Thursday, 27 March 2014

TINDAKAN PENGECUT JAWI DAN JAKIM TERHADAP KASSIM AHMAD

TERKINI: KASSIM DITUDUH HINA ISLAM.
Kassim Ahmad ketika ditahan oleh Pegawai-pegawai Jawi dan Jakim diiringkeluar dari rumahnya di Kulim 
Apabila gambar penahanan Kassim Ahmad oleh pegawai pegawai  JAWI dan Jabatan Kemajuan  Islam Malaysia ( JAKIM) tersebar di luar negara, maka sekali gus memberikan gambaran bahawa pentadbiran Islam Malaysia di kuasai oleh golongan pelampau agama.

Pakaian mereka ini  yang mengiringi  beliau  sudah cukup untuk menolak gambaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang progresif, moden dan  memperjuangkan kesederhanaan Islam.

Kassim Ahmad dalam usianya yang sudah tua dan lemah tidak memerlukan orang yang berwajah bengis, berpakaian kotor, tidak kemas, selekeh dan berimej macam pelampau agama untuk menahannya kerana beliau sendiri telahpun menyatakan kesukarelaannya untuk menemui pihak penguasa agama. Kenapa beliau tidak dipanggil sahaja?.

Kassim sendiri nampak lebih bersih  dan kemas dari pegawai  pegawai agama yang menahannya.

Apakah JAWI dan JAKIM memahami  tentang bagaimanakah sewajarnya seseorang pegawai kerajaan berpakaian untuk menjaga imej kerajaan atau pun kedua jabatan ini tidak berdaya untuk mendisplinkan pegawainya dari segi pakaian dan penampilan. 

Semua ini tidak diambil kira oleh JAWI dan JAKIM yang bagitu ghairah untuk menjalankan tindakan terhadap seorang yang lemah tetapi tidak berani untuk menunjukkan taring kepada orang yang dikatakan mempunyai 10 bukti untuk ditangkap sebagai pendakwah Shiah dan pemimpin-pemimpin agama yang telah menyesatkan umat Islam dengan politik agama.

Mereka yang sempit fikiran tidak dapat melihat betapa sikap pemimpin-pemimpin Islam yang menyekutukan diri mereka dengan pemimpin homosexual yang dengan itu secara tidak langsung telah mengkondisikan pemikiran sebahagian umat Islam bahawa liwat bukanlah sesuatu yang  immoral di negara ini. Ini adalah kerana persekongkolan orang agama dengan golongan ini.

Saya telah mengenali pemikiran sosial dan politik anti establishment Kassim Ahmad  sejak tahun 60han sehingga beliau di convert oleh Special Branch semasa dalam tahanan ISA yang diakui sendiri oleh Kassim dalam bukunya Universiti Kedua tetapi bagaimanapun pada pemerhatian saya Kassim yang menjiwai sosialisme dan Marxisme tidak dapat lari dari aliran pemikirannya itu dan mentafsirkankan Al Quran dari kaca mata dan pemikiran Marxist. Hal ini berlaku di luar kesedarannya sendiri.

Beliau mahukan persamaan kedudukan Naib Muhmmad dengan nabi nabi lain yang bererti menolak ke Rusulan Nabi Mohammad SAW yang terakhir.

Saya telah menyatakan kepadanya sendiri bahawa negara Islam yang menolak hadis dan semata-mata berpegang kepada Al Quran tidak akan menjadi realiti seperti juga harapannya untiuk mengwujudkan sebuah negara sosialis akhirnya menjadi mimpi.

Maka biarlah dia seronok dengan mimpi terakhirnya sebelum meninggal dunia yang fana ini. Apapun dilakukan kepadanya tidak akan mengubah pendiriannya dan dia tidak lagi merbahaya seperti pemimpin-pemimpin politik yang bertopengkan agama.

Langkah menahannya ketika keadaannya sedang uzur dalam usia lebih 80 dan tidak lagi berpengaruh memperlihatkan kepada umum suatu tindakan yang bersifat pengecut, tidak wajar, tidak adil dan memperkecilkan keupayaan inteklektual Islam untuk menghadapi masalah Kassim ini mengikut peradaban Islam.

Sekiranya tujuan penahanan itu untuk menjatuhkan maruah Kassim Ahmad tetapi umum melihatnya sebagai tindakan yang menjatuhkan maruah kepimpinan JAWI dan JAKIM sendiri.

FROM THE STAR ONLINE: 
KULIM: A former political and social activist was picked up from his house in Taman Kulim Perdana here over statements made during a seminar in Putrajaya recently.

Dr Kassim Ahmad, 81, was detained by enforcement personnel from the Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi) and Department of Islamic Development Malaysia at 12.30pm on Thursday( 27 March).


KASSIM DITUDUH HINA ISLAM



KASSIM Ahmad (tengah) yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RIDUAN RIZAL AHMAD

DARI UTUSAN ONLINE.

PUTRAJAYA 27 Mac - Bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu.

Kassim, 81, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang didakwa dilakukan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang'.
Seminar tersebut diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan PBH, Presint 8 di sini antara pukul 9 pagi dan 5 petang, 16 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menghina agama Islam ketika membentangkan satu skrip ucapan yang bertajuk 'Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Malaysia Untuk 30 tahun Akan Datang' dengan mengatakan Nabi Muhammad tidak perlu dimuliakan dan rambut wanita bukan aurat.
Pada masa yang sama, Kassim turut didakwa mengingkari pihak berkuasa agama dengan memetik dua buku tulisannya yang telah diharamkan oleh Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu 'Hadis Suatu Penilaian Semula' dan 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik'.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 7(B) dan pertuduhan kedua, Seksyen 9, masing-masing di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan sekiranya dibenarkan, beliau meminta mahkamah mengenakan wang jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan.
Kassim yang tidak diwakili peguam syarie pula memohon agar dibenarkan diikat jamin dengan jumlah yang rendah memandangkan dia menghadapi masalah kesihatan, tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada bantuan kewangan tiga orang anak.

akim Syarie, Umamuddin Yunus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bermastautin di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi kedua-dua pertuduhan sementara menunggu sebutan kes pada 7 April ini.

Tertuduh dibebaskan setelah menjelaskan wang jaminan tersebut.
Kassim yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jawi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di rumahnya, di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, Kedah semalam.

Polemik mengenainya tercetus selepas beliau dalam seminar itu mengeluarkan kenyataan mendakwa Islam di negara ini diseleweng selain mengkritik sistem ulama Islam yang disamakan dengan 'kasta paderi.'
Ekoran kenyataan berkenaan, pelbagai pihak mengecam Kassim seh


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140328/ma_01/Didakwa-hina-agama-Islam#ixzz2xCd6romU
© Utusan Melayu (M) Bhd 













JABATAN AGAMA ISLAM SIBUK MENGHUKUM

1. Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibaca ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

2. Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehinga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3. Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

4. Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).

5. Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar Gaji), paderi sukarela.

6. Air zam-zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

7. Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.

8. Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci, membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja orang-orang susah membaiki rumah dan bantuan barang-barang dapur.

9. Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan  - AHMAD KASSIM

Saturday, 22 March 2014

ANASIR TAIWAN LEBIH MERBAHAYA DARI PARTI KOMUNIS MALAYA.

NAJIB JANGAN BIARKAN  SEJARAH  INDAH CATITAN AYAHNYA DIKHIANATI

Saya dengan rasa penuh kebimbangan  ingin menarik perhatian terhadap Bahaya Taiwan khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang bapanya telah mencatit sejarah teragung dalam membangunkan hubungan diplomatik dan persahabatan di antara kerajaan dan rakyat Malaysia dengan pemerintah dan rakyat Republik Rakyat China.

Saya tidak perlu memberikan fakta dan bukti tentang campur tangan anasir-anasir Taiwan dalam politik dan sosial negara ini yang telah berlaku sekian lama. Najib mempunyai kuasa untuk mengetahui sepenuhnya dari pihak keselamatan yang tentunya menyimpan hasil pemantaun dan perisikan mereka.

Bagaimanapun saya merasa bertanggungjawab kepada bangsa dan negara ini apabila campur tangan anasir subersif baru ini telah melampaui peradaban manusia dan sampai kepada peringkat membangkitkan permusuhan antara Malaysia dengan Republik Rakyat China atas tragedi Pesawat MH370.

Anasir-anasir Taiwan yang menjelma dalam RED BEAN ARMY (RBA)secara agresif mengambil kesempatan dari ledakan emosi mangsa tragedi itu untuk menghasut kebencian rakyat China terhadap Malaysia dengan tujuan utamanya ialah untuk mencemarkan hubungan akrab yang telah wujud sekian lama antara kedua negara.

Saya sedar bahawa Republik Rakyat China tidak akan mudah termakan hasutan Taiwan sebagai anjing setia Amerika Syarikat bagi memainkan peranan mengimbangi keseimbangan rantau ini dan bagi mencegah China menjadi kuasa besar.

Dalam hal ini bantahan yang ditimbulkan oleh Jaringan Melayu Malaysia terhadap tindakan tentera RED BEAN ARMY meracuni pemikiran keluarga China mangsa Pesawat MH370 melalui penyebaran berita bohong, rekaan, sentimen, tidak berasas, bias dan sebagainya tidak boleh dipandang ringan.

Kita telahpun melihat dari semasa ke semasa Taiwan telah membiarkan negaranya menjadi pusat kegiatan politik rakyat Malaysia yang bersifat cauvanism untuk menggugat kerajaan Malaysia.

Beberapa hari yang lalu seorang ahli akedemik Taiwan menulis surat pembaca di akhbar The Star yang secara melulu dan penuh sentimen perkauman mengkritik Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Juhaidi mengenai orang Cina tidak mengambil berat terhadap kejadian rogol dalam keluarga. (Barang kali Bahagian Komunikasi Jabatan Perdana Menteripun tidak memabca tulisan ini).

Kenapa seorang Taiwanese mahu campur dalam urusan sosial negara ini?. Beliau sepatutnya lebih mengambil berat terhadap taukeh-taukeh Taiwan menjalankan kerja mengexport pelacur dari China ke negara ini.

Allahyarham Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dahulu cukup cemburu terhadap hubungan rakyat Malaysia terutamanya pemberita-pemberita dan akhbar-akhbar Malaysia dengan Taiwan kerana kita tidak mahu menyinggung perasaan rakyat Republik Rakyat China dan kerana kita mengakui hanya satu China.

Kelaparan Malaysia untuk mendapatkan penanaman modal dari negara setelit Amerika itu atau kerana banyak modal mereka yang sudah tertanam di negara ini tidak seharusnya menyebabkan kita memejamkan mata terhadap sikap Taiwan yang diluar peradaban hubungan antarabangsa.

Saya harap Datuk Seri Najib tidak akan membiarkan perbuatan mengkhianati dan mencemarkan catitan sejarah indah bapanya dalam membangunkan hubungan baik antara Malaysia dengan Republik Rakyat China yang dicemburui oleh banyak pihak sekarang ini. Hubungan ini sangat mahal.

Dengan perubahan geopolitik dunia sekarang ini, maka anasir-anasir Kuomitang Taiwan dalam negara ini menjadi lebih berani, lebih agresif dan lebih jahat dan lebih merbahaya dari anasir-anasir PKM.

Mereka ini adalah keturunan Kuomintang  yang pernah mengibarkan bendera Kuomintang di negara ini sebelum merdeka dan keturunan mereka terus menjadi alat kepada cita-cita Kuomintang di Malaysia.

Cantaslah dengan berani sebelum mereka menghacurkan hubungan antara rakyat negara ini dengan rakyat China dan sebelum mereka dapat mencemarkan hubungan Malaysia dengan Republik Rakyat China. Inilah masanya.

Wednesday, 19 March 2014

PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA BERTINDAK

Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Haji Che Mat telah memberikan keizinan kepada Putrajaya Holding Sdn Berhad untuk memasang papan-papan tanda arah ke Ayer@8 Presint 8 bagi memudahkan orang ramai mencari jalan ke Komplek Perniagaan dan Pejabat yang baru dibuka ini.

  • Aseh yang melawat ke Zam Newsroom Cafe bersama pegawai-pegawai pentingnya baru-baru ini telah diberitahu tentang kawasan baru ini kurang di kunjungi menyebabkan banyak kedai-kedai makanan yang dibuka sejak lebih dua bulan lalu kekurangan pelanggan dan menanggung kerugian besar pada setiap hari.
  • Sebab utamanya ialah kerana orang ramai belum mengetahui kewujudan kawasan baru ini dan  tidak ada tanda arah yang jelas.
Aseh bersimpati dengan masalah mereka, terutama yang  menyewa dengan harga yang mahal dan memberikan jaminan akan melakukan apa yang boleh bagi mempromosikan kawasan ini. Langkah yang pertama ialah menyegerakan pemasangan tanda arah.

Pertemuan ini yang disertai oleh Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar Putrajaya, Datuk Abdul Ghani bin Ahmad turut memberikan perhatian terhadap beberapa pekara lain yang ditimbulkan yang melampaui masalah Ayer@8 ini bagi menjadikan Putrajaya sebuah bandar yang berdisplin, kemas dan bersih untuk menambah nilai kepada keindahannya.

Di antara pekara yang dikemukakan dalam pertemuan ini ialah tidak adanya displin orang ramai termasuk pegawai-pegawai kerajaan sendiri dalam menggunakan kawasan parkir yang telah disediakan, walaupun masih kosong. Mereka meletakkan  kereta ditempat yang terdekat dengan tempat persinggahan. Hal ini jelas terutama di jalan masuk dan keluar Hospital Putrajaya yang menyebabkan sukar untuk kereta-kereta lain keluar dan masuk.

Orang ramai tidak takut dengan saman polis tetapi akan lebih berkesan dengan meletakan seorang dua anggota polis yang mengawasi kawasan ini sebagai pencegah.Mungkin anggota polis tidak perlu ada pada setiap hari  tetapi kehadiran mereka sesekali disitu akan menyebabkan orang ramai  tidak bersikap take for granted atau bersikap  " tidak apa"

Selain dari itu laluan penjalan kaki dan penunggang basikal di tepi Kelab Tasik Putrajaya sekarang digunakan dengan bebas oleh penunggang-penunggang motosikal sebagai jalan singkat yang membahayakan mereka yang menjalankan riadah.Pengawal hanya membiarkan sahaja seperti tidak mengetahui apa tugas mereka.

Berhampiran dengan Hospital Putrjaya terdapat tempat letak kereta di hadapan Pusat Cancer dan juga berhampiran dengan Putrajaya Central  tetapi orang ramai meletakan kereta mereka di kawasan berhampiran dengan hospital kerana malas untuk berjalan kaki atau kerana panas. Hal ini mungkin dapat diatasi dengan mengadakan jalan berbumbung seperti banyak terdapat di kawasan tertentu di Kuala Lumpur.

Perlu disebutkan Komplek Perniagaan dan Pejabat  yang baru Ayer@8 Presint 8 yang terletak di tepi tasik Puterajaya boleh dianggap sebagai suatu kawasan perniagaan dan pejabat yang sangat indah dan akan menjadi paling meriah apabila siap rumah kembar dan juga kondominium yang sedang didirikan di sekitarnya.

Tuesday, 11 March 2014

BN TERPERANGKAP DALAM PERMAINAN POLITIK ANWAR IBRAHIM

Barisan Nasional (BN) telah terperangkap dalam permainan politik Anwar Ibrahim apabila bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kajang tanpa penyertaan Anwar. Sepatutnya BN menarik diri di saat terakhir.

Kemenangan Datuk Seri Dr. Wan Azizah tanpa bertanding tidak sama dengan menang bertanding. Kemenangan tanpa bertanding tidak mempastikan sokongan rakyat dan tidak akan membolehkan Anwar untuk mendakwa sebagai  pungutan suara terhadapnya.

Mungkin oleh kerana sebok dengan kehilangan Flight MH 370 MAS, maka pemimpin-pemimpin besar BN telah kehilangan fikiran dan penglihatan untuk melihat akibat dari pertandingan ini yang pastinya akan kalah dan mungkin akan memberikan undi kemenangan lebih besar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebenarnya BN masih sempat untuk menarik diri dari pertandingan pada saat terakhir oleh kerana faedah yang akan didapati oleh Anwar dengan kemenangan Wan Azizah adalah lebih mahal dari menang tanpa bertanding.

Anwar sebenarnya telah menduga akan dipersalahkan kerana liwat oleh mahkamah yang dengan itu meluputkann haknya untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil yang dirancangnya sendiri. Kehilangan hak ini menimbulkan anggapan  kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan Malaysia tidak demokratik.Bahan ulang tayang kepadanya.

Dengan itu juga memperkuatkan lagi keyakinan kepada bahlol-bahlol di negara ini, bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah bermotifkan politik.

Calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA pasti akan kalah besar ditangan Datuk Seri Dr. Wan Azizah atas undi simpati dan kasihan belas orang ramai kepadanya sebagai isteri yang terus setia kepada  suaminya yang sarat dengan kontroversi dan keperibadian yang meragukan..

Sepata kata Joceline Tan tentang Wan Azizah dalam The Star Isnin lalu " She is seen as the epitome of a Malay-Musllim, the long- suffering wife of an ambitious and controversial politician embroiled in more than his share of sex-related controversies". 

Wednesday, 5 March 2014

DIALOG HINDRAFT DENGAN BLOGGERS DI ZAM NEWSROOM CAFE

 Rocky's Bru berhadapan dengan  Waythamoorthy dan di kanannya  ialah Salahuddin.Juga kelihatan Helen Ang dan Nuraina Samad.
Pemimpin Hindraft  Waythamoorthy telah berkunjung ke zam newsroom cafe di Ayer8 Presint 8 Putrajaya bersama dengan beberapa orang bloggers yang terkemuka. Di antaranya ialah Rocky's Bru, Helen Ang, Nuraina Samad, Salahuddin, Din Turtle dan Zulkifly dari WR Live TV JB.

Ahmad Fauzi menyampaikan
karyanya Saloma  kepada Zam
Dalam dialog yang panjang dengan mereka, Waythamoorthy  yang disertai oleh Setiausaha Sulitnya menjelaskan mengapa beliau meletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pokoknya ialah kekecewaan beliau kerana Perdana Menteri Najib masih memberikan keutamaan kepada MIC yang tidak lagi mendapat sokongan  masyarakat India sebaliknya tidak meanggap permohonan dan isu isu yang disuarakan oleh Hindraft sebagai perlu diselesaikan segera.

Zam newsroom cafe berbangga kerana menjadi tumpuan segenap lapisan yang mewakil berbagai sektor penting masyarakat dari pemimpin agama, politik, pegawai tinggi kerajaan, artis, wartawan, orang koporat dan pesara-pesara yang pernah memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara .

Rakan rakan wartawan meraikan hari Jadi Syed
Jamil  yang ke 63 (no dua dari kanan)      
  
Baru-baru ini bekas  bekas wartawan Bernama meraikan hari jadi Penasihat Bernama, Syed Jamil Syed Jaafar.Turut bersama ialah Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Disini juga bekas Ketua Pengarah Finas Datuk Zain Hamzah dengan  disertai oleh Datuk Ahmad Fauzee Samad penyanyi bersuara P.Ramlee dan bekas Pengarang Hiburan Utusan Malaysia  Mustafa A.R telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan  semula anugerah kepada wartawan hiburan.

Sunday, 2 March 2014

KENAPA KIT SIANG BERKONSPIRASI UNTUK PENYINGKIRAN MB KHALID IBRAHIM ?

Saya hormati idealisme Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mempunyai sebuah kerajaan yang bersih, tetapi saya tidak memahami mengapakah arah tuju ini yang cuba dijuarai oleh Khalid Ibrahim di Selangor dengan tidak mengutamakan permainan politik dan agenda peribadi tetapi pentadbiran yang cekap, terhormat dan didikasi mahu cuba dipatahkan oleh Kit Siang sendiri.

Kit Siang tahu kedegilan Khalid untuk menolak budaya kronisme dan nepotisme UMNO yang cuba diserapkan oleh pelarian UMNO dalam PKR telah menjadikan beliau tidak popular. Khalid tidak mempedulikan tekanan orang penting PKR sendiri untuk menaikan tawaran RM 9.65 billion bagi MOU penyelesaian krisis air dengan Kerajaan Persekutuan.

Bagi Khalid kepentingan rakyat lebih penting dari kepentingan orang PKR dan beliau tidak mungkin menentang mereka jika beliau juga mahu bermain politik. Mungkin ini juga menjadi salah satu sebab Khalid harus disingkirkan sebagai MB Selangor.

Dalam keadaan ini, yang diperlukan oleh Khalid untuk menegakan kerajaan yang ideal adalah kekuatan dalam parti dan tidak cukup sekadarkan hanya pentadbiran yang baik dan itulah sebab yang diberikan  untuk mencabar Azmin Ali yang menjadi halangan kepada kelicinan perjalanan arah tujunya. Untuk itu beliau perlu menggulingkan Azmin dari kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Apakah Kit Siang yang selama ini mendabik dada dan menjeritkan kepada rakyat sebagai juara anti penyelewengan, korupsi, nepotisme dan kronisme tidak dapat membaca apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim selama ini.

Berbagai persoalan timbul terhadap sikapnya menyokong Anwar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Kajang yang diakui sebagai bertujuan untuk Anwar menggantikan Khalid Ibrahim sebagai MB. Dan jika sekadarkan menjadi ADUN bagi mendamaikan Khalid dan Azmin maka sebagai Penasihat, Anwar  boleh melakukannya tanpa berada dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sekarang bukan sahaja Anwar menjadi persoalan tetapi penglibatan Kit Siang sendiri sebagai seorang sosialis menjadi persoalan besar, apakah ini bukan suatu konspirasi dan hipokrasi politik Kit Siang pada taraf yang amat rendah dan menjijikan yang jelas menunjukkan lebih mengutamakan kepentingan politik dari inspirasi rakyat? Tidakkah ini mendedahkan beliau sebagai naga masyarakat Cina yang lidahnya bercabang?

Adakah Kit Siang berada pada taraf  rakyat Indonesia dan German pada suatu masa dahulu yang mengkagumi Presiden Soekarno dan Hitler kerana rhetoric mereka sehingga tidak nampak pembohongan, persundalan dan kekejaman mereka terhadap rakyat? Kit Siang sanggup bersama dalam usaha untuk membohongi orang Cina Malaysia supaya menerima seorang pemimpin yang dari segi moral, pentadbiran dan kepakaran ekonominya telah banyak menimbulkan keraguan, kegemparan dan persoalan bertahun- tahun.

Adakah pada perhetongan politik Kit Siang lebih baik berketuakan seorang  pemimpin Melayu yang lemah dan meragukan dari seorang Melayu dengan kekuatan keperibadian dalam kepimpinan?

Cukuplah Lim Kit Siang menyesatkan dan menjerumuskan masyarakat Cina ke dalam malapetaka Malaysian Malaysia yang hanya gah, indah dan hebat dari segi rhetoric tetapi lebih banyak mendatangkan kekacauan, tekanan dan kehilangan kuasa tawar menawar dan peluang-peluang dalam perkongsian ekonomi negara.

Kenapakah masyarakat Cina yang bertamadun tinggi, bepelajaran, rajin dan gigih boleh dibodohkan semata-mata dengan hasutan prasangka, kebencian, busuk hati dan prejudis terhadap negara dari seorang pemimpin cauvanis yang memisahkan dirinya dari aliran perdana negara sekian lama?

Sokongan Kit Siang untuk menegakkan Anwar Ibrahim di Selangor jelas membuktikan bahawa dia bukanlah seperti yang digambarkan oleh segala madahnya yang keras, panas, ganas dan liar selama ini.

Untuk pengetahuan Lim Kit Siang hingga hari ini saya amat menghormati Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Dia adalah idola saya kerana pegangannya yang kukuh kepada nilai-nilai moral yang baik, tetapi saya kecewa dengan saudara yang sanggup menjual maruah, bersekongkol dengan orang-orang yang tidak bermoral malah menutup kebusukan dalam parti demi untuk kuasa.

Kit Siang ! Awak hanyalah Pseudo Sosialis yang lebih baik sedikit dari rakan awak yang  Pseudo in all aspect of life.

MESTI BACA JUGA DI BAWAHKHALID TIDAK AKAN MENYERAH KEPADA ANWAR

Saturday, 1 March 2014

KHALID IBRAHIM TIDAK AKAN MENYERAH KEPADA ANWAR IBRAHIM.

KIT SIANG PUN BOLEH TERTIPU

KOMEN: Lim Kit Siang sendiri telah diyakinkan oleh Anwar Ibrahim bahawa dia akan dapat menyelesaikan krisis dalam PKR Selangor dengan menjadi MB Selangor tetapi krisis memuncak hebat sebelumpun dia jadi MB. Khalid menampar muka Anwar dengan mencabar Azmin yang dikasihi Anwar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan menamatkan krisis air dengan Kerajaan Persekutuan dalam ketawa besar.

Kalau bahlol-bahlol lain tertipu dengan Anwar OKlah, ini Kit Siang pemimpin besar orang Cina. Maka untuk menutup kelemahannya dia membuat pengakuan terbuka "PR akan kalah" sebagai rayuan supaya orang Cina menyokong Anwar atau kenyataan itu untuk membuka mata orang Cina supaya jangan  memberi kemenangan kepada calon parti yang sedang berkecoh - TAN MELAKA

APA TUJUAN KHALID CABAR AZMIN ALI YANG MAHU MERAMPAS JAWATANNYA?

Apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mengistiharkan akan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dari Azmin Ali yang mahu merampas jawatan MB darinya maka logik akal memberitahu kita bahawa beliau tidak mungkin akan menyerahkannya pula jawatan itu dengan bagitu mudah kepada Anwar Ibrahim.

Azmi telah menyandang jawatan itu selama dua penggal dan diketahui meganggu gugat Khalid Ibrahim sekian lama.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang disayangi dan dihormati oleh rakyat negeri Selangor dan mempunyai integriti yang tersendiri tentunya tidak akan menyerahkan jawatan MB kepada "Orang Luar" yang moralnya masih menjadi persoalan besar dan masih belum diselesaikan di mahkamah.

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang lantang  memperjuangkan kerajaan yang bersih tentunya tidak senang dengan kerakusan orang PKR yang  membawa orang luar untuk mempengaruhi MB Khalid Ibrahim supaya menaikan lagi bayaran pampasan yang dinilainya sebesar RM 9.65 billion bagi penyelesaian krisis air dengan Kerajaan Persektuan yang membolehkan penerusan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Kenyataan Kit Siang  bahawa PR mungkin akan kalah di Pilihan Raya Kecil Kajang bukan kerana calon Bebas, MCA atau UMNO tetapi kerana perpecahan dalam PR sendiri adalah suatu kenyataan yang ikhlas yang menggambarkan keraguan DAP sendiri dan masyarakat Cina dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Kajang.

Tekanan yang akan dihadapi oleh DAP di bawah MB Ibrahim yang hebat putar belitnya tentuya lebih sukar dari MB Khalid Ibrahim yang lurus.

Anwar Ibrahim yang berada dipuncak keyakinan diri sendiri yang sangat tinggi sedang menggali kuburnya sendiri. Beliau boleh menang Pilihan Raya Kecil Kajang tetapi tidak mungkin akan menang dengan Khalid Ibrahim. Beliau tidak akan ke penjara sebagai MB Selangor.