Monday, 15 December 2014

SIAPAKAH NAKHODA YANG DI MARAHI SEHINGGA KAPAL MAHU DIBAKAR

BERAT DAKWAAN  ZAHID KE ATAS TAN SRI RASHID


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan gesaan yang dibuat bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menuntut perdana menteri berhenti daripada menipu rakyat, sambil mendakwa kemungkinan ada 'benda' yang tidak diperolehi Rashid.


Menteri dalam negeri itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas beliau bersara daripada perkhidmatannya.


"Masa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu, adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden PDRM di Kuala Lumpur, hari ini-Malaysian Insider


Bagaimana pula dengan kenyataan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad di Pesidangan Agung Tahunan Kelima Perkasa bahawa" kita cuba perbetulkan UMNO tapi jangan sesekali kerana marahkan nakhoda,kita bakar kapal" Siapakah Nakhoda yang dimaksukan oleh Tun?




Sebenarnya kapal tidak perlu dibakar tetapi jika anak anak kapal cepat marah maka nakhoda akan kehilangan haluan dan kapal akan melalui gelombang yang semakin besar dan akan tenggelam dengan sendirinya.


Jika Tan Sri Abdul Rashid mengeluarkan kata- kata itu dengan niat ikhlas untuk membetulkan UMNO supaya kapal tidak dibakar ,maka beliau tentunya memandang serius dan berat sekali dakwaan terhadapnya sebagai berkepentingan kerana datang dari Menteri Dalam Negeri yang semestinya mempunyai segala maklumat dan bukti yang kukuh dalam membuat sesuatu tuduhan dan tentunya bertanggungjawab di atas kenyataannya.






30 comments:

  1. Dua perkara TS Abdul Rashid sebut iaitu (1) I do not take a percentage or steal dan (2) I told him ( PM Najib ) right to his face.... Hanya orang yang tidak corrupt saja berani mengeluarkan kata kata demikian kepada umum/pembaca blog.

    Saya berpendapat beliau ikhlas kerana semasa masih bertugas lagi TS Abdul Rashid berani berdepan dengan PM Najib ( untuk memberi tahu perkara yang benar ) dan instead of demoted, he got promoted.

    Bekas bekas menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang lain ketika masih dalam jawatan mereka ada berani ke? I salute you TS Abdul Rashid !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anak Bentan. Saya masih lagi tercari cari mana lagi anak Melayu jantan dari kalangan pembesar negara dan pejawat awam yang berani macam Tan Sri Rashid. Saya nampak yang ada hanya 25 ekor `beruk` yang dipanggil eminent 25 yang juga bekas bekas pejawat awam yang pencen yang mungkin dah cukup makan macam kata Zahid Hamidi.

      Delete
    2. tersedak ahli parlimen dan adun bn yang sedang lahap menjamu selera tue...

      Delete
    3. Jika semua penjawat awam berani menegur kesilapan menteri mereka dan setiap menteri berani menegur PM dan setiap ahli ahli parti politik sanggup menegur ketua bahagian( UMNO), cabang(PKR) dan kawasan(PAS) maka tidaklah Melayu menjadi lemah dan terhina.

      Melayu mesti bangkit dan mula menegur !!

      Delete
    4. Saya ada ramai rakan rakan Melayu terdiri dari pegawai/ executive syarikat swasta. Bila mereka tidak bersetuju dengan boss atas sebab yang munasabah. Mereka akan berhenti kerja dan mengunakan pengalaman mereka mencari kerja baru walaupun ada kala gaji/ habuan agak kecil sedikit kerana bagi mereka soal prinsip dan job satisfaction itu lebih penting.

      Kenapa pegawai tinggi kerajaan yang rata berkelulusan tinggi dan berpegalaman luas tidak berani menegur boss mereka yang incompetent dan berhenti dari perkhidmatan atas perkara prinsip?

      Mungkinkah benar kata Zahid iaitu ada habuan lain yang menunggu semasa didalam perkhidmatan dan selepas pencen? Hanya Zahid and the gangs yang bolih menjawab.

      Delete
  2. Salam Tan Sri.

    Biasalah......Zahid nak jaga 'Tuan'.

    Pokoknya selagi ada Najib sbgai PM dan Hishamuddin sepupu dia dlm kabinet....survival Zahid cukup kukuh......susah nak digugat.

    Mukhriz....boleh duduk jauh2 buat seketikalah...dan tentunya Zahid....KJ dan lain2 pun harap begitu juga.

    Hata..perasaan kita... rakyat marhain....'silent majority' Melayu yg meletak mereka disitu......yg tentu mengharap kepimpinan yg terbaik buat negara serta menjaga kepentingan bangsa dan ugama...bukan lagi sesuatu yg penting atau diambil kira.

    Malah bagi sy Zahid serupa saja kelibat dia dgn berberapa watak2 'recycle' yg lain.....'yg dok ghunton' Najib (bahasa Kedah bagi org yg sentiasa melekat mcm plaster pd seseorg) yg sdra pembahas2 semua dan Tan Sri Zam pun boleh teka cukup menjengkelkan.

    Mereka bukan seorg...bukan dua.....berbelas2 ramainya...yg ramai dari dlm Umno pun dah naik meluat.

    Mereka2 ini tidak peduli semua permasalahan yg Najib telah lakukan....survival diri dan agenda peribadi mereka yg lebih penting dari bangsa dan ugama.

    Dajal sekali puak2 ini.

    Tetapi Najib memang suka begini...mungkin...dan mereka cukup pandai menatang....membuai dan melambung dia 24/7.

    Najib memang dibesar begini...bangsawan yg suja di puji dan dijulang.

    Bagi org mcm Zahid dia juga terbawa2 dan dia lupa bahawa negara diambang bahaya dgn 'tuan' yg entah apa2....yg dua cuma sanjung kerana survival diri semata2.

    Dia dangkal sekali.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamidi presint 4 Puterajaya.16 December 2014 at 13:28

      Macam manapun saya masih percaya kepada kekentalan nasionalisme Zahid.Siapakah yang tidak mengambil opurtuniti dalam politik untuk survival dan dengan survival juga akan dapat terus memperjuangkan harapan bangsa dan agama.
      Jika Zahid juga tidak dalam good book maka siapakah yang boleh diharapkan lagi.Muhyuddin dah istihar tidak mahu. Zahid diawasai oleh Hishamuddin dan dia tidak perkecilkan keupayaan Zahid politik untuk menelannnya .Tapi dia tidak boleh selamanya bergantung kepada Najib atau mana mana istana.
      Maka itu Zahid tidak boleh silap langkah.Jika terlalu kedepan,dia akan dibunuh lebih cepat tetapi jika terlalu nak mengampu maka dia akan kehilangan sokongan.
      Saya harap Zahid harus terus bijak untuk bermain politik,mengatur langkah bila hendak berundur dan bila hendak menerkam.Tapi jangan tunggu sehingga kapal nak tenggelam kerana masa itu semua nak terjun kelaut dan saudara pun tenggelam sama.

      Delete
    2. Saudara, awak cakap pasal hal ini seumpama mereka yang terlibat itu musuh sesama sendiri? Mampuslah kita yang dikawal oleh diorang kalau begitu! Takde unsur kehormatan dan kemuliaan kepimpinan yang di impikan kite orang biasa.

      Delete
    3. Salam.

      Ini hakikatnya parti Umno

      Org sekeliling ketua No 1 yg mndpt habuan akan menjaga 'tuan' dgn apa cara sekali pun.

      Tuan kata lompat....dia akan tanya berapa tinggi.....kalau tuan selesema...dia yg demam.

      Zahid kuat gempak....kuat retorik....suara dia makin bergema bila masa PAU.

      Kini dia 'menembak secara melulu' pd Tan Sri Rashid tanpa mengambil kira perasaan org berkenaan dan rakyat ramai.

      Dia rasa dia kebal dan hebat.

      Kita pun tahu kecaman dia itu cukup menghina bila berkata Tan Sri Rashid mungkin tidak mendpt sesuatu semasa dlm tugas....justeru itu dia mengkritik.

      Jadi maksud Zahid....kerajaan ada memberi habuan pd penjawat awam selain dari yg pencen dan gratuiti....dan org yg mendpt akan jadi diam?

      Pokoknya...adakah menjadi suatu kesalahan jika menenegur atau mengkritik pemimpin yg memang bermasalah dan mesti pulakah teguran itu dibuat semasa dlm tugas sahaja?

      Kita pun tahu...demikian juga Zahid.....tentang akibatnya menegur Pemimpin semasa dlm tugas.

      Inilah wajah Umno sebenarnya.

      Ketua tidak boleh ditegur.....jika ditegur...pengampu yg melompat lebih.

      Wajarkah 'trend' ini dibiarkan berterusan?

      Hati dan perasaan rakyat....terutama org Melayu (yg cukup tertekan) dgn kelemahan pemimpin No 1 yg bahaya pd masa depan bangsa dan ugama bagaimana pula?

      Sy berpandangan bahawa...jika kita org Melayu...selalu saja bersikap mengalah dan tidak berani bersuara dgn ketua2 begini....tidak kira Najib ...Zahid...KJ...Mahyuddin...dll .atau pun dari mana2 ketua Melayu dari pihak pembangkang sekali pun....ni lah yg akan kita terima....HAMPAS SEMATA MATA.

      Akhirkata...kita yg sebangsa ini cuma DIKUDAKAN SAJA.

      Sy tetap menyokong Umno...tetapi bukan pd ketua2 yg 'caca marba' dan mengarut semacam mereka.



      Delete
    4. Cepatnya Zahid membuat andaian kepada TS Rashid. Cuba lihat Zaman TS Rashid menjawat jawatan awam adakah telah terbentuk ISMA?, PERKASA zaman tu? Jawapannya kerana kehrmatan Islam/Melayu djaga dan ditatang oleh UMNO berbanding sekarang 'ampu bos' lebih utama!, Persetankan bangsa hatta agama..

      Delete
  3. Datuk Zam, if a big part of the precious 1MDB cargo is missing in the Malaysian flagship, can the Captain buat bodoh sahaja?

    ReplyDelete
  4. Kalau perkara yang disentuh Tan Sri Abdul Rashid mengenai perkara yang berlaku lepas tempoh khidmatnya, nak buat macam mana?
    Lagipun sangat tak patut Datuk Seri Zahid Hamidi secara selamba mendakwa ada benda yang tak dapat, itu menuduh korupsi dan membayangkan Tan Sri Abdul Rashid juga picik, buat hal bila tak dapat benda. Secara tak langsung semua pegawai saraan kerajaan lain terpalit sama. Secara jujurnya, dari ayat Datuk Seri Zahid tu saya melihat dia bercakap tak pakai bukti, dari cara pembayangannnya. Adakah bayangannya itu mencerminkan pengalaman dia berurusan dengan pegawai kerajaan bersara yang lain?

    ReplyDelete
  5. Aziz Abdul Rahman.16 December 2014 at 13:34

    MUHYUDDIN MESTI KEHADAPAN.
    Pakatan Pembangkang dalam keadaan berpecah belah tetapi UMNO tidak kuat dan UMNO tidak pandai mengambil kesempatan ini untuk meruntuhkan mereka sebaliKnya terus membuat pendekatan-pendekatan yang menjauhkan orang Melayu dari UMNO.
    Muhyuddin mesti mengambil tempat dengan segera dan lebih kedepan dan lebih agresif.Ini tidak berarti menjatuHkan Najib, tetapi memainkan peranan seperti Tun Razak kerana anaknya Najib telah menjadi Tunku dalam politik dan pemerentahan negara sebelum 13 Mei.

    ReplyDelete
  6. Kalau mengampu Najib maka itu dianggap sebagai mendokung prinsip perjuangan UMNO, tapi kalau yang mengkritik Najib maka orang tu tak dapat "habuan" yang dihajati - itu adalah "standard" ungkapan dalam permainan politik jijik Di Malaysia bahkan di seluroh dunia. Siapa yang tak kenal Zahid ?...

    ReplyDelete
  7. Pak Lah dan Najib naik jadi Perdana Menteri tampa menganmpu Tun Mahatihr tetapi atas penilaian Tun Mahathir sendiri. Saya percaya Najib juga pandai menilai tetapi jangan pula dia ternilai sepupunya Hishamuddim Hussein Onn sebagai lebih layak dari Zahid atau dari Shafie Afdhal dan Khairy.

    ReplyDelete
  8. Bagi saya Zahid adalah lebih berpotensi untuk menjadi PM di masa depan dan bukannya Hishamuddin Hussein. Penilaian kemampuan Bahas Inggerisnya untuk kriteria PM adalah sangat dangkal. Jokowi menjadi Presiden Indonesia adalah kerana sifat-sifat kerakyatannya walaupun beliau tidak pandai berbahasa Inggeris. Penerimaan rakyat adalah lebiih penting untuk menjadi pemimpin negara.

    Jika Hishamuddin diutamaakan oleh orang UMNO maka berarti mereka menyambung tradisi kronisme dan nepotimse di negara ini . Ini mesitlah ditamatkan terutama kerana generasi Y sudah tidak suka atau membenci keadaan ini.

    Jika UMNO hendak diremajakan maka kita mestilah lupakan sifat sifat UMNO lama kerana yang meremajakan UMNO ialah penerimaan kepada nilai baru terutama nilai anak muda. Anak muda tidak mahu Hishamuddin sebaliknya suka Zahid yang bertindak kena pada masanya dan juga Khairy yang karismatic yang lebih dapat menyesoikan diri dengan orang muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Zainuddin, benarkah berita bahwa Mukhriz Mahathir telah di pecat dari majlis tertinggi ? Apa maksud mereka jikalau bertindak begitu karut....

      Delete
    2. Masf saya juga dengar kabar angin dalam pekara ini tetapi sejauh ini tidak ada pengesahan atau pengumuman.

      Delete
  9. Zaman TS Rashid, Zahid belum siapa-siapa... dan zaman tu kebanyakan pemimpin UMNO bukan dari kumpulan penyangak, perasuah.....

    ReplyDelete
  10. Kalau Zahid jadi PM, saya dgn rela akan mengundi Pakatan Rakyat. Zahid tak ada ciri2 pemimpin, saya pasti dia akan lebih teruk dari Najib.

    ReplyDelete
  11. Kenytaan Zahid sendiri melambangkan yang UMNO sendiri adalah parti yang penuh dengan rasuah.
    Bukan semua orang tegur kerana tak dapat projek.Lain lah dalam UMNO.dari peruntukan kerusi meja,baiki rumah orang miskin,khemah dan sebagainya penuh dengan tak amanah.
    Ini tak termasuk lagi projek-projek berjuta-juta ringgit.

    Teguran TS Rashid adalah tanda kecewa terhadap pimpinan kerajaan BN hari ini.
    Nak harap Anwar dan DAP atau PAS bagai dikata.
    Kalau dah UMNO pun tak mahu berubah.Pantang ditegur atau dikritik.Maka tunggulah PRU 14.

    Betapa teruknya UMNO kini di peringkat bahagian adakah Zahid tahu.
    Jangan bela tak kena tempat.

    Itulah pemimpin UMNO bukan boleh ditegur.Bodek lah semahunya walaupun akan jadi pembangkang nanti.

    ReplyDelete
  12. Teguran TS Rashid dll bekas pegawai kanan kerajaan , lebih lebih lagi yg ada gelaran saya rasa bukan atas dorongan nafsu atau mencari populariti tapi atas sebab terlalu resah dan kecewa dengan cara negara diuruskan. Sejauh pengetahuan saya bukan mudah untuk dianugerahkan gelaran Tan Sri, apatah gelaran Tun. Mereka itu setidak tidak nya berada di level TURUS 3, 2 atau 1. Level TURUS lebih tinggi dari level JUSA dlm perkhidmatan awam. Dan bukan senang utk dinaikkan pangkat ke level tersebut. Jadi perlekehkan pandangan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdra. Anonymous 13.34.

      Setuju dgn lontaran sdra.

      Sikap Zahid begini sudah menjadi sifat semula jadi menteri2 kita.

      Pantang ditegur.....melenting pasti.

      Terus 'tembak'....dah banyak kali mereka bersikap begini....dulu2 pun ramai menteri2 kita yg hentam pegawai tinggi Kementerian dia sendiri....kalau org awam dimamah saja oleh mereka ini.

      Ada yg bagi hadiah penyapu lagi.

      Mereka rasa diri dah cukup berkuasa serta kebal serupa X-MEN.

      Mereka akan jaga sesama sendiri sahaja..yg didlm 'circle' mereka yg rapat dgn Presiden.

      Seperti yg sy kata sebelum ini...jika tuan selsema.....mereka yg demam.

      Jika kita tegur tuan...mereka yg melompat mcm beruk kena belacan.

      Bukan kah Zahid juga pernah berkata...gandingan dia..Hishamuddin. dan Shafie dan cukup baik...erti kata tak perlulah Mukhriz nak bertanding lagi.

      Lekeh...cukup lekeh sekali sikap dia....jawatan naib atau timbalan bukan bapa mereka punya pun.

      SEBAGAI PERINGATAN buat Zahid atau mana2 menteri Melayu....Presiden..Timb serta Naib2 dan ketua2 lain;...

      .....Tolong dengar baik2 bahawa Tan Sri Rashid mahu pun Tun M... Perkasa..ISMA atau mana2 Ngo Melayu atau individu Melayu yg sayang pd Umno dan mahu mempertahankan dgn cara menegur kamu...Presiden atau ketua2 yg bongkak...lemah....kaki ampu..tak sedar diri...pilih bulu..korup...berpotensi melingkup bangsa dan ugama.....

      ..BUKANLAH MUSUH KAMU!!!!!

      ...MUSUH KAMU SEMUA ATAU UMNO ADALAH PEMBANGKAN PR ATAU LEBIH TEPAT... DAP KAFIR LAKHNAT....YG RASIS KETAHAP MAKSIMUM TERHADAP MELAYU..(bangsa kamu juga).

      Kamu dan semua ketua2 Umno sepatutnya buatlah kerja yg diamanahkan dgn sebaik mungkin dulu....dan kumpul tenaga untuk mempertahankan asakan Dap kafir lakhnat dgn Guan Eng..Kit Siang...Tony Pua....serta ramai lagi yg telah 'mencelakakan' Umno...menolak Islam secara terang2 dan anti apa saja Melayu ...termasuk kamu.

      Terima kasih.




      Delete
  13. Itulah sikap umno dan para pemimpinnya.Tidak mempunyai hubungan yang baik dengan NGO-NGO.Pemimpin umno hari ini sombong.
    Dalam Perkasa kenapa ramai terdiri dari ahli UMNO sendiri.Pada hari mesyuarat AGM Perkasa ramai veteran UMNO yang hadzir.Bekas Menteri.bekas MP,bekas ADUN,Bekas EXCO,Bekas Ketua Bahagian.
    Tidak kurang juga anak anak muda katanya yang dipinggirkan dari UMNO itu sendiri.
    Maknanya disini sudahkah Zahid melihat suasana disini.UMNO yang ada hari gagal mengurus ahlinya dengan baik dan teratur.Amalan kroni memang wujus.
    UMNO langsung tidak ambil peduli jasa veteran atau bekas ahli-ahlinya.Mereka bukan minta jawatan,projek atau sebagainya.
    Tidak hairanlah Perkasa telah menjadi wadah kesinambungan perjuangan golongan ini.
    Demokrasi dan suara ahli sudah tidak ada lagi.UMNO makin lemah dan lesu.
    Kalau beginilah sikap pemimpin UMNO.Hebat sesama sendiri sahaja.
    UMNO memang dilihat seperti kacang lupa kulit.Tak pandai mengurus ahli dengan baik.
    Selalunya bila dekat dengan pilihanraya barulah nampak semua ini.Lembut nya gigi,manisnya bibir,dan ramah mesra.Itulah UMNO.
    UMNO dan pemimpinnya suka menghina orang lain.Mereka rasa kuasa yang ada itu mereka yang punya.

    Bukan Perkasa sahaja yang mereka hina dan jauhi banyak lagi NG0-NGO yang mereka tak pandang.
    Sama ada diperingkat nagara,negeri,daerah dan dikampung-kampung.

    Apakah ini yang dikatakan sebagai payung orang Melayu.

    TQ Sdr Tan Sri Zam

    ReplyDelete
  14. Salam Tan Sri.

    Sdra seorg Penulis yg telah lama menulis...dan telah menulis sejak dari tahun 60an lagi.

    Dan sy dapati selain memegang jawatan Menteri...sdra masih menulis dan menulis lagi hingga kesaat ini.

    Tokoh penulis berbangsa Melayu selain Tan Sri ialah Dato A Kadir Jasin.

    Selain Tan Sri berdua....diwaktu ini...sy kira tiada lagi mana2 penulis yg setanding dan betul2 aktif....kecuali Tun M dgn Blog Chedet.....Raja Petra....Rocky bru...Apanama dsb.

    Tetapi mereka cuma menulis dlm blog sahaja disamping seperti repoter menulis tentang isu2 semasa....cuma lebih sikit bilamana mereka membuat analisa....memberi buah pandangan...dan mengambil pendirian yg jelas.

    Menulis bukanlah suatu yg susah dilakukan dan tidak juga semudah yg disangka.

    Tetapi bilamana penulis menulis dgn bertujuan memberi gambaran yg lebih jelas...lebih mendlm...lebih bermakna...lebih bererti.....hingga dpt mempengaruhi jiwa pembaca dan adakala mengubah terus pendirian dia selepas membaca mesej dari tulisan tersebut... adalah suatu kerja yg sukar dan memerlu kepakaran khusus.

    Wong Chun Wai dan berberapa lagi penulis Cina berjaya didlm kerja2 ini bilamana hampir 90% org Cina dipengaruhi mereka untuk membenci Umno.

    Tetapi sebenarnya bukan Umno yg mereka tujukan....tetapi 'target' mereka adalah org Melayu..dan kuasa yg ditangan.

    Kini....mereka melangkah setapak lagi dgn menarik 25 org 'prominent Malays' untuk memperjuangkan konsep 'Moderation ala the Star'.

    Disinilah...terletaknya masalah dimana org Melayu telah berjaya dipengaruhi oleh Wong dan pihak Umno tidak berkeupayaan menangkis atau menyanggah....dan ketua2 masih lagi didunia tersendiri.

    Tetapi sdra dgn begitu yakin dan penuh 'commitment' dgn kepakaran menulis telah menulis dan menyanggah kerja kotor Wong ini dgn pantas sekali.

    Tetapi berapa ramaikah org Melayu yg membaca blog sdra untuk memahami semua ini?

    DAP tidak berselindung langsung tentang kecaman mereka pd Umno...Islam dan org Melayu...dibantu kuat oleh the Star dan surat khabar Cina.

    Org Melayu yg tiada Jatidiri......25 'Prominent Malays' termasuk telah dipengaruhi begitu sekali agar menyokong agenda jahat mereka seakan2 org bukan Melayu ditekan oleh pemerintah yg Ekstrim serupa Negara Islam yg lain.

    Ini agenda sebenar mereka...membusuk2kan dan membohongi semuanya.

    Memberi gambaran bahawa 'Moderation' tidak wujud dinegara ini.

    Apa yg ekstrim nya tentang pemerintahan kita?

    Adakah org kafir dibunuh...kuil serta tokong dibakar...gereja dibom...'bible' dirampas.. dibakar....dan babi...arak tidak dibenarkan?

    Tetapi sedih sekali bila org Melayu telah diperdaya dgn dakyah 'Moderation' mereka yg telah DITULIS DGN BEGITU CEKAP DAN BERJAYA MENARIK DAN MEBGUBAH SERTA MEMBUTA HATI DAN MINDA IRG MELAYU SENDIRI.

    Tetapi ramai yg masih juga tidak faham2 bahawa konsep 'Moderation' ini adalah palsu semata2 dan mereka sebebarnya mahu 'Liberalisation'... bilamana 'Equality...dan Meritocracy' akan mudah menyusul.

    Inilah sebenarnya yg mereka perjuang sekian lama pun.

    Justeru itu sy meminta agar sdra dpt terus menulis dan menangkis semua tulisan jahat yg berbaur hasutan dari Wong atau mana2 penulis lain...termasuk Azmi Shahrum..SIS....kerana ini perlu suatu kepakaran yg tidak semua org ada.

    Dan juga membetulkan atau mencabar juga tulisan dan mana2 org Melayu yg serupa lembu dari PAS dan PKR.

    Kalau boleh juga sdra menulis dan memberi ulasan tentang Jatidiri bangsa Melayu yg begitu rapuh dan mudah dihancurkan oleh musuh walau pun pahit untuk diterima.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. mintak maaf...lari tajuk sikit...

    http://headbomb.blogspot.com/2014/12/apa-motif-astro-buat-undang-undang.html

    pihak yg bertanggungjawab sila ambil tindakan...jangan asyik nak bagi amaran je...cara tu dah tak jalan...

    azhar

    ReplyDelete
  16. Setuju sangat dgn Tuan hidup melayu @ 22.40.Musuh kita sebenar adalah DAPig.Strateji mereka amat licik iaitu ENEMY OF MY ENEMY IS MY FRIENDS.So my malay friends,plse know who are your real enemy.

    ReplyDelete
  17. tan sri,

    org2 umno atasan yg berduit kini lebih gemar menghulurkan bantuan pada the star rasanya. barangkali terutamanya presiden yg dgr2 kata sendiri merupakan penaung kempen moderation the star.

    apa sgtlah utusan pada mereka ini.

    ReplyDelete
  18. Bukan ahli yg rosakan parti..tetapi pemimpin..zahid hanya berani dengan golongan melayu tetapi bacul dgn chauvanis2 DAP

    ReplyDelete
  19. terima kasih infonya.....
    sangat menarik dan bermamfaat....

    ReplyDelete