Wednesday, 31 December 2014

API DALAM SEKAM DI JABATAN PERDANA MENTERI

PANDANGAN  A KADIR JASIN TERHADAP UNIT KOMUNIKASI

1. Sdr Zam, benar macam kata saudara iaitu Unit Komunikasi JPM perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai PM bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar.

2. Tetapi saya yakin Saudara sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf.

3. Sebelum Mohd Najib naik jadi PM, saya dan beberapa orang wartawan kanan menemui beliau dan antara yang kita sebutkan kepada beliau ialah peri pentingnya menangani pengaliran maklumat.

4. Saudara dan saya pasti nostalgia mengenai pertemuan berjadual yang berlaku antara para pengarang dan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Di belakang tabir kita berbincang dan berbahas secara terbuka. Kita bersetuju dan tidak bersetuju.

5. PM sekarang mempunyai ramai pegawai dan penasihat media, termasuk dari luar negara. Mungkin kerana terlalu ramai dan mereka pula setia atau takut kepada banyak pihak, maka tidak ada kata sepakat menangani sesuatu masalah atau krisis.

6. Para pengarang dan wartawan pula tidak mempunyai kuasa mutlak lagi. Mereka memberitahu saya yang mereka terpaksa akur kepada banyak "wahyu".

7. Bayangkan kemungkinan bukan semua "wahyu" ini memihak kepada PM. Apa kata ada di kalangan mereka yang bermain kayu tiga dan menjadi api dalam sekam?

Wallahuaklam.

Terima kasih.

Friday, 26 December 2014

MENTERI PERTAHANAN PULANG HANYA SETELAH DIPANGGIL












HISHAMUDDIN TUNGGU PANGGILAN NAJIB.
KOMEN: Adakah Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Hussein Onn perlu menunggu panggilan Perdana Menteri baru hendak pulang bagi membantu kerja- kerja membantu mangsa banjir  yang di bawah tanggungjawab beliau. Rakyat dalam kecemasan mengingatkan tentera  sebagai harapan utama mereka. Semua ini harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calun Perdana Menteri- Anak Kelantan


Gambar  Sultan Perak ,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim membuat tinjauan ke kawasan ditenggelami banjir di Kampung Labit Lenggong bersama Menteri Besar  Perak Zambri Abd. Kadir juga menimbulkan perasaan marah  rakyat terhadap Perdana Menteri.

Lebih buruk anggapan ramai terhadap  kepimpinan Najib apabila Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Hussein yang juga bertanggungjawab diatas pertahanan awam tidak kelihatan  ditengah mangsa banjir yang sedang menghadapi berbagai kesulitan; kelaparan,keputusan makanan dan minuman, kehilangan harta benda  dan ancaman maut. Di manakah beliau berada? Hishamuddin  sepatutnya berada dalam negara sekalipun berhak untuk bercuti merehatkan badan di mana- mana.

Mustahil Jabatan Kaji Cuaca tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri atau kabinetnya terhadap kemungkinan Malaysia akan menghadapi cuaca buruk,hujan lebat,taufan dan banjir besar  dan kemungkinan dilanda bencana.

Rakyat telahpun maklum setiap hujung tahun, menteri menteri kabinet  mahu merayakan Krismas dan menyambut tahun baru  dalam suasana yang lebih selesa,lebih bebas,lebih seronok terutama mereka dari anak anak keturunan elit yang biasa tinggal lama di UK tetapi kabarnya tahun ini mereka bercuti di Dubai(?).

Hishamuddin Hussein telah muncol sebagai jururucakap yang berkaliber besar dalam menyampaikan maklumat kemalangan MH370  sehingga kerana itu dia diberikan kelayakan oleh seorang wartawan dan kolumnis terkenal The Star untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi kehilangannya ketika 100,000 lebih rakyat di akar umbi berada dalam bencana menimbulkan seribu keraguan terhadap  keperitahinannya menjiwai  harapan rakyat.

Nasib baik Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yasssin berada dalam negara dan sedang cuba meyakinkan rakyat  bahawa Najib terpaksa  bercuti  setelah berkerja keras untuk negara dan beliau telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan bencana yang sedang dihadapi negara.

Dalam keadaan genting, rakyat  memerhatikan dari dekat dengan  sikap yang kritikal  saamada Tan Sri Muhyiddin Yassin berwibawa dan  berkaliber untuk memikul tugas yang sepatutnya di jalankan oleh Perdana Menteri.

Penilaian ini sangat  penting untuk masa depan rakyat dan negara dalam keadaan kepimpinan yang tidak stabil dan tidak menentu sekarang ini.



TERKINI: Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin hari ini ( 29 Disember 2014) telah  mengadakan lawatan ke kawasan - kawasan yang dilanda banjir di Kelantan dan menemui mangsa -mangsa banjir dengan diiringi oleh pegawai -pegawai dan anggota tengera yang menjalankan kerja kerja memberi berbagai  bantuan.




Wednesday, 24 December 2014

25 MELAYU TERNAMA ANGGAP UMNO TIDAK PEDULIKAN KAUM LAIN DI NEGARA INI.

Bekas Duta yang menjadi jurubicara kepada 25 orang Melayu ternama,  Datuk Noor Farida Ariffin meanggap suara rhetoric di Perhimpunan  Agung UMNO baru baru ini tidak mengambil kisah terhadap  kewujudan  bukan Melayu di negara ini.

Katanya " kita mempunyai keutamaan; hak istemewa  dan kedudukan Bahasa Malaysia yang tidak boleh dicabar tetapi kita masih tamak dan kita mahu  menapikan hak kaum lain di negara ini (Lihat interviu penuh dengannya di  Sunday Star 14 Disember 2014).

Ini adalah pandangan berat sebelah seorang Duta . Benarkah orang Melayu menapikan hak bukan Melayu di negara ini? Bukankah rhetoric Melayu itu  kerana  cabaran terhadap hak hak mereka yang termaktub  dalam perlembagaan.

Sesudah lebih 50 tahun merdeka,hak mereka telah diganggu gugat, dihina dan dicabar  oleh bukan Melayu malah social kontrak sudah tidak dihiraukan sehingga keperingkat  seolah olah mereka tidak lagi terhutang budi kepada  Melayu  sebaliknya Melayu yang terhutang budi kepada mereka.

Ini samalah dengan sifat Tan Sri- Tan Sri dan  Datuk -Datuk  yang sesudah bersara melupakan  keistemewaan  yang diberikan dalam masa perkhidmatan kerana mereka  seorang Melayu sedangkan pada masa yang sama ramai juga bukan Melayu yang lebih layak untuk menjadi duta  dan sebagainya dari mereka sendiri.

Mereks ini   baru  nampak ketidakadilan  kepada orang lain setelah kemabukan dan  kekenyangan.Inilah kaduk naik junjung dan  kacang yang lupakan kulit.

Sunday, 21 December 2014

APA SALAHNYA ORANG ISLAM SOLAT DI KUIL HINDU DI TOKONG CINA DAN DI GEREJA

25 MELAYU TERNAMA CEMARKAN  IMEJ NAJIB DI KALANGAN ISLAM DAN MELAYU

Walaupun peristiwa ini telah lama berlaku tetapi   25 Melayu Ternama telah membangkitkan semula sebagai suatu kesilapan di pihak orang Islam meruntuhkan sebuah surau di Mersing Johor hanya kerana segelintir penganut Budha bermiditasi  disini.

Jurucakap bagi 25 orang ternama ini yang juga bekas duta,Datuk Noor Farida Ariffin  telah membela perbuatan mereka itu (Lihat interviu khas dengan Sunday Star 14 Disember 2014) dengan mendakwa mereka tidak membawa sebarang patung- patung  dan dia manasihatkan orang Islam supaya kembali membaca sejarah Nabi Muhammad SAW tentang baginda membenarkan rombongan Kristian melawat Madinah dan membenarkan mereka sembahyang di masjid.

Noor Farida bertanya: Kenapa mereka tidak mahu ikut jejak langkah nabi ini.

Harus diingatkan orang Islam dan bukan Islam telah hidup bersama di negara ini  sekian lama dengan saling  hormat meghormati antara  satu sama lain dan  mempunyai rumah ibadat agama masing masing . Orang Islam bersembayang di Masjid,orang Cina di Tokong ,orang India di Kuil Hindu  dan penganut agama Kristian di Gereja.

Ini adalah social order yang  telah diterima sebagai norm dan nilai yang tidak pernah menjadi persoalan, tidak pernah menimbulkan masalah dan sengketa, dihormarti bersama. Maka itu bila sesuatu yang di luar  norma berlaku  maka tentulah menimbulkan kemarahan orang Islam  dan dianggap sebagai pencerobohan  terhadap social convention .

Apa yang jelas dari kenyataan Noor Farida ini ialah sikap ultra liberalis Melayu yang  tidak mempedulikan sensitiviti orang Islam dan Melayu  kerana nafsu besar hendak menunjulkan diri sebagai orang yang bersama dengan gulongan liberalis dan sekularis bukan Islam dan dan bukan Melayu  dan langsung tidak mengimbanginya dengan perasaan orang Islam.

Adakah Noor Farida memikirkan bagaimanakah pula jika orang Islam tiba- tiba pergi bersembahyang di Tokong Cina , di Kuil  Hindu atau di Gereja Kristian di negara ini.Tidakah mereka akan dianggap sebagai hendak memaksa Islam keatas orang bukan Islam atau hendak menceroboh rumah ibadat suci agama lain di negara ini.Inikah pemikiran  seorang bekas deplomat.Inikah diplomatic decorum?(Kesopanan diplomatik)

Jika fikiran ini datang dari bukan Melayu atau  DAP maka tentulah ia dianggap sebagai provokasi terhadap Islam dan Melayu, suatu perbuatan menghasut  yang amat jahat  tetapi oleh kerana datang dari seorang Melayu  dan Islam yang pernah berkedudukan tinggi dalam masyarakat dan negara maka pekara ini hanya di pandang sepi oleh Kementerian Dalam Negeri.

Ini adalah suatu contoh betapa 25 Melayu Ternama ini telah menambah  masaalah kepada  Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang  belum keluar dari trauma hasratnya hendak menghapuskan  Akta Hasutan 48 walaupun beliau telah membatalkan hasratnya itu. Mereka tidak memahami proses sosial dan politik negara ini di  akar umbi kerana berada sekian lama di awan dan terpisah dari negara asal sekian lama.

Apa yang mereka lakukan  memburukan lagi imej Najib  kerana kalangan ini disyaki sebagai disokong oleh Najib.

Perbualan umum  mengatakan bahawa kemuncolan 25 Ternama Melayu( Prominent Malays) ini adalah diinisaitifkan  oleh GMM( Global Movement Of Moderate) yang pengerusinya  ialah Tan Sri Razali Ismail bekas Presiden Bangsa Bangsa Bersatu,CEOnya ialah liberalis UMNO Saifuddin Abdullah bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan anggota lembaga pengarahnya  ialah CEO The Star yang juga bekas Ketua Pengarang akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai.

Tidak heranlah kalau The Star mempromosikan 25  Melayu Ternama  ini dengan matlamat untuk menutop hasrat tersirat   The Star yang merupakan juara  ultra liberal,ekstremis dan bigot bukan Melayu dengan menggunakan orang Melayu dan Islam untuk  menuding jari kepada orang Melayu dan Islam.

Dalam posting akan datang saya akan menunjukan bukti bagaimana 25 Melayu Ternama Ini menghina UMNO dengan mendakwa UMNO  meanggap tidak ada bukan Melayu di negara ini disamping mengecam semua Institusi  Islam dan juga Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir.

Adakah Najib sedar akan pekara ini?. Kita tunggu dan lihat.

UMNO WAJAR LANCARKAN KUTIPAN DERMA BANTU UTUSAN BAYAR SAMAN MB PAHANG

Orang-orang UMNO atau bahagian-bahagian UMNO yang menilai Utusan Malaysia sebagai satu-satunya suara berani rakyat, sewajarnya mengambil inisiatif melancarkan kutipan derma untuk membantu Utusan Melayu Malaysia Berhad yang menghadapi saman malu RM 15 juta dari Menteri Besar Pahang yang mendakwa Utusan memfitnahnya melalui artikel bertajuk “Hebat sangatkah Adnan?’.

Ini adalah merupakan saman yang bersejarah kerana bagi pertama kalinya seorang Menteri Besar UMNO menyaman suara UMNO atau orang UMNO saman UMNO ketika Utusan telahpun di demoralisekan dengan kekalahan beberapa saman malu dari pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Terkini Utusan diperintah membayar RM250,000 kepada penasihat DAP Lim Kit Siang.

Saman Menteri Besar Pahang ini akan menyebabkan Tabung Bantuan Ibu Pejabat UMNO kering dan terpaksa mencari wang untuk membayar RM 15 juta kepadanya sekiranya beliau menang dalam tindakan samannya itu.

Oleh kerana tidak disokong dengan kekuatan penjualan iklannya walaupun pengedarannya terus meningkat dan lebih tinggi dari akhbar-akhbar Melayu lainnya maka Utusan terpaksa dibantu oleh tabung parti dari masa ke semasa.

Inilah masanya seluruh ahli UMNO menunjukkan penghargaan mereka kepada Utusan Melayu atas sumbangan gigihnya yang tidak henti-henti bagi membantu kepentingan politik UMNO dan rakyat yang anti rasuah dan penyelewengan.

Sokongan ahli-ahli UMNO menerusi pelancaran kutipan derma Utusan di seluruh negara akan meningkatkan maruah dan semangat para wartawan Utusan untuk terus membongkar segala penyelewengan yang berlaku di Negara ini tanpa memileh bulu.

Dari Berita Harian On Line

MB PAHANG SAMAN UTUSAN KERANA
ARTIKEL “HEBAT SANGATKAH ADNAN”?

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Berhad kerana memfitnahnya melalui artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan"?.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Disember lalu melalui firma guaman Tetuan Americk Sidhu.

Sementara itu, Bernama melaporkan writ saman diperoleh media hari ini dan Hakim Yeoh Swee Siam menetapkan 6 Januari depan untuk pengurusan kes.

Monday, 15 December 2014

SIAPAKAH NAKHODA YANG DI MARAHI SEHINGGA KAPAL MAHU DIBAKAR

BERAT DAKWAAN  ZAHID KE ATAS TAN SRI RASHID


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan gesaan yang dibuat bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menuntut perdana menteri berhenti daripada menipu rakyat, sambil mendakwa kemungkinan ada 'benda' yang tidak diperolehi Rashid.


Menteri dalam negeri itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas beliau bersara daripada perkhidmatannya.


"Masa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu, adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden PDRM di Kuala Lumpur, hari ini-Malaysian Insider


Bagaimana pula dengan kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad di Pesidangan Agung Tahunan Kelima Perkasa bahawa" kita cuba perbetulkan UMNO tapi jangan sesekali kerana marahkan nakhoda,kita bakar kapal" Siapakah Nakhoda yang dimaksukan oleh Tun?




Sebenarnya kapal tidak perlu dibakar tetapi jika anak anak kapal cepat marah maka nakhoda akan kehilangan haluan dan kapal akan melalui gelombang yang semakin besar dan akan tenggelam dengan sendirinya.


Jika Tan Sri Abdul Rashid mengeluarkan kata- kata itu dengan niat ikhlas untuk membetulkan UMNO supaya kapal tidak dibakar ,maka beliau tentunya memandang serius dan berat sekali dakwaan terhadapnya sebagai berkepentingan kerana datang dari Menteri Dalam Negeri yang semestinya mempunyai segala maklumat dan bukti yang kukuh dalam membuat sesuatu tuduhan dan tentunya bertanggungjawab di atas kenyataannya.






Sunday, 14 December 2014

ANTARA HASUTAN GUNA " ALLAH" DI PULAU PINANG DAN PEMBAKARAN BIBLE

KEMPEN MODERATION  STAR MEMBISU TERHADAP GUAN ENG.

Bagi CEO The Star dan juga bekas Ketua Pengarang akhbar ini Datuk Wong Chun Wai , Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng yang telah menghina perundangan Islam dengan menidakkan kuasa agama Islam keatas bukan Islam adalah menepati hasratnya untuk menegakan Moderation ala Star di negara ini.


Suara Guan Eng yang mengatakan orang bukan Islam di Pulau Pinang berhak menggunakan perkataan Allah yang berarti menidakan kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung tidak ekstrim kepada Wong tetapi yang ekstrim ialah Ibrahim Ali yang menganjurkan pembakaran Bible.

Pemberian hak kepada rakyat Pulau Pinang oleh Guan Eng itu disanggah sertamerta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan penjelasan bahawa kuasa dalam hal ini tidak terletak di bawah ketua menteri atau menteri besar sebaliknya dalam bidang kuasa Yang Di Pertuan Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Agama.

Keceluparan Guan Eng ini tidak dapatt dirasakan oleh Wong sebagai seorang Cina Kristian tetapi amat dirasakan terhina dan tercabar oleh orang Islam di negara ini yang meanggapnya sebagai suatu hasutan untuk penderhakaan.Kepada CEO The Star yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Seri Wong


Kata Mufti Pahang Datuk Adul Rahman Osman perbuatan itu menghina agama dan pihak berkuasa agama Islam kerana samada orang Islam atau bukan Islam mesti akur dengan keputusan Majlis Fatwa.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr. Wan Mohd Noor meminta Guan Eng merujuk kepada mereka yang pakar jika beliau tidak memahami Enakment Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

CEO Star tetap tidak mempedulikan  sentiviti umat Islam dalam pekara  ini walaupun beliau  sendiri telah mendengar penjelasan daripada Duli Yang Maha  Mulia Sultan Selangor mengenai pengharaman  pengedaran  Bible  dan perkataan Allah itu di negeri ini . Maka itu beliau tidak merasa perlu untuk mengkritik Guan Eng malah tidak membesarkan berita ini kerana hendak melindungi Guan Eng tetapi jika sesuatu yang bersifat sensitif kepada bukan Melayu beliau akan  memenipulasi dan mengexploitasinya habis-habisan.

Lebih hebat lagi dalam akhbar The Sunday Star harini  beliau mengistiharkan dirinya sebagai mewakili rakyat Malaysia yang menentang politik  membenci,kaki buli rasis dan pelampau  seolah - olah orang Melayu tidak nampak wajah talam dua mukanya.

Percayalah dia tidak boleh hidup dengan muka ini selamanya kerana rakyat Malaysia yang anti perkauman  dan anti ultra liberalisme lebih besar dari kumpulan moderation ala The Star yang cuba menggambarkan diri mereka lebih besar dan lebih penting dari yang sebenarnya.

Kenapa beliau tidak bersikap seimbang dan hanya nampak kepentingan kebebasan yang  bukan hak kepada bukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan  dan tidak hak orang Islam yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seluruh orang Melayu dan seluruh ahli UMNO harus sedar apa yang dilakukan oleh akhbar  The Star khususnya CEOnya  adalah lebih  banyak mendatangkan  masalah kepada perjuangan solidariti antara MCA dan UMNO malah lebih merosakan imej Datuk Sri Najib yang belum dapat keluar  sepenohnya  dari kesan ura -uranya  hendak menghapuskan Akta Hasutan 48 walaupun dibatalkan. Malah dalam hal ini The Star tidak bersungguh - sungguh untuk membantu memulihkan  kerosakan yang turut dilakukannya  sebaliknya terus menimbulkan keraguan terhadap matlamat suci Akta Hasutan itu.

Datuk Seri Najib sedar atau tidak sedar Kempen Moderation The Star ini   telah disekutukan dengan  Jabatan Perdana Menteri dan khabar yang heboh diperkatakan ianya  mendapat sokongan kuat dari Perdana Menteri. Keyakinan ini bertambah besar apabila  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir turut menyarung baju Moderation Star.

Wong  sekarang sedang tenggelam dalam keseronokan dan keegoaan  Hero of Moderation ala The Star sehingga terlupa bahawa perbuatannya itu  mirip sokongan kepada cita-cita DAP dan memudaratkan imej  Datuk Seri Najib. terutama di kalangan orang Melayu sendiri yang diperlukan oleh Najib  untuk terus menjadi PM. Star tidak membantu dalam hal ini sebaliknya lebih banyak mendatangkan mudharat.






Friday, 12 December 2014

MENTERI AGAMA SARUNG BAJU MODERATION STAR YANG PENUH HIPOKRASI

KENAPA HANYA DIPROJEKAN  ISLAM  DAN TIDAK CABARAN DARI BUKAN ISLAM

MELAYU BUTA DAN HAPRAK PADA PANDANGAN TAN SRI RASYID (lihat berita di bawah)

Komen: Adakah Tan Sri tujukan kepada  beberapa orang diantara  25 Melayu ternama yang tiba-tiba mempunyai  kesedaran politik terhadap bangsa dan agama tetapi nampak macam rusa masuk kampong- Nasution KL

Pemerhati sosial dan politik yang tajam pemikirannya dan sensitif  dengan kesedaran nasional akan dapat merasakan bahawa kempen   MODERATION  yang sedang  dijalankan oleh  akhbar The Star menerusi manipulasi berita,rencana ,pengajuran  forum dan sebagainya telah berjaya memprojekan perundangan Islam dan nasionalisme sebagai masalah besar  kepada pembangunan  masyarakat wasatiyyah  di negara ini.

Tanpa sedar  atau  kerana tidak dapat membaca ajenda tersembunyi atau yang tersirat ,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) , Jamil Khir  dengan bangga menyarungkan baju moderation The Star bersama dengan anggota anggota  Jawatankuasa Kabinet untuk Agama dan Harmony.Bilakah jawatankuasa ini ditubuhkan?(Lihat gambar di Star muka 16,  10 Disember 2014).

Jamil Khir tentunya tidak nampak hipokrasi disebalik kempen moderation ini kecuali jika beliu meneliti sebahagian besar berita  dan rencana sosial dan politik yang tersiar di akhbar ini.

Disebalik  jargon moderation  yang gagah  ini , saya ingin bertanya  akhbar manakah yang membesarkan berita bantahan  paderi -paderi Sarawak terhadap larangan bertulis di Bible yang dicetak di Selangor dari diedarkan di Selangor?.

Baginda Sultan Selangor menjelaskan bahawa larangan itu bertujuan supaya cetakan di Selangor tidak di bawa kembali ke Selangor kerana bersalahan dengan Enactment negeri Selangor 1988.(lihat Star 11 Desember 2014 muka 2 tetapi hal ini tidak ditunjulkan)

Star 13 December 2014 menerbitkan berita belum rasmi mengatakan kerajaan Melaka  mahu memaksakan tulisan jawi pada papantanda  semua sekolah termasuk sekolah- sekolah Kristian (missionary). Ini adalah provokasi yang disenghajakan untuk menimbulkan kemarahan bukan Islam sedangkan pekara itu belum ada pengesahan dan dinapikan oleh pihak berkenaan.

 Jawi adalah Arabic script yang dianggap sebagai tulisan Islam tetapi orang Cina tidak sensitif untuk tujuan perniagaan, banyak kedai kedai Cina yang menggunakannya termasuk di KLCC. Inilah cara halus Star  memainkan kebencian orang Cina kepada Islam dan untuk menunjukan tindakan melampau orang Islam. Sepatutnya pekara sensitif bagini tidak disiarkan kecuali telah rasmi.Akhbar bukan media social apatahlagi akhbar ini didukong  oleh MCA. Bagitu mudah Star terlepas  memainkan api perkauman dan agama. Beri pubisiti pada menteri menteri, semua dilupakan.


Star 8 December 2014  siarkan berita bertajuk  Debate on Islamic laws welcome  di muka 6 kerana menurut anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyokongnya, undang-undang Islam   mulai melibatkan sensitiviti bukan Islam tetapi  tidak dipromokan pula sokongan kepada Akta Hasutan 48 supaya Star khususnya tidak mendakwahkan kepada orang Islam untuk  turut merayakan hari Esterday . Star pernah berbuat demikian diatas Keretaapi Tanah Melayu yang terpaksa dinapikan oleh KTM sebagai anjurannya. Jika di Singapura pengarang akhbar ini telah ditangkap.

Star 10 December 2014 menyiarkan berita Support call for dialogue on Islam  yang antara lain tentang 25 orang ternama terrdiri dari bekas pegawai pegawai tinggi kerajaan  yang  kesal berlakunya pertikaian  aplikasi  undang -udang Islam di negara ini. Siapakah yang menimbulkan pertikaian ini?Adakah hanya di pihak orang Islam dan undang-udang Islam? Tidakkah kerana bukan Islam tidak mahu menghormati atau sengahaja tidak mahu   memahami undang undang Islam  kerana mahukan persamaan hak yang menimbulkan persengketaan sekarang?

Di Singapura kerajaan pernah  menangkap pendakwah Kristian yang  cuba menyebarkan risalah Kristian kepada orang Islam tetapi di Malaysia paderi -paderi  Kristian dari Sarawak  membantah   penampalan larangan pengedaran Bible yang dicetak di Selangor  sedangkan menurut baginda Sultan Selangor "1988 enactment has been breached and this was to ensure that Bible containing the word Allah did not return to Selangor"(lihat Star 11 December 2014 muka 2)

Kenapa Star nak membesarkan lagi cerita ini sedangkan kata Sultan Selangor ACS( Association Of Churches in Sarawak) sedar akan perkara ini dan bahawa Bible mengandungi perkataan Allah tidak boleh dicetak di Selangor dan baginda berharap pekara ini tidak akan berulang   lagi.

The Star 11 December 2014 menyiarkan satu lagi berita: Panel: Hold Dialoge on position Of Islam . dengan penekanan di para pertamanya pendapat Prof  Emiritus Dr Shad Saleem tentang " Leaders must show moderation and mould public opinion in the on going dispute over the position and application of Islamic laws in the country."Kenapakah lagi-lagi penekanan terhadap undang-undang Islam sahaja  untuk moderation?.

Kenapa tidak diberikan perhatian terhadap perlunya pengukuhan Akta Hasutan 48 bagi mempastikan moderation di semua pihak?.

Siapakah dibelakang kemuncolan 25 orang Melayu  yang dikatakan ternama yang terdiri dari beberapa orang pegawai tinggi persara termasuk bekas duta yang selama ini tidak pernah dikenali yang  menuntut supaya diadakan dialog untuk merasionalisasikan  kedudukan Islam di negara ini( Star 8 December 2014) yang diikuti  berita sokongan  dari pemuda MCA :Support  call for dialogue on Islam.

Adakah hanya perbincangan mengenai masalah undang -undang Islam dan nasionalisme sahaja yang akan dapat membantu mewujukan masyarakat sederhana  di negara ini?

Kenapa tidak bincangkan penolakan bekas Ketua Pengarang The Star June H.L Wong terhadap Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan sebagai bertentangan dengan kempen moderation?

 Dalam tulisannya bertajuk Tie a carrot to the big stick too    di Star pada 3 December 2014 para 12 , June  berkata " In addition this country really need to start speaking the same language and I don't mean Bahasa Malaysia." Apakah maksudnya? kenaapakah dia perlu menegaskan ini? Perasaan Melayu tidak diambil kira. Bacalah tulisan ini yang menampakan keraguan penerimaannya terhadap Akta Hasutan 1948. Inilah jenis manusia Malaysian di Star  atau orang yang mendukong akhbar  MCA.

25 orang Melayu ternama wajar sedar mengapakah Star hanya menekankan kepada  masalah yang didatangkan oleh undang-udang Islam tetapi kenapa tidak kepada berbagai  cabaran kepada Perlembagaan  yang didatangkan oleh orang bukan  Islam terutamanya orang Cina yang telah sekian lama hidup disini tanpa prasangka buruk terhadap orang Islam dan Melayu yang  tiba tiba menjadi keloh kesah dan melihat negara ini tidak selamat bagi orang bukan Islam terutama orang Cina.

Persara-persara kerajaan yang melalui proses pembentukan masyarakat Malaysia  bersama dengan Tun Abdul Razak,Tun Ismail dan Tun Mahathir  tentu lebih memahami kedudukan ini kecuali mereka yang telah terlalu lama berpisah dari negara ini.

 25  Melayu  ternama harus waspada agar  mereka tridak menjadi alat kepada The Star  yang mempunyai ajenda tersembunyi yang setakat ini telah berjaya menimbulkan prasangka buruk  terhadap NGO - NGO Melayu yang memperjuangkan Islam dan  nasionalisme Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan. Star membangunkan imej mereka sebagai  extremist  Islam dan pelampau perkauman.


Adalah tidak wajar bagi 25 Melayu ternama ini sebaik sahaja  muncul menjadikan diri mereka sebagai musuh kepada gulongan NGO ini dan salah seorang dari mereka telah pun mengecam orang Perkasa dan Isma sebagai tidak berpelajaran dan tidak  mempunyai kelayakan yang setaraf dengan mereka dan sebagainya.

Inikah sifat bijak  dan kewarasan  Melayu ternama bekas persara kerajaan  yang hendak menampilkan diri sebagai berada dalam gulongan moderate dan global? Sombong dan bongkak.

Tahniah kepada The Star kerana telah berjaya melagakan antara orang Melayu dan Islam,memisahkan antara rakyat akar umbi dengan gulongan elit yang sukar untuk memahami perasaan rakyat bawah.

Diharap  ternama Melayu sebelum berdialog dengan bukan Islam lebih dahulu mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk mempelajari dan mengimbangi  pemikiran mereka .Penerangan Sultan Selangor nampaknya lebih jelas dari pegawai  agama sendiri.(lihat Star 11 December)

Masalah yang dihadapi amat senstif dan perlu diimbangi dengan pemikiran dan hasrat majoriti rakyat yang menyokong kerajaan.

WE CANNOT SETTLE THE MATTER OVER A GLASS OF WHISKEY


FROM MALAYSIAN INSIDER 13 Disember 2014

TAN SRI RASYID: MELAYU TENTANG PERKASA BUTA DAN HAPRAK

Naib Presiden Perkasa Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman menyifatkan orang Melayu yang menentang Perkasa sebagai 'buta' dan 'haprak'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Disember, 2014.

Kumpulan Melayu yang bersama-sama penentang dan pengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) adalah kumpulan yang "buta" dan "haprak", kata Naib Presiden Perkasa Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, pertubuhan itu juga kini sedang diuji dengan serangan dan tohmahan yang dilakukan kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.
"Perkasa sedang diuji, bila ada orang mula serang bermakna ada yang gerun dengan kita, mereka akan akan cari ruang untuk cari apa yang Perkasa perjuangkan.
"Inilah Melayu haprak yang kita perlu ubah pemikiran mereka," katanya berucap merasmikan Persidangan Tahunan Wira Perkasa Malaysia 2014, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
"Kalau tidak mahu bersama kita tengok sahajalah apa yang kita lakukan," tambahnya.
Beliau berkata, Perkasa tidak memusuhi mana-mana kaum dan agama, sebaliknya hanya memperjelaskan kedudukan Melayu dan Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita hanya jalankan aktiviti mempertahankan agama, memperkuatkan kedudukan bangsa. Itu sahaja, tanpa menyentuh hak-hak pihak lain.
"Kita perlu bersama-sama kaum lain, dan mendapatkan hak yang perlu diperolehi kita semua," kata Rasyid.
Beliau berkata, kepimpinan Umno juga semakin hari semakin "sakit" dan terdapat banyak perubahan perlu dilakukan parti Melayu itu.
"Saya tidak benci Umno, tetapi orang Umno kena faham, banyak yang perlu diubah.
"Ada pemimpin Pemuda, tapi macam tidak berfungsi, jangan berjalan macam itik, jaga Pemuda itu," katanya, dipercayai merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Rasyid berkata, Perkasa juga tidak pernah berniat mencetuskan ketegangan, sebaliknya parti politik seperti DAP seringkali mencetuskan sentimen sedemikian.
"DAP adalah satu daripada pihak yang menimbulkan ketegangan.
"Mereka cuba sekat pengembangan agama Islam," katanya. – 13 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/melayu-yang-cemuh-kami-melayu-haprak-kata-naib-presiden-perkasa#sthash.X3hsr27B.dpuf





Wednesday, 10 December 2014

GANTI NAJIB: NADA MESRA PAS PADA MAHATHIR

 AKAN LAKUKAN APA SAJA UNTUK SURVIVAL

Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar telah membuat kenyataan mesra dan menyegarkan kepada Dr. Mahathir  dengan   meanggap Mantan  Perdana Menteri itu  bersuara  berani  semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju yang betul bila beliau  mengatakan  ramai yang layak untuk ganti Najib  sebagai Perdana Menteri.

Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai orang Pas yang paling  keras dan lantang mengkritik Mahathir dalam banyak hal.

Bagaimanapun yang lebih penting untuk ditanya adakah kenyataan Mahfuz itu kerana beliau telah mendengar  desas desus mengatakan ada rundingan damai  sedang berlaku antara PKR dengan UMNO  atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali sebagai berpotensi untuk calun PM yang perlu kembali  kepada UMNO?.

Jika desas desus itu  benar maka mungkin Mahfuz  memperhetongkan di manakah kedudukan Pas kelak.

Mahathir tidak melihat hanya orang dari dalam UMNO sahaja boleh menggantikan Najib setelah keangganan Muhyuddin mengambil tanggungjawab ini  tetapi siapakah Mahathir untuk menentukan Perdana Menteri dan beliau sendiri menerima realiti bahawa UMNO sendiri adalah menjadi penghalang besar untuk gantikan Najib.

Dalam pada itu tidak ada sesiapapun yang meanggap  Mahathir  tidak relevan lagi dalam usahanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri . Pengistiharan penarikan sokongannya kepada Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca,gerakannya diperhatikan,senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan.

Najib tidak mengeluarkannya dari senarai musuh politiknya  yang paling merbahaya sekarang dan dia akan melakukan apa sahaja untuk survivalnya. Dan dalam hal ini tidak mungkin tunggol di sangka hantu. Kuasa adalah kuasa.

Yang menjadi teka teki siapakah calun dari dalam dan siapakah calun dari luar yang Mahfuz mahu tahu dari Mahathir  untuk dibincang dan dipertimbangkan bersama.

GAMBAR SERIBU MAKNA,SEJUTA TAFSIRAN



Sekalipun Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin menyingkirkan saya dari kedudukan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu  pada akhir tahun 1992 dengan mempengaruhi Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak pernah menyimpan rasa dendam  dan marah pada Daim kerana jasanya kepada UMNO dan  negara adalah lebih besar disamping kesilapan dan kelemahannya.

Saya anggap apa yang berlaku adalah sebagai suatu keharusan dalam pehetongan politik masing-masing termasuk Mahathir sendiri untuk masa depan mereka dan negara.

Maka itu bila saya dijemput bersama bloggers lain untuk makan pagi di sebuah restoran India di Damansara  baru -baru ini,saya tidak menolaknya kerana dari  dulu hingga sekarang saya tidak pernah meanggap Daim sebagai musuh saya.

Gambar di atas telah disiarkan dalam portal berita UMNO dengan tajuk Gambar Seribu Makna,Sejuta Tafsiran. Yang pasti gambar ini menolak saya dari tafsiran bloggers bangang


Perhatian:
Kecuali tulisan saya sendiri, Saya tidak bertanggungjawab di atas setiap komen yang disiarkan di blog ini sebagai reaksi kepada tulisan saya atau yang dipetik dari mana mana media  cetak atau  media sosial lainnya- Zainuddin Maidin.






Monday, 8 December 2014

BLOGER LUCAH DAPAT JATUHKAN MARUAH MENTERI DALAM NEGERI

Alvin Tan bukanlah seorang tokoh besar dalam bidang apapun. Dia tiba -tiba  terkenal  kerana kelucahan dan sifat kebinatanganganya  tetapi sekarang dia dapat membina dirinya  di luar dan juga dalam negara sebagai seorang juara kemanusiaan,liberal dan  demokrasi yang terulung malah kepada kaumnya di Malaysia dia seorang revolusioner yang berani  menentang  kedaulatan Raja Melayu.

Penyokong penyokong liberalisme di Malaysia sedang memberikan tepukan kepadanya kerana berani menghina Menteri  Dalam Negeri atau  KDN  sebagai pengecut. Di bawah  KDN terletak polis dan segala kuasa keselamatan negara.

Ini adalah proses mental revolusi  yang berlaku  bagitu pantas di Malaysia yang dalam jangka masa singkat menukarkan nilai dan persepsi, yang luar biasa menjadi biasa, yang lucah kepada bermaruah, yang hina kepada mulia dan kedaulatan tanpa penghormatan.

Media tidak dapat disalahkan apabila bloger lucah yang ditamatkan ceritanya dengan serta merta di Singapura telah mendapat publisiti utama  atau dipromosikan di Malaysia. tidak ada perbezaan layanan antara kes mahkamah untuk kepentingan awam dan kes biasa. Kepentingan politik menjadi perhetongan utama yang  menjadikan  pengurusan undang-undang di  Malaysia banyak tolak ansur, longgar dan lemah.

Masyarakat antarabangsa sekarang semakin jelas tentang  betapa lemahnya Sistem Kehakiman dan Perundangan di Malaysia. Jangan terkejut sekiranya Malaysia semakin hebat menjadi tumpuan pendatang haram,penjenayah, ejen ejen politik dan perisekan  antarabansa( ejen ejen Yahudi telah pun bebas lepas di Malaysia).

Alvin  tidak lama bernafas di Singapura  kerana kepantasan dan ketegasan pemerentahannya yang bermaruah, yang percaya kepada integriti dalam melaksanakan  udang -udangnya, yang dari awal lagi menghantar  mesej keseluruh dunia  dari hukuman mengotorkan Singapura dengan chewingum sehingga kepada pengawalan keras moral menteri menteri.

Di Malaysia sekalipun telah di dakwa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan yang cukup berat   di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam dan bulan Ramadan,  tetapi  Alvin ,masih boleh lepas lari ke luar negara . Kes liwat Anwar Ibrahim mencatitkan sejarah marathon malah untuk keputusan ulang bicaranya hakim-hakim berada dalam kebengongan untuk membuat keputusan.Mungkin rakyat akan terpaksa menunggu berabad lamanya

Suatu pencapaian kerajaan Malaysia  mempromosi pelakon-pelakon lucah menjadi nama besar, menukarkan  sampah menjadi permata,menjadikan  najis wangi dan menjadikan kerajaan yang hebat dengan pakaian ceremonial dari peringkat istana hingga keperingkat excutive , dari persekutuan hingga ke negeri berada pada  taraf yang tidak sehebat unifrom  yang dipakai. Barangkali Presiden Indonesia Jokowi dalam segala kesederhanaannya terutama pakaiannya  lebih dihormati oleh rakyat.


Saya tidak mahu menulis panjang dalam pekara ini tetapi kenyataannya ialah maruah kita sebagai suatu bangsa yang berugama dan beraja semakin teruk  sejak  ISA dihapuskan yang  disusuli dengan kebuasan nafsu untuk mencari nama besar dengan cadangan  menghapuskan  Akta Hasutan 48. Walaupun tidak terjadi    tetapi harga yang telah dibayar dan sedang dibayar  ialah tergadainya maruah  kedaulatan suatu bangsa dan agama.


Saturday, 6 December 2014

HAKIM HAKIM MENUNGGU HASIL RUNDINGAN KES LIWAT ANWAR

AKIBAT NEGARA TIDAK  DI BAWAH  PIMPINAN  DYNAMIC DAN INSPIRING

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin  Zakaria merasa perlu untuk menjelaskan tentang  kelewatan keputusan penghakiman berhubung dengan rayuan Penasihat PKR, Anwar Ibahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ini menunjukan beliau mempunyai kesedaran terhadap  keloh kesah rakyat dalam keghairahan menunggu  suatu proses perbicaraan  liwat  dari liwat satu ke liwat kedua dan setelah tamat ulangbicara rayuan  sejak Oktober lalu terpaksa pula  menunggu  sekian lama yang di luar jangkaan biasa.

Orang ramai tidak boleh disalahkan jika mereka mulai mempersoalkan kesihatan, kewibawaan,kearifan, kecekapan dan kebebasan bidang kehakiman negara.

Ketua Hakim Negara memberitahu Bernama bahawa beliau  tidak  dapat memberikan tarikh tepat kerana panel  hakim masih memerlukan masa untuk  melengkapkan penghakiman dengan  membaca penghujahan.

"Biarlah kami baca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman.Berilah kami ruang menulis penghakiman" kata Tun Arifin.

Alasan ini adalah merendah kemampuan berfikir orang ramai yang  merasakan tidak logik samasekali  para hakim tidak dapat  memikirkan bahawa keputusan ini perlu disegerakan kerana ia melibatkan   kepentingan awam yang sangat genting,penting dan  perlu disegerakan dengan apa cara sekalipun bagi menjamin  keselamatan rakyat dan  negara.

Rakyat merasakan  mereka telah memberikan masa yang lebih dari cukup terutama apabila mereka menimbangkan hakim-hakim adalah terdiri dari mereka yang arif dan bijaksana dan tentunya hakim hakim sekarang tidak seperti hakim hakim dahulu yang pernah ditegur oleh Perdana Menteri Dr.Mahathir banyak menghabiskan masa dengan minum arak di Selangor Club.

Bagaimanapun dengan alasan yang diberikan oleh Yang Ariff itu maka rakyat membuat kesimpulan bahawa tidak semua yang arif  itu semestinya ariff. Bukankah telah berlaku di negara kita seorang hakim yang berikutan dengan kematian isterinya  telah membicarakan dirinya  dan kemudian mengambil keputusan menghukum bunuh  dirinya sendiri.

Seorang hakim pula telah membuat keputusan di luar kuasanya  sekalipun telah dimaklumkan oleh Ketua Hakim Negara akan bidang kuasanya  tidak termasuk mahkamah syariah. Ada hakim yang tidak tahu  menghormati ketuanya

Kelewatan kes liwat Anwar Ibrahim ini telah mengesahkan  keraguan orang ramai selama ini terhadap keupayaan sistem kehakiman dan keadilan negara. Masa yang bagitu lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi ,prasangka,persepsi  dan pandangan negatif terhadap integriti,   kecekapan,kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat  badan kehakiman negara..

Persepsi atau spekulasi paling terkini dan terburuk ialah mengatakan hakim - hakim sedang menunggu keputusan rundingan yang sedang diadakan. Saya tidak tahu apakah rundingan yang sedang diadakan itu? Siapakah yang terlibat? Ada campurtangan politik ke?

Benar seperti kata mendiang  General Templer Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya di zaman dhururat  bahawa " Berita mengenai  keselamatan jika disimpan dan tidak disebarkan dengan secepat  akan menyebabkan tersebar berita yang lebih buruk dari yang sebenarnya , seorang terbunuh mungkin  dikatakan sepuluh terbunuh"

Kelewatan penghakiman terhadap Anwar Ibrahim  ini mungkin juga sebahagian dari working culture dalam pentadbiran  kerana negara tidak berada di bawah pimpinan yang dynamic    dan inspiring sebaliknya  sekejap kedepan dan sekejap kebelakang,flip flop   yang akhirnya menerap dalam sikap berkerja pegawai pegawai kerajaan dari peringkat tertinggi hingga ke bawah.

Perhatian:
Kecuali tulisan saya sendiri, Saya tidak bertanggungjawab di atas setiap komen yang disiarkan di blog ini sebagai reaksi kepada tulisan saya atau yang dipetik dari mana mana media  cetak atau  media sosial lainnya- Zainuddin Maidin.



Tuesday, 2 December 2014

APA SALAHNYA ORANG CINA DEDAHKAN DIRI SEBAGAI ANASIR KOMUNIS

KESILAPAN WAJAH KEMANUSIAAN MAHATHIR KEPADA PKM


Sewajarnya pandangan positif  diberikan kepada langkah sekumpulan orang Cina di negara ini menganjurkan majlis makan malam Prajurit Parti Komunis Malaya(PKM)  di Taman Chai Leng Perai baru baru ini  untuk menggembelingkan semula keazaman meneruskan  perjuangan PKM yang dijuarai oleh mendiang  Chin Peng.

Sebelum ini tersebar berita mengenai sekumpulan intelektual Cina hendak memantaskan drama mengenai peristiwa pembunuhan kejam  anasir- anasir komunis di Batangkali oleh tentera British  di masa dhururat

Biasanya manusia mahu  menyambunyikan diri sebagai keturunan jahat  tetapi fikiran sebahagian orang Cina di negara ini ini telah berubah. Mereka  menjadi berani dan agresif apabila melihat kemajuan  cauvinisme Cina yang diperjuangkan oleh DAP.

Sejarah PKM tidak dapat dinapikan dari dorongan cauvinisme Cina yang dikembangkan oleh  Parti Komunis Cina. Ini terserlah bila PKM tidak menyokong Konfrantsi Indonesia yang didalangkan oleh PKI (Parti Komunis Indonesia) kerana kebimbangan kejayaannya  akan menyebabkan penguasaan PKI yang didukong oleh orang Melayu keatas PKM.( Lihat buku The Party Communist Of Malaya The Inside Story by Aloysius Chin pg 115).

Perjuangan  PKM di Malaysia  sebenarnya telah hancur. Penandatanganan perjanjian perdamaian antara PKM dengan kerajaan Thailand dan Malaysian 25 tahun lalu  adalah sebenarnya penandatanganan penyerahan diri PKM.

Ini berlaku dengan  persetujuan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir untuk menjaga maruah PKM kerana  mahukan wang memburu saki baki pengganas komunis dibelanjakan untuk pembangunan rakyat. Ini adalah  atas rayuan PKM walaupun  tentera dan polis berupaya mengkebumikan mereka dengan mudah berikutan dengan keruntuhan fahaman komunis di seluruh dunia.Dunia tidak akan mengutuk Malaysia jika  ini lakukan pada masa itu.

Bagaimanapun kemanusiaan kita menyebabkan kita berhadapan dengan masalah kebinatangan manusia hingga sekarang.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang A. Thaiveegan berkata  penganjuran majlis makan malam perajurit PKM itu telah menimbulkan keresahan,kegusaran dan ketakutan masyarakat terhadap kemungkinan perjuangan komunis yang seolah-olah cuba dihidupkan semula.


Bagaimanapun lebih ramai orang Cina yang tidak akan bersama mereka,tetapi tanpa sedar ramai orang Cina yang bersama dalam perjuangan cauvinisme Cina yang matlamat perjuangan mereka adalah untuk menidakan Raja Raja Melayu dan mahukan persamaan hak dengan orang Melayu yang berteraskan tiupan dan  hasutan  Komentang( Taiwan) dan semangat Republik Rakyat Cina.

(Saya percaya Republik Rakyat Cina tidak lagi campurtangan dalam urusan negara ini tetapi negara Taiwan tidak boleh langsung dipercayai)

Anasir- anasir komunis  masih cuba membangunkan  semula  perjuangan ibubapa atau datuk nenek mereka supaya  diiktiraf sebagai sumbangan kepada kemerdekaan Malaya tetapi mereka tidak memikirkan begaimakah keadaan Malaysia hari ini kiranya perjuangan PKM  yang  menentang pemilikan harta,menentang gulongan perniagaan dan menolak pasaran bebas berjaya?

Apakah mereka akan dapat menyedut udara kebebasan di Malaysia ,? Apakah mereka akan berada dalam kemakmuran dan kemewahan seperti sekarang dan berpeluangkah mereka menjadi Ah Long atau menjalankan perjudian haram, rumah urut dan lain lain yang haram di bawah komunisme ? Apakah mereka boleh keluar negara dan sebagainya?.

Pihak keselamatan khususnya polis wajar berterima kasih kerana gulongan buta sejarah ini  telah mendedahkan diri mereka  sebagai keturunan musuh negara, pengganas,pengkhianat dan penderhaka. Semakin ramai anasir  ini muncol,semakin mudah untuk kita memisahkan mereka dari arus perdana,menjadikan  mereka sebagai gulongan anti sosial dan sebagai musuh utama.Biar mereka terasing dari aliran perdana.Lebih banyak yang terasing lebih baik untuk Malaysia.

Dalam pada itu kita harus mengakui Ini adalah kesilapan kita. Jika dihapuskan pengganas -pengganas ini seperti kehendak Angkatan Tentera Malaysia , kita tidak berhadapan dengan berbagai masalah sekarang ini. Ini adalah akibat  kita melayan mereka  dengan sifat kemanusiaan

Ini adalah kesilapan Perdana Menteri  Dr.Mahathir Mohamed  yang sama dengan  kesilapannya membawa masuk Anwar Ibrahim ke  dalam UMNO yang menggugat  perpaduan Melayu dan keharmonian negara hingga sekarang.

Binatang sepatutnya dilayan  sebagai binatang. Kita selalu terlupa tidak ada manusia  dalam masyarakat binatang tetapi ada binatang dalam masyarakat manusia.Inilah kesilapan kita dalam menyelamatkan air muka PKM.

Monday, 1 December 2014

TERINDAH DI PADANG GOLF PERMAIPURA TERMURAH HARGANYA

INI ADALAH  IKLAN

Lokasi rumah banglo ini ialah di Permaipura Golf and Country Resort. Lebih kurang 7km sahaja dari Tol Plaza Sungai Petani Utara.

Mempunyai pemandangan padang golf menghijau yang menarik dan mendamaikan. Club house yang mempunyai swimming pool dan jalan yang sesuai untuk aktiviti berbasikal.

Tanah berkeluasan 10,000 kaki persegi dengan binaan rumah berkeluasan hampir 3,000 kaki persegi. Mempunyai 5 bilik dengan 4 bilik air. Porch dan ruang tamu yang luas. Keadaan rumah adalah baik dan terjaga.

Terdapat padang rumput yang luas juga tanaman pokok-pokok buahan serta sebuah wakaf turut dibina untuk mendapatkan ruangan santai yang lebih luas. Keadaan kawasan hijau juga terjaga rapi.
Hendak dijual pada harga RM 620,000 sahaja.


Sila hubungi Shuhaimi di 0124740231 atau Cikgu Zahid 0124684581