Sunday, 21 December 2014

UMNO WAJAR LANCARKAN KUTIPAN DERMA BANTU UTUSAN BAYAR SAMAN MB PAHANG

Orang-orang UMNO atau bahagian-bahagian UMNO yang menilai Utusan Malaysia sebagai satu-satunya suara berani rakyat, sewajarnya mengambil inisiatif melancarkan kutipan derma untuk membantu Utusan Melayu Malaysia Berhad yang menghadapi saman malu RM 15 juta dari Menteri Besar Pahang yang mendakwa Utusan memfitnahnya melalui artikel bertajuk “Hebat sangatkah Adnan?’.

Ini adalah merupakan saman yang bersejarah kerana bagi pertama kalinya seorang Menteri Besar UMNO menyaman suara UMNO atau orang UMNO saman UMNO ketika Utusan telahpun di demoralisekan dengan kekalahan beberapa saman malu dari pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Terkini Utusan diperintah membayar RM250,000 kepada penasihat DAP Lim Kit Siang.

Saman Menteri Besar Pahang ini akan menyebabkan Tabung Bantuan Ibu Pejabat UMNO kering dan terpaksa mencari wang untuk membayar RM 15 juta kepadanya sekiranya beliau menang dalam tindakan samannya itu.

Oleh kerana tidak disokong dengan kekuatan penjualan iklannya walaupun pengedarannya terus meningkat dan lebih tinggi dari akhbar-akhbar Melayu lainnya maka Utusan terpaksa dibantu oleh tabung parti dari masa ke semasa.

Inilah masanya seluruh ahli UMNO menunjukkan penghargaan mereka kepada Utusan Melayu atas sumbangan gigihnya yang tidak henti-henti bagi membantu kepentingan politik UMNO dan rakyat yang anti rasuah dan penyelewengan.

Sokongan ahli-ahli UMNO menerusi pelancaran kutipan derma Utusan di seluruh negara akan meningkatkan maruah dan semangat para wartawan Utusan untuk terus membongkar segala penyelewengan yang berlaku di Negara ini tanpa memileh bulu.

Dari Berita Harian On Line

MB PAHANG SAMAN UTUSAN KERANA
ARTIKEL “HEBAT SANGATKAH ADNAN”?

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Berhad kerana memfitnahnya melalui artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan"?.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Disember lalu melalui firma guaman Tetuan Americk Sidhu.

Sementara itu, Bernama melaporkan writ saman diperoleh media hari ini dan Hakim Yeoh Swee Siam menetapkan 6 Januari depan untuk pengurusan kes.

6 comments:

  1. MB Pahang yang tak patut saman Utusan!
    Apa guna UMNO kalau MB dari UMNO sendiri yang macam ni?
    Adnan nak saman?
    Semoga segala benda yang tersembunyi terkeluar, macam dalam kes Anwar saman Anifah Aman!

    ReplyDelete
  2. Masih relevan ke Adnan Yaakub . masih perlu Utusan mengambil jalan sensasi untuk raih pembaca?

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha ha TSZ.
    Senang sahaja .Ahli UMNO 3.9 juta x RM 5.00 seoarang .beres.
    Utusan jangan mengaku kalah.Lawan dalam mahkamah.Rami rakyat nak tahu apa sebenarnya dibelakang jenayah terhormat ini.
    Apa jenis kerajaan negeri kalau gagal atasi isu yang memalukan.Kerajaan lemah dan inilah puncanya yang rakyat makin hilang keyakinan pada UMNO dan BN.
    Ternyata pemimpin UMNO lemah.
    Bagi lah BRIM atau lain -lain bantuan pun kalau rakyat makin hilang keyakinan.

    Utusan adalah suara rakyat.Biar mati dalam menegak kebenaran.

    ReplyDelete
  4. Untuk kebaikan bersama, kes sebegini boleh diselesaikan oleh presiden Umno diluar mahkamah. Adakah beliau akan berani berbuat demikian?

    ReplyDelete
  5. Saya memang memang membaca Utusan dan tidak membaca lagi Harakah sejak tahun 2010. Malangnya, Utusan suka cari masalah terutamanya dengan parti-parti pembangkang. natijahnya, utusan yang disaman dan menanggung malu apabila jualannya terus merosot. Apa gunanya jika menyerang parti-parti lawan? Selepas menyerang parti-parti lawan, serang pula pemimpin sendiri dan akhirnya disaman ahli sendiri.

    ReplyDelete
  6. Maaf TS..

    Tolong jgn libatkan ahli2 UMNO sgn sengketa 2 pihak bodoh x abih2 ni..
    Klu ya pun 2 mangkuk ni... adnan dan UTUSAN ada kaitan dgn UMNO.. apa guna ada Presiden UMNO ?????
    Buatlah apa yg patut

    Bila susah ahli
    Bila PRU, PRK & PAU cr ahli
    Tp dah ada kuasa.. dok jd hamba Cina !

    ReplyDelete