

    Cara Tun Dr Mahathir memimpin Negara memberikan kesan yang amat nyata kepada Negara. Apa saja perancangan Tun akan dapat kita rasai dan nikmati. Projek - Projek pembangunan negara kita akan nampak dan masih kita gunakan sehingga ke hari ini.

    Malangnya sekarang ini, saya hanya mendengar segala macam janji dari seorang Perdana Menteri, tapi janji - janji itu tidak sampai kepada saya. Saya dapati Perdana Menteri sekarang banyak bekerja keras untuk menjamin reputasinya sebagai Perdana Menteri. Berbagai ragam masaalah yang timbul namun diatasi hanya secara retorik. Adalah lebih malang kerana secara peribadi saya dapati Perdana Menteri serta isterinya enjoy sangat dengan jawatannya. Malang kepada saya secara peribadi sebagai rakyat, saya tidak dapat enjoy dengan kehidupan saya sebab kesan kepimpinannya tidak dapat saya rasai. Projeknya tidak sampai pada saya. Yang saya dapat sekarang ini adalah sebuah kehidupan yang segala-galanya susah. Tertekan kerana soal kewangan, kena kerja lebih keras dari dulu. Segala-galanya mahal. Tak boleh langsung nak simpan duit. Saya tidak dapat enjoy kerana Perdana Menteri saya hari ini lebih banyak bercakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kita orang biasa digalak tuan pm ini bersorak dan berharap dengan slogan2nya dari tahun ke tahun sampai semangat rakyat pun terbenam ke bawah ufuk kecewaan.

      Delete
    2. Nampaknya Kena Cetak Lagi Banyak Sepanduk Sepanduk I LOVE PM!

      Delete
  14. Biarlah.Najib sudah ada group setiakawanya diseluruh negara pimpinan setpolnya.

    ReplyDelete








  15. alahai pak cik zam oii.. tajuk "GAH MACAM PENCETAK UTUSAN".. JUSTIFIKASI PENGGUNAAN PESAWAT RASMI OLEH PERDANA MENTERI.. tp secara ilmiah benda apa yg sebenarnya disampaikan.. mukadimah tersasar macam arus banjir.. semua bende dibawa hanyut.. isi segala bende tah ape ape.. ending disorot dengan pertanyaan.. yg berakhir baru minta JPM bersihkan apa yang rakyat tahu dari "RAHSIA BESAR yang DI SOROKKAN" oleh KERAJAAN MALAYSIA.. harap pakcik zam rerajin ler rujuk dan cari jejalur terkini.. supaya bak kata tun mahathir.. lagi banyak membebel, lagi TERSERLAHnya.. KEBANGANGANnya.. (pinjam kata MUTIARA najib)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dermawijaya Petaling Jaya.5 January 2015 at 07:30

      Awak nak menunjuk pandai tetapi awak mendedahkan diri awak sendiri tidak sampai kepada taraf pemikiran zam kerana tidak memahami dan tidak dapat menghayati apa yang disampaikan oleh zam,lalu tersasar jauh dalam kebenakan fikiran yang dangkal.Nampak benar awak tidak terkini dan terbatas dengan pembacaan dan barangkali hanya sekadarkan membaca sosial media setiap hari.

      Delete
  16. Penggunaan jet rasmi kerajaan oleh RM bkn la satu isu baru, pkara ni pnah didendangkn dlu tp ditepis dgn bangang oleh menteri brkaitan, usahlah kita mgharapkn pmo mberi jawapan "ya datin seri nk guna jet tempohhari",..sy tak mahu bprasangka burok dgn rm, but remember new generation in cyber era they will judge diffntly, and they will be majority voters for the next ge..they want clear and logic answer if not pm and rm can start learn how to buy lrt ticket after next ge...

    ReplyDelete
  17. mungkin ds najib lebih berpotensi jadi pelobi amerika di rantau sini menggantikan ds anwar yg kian pupus..

    ReplyDelete
  18. Saya harap ada sesiapa yang dapat berkongsi menjawab pertanyaan zam mengapa Washington perlu mendedahkan Najib bermain golf dengan Obama? Adakah untuk memberikan sokongan menaikkan taraf kepimpinannya di Malaysia dan di matai dunia atau kerana hendak menajatuhkannya.
    Saya lebih cenderong untuk memikirkan dari segi positif, niat baik Amerika kerana mereka tidak pun mengetahui atau mejangka banjir besar akan berlaku di Malaysia.
    Tidak semestinya hanya bila Mahathir jumpa Presiden US sahaja maka dia menjadi lebih penting dan pertemuan Najib bermain golf dengan presiden US harus di pandang kecil dan dengan mata negatif.

    Tentunya pandangan negara negara ASEAN juga semakin tinggi dan semakin yakin thdp kepimpinannya.

    ReplyDelete
  19. Darwis Balingan.5 January 2015 at 06:44

    Kita tidak harus dibawa arus sentimen dan prejudis dalam melihat kepimpinan Najib.Adakah benar ekonomi kita semakiin buruk atau kita terus dapat hidup seperti biasa dalam keadaan menghadapi kejatuhan harga getah,sawit dan juga petrol.

    Kakitangan kerjaaan tidak diturunkan gaji dan harga minyak terus turun. Maka yang berpendapat tetap sekarang mempunyai kelebihan untuk berbelanja walaupun harga barang naik maka dengan itu dapat ditutupi dengan kelebihan ini.
    Selain dari itu rombongan demi rombongan ke Jakarta Bandung Beijing ,Thailand dan lain lain untuk melancong dan shopping. Yang nampak orang atas shopping tetapi kita shopping macam nak mampus. Berhentlah keluagra negara kalau duit tak ada.
    Masih ramai yang duduk kedai mamak 24 ja. Hanya Malaysia yang ada kedai maka 24 Jam . Kemampuan rakyatnya mengkayakan mamak dan bangla.

    Tak usahlah sentimen sangat,rasional sedikit dalam marahkan Najib. Kalau benci isterinya janganlah benci Najib. Najib pun kenalah sedar sedikit memang majoriti tak suka bininya sampai ada yang tutup TV bila wajahnya muncol di TV.Tak payahlah jadi ratu fesyen tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak cakap senanglah. Awak nak tegur bini awakpun takut. Apa yang najib boleh buat sebagai celeberity negara. Orang biasa mudahlah bercerai berai tetapi kalau artis bercerai heboh senegara. lagi pun dah tua,kena jagalah rumah tangga bagi aman damai. dah tua tak elok bergaduh,cakap senang tetapi sakit bahu menanggung.

      Delete
    2. Darwis, apa lu cakap ni? Apa, lu idop dlm mimpi? Lu tak idop dlm realiti! Yalah, harga minyak turun, tapi kenapa harga barang masih tinggi? Dulu bila harga minyak naik, harga barang pon naik sama? Adil ke macam ni? Senang saja lu cakap! Org yg kerja gomen oklah, bersara ada pencen. Yg keje opis, dapat apa? Nak harapkan Epf? Tu pon yg masih ada keje. Yg baru ni di VSS apa cerita? Kompeni besar like Maxis, TV3, NST, Media Prima pon lepaskan staf... Ni belom kira lagi 6000 org Mas! Ini dia realiti dunia dan kepimpinan hari ini... Org ramai kini merasakan serba gelisah sebab takda stabiliti ekonomi. Minyak turun, pampasan rendah, tapi harga barang naik, gaji tak naik, harga paper berita harian pon naik! So darwis, lu pi pikirlah sendiri. Semua ini realiti. Jangan pandai cakap membuta tuli. Guna otak seblom berkomunikasi!

      Delete
    3. Saya tidak mimpi.Harga barang tinggi kerana ketamakan peniaga untuk buat untung banyak.Itu pun mahu salahkan kerajaan ke? Pulaukanlah kedai yang jual mahal,jangan minum di kedai mamak,minum dirumah akan beri tekanan kepada kedai mamak.
      Tentunya kerajaan sedang merancang untuk menekan pembekal dan ini tidak boleh berlaku serta merta.
      Hipokrasi orang Malaysia apabila harga minyak turun,pergi beli minyak 97 yang mahal.Kalau tak ada duit lebih takkan berbuat demikian.
      Stratiji perniagaan memang mengadakan VSS tetapi bukan paksa terserah pada pilihan dan dengan pemberian pampasan yang besar,boleh jadi modal perniaaan dan sebagainya kecuali yang berjoli. 6000 bekas pekerja mas telah pun diberi jaminan akan diserap ketempat lain.Kebanyakan mereka ini Melayu yang pemalas.Peluang kerja senantiasa ada di Malaysia. Sampai sekarang restoran dan sebagainya menghadapi masalah mencari kerja. Tidak akan ada yang mati lapar tetapi yang bengkrap kerana main judi dan selalu pi Hadnyai dan Medah kerana bini di rumah tak cukup..
      Bukan Malaysia sahaja yang tidak stabil. Peniaga Singapura dah ramai lari ke Johor dan ramai orang singapour lari ke Johor kerana harga barang mahal walaupun gaji tinggi.Cerita dah keluar berkerja di Singapura tetapi tidur ditepi jalan di Johor kerana tak payah bayar sewa dan ada tempat mandi . Harga newspapers naik kerana mereka mereka nak cari untung dengan pasaran yang kecil.Tak guna jual beratus ribu sehari tetapi banyak guna kertas yang harganya mahal. Maka itu harga mahal untung besar kerana kurang penggunaan kertas.
      Janganlah kita bercakap tentang ekonomi kalau kita tidak membaca bahan bahan yang patut dibaca.Maka jadilah seorang yang pesimistik dan membuat tuduhan yang tidak perlu.bersifat prejudis dan tanam kebencian tanpa asas yang kuat. Jadilah rakyat Malaysia yang rasional dan bukannya penyebar fitnah kerana kecetekan.

      Delete
    4. Wis, lu pikirlah apa lu mau. Tapi realitinya, rakyat tak puashati dgn keadaan ekonomi kini. Bawaklah ekonomis yg cerdik pandai utk berhujah, hakikatnya rakyat merasa menderita. Moga lu tak melalui dan merasai apa yg rakyat rasai.

      Delete
    5. Darwis Balingan.6 January 2015 at 05:38

      Ini jenis orang yang suka ikut sentimen dan tak mahu terima fakta. Realitinya ramai orang terima Brim dan gembira,pegawai kerajaan masih dapat bonus. Harga minyak turun rakyat gembira,ada duit lebih. Rakyat tidak menderita kecuali yang pemalas. Saya sudah biasa susah,lebih susah dari sekarang maka itu saya tahu bersukur tetapi bukan macam awak dengar orang kata ekonomi merosot,awak pun rasa merosot tetapi sebenarnya awak sendiri duduk di kedai mamak 24 jam.

      Delete
    6. Darwis B-hang sembang kuat.klu takat nk cakap,burung kakak tua kt zoo
      pun blh.nk bodek pun,patut2 la.kaldai

      Delete
  20. suruh saja najib kawin lagi satu isteri baru yang rakyat suka imejnya . cari saja anak saudara Nik Aziz ke . orang tak suka rosmah , kita kahwin kan dia dengan yang baru . cari tang ringan sikit badan , lembut . Neelofa ke .

    kalau nak lebih baik buat saja doa selamat semua masjid di malaysia untuk tujuan ini . Najib baca pun ketawa suka ni .

    Kamal

    ReplyDelete
  21. Asslam TS Zam,

    Now the famous word "bangang" has been haunted the PM & all the armada in the PMO's. They are all the "bangagng X 2".

    ReplyDelete
  22. Hehehehe..
    yang kome bertegang urat pasal RM tu buek apo... laki nya PM..

    ReplyDelete
  23. PM Lee Hsien Loong doesn't travel by private jet, although the Singapore government has a number of private jets at it's disposal.

    Afaik, PM Lee travels on SIA. In First Class.

    Unless Zam believes that these are not apples vs oranges?

    ReplyDelete
  24. Telah sekian lama PM menggunakan private jet untuk urusan penting malah bekas perdana menteri pun guna private jet. Ini bukan pekara baru. Cerita yang baru ialah private rasmi kerajaan rosak di Hawaii dan wajarkah mengambil masa lama untuk diperbaiki dan kemudiannya dalam penerbangan pulang telah singgah di beberapa bandar utama dunia.
    Ini memerlukan suatu penjelasan yang meyakinkan dan saya tidak faham kenapa penjelasan hanya diberikan kepada A.Kadir Jasin dan tidak kepada semua media yang telah membangkitkan pekara ini.
    Malah telivisyen juga perlu digunakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk: Anonymous4 January 2015 at 21:01

      Persoalannya sekarang, jika PM balik dengan penerbangan komersil melalui Hong Kong disebabkan pesawat resmi ada problem teknikal, bagaimana pula isteri dan rombongan beliau pulang? Adakah mereka sedia menunggu sehingga pesawat dibaikpulih dan selepas itu ikut terus pesawat kemana jua ia pergi? Setahu saya, jika ingin pulang dari Hawaii, lebih mudah dan menjimatkan ikut Jepun terus ke KL. Jika ikut LA, NY, London, Dubai, itu pusing satu dunia, amat jauh dan membazirkan. Hairan jawapan JPM ni

      Delete
  25. Ada yang tanya....

    HA ! HA ! HA ! Bincang apa niih ???

    ReplyDelete
  26. After reading the Bangkok Post 6 Jan 2015 I have this to comment:

    So the PM went "shopping, played golf and stayed overnight at the Shangri La Hotel". This was not reported by the mainstream media in our country, neither did the PMO.

    The way the Bangkok Post puts it demands a lot of explanation from the PM.

    "The Malaysian PM had to tweet that he had lunch with Gen Prayut to thank Thailand for donating 500 tonnes of rice... This is seen as trying to avoid criticism about his trip. Thailand did not disclose news about his visit for etiquette reasons as he went to holiday here."

    So why the tweet? Was it necessary then?.

    Nothing wrong with a private visit but the PMO and the mainstream media should have informed this to the rakyat. Let it be a coincident that the 9M-NAA was in Bangkok, as the rakyat will have their own perceptions about the whole matter..

    It's always the truth that the rakyat want to know. That's all.

    ReplyDelete