Monday, 24 February 2014

MENTERI BESAR SELANGOR KE PENJARA DAN DISEBAT

GEMPAR BESAR MENUNGGU TINDAKAN KHALID
Saya menjangka sesuatu yang menggemparkan akan berlaku di negeri Selangor berikutan dengan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan membenarkan Pembinaan Loji Air Langat2.

Gambar Perdana Menteri,Najib Abdul Razak dan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim ketawa besar atas persetujuan ini adalah tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim yang bertanding di Kajang  untuk merampas  jawatan Khalid.

Pengarah  Stratejik PKR Rafizi Ramli dikatakan tidak mengetahui mengenai persetujuan ini dan dengan itu tentunya Penasihat Ekonomi Selangor Anwar Ibrahim juga diketepikan dari maklumat ini - ZAM.

Pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat menjelang Pilihan Raya Umum 2013 telah menggemparkan rakyat tidak sahaja di kalangan penyokong kerajaan, tetapi juga penyokong pembangkang, malah mungkin Anwar sendiri.

Mungkin Anwar kecewa dengan keputusan mahkamah itu, kerana jika ke penjara, maka pastinya akan membangkitkan gelombang sokongan dan simpati  rakyat kepadanya menerusi demonstrasi dan berbagai strategi lagi yang pastinya telah menggulingkan kerajaan BN.

Jika dihukum, Anwar akan menyatakan kesediaannya untuk ke penjara, kerana beliau akan dibebaskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Beliau akan keluar dari penjara sebagai Mandela, pemimpin besar pembebasan Afrika Selatan. Tetapi Perdana Menteri, Najib Tun Razak lebih hebat dari Anwar dan telah dapat membaca perhetongan politiknya.

Berbagai ramalan pula telah dibuat bila Anwar membuat keputusan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dengan mengenepikan wakil rakyat  PKR yang sedia ada. Alasan paling popular yang dibaca secara mudah oleh orang ramai, ialah beliau mahu menyelesaikan krisis berlarutan dalam kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim.

Apakah ini benar? Apakah ini sebab utama yang dikongsi bersama dalam perundingannya antara Anwar dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum keputusan  Pilihan Raya Kecil  Kajang dibuat sehingga mengejutkan Guan Eng sendiri sebagai Setiausaha Agung DAP?

Tidak! sebaliknya seperti orang lain juga pada jangkaan saya, ia adalah berkait dengan masaalah peribadi Anwar sendiri yang mahu menyelamatkan dirinya dari malapetaka sodomi kedua yang menggerunkannya di bawah pendakwaan Mohammad Shafee Abdullah. Beliau telah dapat membaca tulisan di tembok.

 Tetapi apakah taktik dalam strategi untuk menyelamatkan dirinya dari ke penjara atau di sebat? “Kajang Move” hasil pemikiran orang kesayangannya yang telah lama dikenalinya meyakinkan Anwar.

Jika hukuman dijatuhkan keatasnya dalam perbicaraan yang akan dijalankan semula di Mahkamah Rayuan  pada 28 Febuari ini setelah ditangguhkan atas permintaannya kerana gagal untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwatnya, maka pastinya akan menjadi isu utama dalam kempen Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac.

Obama dan dunia barat akan melihat sebagai ketakutan kerajaan BN untuk menghadapi Anwar Ibrahim dan mahu menghalang kemaraannya dengan menyalahgunakan kuasa atau mempengaruhi mahkamah.

Dan jika perbincaraan itu berpanjangan dan hukumannya dijatuhkan setelah beliau menang Pilihan Raya Kcil Kajang dan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, maka apakah Mahkamah berani membuat keputusan untuk menghantarnya ke penjara di samping mengenakan sebatan (dia sudah tua mungkin terkecuali dari hukuman ini).     

Kita dapat meramalkan hal ini tidak mungkin akan berlaku, kerana sekarang pun tidak siapapun termasuk polis berani menghalang Anwar Ibrahim menjalankan kempen berleluasan tanpa permit di masjid dan di tempat umum sebelum pun penamaan calun pilhan raya  kerana Negeri Selangor berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat. Maka apatah lagi untuk menghukumnya bersalah semasa dia menjadi Menteri Besar .

Apakah keputusan kepolitikan akan mengatasi keputusan kehakiman?.

Kehakiman negara pun tidak lagi dihormati umum kerana telah terbukti diperkotakatikan oleh permainan politik kes sodami Anwar bertahun-tahun sehingga nilai sosial rakyat Malaysia telah berubah daripada penolakan dan jijik terhadap homosexual kepada kelunakan sikap terhadap perbuatan di luar moral ini.

Jabatan Kehakiman Negara terlihat sebagai menganggap kes ini biasa sahaja, malah memberi ruang masa pembelaan yang bagitu lama dan tidak menganggap penting kepada integriti dan maruah rakyat Malaysia.

Apakah Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak akan  membiarkan Menteri Besar Selangor dihantar ke penjara atau di sebat?

Atau atas nama maruah demokrasi, libralisasi, globalisasi dan LGBT, maka Anwar Ibrahim akan di bebaskan sekali lagi sebelum menjadi Nelson Mandela kedua?.

FROM THE STAR ONLINE

Kajang by-election: PKR may lose due to infighting, says Kit Siang
   
PETALING JAYA: Infighting may lead to PKR losing the Mar 23 Kajang by-election, DAP advisor Lim Kit Siang cautioned on Friday.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim's real enemies in Kajang are not the independent candidates, MCA or even UMNO but Pakatan Rakyat/PKR internal feuds and infighting.

"We must never forget what Abraham Lincoln said: A house divided against itself cannot stand! In the Kajang by-election, we can only suffer defeats and setbacks of our own making," said Lim in a blog post.

Lim also called on the three Pakatan Rakyat parties - PKR, DAP and PAS - to close ranks before the Mar 11 nomination.

Anwar looks set to be challenged by MCA vice-president Datin Paduka Chew Mei Fun. The by-election was called following the sudden resignation of PKR assemblyman Lee Chin Cheh in January.

Pu





Friday, 21 February 2014

MIMPI TERAKHIR KASSIM AHMAD


TERKINI: Dr. Kassim Ahmad menyatakan kesediaannya menemui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM) untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau yang didakwa boleh menyesatkan akidah umat Isalam.(MM 23 Febuari 2014)

PANGGIL JUGA "KASTA PADERI"

KOMEN: JAKIM JUGA WAJIB PANGGIL" KASTA PADERI" SEPERTI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DAN HAJI HADI  AWANG UNTUK MEMINTA PENJELASAN  BERHUNUNG DENGAN BERBAGAI BAGAI HUKUMAN  YANG TELAH DIJATUHKAN OLEH MEREKA KE ATAS UMAT ISLAM DI NEGARA INI YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA MEREKA DENGAN MENYALAHTAFSIRKAN HADIS DAN ALQURAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK- NIK MOHD KB.

Kassim Ahmad bersama Tun Doktor Mahathir di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Yayasan Kepimpinan Perdana
Seminar Pemikiran Kassim Ahmad : Suatu Penilaian yang dirasmikan Oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana baru baru ini  telah memberikan kesempatan kepada Kassim menyampaikan mimpi terakhirnya iaitu sebuah dunia Islam bersifat republikan dan demokratik berasaskan kepada Islam sebenar.

Saya tidak mahu membentangkan apakah Islam sebenar yang dimaksudkan oleh Kassim tetapi sekadarkan menyatakan bahawa ia adalah berasaskan pentafsiran logik akal  yang menolak sesetengah hadis dan pegangannya  bersandarkan kepada Quran semata.

Bagaimanapun pemikiran Kassim lebih berperadaban dari pemikiran pemimpin-pemimpin politik agama yang berpengaruh yang mensifatkan orang Islam diluar dari kumpulan mereka  sebagai kafir dan mendakwa mendapat keizinan Tuhan untuk memaki hamun sesama manusia kerana Tuhan juga mencarut.

Saya pernah mendedahkan video di kaca TV RTM Nik Aziz mengatakan Mahathir barua, Mat Sabu kata Mahathir gila dan Bunyamin menuduh Mahathir tengok gambar lucah bersama cucunya.

Tetapi kepada pemimpin-pemimpin agama yang melihat orang beruniform agama sebagai golongan mereka tentulah melihat Kassim yang sudah tidak lagi mempunyai pengaruh politik lebih merbahaya dari mereka yang pernah menyesatkan umat Islam tetapi dibiarkan terus bermaharajalela tanpa membuat teguran dan tindakan.

Saya tidak melihat  Kassim sebagai masih lagi merbahaya kerana sebagai  seorang ahli politik yang telah bengkrap ideologinya tidak lagi berpengaruh dan ideologi barunya yang semata mata bersandarkan Quran untuk sebuah dunia Islam sebenar tidak akan  menjadi realiti.

Dunia semakin jauh dari Islam dalam bentuk apapun setelah kegagalan ideologi sosialis dan  komunis yang memudahkan  kejayaan globalisasi Barat  menjatuhkan umat Islam khususnya di Malaysia dari Islam yang sebenar menerusi soft culture atau pun  menerusi kuasa tentera seperti yang berlaku di Iraq dan Libya.

Keruntuhan nasionalisme yang berasaskan agama di Malaysia bermula apabila Dr.Mahathir Mohammad membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Dalam UMNO kerana orang orang UMNO yang mementingkan kedudukan lebih menyokong Islam  Madani yang di bawa oleh Anwar Ibrahim yang lebih mementingkan kulit dari substance telah mencairkan Penerapan Islam yang dipelupori  oleh Mahahtir  dan hal ini juga berlaku dalam PAS apabila perjuangan untujk menegakan hukum Syariah Islam telah dilunturkan  oleh penerapan anasir anasir Anwar Ibrahim yang tersingkir dari UMNO. Identiti Pas semakin hancur.

Untuk mengelirukan umat Islam bahawa parti mereka telah murtad maka orang orang Pas akan mengambil kesempatan atas sesuatu isu yang sudah pun lapuk bagi menggilap kembali imej mereka dan malangnya penguasa penguasa  Islam yang ortodox juga mudah terpengaruh kerana kurang daya intelektualisme dan kefahaman politik.

Keghairahan Mahathir membawa masuk Anwar ke dalam UMNO adalah untuk menghancurkan PAS dan keghairahan Pas beketuakan Anwar adalah untuk mengakhiri pemerintahan UMNO dan BN.

 Dalam ancaman yang dihadapi oleh negara hari ini sepatutnya PAS yang lebih nyaring menyuarakan tentangan terhadap LGBT, libneralisme Barat dan sebagainya tetapi sebaliknya  Mahathir yang menjadi suara berani Malaysia dalam hal ini.

Maka itu pemimpin pemimpin PAS mencari isu yang boleh menampakan bahwa mereka lebih Islam dari Mahathir sekalipun sebenarnya mereka telah memurtadkan imej PAS.

Seminar  Pemikiran Kassim Ahmad yang dirasmikan oleh Tun Dr.Mahahtir telah memberi peluang keemasan kepada PAS untuk menutup kemurtadan PAS  sebagai parti  Islam yang dogmatik.

 Didalam seminar ini saya telah mengingatkan Kassim tentang interview saya denganya dalam tahun 1975 ketika beliau aktif sebagai Pengerusi Kebangsaan Parti Sosialis Rakyat Malaysia di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Ketika itu  VietCong ( Parti Komunis Vietman) sedang mara kearah kemenangan  di Indo China.

Saya bertanya kepadanya  bilakah Malaysia akan menjadi negara Sosilais. " Lima tahu lagi" jawabnya dengan penuh yakin.Tetapi Amerika  berundur dari Vitenam dengan penuh perhetongan . Indonesia telah selamat dari jatuh  ke tangan Komunis Cina dengan kerjasama Malaysia dan sekarang  Vietnam menjadi negara bebas mengamalkan kapitalisme dan menjadi diantara negara  komunis yang paling korup.Jauh dari mimpi Kassim tentang dunia  sosialis yang  bersih dan adil saksama

Maka itu   sebagai seorang wartawan yang realis, saya mempersoalkan  negara Islam sebenar seperti yang dimimpikannya. Saya pesimist ia akan menjadi realiti dalam dunia yang semakin jauh dibawa oleh arus globalisasi Barat.

Pas sendiri sedang bersekongkong dengan ejen ejen Barat malah menjadi juara untuk membela mereka apabila dirasakan perlu.

Maka itu biarlah Kassim hanyut dalam mimpinya. Beliau pun sudah tua dan tidak mempunyai pertubuhan dan wang untuk berjuang. Apakah kepada feudalis dan dogmatis agama untuk bercerita tentang  mimpi agama yang tidak realistik pun salah?

Dan JAKIM dan JAWI  juga tidaklah seharusnya turut bermimpi sehingga melihat Kassim Ahmad lebih besar dari yang sebenar dan  tidak nampak dihadapan mata bahaya  yang datang dari  orang orang  berkupiah putih dan berserban besar yang terus menyeleweng dan memurtadkan umat Islam secara besar besaran.





Monday, 17 February 2014

DAP SHOULD BE BANISHED FROM SARAWAK

KOMEN TERPILEH DARI "INILAH ORANG LAYAK JADI PM MALAYSIA"

It's DAP that should be banished from Sarawak. DAP's politicians of today are made up of mostly Evangelist Christians. Like in Singapore these Evangelist are 'money making machine'. Some of its religious gurus had wife living lavishly in Hollywood as celebrities.

I hope the Pribumis in Sarawak are more aware so that what happen in Africa does not befall them. Archbishop Desmond Tutu, once said;

"When the missionaries came to Africa, they had the Bible and we had the land. They said; 'Lets us pray'. We closed our eyes. When we opened them, we had the Bible, they had the land".

I hope Sarawak's Pribumis can take good care of their Timberland.RD







Monday, 10 February 2014

INILAH ORANG YANG LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Tan Sri Taib Mahmud
    
      Tan Sri Adenan Satem


SYUKUR SAYA KEPADA ALLAH

SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SUBHANAHUWATAALA KERANA DOA SAYA DIMAKBULKAN: ADENAN SATEM DIPILEH MENJADI KETUA MENTERI SERAWAK. TAIB MAHMUD TELAH MEMILEH PENGGNATI YANG TEPAT YANG INSAALAH AKAN MENJADI JAMBATAN  KESENIMBUNGAN KEPADA PENGUKUHAN KESETABILAN DAN KEHARMONIAN POLITIK,EKONOMI DAN SOCIAL  SARAWAK- ZAM

Ketua Menteri Sarawak selama lebih 30 tahun ,Tan Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah  terasing dari politik Semenanjung sekalipun pergantungan  Semenanjung kepadanya  sangat  besar bagi  pengekalan kuasa BN dari satu Pilihanraya ke satu  Pilihanraya Umum

Nasib baik Pengerusi Barisan Nasional Najib Tun Abdul Razak tidak mempedulikan pandangan  Khairy  Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menyertai gulongan chauvanis Cina dan pembangkang mahukan supaya Taib berundur  kerana rasuah.Kalau tidak,Najib pun tidak jadi Perdana Menteri hari ini.

Saya kenal Taib Mahmud sejak beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Persekutuan lebih 40 tahun lalu  dan ketika itu  Kip Bahadun menjadi pembantu khasnya (bekas  Setiausaha Kerja UMNO-Allahyarham)

Apabila beliau outsmarted Abdul Rahman Yaacob bapa saudaranya yang mahu menjatuhkannya dalam pertarungan politik Sarawak,Taib keluar  dengan  aura kepimpinan yang gagah, ditakuti,dihormati dan disegani.

Rakyat  di Semenanjung tidak bagitu tahu bahawa disebalik berbagai tuduhan rasuah dan penyalahguaan kuasa terhadapnnya, chengkamannya yang kuat dan bijaksana dalam politik dan pentabiran  Sarawak, maka bumiputra Sarawak dapat diselamatkan,  tanah tanah mereka tidak terjatuh  ke mulut naga naga  Cina  yang senantiasa ternganga , lapar,rakus  dan tamak haluba walaupun sudah kekenyangan.

Bahawa Taib  menjadi benteng pertahanan kepada Bumiputra dan Islam di Sarawak bukanlah dengan penunjolan imej perkauman  dan ke Islaman dari kata dan perbuatan .Taib tidak pernah  menimbulkan prasangka kaum  untuk mencari keyakinan  di kalangan bumiputra kerana beliau sedar keyakinan mereka terhadapnya tidak pernah berganjak.

Setiap kali menghadapi pilihanraya, orang Cina meloncat dan mengaum seperti  singa lapar membuat berbagai fitnah untuk  menjatuhkannya dengan sokongan dari kuasa asing yang  berkepentingan dengan kekayaan Sarawak dan juga sokongan budak budak berhingus politik di Semenanjung  yang  mahu dikenali sebagai juara pejuang keadilan  dan demokrasi sedangkan mereka sendiri bergelomiang dengan najis.

Taib memahami,menghayati dan sebati dengan sejarah negara .Beliau memenipulasi kuasanya disamping mengkayakan diri dan keluarganya  tetapi beliau juga mengkayakan bumiputra Sarawak dari suku  Melanau,Melayu  dan lain lain kepada  taraf kehidupan yang bermaruah dan dihormati.

Mereka memberikan sokongan solid kepadanya kerana mereka dapat  merasakan keadilannya  dan dapat melihatnya menyelamatkan mereka dari  mulut naga naga Cina yang senantiasa dalam kelaparan walaupun sudah kekenyangan.

Warisan pusaka kepimpinan yang amat bernilai yang ditinggalkan oleh Taib Mahmud ialah perpaduan erat teguh kukuh Bumiputra Sarawak yang melampaui perbezaan agama,suku kaum dan adat berbanding dengan di Semenanjung  yang walaupun satu kaum Melayu tetapi berpecahbelah kerana politik agama.

Politik Pembangunan Sarawak yang dijalankan oleh Taib Mahmud  telah meletakannya pada suatu taraf penghormatan yang tinggi di kalangan rakyat Sarawak . Beliau berundur dengan teratur,  melangkah keluar dari kuasa dengan penuh hemah  dengan perhetongan untuk mempastikan bumiputra khususnya dan rakyat  umumnya terus berada dalam Sarawak yang stabil, makmur dan selamat.

Beliau menjadikan dirinya seperti benang yang menarik diri dalam tepong dalam langkah berundur dan tidak berundur dalam keadaan yang berkecamuk di bawah tekanan.Legasinya adalah legasi perpaduan bumiputra yang cemerlang dan Sarawak yang maju.

Bagi saya sebagai wartawan  yang sekian lama mengikuti jejaknya ,  mendengar  ucapan  dan membaca pemikiran dan tindak tanduk politiknya ,Taib Mahmud bukan kepalang orang, kekuatan batinnya  luar biasa ,tidak sekadarkan anak Sarawak yang terulung dan  hebat  yang berkaliber untuk hanya  menjadi Ketua Menteri Sarawak tetapi beliau memiliki kewibawaan gagah  untuk berada pada kedudukan   Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi sayang beliau sendiri telah memileh  untuk berpolitik setakat Sarawak sahaja.

Bersempena dengan pengudurannya dari kuasa,saya mengangkat tabek hormat kepadanya dengan  keyakinan bahawa beliau  tidak akan melakukan kesilapan politik seperti yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahahir.

 Saya percaya Tan Sri Taib akan menjadi  Yang Dipertua Negeri  dan saya berdoa semuga Tan Sri Adenan Satem menggantikan beliau sebagai  Ketua Menteri Sarawak ,bukan kerana saya kenal dengannya,bukan kerana dia telah membaca semua buku saya( seperti yang dimaklumkannya kepada saya) ,tetapi kerana saya melihat tangannya adalah seperti tangan Taib Mahmud.AMIN!

Saturday, 8 February 2014

BUKAN TERESA KOK YANG BERDOSA KERAJAAN YANG BERSALAH



Sdr Zam.look like you nail the coffin perfectly.That is why democracy alone
is not the good flatform to choose the leader.China becoming the new no 1, economic
 power donot choose democracy to achive the success. In our democratic 
system, weak leaders are chosen by the political party or even the general election.
who need change and concern about their country. Perhaps our political system in 
selecting the leader need to be changes. Perhaps we need the primary and general voting 
of selecting.So that only a proven leader can be choosed.No nepotism,cronysm,corruption,
poor track record,no spine leadership,visionary.........
Other wise the same problem will perpetuate itself unendlessly. Zam I rest my case.
 on BUKAN TERESA KOK YANG BERDOSA KERAJAAN YANG BERSALAH

MENTERI TUNJUK KELEMAHAN KERAJAAN.

KOMEN:Syabas Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda yang juga seorang menteri 
kabinet kerana keberanian saudara mengakui kelemahan kerajaan  dengan meminta polis
 dan Jabatan Peguam Negara supaya menyegerakan hasil siasatan terhadap Teresa Kok
 kerana videonya onederful Malaysia CNY yangmenyakitkan hari rakayt Malaysia termasuk
 orang Cina sendiri.Kenyataan ini  menampakan Khairy memahami
 perasaan rakyat ketika Najib berada dalam keadaan clueless.
Dia sedang memikirkan bagaimana hendak mengajar AG membuat kenyataan bagi
 mengelakan tindakan -AMIR KL.

Kes klip Video Tahun Baru Cina Teresa Kok yang menyinggung perasaan umum dan dianggap sebagai seditious telah mengambil masa  siasatan yang bagitu panjang dan tidak dianggap  urgent yang perlu ditamatkan dengan segera sebaliknya dibiarkan menjadi permainan politik yang membahayakan keselamatan negara.

Kelewatan  ini  telah menyebabkan orang yang pada mulanya  dianggap bersalah  dan berada dalam keadaan bertahan sekarang di neutralise dan menyerang balas dengan tindakan  politik populis yang semakin menyulitkan  kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan.

Sementara Akhbar Utusan Malaysia mendedah dan menggambarkan Teresa Kok sebagai bersalah yang mendorongkan berbagai tindakan rakyat ,akhbar The Star membesarkan pembelaan seorang dua terhadapnya disamping pembelaan dari beberapa kerat Melayu  sebagai berita utama muka satu" TAMPARAN" atau "SLAP" kapada NGO-NGO Melayu kerana tindakan melampau mereka.

Siapakah yang bersalah dalam soal ini kalau bukan kerajaan yang tidak mempunyai sense of urgency dan tidak mempunyai political will untuk memadamkan isu ini dari awal dengan kuasa yang ada padanya sebaliknya membiarkannya  berpanjangan dan membuka ruang aksi dan reaksi yang menggugat keselamatan negara dan keharmonian kaum.

Dalam hal ini kita tidak mungkin dapat mengawal perasaan dan emosi rakyat untuk  bertambah panas dan bertindak melampau  apabila melihat kelemahan  kerajaan . Rakyat mahu menunjukan mereka lebih berkuasa  dari kerajaan dan akhirnya mengambil kuasa di tangan sendiri. Salahkah mereka.?

Dari hari ke hari Utusan melaporkan cerita  laporan polis,tunjuk perasaan, poster upah menampar  Teresa Kok dan  potraitnya  disembah dengan darah ayam  dan Star membesarkan reaksi hanya  segelintir orang yang membantah.

Kepada siapakah hendak disalahkan kepada wujudnya ketegangan  yang semakin menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan?

Aksi dan reaksi dalam kes ini hanya  menambah kesedaran rakyat di pihak kerajaan dan juga pembangkang bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang lemah: Kepada pembangkang buatlah apa pun kerajaan Najib  tidak akan berani bertindak dan di pihak penyokong kerajaan pula rasa kekecewaan semakin meluas bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang  lemah..

Seluruh NGO penyokong kerajaan seharusnya bertindak memberhentikan tindakan tindakan membuat laporan polis,berteriak,menjerit dan berdemonstrasi seperti tentera upahan yang lebih mendedahkan kelemahan kerajaan.

Polis  tidak dapat disalahkan dalam hal ini  tetapi pertimbangan politik tentunya telah mencampuri urusan untuk membolehkan  mereka bertindak   pantas untuk  membunuh kes ini dari awal,ketika  api masih dalam sekam.

Kita mempunyai sebuah kerajaan yang berjaya menangguhkan satu demi satu masalah tetapi tidak berjaya menamatkan masalah sehingga liwat pun bukanlah lagi menjadi suatu masalah moral di negara ini sebaliknya suatu penerimaan nilai sosial yang diistiharkan oleh Mahkamah dari masa kemasa.

Rakyat jangan terkejut  dan kecewa jika kerajaan BN tidak dapat bertindak dalam kes Teresa Kok. Tunggulah untuk mendengar rasionalnya dari AG.

Friday, 7 February 2014

MB KHALID IBRAHIM TERSINGKIR KERANA GAGAL MEMBAWA BUDAYA UMNO KE DALAM PKR

Sekiranya Khalid Ibrahim terus menjadi Menteri Besar Selangor maka kerajaan PKR akan jatuh di Selangor kerana walaupun telah masuk kepenggal kedua tetapi tidak dapat menunjukan kuasa parti,tidak dapat membuat seluruh penyokong PKR   merasakan faedah dari keputusan  mereka memileh PKR .Tekanan ini semakin dirasai oleh wakil wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PKR Azmin dan maha gurunya Anwar Ibahim sebagai poltical animals sangat memahami keadaan ini dan kerana itu Selangor mesti diselamatkan segera.

Secara ringkasnya Khalid Ibrahim  berjaya memerintah Selangor tetapi gagal membawa budaya UMNO ke dalam PKR yang mengutamakan kronisme dan nepotisme sebaliknya lebih mementingkan kecekapan pengurusan, untung dan rugi dari segi perniagaan dan tidak politik.Khalid tidak tahu bermain politik seperti Azmin dan Anwat  yang banyak belajar  dari UMNO.

Kata akhbar China Press dalam ruangan Kedai  Kopi Orang Ramai( 4 Febuari 2014) , Khalid tidak membenarkan pentadbiran negeri diserap dengan budaya kronisme yang melibatkan pihak - pihak yang mempunyai hubungan dengan ahli politik PKR.

" Beliau terpaksa di tolak ketepi oleh sekumpulan  serigala buas yang sedang lapar. Bagi mereka selagi PKR masih  berkuasa, perut kroni - kroni perlu diberi makan sehingga kenyang," katanya.

Pandangan ini juga tentunya mewakili  pandangan popular masyarakat  Cina termasuk orang orang DAP tetapi oleh kerana hasrat  Malaysian Malaysia dan harapan kepada sebuah kerajaan uthopia, maka  mereka akan tetap memberikan undi kepada Anwar Ibrahim di Kajang dan hanya akan sedar setelah mereka  terperangkap  dalam keadaan yang lebih buruk yang tidak memungkinkan mereka keluar lagi.

Mereka tidak sedar bahawa Anwar Ibrahim adalah political animal yang lebih hebat dari Najib sendiri.

Anwar Ibrahim dalam penjelasannya untuk menukar  kepimpinan negeri Selangor telah memuji pemerentahan Khalid sebagai baik tetapi katanya langkah yang diambil untuk menggantikan Khalid adalah untuk menambahkan lagi kebaikan itu tetapi dari segi loginya  jika seorang yang telah berjaya seharusnya diberikan keyakinan lebih besar utuk menambahkan kejayaannya.

Sebenarnya Anwar sedar jika Khalid terus memerentah ,tidak akan membawa kebaikan  kepada parti dan rakyat sebaliknya akan melenyapkan  kerajaan Selangor yang kayaraya dari  gengaman PKR.

Khalid Ibrahim memikirkan dia akan dapat membawa perubahan kepada budaya UMNO dan sikap orang Melayu  menerusi PKR tetapi manusia dalam PKR  adalah juga manusia UMNO yang sudah biasa dengan budaya UMNO dan kecewa dengan UMNO.

Budaya  koporat Khalid  telah  meneyabkan beliau tidak popular dalam UMNO dan memaksanya keluar dari UMNO . Beliau lupa atau senghaja melupakan bahawa ketamakan,putar belit,kerakusan,samun menyamun, kronisme dan noptisme juga wujud dalam dunia perniagaan,cuma caranya berbeza.

Sebuah kerajaan bersih cekap  dan amanah  hanyalah  khayalan manusia  dari zaman ke zaman.  Hanya rakyat yang belum  mengenal dunia yang sebenar yang masih percaya kepada wujudnya sebuah kerajaan uthopia.


Tuesday, 4 February 2014

DI SIINILAH KITA BERTEMU DAN BERMESRA



"Anda belum ke Putrajaya jika anda tidak ke Zam Newsroom Cafe"


Hasrat saya untuk menjadikan Zam Newsroom Cafe sebagai tempat pertemuan berbagai lapisan masyarakat; tokoh-tokoh terkemuka,profesional, candiakawan, diplomat, ulama, orang politik, penulis, wartawan, saterawan, ahli sukan, siswa, pegawai kerajaan dan sebagainya beransur-ansur menjadi kenyataan dalam masa yang singkat.

Walaupun telah dibuka belum sampai dua bulan dan terletak di Air@8 Putrajaya yang masih sepi tetapi cafe ini telah pun mendapat kunjungan dari semua golongan yang saya sebutkan itu.

Mereka senang dan selesa dengan dekorasinya yang berkonsepkan pejabat akhbar dan menghabiskan masa yang panjang, bersantai, membaca dan berborak.

Siswa-siswa dari universiti-universiti di Cyberjaya jiran Putrajaya menjadikannya tempat pertemuan, mengulangkaji pelajaran  malah meraikan hari jadi rakan-rakan mereka.

Di antara mereka yang telah mengunjungi cafe ini setakat ini ialah dua orang Mantan Menteri Besar Terengganu: Wan Mokhtar dan Idris Jusoh (sekarang Menteri Pelajaran Dua), Imam Besar Masjid Tengku Mirzan, Ustaz Nasaruddin, Bekas Duta Malaysia di Arab Saudi, Dr. Ismail Ibrahim, Ketua satu Gapena, Prof. Dr. Latif,Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Datuk Hj Che Mat Che Ali, wartawan-wartawan dari akhbar  Utusan, Kosmo, Berita Harian, Harian Metro dan Malaysian Insider.

Yang menarik, ia juga menjadi tempat persinggahan popular kepada penunggang-penunggang basikal sekitar Putrajaya pada setiap pagi Sabtu dan Ahad.

Basikal-basikal penunggang veteran
yang sedang berehat  di cafe
Ali Kawi (di tengah ) sedang bercakap
dengan seorang bekas pegawai tinggi
tentera dan seorang pegawai Petronas
yang bertemu secara kebelulan.
Yang tidak diketahui ramai setiap hari dan malam Putrajaya sentiasa penuh dengan penunggang basikal tua dan muda yang datang dari luar sejauh Shah Alam dan Seremban kerana persekitarannya dengan laluan khusus basikal, jalan jalan besar tanpa banyak kenderaan terutama di malam hari.

Saya gembira kerana seorang demi seorang orang  yang dulunya saya hanya dengar nama mereka telah muncul di cafe saya. Baru-baru ini saya dapat bertemu dengan Dato Sri Haji Ali Kawi, Bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak yang telah memainkan peranan penting membantu Ketua Menteri Sarawak Abdul Rahman Yaacob dalam mengadakan rundingan damai dengan Parti Komunis Kalimatan Utara dalam tahun 1973-74. Beliau di bawa Oleh Mantan Ketua Pengarang Bernama Azman Ujang.

Bagaimanapun ramai yang bersungut kerana sukar mencari Cafe ini  yang  terletak di  Ayer@ 8 Presint 8 Putrajaya kerana tidak ada tanda arah. Masalah ini sehingga ini masih belum dapat diselesaikan antara Perbadanan Putrayajaya dengan Putrajaya Holding yang memberikan kesan buruk kepada peniaga-peniaga di sini.

Catitan: Mereka yang tidak dapat membeli karya saya di kedai-kedai buku seperti buku Mahathir Disebalik Tabir, Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot dan lain-lain boleh membeli atau memesan di Zam Newsroom Cafe.

Jika anda ke Putrajaya singgahlah di cafe ini. Anda belum ke Putrajaya jika anda tidak ke Zam Newsroom Cafe. You Have not been to Putrajaya if you have not been to Zam Newsroom Cafe.


Zam Newsroom Cafe
Profesor Doktor Abdul Rahman Shaari (dua dari kiri) bersama rakan-rakan yang bertanggungjawab menganjurkan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Yayasan Kepimpinan Perdana Precint 8, Putrajaya pada Sabtu dan Ahad (15 dan 16 Februari) singgah berehat di Zam News Room Cafe baru-baru ini.

Zam berasama doktor-doktor muda dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) sebelum hari konvokesyen mereka pada 10 Februari 2014. Mereka menjamu selera di Zam Newsroom Cafe sebelum rehersal di PICC.

Saturday, 1 February 2014

PRK KAJANG: SYABAS MALAYSIAN INSIDER


KOMEN:

Tarikh Pilihanraya Kecil Kajang belum diistiharkan, penamaan calun belum dibuat tetapi Malaysian Insider  melaporkan  Anwar Ibrahim telah dilarang berkempen di sebuah Masjid dan sekumpulan aktivis Islam telah menyampaikan hadiah bunga cenderahati kepada sebuah gereja   di Kajang.

Larangan itu dikatakan dibuat oleh JAIS dan MAIS. Dan diantara sekian banyak gereja di Selangor yang bernasib baik mendapat bunga  hanyalah gereja  di Kajang .

Biasanya kempen pilihanraya bermula setelah tarikhnya diistiharkan tetapi Malaysian Insider telah melancarkan kempen mengelirukan orang ramai dengan  menghalalkan yang haram. 

Sebagai media anarkis demokrasi , Malaysian Insider  bukan  menyalahgunakan kuasa media tetapi mengambil kesempatan dari  sebuah kerajaan yang terkenal di seluruh dunia dengan sifat sifat kemaafannya,tolak ansurnya dan toleransinya.

Syabas Malaysian Insider- Tan Malaka.


POSTING TERDAHULU: JADIKAN PERMULAAN YANG BAIK.........

Kecuali orang Melayu yang racis, tidak rasional atau orang bahagian UMNO yang gila nak jadi calun yang melihat kewajaran Melayu bertanding melawan  Anwar Ibrahim di PRK Kajang tetapi setiap orang yang waras akan dapat melihat kewajaran bagi  MCA untuk meletakan  calunya.

PRK Kajang bukanlah peluang untuk Melayu membalas Tsunami Cina tetapi hendaklah dilihat sebagai  peluang keemasan kepada masyarakat Cina menyekat arus sentimen dan persepsi  orang Melayu bahawa orang Cina tidak boleh dipercayai lagi sebagai rakan perjuangan politik.

Sesungguhnya tidak dapat dinapikan keyakinan ini telah carik carikan oleh Tsunami Cina.

Kemenangan pilihanraya ini kelak juga akan sekaligus menghapuskan anggapan  cinta buta orang  Cina kepada Anwar Ibrahim  dan akan  menjadi suatu permulaan kepada pembinaan semula keyakinan kepada kerjasama politik Cina dan Melayu yang akan memberikan sumbangan besar kepada keharmonian kaum, kemantapan ekonomi dan masa depan politik negara yang lebih stabil.

Kemenangan ini juga  akan membuktikan bahawa orang Cina lebih yakin kepada kepimpinan Melayu BN dari kepimpinan Melayu PR.

Seperti yang telah diyakinkan oleh Perdana Menteri Mentor Singapura Le Kuan Yew bahawa jika parti mana pun menang dan berkuasa,Malaysia tidak akan  lepas dari   kepimpinan Melayu. Kajang akan dapat membuktikan samaada orang Cina  mahu PM Najib dari BN atau  PM Anwar Ibrahim dari PR yang telah membuktikan  sanggup mempermainkan orang Cina untuk kepentingan politiknya.

Sebenarnya bukan hanya Lee Chin Chen  yang dihina dengan menjadikannya sebagai bola permainan politik bila Anwar diletakan bertanding di Kajang tetapi   taraf pemikiran  orang Cina Kajang yang telah dihina kerana PKR meanggap mereka telah membuat kesilapan memileh  Cina bagi mewakili mereka di DUN negeri.



Pada mulanya saya sendiri merasakan tidak perlu bagi BN bertanding di kawasan ini semata mata untuk menjadi permainan  politik Anwar  tetapi reaksi kepada posting saya memberikan beberapa gambaran dari aspek yang positif dan juga kewajarannya.

Antaranya  penyertaan MCAdalam pillihanraya Kajang akan memberi peluang kepada kepimpinan baru MCA   Liow Tiong Lai dan Wee Kia Siong untuk membuktikan bahawa pemilehan mereka adalah menepati hasrat orang Cina yang mahukan kepada kepimpinan baru yang dinamik dan bersih . Disamping itu PRK Kajang  boleh menjadi rallying  point kepada BN tanpa mendatangkan apa apa risiko. Risikonya lebih besar di pihak Anwar Ibrahim dan PR.

Seorang memberikan pendapat pilihanraya ini  akan  memberi  peluang kepada BN untuk mendedahkan keburukan PKR atau "To open up cans of worm as much as they  can.".

Maka itu saya bersetuju BN bertanding tetapi dengan syarat bukan  Melayu yang dicalonkan dan seluruh orang UMNO dan Melayu  termasuk yang gila nak jadi calon di Kajang mestilah  memberikan sokongan sepenohnya kepada calon  dari MCA demi untuk menunjukan bahawa dalam keadaan apapun orang Melayu sanggup membuang yang keroh dan mengambil yang jernih demi untuk hidup bersama dalam keadaan aman dan damai dan saling percaya mempercayai.

Marilah kita jadikan Kajang sebagai suatu permulaan yang baik selepas Tsunami Cina.