Wednesday, 29 January 2014

MB YANG AKAN JADI SAINGAN HEBAT KEPADA PM

LEBIH BAIK BN TIDAK BERTANDING DI KAJANG.

Jika keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dilihat menutop pintu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri maka dengan  menjadi Menteri Besar Selangor kelak sebuah negeri terkaya di Malaysia, maka harapan itu akan kembali terbuka dan cerah kepadanya.

Anwar telah berjaya meyakinkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam pekara ini serta loyalist nya dalam PAS.Jika tidak masakan mereka bersama dalam sidang akhbar  Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil ADUN Kajang.Tidak ada sebab yang lain bagi Kit Siang dan Khalid bersetuju memberi laluan kepada Anwar di Kajang kecuali keyakinan kepadanya sebagai  PM masa depan.

Berada pada kedudukan MB sekalipun hanya pada kedudukan tertinggi  di peringkat  negeri adalah lebih berprestig,lebih dipandang tinggi,lebih berkuasa dari hanya menjadi anggota Parlimen.Sebagai seorang pemimpin politik yang berpegalaman adalah mustahil Anwar tidak tahu untuk menggunakan kedudukan ini dengan sebaiknya bagi kepentingan politik PR dan juga bagi mempastikan beliau sampai ke Putrayajaya pada pilihanraya akan datang.

Beliau akan menjadi MB yang akan menyaingi imej PM.

Masalah pengundi Kajang kecewa kerana  ADUN  mereka letak jawatan sebelum cukup tempoh untuk memberikan laluan pada Anwar atau tindakan itu membazirkan wang kerajaan dan rakyat dan sebagainya tidak akan mempengaruhi aliran pengundian atau akan menyebabkan pengundi berubah kepada BN.

Masyarakat Cina  menghormati Anwar kerana  berani mengambil risiko  dalam keadaan Najib menghadapi cabaran paling getir. Hanya orang yang tidak realis sahaja yang percaya bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri  akan memberontak.

Orang Pas  telah  dapat merasakan betapa nikmat dan terhormatnya  menjadi YB dengan sedikit sebanyak   kuasa dan betapa kuasa dapat membantu penyokong mereka.Pastinya DAP tidak akan menyokong PAS untuk jadi MB Selangor.Mereka pastinya tidak sanggup berkorban.

Soal Pas mengutamakan kepentingan bangsa dan agama semuanya karut belaka.Itu sebelum merasakan kuasa.Tetapi sekarang ialah soal untuk terus jadi ADUN.

Khalid Ibrahim pula sebagai Menteri Besar Selangor telah tidak mengecewakan rakyat malah  dikenali sebagai pemimpin yang no-nonsesense ,cekap mentadbir dan mengurus ekonomi   dan telah menambah kekuatan kewangan negeri Selangor yang memperkukuhkan  integritinya.Beliau dihormati oleh kawan dan lawan  dan juga oleh orang orang Cina kerana tidak banyak bermain politik. Beliau boleh menjadi pembantu yang berkesan kepada Anwar.

Kehebohan dan tentangan  terhadap  Anwar Ibrahim bertanding di Kajang hanyalah sementara sahaja. Semuanya akan sepi  tidak lama lagi dan Anwar akan keluar dari krisis ini dengan imej yang lebih besar dan lebih mayakinkan untuk menjadi ancaman dan ugutan yang lebih besar kepada Najib Tun Razak.

Tambahan:

Berasaskan senario diatas adalah lebih baik bagi BN tidak meletakan calunya bagi Pilihanraya Kecil Kajang.

BN tidak seharusnya melihat penarikan diri ADUN  kawasan itu mengecewakan pengundi PR  atau membazirkan wang rakyat.  Cinta buta mereka kepada Anwar  menyebabkan mereka  melihat bigger picture untuk kepentingan masa depan orang Cina  dari soal soal lain.

Pada kebiasaannya rakyat tidak  mengambil berat soal perbelanjaan bagi  sesuatu pilihanraya.Jika BN bertanding maka ia juga turut terlibat membazirkan wang rakyat seperti dakwaannya sendiri.

Adalah lebih baik bagi BN tidak terlibat dalan permainan pilitik Anwar Ibrahim  yang bertujuan untuk menyelesaikian krisis dalaman  PKR  dan yang sudah dapat diramalkan BN pasti akan kalah kecualilah jika BN mahu menjadi boneka Anwar.

Kajang by-election: Give Pakatan a walkover, says Nik Aziz
Datuk Nik Aziz Nik Mat
Datuk Nik Aziz Nik Mat
   
PETALING JAYA: PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has challenged Umno and Barisan Nasional to give PKR a walkover if they were of the opinion that the Kajang by-election was a waste of public funds or an insult to democracy.
"I am tired with pro-Umno media who have been playing up the issue, saying that the vacancy was a ploy to manipulate democracy," he said, in a statement posted on his Facebook page.
"I think Umno has forgotten what it did in Perak in 2009. What they did was truly disgusting because they toppled a state government through the backdoor."
The 2009 Perak constitutional crisis began when three Pakatan assemblymen defected, causing a collapse of the state government.
Barisan with support from the three defecting assemblymen, formed the new state government, just nine months after Pakatan assumed power.
Nik Aziz did concede that he has no knowledge of PKR's strategy which resulted in a vacancy of a Kajang state seat.
"Many have contacted me to ask my views on the Kajang state that was left vacant by its assemblyman. I have no clue of the strategy or the issue that has caused the vacancy," he said.
He said he had to wait for an explanation from PKR on the reasons why the step had to be taken, forcing a by-election to be held in the constituency. 
"In this case, it is more appropriate that the matter be decided by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang who has executive powers in the party," he said.
The Kajang state seat fell vacant following the resignation of its PKR assemblyman Lee Chin Cheh, paving way for Anwar to be fielded in the by-election.
The move allegedly is an attempt to install Anwar as Mentri Besar replacing Tan Sri Khalid Ibrahim in order to resolve the internal crisis in the state.
DARI STAR ONLINE











Monday, 27 January 2014

KERJAAAN PERPADUAN NAJIB ANWAR IBRAHIM.

EKORAN KEGAGALAN KERAJAAN MELAYU PAS UMNO

Perkembangan politik berlaku bagitu pantas hari ini.

Sementara beberapa pihak tidak meyakini tawaran  Ketua  PKR Anwar Ibrahim  kepada UMNO dan BN untuk berunding   mencari konsensus bagi "Pelan Damai" untuk kerhamonian agama, bangsa dan negara , Naib Presiden UMNO paling popular Zahid Hamidi telah pun kehadapan sekali  menyambut baik tawaran itu.

The Star melaporkan malam  ini Anwar pula segera menyambut reaksi Zahid itu sebagai positif .

Sebaliknya bekas Setiausaha Politik Ketua Umum  PKR itu, Anuar Shaari telah mengingatkan UMNO dan BN jangan terperangkap dalam permainan  politik Anwar.

Anwar yang sedang menghadapi kes peribadi  di mahkamah   telah diramal akan  bertanding di kawasan Dewan  Undangan Negeri Kajang berikutan  dengan perletakan jawatan Adun  Kajang  Lee Chin Chen  hari ini yang telah memenangi kawasan itu dengan majoriti  6,824 untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding   bagi menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Adakah ini merupakan suatu "Gerakan Besar" kearah penubuhan kerajaan  perpaduan nasional berdasarkan  beberapa kemaafan UMNO  dalam kes penting mahkamah  terhadap orang orang penting pembangkang setelah kerajaan Perpaduan Melayu Pas UMNO  gagal?

Barangkali Najib mahu mencipta  sejarah  lebih besar dari bapanya yang melahirkan BN atas kehancuran perpaduan kaum  dengan membina  sebuah kerajaan Perpaduan Nasional diatas kelemahan  BN.

Apapun nampaknya Anwar bergerak pantas menyelesaikan masalah krisis kerajaan negeri Selangor dan jika berjaya beliau akan keluar  dengan imej yang lebih besar dan lebih terhormat berbanding dengan Njib yang bergerak  seperti kura kura dari satu krisis ke satu krisis dengan  mengharapkan kekuatan  dari satu kemaafan ke satu  kemaafan, dari  menangguhkan satu masalah ke satu masalah.

Dan Zahid lebih cepat menyambut tawaran Anwar tanpa perlu persetujuan MKT dalam pekara yang melibatkan perasaan seluruh ahli UMNO. Mungkin itu tidak diperlukan kerana beliau yang sah mendapat undi  paling popular dalam parti,


Thursday, 16 January 2014

TIADA SIAPA YANG LEBIH LAYAK UNTUK GANTI NAJIB

 ANTARA "SLEEPING BEAUTY" DAN "JASA JASA ROSEMAH"

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan kesedarannya tentang adanya anggapan umum terhadap isterinya  sebagai sleeping beuty  apabila menawarkan dirinya untuk  menggantikan  Wan Azizah sebagai Presiden dan dalam pada itu beliau  meminta janganlah pula meanggapnya seperti Presiden UMNO Datuk Najib yang mengenang dan memuji  Jasa Jasa Rosemah di Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini. 

Joceline Tan menulis  dalam The Sunday Star hari ini (19 Januari) tentang dialog  dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PKR.   


KOMEN: Sesiapapun yang membaca kenyataan adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak dan juga interviu Khairy Jamaluddin dengan Berita Harian dapat merasakan sindirin yang halus dan tajam kepada isteri Najib,Rosemah yang dibela oleh Najib dalam perhimpunan Agung UMNO baru baru ini.
Tidak pernah seorang Perdana Menteri pun membela isteri di Perhimpuan Agung UMNO yang menunjukan betapa besarnya masalah yang dihadapi oleh Najib apatahlagi pembelaan itu dibuat atas pujian dalam perhimpuan itu dan bukan atas teguran umum- YATI


Berbagai tafsiran telah dibuat berhubung dengan posting saya (12 Januari 2014) supaya Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed  diberikan peranan dalam kerajaan pimpinan  Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Penasihat DAP Lim Kit Siang memberikan reaksi pantas dengan menuduh saya sebagai menginisiatifkan komplot  dan konspirasi  gulongan reaksionari dan anti demokrasi dalam UMNO dan BN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Kit Siang  sebenarnya mimpikan  kekuatan saya lebih dari yang sebenarnya .Saya tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam UMNO baik diperingkat bawahan atau atasan  dan saya tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana mana pemimpin UMNO.Saya juga tidak rapat dengan Mahathir seperti sangkaan banyak orang malah ketika melancarkan karya saya Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot lama dahulu, Mahathir walaupun meanggap saya sebagai kawan tetapi katanya "Kawan yang menyusahkan."

Bagi saya kekuatan tidak semestinya bergantung kepada pertubuhan atau parti jika kita mempunyai kekuatan sendiri.Umpamanya apabila saya  mengkritik bekas Presiden Indonesia Habibi yang mengujungi Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum Malaysia   tanpa menghormati tatasusila negara ini,telah menimbulkan reaksi yang cukup hangat di Indonesia.

Lebih 1 juta menonton saya menerusi interviu sacara langsung  oleh TV1 Indonesia dan juga mendapat perhatian  pemimpin  pemimpin besar Indonesia termasuk Presiden Indonesia sendiri.Saudara Kit Siang boleh meminta angka ini dari TV1 Indonesia sendiri.

Saya juga merasa bangga kerana sebagai orang yang tidak mempunyai apa apa kedudukan dalam parti dan kerajaan saya  masih mendapat perhatian dari saudara Kit Siang.  

Selain dari Kit Siang , kalangan UMNO sendiri ada yang meanggap saya menyindir kepimpinan Najib yang lemah.Saya tidak menyindir tetapi saya katakan terus terang dalam tulisan saya itu jika berikan ISA pada Najib pun tidak akan berkesan.Maka itu bukan ISA yang perlu dikembalikan tetapi Mahathir yang perlu dikuatkuaskan semula tetapi bukan dengan mengambilaleh jawatan Najib.

Pada pandangan saya disebalik  kelemahannya, Najib  mempunyai  kekuatan tersendiri terutama dalam mempastikan penerusan pegangan kepada nilai  tradisi pemerentahan yang diwarisi sejak Perikatan.

Najib  dapat  mengawal emosinya, bertoleransi,bertolak ansur,bermaafan dan berdeplomasi  dalam menghadapi berbagai tekanan sekalipun dalam keadaan yang runcing dan amat mencabar. Pegangan kuat kepada tradisi  politik  ini  yang menjadi pertahanan kebal kepada negara dalam menghadapi berbagai provokasi dari masa kemasa.

Jika BN pimpinan Najib bertindak mengikut emosi rakyat maka tentunya kita sudah lama melihat Malaysia dicerobohi  oleh anasir anasir  asing  seperti yang berlaku di Syria Iraq dan sebelumnya di Indonesia yang menjatuhkan Soeharto.(sekarang rakyat Indonesia mengenang  kemakmuran dizaman Soeharto).

Inilah juga yang diharapkan  oleh  anasir anasir subersif dalam negara kita yang dulunya adalah komunis tetapi sekarang menjadi  anjing kepada kuasa imperialis  Global.

Bagaimanapun kekuatan Najib  lebih banyak dilindungi oleh kekalahannya  dalam masalah  peribadi yang terang lagi bersuloh kepada umum walaupun cuba dilindunginya disamping  pendekatan pendekatan populisnya yang bersifat  elitis yang tidak menjijak hati rakyat sebaliknya  lebih menjadi bahan ketawa rakyat.

Untuk mengatakan beliau tidak berhati perut Melayu adalah tidak benar samasekali . Jika demikian masakan terloncat dari mulutnya  perkataan  Tsunami Cina bila orang  Cina menolak BN dan juga apabila ditanya  oleh wartawan wartawan akhbar Cina berkali kali mengenai berita Utusan Malaysia “ Apa lagi Cina mahu?.” Najib sambil mengawal perasaannya menjawab :  Bagaimana pula dengan akhbar akhbar Cina?  yang menyebabkan wartawan wartawan Melayu bertepuk dalam suatu sidang akhbar.

Malangnya   pendekatan kebangsawanannya  untuk menjijaki hati  rakyat  tidak menampakan  ketulinan dan keperibadian semula jadi.Umpamanya apabila beliau mengujungi gerai makan atau cafĂ© dalam musim pilihanraya untuk dijadikan   berita bergambar di  akhbar akhbar dan lain lain media perdana .

Bila ini menjadi berita maka menunjukan  hal itu “luar biasa”   tetapi bagi rakyat itu adalah kehidupan harian mereka. Menjadikannya "Luar Biasa"  menerusi stage manage  mendedahkan selama ini beliau tidak pernah bersama rakyat di kedai kopi.

Ucapan  penceramah popular yang tidak jadi masuk UMNO Mohammad Kazim Elias bahawa “ Sepatutnya dalam hal yang melibatkan keselamatan agama dan ketenteraman awam,kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok pada negara” sebenarnya suatu kecaman tepat dan pedas terhadap Najib yang menepati apa yang tersimpan di hati majoriti rakyat. 

Tentunya orang lebih percaya kepada Kazim dari Najib kerana sudah terlalu banyak bukti Najib bergerak macam kura kura terutama dalam pekara yang berkaitan dengan Mahkamah.

Apakah kerana hendak menunjukan kebebasan Mahkamah  maka  kerajaan tidak mahu campurtangan   mempercepatkan keputusan dalam pekara yang panas dan  runcing. Siapakah yang percaya kepada kebebasan Mahkamah?

Adakah  Najib masih percaya rakyat akan kembali menyokong kerajaan dengan menunjukan kebebasan Mahkamah?  Dalam kes Anwar Ibrahim  pun,rakyat dari kedua pihak yang bertentangan  telah hilang keyakinan terhadap  kredebiliti Institusi  Keadilan dan Kehakiman negara ini.

Najib terlalu elitis untuk memahami perasaan rakyat dan terlalu banyak teragak agak dalam membuat keputusan yang menyerlahkan sikap indecisive . Najib lebih terkenal dengan keupayaan menanguhkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.

Maka itu saya rasa Najib  memerlukan bantuan dan sokongan  moral dari orang seperti Tun Dr.Mahathir yang mempunyai aura yang sangat besar sehingga  mendengar  cadangan namanya untuk dikembalikan ke dalam pemerentahan sudah  menggeletarkan Kit Siang and The Gang.

Saya tidak fikir Mahathir  gila kuasa atau  beliau mahu kuasa Perdana Menteri  sekiranya beliau diberikan kedudukan dalam kerajaan tetapi beliau mahu mengembalikan kuasa  UMNO. Beliau mempunyai keyakinan bahawa  UMNO menerusi kepimpinan yang ada sekarang masih boleh dipulehkan kekuatannya.

Secara ikhlas saya tidak nampak seorang pun yang dapat menandingi kewibawaan Najib pada masa ini.Beliau mesti disokong dan diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugasnya dengan lebih berani  mengambil risiko . Tun Mahathir boleh membantunya  dalam hal ini.

Jika  dengan bantuan Mahathir kekuatan Najib dan BN dapat dipulehkan maka apakah salah untuk Najib  meneruskan kepimpinan hingga lepas Pilihanraya Umum akan datang.

Monday, 13 January 2014

UMNO MESTI KUTUK DAN PECAT ORANG UMNO PUKUL MENTERI

Tindakan seorang pemuda  UMNO di Hulu Selangor  menyerang dan memukul Timbalan Menteri  Pendidikan 11 P. Kalamanathan  kerana tidak  dapat memenohi permintaan  untuk menukarkannya    dari Johor ke Hulu Selangor , mestilah  segera dikutuk oleh pemimpin pemimpin UMNO dan seluruh orang Melayu.

Menurut akhbar The Star pemuda UMNO itu mahu dekat degan isteri yang baru dikahwininya dan permohonan itu dikemukakan menerusi bapanya.

Perbuatan ini walaupun merupakan tindakan persaorangan tetapi memalukan orang Melayu dan Islam.Pengalaman saya sendiri sebagai Menteri ,masaalah besar yang dihadapi  ialah permohonan ibubapa untuk memindahkan anak mereka dalam berbagai bidang perkhidmatan kerajaan terutamanya guru supaya duduk di bawah ketiak mereka.
Kamalanathan receiving treatment in hospital following the assault by the Umno member in Hulu Selangor yesterday. – January 13, 2014.J.

Tidak seharusnya Presiden UMNO,  Menteri Pendidikan atau UMNO hanya berdiam diri dan  menunggu hingga tamatnya  penyiasatan polis baru hendak mengutuk atau memecat ahli yang  menggunakan kekerasan terhadap seorang menteri.

Seperti biasa, pemimpin UMNO lewat bersuara dalam pekara seumpama ini terutama keatas pemimpin UMNO yang berpengaruh kerana takut hilang pengaruh
Mereka tidak nampak tindakan segera terhadap kelakuan buruk sesaorang ahli UMNO akan lebih mempopularkan mereka termasuklah dalam soal rasuah.

Perbuatan pemimpin kecil UMNO ini adalah mengajar rakyat untuk tidak menghormati pemimpin sebaliknya menggalkan tindakan  kasar ,ganas dan kurang ajar.

Walaupun apa yang berlaku merupakan tindakan persendirian tetapi pastinya akan dieksploitasi oleh  berbagai pihak untuk merosakan keharmonian kaum di negara ini.Jika hari ini mereka serang Timbalan Menteri,esuk mereka serang Menteri dan lusa mereka akan serang Perdana Menteri.

Orang macam ini tidak perlu disimpan dalam UMNO, membusukan UMNO dan  hanya boleh menjadikan UMNO sebagai sarang  samseng. Jika berkuasa pastinya dia tidak mempunyai rasa segan dan malu  untuk  menyalahgunakan kuasa.

Sunday, 12 January 2014

BUKAN ISA, TETAPI MAHATHIR YANG PERLU DIKUATKUASAKAN SEMULA

KIT SIANG: KONSPIRASI  UMNO BN UNTUK JATUHKAN KERAJAAN NAJIB

Penasihat DAP Lim Kit Siang telah mensifatkan seruan mantan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin (ZAM) untuk mengembalikan Tun Dr. Mahathir ke dalam kerajaan bukan sahaja sebagai undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib, tetapi langkah baru dalam konspirasi dan plot golongan reaksionari dan anti demokrasi dalam UMNO dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan dengan segera (Sila baca sepenuhnya posting terkini  Lim Kit Siang terkini di bawah posting saya)

BUKAN ISA TETAPI MAHATHIR....

Tun Dr. Mahathir
Lim Kit Siang
Bukan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diperlu dikuatkuasakan semula, tetapi Tun Dr. Mahahtir yang perlu diberi kuasa semula.

Beliau perlu dikembalikan dalam pemerintahan negara bukan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi untuk membantunya menghadapi ancaman perkauman dan agama yang getir dan runcing yang membakar semula setelah lebih 50 tahun merdeka di samping tekanan ekonomi.

Jika ISA dikembalikan semula sekalipun tetapi tidak ada political will dan semangat yang keras, keberanian dan kebijaksanaan untuk melaksanakannya secara berkesan, maka tiadak ada gunanya. Apa yang penting diberikan tempat lebih dahulu kepada Dr. Mahathir dalam kerajaan.

Apabila orang yang benar-benar memahami kuasa seperti Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk  Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuarakan sokongan bersama terhadap anjuran Dr. Mahathir supaya dipulihkan ISA, maka itu menunjukkan betapa  menyeluruh perasaan berat yang dirasakan rakyat yang tidak boleh dipandang ringan oleh Perdana Menteri.

Di bawah KPN adalah jentera yang dapat merasakan denyut nadi rakyat dari akar umbi hingga teratas sekali.

Kabinet mesti membuat keputusan pantas untuk memberikan tempat kepada Tun Dr. Mahatir bagi membolehkannya memainkan peranan memberikan sokongan moral kepada Perdana Menteri untuk memantapkan pemerintahan negara dan memulihkan keyakinan rakyat sebelum ISA dipulihkan. Pengalaman Tun Dr.Mahathir selama lebih 20 dalam menangani masalah negara terutama dari segi keselamatan tidak seharus disia-siakan.

Jika Najib dan kabinetnya sanggup melakukan ini, maka Najib tidak akan diihat sebagai seorang pemimpin yang lemah tetapi sebagai anak jati negara yang  lebih mengutamakan kepentingan rakyat dari kepentingan dirinya.

Tun Dr. Mahathir tidak perlu ditanya lebih dahulu, tetapi hendaklah dipaksakan ke atasnya untuk menerima tanggungjawab ini kerana Allah telah memberikan kesihatan dan umur yang panjang kepadanya adalah untuk memberikan kesempatan baginya menyelamatkan negara.


The Empire strikes back – the plot for a putsch by reactionary anti-democratic forces thickens with the call for a return of Dr M to Putrajaya

The Empire strikes back – and the plot for a putsch by reactionary anti-democratic forces thickens with the call for a return of Tun Dr. Mahathir Mohamad to Putrajaya.
The blog by former Information Minister and one of Mahathir’s top propaganda minions, Tan Sri Zainuddin Maidin, for the return of Mahathir to Putrajaya to help the Barisan Nasional federal government “tackle raging racial, religious and economic issues” is not only a vote of no confidence in the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak but marks a new stage in the conspiracy and plot by reactionary anti-democratic forces in UMNO and Barisan Nasional government for a putsch.
Recent signs and developments that the plot and conspiracy of the reactionary anti-democratic forces in UMNO and Barisan Nasional government for a putsch, whose objective seems to be still fluid ranging from a minimum programme for a halt and change of the various transformation programmes launched under the Najib administration regardless of the extent of their implementation to a maximum programme for a change of Prime Minister, include the following:
*Growing disenchantment of the public at the lack of leadership and direction by the Prime Minister, who seemed to have lacked the political will and vision to end the spate of highly divisive racial and religious issues in the country;
*The escalation of a campaign to create a “hot-house” atmosphere of national instability and unrest caused by a slew of racial and religious controversies, the latest being the illegal and unconstitutional raid by Jais on the Bible Society of Malaysia;
*The demand for restoration of the Internal Security Act, first made by Mahathir himself but immediately supported by the Inspector-General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar who was prepared to hazard the charge of being insurbordinate to the Prime Minister and the fulsome support by the UMNO media, Utusan Malaysia; and
*Call for the return of Mahathir to be the “de facto” Prime Minister before the ultimate call for a new Prime Minister.
Zainuddin Maidin is testing the waters whether the country is prepared for a return of Mahathir to Putrajaya.
Malaysia does not need a return of Mahathir to Putrajaya or a resurrection of the past Mahathirish policies which have caused the loss of millions of the best and brightest talents from Malaysia who could have taken Malaysia to a higher and faster rate of economic development, even ensuring that Malaysia would have already become a high-income developed country as is the case with Singapore, South Korea, Hong Kong and Taiwan which were more backward and underdeveloped than Malaysia in the early decades of Malaysia’s Independence.
Mahathir and Mahathirism must bear the greatest responsibility for Malaysia’s failure to fully exploit its natural and human resources, resulting in the lack of good governance; rampant corruption, cronyism and abuses of power; the destruction of institutional independence of the civil service and important bodies like the judiciary, the police, the anti-corruption agency, the Elections Commission; disregard for human rights and a catalogue of national ills in the 22-year premiership of Mahathir.
The return of Mahathir and Mahathirism will be the worst answer for the solution of Malaysia’s many problems, which stem from the lack of political will and vision to steer the country towards a new direction as a united, harmonious, just, democratic and competitive Malaysia.
Print Friendly







Friday, 10 January 2014

KEBEBASAN AKHBAR ALA THE STAR

Apabila di dalam sesuatu isu, Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahahtir bercakap  memberikan fakta dengan logik kuat yang boleh menukarkan dan  merasionalisasikan pemikiran umum,  akhbar The Star tidak menyiarkannya  atau membuang fakta ini.

Umpamanya dalam soal penggunaan perkataan  Allah ,Tun berkata"  Penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak telah lama. tak apalah ,tapi disini apa sebab tiba tiba nak digunakan?.

"Kita suruh belajar Bahasa Kebangsaan pun tak belajar, nak bercakap Bahasa Kebangsaan pun tak,tiba tiba dalam pekara ini nak guna sangat Bahasa Kebangsaan,pasal apa ,ada niat apa?." Tanya Mahathir ( Utusan Malaysia 9 Januari 2014).

NST juga menyiarkan berita ini di bawah tajuk "Herald editor should respect court ruling"" tetapi tidak ada di akhbar The Star.

Ketua Pengarang akhbar The Star yang baru June Wong takut untuk menyiarkan fakta ini kerana dia takut orang bukan Islam  mudah  di convert seperti beliau sendiri mudah di convert oleh  anasir  asing  dan pandangan asing kerana mungkin baginya tidak ada apa lagi yang baik di Malaysia.

Umpamanya  dalam sebuah rencana di Star setelah kembali dari melancong ke Jepun beliau  merasakan Malaysia tidak selamat lagi berbanding dengan Jepun walaupun diketahui dunia  setiap saat negara itu menghadapi ancaman Tsunami dan rakyatnya hidup seperti dalam sarang burng merpati dan tebal dengan jingoisme .

Manusia seperti ini yang tidak mewarisi dan menjiwai sejarah dan alam negara boleh menjadi  Ketua Pengarang Akhbar The Star. Adakah orang seperti ini  boleh diyakinkan oleh MCA untuk berinisiatif dan komited sepenuhnya kepada perjuangan MCA dan BN terutama dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Mengenai pertanyaan Tun Mahathir: Apa niat gulongan tertentu  tiba tiba memperjuangkan kalimah Allah dan  terus berdegil mahu kalimah Allah di gunakan di semenanjung, jawapannya ialah mereka bertujuan untuk  menimbulkan perasaan buruk sangka  rakyat Sabah dan Sarawak terhadap sikap rakyat Semenanjung dan kerajan Persekutuan  sebagai suatu investment bagi Pilihanraya Negeri dan Umum akan datang.

Malangnya orang Islam di Semenanjung  telah terjebak  bermain  di tangan mereka pada hal sebenarnya jika kita tidak menunjukan reaksi yang penuh  emosi, tidaklah akan memberikan apa faedah  kepada pihak yang mahu menggunakan isu ini untuk tujuan politik .

Apabila mahkamah  membuat  suatu keputusan yang bertentagan  dengan emosi  dan hasrat orang Islam kelak ,maka maruah Islam di negara ini  akan semakin jatuh seperti apa yang berlaku terhadap JAIS dan juga KDN dalam soal Syiah.

Monday, 6 January 2014

MAHATHIR BOLEH KAWAL NEGARA, TETAPI GAGAL KAWAL ANAKNYA

ANAK NASIONALIS AGUNG MELAYU PENGEMBANG HARD ROCK CAFE DI MALAYSIA

Marina bersama Paderi Michael Chua dengan sekumpulan
rakan Islamnya berhimpun bagi menunjukkan solidariti
terhadap penganut Kristian di pekarangan Gereja Our Lady
of Lourdes, Klang.
Anak perempuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir menyampaikan bunga sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada Paderi Michael Chua dan masyarakat Kristian atas pendiriannya meneruskan penggunaan kalimah Allah di Gereja Our Lady Of  Lourdes di Klang sementara sebahagian besar umat Islam  membantahnya.

Sebelumnya Tun Dr. Mahahtir sendiri telah berkata, agama Kristian tidak akan terjejas tanpa  penggunaan perkataan Allah. Suatu pandangan logik yang mudah diterima akal.

Sebaliknya tindakan Marina itu menunjukkan dia lebih mengutamakan perasaan penganut Kristian tanpa mengambil kira perasaan orang Islam yang merasakan tindakan Michael Chua itu disengajakan sebagai suatu provokasi yang bertentangan dengan keputusan Mahkamah, Perlembagaan dan Titah Di Raja.

Reaksi spontan orang ramai apabila membaca tindakan Marina itu, ialah "Anak Mahathir !"

Bagaimnapun kita harus ingat, Ibu bapa tidak akan dapat mengawal semua anaknya. Jika bapa seorang nasionalis maka belum tentu anaknya juga akan menjiwai bapanya. Jika nafsu bapanya hanya pada perempuan tetapi belum tentu anaknya tidak suka lelaki "jambu".

Umpamanya anak Nasionalis Melayu tersohor dan Pejuang Bahasa dan Budaya Melayu terulong, Tan Sri Syed Nasir Ismail, Tan Sri Syed Yusuf Syed Nasir adalah pengembang Hard Rock Cafe di Malaysia.Terakhir rancangannya untuk membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya telah menerima bantahan dari umat Islam.

Timbalan Presiden Kelab Chedet, Syed Hassan Ali berkata pembukaan Cafe itu bertentangan dengan hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahtir Mohamad yang ingin menjadikan Putrajaya sebagai kota pentadbiran negara Islam atau Kota Firdaus.

Bagaimanapun tentunya tidak bertentangan dengan hasrat Wakil Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu menghidupkan Putrajaya di waktu malam dengan hiburan dan sebagainya atau menjadinya Kota Firdaus Duniawi. Tengku Nan tidak senang dengan Putrajaya yang sepi tanpa aksi di waktu malam.

Nasib baik Hard Rock Cafe tidak wujud di Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13. Jika ada, Husamlah yang mewakili Putrajaya sekarang dan Tunku Nan akan sepi sendiri.

Wednesday, 1 January 2014

MENTERI PENDIDIKAN DAN BEKAS MB TERENGGANU KUNJUNGI ZAM CAFE


BOLEH BELI BUKU...
Pengerusi Insititut Seni Malaysia Melaka(ISMMA)  yang juga Ketua Satu GAPENA Profesor Datuk Wira Dr Abdul Latif Abu Bakar (di tengah ) mengujungi ZAM Newsroom Cafe bersama isterinya. Beliau tertarik hati dengan konsep perpustakaan dalam  cafe  yang memberi peluang kepada pengunjung untuk membaca buku buku bernilai  dan membeli buku buku  hasel karya ZAM.Terdahulu telah dikunjungi oleh Menteri Pelajaran Ke-11 Datuk Seri Idris Jusoh.


Enam dari kiri Datuk Seri Idris Jusoh dan Tan Sri Wan Mokhtar yang mengunjungi ke Zam Newsroom Cafe pagi semalam
Sesunggunya saya tidak tahu berniaga tetapi dari pertama kali keluar negara di awal tahun 60an saya sangat tertarik dengan kafe yang kecil dan cantik di negara-negara barat dan saya singgah dari satu kafe ke satu kafe tetapi bila di negara sendiri saya tetap mencintai gerai dan kedai mamak untuk makan dan minum teh tarik.
Apabila saya  membeli sebuah unit kedai di ayer@8, Presint 8 ditepi Tasik Putrajaya di jalan menunju ke Yayasan Kepimpinan Perdana, hasrat saya adalah untuk menjadikannya pejabat untuk saya menulis kerana sejak bersara tidak berpejabat tetapi apabila seorang anak lelaki saya sanggup meninggalkan kerjanya untuk menjalankan kafe maka ia memenuhi hasrat saya yang terpendam.

Saya menyediakan konsepnya dan dia merangka hiasan luar dalam yang menepati cita rasa saya sebagai wartawan.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh dan Mantan Menteri Besar Terengganu dan Duta Besar Malaysia ke Arab  Saudi Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad adalah diantara tokoh-tokoh penting yang mengunjungi Zam Newsroom Cafe di Putrajaya yang beroperasi mulai hari ini.

Mereka disertai oleh Datuk Zaini Hassan dari Kumpulan Utusan, pesara  pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik ,peguam dan juga pegawai bank.

Cafe ini yang terletak di Presint 8 di Jalan menuju ke Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr. Mahathir di buka dari jam 8 pagi hingga 10 malam tetapi belum beroperpasi sepenuhnya oleh kerana sebahagian besar dari pejabat dan juga kedai-kedai perniagaan masih belum dibuka.(Sila lihat butiran lanjut posting terdahulu di bawah tajuk: Hari Hari Liar Syed Mokhtar 22 Disember 2013)

Peta ke  Zam Newsroom cafe


 Suasana Jabatan Pengarang Utusan Melayu di  tahun 60an ditunjukan kepada Datuk Seri Idris Jusoh