Wednesday, 14 January 2015

DAIM DAN MAHATHIR TIDAK AKAN DEDAHKAN MAKLUMAT "MENYELERAKAN" TENTANG NAJIB

Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail menyampaikan sumbangan kepada enam beradik yatim piatu mangsa banjir  rumah mereka dinaiki air hingga paras bumbung di Sungai Rabit, Temerloh baru-baru ini. Turut hadir Penasihat KVUM, Tan Sri Zainuddin Maidin (kanan) dari kiri Setiausaha KVUM Rosle Azmi,  Timbalan Presiden KVUM, Tuan Haji Ali Jaafar, Bendahari  Che Zam Mohd Tahir dan Mat Piah Teh Deris.

Keenam beradik anak yatim piatu itu kini dijaga oleh bapa saudara mereka Zulkifli Abdul Rahman yang terdiri  Mohd Syarul Mohd Nor Azlan, Norsuhaida Mohd Nor Azlan, Nor Syarimia Mohd Nor Azlan, Mohd Syuhairi Mohd Nor Azlan, Norsyurah Mohd Nor Azlan dan Mohd Syuhaizan Mohd Nor Azlan.


DAIM DAN MAHATHIR....
Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang serap telah mejangkakan bahawa serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pastinya umum akan merujukannya sebagai arahan serta mendapat keizinan dari Perdana Menteri  Datuk Seri Najib .

Dengan mudah orang di tepi jalanpun akan membuat kesimpulan demikian  kerana sudah menjadi rahsia umum bahawa media perdana NST,Berita Harian ,TV3 dan juga Utusan Malaysia adalah di tangan UMNO yang menerima arahan penting  dari Jabatan Perdana Menteri atau terus dari Perdana Menteri dari masa kemasa.

 Apabila TV3 terutamanya menggunakan pemimpin-pemimpoin pembangkang untuk mengancam  Tun Daim kerana sejarah lamanya ,maka saya nampak ini bukanlah suatu  permaianan politik atau perang sarap yang bijaksana tetapi merupakan permainan politik yang kotor,tidak beretika,tidak profesional  dan sangat rendah caranya dan kualitinya yang tidak sepatutnya datang dari Jabatan Perdana Menteri.

Saya mengakui hak Datuk Seri Najib untuk menjawab semua kritikan terhadap pemerentahannya oleh  Tun Daim Zainuddin  dan juga Tun Dr.Mahathir  dan kawan rapat Tun Daim, A.Kadir Jasin tetapi media yang dianggap sebagai suara  rasmi UMNO  tidak seharusnya sampai kepada taraf menyerang peribadi dan menampakan seolah-olah Najib berada dalam keadaan berperang dengan Tun Daim atau Tun Dr.Mahathir.

Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang Mahathir tetapi  saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Tun Daim kerana menyokong pandangan bloger A.Kadir Jasin dalam posting terbarunya yang melihat bahawa kecaman terhadap Tun  Daim oleh Kumpulan Media Prima itu akan menikam balik Datuk Seri Najib  dan menghakiskan lagi kewibawaannya.

Saya melihat ini semata mata dari segi profesionalisme dan juga pengalaman masa lalu.

Bagaimanapun saya percaya Tun Daim dan juga Tun Dr.Mahahtir sebagai pemimpin  berwibawa yang dihormati tinggi oleh rakyat Malaysia dan Antarabangsa tidak   akan menggunakan cara yang paling tidak terhormat untuk mendedahkan maklumat yang dikatakan oleh A.Kadir Jasin lebih menyelerakan mengenai  Datuk Seri Najib yang  dipunyai oleh mereka.

Kata Kadir  “Kalau mereka kata mereka ada maklumat 'juicy' (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka,” tulisnya  di blog kadirjasin.blogspot.com -

28 comments:

  1. Dah semakin 'bangang" gerak kerja Najib sekarang. Itula perkataan "bangang' itu kan dah balik pada diri sendiri. AH JIB GOR sudah tidak relevan kepada UMNO & rakyat M'sia. Sesungguhnya Najib telah gagal dalam UMNO & M'sia. Tolong berundir Najib sebelum rakyat & UMNO mem"bangang"kan kamu.

    ReplyDelete
  2. Mana semua blogger yang telah berkempen untuk menjatuhkan Abdullah dahulu. Kenapa sekarang seperti menjilat Najib tak sudah. Lain kali kalau nak jadi blogger biarlah tak bertuan, kalau dibayar maka sepertilah "anjing" menjilat tuan walau tuan itu busuk dan "bangang". Kenapa tak buat satu gerak kerja untuk turunkan Najib.

    Pengundi UMNO Changkat Jong Perak

    ReplyDelete
  3. TS...
    Jelas.. pwmimpin UMNO ada sejarah hitam
    Undi kami hanya penting masa PRU jer
    X ada bezalah kalau Peliwat pun jd PM !!
    Semua sama...
    Baik dr UMNO
    Ataupun dr munafik dlm PAS
    PKR peliwat lglah, hamba yahudi tu...
    DAP kapir komunis dah sah dan jelas agenda dia..

    Habis... pemimpin lagu mana yg ada lg ?
    Semua x boleh harap....

    Mat Umno Pendanf

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Mat Sabu ?????
      Tu lg teruk
      Hamba DAP...
      Muka bu@#t Mah !!

      Delete
  5. Betullah macam rakan lain kata.Najib sedang mempekuatkan orangnya dari group SETIAKAWAN.untuk menghadapi cabaran ini.
    Hebat askar upahan ini.

    ReplyDelete
  6. Tan Sri,

    Pemimpin dalam ketakutan akan bertindak sedemikian. Pemimpin yang tidak melakukan kesalahan tidak akan mengambil tindakan sedemikian.

    jelas sekali Najib hidup di dalam ketakutan. Itu saja. Kerana banyak benda yang tak betul yang beliau lakukan.

    semuga Allah swt memberi pertunjuk kepada Najib dan Rosmah.

    ReplyDelete

  7. INI SEMUA KERJA HABIBUL.

    HABIBUL.

    HABIBUL

    HABIBUL

    ReplyDelete
  8. CT ahjibgor mmg bangang tahap gaban. Macam no 1 jugak. Sekilas baca komen. Sedih boleh menangis air mata darah. Lg teruk drpd redbean armies. Brapa Umno bayaq depa?

    ReplyDelete
  9. adakah najib anggap m'sia kuarga dia punya....

    ReplyDelete
  10. Orang kita mengomen pemimpin cukup pandai. Bangga lah sikit orang melayu masih jadi PM, terjaga juga kepentingan melayu dan ugama islam. Takkan lah itu nak diruntuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan x bangga bang

      Tp bila Bangang lg menonjol.. itulah masalahnya...
      Klu org PR x suka lantaklah.. puak2 x guna tu cuma tau nak bangkang saja
      Org2 PAS pulak sejak merangkak dah diajar benci UMNO.. susah dah nak ubah walau Kerajaan buat baik mcmn pun
      Org DAP.... dah memang dlm darah daging puak2 sepet tu sifat hamba duit. Duit adalah segalanya.. nak hidup ker.. nak mati ker... semua duit. Tipu tokong dia pun sanggup. Bg limau plastik !! Selagi x dpt pegang duit negara, depa akan buat apa saja..
      Yg dalam PKR x yah ckplah.. Anwar is everything.. bini aku bini aku. Bini hang pun bini aku... jantan betina sama saja... depan blkg x ada beza !!

      Tp masalah besar timbul.. bila irg BN pun x suka kerajaan.. org yg undi kerajaan dlm PRU !!.. Ni dah kira berat.
      Org dah makin meluat dan menyampah tgk menteri2 dan pemimpin sampah di sekeliling PM..
      Dgn kecanggihan IT dan zaman Info moden... jgn ingat boleh senang2 bodohkan kami
      Selagi ada mangkuk2 ayun mcm Hishamudin... KJ Rasuah.. Malek Ayam.. Maslan Bentley.. dan yg lain2...
      Org BN dah makin muak.. makin hari makin fedup... tp takkan nak p sokong laknat2 dlm PR kot...

      Jgn lupa.. klu dah makin meluat.. PRU nanti.. ada yg dok rumah jer...
      dan yg dok rumah tu.. yg penah bg undi dlm PRY lepas2 pd BN !!

      Ada Najib kesah ? X rasa dia kesah pun...

      Delete
    2. haha..betoi..betoi tu.

      Delete
    3. hang tak jadi PM hang mana tau bro...bukan senang nak jaga hati semua org...

      Delete
    4. kpd "aku" 18:24;

      kita rakyat biasa.. bckp ttg ketidakpuasan hati rakyat..

      kesusahan pemimipin mentadbir dan menjaga hati suma org, itu sudah menjadi tanggungjwb mereka..

      kpd anon 6:38;

      kita pilih dan undi pemimpin kerana mereka bijak..

      bangga juga kerana mereka melayu..

      tp muktakhir ini, pemimpin sedia ada sudah nmpak "layu".. keistimewaan melayu sudah acap kali cuba digugat parti lawan.. keutuhan agama islam di bumi tcinta ini sudah kerap kali di permainkan..

      adakah masih lagi ingin berasa bangga dan membela pemimpin sedia ada ini? fikirkan..

      Delete
  11. Salam Tan Sri.

    Umum sudah tahu keupayaan Najib memimpin.

    Cukup lemah...malah memudaratkan bangsa dan ugama.

    Bila PakLah begitu...dia setakat 1 penggal ditunjuk pintu....tutup buku.
    'End of story'.

    Kini Najib...lagi teruk tetapi...dan tanda2 dia memudaratkan negara..bangsa dan ugama telah sedikit demi sedikit terpampang.

    Tetapu masih tak mahu lepas kuasa.

    Bagaimana sdra rasa?

    Org kata berbuih mulut...rakyat...bloggers..Tun M..Tun Daim...TanSri Rashid...hingga report polis dibuat tentang dasar dia...dan tentang keperibadian....kelemahan dsb ..semua tentang dia belaka.

    Tetapi tidak diendahkan langsung...seajan2 negara hak dia.

    Ini tidak baik...ini sikap penting diri dia dan keluarga sahaja.....mana mungkin boleh dibiarkan lagi !!!!!!!!!

    Memang tidak semudah itu untuk menyahkan dia...tetapi usha wajar dilakukan ASAP.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Kito ni asik asik cakap rasuah, montori rasuah, wakil rakyat rasuah buang maso yo. Biarlah SPRM buek kojo dio. Kalau boto ramai dah montori kono tangkap. Kito pun boleh repot kalau ado bukti. Semua tu persepsi pembangkang yang di onar onarkan supaya rakyat percayo. Sekarang ni kalau kito sayangkan negaro ini samo samo lah kito bersatu supaya kito mudah digugat. Yang remeh temeh tu tak payahlah. Sampaikan Najib pakai jet kerajaan pun jadi masaalah. ngabihkan boreh yo. ingat ingat yooo.........PR14 dah tak lamo. Banyak bondo lain lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib layak sebagai PM pakai jet kerajaan tetapi isteri tidak boleh gunakannya sehingga Najib terpaksa balik dengan kapalterbang commercial. Takkan jet rosak nak baiki berhari hari dan akhirnya di ketahui jet kerajaan pusing dunia untuk bini shopping. bolehkah. Ini bukan cerita karut tetapi di pantau didunia siber ini.

      Delete
    2. Anon 15/1/15 - 13.09,

      Apolah ompongnyo ekau ni..buek malu oghang kampong yo...

      Delete
  13. Boto ke cerita tu, kau tu dongar cakap orang yo, kau tengok ke Rosmah pergi shopping naik jet tu. PM bukan pergi seorang ado pengiring dio. Cuma pilot yang bawa kapal terbang tu yang tau cerita sebenar, kapal terbang rosakke atau buat service. Jangan mudah terpodayo dengan RBA tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 15/1/15 - 15:19,

      Ha...ni sorang lai....aisehhh....

      Caro ekau berfikir ni caro oghang sebelum perang dunia pertamo...

      Den tak kisah ekau nak pertahankan sosiapo.....tetapi bia lah nampak bertamadun sikit.....bia lah oghang yang kito belo tak raso malu....

      Atau ekau ni Anon 15/1/15 13.09?....kok samo tak dapek den tolong ee...

      Delete
    2. susah nak mati esok2...kalau keje asyik buat fitnah...yg kena kutuk,maki, terus dapat pahala berbakul2...wallahuallam.

      Delete
    3. Data flight radar tak boleh edit der... Sekarang ni bukan zaman mesej dihantar dengan Moorse Code! Nak tepis, biar nampak logik sikit.. Cuba beri alasan yang munasabah kenapa pesawat tu perlu terbang keliling dunia dengan "pit stop" menarik untuk sampai ke Malaysia?

      Tapi kalau rasa undi kami kepada BN selama ni tak laku, tak penting, teruskan je la perbodohkan kami. Kami pun akan buat bodoh, tapi kami tak bodoh!

      Delete
  14. Kau orang cakap kau tu bertemadum, nak bincang perkaro yang remeh, tentang jet, tentang shopping, tak cerdik betul. Banyak isu lain yang perlu diselosaikan. Kau tengok budak melayu sekarang, macam kes di um baru ini. bolajar tak habis dah nak masuk politik. Nak tunjuk pandai konon. Pado den lah kau patut komen kerajaan supaya kotatkan balik akta kolej dan universiti tu saperti yang dibuat DRM. Masa Dr M mana ada pelajar berani nak buek demo, lawan kerajaan. Boto tak. Sepatut di Universiti mereka belajar dapat kelukusan cermerlang. Bakat kepimpinan boleh dilatih kemudian dan datang semulo jadi. Dah kojo tu masuklah politik baru boto. Den sodih yang semua terlibat melayu. Patut bondo bondo macam ni yang kau bincang. Bukan pasal jet, pasal shopping. tak cerdik orang kito ni.

    ReplyDelete
  15. Kebanyakan yg komen dekat sini nie...jgn2 pembangkang kot belakun sebagai pro kerajaan.....

    **Persoalan : kenapa semua yg kata macam2 dan tuduh mcm2 dkt Najib tak

    sertakan dengan bukti jika ia benar?

    Dan jika benar kenapa tak pegi buat report polis?

    Jawapan dia sebab = fitnah .

    Org yg bercakap benar dia akan sertakan bukti. Sigh ...period.

    ReplyDelete
  16. Tak perlu report polis.
    Kalau sudah tak mahu dengar.Tunggulah PRU 14 nanti.
    PRU 13 dapat popular 47% saja.
    PRU 14 kalah terus.Setakat undi UMNO saja pun tak perintah Malaysia tanpa undi dari orang tanpa parti.
    Jangan sampai kalah baru nak menyesal.
    Kenapa kerajan senyap saja tak ber jawapan dgn segera dan fakta.
    Kenapa diam.Rakyat nak dengar penjelasan.Yang betul kita sokong.Tak betul kena kata tak betul
    Kenapa DS Najib dan kerajaan cuma diam bila isu-isu dibangkitkan.
    Apa dah jadi.Bukan pembangkang saja yang bangkit perakra yg tak betul.Malah orang UMNO sendir pun cakap isu yang sama.Terutamanya orang UMNO yang ada ilmu pengetahuan.Bukan jenis orang UMNO yang selesa dengan gula,kopi,beras dan kain pelikat serta BRIM dan hamper.

    Kerjaan kena pro aktif menjawab segala isu yang dibangkitkan.Berri penjelasan segera.

    Baru OK.

    ReplyDelete
  17. Kalau dah kedua pihak dakwa masing2 ada maklumat 'juicy' (mengiurkan), SIAPAKAH yg untung bila semua juicy itu terbarai ... Fikir2kan semua

    ReplyDelete
  18. Yang saya bimbangkan sekarang ialah jika Sirul yang dihukum gantung kerana membunuh Attantuya yang sekarang berada di Brisbane akan mendedahkan apa yang mendorongkan mereka melakukan pembunuhan.
    Seperti yang ditulis oleh Malaysiakini hari ini23 Januari dia berada di Brisbane dan tentunya dia tak mahu balik untuk digantung dan takkan dia tak ceritakan hal sebenar pada pihak berkuasa Australia dan kerajaan Australia boleh jadikan rahsia ini untuk black mail negara kita. Kata Malaysiakini is not possible for an evil to expose anather evil

    ReplyDelete