Sunday, 29 June 2014

PROVOKASI HASUTAN DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA SENDIRI

Penangguhan  kes tuduhan menghasut ketas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S,N Rayer di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang 19 Jun lalu  kerana  mengatakan UMNO celaka sebaliknya kes  15 orang lain  telah diteruskan telah mengharubirukan suatu pendekatan undang undang yang bermotif baik  untuk mententeramkan perasaan semua kaum.

Itulah sebabnya mereka dihadapkan ke mahkamah secara serentak  (kesemuanya Melayu kecuali seorang lagi India selain dari Rayer).

 Maka itu MUBARAK(Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) melonjak kegembiraan dan segera membuat  kenyataan mengalukan tindakan  itu sebagai seimbang dan adil  itu tetapi dalam sekelip mata keyakinan  ini dihancurkan oleh penangguhan kes  R.S.N Rayer yang  membakar api dalam sekam .Ketidak adilan segera dirasakan oleh orang Melayu.

Pejabat Peguam  Negara bagitu sewenang wenang  menghadapkan  kes ini dan menangguhkannya  tanpa memikirkan perasaaan rakyat,tidak prihatin  terhadap masyarakat berbilang kaum dan tanpa memikirkan kesan politik  yang menambah masalah kepada kepimpinan  negara yang sedang tercabar.

Tuduhan serentak itu yang  dianggap sebagai pendekatan policy  of political appeasement yang diharapkan akan menenangkan suasana sebaliknya menggelombangkan  perasaan marah  rakyat, menyebabkan kepala lembu di letakan di hadapan pagar rumah  R.S.N Rayer di Pulau Pinang kelmarin

Kali ini pendekatan Najib yang diketahui umum sebagai "Menangguhkan masaalah dan bukan menyelesaikan masaalah"  benar benar  berbayar. Menghakiskan lagi pengaruhnya di kalangan orang Melayu yang sudah pun dalam keadaan yang buruk.Suasana akan berlainan kiranya Rayer telah dituduh.

Tidak sahaja Istana tertentu mendatangkan tekanan ke atas Najib tetapi juga Pejabat  Peguam Negara sendiri. Apa yang dilakukan  oleh Pejabat  Peguam Negara adalah suatu provokasi politik yang cukup dahsyat dan membuka suatu medan pertempuran baru bagi politik perkauman dan keugamaan.Mereka tidak memenuhi harapan Najib.

Naib Presiden UMNO yang paling popular dan juga Menteri Dalam Negeri , Zahid Hamidi  meanggap tindakan meletakan kepala lembu berdarah dihadapan rumah ADUN Dap itu sebagai setimpal dengan keceluparan mulutnya. Walaupun dalam satu parti tetapi MCA dan MIC meanggap perbuatan itu merbahaya kerana lembu adalah suci bagi agama Hindu. Tidak pula kedua pemimpin parti komponen itu  melihat bahaya apabila UMNO dikatakan celaka. Mereka terus mencari populariti politik atas landasan DAP .

Tidak syak lagi akan ramai lagi yang akan turut terjun ke  dalam pertempuran politik baru ini.

Selama ini jari dituding kepada   rakyat kerana melakukan  hasutan di bawah Akta Hasutan   tetapi kalini  Peguam Negara dan pegawai pegawainya yang tidak prihatin dan cuai telah  membakar api.Merekalah yang pula harus dituduh.

Perbicaraan terhadap mereka harus di jalankan oleh Perdana Menteri sendiri dan hukuman oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.

Wednesday, 25 June 2014

KEBANYAKKAN PEMIMPIN UMNO MAHU JADI RAJA

 SYED ALI TAK FAHAM
Rekasi Ketua UMNO Bahagian Cheras terhadap tulisan saya menampakan beliau tidak dapat memahami dan menghayati  kritikan  terhadap  cara dia merayakan ulangtahun ke 20 bahagiannya (Lihat Malaysiakini):

1- Pertama tujuan saya ialah untuk menunjukan pemimpin pemimpin UMNO khususnya di bahagian Cheras  tidak menghayati inspirasi dan semangat baru rakyat sebaliknya memberikan imej Raja Bangsawan yang terpisah dari rakyat. Tidaklah heranlah kalau rakyat menolak  UMNO kiranya pemimpin pemimpin UMNO seperti in masih banyak dalam UMNO . Tulisan saya  simple dan mudah untuk  dapat difahami.

2- Saya tidak mengatakan songket yang dipakai oleh mereka pada majlis itu berharga antara RM5,000 hingga RM 30,000 tetapi biasanya pertandingan memakai songket mahal ini berlaku di Perhmipuan Agung UMNO. Semua ini diketahui oleh ahli ahli UMNO yang memperkatannya antara mereka.Ini tidak penting tetapi pameran imej kepada rakyat di majlis itu  yang menimbulkan persepsi salah.

3- Menuduh saya memakan duit masa jadi menteri meletakan   Ketua UMNO Bahagian Cheras setaraf  dengan cakap cakap "ulakayak" tepi jalan.ZAM

PERSEPSI POLITIK: PAS ADALAH PINTU SYURGA
Dari kiri berpakaian kepahlawanan Melayu Datuk Syed Ali Alhabshee, Datuk Seri Najib( dalam pakaian Melayu biasa), Datuk Zahid Hamidi dan Tengku Adnan Tengku Mansor
Saya terkejut dan kecewa apabila membaca Cuit Zaini Hassan (Utusan Malaysia 25 Jun 2014) yang mengkagumi pemimpin-pemimpin UMNO dalam pakaian kepahlawanan Melayu di majlis ulang tahun UMNO Bahagian Cheras.

Mereka bersongket mahal dari kepala hingga ke kaki, berbengkong dan bertengkolok. Menurut Zaini inilah pakaian hulubalang dan pembesar Melayu dari pelbagai negeri.

Bagi saya, apabila saya melihat gambar 'hulubalang-hulubalang Melayu' moden itu semuka penuh di Utusan Malaysia semalam, sekaligus mengingatkan saya kepada raja-raja "Bangsawan Melayu" yang saya saksikan pementasannya di kampung saya Kota Kuala Muda berpuluh tahun lalu. Saya geli hati dan ketawa bersendirian. Yang paling melucukan ialah Tengku Nan.

Saya terfikir apakah hulubalang Melayu di zaman purba yang miskin memakai songket yang mahal-mahal atau ini melambangkan zaman kemampuan rakyat biasa Melayu menjadi feudal menerusi kekayaan.

Yang pastinya ialah pemimpin-pemimpin UMNO tidak berpijak di bumi nyata, tidak menghayati inspirasi generasi baru dari rakyat biasa yang kebanyakkan hidup simple walaupun dari kalangan profesional kecuali segelintir anak golongan orang kaya baru Melayu menerusi politik atau birokrat.

Sekarang harga songket yang dipakai oleh pembesar-pembesar negara termasuk pemimpin-pemimpin UMNO dari serendahnya RM5,000 hingga RM30,000 kecuali yang dipakai oleh rakyat biasa songket berharga beratus ringgit dan yang termurah songket tiruan dari Pakistan. Tentunya mereka berasa telah memberikan bantuan kepada  industri songket negara termasuk seorang saudara saya pereka dan pembuat songket mahal yang terkemuka.

Dengan berpakaian "raja bangsawan" ini, UMNO memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, UMNO semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan UMNO sebagai parti rakyat. Pemimpin-pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan y sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burong nuri.

Bila sahaja kerajaan PAP Singapura ditubuh, semua anggota parlimennya termasuk perdana menterinya membangunkan persepsi mereka adalah datang dari rakyat biasa, mewakili perasaan rakyat dengan berpakaian sebagai rakyat biasa, beruniform Parlimen seluar putih baju putih walaupun sebenarnya mereka dari golongan elit, kalangan profesional dan berkelayakan tinggi.

Dalam politik, membangun dan menanam persepsi amat penting dan lebih mudah mempengaruhi rakyat dari  angka dan fakta. Anwar Ibrahim berjaya  membangunkan persepsi bahawa dia seorang pejuang Islam . Kepercayaan ini di kalangan orang Islam  sukar untuk dikikis hingga kini sekalipun dia melakukan dosa-dosa besar.

Pas membangunkan imej agama sehingga Pas diangggap sebagai pintu syurga. Orang tidak berilmu yang popular dengan kepakaran memaki hamun, fitnah, pembohong, pelawak, pengkafir dan  tukang karut pun dianggap sebagai ustaz dan ulama bila masuk Pas. Nak basuh dosa masuk Pas. Inilah kejayaan persepsi.

Apabila Zaini sendiri melihat pemimpin-pemimpin UMNO dalam pakaian raja bangsawan sebagai suatu kebenaran dan keagungan maka saya amat bimbang terhadap masa depan UMNO. Walaupun ini hanya sebagai suatu pementasan tetapi adalah suatu penghayatan yang tidak sihat yang menimbulkan persepsi umum, pemimpin-pemimpin UMNO mahu jadi raja dan bukannya mahu  hidup sebagai rakyat biasa.

UMNO BAHAGIAN CHERAS TELAH MEMPAMIRKAN HASRAT INI.

Saturday, 21 June 2014

NAJIB BERKEJAR KE JOHOR UNTUK SELAMATKAN MB DAN UMNO

AKHBAR AKHBAR  PERDANA TIDAK SIARKAN SERUAN MAHATHIR

TERKINI:(25 JUN) : Perdana Menteri Datuk Seri Najib  ke Johore hari ini untuk menyelamatkan Khaled Nordin Menteri Besar dan juga UMNO Johor  yang semakin tercemar  berikutan dengan campurtangan Sultan dalam pentadbiran negeri yang cuba di nafikan oleh MB.

Disamping menemui MB,Najib juga dikatakan akan menemui  Sultan Johor yang diharapkan oleh blog Life Of Annie  dalam posting terkininya agar Najib " will have the strength and courage to tell them" tentang masalah yang tidak menyenangkan rakyat yang melibatkan  sikap MB dan peranan Istana.

Sementara itu semua akhbar perdana kecuali akhbar The Star tidak menyiarkan seruan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir supaya rakyat bangun menyekat campurtangan Sultan  dalam pentadbiran atas pengesahan dari kerajaan  seperti yang telah berlaku di Johor.


KOMEN:
BILA PERDANA MENTERI LEPAS TANGAN
Anonymous24 June 2014 06:19
Tak boleh nak salahkan Khaled seratus-peratus. Cabaran yang dia hadapi sangat hebat. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita tak tahu kalau bukan kita sendiri duduk tempat dia. Korang boleh la kritik pasal bukan korang yang terpaksa berhadapan dengan pihak Istana saban hari.
Orang Melayu kaya dengan adat dan tata susila apatah lagi dengan Sultan. Khaled tak boleh directly confront the ruler. Itu dah dikira langgar adat dan tradisi. Kalau korang kat tempat dia pun, korang pun akan buat benda yang sama, ntah-ntah lagi teruk. Jadi muhasabah diri. Jangan terlalu cepat menghukum dan mengadili.

Kalau di zaman pemerintahan Tun dr. Mahathir, tekanan yang dihadapi oleh MB tak lah sehebat sekarang. Dulu tak macam sekarang. Dulu, MB-MB pada masa tu ada 'back up' di peringkat federal. Ada 'big brother' di belakang mereka iaitu Dr. M. Jadi Rulers tak berani nak buat onar. Kalau Istana flex its muscles on state administration, jika MB rasa tak boleh nak handle, MB just tai chi kat PM Mahathir. 
Pihak Istana pun kalau boleh tak nak matters sampai kat federal level jadi bila dengar certain matters had reached Mahathir's ears, they will reconsidered their positions. MB-MB pada masa tu enjoyed federal's shelter and protection. They are shielded by the federation. Rulers couldn't easily do do what they wished.
Berlainan dengan sekarang, PM sedaya upaya tak nak involve dengan state matters. bimbang untuk jadi tidak popular. Semua pendekatan berbentuk populis. Kalau boleh nak 'please' semua pihak. Seolah-olah tiada pendirian. Orang putih kata 'no spine'. Kalau ada masalah biar state sendiri yang selesaikan. cuba nak lepas tangan dan saling tolak-menolak. Masing-masing seolah-olah cuba untuk lari daripada bertanggung jawab ke atas sesuatu perkara. Kalau masalah timbul, state tolak kat federal, federal tolak ke state solah-olah tiada kepimpinan. Tiada sense of leadership. The country is rudderless. Pemimpin hanya pada nama tetapi tidak memainkan peranan sebagai pemimpin. Pemimpin hanya pada nama tetapi tidak melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkan. 
Macam kes Bibles dan hak penjagaan anak baru-baru ni, masing-masing cuba nak lepas tangan. Mengelak untuk bertanggungjawab. Masing-masing passed the buck which embarassed the nation. Kala dah begitu keadaannya, tak payahlah jadi kerajaan. tak payahlah jadi pemimpin. Baik di peringkat negeri atau pun pusat. Tiada sense of rensponsibilty on both parties. When a leader is afraid to put his foot down and stamp his authority, there will be a lot of people gleefully stamp on his toe. Small problems become bigger. Cuts and wounds become cancer.
TUN MAHATHIR DAHULUI MUSA SEBAGAI SUARA BERANI RAKYAT.
TERKINI: Akhirnya Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga yang menjadi suara berani rakyat membantah peranan Sultan atau Raja di luar kuasa mereka dihalalkan semula oleh kerajaan   menerusi undang -undang khususnya oleh Menteri Besar Johor Khaled Nordin yang cuba hendak menutop kelemahannya kepada rakyat.

Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang terkini sekali gus menolak dakwaan Menteri Besar  itu kunonnya Sultan tidak pernah mencampuri urusan negeri dan beliau mampu manasihatI Sultan.

Dalam satu kenyataannya kepada news portal The Mole(  STAY AWAY FROM BUSINESS ,RULERS TOLD- STAR 23 JUNE), Tun berkata "Oleh kerana kita tidak menyekat dari awal,maka sekarang telah menjadi sah dari segi  undang undang,  kerajaan telah menjadikannya  sesuatu yang dibenarkan  dari segi undang-undang." (campurtangan raja dalam urusan perniagaan negeri). "Kita mesti memberhentikan ini! ",tegas Tun

Kata Mahathir lagi "Raja Raja sepatutnya tidak campur dalam urusan  perniagaan kerana mereka akan diberikan layanan utama dan akan diambil kesempatan oleh gulongan opportunist "

 " Kita telah mengadakan undang undang yang meletakan Raja Raja sebagai Raja Berperlembagaan tetapi dalam arus perjalanan masa,mereka melakukan sesuatu yang di luar  bidang kuasa mereka,"ujarnya

Sangkakan Musa Hitan yang akan mendahului Tun Mahathir bersuara bagi pihak rakyat khususnya rakyat Johor  tetapi rupa rupanya Mahathir yang lebih perihatin terhadap perasaan rakyat Johor dan  juga  rakyat seluruh negara untuk  menjadi suara berani mereka. Patutlah  Musa tak jadi Perdana Menteri dan anak muridnya pun amat tinggi peradaban dan sopan santunnya. Maklumlah orang Johor.

RAKYAT TUNGGU SUARA BERANI MUSA HITAM
Dalam posting  terdahulu saya menyatakan: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menolak dakwaan kononya beliau tidak mampu menasihati Sultan Johor ,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terutamanya dalam soal pentadbiran tanah.

Beliau menegaskan Sultan Johor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran negeri sejak beliau menjadi Menteri Besar.

Saya akan percaya kepada kenyataan ini jika bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang menjadi Mahaguru politik kepada Khaled Nordin  percaya kepada dakwaan muridnya  ini.

Dalam keadaan rakyat Johor merasa tertekan dan maruah mereka terjejas, mungkin suara berani Musa Hitam akan dapat memulehkan semangat dan  memberi  keyakinan baru kepada mereka  sebagai rakyat Raja Berperlembagaan. Musa telahpun  menyuarakan kebimbangannya  bila ada peranan Sultan dalam pentadbiran  negeri

Dalam pada itu sementara menunggu untuk mendengar suara  Musa, saya ingin dapat sedikit penjelasan dari Khaled betulkah cerita kunonnya ramai pegawai  kerajaan persekutuan yang tidak mahu berkhidmat di Johor dan  juga tidak mahu bertukar ke Johor.

Ini munkin kerana Khaled  is the  most powerful MB of  Johor.


Thursday, 19 June 2014

MUHYUDDIN YASSIN LETAK JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI ?



TERKINI: NAJIB NAPI MUHYIDDIN AKAN BERUNDUR

PUTRAJAYA 20 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan media sosial bahawa Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur daripada Kabinet hanyalah rekaan politik pihak tertentu.

"Ini memandangkan saya sebenarnya mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kabar angin sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hilang dari rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Beliau akan meletakan jawatan Timbalan Perdana dan akan digantikan oleh Datuk Hishammuddin Hussein Menteri Pertahanan dan Pemangku  Menteri Pengangkutan.

Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal.

Saya mengasaskan kabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana banyak menerima pertanyaan  mengenainya dari utara , selatan  dan timur tanahair.

Dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan  Gerakan dan kabarnya Datuk Ahmad  Zahid Hamidi  Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz.

Sementara itu bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST Kadir Jasin dalam  blognya   telah menampakan perasaan prejudisnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan mengatakan bahawa menteri yang akan digugurkan dalam rombakan kabinet ialah Najib.

Sunday, 15 June 2014

ANTARA KRONISME MAHATHIR, DAIM, ANWAR IBRAHIM DAN KRONI KAPITALISME

Dari kiri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Anwar

Ibrahim dan Tan Sri Francis Yeoh
Perbezaan nilai antara Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman dengan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir yang antaranya menyebabkan wujudnya jurang pemisahan antara kedua mereka ialah Tunku tidak percaya orang Melayu boleh berniaga seperti orang Cina dan biar orang Cina berniaga dan Melayu memerintah, tetapi Tun Dr. Mahathir percaya Melayu boleh keduanya.

Tun Dr. Mahathir percaya kepada melahirkan beberapa orang jutawan Melayu yang akan menjadi catylist kepada melahirkan ramai lagi jutawan Melayu dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin  kesal kerajaan sekarang (lihat interviu terkini beliau dengan BH) tidak memberi lagi peluang perniagaan kepada usahawan Melayu yang berjaya untuk melatih dan melahirkan entepreneurs Melayu baru.

Dalam interviu dengan BH itu Tun Daim berkata Anwar telah mengajar orang Melayu untuk menjadi kaya dengan mudah dengan memberikan mereka saham dan menjual saham tanpa  menjalankan perniagaan.


Melayu ingin tahu apakah syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Daim dalam negara yang memberikan perkerjaan kepada anak Melayu dari kalangan profesional hingga kepada pekerja biasa seperti syarikat Proton (kerajaan) yang melatih anak Melayu dari atas ke bawah? Atau syarikat yang dikuasainya terus dikendalikan oleh bukan Melayu? atau banyak kepentingan di luar negara?

Orang lebih kenal Daim sebagai hartawan dan jutawan Melayu dari mengenali syarikat-syarikat besarnya dalam negara yang memberikan ramai perkerjaan kepada anak tempatan terutama orang Melayu atau memberi peluang kepada anak Melayu untuk menggantikan atau mengambil tempat pekerja bukan Melayu dalam syarikat yang dikuasainya ?.Barangkali AirAsia lebih ke hadapan dalam hal ini.

Maka itu kita bertanya apakah dasar melahirkan kalangan perniagaan dan jutawan Melayu berjaya dalam masa pemerintahan Tun Dr. Mahathir dan Daim sebagai Menteri Kewangan atau apa yang berlaku ialah beberapa jutawan Melayu yang lahir di atas ceper mas melahirkan jutawan dari isteri yang diceraikan sebagai bayaran tuntutan nafkah di samping kekayaan yang melimpah bagi diri sendiri. Matlamat menjadi jutawan!

Di samping itu terdapat jutawan Melayu yang menjalankan syarikat penerbangan sudah mempunyai kapal terbang sendiri (private jet) atas keuntongan yang dibiayai oleh kerajaan dan dengan cara mudah termasuk menjual nasi lemak sebungkus dua ratus ringgit dari syarikat catering sendiri kepada syarikat penerbangan.

Saya masih ingat seorang wartawan NST menulis berbangga melihat anak Melayu parkir private jetnya di lapangan terbang Amsterdam. Padanya inilah kejayaan Melayu.

Dalam masa kebangkitan jutawan-jutawan ceper mas berbagai lagi cerita menarik menjadi bualan umum ketika itu. Muncul taikoon kapal Melayu sebagai Mr. MOU dan kemudiannya diketahui sebagai penipu Melayu antarabangsa. Dia mendapat keyakinan dari kerajaan dan negara luar kerana sering tampil bersama menteri penting. Entah di mana dia sekarang?

Isteri salah seorang dari jutawan kilat, hilang barang kemas di London bernilai beratus ribu ringgit sehingga menjadi berita dunia.

Ahli-ahli UMNO marah kerana mereka yang tidak ada kena mengena dengan UMNO mendapat rahmat yang begitu besar kerana ada cable dengan "menteri" yang menganggap orang berkelayakan sekalipun tanpa pengalaman boleh berniaga .

Anwar Ibrahim menghayati  perasaan di akar umbi di dalam dan di luar UMNO.  Bila jadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri beliau keluar dari Islamist dan bertindak sebagai Robin Hood dan juga sebagai Marxist. Mengambil saham orang kaya dan memberikannya kepada orang tidak mampu beli saham, memberikan gaji kepada ketua-ketua bahagian UMNO. Popularitinya memuncak menguasai UMNO seluruhnya.

Tun Dr. Mahathir mendedahkan senarai semua penerima saham dari kroni Anwar termasuk para penulis, sasterwan, wartawan, menteri dan juga ketua-ketua UMNO dan lain-lain orang yang tidak pernah mimpi dapat saham asalkan mereka orangnya. Ada yang dapat banyak, ada dapat sedikit berbanding dengan beberapa kerat kroni Daim.

Kata Aidid pemimpin besar PKI (Parti Komunis Indonesia)" Mengambil harta orang kaya, bukan mencuri, tetapi mengambil hak kita." Ada juga antara kroni Anwar yang kaya dan membuka pernigaan setelah mendapat modal dari jualan saham,menambah harta,membeli harta di luar dan hidup di luar negara.

Sebaliknya kroni-kroni Tun Daim dan Tun Dr. Mahathir yang dalam keadaan tersepit dan runcing terpaksa diselamatkan sehingga saham yang berharga tiga puluh sen menjadi lapan ringgit, projek-projek diadakan atau dibantu. Kroni kerajaan dari kalangan orang Cina dan India terus berjaya, menambah kekayaan dan termasuk dalam senarai orang terkaya di dunia. Seorang masuk penjara kerana menipu tetapi bebas masuk keluar penjara. Namanya Abdullah NG.

Dalam pada itu anak Melayu yang naik dari bawah, mengalami pahit maung dalam perniagaan yang mendapat pertolongan Tun Dr. Mahathir telah berjaya mengekal dan mengembangkan perniagaan seperti Syed Mokhtar, Sapura, Raman Brothers dan beberapa orang lagi. Tun Dr. Mahathir membantu mereka kerana mengetahui latar belakang mereka.

Ada seorang dua yang berjaya menubuhkan Yayasan untuk membantu Melayu atau mendirikan banyak masjid untuk imbangi dosa tetapi lebih banyak yang mengumpul wang dan harta di atas kebengkarapan syarikat biayaan kerajaan. Kerana matlamat adalah menjadi jutawan dengan apa cara sekalipun dan bukan sekadar menjadi ahli perniagaan atau usahawan. Perlu memenuhi quota jutawan Melayu.

Wang yang dapat dengan mudah tidak sayang untuk dihabiskan sebagai  flamboyantgirl friends bertukar ganti, hidup macam raja-raja, ada yang terus menetap di luar negara.

Bila Perdana Menteri Najib memberikan Brim, mereka mengkritik kerana ia adalah ibarat memberikan ikan dan bukan beri pancing tetapi mereka sendri lupa diri.Mereka  menjadi jutawan dengan wang pemberian diatas ceper mas.

Bila seorang Cina menuntut dihapuskan Kroni Kapitalisme, maka orang Melayu melompat marah tetapi ada orang Melayu yang menjadi kaya raya dengan menjadi kroni, setelah gagal dalam perniagaan, tidak mahu bayar hutang kerajaan sebaliknya mengambil tindakan mahkamah, menuntut bayaran beratus juta ringgit dari kerajaan kerana mereka mendakwa telah berbudi pada kerajaan.

Dari interview Tun Daim dengan Berita Harian dan juga kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ternyata mereka kecewa dengan kegagalan kerajaan untuk menjayakan orang Melayu dalam bidang usahawan dan perniagaan.

Maka itu dalam hal ini mungkin Tunku Abdul Rahman benar dan cara yang paling betul untuk mengkayakan orang Melayu adalah dengan cara Anwar mengambil harta orang kaya dan memberikan kepada orang Melayu dengan berselindung di sebalik saham. (cara ASB lebih beradab)

Ini juga sejalan dengan pemikiran Marxist James Putucheary yang banyak memberikan buah fikiran kepada penyusunan  Dasar Ekonomi Baru dibawah pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak yang diakui sendiri oleh Tun Ismail (Allahyarham) dalam bukunya The Reluctant Poltician(pg 216).

Kesilapan Anwar adalah oleh kerana dia mahu naik dari pintu belakang yang menurut kepercayaan orang tua-tua akan membawa sial seumur hidup. Maka itu dia tersungkur seinci dari kuasa dan Tun Dr. Mahathir hampir lemas kerana senarai penerima saham dari Anwar yang didedahkannya adalah akar umbi Anwar yang masih ada dalam UMNO dan juga di luar UMNO dan bukan seorang dua jutawan Melayu yang melahirkan bekas isteri sebagai jutawan.

Tuesday, 10 June 2014

SUARA SUMBANG ADUN JOHOR. SYABAS UTUSAN MELAYU!

UTUSAN MELAYU
BILA BANGSA INI TERNODA
ENGKAULAH SI BERANI BERSUARA
 -USMAN AWANG


Sesiapapun yang telah membaca sepenuhnya Pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor,akan dapat merasakan betapa sumbangnnya suara  ADUN Bukit Permai,Ali Mazat yang meminta akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kepada kesultanan  Johor kerana menyiarkan berita dan rencana yang disifatkannya sebagai provokasi.

Beliau memberi contoh provokasi itu dalam persidangan Dewan Undangan Negheri Johor tentang berita muka depan Utusan Malaysia Jumaat lalu yang bertajuk " WAJARKAH?"mengenai hak campurtangan Sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tanpa Utusan Malaysia tampil kehadapan dengan langkah tegas mengumpul kekuatan rakyat dari berbagai lapisan dan  menyampaikan perasaan,bantahan dan suara berani mereka , maka tidak akan berlaku suatu pindaan yangdrastik yang mencantas kembali kuasa multlak yang hendak diberikan kepada raja.

Betapa besar dan dahsatnya kuasa  Raja untuk campurtangan dalam pentadbiran negeri dapat dirasakan oleh setiap orang yang membaca setiap pindaan ketas  Rang Undang- Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor  yang telah digubal dan  disiarkan sepenohnya oleh Utusan Malaysia dan lain lain akhbar hari ini.

Seorang wakil rakyat yang tidak perihatin dengan perasaan  rakyat ,yang hanya hendak menjunjong duli dalam keadaan apapun,tidak akan dapat merasakan kepedihan dan kesakitan hati rakyat dalam hasrat hendak memberikan kuasa itu kepada Raja.

Inilah  keperibadian  wakil Dewan Undangan Negeri yang dipileh oleh rayat Bukit Permai.

Bagi saya, setelah membaca pindaan itu,saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin kerana dengan pantas  dapat mencari jalan untuk menyelamatkan maruah kuasa negeri dengan kemas dan bijak.Sekurang kurangnya rakyat merasa suara mereka telah didengar dan dihormati dengan menarik kembali kuasa raja yang hendak dimahkotakan oleh rang undang-undang  sebelumnya.

Bagaimanapun saya masih heran dan bengong bagaimanakah rang undang undang asal itu telah dipersetujui oleh MB untuk dibentangkan. Apakah tidak ada bantahan dari EXCO negeri dan nasihat dari Penasihat Undang Undang Negeri.? Apakah mereka semunya berperangai dan berfikiran yang setaraf  dengan  Ali Mazat.

Kepada seluruh pendukong berani dan patriot Utusan Melayu saya ingatkan kembali sebaris dari Sajak Sasterawan Negara Usman Awang anak jati Johor tentang Utusan Melayu:

Bila bangsa ini ternoda
Engkaulah si berani bersuara
rakyat mendengar suaramu membela
kerana kau sentiasa bersama mereka
para petani nelayan dan perkerja

Monday, 9 June 2014

PINDAAN YANG PENTING IALAH MENIADAKAN LANGSUNG PERANAN RAJA

RAKYAT JOHOR BERKABONG HAR INI.

TERKINI: Dewan Undangan Negeri Johor petang ini meluluskan Rang Undang-Undang kontroversi yang membolehkan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor(LPHJ) tanpa mengenepikan peranan Sultan.

Setelah menghadapi bantahan dan tekanan dari berbagai pihak Menteri Besar Johor  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan terburu buru membuat beberapa pindaan kepada rang undang -undang menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor(LPHJ) yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Johor hari ini yang melibatkan peranan kuasa yang diberikan kepada Sultan Johor.

Namun demikian  rakyat terus membantah . Sebab utamanya ialah kenapakah perlu diadakan peranan Sultan dalam pentadbiran negeri? Siapakah yang menawarkan peranan ini kepada Sultan?.Walaupun peranan Sultan digantikan dengan pihak berkuasa,rakyat faham bahawa mereka diketuai oleh seorang pemimpin yang tidak berwibawa.

Bahawa pindaan telah berlaku dengan terburu buru  membutikan bahawa perbicangan dan penelitian yang sewajararnya  tidak dilakukan sebelum rancangan pembentangan , perasaan dan pandangan rakyat telah dilalaikan dan diketepikan oleh Menteri Besar Khaled Nordin.

Tidak dapat tidak, seluruh rakyat Johor malah rakyat di negeri lain merasakan mereka telah dikhianati dan tidak dihormati.
Seorang Menteri Besar yang benar benar  perihatin  akan perasaan rakyat  akan menangguhkan dulu pembentangan rang undang-undang yang penuh kontrroversi ini kerana mengikhtiraf   kuasa rakyat lebih besar dari kuasa raja  dan tidak meneruskan pembentangannya kerana lebih takut kepada pihak yang kedudukan mereka berada dalam tangan rakyat.

Jika rang undang -undang ini diluluskan  maka hari ini adalah hari untuk seluruh rakyat Johor berkabong diatas malatpetaka yang akan terus menimpa mereka akibat dari kepimpinan yang amat lemah.


Saturday, 7 June 2014

"SAYA ADA KUASA" KATA MB JOHOR. HA! HA! HA! NAJIB TIDAK HALANG. RAKYAT BOLEH CABAR

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak seharusnya yakin bahawa rakyat bagitu mudah percaya dakwaannya bahawa sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan beliau mempunyai kuasa  eksekutif yang akan mengatasi kuasa Sultan  dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor yang akan ditubuhkan untuk  membolehkan campur tangan Sultan.

Sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri membisu seribu bahasa  melihat beberapa perlakuan membimbangkan  yang menampakan pindaan Perlembagaan Persekutuan terhadap kuasa raja mulai dilalaikan atau tidak dihormati  di Johor, maka apatahlagi Khalid Nordin Menteri Besar yang baru.

Saya sungguh kesal seorang  peguam yang dianggap sebagai intelektual,anak murid kepada Musa Hitam dan mempunyai integriti  tersendiri sanggup untuk melakukan sesuatu tanpa menghiraukan perasaan rakyat, tidak memikirkan masa depan UMNO dan berkata sesuatu yang merendahkan taraf pemikiran rakyat ,tidak sahaja di Johor tetapi di seluruh negara.

Pada peringkat ini  ,di kalangan pemimpin yang berpengaruh hanya  Mantan Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir  yang berani  menyuarakan  bahwa langkah itu akan mendorongkan penglibatan institusi raja dalam pentadbiran kerajaan negeri  yang akan membangkitkan  perasaan tidak menghormati institusi itu di kalangan rakyat. Apakata Ketua Pemuda UMNO dan pemimpin pemimpin besar UMNO di seluruh negara?

Kekuatan UMNO sudah pun terhakis di Johor dan tidak mungkin langkah yang dilakukan  oleh kerajaan negeri dalam ketakutan walaupun dalam kesedaran akan menjadi api dalam sekam yang akan membakar UMNO seluruh negeri Johor dalam pilihanraya akan datang.

Apakah Datuk Seri Najib tidak merasa denyut nadi hari rakyat  dalam pekara ini dan tidak merasa wajar untuk  bersuara selembut rasa walau sepatah kata supaya rakyat merasa terbela dan yakin bahawa mereka mempunyai Perdana Menteri yang berani  memelihara maruah mereka dalam keadaan tercabar.

Datuk Seri Najib yang  mewakili seluruh rakyat dari berbagai kaum dan lapisan di negara ini memikul tanggungjawb untuk mempertahankan perlembagaan negara dan memelihara   taraf  institusi di raja supaya tidak kelihatan melebihi kuasa antara satu sama lain.

Majlis Raja Raja juga seharusnya memberikan perhatian berat terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di negeri Johor yang menghakiskan integriti raja raja sejak akhir akhir ini.

Kepada  Khalid Nordin , saya ingin menyatakan  bahawa "Rakyat tiba tiba merasa kecil kuasa  eksekutif yang Datuk Seri  dakwa berada ditangan Datuk Seri apabila membenarkan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor  secara gopoh gapah".  Ini bertentangan dengan apa yang Datuk Seri  maklumkan kepada rakyat tentang kuasa Datuk Seri.

Jika MB sudah ada kuasa penuh maka kenaapakah tiba tiba perlu ada satu enakmen baharu mengenai penglibatan Sultan Johor dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor untuk  membolehkan penglibatan Sultan? Adakah penglibatan  baginda tanpa sebarang kuasa dan untuk duduk membisu seribu bahasa dalam lembaga ini? Apakah perlunya penglibatan baginda ? Tidakah  baginda mempunyai sebarang pengaruh keatas Menteri Besar dan dengan kehadhiran kuasa baginda dengan sendirnya merendahkan  kuasa Menteri Besar?

Inilah yang dikatakan  oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahatir bahawa terdapat percubaan untuk mengubah Perlembagan secara efektif sedang berlaku atas inisiatif sesetengah pihak yang mahu menggunakan institusi raja untuk mengatasi dasar serta matlamat negara
Perlu rujuk Mahkamah Persekutuan 

Kuala Lumpur 7 Jun - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin disaran merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung kesahihan Rang Undang-undang Penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor di bawah Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan.
Pengamal undang-undang, Kamarudin Ahmad berkata, langkah berkenaan bagi memastikan kerajaan negeri Johor dapat mengelakkan undang-undang tersebut daripada dicabar oleh rakyat.
"Saya percaya kerajaan negeri Johor akan kalah sekiranya undang-undang ini dicabar di mahkamah kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan iaitu peranan raja sebagai ketua agama Islam dalam negerinya.
"Sehubungan itu, Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pemerintah dijalankan oleh jemaah menteri pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri pada peringkat negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan kerajaan negeri Johor untuk membentangkan satu rang undang-undang baharu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Isnin ini yang akan memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Kamarudin yang memiliki firma guaman Kamarudin & Partners merupakan aktivis yang banyak memperjuangkan isu-isu di negeri Selangor antaranya subsidi air percuma, bantuan ibu tunggal dan juga pemindahan aset-aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Menurut Kamarudin, sekiranya rang undang-undang itu diluluskan Isnin ini dengan memberi kuasa pentadbiran kepada Sultan Johor, maka rakyat Johor boleh mencabar undang-undang tersebut.
"Prosedur mencabarnya ialah melalui permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru atau pun Kuala Lumpur. Dengan prosedur semakan kehakiman, Hakim Mahkamah Tinggi akan menentukan sama ada undang-undang tersebut sahih atau tidak," katanya.- Utusan Malaysia online

NAJIB TIDAK HALANG LANGKAH MB JOHOR

KUALA LUMPUR 7 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan pembentangan satu enakmen baharu bagi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mestilah membawa kebaikan, manfaat dan melindungi kepentingan semua terutama rakyat.
Perdana Menteri berkata, enakmen itu juga mestilah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat sistem raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta amalan demokrasi negara ini.
Najib berkata, beliau telah menegaskan perkara itu kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin setelah dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor itu mengenai cadangan kerajaan negeri untuk membentangkan enakmen berkenaan.
"Menteri Besar menjelaskan bahawa enakmen itu konsisten dengan peruntukan Perlembagaan. Beliau juga akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan lembaga tersebut," kata Perdana Menteri dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Najib berkata, Mohamed Khaled juga akan memastikan bahawa enakmen itu akan mencapai matlamatnya, antaranya, untuk mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik bagi rakyat negeri Johor.
Kerajaan negeri Johor sebelum ini dilapor akan membentangkan rang undang-undang untuk menubuhkan lembaga berkenaan Isnin ini yang, jika diluluskan, akan menyaksikan pembabitan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Hasrat kerajaan negeri itu menimbulkan tanda tanya dan mendapat pelbagai reaksi termasuk tentangan sesetengah pihak. - BERNAMA

Monday, 2 June 2014

NYANYIANKU BUAT KAWAN KAWAN YANG DAPAT MERASAKAN.

SEBUAH PELAYARAN


Redupnya  pelayaran di senja ini
Kembali ke pulau  pulau singgahan
Oh desaku Kota Kuala Muda
Wanginya  sawah dan rumputmu
Merdu syahdu  arus sungaimu
Kilau bulan dalam pekatan malam  
Sekampung keriangan dalam kesepian.

Ku lihat diri kecilku disini
Kawan kawan entah di mana.


Oh Alur Setar
Antara  Pasar Yaacob dan Pekan Rabu
Peniaga  kecil riang  walau jual seikat pisang
Zaman remaja penuh pencaroba
Gadis joget  anak Pak Teh putih jelita
Penari rambung  memukau
Kawan kawan  pada lupa
Tuhan telah dikapankan
Esuk pasti ada lagi   
Kita sahajalah didunia ini.

Kawan ingatkah?
ku papah mu dalam kemabukan
Islammu seperti celupan
Shit katamu kerana  tak sehaluan
Engkau lupa pernah kesesatan.

Di hari tua mengenang dosa pahala
Kawan kawan  dikubur atau masih didunia.

Awal 60- an
Memijak Kuala Lumpur dalam kecekalan
Kawan kawan dalam kesempitan
Poket kosong dihujung bulan
Ketukan mesin taip  dalam semangat pahlawan
Lombong pecah pejabat  kebanjiran
Namun semangat  berapi tinggi
Utusan mesti terbit esuk pagi.

Ketika bencana ini
Engkau berdiri ditanah tinggi
Wajah manismu suram  menyayat hati
Antara kita tiada apa apa lagi
Kita sahaja yang mengerti
Banjir membasahi hati hingga kesaat ini.

Selamat tinggal Chan Sow Lin Jalan Bangsaku.

Angkasapuri
Bila tersesat ke sini
Kawan kawan tiada  lagi
Di mana Jaafar kamin,Amran ,Salleh Pateh Akhir, Ibrahim Bachik
Jamaluddin Alias  dan ramai lagi?
Aku bermula mereka bersara.  

Dalam keriuhan di Angkasapuri
Aku bersendiri
Hanya engkau Mokhzani
Dan kawan kawan yang dedikasi
Mengerti sepinya hati ini
Sepi amat sepi sekali.


Sebuah masjid di tanah tinggi
Radio klasik warisan abadi
Tun Khalil yang tinggi budi
Semua dalam  memori
Singgah disini seperti mimpi.


Oh Kedah negeriku
Tiada sawah sehijau sawah mu
Tiada gunung sebiru Jeraimu
Lambaian mu abadi dalam hatiku.

Dimanapun singgah ku
Utusan Melayu tugu emas  di hatiku.

ZAM

Putrajaya 
Mei 2014

Sajak ini telah pun disiarkan di Mingguan Malaysia 11 Mei 2014 dan saya siarkan lagi  di sini atas permintaan kawan kawan.

Gambar atas : Seorang kawan merenung  awan di langit dan  bayangnya pada ketenanggan  dan keheningan   Danau Meninjau  dari suatu puncak dalam pelancongan kami ke Bukit Tinggi Sumatera Barat  baru baru ini.



KAWAN KAWAN DI KUBUR ATAU MASIH DI DUNIA
Ini adalah wajah rakan rakan wartawan  yang saya pernah  berkerja bersama mereka di Utusan Melayu.Mereka menghadhiri perjumpaan menubuhkan Kesatuan Kebangsaan Wartawan(NUJ) cawangan Utusan Melayu di kentin Utusan  pada tahun 1971  dengan memileh saya sebagai ketuanya.

 Diantara mereka telah menempah nama besar  menerusi Utusan. Duduk di barisan depan di kiri sekali Ali Salim (Jiro) anak Utusan yang berkerja sejak usia kanak kanak hingga meningkat kepada menjadi Timbalan Ketua Pengarang Utusan.Di kanannya  Marwilis Yusuf pemberita yang diminati ramai kerana cerita ceritanya dari mahkamah  dan kemudiannya menjadi ADUN negeri Selangor,  di sebelahnya  ialah Mukmin Latif pemberita jenayah , mendakap tangan Tengku Mahmud Tengku Hassan pemberita.

Barisan kedua, Amir Tan penulis cerpen terkenal dan di kanannya Nora seorang sasterawan, ,Pandian pemberita keturunan India dan berbaju hitam Raja Ahmad Niza juga seorang cerpenis Utusan yang terkenal.

Barisan ketiga dari kanan jurugambar Hussein Udoh ,sebelahnya juga seorang jurugambar dan
  di kananya  Pengasas Majallah Wanita Haron Hassan , Syed Malik, Nur Sudin, Basir Baijuri dan Shaari Amin  jurugambar.Di belakang sekali no dua dari kanan Salleh Yusuf,Kadir Ahmad,Mohd Nor Shamsuddin dan kiri sekali Yusuf Shariff.

13 orang  dari mereka di dalam gambar ini telah pun meminggal dunia.