Friday, 31 October 2014

THE STAR MAHKAMAH DALAM MAHKAMAH BICARA ANWAR IBRAHIM

Saya tidak faham bagaimanakah seseorang yang sedang dibicarakan dalam mahkamah atas sesuatu tuduhan boleh pula membela dirinya di luar Mahkamah.

Barangkali inilah keistemewaan dan keadilan yang diberikan kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di sisi undang-undang negara ini berbanding dengan orang lain atau di negara lain.

The Star On Line hari ini menyiarkan berita Anwar Ibrahim yang sedang dalam rayuan bicara supaya dibatalkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya kerana melakukan liwat ke atas Saiful (Sodomy II) di Mahkamah Persekutuan, telah membuat tuduhan di luar mahkamah bahawa pendakwa membangkitkan pekara-pekara sensasi dalam pembentangan. Katanya pendakwa tidak menjawab pekara yang dipersoalkan oleh peguamnya.

Bagi saya Anwar tentulah akan menggunakan apa juga ruang  untuk membela dirinya tetapi apakah wajar bagi media utama seperti akhbar The Star atau Star Online menjadi mahkamah kedua untuk didengar dan dihakimkan oleh rakyat.Tidakkah kenyataan Anwar itu boleh mempengaruhi orang awam.?

Sepanjang ingatan saya semasa menjadi Ketua Pengarang akhbar Kumpulan Utusan dahulu, perbuatan ini dilarang oleh mahkamah dan ditegur jika dilakukan, tetapi mungkin lain dahulu lain sekarang.

Mungkin keberanian media kerana mereka tahu bahawa Peguam Negara begitu liberal sehingga beliau sendiri bertindak atas tekanan luar dan bukan atas keperluan undang-undang.

Kita lihat sejauh mana Peguam Negara akan memberikan kekebalan kepada akhbar The Star sebagai Mahkamah ke II dalam rayuan ulangbicara Anwar ini.

DARI THE STAR ONLINE 31 OKTOBER 2014
Sodomy II: Anwar accuses prosecution of sensationalising submissions

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim has accused the prosecution of sensationalising their submissions to the Federal Court.

When met outside the court, the Opposition leader said lead prosecutor Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah should have answered and addressed issues raised by the defence instead of focussing on “the juicy parts” which, he claimed, would be picked up by news organisations.

“I, however, believe that my team has done incredibly well and will continue to monitor this and address the issues of law,” he said, Friday.

Anwar added that despite having been rejected previously, the prosecution had attempted to get DNA evidence accepted.

On Thursday, defence lawyer Ramkarpal Singh had raised the issue of contamination in the DNA sample taken from Anwar’s former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, saying there were traces of another contributor.

He told the Federal Court that the chemist did not report it even though the amount traced was enough to be reported under the guidelines of the Chemistry Department.

“The fact however remains that scientific evidence has been established,” he said.

Anwar is appealing to set aside a five-year jail sentence for sodomising his former aide Mohd Saiful.

A five-member panel led by Chief Justice Arifin Zakaria began Friday to hear the prosecution’s submissions. The panel had spent the previous two and half days hearing from Anwar’s defence team led by former Federal Court judge Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Saturday, 25 October 2014

NASIB BAIK BANYAK PELANDUK DUA SERUPA DI MALAYSIA

Barangkali hanya Malaysia mempunyai paling ramai orang Melayu dan Islam yang berwajah sama terutama dengan orang popular dan kenamaan seperti pemimpin agama, pemimpin politik dan pemimpin negara.

Umpamanya ada lelaki yang menyerupai pemimpin besar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, ada pula yang serupa dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, ada pula yang salin tak tumpah macam Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Dan terakhir pula ada lelaki mirip wajah pendakwah politik popular Pas tidak bertauliah Ustaz Azhar Idrus.

Mereka sungguh bernasib baik kerana ramai pelanduk dua serupa di negara ini, jika  tidak mungkin karier politik mereka itu sudah lama berakhir.

Ini juga menunjukkan betapa tebalnya keimanan orang Melayu dan Islam di Malaysia kerana tidak lekas percaya kepada sesuatu perkara keji dan buruk terutama yang melibatkan orang agama berbanding dengan orang bukan Islam di Amerika, Britain, Itali dan Singapura yang hanya atas berita tanpa video pun mereka telah menyingkirkan pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dengan skandal.

Di Malaysia juga terdapat orang-orang Islam yang merasakan diri mereka menyerupai anjing dan kerana itu merasa perlu untuk mendidik orang Islam supaya tidak takut dengan anjing, tidak merasa kotor dan jijik dengan anjing sebaliknya bermanja-manja dengan anjing supaya apabila mereka di ketahui sebagai" anjing" maka mereka tidak  dimusuhi.

Bukankah dalam masyarakat binatang tidak ada manusia tetapi dalam masyarakat manusia ada binatang. Di Malaysia banyak anjing dalam masyarakat manusia.

Maka itu mereka merasa perlu untuk menganjurkan program sentuh anjing dengan berselindong di sebalik tujuan untuk mendedidik orang Islam membersihkan diri setelah menyentuh anjing sedangkan telah berkurun lamannya di negara ini nak  mencari seorang Islam yang dengan sengaja menyentuh anjing  pun sukar. Maka itu  orang Islam di Malaysia tidak memerlukan didikan untuk membersihkan diri mereka dari sentuhan anjing tetapi mereka perlu dididik untuk mengenali anjing dalam masyarakat Melayu  Islam di negara ini.

Program itu  ditujukan kepada orang Islam. Jika tidak kenaapa digunakan perkataan sentuh .Yang belum menyentuh anjing  dengan perasaan bebas dan tidak merasa bersalah ialah orang Islam. Orang bukan Islam bukan sahaja sudah biasa sentuh anjing tetap sesetengah  mereka tidurpun  dengan anjing.

Dan jika penganjur program ini dipanggil anjing pun tidak  salah kerana mereka tidak pernah meanggap anjing itu kotor dan hina dan mereka mahu orang Islam menukar nilai dan pandangan terhadap mereka jika mereka bermesra dengan anjing terutama dari luar negara  supaya mereka tidak dianggap sebagai musuh  negara.

Sunday, 19 October 2014

MEMANG BENAR MELAYU PUN PENDATANG

Memang benar Melayu adalah juga pendatang seperti yang didakwa oleh wakil Gerakan Johor Tan Lai Soon di mesyuarat perwakilan parti itu hari ini tetapi Melayu adalah pendatang paling awal yang terkuat, berani dan bijak dan kerana itulah mereka menjadi sultan dan raja yang dihormati dari sejak sejarah awal negara ini.
 
Benar seperti kata Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura bahawa mereka berasal dari Lanun tetapi apabila orang Cina datang untuk mencari rezeki di Tanah Melayu mereka terpaksa menyembah lanun-lanun ini yang sudahpun menjadi raja dan sultan.
Apabila penjajah Portugis datang menyerang Melaka sultan dan rakyatnya yang terdiri dari orang Melayu yang berjuang menentang mereka. Penjajah British yang datang kemudian mengiktiraf kedudukan Raja Melayu di negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan ketika itu tidak ada orang asli yang menjadi raja.
Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew pernah membuat dakwaan yang sama tentang kedudukan orang Melayu sebagai pendatang dan Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman menjawab dalam bukunya Looking Back (Page 120).
"My own submission is that he may be right in regard to the Singapore but my own family, for instance, were Mongols from India, Shipwrecked on the coast of Langkawi more than 1,200 years ago when on their way to China. Marong Maha Wongsa founded the dynasty and the Sultanate of Kedah has lasted to this very day."
Tan Lai Soon adalah dari Parti Gerakan yang asalnya bersama DAP menghayati inspirasi Lee Kuan Yew untuk menjadikan negara ini Republik Sosialis dan menghapuskan pemerintahan beraja. Jiwa gerakan tidak ada bezanya dengan DAP dan akan terserlah dalam isu-isu tertentu. Parti ini tidak sesuai untuk berada dalam BN.
Sebenarnya saya tidak mempersoalkan kesetiaan orang Cina sebagai pendatang tetapi orang Cina menghadapi krisis identiti sebagai rakyat Malaysia kerana di samping tidak mahu dipanggil pendatang , mereka mahu dikenali dengan bahasa pendatang.
Saya sendiri adalah pendatang, bapa saya keturunan India dan ibu saya keturunan Arab tetapi saya menjadi Melayu dari segi Perlembagaan kerana selain dari beragama Islam saya juga mengamalkan adat istiadat Melayu dan tidak merasa asing atau malu menggunakan bahasa Malaysia.
PETIKAN DARI MALAYSIAN INSIDER: MELAYU BUKAN BUMIPUTRA
With the exception of the Orang Asli and natives of Sabah and Sarawak, everyone. else in Malaysia is a pendatang (immigrant), a Gerakan delegate said at the party’s national conference today.
Johor delegate Tan Lai Soon said not only were the Chinese and Indians pendatang, but the Malays were not natives of Malaysia either as they had emigrated from Indonesia.
"Except for the natives of Sabah and Sarawak and the Orang Asli, everyone else in Malaysia is a pendatang," Tan said during the party's 43rd National Delegates Conference.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malays-also-pendatang-not-only-chinese-and-indians-says-johor-gerakan-deleg#sthash.GdJ46yBV.dpuf

Wednesday, 15 October 2014

TIDAK MAHU DIKENALI SEBAGAI PENDATANG TETAPI MAHU IDENTITI BAHASA PENDATANG

KENAAPA RISAU JIKA MEREKA MELAKUKAN SELF ISOLATION?

KOMEN: Ketika kami wartawan wartawan Malaysia termasuk rakan saya V.K Chin dari The Star (mendiang) menjadi tetamu kerajaan Taiwan lama dahulu ,di meja sebelah kami di sebuah restoran, beberapa  orang Cina bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya tahu mereka dari mana.

Pengiring kami Cina Taiwan  nampak tidak senang kerana sesama Cina berbahasa Inggeris  dan berkata kepada kami "Mereka ingat siapa mereka?." Dalam hati saya berkata" Sekurang kurangnya mereka ada identiti sebagai Cina Singapore"- ZAM

TIDAK MAHU DIKENALI........

SELEPAS lebih 57  tahun merdeka,Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru orang Cina supaya belajar bahasa Malaysia sambil  bertanya  "boleh? "di Persidangan Perwakilan  MCA  baru baru ini  dan dijawab oleh perwakilan "boleh".

Jika sesudah lebih 57 tahun masih berbahasa Malaysia pasar  dan tidak faham Bahasa Malaysia maka tidak mustahil 50 tahun lagi pun  mereka tidak juga boleh kecuali jika ada suatu kesedaran baru yang ikhlas dan bersungguh- sungguh  dan jika mereka   dapat menghayati apa  di hasratkan  oleh Presiden baru  MCA Liow Tiong Lai.

Saya percaya Najib membuat seruan tersebut atas kesedaran masih ramai orang Cina termasuk generasi baru  tidak dapat bercakap , membaca dan memahami  bahasa Malaysia dengan sewajarnya. Walaupun  mereka belajar Bahasa Malaysia  di sekolah Jenis Kebangsaan Cina tetapi di ajar oleh guru Cina sendiri yang menjadikan pertuturan mereka ikut loghat  Cina dan mereka belajar bahasa Malaysia sekadarkan untuk lulus pepereksaan.

Setelah lebih lima puluh tahun merdeka, kebanyakan orang Cina Malaysia tidak mempunyai identiti bahasa Bangsa Malaysia seperti Cina Indonesia dengan Bahasa Indonesia, Cina Thai dengan Bahasa Thai, Cina Singapore dengan Bahasa Inggeris dan China Amerika dengan Bahasa Inggeris yang langsung kita kenal sebagai American Chinese atau Indonesian Chinese.

Maka itu kenaapa mereka merasa marah jika di salah mengertikan sebagai bangsa pendatang kerana mereka sendiri tidak mahu dikenali  dengan  bahasa rakyat negara ini dan masih mahu lebih dikenali dengan bahasa pendatang? Ini adalah pengasingan diri dari arus perdana yang dilakukan sendiri  (Self Isolation)

Orang Melayu  sebenarnya amat  mudah menerima bukan Melayu terutama orang Cina  yang berbahasa Melayu tempatan dengan faseh  sebagai rakan sebangsa seperti  yang belaku di Kelantan ,Kedah dan Perlis  terutama di kampong kampong.

Maka itu Najib sendiri terus merasa bangga dan lantas menjadikan Presiden baru MCA, Liow Tiong Lai  sebagai contoh yang baik kepada masyarakat Cina  kerana walaupun belajar di sekolah Cina tetapi menyampaikan ucapannya di mesyuarat perwakilan MCA  itu  dalam bahasa Malaysia yang baik sepenuhnya.(mungkin dia dibesarkan dalam persekitaan Melayu?)

Najib tidak  mempunyai kepercayaan  bahawa sejumlah besar orang Cina memahami Bahasa Persuratan Melayu  maka itu  di majlis majlis "atasan" yang dihadhiri oleh orang Cina tempatan walaupun  tanpa  orang asing,Najib  condong  menggunakan bahasa Inggeris sedangkan di Parlimen yang ramai dengan berbagai  profesional bukan Melayu dan elitis negara,  beliau bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Suatu kajian perbandingan  secara jujur haruslah dibuat apakah benar ramai graduan Melayu atau pelajar Melayu sukar mendapat kerja kerana tidak tahu bahasa Inggeris atau sebenarnya anak anak Cina dari aliran jenis kebangsaan Cina  yang sukar mendapat kerja kerana mereka bukan sahaja tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik tetapi juga tidak dapat berbahasa  Melayu dengan sewajarnya.

Maka itu syarikat syarikat Cina terpaksa menampong dan memberikan keutamaan kepada  mereka ini kerana anak anak Melayu lebih mudah untuk mendapat perkerjaan dengan syarikat syarikat antarabangsa atau syarikat tempatan disamping kerajaan.

Haruslah diingatkan kebanyakan profesional Melayu hari ini  di bidang perubatan; doktor dan doktor pakar , jurutera  yang berkhidmat di dalam dan di luar negara,tenaga  pengajar  di bidang sains dan teknologi di universiti universti tempatan adalah berasal dari aliran Melayu (SPM)  dan kemajuan universiti universiti ini adalah kerana didukong oleh anak- anak Melayu yang berasal dari aliran Melayu dan melanjutkan pelajaran di luar negara.

Ramai  anak anak Cina kelulusan perubatan dari  dari UKM yang berasal  dari aliran Melayu berkerja di Singapura.

Jika dipanjang  umur, lebih 50 tahun dari sekarang, Najib  akan bertanya lagi kepada orang Cina: boleh tak belajar Bahasa Malaysia dan mereka akan jawab boleh tetapi mereka akan tetap berada dalam keadaan tidak boleh.

Lebih 50 tahun dahulu,bila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman meminta peniaga Cina menggunakan papan iklan perniagaan  dalam bahasa Malaysia,mereka membantah kerana dakwa mereka akan menyebabkan perniagaan mereka merosot.Sampai sekarang pun bila ada majlis  mesyuarat orang Cina termasuk MCA sendiri mereka akan meletakan Bahasa Malaysia di bawah atau tidak menggunakannya langsung.Mereka mahu dikenali dengan bahasa pendatang kerana bahasa pendatang lebih bertamadon.

Kenapa kita terlalu risau  jika orang Cina mahu melakukan pengasingan diri,tidak mahu berada di aliran perdana dan lebih mahu dikenali dengan bahasa pendatang dan bukan bahasa yang diiktiraf sebagai  Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini?

Siapakah yang membina dan mahu mengekalkan  identiti bangsa pendatang?

Biarkanlah si luncai terjun dengan labu labunya
.


Thursday, 9 October 2014

APAKAH INI KERANA CINTA BUTA KITA KEPADA PRESIDEN OBAMA?

KOMEN:
  1. I don't know dude. We have the Home Minister whom easily green lighted movies which glorified secret societies and the underworld. Movies which showed how cool it is to live the lives of crooks and thugs and talk in mafioso lingo. If we let these kind of movies flooded in our cinemas, what kind of values are we trying to ingrain to our kids? Is it the quest for millions of profit had made us blinded to the fact that the materials contained within could exposed our youth to violence conduct? I'm not sure about that but money rules these days.
    We used to have stringent guidelines before when it comes to violence and supernatural elements but now it seemed to be lax. They are letting in everything unfettered. This trend is kinda worrisome.
  2. APAKAH INI KERANA CINTA......
  3. Seorang tebunuh dalam  letupan yang mencederakan 14 orang di hadapan  sebuah kelab malam  di Bukit Bintang yang merupakan kawasan hiburan  malam  paling panas  di Kuala Lumpur yang juga popular dengan kunjungan gay dan lesbian

  4. Untuk memadamkan berbagai spekulasi liar yang boleh mencemarkan  imej baik negara , Timbalan CID  Kuala Lumpur AC  Khairi Ahrasa segera menyatakan bahawa kejadian itu mungkin berpunca  dari persengeketaan kongsi gelap  dan siasatan sedang dijalankan dari semua sudut.

  5. Jika secepat itu di ketahui puncanya maka tidak pula polis secepat itu  menciumi rancangan mereka sekalipun kenyataan itu memberikan gambaran  sebagai ada penetrasi polis di kalangan  mereka itu.Artinya mereka lebih cekap dan cepat betindak dari polis.

  6. Walaupun kenyataan itu betujuan mematahkan spekulasi tetapi tidak dapat menghalang orang ramai untuk mengaitkan apa yang selama ini  berlaku di Selatan Thailand dan Indonesia telah tercetus  dalam negara kita.Keyakinan ramai tegugat terhadap keupayaan keselamatan .

  7. Juga tidak dapat dihalang aliran pemikiran rakyat bahawa hal itu berlaku kerana Pedana Menteri Malaysia mahu menjadi wira kepada  Obama dalam meletakan demokrasi dan liberalisme Malaysia  setaraf dengan nilai Globalisasi wacana Barat sehingga sanggup menghapuskan ISA yang selama ini menjadi payung keselamatan negara. 

  8. Dan ini menimbulkan kemarahan di kalangan puak pelampau yang selama ini dapat dibendung oleh negara dengan menunjukan  perimbangan  dan kebijaksanaan kita bertindak dan menjalankan policy negara walaupun anti extemisme.

  9. Kesanggupannya menghapuskan ISA tanpa berunding dengan rakyat yang menyokongnya adalah menjadi bukti sah dalam pekara ini.Hal ini juga telah mematahkan kuasa polis untuk melakukan tindakan preventive  yang berkesan walaupun kuasa baru diberikan.  

  10. Walaupun Tun Dr.Mahathir juga semasa pemerentahannya menyedari bahawa kita tidak mungkin terlepas dari mulut buaya dalam menghadapi new colonialisme  Barat  tetapi  kita tidak  sampai terlihat menjilat punggong buaya untuk selamat dari naga.

  11. Najib telah telah  menghancurkan pagar  yang dibina dengan darah dan air mata oleh ayahnya.


Monday, 6 October 2014

TAHALUF SIYASI YANG MEMBUNUH DIRI

APA KATA TUN MAHATHIR....
Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.
Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.( UNTUK SEPENUHNYA LIHAT POSTING TERKINI BLOG DR MAHATHIR )
PKR DAP TUNGGU PELUANG TENDANG HADI KE JURANG LEBIH DALAM
(Rencana ini tersiar  di Utusan Malaysia hari ini 6 Oktober 2014)

OLEH: ZAINUDDIN MAIDIN

Dari perhetongan logik  berasaskan  fakta perkembangan yang berlaku sebelum muktamar Pas 2011 hingga kini,  Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul  Hadi Awang  tidaklah berada pada kedudukan yang mantap dan bermaruah  dalam Pas dan   dalam Pakatan Rakyat.

Keadaan ini lebih jelas apabila berlaku krisis dalam pakatan rakyat yang bermula dari Gerakan Kajang yang membawa kepada kucar kacir kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan ini Hadi tidak mendapat dukongan  sepenohnya  Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat  yang  terbentuk   oleh  grand design kalangan politik  bukan ulama dalam parti itu yang bertunjangkan  kekuatan kewangan yang tidak lagi mementingkan prinsip dan  ideologi tetapi dipandu oleh  keperluan politik semasa.

Sehari dua sebelum Muktamar Pas 2011  yang menyingkirkan ulama progresif Nasaruddin Mat Isa da , Astora Jebat seorang penulis agama yang terkemuka dan saya telah bertembong dengan Datuk Husam Musa,Datuk  Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Hotel Kuala Lumpur. Mengetahui bahawa Mat Sabu sebagai pencbar kepada Timbalan Presiden saya mengesyaki suatu konsfirasi sedang berjalan.

Saya percaya hal ini berlaku dengan rastu Abdul  Hadi sendiri yang melihat masa depan Pas bergantung kepada kerjasamanya dengan pakatan rakyat termasuk harapan pimpinan Pas sebagai Perdana Menteri Malaysia dan hanya dengan kerjasama ini dapat menggulingkan kerajaan BN.

Akidah ini sampai kepada  mendorongkan Pas untuk membuang seorang intelektual Islam yang dihormati untuk digantikan dengan tokoh yang kekuatannya bergantung kepada aksi dan  kontroversi dan juga membuang dokumen negara Islamnya  yang menggerukan bukan Islam untuk digantikan kepada Negara Berkebajikan.



Dengan pengumuman  itu dalam ucapannya di muktamar Pas 2011 maka  Abdul Hadi meletakan hala tuju baru  yang secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada Mat Sabu anasir Anwarinas  yang mencabar Nasaruddin  yang dengan imej kontroversinya  berupaya untuk  menggerakan Pas  kearah dasar  baru itu dan menghapuskan imej tradisi  Pas  sebagai parti agama.

Pas menghalankan kerjasamanya dengan Parti bukan  Islam dan orang bukan Islam di bawah dasar Tahaluf Siyasi yang membolehkan kerjasama dengan semua pihak  termasuk partri bukan Islam dan orang bukan Islam demi untuk menegakan sebuah kerajaan eutophian,syang bersih,adil dan amanah untuk gantikan UMNO yang  kata Hadi" telah menjahilkan Melayu Islam di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan".

Tidak ada sesiapa yang dapat disalahkan bila Tahaluf Siyasi ini akhirnya telah meletakan  kepimpinan Pas tidak lagi berada ditangan ulama malah kedudukan Abdul  Hadi sendiri sebagai Presiden Pas tidak lagi pasti  yang jelas terserlah dalam krisis Pakatan Rakyat sekarang.


Dalam keadaan ini , tidak mustahil  kepimpinan ulama  Pas sekarang akan tersingkir atau diketepikan.Abdul  Hadi akan menerima nasib yang sama dengan pemimpim Agama Nasionalis  Datuk Asri  Haji Muda dan lain lain lagi untuk digantikan oleh  pimpinan ulama yang diketuai oleh beliau sendiri

Kini giliranAbdul Hadi pula akan disingkirkan oleh pemimpin liberal,sekular,profesional  dan  tidak berideolgi yang  bukan terdiri dari barisan  ulama yang tidak realis dan dalam mimpi di siang hari.

Pergantungan pucuk pimpinan Pas kepada kekuatan  Majlis Syura Ulama  dipandang kecil oleh PKR dan DAP dan juga beberapa orang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas kerana mereka tidak mempunyai legal authority dan  kuasa mereka boleh dibatalkan oleh Pas Pusat  yang dipileh oleh Muktmar Pas pada bila- bila masa menerusi proses demokrasi.Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika telah sah kekuatan berada di tangan mereka.

Bukti bahawa  Pas sebagai parti tunjang dalam Pakatan Rakyat  yang mewakili  Melayu dan Islam tidak lagi mempunyai kekuatan seperti sebelum bersama pakatan pembangkang diakui sendiri oleh seoarang ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen  bila beliau berkata  bahawa Pas menjadi mangsa buli parti sekutunya dalam pakatan pembangkang malah dalam kenyataan terkininya beliau memita ahli ahli Pas bertahan kerana sedang diserang dari dalam(oleh team Anwarinas?).

Serangan dari luar menampakan keangkuhan  mereka untuk demoralised kepimpinan Hadi yang berpaksikan kepada wahyu dan emosi dengan   menyingirkan orang Pas dari  kedudukan  penting yang berada di bawah  kuasa mereka.Umpamanya tindakan Ketua Menter Pulau Pinang Guan Eng   menyingkirkan Bendari Pas Pulau Pinang Iszuree Ibrahim dari keanggotaan semua jawatan tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).(berapa banyak elaun tetap dan pendapatan yang hilang?)

DAP juga memberikan penghormatan kepada dua orang ADUN  negeri Selangor Pas yang dianggap barua oleh Presiden Pas dan membalas kecaman pedas Abdul  Hadi dengan kecaman yang keras yang menunjukan keberanian DAP  untuk menghadapi apa keadaan pun sekalipun Pas meninggalkan pakatan. DAP memerlukan ini untuk tidak terlihat sebagai dibuli oleh parti Islam dan Melayu. Mereka tahu  bahawa hubungan Pas  dengan pakatan berada dalam keadaan di buang  mati anak  dan ditelan mati emak.

 Lebih memburukan lagi moral pimpinan Pas apabila dalam  keadaan tercabar ini,Abdul  Hadi hanya nampak   mundor mandir dalam permainan politiknya,tidak dapat membuat keputusan yang tegas atau  sekeras apa yang diucapakannya  kerana beliau seniri tidak berada dalam keyakinan diri tentang sokongan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas  dan juga tentang kekuatan  Pas  dalam kerajan Selangor.

Kecaman pedas Hadi terhadap dua orang adunya yang menyeleweng sebagai barua tidak diikuti dengan tindakan pantas  kerana beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuatan dan sokongan kepada kepimpinannya.

Hal ini menampakan kepada musuhnya bahawa beliau lebih bergantung kepada kekuatan " lidah" sebagai kuasa tanpa lebih dahulu mengukur  kekuatan sebenar yang dimiliknya dan bila tidak dapat bertindak sekeras ucapannya maka semakin terhakis  aura kepimpinannya sendiri.

Keceluparan mulut tanpa memperhetongkan keupayaan bertindak menyebabkan Abdul Hadi tidak terlihat sebagai pemimpin yang rasional, berkaliber dan berkualiti.


 Cara politik lama dengan menggunakan autoriti agama untuk memburukan musuh dengan mengecap mereka sebagai kafir atau barua sudah tidak lagi   menggempar atau menggerunkan musuh malah dilihat oleh umum dan anggota anggota Pas yang terpelajar dan profesional  bahawa kata-kata  itu tidak wajar digunakan  oleh seorang pemimpin besar parti politik Islam yang terbesar di negara ini.

Dengan itu Hadi menyamakan    tarafnya  dengan seorang imam yang mengimamkan  sembahyang hajat beramai -ramai di sebuah padang  tidak lama dahlu yang  mendokakan agar UMNO K.O , K.O UMNO.

Anwarinas dalam Pas dari sejak awal lagi secara  bijak dan  halus berusaha untuk menghakiskan imej kepimpinan Hadi dengan berbagai cara yang halus dan pintar. Selain dari tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada Presiden Pas itu dalam berita berita yang boleh memperkukuhkan dan meningkatkan imejnya  juga menggambarkan Hadi hanya layak untuk menjadi seorang nelayan..

Umpamanya dalam  Harakah Daily menjelang muktamar Pas yang lalu telah menyiarkan gambar Hadi sedang menjala ikan dengan keterangan gambar bahawa beliau mahu kembali menjadi nelayan.


Ternyatalah perhetongan Abdul Hadi untuk  selamat  dengan di kelilingi oleh Anwarinas dan bukannya dari gulongan terpelajar dan modenis Islam merupakan  perhetongan yang salah.Sebenarnya  beliau menggali kuburnya sendiri dari sejak muktamar Pas 2011.

Stratiji beliau untuk menyelamatkan Pas dengan mengorak langkah radikal dan dinamik samalah dengan langkah Mahathir membawa masuk Anwar ke dalam UMNO dengan tujuan untuk menyelamatkan masa depan UMNO dari ditelan oleh Pas tetapi akhirnya Mahathir hampir ditelan oleh Anwar  tetapi beliau bernasib baik dalam keadaan lemas ada anggota Majlis Kerja Tertinggi yang sanggup menyelamatkannya.

Pada  mesyuarat  Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan  Anwar Ibrahim dari UMNO setelah dipecat dari Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998,jika tidak kerana tindakan pantas Ibrahim Ali mungkin usia Dr.Mahatir sebagai Perdana Menteri telah berakhir pada malam itu juga.

Seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi telah meminta pemecatan itu dibuat menerusi undi sulit tetapi Ibrahim Ali segera membantah keras  dan terus bertanya siapakah yang bersetuju supaya Anwar dipecat yang mendorongkan majoriti bersetuju termasuk mereka yang sedang berura ura untuk mencari jalan selamat.

Apakah ada orang seperti Ibrahim Ali dalam Jawatan Kerja Pas Pusat yang sanggup berkorban untuk   untuk menyelamaktkan  Hadi dan masa depan Pas sebagai satu- satunya parti Islam yang terkuat di Malaysia?

Abdul Hadi telah mengorbankan  dokument negara Islam Pas,mengorbankan imej agung Pas sebagai Parti yang mahu nmenegakan negara Islam,memperkenalkan Tahaluf Siyasi untuk berkerjasama  dengan gulongan bukan Islam bagi menegakan sebuah negara berkebajikan yang bebas rasuah,bersih dan amanah  tetapi akhirnya beliau sendiri dan Pas terpaksa bersekongkong  untuk  menolak sebuah kerajaan yang bersih  di Selangor dan terpaksa  bertolak ansur dengan pemimpin pemimpin yang moral mereka disyakki demi untuk mengekalkan kuasa.

Pas sekian lama  membiarkan dirinya dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim yang disingkirkan oleh UMNO kerana masaalah peribadi tetapi diterima oleh Pas sebagai pemimpin besar pakatan rakyat untuk menegakan negara bersih dan bagi membunuh UMNO parti Islam dan Melayu yang dianggap telah Abdul Hadi sebagai telah menjahilkan Melayu dan Islam sejak merdeka.

Hukuman hudud dan negara Islam mimpi Pas tinggal  rhetoric yang amat memedihkan perasaan penyokong-penyokong Pas yang fanatik,jumud dan ekstrem. Dalam keadaan sekarang DAP dan PKR melihat Pas tidak lagi mempunyai peluang nntuk kembali kepada kekuatan asalnya malah sedang mencari jalan untuk survival dan bukannya untuk memulihkan kekuatan. Pas sekarang berada dalam keadaan cedera parah.

DAP dan PKR hanya menunggu untuk melihat tindak tandu Abdul Hadi yang lebih membuka peluang kepada mereka untuk menolak beliau ke dalam jurang yang lebih dalam dan melemaskannya.

Bila perlu mereka akan menunjukan keberanian yang lebih besar dan  bukannya  menunjukan kerjasama atau   konpromi yang akan memberi laluan kepada Tahaluf Syiasi.

Kepada umum amat jelas   bahawa Pas sedang menggali kuburnya sendiri menerusi Tahaluf Siyasi.