Saturday, 29 November 2014

"UNDI TIDAK PERCAYA" UMNO PADA PEGUAM NEGARA

NAJIB BUKAN BIJAK SANGAT TETAPI TIDAK BERERTI DIA BODOH.

Perhimpunan Agung UMNO  2014 berakhir dengan" undi tidak percaya" terhadap Peguam Negara dari peringkat Perdana Menteri ,Menteri Dalam Negeri hingga kepada seluruh perwakilan kerana ketidaktegasannya  menguatkuasakan   Akta Hasutan 1948 selama ini.

Datuk Seri Najib dalam ucapan penggulongannya di perhimpunan itu telah menyeru  Peguam Negara bertindak tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang itu dan Suruhanjaya Multi Media  dan Komunkasi hendaklah membuat  siasatan sewajarnya untuk tindakan dalam perlaksanaan Akta Hasutan 48.

Apakah arti semuanya  ini?

Seruan Najib itu  disambut dengan tepuh sorak bergemuruh para perwakilan yang dapat difahamkan dengan mudah sebagai  suatu luahan  perasaan mereka  terhadap kelemahan Peguam Negara yang telah berlaku sekian lama dan yang menampakan tindakan yang takut untuk menghadapi kontroversi dan cabaran dari pihak pembangkang.

Kata Najib dalam Perlembagaan, Peguam Negara ada kuasa mutlak tapi kita minta ketegasan dari peguam negara  untuk bertindak tegas. Ini berarti bahawa Peguam Negara selama ini tidak tegas.

Sebelumnya  Ahmad Zahid Hamidi juga diberikan tepuk sorak oleh para perwakilan apabila beliau meminta  Jabatan Peguam Negara membantu polis dalam menjalankan pendakwaan di bawah Akta Hasutan yang mahu diimplementasikannya  dengan segera." Jangan salahkan polis,polis hanya menyiasat dan menangkap" katanya. Ini adalah suatu pembelaan terhadap polis yang selalu disalahkan oleh pihak Peguam Negara kerana lemah dalam mengemukakan kes untuk pendakwaan.
.
Soalnya sekarang dengan pernyataan hasrat Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan serta merta di bawah Akta Hasutan 48  dan ketegasan yang mahu dilihat oleh Najib maka  apakah Peguam Negara  akan  dapat memberikan bantuan yang berkesan.

Masalah yang dihadapi oleh kerajaan jika Peguam  Negara   disingkirkan maka berarti campur tangan politik tetapi jika rakyat yang diberikan harapan tinggi oleh  Najib dikecewakan oleh sikap Peguam Negara maka Najiblah yang akan tersungkur. Ramai orang berperasangka bahawa Peguam Negara juga berada di belakang pengumuman Najib untuk menghapuskan akta itu.

Tentang ucapan penggulongan Najib saya suka berkongsi pendapat dengan  Haikal Hakimi yang memberikan komen dalam enrty saya bertajuk" Inilah nafas terakhir Najib" bahawa" Najib bukan bijak sangat tetapi bukan berarti bodoh.Jangan under estimate percaturan politik beliau kerana beliau ada pengalaman luas .Cuma kadang kadang keputusannya menyebabakan keresahan rakyat".

Dibawah ini komen Haikal sepenuhnya:

1. Najib tau dia masih ada pengaruh kerana KUASA yg ada di tangannya sekarang.

2.,Sementara berkuasa maka macam-macam  strategi boleh diguna mengikut kesesuaian isu dibangkitkan.

3. Najib bukan bijak sangat tetapi   bukan bererti dia bodoh. Kelemahan beliau  dapat  ditutup dengan  pelbagai cara.

4. Kelebihan Najib adalah beliau tidak cepat melatah dan amalkan pendekatan yang  tidak agresif dalam menangani kritikan.

.




Friday, 28 November 2014

INILAH NAFAS TERAKHIR NAJIB TUN ABDUL RAZAK

PERWAKILAN UMNO HARUS FIKIRKAN ADAKAH NAJIB MASIH DIPERLUKAN.

KOMEN:
Assalam TS Zam. Dgn izin... So he realised his mistake and decided to break his promise. So what?! The most important thing is the implementation. Many things have been done by so many people that is against the act but they get off scott free. So while PWTC cheer the PM, the right thinking public will cheer when we see that appropriate action is taken on the people who go against the act. Many more will cheer if he can bring back the ISA! Wonder if he realised that mistake? But it's too late now...

Masmi Terengganu 29 November 2014
PARA PERWAKILAN UMNO HARUS PULANG DENGAN MEMIKIRKAN SAMAADA KEPIMPINAN NAJIB MASIH DIPERLUKAN  ATAU DIA HARUS BERUNDUR KERANA SETELAH  PENGUMUMAN PENGEKALAN AKTA HASUTAN 48 SEKALIGUS DIA KEHILANGAN TERUS SOKONGAN BUKAN MELAYU  DAN GAGAL MEMANTAPKAN SEMULA KEYAKINAN MELAYU  KERANA KELEMAHANNYA TERBUKTI JELAS BAHAWA DIA  SEORANG PEMIMPIN YANG TIDAK TETAP PENDIRIAN
INI BUKAN KUALITI PEMIMPIN YANG BOLEH DIHARAPKAN OLEH BANGSA. UCAPAN PERASMIANNYA PALING HABMAR KECUALI TENTANG AKTA HASUTAN 48.
NAFAS TERAKHIR....
Jika Datuk Seri Najib seorang smart politician maka beliau dapat membaca tepukan gempita seluruh perwakilan menyambut pengumumannya  mengekalkan Akta Hasutan 48  adalah sebenarnya penolakan seluruh UMNO terhadap kepimpinannya yang liberal dan lemah.

Jika beliau tidak membuat pengumuman itu berarti seluruh ahli UMNO akan membenamkan beliau dan masa depan UMNO pasti hancur.

Tempekan itu bukanlah sokongan tetapi ledakan  perasaaan terpendam yang bercampur marah,protes,penolakan dan kehilangan keyakinan. Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam.Pernafasan  semula Najib  kali ini adalah pernafasan terakhir.

Dalam kata kata lain bahawa ledakan yang menampakan keyakinan dan pemulihan itu adalah sebenarnya mesej kepadanya bahawa beliau  berada  dalam perhimpunan besar  di PWTC yang sedang berlangsung sekarang berhadapan dengan manusia Melayu  yang sudah tidak mantap keyakinan kepada beliau

Jaminan pengekalan Akta Hasutan 48 itu tidak berarti bahawa perwakilan telah kembali sepenuhnya kepada beliau. Perwakilan berada dalam keadaan antara yakin dan tidak kiranya beliau tidak dapat membuktikan tindakan adalah  sehebat teriakan dan jeritannya.

Najib tidak berada dalam keadaan mantap dan beliau telah terlihat sebagai pemimpin yang flip flop,pemimpin ikut angin,pemimpin tidak berpendirian,pemimpin tidak berprinsip,pemimpin yang lemah. Inilah pandangan perwakilan yang beliau sedang hadapi.
.
Janganlah Najib ingat ekonomi ubat mujerab untuk membina keyakinanbangsajika emosi tidak di layan dengan adil dan bijaksana kerana orang Melayu tidak bertuhankan metrialisme seperti orang Cina tetapi mereka suatu bangsa yang percaya kepada ALLAH yang melihat maruah dan martabat  mereka sebagai suatu bangsa yang berugama Islam adalah lebih penting dari perut walaupun pada teorinya ekonomilah yang akan menaikan maruah bangsa dan agama.


Thursday, 27 November 2014

NAJIB KEMBALIKAN KEYAKINAN ORANG MELAYU TERHADAP KEPIMPINANNYA

MESTI DISUSULI TINDAKAN BERANI DAN PANTAS 

Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib dengan sekaligus telah mengambalikan keyakinan terhadap kepimpinannya untuk  masa depan Melayu dan negara ini apabila beliau mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan di Perhimpuan Agung UMNO di Kuala Lumpur hariini.

Malah, katanya ,bukan sahaja akan dikekalkan tetapi akan dipertahankan dan perkukuhkan untuk menjamin kesucian agama Islam dan  mencegah penghinaan kepada agama lain dan dengan itu juga akan membolehkan  tindakan diambil terhadap anasir -ansir yang mahu memishakan Sabah dan Sarawak dari Malasyia.

Pastinya  pengumuman Najib  menghapuskan anggapan buruk ,prasangka dan persepsi terhadap beliau sebagai seorang yang telah tunduk kepada gulongan liberal dengan  menunjukan dirinya sebagai seorang Melayu dan sebagai penerus warisan perjuangan ayahnya Tun Abdul Abdul Razak.

Benar-  benar  ucapan dan jaminan ini ditunggu  oleh para perwarkilan kerana apabila sahaja Najib menyatakan bahawa beliau sedar apa yang sedang ditunggu oleh para perwakilan dan pada ketika itu mereka telah pun bertepuk dan Najib meminta mereka bersabar kerana beliau tahu apa yang mereka mahu dengar.

Sebaik sahaja pengumuman untuk kekalkan Akta Hasutan 48 itu diumumkan oleh beliau para perwakikan menyambutnya dengan tepuk sorak bergemurah dan bangun bertempek sorak dengan penuuh semangat.Syabas Najib!  Daya kepimpinan mu terserlah untuk meneruskan ajenda bangsa dan negara dengan adil dan saksama tanpa menggugat  lagi perasaan bangsamu sendiri dalam menggengam Perlembagaan Negara. .

Tenyatalah bahawa jaminan yang diberikan oleh Najib itu mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap kepimpinannya yang telah merosot oleh kerana toleransinya sekian lama terhadap kebiadapan mereka yang cuba menentang Perlembagaan Persekutan  dan menjijak  Akta Hasutan itu walaupun belum dihapuskan .

Tentunya jaminan yang diberikan  oleh  Presiden itu  memerlukan susulan tindakan yang tegas dan berani yang boleh memantapkan lagi keyakinan rakyat terutama orang Melayu  yang semakin merosot dan semakin terhakis sejak beliau menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan  membiarkan perlakuan- perlakuan biadab gulongan anti sosial  berlaku dengan bebas .

Najib telah memberikan penawar yang mujerab hingga keakar umbi untuk mengembalikan keyakinan Melayu terhadap kepimpinannya.Berkerja keraslah seluruh orang Melayu untuk menambah kekuatan UMNO dan menyokong pimpinan yang dapat menjamin masa depan mereka.

Wednesday, 26 November 2014

PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB BERUNDUR

NAJIB JANGAN CUBA KELIRUKAN.

KOMEN: Najib jangan cuba nafikan hasratnya untuk hapuskan Akta Hasutan 48 sedangkan beliau sendiri tanpa berunding dengan mana mana pihak telah menghapuskan Bapa segala akta keselamatan negara ini iaitu  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Jangan ingat semua orang boleh dikelirukan- Zulhaimi

PM BERUNDUR...
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak  akan membuat  pengumuman rasmi esuk untuk berundur dari hasratnya mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan mengantikannya dengan Akta Harmoni berikutan dengan bantahan dan tekanan yang semakin kuat dan keras dari dalam parti sendiri menjelang Perhimpunan Agung UMNO esuk.(27 November).

Selain dari Bahagian Bahagian UMNO dari seluruh negara yang telah nekad untuk menentang hasrat beliau itu,hari ini,Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin dalam ucapannya kepada perwakilan pemuda UMNO  telah memberi amaran Malaysia akan hancur tanpa Akta Hasutan 48 yang turut di sokong kuat oleh Wanita UMNO .

Bagaimanapun Najib tidak akan mengembalikan  ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dihapuskannya yang disifatkan oleh Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abd Hamid Mohamad sebagai perbuatan bodoh.(LIHAT POSTING DI BAWAH)

Monday, 24 November 2014

BERKABONGLAH PERWAKILAN UMNO, NAJIB RUNTUHKAN PUNCAK KEJAYAAN POLITIK MELAYU.

MANTAN  KETUA HAKIM NEGARA:PERBUATAN BODOH HAPUSKAN ISA

KOMEN: Jika Tun Mahathir tidak hadhir di upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO Khamis ini berarti  beliau tetap dengan pendiriannya menarik balik sokongan kepada Datuk Seri Najib-Rosemera Shah Alam.

BERKABONGLAH!............
Saya telah banyak membaca pemikirannya menerusi berita,interviu dan juga tulisannya tetapi bagi pertama kali saya mendengar ucapannya secara langsung dalam Konvensyen Perpaduan Nasional di Kuala Lmpur kelmarin yang disampaikannya  dalam keadaannya yang uzur.

Dalam keharuan mendengar suara seikhlas hatinya sebagai seorang yang bersimpati dengan UMNO ,  fikiran  dan nurani saya terus berkata" Inilah nasionalis Malaysia yang sedang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir"

Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abd.Hamid Mohamad sekalipun bukan seorang ahli UMNO tetapi jelas kepercayaannya dan sayangnya kepada UMNO. Kekecewaan kepada pucuk pimpinan UMNO  dicurahkannya dengan  fakta dan keterangan terkemas kini, berasaskan  sejarah lalu dan masa kini ,hujahnya kuat  dan kental,kritikannya tajam dan tepat..

Terbukti walaupun beliau seorang hakim yang sekian lama berkecuali dari poltik tetapi tidak pernah memisahkan dirinya dari perkembangan politik  tanahair dan menjiwai semangat UMNO yang sangat tinggi. Maka itu beliau menjijaki  perasaan  bimbang dan marah rakyat diakar umbi.

Tepukan bergemuroh diberikan oleh para hadirin apabila beliau mengatakan " Penghapusan Akta Keselamatan Dalanm Negeri adalah suatu perbuatan bodoh."

"Singapura mengekalkannya kerana tidak pernah merasa  bersalah dengan adanya akta ini dan Singapura  berada pada kedudukan yang lebih baik dari kita dari segi keselamatan sekarang ini,"katanya.

Menurut Tun Hamid bila beliau bertaya kepad rakan sejawat  di Singapura" kenaapa tidak dihapuskan ISA,jawapannya ialah  kerana kami tidak melakukan kesilapan."

Tetapi pada pandangan  PM Malaysia  Najib  akta itu telah disalahgunakan tetapi tindakannya menghapuskan terus akta itu dianggap sebagai keterlaluan tanpa mendapat persetujuan dari pihak keselamatan,UMNO dan juga nasihat dari orang orang yang  sepatutnya beliau dengar.

Najib samasekali tidak boleh menafikan, bahawa beliau membuat keputusan itu sendirian untuk mencari pengaruh di kalangan  liberal di Malaysia dan untuk mencari  popularti  di kalangan Barat dan bagi menunjukan kepimpinannya menjiwai globalisasi.Tetapi apakah yang beliau dapat?
Orang Melayu dihina,agama Islam tidak lagi dihormati dan Perlembagaan Persekutuan dicabar dan dipijak.

Saya bercakap dengan mantan mantan ketua polis negara, panglima angkatan tentera dan pihak -pihak yang terlibat dengan keselamatan negara sejak merdeka.Semua mereka amat marah dan kecewa dengan sikap Najib dalam hal ini.

Jika mereka percaya dengan  apa yang dilakukan Najib  sebagai suatu kebaikan untuk bangsa,agama dan negara  maka kenapa bagitu ramai di antara mereka  yang  menghadhiri Konvensyen Perpaduan Melayu untuk membahas,menyokong dan  menyertai  Memorandum Perpaduan Nasional untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Najib,Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Raja Raja Melayu.

Tun Hamid  menolak anggapan sesetengah pihak  bahawa Akta Hasutan 48 adalah warisan penjajah "Tidak semua yang terkandung dalam akta ini  warisan penjajah tetapi sebaliknya pindaan yang dibuat oleh  Perdana Menteri Tun Abdul Razak bapa kepada Datuk Seri Najib selepas peristiwa 13 Mei  adalah merupakan puncak kepada  kejayaan politik orang Melayu," katanya tanpa mengangkat suara tetapi  disambut dengan tepukan bergemuruh.

Saya amat merasakan kebenaran kata kata Tun Hamid ini oleh kerana beberapa hari selepas peristiwa 13 Mei yang saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri,saya bersama dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Melan Anbdullah( Allahyarham) dan beberapa orang anggota Jabatan Pengarang Utusan  telah pergi ke kediaman rasmi Razak untuk meminta izin mengeluarkan kembali akhbar Utusan Melayu setelah dihentikan penerbitan  kerana peristiwa itu .

Kata kata Tun menyambut ketibaan kami terbenam di hati saya hingga ke hari ini, memberikan kesegaran dan  keyakinan besar kepada kami tetapi tidak wajar saya  tulis disini. Maka itu saya lebih merasakan kesilapan   dahsyat  yang berlaku hari ini,dilakukan oleh anaknya sendiri dengan meruntuhkan  pagar keselamatan bangsa, agama dan negara  yang dibina oleh ayahnya sendiri diatas darah  trajidi 13 Mei.

Walaupun Najib sekarang cuba menapikan bahwa beliautidak  bermaksud mahu menghapuskan  Akta Hasutan yang kunonnya sekadarkan hendak dijadikan  Akta Harmony  tetapi beliau  telah memberikan harapan kepada gulongan liberal untuk k mengexploitasinya  dan menuntut penghapusanhya. Desakan semakin kuat  oleh Persatuan Peguam setelah ada bantahan keras terutama dari UMNO sendiri. Sekarang Najib cuba untuk  berundur.

Kata Tun Hamid, Najib  telah menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan  Nasional dengan kaangotaan puak  liberal malah menjemput pandangan dari Majlis Peguam dan pihak  pihak yang menentang kerajaan dalam soal pindaan  Akta Hasut Hasutan.
" Suara mereka yang didengar  tetapi suara rakyat setia  yang menyokong UMNO dan BN dipinggirkan. Lebih baik tak usah berlawan dalam pilihanraya,serahkan sahaja negara ini kepada mereka,"katanya.

Najib sebenarnya menambahkan  masalah dalam keadaan bangsa dan agama tertekan dan bukannya menyelesaikan masalah malah beliau memberikan senjata kepada lawan yang menyukarkan kerajaan untuk bertindak kerana gulongan ini telah mendapat perhatian dan sokongan antarabangsa.

Ramai yang hadhir di  Konvensyen Perpaduan Nasional  ini terdiri dari   bekas -bekas pegawai tinggi   kerajaan terutama dari bahagian keselamatan   yang tidak perlu saya sebutkan  satu persatu. Mereka tidak ada kepentingan diri .Kebanyakan mereka adalah orang yang sanggup mati untuk Tun Abdul Razak tetapi sekarang mereka tidak percaya kepada anaknya. .
\
Para perwakilan  UMNO yang sedang  berkumpul di Kuala Lumpur wajar mendapatkan  teks penuh ucapan Tun Abdul Hamid dan membacanya sebelum mendengar  ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib supaya dengan itu mereka tidak akan mudah  bertepuk tangan bila Najib menjeritkan  Hidup Melayu.

 Seluruh perwakilan UMNO patut  berkabong dalam menghadhiri perhimpunan agung itu dengan memakai kupiah hitam berlilit kain putih sebagai  "protes senyap"  terhadap penghapusan ISA dan mereka mesti menuntut dengan sekerasnya supaya  dikembalikan  dan dikuatkuasakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri.(ISA)

Kita tidak perju malu dan takut untuk mundur kebelakang dalam hal ini sedangkan kerajaan Thailand telah kembali kepada pemerentahan tentera bila keadaan negara terancam dan keamanan pulih di  negara itu,rakyat berada dalam  keyakinan dan ekonomi bertambah baik.

 

Saturday, 22 November 2014

LEE KUAN YEW: SAYA SAJA BOLEH AJAR ORANG CINA.

LKY TIDAK MAHU BUDAYA CINA MENDOMINASI SINGAPURA

PERHATIAN: Rencana ini telah pun disiarkan di Mingguan Malaysia beberapa minggu lalu tetapi saya bawa ke blog ini untuk meluaskan pembacaan terutama kepada pemimpin- pemimpin UMNO dari seluruh  negara  menjelang Perhimpunan Agung UMNO beberapa hari lagi untuk menjadi renungan  di mana silap kita dan  di mana kebenaran Lee Kuan Yew(LKY).

LKY yang mendapat pendidikan Inggeris   meanggap sekolah- sekolah Cina  sebagai pusat pembenihan dan penyuburan perkauman Cina maka kerana itu sekalipun pengajaran bahasa Mandarin dikembalikan tetapi Singapura tetap kekal dengan hanya Sekolah Inggeris sebagai Sekolah Nasional.

Dalam satu forum antarabangsa  tidak lama dahulu tentang samaada Cina Sebagai Musuh Atau Kawan, LKY sendiri tidak menampakan keyakinan kepada  Bahasa Mandarin sebagai bahasa ilmu dan bahasa dunia.

Bagi kita semuanya sudah terlewat kerana pemimpin pemimpin kita terdahulu  terlupa kepada fakta orang Cina mempunyai kekuatan kewangan untuk membantu dan memajukan sekolah mereka.LKY juga mengenali sifat orang Cina yang tidak berkesan jika ditangani dengan pendekatan  demokrartik sepenuhnya. Di China komunisme masih menjadi asas perpaduan dan kekuatan untuk kebangkitan rakyat Cina dalam membina ekonomi  kapitalisme yang terbukti  sangat berkesan mencapai kemajuan. 

"SAYA SAJA BOLEH AJAR ORANG CINA"

Oct 8
Oleh Zainuddin Maidin

(Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad  Universiti Utara Malaysia)

Walaupun hubungan rapat Lee Kuan Yew (LKY) dengan Utusan Melayu di Singapura sejak awal 50 an berakhir dengan  persengketaan dalam tahun 60 an tetapi telah  mencatitkan suatu sejarah pahit manis politik dan media yang tidak mungkin dilupakan oleh kedua pihak.

Hubungan itu bermula apabila  LKY  menjadi peguam pertama Utusan Melayu  yang  memberi peluang kepadanya  beintraksi dengan  wartawan -wartawan nasionalis kiri  Utusan yang akhirnya digunakannya untuk membina jambatan politiknya  dalam taktik dan   stratijinya  melumpuhkan kekuatan politik barisan depan komunis yang terdiri dari English Speaking Intelligentia(ESI) dan gulongan  cauvanis Cina.

Beliau kerap singgah di Ibu Pejabat Utusan Melayu 185 Cecil Street  untuk berunding dengan Marxist Samad Ismail dan Devan Nayar dan lain lain  dalam usaha untuk menubuhkan PAP. Sasterwan Negara Usman Awang pernah menulis  tentang Utusan menjadi tempat singgah dan pertemuan  para pejuang anti kolonialis  dan pemimpin pemimpin kesatuan sekerja
.
Betapa rapatnya hubungan LKY  dengan Utusan Melayu dan keyakinan kepada kualiti dan integriti kepimpinan di Utusan Melayu terbukti bila beliau melantik Penaja dan Pengarang Utusan Yusuf Ishak sebagai Presiden Singapura yang pertama yang menjadi gambar mata wang Singapura hingga sekarang ini dan beberapa orang lagi orang Utusan menjadi menteri dalam kabinetnya.

Diantaranya ialah Timbalan Ketua Pengaang Utusan,  Othman Wok Menteri yang  menjadi Menteri  Kebajikan Masyarakat dan Penulis Rencana  Pengaang, Rahim Ishak Menteri Kebudayaan  (adik kepada Yusuf Ishak)

Dengan rastu Lee Kuan Yew  Othman Wok yang ketika itu masih berkerja  dengan Utusan telah membawa pekerja-pekerja  Utusan dari Singapura  ke Kuala Lumpur  untuk mematahkan mogok gulongan kiri di Utusan Melayu  yang anti Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan anti  UMNO  dalam tahun 1961.

Pengurus Kilang Utusan Melayu Allahyarham  Yusuf Mahmud memberitahu saya bahawa LKY  yang sering singgah di pejabat Utusan   pernah memberitahunya bahawa “ saya sahaja yang boleh ajar orang Cina”. Ketika itu Singapura  menghadapi ancaman dan tekanan dari gulongan perkauman Cina dan komunis.

Saya tidak ada keterangan bertulis dalam pekara ini. Sebagai wartawan saya sedar bahawa heresay  atau  cakap -cakap tanpa  bukti adalah fakta yang lemah tetapi sesiapa yang membaca buku- buku LKY terutamanya dua buah  memoirnya dan juga Man In White The Untold Story Of Singapore’s Ruling Political Party membuktikan kebenaran kata-kata  itu.

Selepas kemerdekaan Singapura, LKY bertindak  dengan nikat dan berani menutop sekolah-sekolah Cina dan Universiti Cina di Singapura  dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan Inggeris di seluruh Singapura dan  digantikan  sebuah Universiti Cina dengan Univesity Nasional Singapura pengantar Inggeris.

Walaupun ini dilakukan serentak dengan penutopan sekolah Melayu dan Tamil tetapi menutup sekolah kaumnya sendiri yang merupakan majoriti besar rakyat  Singapura   memerlukan keazaman dan  keberanian bertindak yang luar biasa untuk menghadapi risiko  kekacauan dan rusuhan  besar.

 “ Selepas 1965,kami terpaksa membuat suatu keputusan tentang Bahasa Bersama. Sekiranya kami menjadikan Cina sebagai bahasa rasmi,maka kebudayaan Cina akan menjadi dominasi  dan ini akan membawa kepada perpecahan dalam masyarakat,” kata LKY

“ After 1965,we had to make a decision on the common language, If we made Chinese the common language,then Chinese culture would be the dominant and it would have  led to breakup in society”-LKY (Men in White 613 terbitan Singapore Press Holding limited)
.
Untuk menghapuskan University Cina, dalam tahun 1980 Nanyang University dipaksa bergabung dengan University Singapore bagi mengwujudkan National University of Singapore.

Orang -orang India Singapura telah menangis apabila sebuah Sekolah Menengah Tamil tertua  di Singapura ditutop dalam tahun 1982 kerana sekolah ini merupakan  benteng terakhir bagi Bahasa Tamil di Singapura. Mereka telah membinanya dalam 1946 menerusi darah,keringat dan air mata dan  mengadakan  tabung sumbangan bulanan bagi penyelengaraanya.Kebanyakan mereka adalah penjual akhbar Tamil yang melihat penutopan itu berarti  kegelapan masa depan Bahasa Tamil. Apa yang mereka takuti benar benar  belaku  di Singapura hari ini.

Saya tidak pasti samaada keturunan India di Singapura masih membaca akhbar Tamil.

Dalam buku memoirnya, Lee Kuan Yew mengingatkan kembali bagaimana beliau nikat memerangi puak perkauman Cina yang mahu menegakan nasionalisme Cina di Singapura.

Lapan minggu selepas perpisahan dari Malaysia,dalam bulan Oktober 1966, Dewan Perniagaan Cina  yang disokong oleh kesatuan guru guru  Cina,pengarang-pengarang akhbar Cina dan pemimpin-pemimpin berbagai persatuan  suku kaum Cina meminta kerajaan Singapua memberikan jaminan untuk menjadikan  Bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi di Singapura.
Belum pun kempen ini bermula ,LKY telah mencantasnya dengan  memberitahu mereka   bahawa semua bahasa utama di Singapore adalah memunyai  taraf yang sama walaupun sebenarnya pada masa itu beliau memang telah bercadang untuk  menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Lima hari selepas pengumuman itu , dengan tujuan untuk menakutkan pejuang-pejuang bahasa Cina yang mewakili empat Dewan Cina, LKY memanggil dan memberi amaran kepada mereka  di bawah suluhan  cahaya lampu  Telivisen  bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapa juga mengexploitasi Bahasa Cina sebagai isu politik. Dengan itu menamatkan suatu  percubaan mereka untuk mengangkat martabat Bahasa Cina.

Tetapi beberapa orang  pemimin pelajar yang berasal dari Malaysia telah meneruskan tindakan bantahan dengan  mengetuai tunjuk perasaan  pelajar pelajar  Nanyang University dan juga Ngee Ann College     dihadapan pejabatnya. LKY mengarahkan  mereka ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia. Dengan itu menamatkan perjuangan mereka itu  buat selamanya(Memoirs Of Lee Kuan Yew From Third World to First halaman 171).
  
Dalam tahun 1987 Bahasa Inggeris secara rasmi  menjadi Bahasa pengantar disemua sekolah Kebangsaan Singapura.Tidak ada lagi sekolah Cina,Melayu dan India.

Walaupun timbul  kesedaran baru di kalangan pemimpin masyarakat dan politik Singapura untuk menghidupkan kembali identity setiap ethnik ( Re-ethnicisation)  menerusi pengajaan bahasa masing masing  tetapi ini bukanlah bertujuan  menghidupkan kembali sekolah Cina tetapi menekan kepada pengajaran setiap bahasa terutama Bahasa Mandarin untuk mengawal mereka dari terus melupakan asal usul dan menerima pengaruh Barat secara total .

Aliran pemikian  pendidikan Inggeris  telah meruntuhkan  sentiment perkauman,merasionalisasikan sikap , mengawal pengucapan dalam masyarakat berbilang kaum  dan   menjadi banteng pertahanan kepada  masyarakat Singaporean Singapore.Maka itu orang Cina Malaysia yang kebanyakannya masih kecinaan dalam cara hidup mereka  berasa terasing dan sukar untuk menyesoikan diri dengan generasi baru Singapura.

Selepas merdeka,kerajaan Malaya juga telah  memperkenalkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan meningkatkan taraf Sekolah Kebangsaan Pengantar Melayu keperingkat Menengah dan Universiti  disamping mengekalkan sekolah aliran Cina dan Tamil diperingkat rendah sahaja.

Dengan itu diharapkan dalam jangka panjang akan berlaku kemerosotan terhadap sekolah  aliran Cina dan Tamil seperti di zaman penjajah kerana taraf pelajarannya sekadar sekolah rendah  tetapi  pemimpin –pemimpin Malaya  terlepas pandang  tehadap  hakikat kekuatan ekonomi  orang Cina yang mampu untuk memaju dan meningkatkan  pelajaran mereka  dengan usaha sendiri  ketaraf yang sama.Buktinya adalah kelahiran Kolej Tunku Abdul Rahman.

Adalah suatu pembohongan besar untuk mendakwa sekolah Cina tidak melahirkan aliran pemikiran perkauman yang sempit.Mereka sama sahaja dengan pelajar pelajar Melayu yang hanya mendapat pendidikan agama dan Melayu  yang terbatas pembacaan dan pergaulan mereka.

Lebih buruk lagi  sekolah sekolah aliran Cina menolak guru guru Melayu untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah mereka. Ini  adalah sama dengan sikap orang Jepun menolak guru  Bahasa Inggeris  untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah sekolah di Jepun  yang menyebabkan orang Jepun bercakap Inggeris dalam  loghat jepun (lihat buku  The Japanese Today: Change and Continunity  oleh Edwin O.Reischauer bekas Duta Amerika di Jepun dalam tahun 1960)   

Dalam pada itu orang bukan Melayu tidak boleh disalahkan sepenohnya dalam kemerosotan perkembangan  Sekolah Aliran Kebangsaan di Malaysia. Jingoism ( nasionalisme melampau) dan kepentingan politik  dalam pendekatan untuk mengembangkan Bahasa Melayu dan meningkatkan Sekolah Aliran Kebangsaan  telah tidak membantu untuk kejayaannya.

Salah satu contohnya ialah apabila Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman menukarkan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia telah dibantah oleh gulongan fanatic Bahasa Melayu dan  seorang Menteri  Pelajaran yang hendak mencari popularity di kalangan guru guru Melayu,orang Melayu dan fanatic Bahasa antara tahun 80 an hingga 90 an  telah menukarkannya kembali kepada Bahasa Melayu dan arahan telah diberikan kepada semua akhbar perdana.

Saya sebagai  Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu tidak mematuhi arahan ini dan terus menggunakan Bahasa Malaysia supaya setiap kaum merasakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa mereka. Itulah juga hasrat Tunku.

Apabila menjadi Menteri Penerangan,menerusi  kabinet saya meminta istilah Bahasa Malaysia digunakan semula tetapi walaupun keputusan dibuat tetapi perlaksanaannya  tidak berlaku kerana  bantahan dari  fanatic Bahasa terutama di Dewan Bahasa.

Tentang kejayaan Singapura mengwujudkan sekolah aliran satu Bahasa,dicatitkan dalam buku Men In White halaman 613: “ Apa yang tidak boleh dilakukan oleh British tanpa menimbulkan rusuhan,Singapura yang merdeka telah dapat melakukannya dan pencapaian yang dramatic tanpa pertumpahan darah dan persetujuan masyarakat berbagai Bahasa  merupakan  suatu kejayaan pengurusan politik yang menakjubkan oleh kepimpinan PAP dan kematangan rakyat Singapura.

.


Wednesday, 19 November 2014

BERANIKAH MB PAHANG IKUT LANGKAH KETUA MENTERI SARAWAK?

ADENAN SATEM TEPATI HASRAT TERPENDAM RAKYAT 









Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin berkali-kali menyeru perubahan sikap  kepimpinan dari atas ke bawah bagi memenuhi  harapan dan menawan hati rakyat, apakah mereka sendiri jelas tentang  apa  yang wajar dilakukan oleh pemimpin bawahan dari peringkat negeri hingga ke kepimpinan akar umbi untuk membuat rakyat merasakan perubahan.

Apakah pemimpin-pemimpin semua peringkat  memahami dengan jelas atau masih dalam keadaan bengong untuk mengenali formula bagi keluar dari imej dan cara kepimpinan tradisi yang semakin jauh dari hati rakyat.

Barangkali hanya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang memahaminya dan dengan sekaligus tindakannya  telah menawan hati rakyat . 

Beliau menggemparkan taukeh -taukeh  balak di Sarawak,pegawai penguatkuasa termasuk polis, pegawai tinggi kerajaan dan pegawai pencegah rasuah dengan memanggil mereka dan  memberitahu mereka" Saya  mahu membina katakutan kepada Tuhan dalam diri mereka yang tidak jujur."

Beliau mengkritik secara khusus polis dan pegawai penguakuasa sebagai bodoh,penakut dan rasuah kerana membiarkan hutan Sarawak  dirompak di siang hari(lihat Star 19 November)

Katanya "Rasuah balak di negeri ini sangat teruk.Saya tidak boleh biarkan lagi.Kita mesti berhentikan,tidak sahaja kerana kita hilang wang berjuta ringgit  tetapi kerana Sarawak  mendapat nama buruk di kalangan antarabangsa.Rompak  balak di siang hari telah memberikan nama buruk kepada kita

"Jangan kata  kamu  tidak pernah tengok orang curi balak.Kenapa hanya mediamkan diri?. Kerana diantara kamu mendapat bayaran tetap dari penyeludup-penyeludup.

Tambahnya  lagi "Mungkin pihak penguatkuasa akan berkata mereka takut dengan gangsters, tetapi beritahu gangsters sayalah orang yang memberikan awak arahan untuk melaksanakan undang -undang."

Turut hadhir dalam pertemuan ini ialah enam taukeh  besar balak di Sarawak yang terpaksa menandatangani ikrak untuk  menjadi koporat yang berintegriti.

Barangakali di Pahang paling ramai  taukeh balak yang halal dan haram , yang berlesen tetapi  tidak berintegriti kerana disamping membalak secara halal juga membalak secara haram atau mencuri balak.

Tanpa prejudis dan tanpa mempersoalkan integriti Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob , saya ingin bertanya bolehkah beliau ikut  langkah berani Ketua Menteri Sarawak itu.? Mampukah beliau tidak mempedulikan sesiapa untuk menghapuskan gangsters balak atau pembalak haram untuk menegakan sebuah kerajaan bersih di hati rakyat?.

Rakyat juga sedar tentang pementasan sandiwara bila berlaku sesuatu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Hentikanlah sandiwara ini.


Bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri  Adenan Satem melakukan sesuatu yang menepati perasaan rakyat yang terpendam terutamanya bumiputra Sarawak terbukti  bila rakyat menyambutnya dengan hangat dan memberikan pujian.

Apakah pendaman rasa  yang sama tidak ada di kalangan rakyat Semenanjung.? Apakah rakyat Pahang tidak tahu ada ramai perompak balak di hutan-hutannya dan kenaapa mereka berani merompak?

Banyak bukti yang akan saya berikan dari masa kemasa tentang keterbatasan bertindak pemimpin-pemimpin  di Semenanjung kerana sikap elitis mereka yang tidak dapat menciumi dan memahami perasaan di hati kecil rakyat dan kerana itu tidak berani bercakap terus terang dan bertindak bagi pihak rakyat.


Tuesday, 18 November 2014

USTAZ KAZIM KUNJUNGI ZAM NEWSROOM CAFE


























Ekoran cemohan seorang Pegawai Khas  Menteri Belia dan Sukan, Zam Newsroom Cafe semakin mendapat perhatian orang ramai dan juga celebriti dan  personaliti radio dan tv. Diantara yang terkini mengunjungi cafe ini  ialah seorang pencermah bebas agama yang popular  di seluruh negara, Singapura dan Brunei,Ustaz  Kazim Elias Beliau telah membuat rakaman program   Talk Shownya  mengenai perniagaan online untuk TV9  dengan di interviu oleh Bellealyahya.

Ustaz Kazim Elias (lahir:28 November 1972)  Ceramah Ustaz Kazim banyak dimuatnaik di laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau.

Sekarang orang ramai tidak lagi menghadapi masalah untuk mencari cafe ini yang terletak di Pusat Makanan dan Minuman  Ayer@8 Presint 8 Putrajaya kerana telah terdapat papan tanda di jalan jalan penting menuju ke kawasan ini.Jika anda datang  dari Jambatan Wawasan,belok kekiri dan kiri berhampiran dengan Kilinik Bersalin Risiko Rendah dan jika datang dari Persiaran Barat belok ke kanan di lampu isyarat simpang empat.

Selain dari Zam Newsroom Cafe di No D-G -3 A Jalan PG8 , sedang berlaku pertumbuhan pesat berbagai restoran , cafe dan makanan segera. Di antaranya restoran Thai, Pantai Timur, Padang, Arab ,sateh,Upin dan Ipin dan juga kedai kedai jahit dan pakaian.

Perlu disebutkan tajuk entry  "Pegawai Khas Khairy Jamaluddin diharamkan masuk ke Zam Newsroom Cafe" telah dikunjungi oleh hampir 8,000 sehingga jam 9 malam ini.

Keterangan gambar: Ustaz Kazim bergambar bersama dengan Tan Sri Zam dan Pembantu Pengurus Kedai Zamani  di kiri sekali dan adiknya Faiz dan di kanan sekali Rizal pengurus kedai pakaian Zainal bersebelahan cafe.



























Saturday, 15 November 2014

HARI AKHIR NAJIB JIKA ANWAR TIDAK DIPENJARAKAN.

KOMEN

BAPA-BAPA HAKIM TAK PERLU AMBIL MASA

Salam Pak Din,
Yang Arif bapak bapak Hakim tak perlu ambil masa yg terlalu lama untuk buat keputusan. Semua fakta kes dah ada pun. Lagi pun takde isu baru yg timbul. Point of law pun tak nampak pun. Sedih tengok cerita diulang tayang, seperti Cheap Matinee pada setiap Sabtu dan Ahad jam 10.30 pagi.
Lagi lama di peram, akan timbul lah berbagai andaian yang negatif terhadap Badan Kehakiman, yg memang semakin memualkan ( No Malice Intended ).
Let's get it done and move forward, regardless of the outcome.

WE  MUST ACCEPT THE FEDERAL COURT DECISION

safiai saad16 November 2014 09:14

Dear Zam,I was a little concern regarding the topic written by the Edge and your response to it.The Federal court as the Apex court will ultimately decide on this case based on the evidence furnished by both parties. The aim of the prosecutor there was indeed to establish a prima facie case,and beyond reasonable doubt based on section 173 of Criminal Produre Code, While the defendents need to raise doubt whether substantive or technical so as to refute those charge.
These should be the material arguments on this case. Did Anuar sodomise Saiful on the date as per the charge sheet.The rakyat must be educated about these facts rather than wait and indulging in pridicting the outcome.
These laws are passed by parliment which essentially in accordance to what the rakyat desired.By looking at the case there are three main issue, firstly the sufficiency of evidence,the quality of evidence and lastly the link of these evidence to the accused.Other than that will not be useful for the judge to make the just decision.There could not be dichotomy where there are two set of law, one for the VIP and the other for ordinary Malaysian.
We must accept the Federal Court decision,since this must be finality to this case and only the Majesty DYMM Agong could pardon if Anuar is found guilty.
Malaysia will continue to move with or without Anuar and with or without Barisan nasional. Some time devine intervention will be the lesson to all Malaysian.God has as much right to this country as much as we as the rakyat claimed we have the right to Malaysia. Be prepared to move forward no matter how much the love and pain that you might feel as a result. I rest my case Zam.

JAWAPAN KEPADA THE EDGE REVIEW

Kenapa The Edge  Review  memikirkan bahawa memenjarakan Anwar Ibrahim akan menambah parah Barisan Nasional(BN)  , lebih teruk  dari ketika Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menjadikannya sebagai musuh?.


Ini adalah suatu analisis  yang bersifat persepsi, bias,prejudis,,tidak berasaskan fakta teguh dan realiti sebaliknya didorongkan oleh sentimen penulis yang pro orang Cina dan  DAP yang mahukan kepimpinan Anwar  diteruskan  atas keyakinan  hanya beliau yang dapat menjatuhkan kerajaan BN pimpinan  Melayu.

Maka itu Anwar mesti terus berada di luar untuk menjadi alat mereka.

 Apakah The Edge Review percaya bahawa dengan tidak memenjarakan  Anwar, orang Cina terutama kalangan profesional akan kembali menyokong MCA atau BN dan dengan itu sakit BN tidak akan bertambah parah?

The Edge menapilkan langsung sentimen orang Melayu yang melihat kebenaran  Mahathir dalam  memenjarakan Anwar dan kesilapan  Pak Lah  melepaskannya yang sejak itu negara berada dalam berbagai prasangka rakyat  hingga kini.  
.

The Edge memejamkan mata terhadap kemusnahan integriti politik Anwar berikutan dengan kesilapan   Kajang Move  yang memecahbelahkan partinya sendiri  dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadapnya.

Keadaan ini memudahkan lagi dari segi keselamatan untuk menghantarnya  ke penjara. 

Tidaklah benar seperti ramalan The Edge bahawa ini  tidak akan dapat membantu kecacatan politik  Najib dari tekanan dalam parti dan juga di kalangan rakyat biasa.

Sebaliknya  jika Anwar masuk penjara maka Najib akan dapat keluar dari krisis keyakinan  yang dihadapinya  dengan  sokongan besar dari rakyat yang telah bosan dan termuntah  dengan pembohongan seniman jalanan itu yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan tidak pasti lebih enam tahun.

The Edge menolak fakta bahwa kemarahan orang Melayu terhadap Najib adalah kerana kelemahan kepimpinannya, terlalu demokratik terhadap pembangkang , tolak ansur kepada  orang Cina dan juga terhadap gulongan ultra liberal sebaliknya The Edge cuba mengelirukan umum  kunonnya kerana tindakan terhadap Anwar. 

Sewajarnya saya tidak membincangkan pekara ini kerana mungkin akan sub judice kepada penghakiman  tetapi saya tercabar dengan analisis The Edge yang cuba mempengaruhi para hakim dan Najib dengan hanya mengambil kira sentimen  orang Cina dan menolak samasekali sentimen orang Melayu.Seolah-olah orang Melayu sudah tidak ada di negara ini.

Ini sama seperti Economist yang sebelum ini hanya mengambil kira sebagai tekanan berat dihadapi oleh Najib kerana mengambil tindakan terhadap pembangkang yang mencabar Akta Hasutan 48 tetapi ia tidak mengambil kira sokongan  berjuta orang Melayu dan bumiputra terhadap langkah itu dan tekanan orang Melayu terhadap Najib supaya  akta itu dikekalkan.

Apa yang akan berlaku ialah sekiranya Anwar tidak dipenjarakan , Presiden UMNO dan Perdana Datuk Seri Najib akan dicabar sebelum habis tempohnya oleh seorang calun yang sedia menunggu keputusan demikian  kerana beliau pasti  dengan itu seluruh ahli UMNO dan orang Melayu akan memberikan sokongan penuh kepadanya untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang lemah. 


Jailing Anwar could hurt Najib more than it did Dr M, says The Edge Review








Opposiition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is waiting for the decision on his appeal against his sodomy conviction. – The Malaysian Insider file pic, November 14, 2014. Opposiition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is waiting for the decision on his appeal against his sodomy conviction. – The Malaysian Insider file pic, November 14, 2014.Jail for Datuk Seri Anwar Ibrahim if the Federal Court upholds his sodomy conviction would only serve to hurt the Barisan Nasional (BN) government, perhaps more so now than when former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad first turned him into an arch nemesis, The Edge Review said in a report today.
Jailing Anwar could cost the BN more votes as Malaysians grow tired of the government's treatment of the opposition leader after 16 years, with his latest sodomy appeal taking place against the backdrop of an on-going blitz against opposition politicians and others critical of the establishment by using the colonial-era Sedition Act.
"In the immediate term, a guilty verdict against Anwar will turn the opposition leader into a political martyr on the international stage and further dent Malaysia's image abroad, which has suffered in recent months over attacks on the government for using draconian laws to cow opposition politicians," The Edge Review said in an article, "Hounding of Anwar Ibrahim takes a toll on Malaysia".
The trial court acquitted him but the Court of Appeal in March this year found him guilty and sentenced him to five years' jail. In his appeal to the apex court, the prosecution had also filed a cross-appeal to enhance the length of his jail sentence.
The weekly digital magazine said it appeared "likely" that Anwar would be jailed, and said that this might boost Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's support from within Umno, the party he leads.
It would also cause new problems for the Pakatan Rakyat which the Edge Review said had been struggling to maintain a united front over religious and racial issues.
However, citing analysts, it said that having Anwar in jail "would do nothing for Najib's tattered political prestige among ordinary Malaysians and could even hurt him more than it did Dr Mahathir".
This was because Najib was also dealing with withering internal support from Umno, which meets for its annual general assembly later this month.
Najib has come under attack from party veterans, most visibly by Dr Mahathir and former finance minister Tun Daim Zainuddin, both of whom have blamed him for Umno's decline. Dr Mahathir has also become increasingly vocal about some of the government's policies under Najib.
The Edge Review said that Umno was now in a fight for its survival, having hit its lowest point in electoral support ever in the 13th general election last year. Though it maintained a parliamentary majority, it lost the popular vote to Pakatan.
Malays first began abandoning Umno from 1998 onwards, when Dr Mahathir sacked Anwar as deputy prime minister and finance minister, and slapped him with the first sodomy charge.
Since then – almost two decades later – analysts have looked back on Anwar's persecution as a "serious and costly misadventure" for Malaysia, the Edge Review said.
"Too much damage has been inflicted on the system because of this campaign," it quoted commentator and political researcher Bridget Welsh as saying.
Even as the Umno-led BN lashes out at its critics using the Sedition Act, its focal point remains Anwar because Umno feared him as "the biggest threat to their hold on power", it added.
The Federal Court verdict will be watched closely by international investors because of the current climate of concern over governance and democracy in the Southeast Asian economies of Thailand, Singapore and Indonesia, besides Malaysia. – November 14, 2014.
* The Edge Review is Southeast Asia’s only weekly digital news magazine covering regional politics and business. To receive a free three-month trial subscription and to read this story and other news in this issue click here.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/jailing-anwar-could-hurt-najib-more-than-it-did-dr-m-says-the-edge-review#sthash.x49RNbXZ.dpuf

Thursday, 13 November 2014

MENTERI BESAR PAHANG MENEMPAH MAUT

Dosa membalak secara haram di Pahang,membotakan tanah di Cameron Highland ,membiarkan ribuan pendatang haram bermaharajalela dan  berulangnya limpahan banjir di tanah tinggi itu  tentulah bukan  hanya dosa Menteri Besar Pahang seorang diri.

Sejarah negeri Pahang  telah membuktikan bahawa pernah Menteri Besarnya  tersingkir kerana tidak mahu berkongsi dosa.

Maka itu apabila Menteri Besar Pahang  Adnan Yaacob mengambil keputusan untuk menyerang Utusan dengan keras kerana pendedahan mengenai kebanjiran pendatang asing  di Cameron Highlands mungkin kerana beliau mahu mengambil tanggungjawab sendiri dan tidak mahu membabitkan orang lain.

Dalam keadaan tertekan  tidak dapat mendedahkan hal sebenar,perasaan tidak terkawal dan lidah  tidak mengenal batasan, lalu beliau menjadikan  Utusan sebagai sasaran serangan tanpa menilai baik buruknya.
,
Saya terkejut dan terpegun bila  Bisik Bisik Awang Selamat Minguan Malaysia minggu   lalu telah menghentam  Adnan habis-habisan  sehinga keperingkat mengingatkan beliau telah overstay your welcome tetapi apabila membaca pendedahan  kecaman melulunya  terhadap Utusan  maka saya merasakan kewajarannya kerana pulut santan binasa,kerana mulut taraf MBnya tercerca.

Antara lain kata Adnan dalam sidang akhbarnya berhubung dengan isu Cameron Highland  yang didedahkan oleh rakaman  video Utusan : "Utusan pun rugi berniaga,ntah Utusan pun tutup berniaga.

"Ketua pengarang ingat boleh tentukan naik turun sesaorang.PM jatuh ,PM turun,menteri itu turun.

Katanya lagi "reporter takut pada editor  lebih pada tuhan lagi,dia tuhan tak takut bila tak sembahyang."

Adnan telah membuat suatu perhetongan yang salah apabila beliau menjadikan media sebagai musuh. Kejatuhan pemimpin bukan kerana media tetapi kerana pemimpin memberikan senjata kepada media.

Kata-katanya itu memberi arti bahawa  beliau telah berkerat rotan , berpatah arang dengan Utusan Melayu yang selama  ini lebih banyak mendedahkan kekuatannya dari  kelamahannya.Barangkali beliau memikirkan Utusan tidak lagi berguna baginya,Utusan bukan lagi hak UMNO kerana beliau tidak akan bertanding pada PRU akan datang. 

Adnan telah menjemput maut datang lebih  awal bagi jawatan menteri besarnya  dan juga bagi masa depan politinya.

Adnan telah membuat perhetongan yang salah  apabila beliau menjadikan media sebagai musuh  apatahlagi Utusan yang memang mempunyai sejarah keramat dalam kekuatan dalamannya menjatuhkan pemimpin.

Kejatuhan pemimpin UMNO biasanya bukan kerana tekanan dari luar tetapi dari dalam dan anasir dalaman paling merbahaya adalah Utusan sendiri.

Sejarah tercatit beberapa orang Menteri Besar dan Menteri telah cuba mempertahankan kedudukan sehingga saat terakhir tanpa memperdulikan isyarat yang diberikan oleh  Utusan tetapi terbukti   maut juga akhirnya yang terkadang lebih awal dari yang dijangkakan.

Dalam soal kedudukan  Menteri Besar Pahang,nampaknya Adnan yang memberikan keris kepada Utusan.

PERHATIAN: TAJUK PEGAWAI KHAIRY DIHARAMKAN MASUK KE ZAM NEWSROOM  CAFE TELAH MENINGKAT LEBIH 7,000.SILA BACA.

SIAPA ZAM NAK TENTUKAN MB PAHANG?
13 November, 2014 SIAPA ZAM YANG BOLEH TENTUKAN MENTERI BESAR PAHANG MENEMPAH' MAUT'? Mantan Mamak Menteri Utusan Malaysia merupakan suara UMNO dan orang Melayu sejak dahulu lagi. Utusan adalah lidah resmi UMNO dan suara para pemimpin UMNO. Namun tidak kurang juga penglibatan Utusan dalam memberi warna kepada politik UMNO dan tanah air. 

Utusan Malaysia adalah musuh utama kepada pembangkang. Kerana itulah Pas memanggil Utusan Malaysia / Melayu sebagai Utusan Meloya. Pengikut Pas memang dah mengharamkan Utusan untuk dibaca bahkan mungkin tersentuhnya juga perlu disamak. Anwar Ibrahim sendiri yang suatu ketika dahulu menggunakan Utusan sebagai penyambung lidahnya akhirnya turut melabel Utusan sebagai pembawa berita palsu dan berniat jahat. Memang tidak kurang para pemimpin UMNO dijatuhkan oleh Utusan yang menjalankan agenda orang-orang tertentu. 

Saya tidak hendak memberi contoh kerana contohnya terlalu banyak. Yang ingin saya persoalkan disini adalah apakah kali ini Utusan juga membawa agenda khas untuk menjatuhkan Menteri Beasr Pahang? Saya tidak hairan apabila Awang Selamat dan Utusan bersungguh-sungguh cuba 'mamalukan' dan menjatuhkan Menteri Besar Pahang kerana saya pasti jika diibaratkan polong, dia polong yang dipelihara dan bertuan. Pasti ada hidangan telor disediakan untuk santapannya.
 Cuma saya agak terkejut apabila seorang mantan menteri yang juga bekas pengarang Utusan turut 'mengehentam' Menteri Besar Pahang didalam blognya dengan memberi tajuk 'Menteri Besar Pahang Menempah Maut'. Nampaknya mantan menteri ini masih merasakan bahawa beliau adalah sebahagian dari 'Utusan Meloya' dengan khayalan dalam zaman gemilangnya dulu.

 Saya bukan antara yang taksub kepada satu-satu pemimpin bahkan pada suatu ketika saya sendiri pernah 'menghentam'. Namun, dipenghujung kariernya, berilah Menteri Besar Pahang ini sedikit 'muka' dan penghormatan dan jangan 'telanjangi' dia. Biarkan dia berundur secara terhormat sebagaimana Tun Dr. Mahathir dulu. Jika kita, (terutama yang bercita-cita besar) sanggup menunggu selama ini, kenapa tidak sabar untuk menunggu sedikit masa lagi? 

DARI BLOG BRAVEHEART



Tuesday, 11 November 2014

KEKUATAN TERSEMBUNYI UTUSAN MELAYU MENYERLAH

SEKALIPUN ADIK NAJIB BERSIKAP TIDAK ADIL PADA UTUSAN


Datuk Seri Nazir Razak CEO CIMB
Tahniah setinggi-tingginya saya limpahkan kepada Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang telah berjaya menandatangani memorandum persafahaman (MoU) dengan sebuah syarikat peneraju dalam teknologi maklumat dunia, CISCO untuk menerokai Pelaksanaan Internet Segala-galanya (Internet of Everything atau IoE) yang menawarkan potensi pasaran lebih RM200 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang di negara ini.

Ini adalah suatu fokus yang sangat besar yang menjanjikan masa depan yang cerah tetapi bergantung kepada keupayaan kedua pihak untuk menyediakan keupayaan tenaga yang aktif dan berinisiatif dalam menerokainya. 

Dalam keadaan menghadapi berbagai-bagai tekanan sosial, politik dan ekonomi kejayaan Utusan mendapat keyakinan sebuah syarikat antarabangsa yang terkemuka adalah suatu pencapaian yang akan membuka mata semua pihak di negara ini terutama pihak yang mempromosikan prejudis perkauman terhadap Utusan.

Sekaligus ia menyerlahkan kekuatan tersembunyi Utusan di sebalik kelemahan kewangannya. Syarikat antarabangsa ini tentunya telah diyakini tentang kekuatan sebenar Utusan oleh pihak yang berkredibiliti di negara ini.

Utusan adalah menjadi bahan rujukan semua kedutaan-kedutaan asing di negara ini terutamanya yang mewakili kuasa besar. Suara Utusan dianggap paling berauthoriti sebagai suara jatidiri rakyat yang akan menentukan kesetabilan masa depan sosial ekonomi dan keselamatan negara ini. 

Penandatangan ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan sikap prejudis dan rasis pihak perancang media atau agensi-agensi iklan yang tidak menggalakan pengiklanan syarikat besar terhadap Utusan selama ini.

Sikap tersembunyi ini lebih terserlah selepas Pilihan Raya 2008 yang memberikan kemenangan besar kepada parti perkauman Cina dan agama dan serpihan UMNO. Secara kebetulan Perancang Media ini banyak dikuasai oleh orang Cina.

Sikap ini bukanlah baru, tetapi mereka sengaja memperkecilkan Utusan dengan pelbagai alasan walaupun pada ketika edaran Utusan Malaysia mencapai angka hampir 300,000 dan Mingguan Malaysia 600,000 dalam tahun 80an. Ini adalah oleh kerana ketakutan kepada kekuatan kewangan Utusan akan menyumbang kepada kekuatan suara jatidiri negara.

Malangnya CIMB bank yang dikuasai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Nazir Razak yang juga adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri percaya kepada mereka ini dan CIMB lebih mengutamakan peruntukan wang iklan yang lebih besar kepada akhbar-akhbar bukan Melayu dari Utusan Malaysia. (Pekara ini patut dibawa dan didedahkan dalam Perhimpuan Agung UMNO kelak).

Tentulah Cisco mengambil keputusan untuk bersama Utusan menerokai potensi besar dunia luas siber di Malaysia berasaskan sumber maklumat yang cukup kuat dan benar dan bukannya dari suara seniman jalanan, pembangkang yang berasaskan kepada kekuatan yang rapoh dan suara-suara liberal yang gila kepada pengikhtirafan dan poulariti dan Perancang Media yang racis.

Bagaimanapun kegigihan para pendokong Utusan yang silih berganti dalam api perjuangan yang tidak pernah mati, telah mendorongkan Utusan untuk terus berinisiatif mencari asas survival yang lebih kukuh dan berpotensi bagi masa depannya.

Pihak pengurusan Utusan tidak pernah berputus asa sekalipun pihak pembangkang dan juga golongan liberal telah cuba mengelirukan imejnya yang liberal dan sederhana kepada racis dan ekstremis kerana Utusan mempertahankan kemurniaan Perlembagaan Negara.


Utusan dipulaukan, disaman, dituduh racis dan berbagai-bagai lagi pencemaran yang dilakukan tetapi semua ini telah menjadi himpunan bukti kekuatan dan keberkesanan suara Utusan yang terbukti dengan pengedarannya terus meningkat sehingga menjadi akhbar Bahasa Malaysia nombor satu di Malaysia.

Sementara sebuah akhbar Inggeris dan Melayu yang takut untuk menunjukkan komitmen sepenuhnya kepada perjuangan jatidiri bangsa, agama dan negara, tidak berani berterus terang dan cuba menonjolkan sikap berkecuali kerana mementingkan wang iklan, pengedaran mereka telah jatuh merudum.

Kiranya akhbar The New Straits Times mempunyai komitmen untuk menyerang balas serangan terhadap perlembagaan seperti akhbar The Star yang menjadi juara kepada menghakiskan kekuatan dan ketulinan Perlembagaan Negara maka tentulah imejnya berlainan dari hari ini, tentunya ia menjadi sebuah akhbar Inggeris yang popular dan dihormati dan bermaruah tetapi ia telah memileh jalan selamat untuk wang dan langsung tidak bersemangat perjuangan. 

Orang Melayu telah kehilangan akhbar Inggeris yang dapat menjadi suara mereka yang berani dan berkesan.

Bagaimanapun dasar pengecut ini tidak mendatangkan pulangan sebaliknya pengedarannya terus merosot dan merudum. Tetapi yang menghairankan mengapa Perancang Media tidak sensitif terhadap keadaan ini sebaliknya terus menyekat iklan kepada Utusan yang pengedarannya meningkat? Tidakkah ini merupakan racial prejudice?

Kekuatan Utusan, pengaruhnya yang semakin luas dan penambahan jualannya adalah oleh kerana Utusan membawa roh perjuangan dengan lantang dan berani. 

Utusan dalam keadaan bangsanya tercabar dan tertekan dan Perlembagaan Negara dihina telah menggemparkan negara dengan pertanyaan "Apa lagi orang Cina mahu?."

Sebenarnya setiap pihak  baik dari dalam atau luar negara yang mahu mencari pengaruh dan kekuatan politik  dan sosial di negara ini  mengharapkan Utusan berada di pihak mereka.

Maka itulah sebabnya bila menyertai Malaysia, Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew peguam pertama Utusan  Melayu mahu Utusan bersamanya tetapi oleh kerana matlamat Malaysian Malaysianya difahami oleh Utusan dan menentangnya maka akhirnya Utusan menjadi musuh utamanya hingga kehari ini .

Boleh dikatakan hampir semua buku karya Lee Kuan Yew menyebutkan Utusan Melayu sebagai kawan dan sebagai musuh utama terutama dalam dua volume buku memoirnya.

Saya mengucapkan syabas kepada Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu Tan Sri Hashim Makaruddin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Mohd. Noordin Abbas dan juga Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak kerana telah berusaha meneroka jalan bagi Utusan ke arah yang meyakinkan dalam keadaan yang amat tertekan dan terhempit.

Seperti kata Pengarah Eksekutifnya, Mohd Noordin Abbas "Kerjasama dengan Cisco itu menandakan permulaan langkah Utusan mempelbagaikan porfolio perniagaannya, susulan daripada penyertaannya dalam sektor pembangunan hartanah.

Utusan kini mencipta arah tuju perniagaan baharu di samping terus menjadi kumpulan media utama negara.

Sunday, 9 November 2014

WANITA UMNO TURUT MEMBANTAH NAJIB

SURVIVAL POLITIK SHAHRIZAT

KOMEN:
Anonymous10 November 2014 10:54
Sharizat merupakan salah seorang penyokong kuat PM. beralih sokongan tentang akta hasutan hanya bermaksud bahawa sesuatu akan berlaku PAU nnt. saya doakan ini adalah benar.
Dia membaca dan menghidu perkembangan ini maka tiba2 bersuara lantang terhadap pm. Ini hanyalah tindakan survival politik sendiri.

Walaupun telah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa beliau bukan bermaksud untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 tetapi kebanyakan rakyat; terutama UMNO sendiri mengambil kesimpulan itulah hasratnya yang sebenar.

Selain dari bantahan yang telahpun dibuat oleh beberapa bahagian UMNO, hari ini perhimpunan lebih 500 orang Wanita UMNO di Ibu Negara telah mengambil keputusan untuk menyampaikan memorandum bantahan kepada Datuk Seri Najib. 

Mereka membuat keputusan itu setelah menghadiri perjumpaan untuk memahami Akta Hasutan 48 yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat menyatakan bahawa ketiadaan undang-undang itu kelak akan menimbulkan suasana kebimbangan yang melibatkan kedudukan agama,bangsa dan juga raja-raja.

Datuk Seri Najib telah mengumumkan hasratnya untuk meminda Akta Hasutan 48 dalam usahanya untuk meluaskan lagi dasar libralisiasi dan demokrasi Malaysia setelah beliau membuat keputusan sendirian menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang menimbulkan bantahan dari bekas-bekas pegawai tinggi polis dan tentera dan juga dari bekas-bekas hakim dan pelbagai pertubuhan Melayu.

Adalah dijangkakan tekanan semakin hebat akan didatangkan oleh UMNO dari seluruh negara menjelang Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO tidak lama lagi terutama sekali ke atas konsep Kesederhanaan (Moderation) yang dikemukakannya yang lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan agama Islam dan maruah orang Islam di negara ini walaupun memberikan imej baik keluar negara.

WANITA  UMNO AKAN HANTAR MEMORANDUM BANTAHAN PADA NAJIB


Wanita Umno chief Shahrizat (right) and her deputy Datuk Azizah Mohd Dun. - Bernama
Wanita Umno chief Shahrizat (right) and her deputy Datuk Azizah Mohd Dun. - Bernama
KUALA LUMPUR: Wanita Umno disagrees with the proposal to abolish the Sedition Act 1948, saying that it is still needed to ensure peace and security in the country.
Its chief, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, said it was also feared that the absence of the Act in the future would cause a worrying situation involving racial, religious and institution of monarchy issues.
"These issues may be triggered by seditious statements and worsened by the freedom of speech in social media," she told reporters after attending the 'Understanding the Sedition Act 1948' programme organised by Wanita Umno Legal and Advocacy Bureau here Sunday.
Shahrizat said the 500 Wanita Umno leaders who attended the programme agreed to submit a memorandum to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to ask the Government to retain the Act.
She said Wanita Umno, through its branches nationwide, would also launch a campaign to collect one million signatures who believe the Act should be retained.
"Wanita Umno will also organise programmes and forums for those with no political interests so that they will understand the risks that await if there is no specific Act that can protect national security," she said.
Shahrizat said the Wanita Umno would also convene a meeting with the Wanita movements in Barisan Nasional (BN) component parties and non-governmental organisations, in order to learn their opinions about the plan to abolish the Sedition Act.
At the Prime Minister's Department's monthly assembly on Sept 8, the Prime Minister reportedly said that the Government would exercise utmost prudence in deciding whether to maintain the Sedition Act 1948 or introduce the National Harmony Act. - Bernama