Monday, 1 December 2014

TERINDAH DI PADANG GOLF PERMAIPURA TERMURAH HARGANYA

INI ADALAH  IKLAN

Lokasi rumah banglo ini ialah di Permaipura Golf and Country Resort. Lebih kurang 7km sahaja dari Tol Plaza Sungai Petani Utara.

Mempunyai pemandangan padang golf menghijau yang menarik dan mendamaikan. Club house yang mempunyai swimming pool dan jalan yang sesuai untuk aktiviti berbasikal.

Tanah berkeluasan 10,000 kaki persegi dengan binaan rumah berkeluasan hampir 3,000 kaki persegi. Mempunyai 5 bilik dengan 4 bilik air. Porch dan ruang tamu yang luas. Keadaan rumah adalah baik dan terjaga.

Terdapat padang rumput yang luas juga tanaman pokok-pokok buahan serta sebuah wakaf turut dibina untuk mendapatkan ruangan santai yang lebih luas. Keadaan kawasan hijau juga terjaga rapi.
Hendak dijual pada harga RM 620,000 sahaja.


Sila hubungi Shuhaimi di 0124740231 atau Cikgu Zahid 0124684581




14 comments:

  1. Cantek paq deen...

    ReplyDelete
  2. Salam TSZ,
    Tak kan nak jadi broker rumah pulak masa pencen ni.hahaha..Tak kan nak cari duit lagi sedangkan duit pencen pun lebih dari cukup untuk menampung hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah semestinya beliau menjadi broker dengan mengiklankan sebuah rumah? andaikata beliau ikhlas hanya membantu sahaja org yg mahukan rumah ini diiklankan dan jika dapat wang broker itu diberikan kepada rumah anak-anak yatim..apa pula pendapat anda...anda pula bagaimana? adakah sudah banyak membantu org dan menderma. Biarlah Allah yg menilai hambaNya...dan kita hanya beranggapan baik sesama manusia...

      Delete
  3. salam TSZ,
    Tulis la sikit pasai PAU yang baqu-baqu ni. Nak tau juga pendapat TS tentang isu ekonomi melayu. Ada perubahan ke tak TS rasa.. Atau pi mai pi mai dok tang tu jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf saya tidak bagitu mendalam di bidang ekonomi sekalipun banyak membaca mengenainya. Saya tidak layak menulis di bidang ijni. Cuma pada pendapat saya orang Melayu Malaysia mencapai kemajuan di bandingkan dengan bumiputra di negara lain

      University banyak dikuasai oleh orang Melayu dan demikian juga institusi kewangan berbanding dengan bumiputra Thai malah dengan orang Indonesia.

      Bagaimanapun jika dibanding dengan orang Cina dalam negara maka kita masih jelas ketinggalan tetapi dengan adanya orang Cina inilah yang mencabar kita untuk terus bersaing.

      Kalau hanya ada orang Melayu sahaja dalam negara ini maka kita masih pakai kain sarong macam orang Myanmar di negara mereka dan hanya tahu membunuh orang asing yang dilihat lebih kaya dari mereka . Bumiputra Thai jual anggur dan mempelam tepi jalan sebaliknya kita memiliki PNB dan beberapa bank disamping perniagaan tepi jalan . Itu pandangan kasar saya.

      Delete
    2. Saya setuju dengan ZAM. Melayu memang hebat cuma kita tidak diberikan peluang yang mencukupi untuk bersaing kerana semua GLCs yang ada juga bersaing dengan syarikat bumiputra dan hanya menjaga kroni mereka saja dan para pemimpin UMNO lebih percaya kepada kapitan kapitan cina dalam bab duit dan perniagaan.

      Sekarang minyak dunia sudah merudum ke USD 68.50 setong. RON95 rakyat marhaen hanya turun 4 sen dan minyak diesel yang bolih mengurangkan inflasi pula naik 3 sen. Bodoh sangat ke menteri dan jabatan berkaitan? Bagaimana kalau minyak dunia turun ke USD 40( seperti ramalan para pakar minyak dunia) ? Adakah kerajaan akan menambah dan mengenakan cukai baru bagi menampung perbelanjaan kerajaan ( jangan kita lupa penjawat awam di Malaysia ialah 1.5 juta) ? Rakyat marhaen seperti kita semua akan terpaksa menanggung beban baru kelak.

      Hari ini pasaran saham KLCi merudum 45 mata disebabkan Petronas umumkan terpaksa mengurangkan CAPEX ( Capital Expenditures ) sebanyak antara 15 - 20%. Itu bermakna pengurangan hampir RM60 billion dan hampir 40 peratus industri di Malaysia bergantung pada duit Petronas. Itu belum dikira lagi pergantungan kerajaan pada bayaran dividen dari Petronas. Nampaknya hari hari mendatang akan bertambah sukar but kita semua.

      Delete
  4. Salam Tan Sri..

    Ada dpt komisen klau sy ada pembeli?
    Jauh dgn kawasan atau tempat tinggal Tan Sri....nmpak cantik.

    T Kasih.

    ReplyDelete
  5. Diversifying your source of income, TS ZAM? Good sale pointers. Selagi ada usia selagi itulah kita berusaha. Maaf cakap, saya masih lagi belum mampu nak beli. Masih menunggu rumah PRIMA 1 Malaysia. Harap taklah sampai kucing tumbuh tanduk.

    ReplyDelete
  6. Kita bersyukur jika kita sudah mempunyai rumah untuk berlindong. Ini sangat penting .Semasa kecil tinggal di Alur Setar menyewa rumah, bila tak dapat bayar,tuan rumah halau. Maka itu saya kira rumah adalah penting. Biar berlapar asalkan ada tempat berlindong dari panas dan hujan. Kalau ada rezki,kita akan dapat yang lebih. Tengoklah kebawah dan jangan selalu pandang kaetas.

    ReplyDelete
  7. TS Zam,

    Artikel ni lain dari yg lain sebelumnya.

    Apa sebenarnya mesej yg TS nak sampaikan ?

    Kongsi2 la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah iklan. Mesejnya rumah hendak dijual. Nak beli bolehlah phone no berkenaan.TK

      Delete
  8. dear tan sri, my comment is way out from the article posted by you. I just want to emphasize that the authorities should cane /rotan those who enter Malaysia illegally and also those involve in the smuggling of the illegal immigrants. I think this will deter the influx if we do it right. Look at Singapore they cane those who come in illegally if found to be doing it on purpose. this is the way it should be. those immigration personnel or any body proven to be involved should be caned too. what say you?

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Setuju dirotan mcm Singapore.

    Tapi kalau kita rotan....Dap kafir lakhnat...Kit Siang dan NGO2 tajaan Pembangkang kata kita tidak adil dan melanggar etika atau Negara Malaysia melanggar Hak Asasi Manusia.

    Mereja akan menghasut negara luar untuk mengutuk Malaysia dsb.

    Najib dan ketua Melayu jadi tikus mundok kerana takut dgn mereka ini....
    sebab itu isu ini berpanjangan.

    Dan mereka memang suka supaya negara Malaysia bermasalah selalu....kerana mereka dpt menangguk diair keruh.

    Ini Najib tak nmpak...sebab dia ingat dia disukai bila selalu apoligetik dgn mereka.

    Bila Singapore kekal ISA dan rotan PATI...Dap kafir lakhnat dan Kit Siang serta NGO mereka diam....TETAPI KALAU MALAYSIA MELAKUKAN SERUPA.....akan dilabel kejam...dan melanggar Hak Asasi Manusia oleh rakyat negara sendiri.

    Inilah yg dikatakan 'double standard'..
    semata2 kerana hendak menjatuh kredibilti kerajaan Melayu.

    Dan ketua Melayu yg bodoh saja yg tak faham.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilh akibatnya kemerdekaan yg kita kecapi dari 'rundingan' yg selalu dibanggakan oleh pemimpin2 umno n ahli sejarah (Prof. Ramlah Adam) di negara jiran perjuangan kemerdekaan melalui 'buluh runcing' betul2 memberi kuasa kpd pemerintah, kaum lain terpaksa patuh malah nama/pertuturan mrk melambangkan bangsa/negara yg berdaulat n merdeka....

      Delete