Friday, 26 December 2014

MENTERI PERTAHANAN PULANG HANYA SETELAH DIPANGGIL












HISHAMUDDIN TUNGGU PANGGILAN NAJIB.
KOMEN: Adakah Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Hussein Onn perlu menunggu panggilan Perdana Menteri baru hendak pulang bagi membantu kerja- kerja membantu mangsa banjir  yang di bawah tanggungjawab beliau. Rakyat dalam kecemasan mengingatkan tentera  sebagai harapan utama mereka. Semua ini harus jadi pertimbangan rakyat tentang kedudukannya sebagai calun Perdana Menteri- Anak Kelantan


Gambar  Sultan Perak ,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim membuat tinjauan ke kawasan ditenggelami banjir di Kampung Labit Lenggong bersama Menteri Besar  Perak Zambri Abd. Kadir juga menimbulkan perasaan marah  rakyat terhadap Perdana Menteri.

Lebih buruk anggapan ramai terhadap  kepimpinan Najib apabila Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin Hussein yang juga bertanggungjawab diatas pertahanan awam tidak kelihatan  ditengah mangsa banjir yang sedang menghadapi berbagai kesulitan; kelaparan,keputusan makanan dan minuman, kehilangan harta benda  dan ancaman maut. Di manakah beliau berada? Hishamuddin  sepatutnya berada dalam negara sekalipun berhak untuk bercuti merehatkan badan di mana- mana.

Mustahil Jabatan Kaji Cuaca tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri atau kabinetnya terhadap kemungkinan Malaysia akan menghadapi cuaca buruk,hujan lebat,taufan dan banjir besar  dan kemungkinan dilanda bencana.

Rakyat telahpun maklum setiap hujung tahun, menteri menteri kabinet  mahu merayakan Krismas dan menyambut tahun baru  dalam suasana yang lebih selesa,lebih bebas,lebih seronok terutama mereka dari anak anak keturunan elit yang biasa tinggal lama di UK tetapi kabarnya tahun ini mereka bercuti di Dubai(?).

Hishamuddin Hussein telah muncol sebagai jururucakap yang berkaliber besar dalam menyampaikan maklumat kemalangan MH370  sehingga kerana itu dia diberikan kelayakan oleh seorang wartawan dan kolumnis terkenal The Star untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi kehilangannya ketika 100,000 lebih rakyat di akar umbi berada dalam bencana menimbulkan seribu keraguan terhadap  keperitahinannya menjiwai  harapan rakyat.

Nasib baik Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yasssin berada dalam negara dan sedang cuba meyakinkan rakyat  bahawa Najib terpaksa  bercuti  setelah berkerja keras untuk negara dan beliau telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan bencana yang sedang dihadapi negara.

Dalam keadaan genting, rakyat  memerhatikan dari dekat dengan  sikap yang kritikal  saamada Tan Sri Muhyiddin Yassin berwibawa dan  berkaliber untuk memikul tugas yang sepatutnya di jalankan oleh Perdana Menteri.

Penilaian ini sangat  penting untuk masa depan rakyat dan negara dalam keadaan kepimpinan yang tidak stabil dan tidak menentu sekarang ini.



TERKINI: Menteri Pertahanan Datuk Hishamuddin hari ini ( 29 Disember 2014) telah  mengadakan lawatan ke kawasan - kawasan yang dilanda banjir di Kelantan dan menemui mangsa -mangsa banjir dengan diiringi oleh pegawai -pegawai dan anggota tengera yang menjalankan kerja kerja memberi berbagai  bantuan.




35 comments:

  1. Nampaknya untuk mengelakan isu ini diulangi, ajibgoh dan pakmenteri kini mesti bercuti dipertengahan tahun; dan sebaiknya ambil cuti-cuti Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Cuti terus je la... Kasi jawatan PM ke Muhyiddin awal2 daripada dirampas Anwar on next PRU.

    ReplyDelete
  3. PRU 14 lambat lagi TS Zam.
    TS Zam dulu pun pernah jadi menteri juga.
    Tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Datuk Zam yang blognya merupai perbincangan
      soal kemasyarakatan yang rasional dan bermoral.

      Delete
    2. Diorang terbukti kurang cekap dan tulus dalam pentadbiran kewangan negara, kemestian bercuti bukan hal yang intinya.

      Delete
  4. Salam Tan Sri.

    Isu Najib bergolf sedangkan rakyat ratusan ribu dirundung malang akibat banjir besar bukan isu kecil.

    Menteri Pertahanan Hishamuddin yg juga sepupu pun 2x5.

    Memang tidak salah mereka bercuti....tetapi sbgai ketua No 1 dan antara ke 5 tertinggi negara ini kira sudah melampau.

    Ini yg dikatakan 'moment of truth' saat kebenaran dan wajah sebenar Najib dan Hishamuddin.

    Jgn rakyat pula dipersalahkan jika perasaan mual dan terus benci pd mereka.

    Sikap Najib termasuk Hishamuddin cukup menjengkilkan.

    Walau apa alasan sekali pun..
    rakyat terutama mangsa2 yg ratusan ribu yg dirundung malang tentu tidak akan melupakan begitu sahaja.

    Rating mereka tetap merudum...pihak pembangkang tentu menjadikan ini isu besar.

    Tentu sekali nama Umno parti Melayu terpalit gara2....sekor atau dua ekor kerbau yg membawa lumpur.

    Lekeh cukup lekeh perangai ketua2 Melayu begini.......keterlaluan dan penting diri disamping menikmati segala kuasa dan kemewahan yg melimpah ruah.

    Mereka wajar disingkirkan sahaja.

    Dan seperti sdra lontarkan diatas....bolehkah Muhyuddin memikul tanggung jawab sbgai PM negara?

    Jawapan sy...kenapa tidak?

    Sudah lebih 5 tahun Najib memerintah...apa yg rakyat dapat?

    Masalah demi masalah.

    Melayu dihina dan ugama dicabar sentiasa.

    Dan Najib juga...tanpa berfikir panjang telah termakan dgn dakyah dan muslihat Dap Kafir lakhnat melalui Wong Chun Wai dgn 'Moderation' ala the Star untuk menghentam pemimpin Melayu (dia sendiri) kunon nya ekstrim dan menindas org bukan Islam.

    Ini semua pembohongan belaka.... permainan kafir yg nak menjatuhkan bangsa dan ugama.

    Malang sekali dia tidak nampak begini.

    InshAllah..sy yakin....Muhyuddin boleh menganti Najib.

    Dia telah melihat dan mengerti kehendak rakyat majoriti terutama Melayu tentang kepentingan bangsa dan ugama.

    Harap2 begitu.

    InshAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan,Hidup Melayu!

      Sebenarnya kehebatan Anwar Ibrahim sebagai orang melayu/islam dan juga bekas DPM dalam menjahanamkan kuasa politik orang melayu/umno adalah lebih hebat dari DS Najib mahu pun DS Hishamudin.Hamba rasa AI adalah malaun/melayu yg ke 26 prominent malay!

      Delete
    2. Salam sdra Anonymous 15.07.

      Setuju.
      AI punca besar semua yg terjadi...Melayu diperlekehkan dan Ugama dicabar.

      Tetapi sy juga berpamdangan bahawa ini kuasa Allah untuk kita buat iktibar.

      Andai kata AI tidak melakukan apa yg dia lakukakan dgn menubuh PR....kita Melayu tidak akan tahu wajah sebenar Cina terutama DAP Lakhnatullah.

      Dan juga wajah2 sebenar bangsa Melayu yg hanya pd nama tetapi rendah Jatidiri bangsa seperti Sabu...Mustapha.'spenda'..Zaid Ibrahim...dll serta .25 Melayu yg mengaku mewakili Melayu majoriti kunon yg cuma berminat mengambil hati Cina dari bangsa sendiri.

      Dari sini juga kita berkeupayaan melihat org2 Umno termasuk ketua2 sendiri yg lemah dan penakut.

      Semua ini tetap ada hikmah nya.

      Terima kasih

      Delete
    3. kita kena faham tragedi mh370 mangsanya ramai terdiri dari kaum cina, jadi trpaksalah aljibgor, sepupu menteri pertahanan merangkap menteri pangangkutan berjegil mata tiap tiap malam untuk memastikan nasib warganegaranya.
      berbanding mangsa banjir di pantai timur mangsanya pula terdiri dr org melayu, kerja kerja kampung, menyusahkan, dahla tak pernah bayr cukai, tiap tiap tahun penat nak fikirkan bagaimana nak bagi duit brim pula.
      jadi tek perlulah kalut sgtseperti menghadapi bencana mh370 yg mangsanya walaupun bebera ratus org tapi nilai nyawanya lebih berharga berbanding 200k yg terlibat banjir...wallahuaklam

      Delete
  5. Eh? Kita ada DPM Ke? Ingat Dia Cuma Bayang Bayang Saja!

    ReplyDelete
  6. Dulu mahathir cuti 2 bulan dan anwar memangku..apa jadi....rasa mahyuddin tidak berwibawa anwar....semasa mamali mahathir pun cuti.....tiada pun isu isu seteruk ini..inilah melayu "islam" zaman kini...mempunyai perasangka buruk..adakah ini ajaran islam sebenar nya...kita saksi sesama dihadapan Allah swt nanti...bolih tan sri..

    ReplyDelete
  7. Akan surut serta mertakah banjir yang melanda apabila terpacak kaki Najib atas bumi Kelantan, Terengganu atau Pahang. Seandainya persepsi lebih penting dari perlakuan, maka perlu lah Najib berada dimerata kawasan banjir untuk photo ops.

    Apa yang perlu adalah perancangan, perlaksanaan , fund dan resources, bukan nya ahli politik dan orang kenamaan dalam saat saat genting ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangla banjir tak akan surut serta merta dengan kehadiran Najib. Dan tak siapa minta Najib mengharung banjir dari Kelantan ke Pahang, Johor dan ke utara. Empati dan S-O-L-I-D-A-R-I-T-I yang Najib laungkan bulan lepas perlulah dibuktikan, bukan sekadar menanam tebu di bibir sahaja.

      Delete
  8. Salam TS

    2 sepupu x guna..
    haramjadah...
    Busuk umno kerana 2 ekor katak ni


    Mat Umno Pendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan,

      BusukUMNO kerana sekor sesumpah bangsa....aaat melayu/islam? bernama Anwar Abraham.Akhirnya ketokohanya terserlah dalam menghakis dan memecah belah kuasa politik orang melayu/islam.MELAYU sorang ni berada dalam senarai teratas dalam 25 prominent malay alias TROJAN HORSE puak DAP dan seangkatan dgn nya.Kpd orang melayu yang berangan nak jadi prominent malay haruslah waspada kerana strateji puak ni adalah ENEMY OF MY ENEMY IS MY FRIEND.Ultimate goal mereka ialah to be a puppet master and in total control of everything economically and politically.Dalam peperangan perkara yang amat ditakuti berlaku ialah perbuatan tertembak rakan sendiri orang puteh sebut FRIENDLY FIRE.Kalau ini sering berlaku pihak musuh akan dapat kelebihan tanpa diduga.Manakala moral anggota pasukan sendiri akan merudum.Berhati hati bila berada didalam rumah kaca.

      Delete
  9. Nurulhuda Maarof,Kg Kerunci.29 December 2014 at 06:04

    Menteri Pertahanan ada dalam negara ke? Nampak buat kenyataan untuk menunjukan macam ada dalam negara?

    ReplyDelete
  10. Bagi saya...Najib telah gagal untuk menjadi PM yang baik...yg disanjungi & disayangi oleh rakyat jelata...

    Seorang PM yang dilahir dikalangan golongan bangsawan...tidak pernah merasa susah payah...sukar baginya utk memahami penderitaan rakyat...

    Kalau ketua pun boleh lambat sampai ke lokasi...apatah lagi pak2 menteri yang lain...they are worst...

    ReplyDelete
  11. Najib tolong letak jawatan. Anda memang seorang yang tewas "looser".

    Johormali berkata "Akan surut serta mertakah banjir yang melanda apabila terpacak kaki Najib atas bumi Kelantan, Terengganu atau Pahang. Seandainya persepsi lebih penting dari perlakuan, maka perlu lah Najib berada dimerata kawasan banjir untuk photo ops" Ini adalah kenyataan paling "bangang" dari pelantun perkataan bangang itu. haha

    Bak kata Najib "bangang" betul. Sekarang perkataan itu kembali kepada Najib, rakyat mula mem"bangang"kan Najib malah di "bangang"kan sekali isteri Najib, Sepupu Najib & orang2 yang dekat dengan Najib semua "bangang".

    ReplyDelete
  12. Hishamuddin anak Hussein dah balikke dari kesejukan di luar negara. Zam engkau bohong kata dia dah balik. Di manakah dia berada. Kenyataan yang dibuat adalah arahanannya dari luar negara.- shahiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah balik, dah keluar tv, ada kat kelantan.

      Delete
  13. Banjir dipolitikkan.Cuti PM dan menteri dipolitikkan.Inilah mentaliti pencacai Dapigs dan PKR yg pagi,siang, dan malam masih berpolitik tanpa mengira kesengsaraan mangsa2 banjir.

    ReplyDelete
  14. Apakah dengan ketiadaan Hishamudin bermakna misi menyelamat mangsa banjir tak dapat dilaksanakan dengan baik?... Bukankah pihak berkuasa POLIS dan ATM serta lain-lain agensi sedang bertungkus lumus menyabung nyawa menyelamatkan mangsa banjir. Kalaulah kita tidak mampu untuk membantu mereka .. tak perlulah kita mengeruhkan keadaan... Sepatutnya kita sama-sama membantu NAJIB dan MUHYIDIN , bukannya membabitkan segala kejadian alam dengan ketiadaan mereka. NAJIB lebih mengetahui bila masa Menteri2 nya harus pulang. Najib telah pun pulang dan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan yang memberi semangat kepada anak buahnya yang melaksanakan tugas dengan cemerlang. Tak perlu kita dok menyalak bukit... cuba membuktikan kecacatan dan kecelaan pentadbiran NAJIB sedangkan kita dulupun bukan la seperfect mana pun. Bagus kalau kita sama-sama membantu NAJIB menyelesaiakan masalah rakyat ini. Wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika logik ini hendak dipakai maka tidak perlulah bagi Perdana Menteri Datuk Ser Najib pulang segera ke tanah air dan biarlah semua pegawainnya menjalankan tugas. Maka Hishamuddin tidak lah perlu pulang kerana dia boleh mengarakan tenteranya dari London di zaman teknologi serba canggih ini untuk membantu mangsa mansa bajir. Perdana Menteri beberapa negara meletak jawatan kerana kegagalan atau berlaku malapetaka walaupun di luar kekuasaannya tetapi berbuat demikian kerana hendak menunjukan perasaan tanggungjawabnya dan juga untuk mendidik rakyat supaya lebih mementingkan rakyat dari jawatan
      Kalau anda seorang penasihatnya,maka tidaklah heran jika dimasa Hishamuddin menjadi menteri KDN maka paling banyak jenayah berlaku.- Sudirman

      Delete
  15. Maaf. Saya rasa tulisan ini lebih berjaya menyemai kebencian kepada Kerajaan berbanding Pakatan. Tahniah

    ReplyDelete
  16. Kalau nak cari Hishamuddin ... jangan lah cari kat kedain kopi di Kuala Lumpur..Nak jumpa dia... pakaila baju ujan then pih la ke Pengkalan Chepa ...di Kelantan.. Sure jumpa dia punya.. dah tentu dia sedang bertugas melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Menteri. Kita yang tak menteri nih elok la gi tolong mangsa bnjir atau buat kutipan derma ikhlas....

    ReplyDelete
  17. Salam,memang najib silap strategi.hisham lagi terok.di manakah empati dan simpati ketua yg memahami denyut nadi rakyat.sesal dahulu pendapatan...

    ReplyDelete
  18. Saya hanya tertanya tanya -tanya kenapa banyak malapetaka berlaku di bawah regim Datuk Seri Najib.;Kemalangan bas yang memakan korban besar-besaran, kemalangan kapal terbang bertalu-talu dan di akhir tahun 2014 di bawah eranya berlaku bah besar paling dahsyat dalam sejarah negara yang memakan korban besar dan merupakan trajidi negara.
    Zaman pemerentahan Presiden Indonesia Susilo Bambang Widoyono( SBY) dipanggil oleh rakyatnya sebagai Selalu Bencana Ya(SBY).
    Saya tidak tahu samada Najib pernah memikirkan hal ini tetapi bagi saya Najib bukanlah seorang yang membawa bencana tetapi orang lain yang membawa bencana kepadanya.Rakyat terus berada dalam kebimbangan kecuali jika beliau terus pura pura tidak mengenali pekara yang membawa benca padanya. Rakyat tahu dan Najib tidak boleh terus berada dalam denial syndrome .Beliau mesti berani membuat sesuatu yang drastik untuk menunjukan bahawa beliau sedar akan pekara ini dan membuktikan beliau sebenarnya yang memerentah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Haji,

      Orang yang membawa bencana tak lain tak bukan adalah Anwar ABRAHAM apabila dia berjaya memperdaya Haji Hadi dan Nik Aziz untuk bersekongkol dengan DAPigs dalam menjayakan ajenda jahat mereka.Musibah mungkin akan terus bertimpa timpa jika umat islam/melayu masih enggan bersatu.Mungkin semua yang berlaku ini adalah petunjuk dari yang MAHA ESA atau KITA memilih untuk terus berada dalam denial syndrome,ego,sombong dan keras kepala.

      Delete
    2. najib dan anwar sama sama pelakon bangsawan..bezanya najib bernasib baik menjadi pelakon hero, manakala anwar sebagai pelakon krok..apa pun dah terbukti kedua duanya sama hebat dan amat bekerjasama bagi menjayakan episod seterusnya bernama pru14..selamat menonton ...

      Delete
    3. Al-Juburi tu adalah Freemason budak suruhan Zionis kan, semua orang dah termaklum? Bukankah, di seluruh dunia pun jenis Zionis sudah lama bersekongkol dengan puak Islamist (PAS dan lain-lain) berasal-usul kerajaan Saudi-Wahhabi. Dulu Anwar orang kuat dalam penyebaran agama Saudi Arabia.

      Delete
  19. TS Zam menteri-menteri kita sudah pulang dari luar negera.
    Badan sahaja di Malaysia.Seluruh pemiikiran dan naluri masih diluar negera.
    Itulah standard menteri kita.

    ReplyDelete
  20. Rakyat berhak tahu apa isikandung golf diplomacy Hawai 5-0...Adakah berkaitan MH370,UkraineMH17,pakatan NATO/Warsaw atau South East Asia.

    ReplyDelete
  21. berderet deret komen pasai anwar...ape kena mengena menteri mkn angin luar negeri...sampai kena paksa balik ..dgn anwar..aku pun jadi pelik...hadoiii

    ReplyDelete
  22. 1. Sdr Zam, benar makan kata saudara iaitu Unit Komunikasi JPM perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai PM bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar.

    2. Tetapi saya yakin Saudara sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf.

    3. Sebelum Mohd Najib naik jadi PM, saya dan beberapa orang wartawan kanan menemui beliau dan antara yang kita sebutkan kepada beliau ialah peri pentingnya menangani pengaliran maklumat.

    4. Saudara dan saya pasti nostalgia mengenai pertemuan berjadual yang berlaku antara para pengarang dan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Di belakang tabir kita berbincang dan berbahas secara terbuka. Kita bersetuju dan tidak bersetuju.

    5. PM sekarang mempunyai ramai pegawai dan penasihat media, termasuk dari luar negara. Mungkin kerana terlalu ramai dan mereka pula setia atau takut kepada banyak pihak, maka tidak ada kata sepakat menangani sesuatu masalah atau krisis.

    6. Para pengarang dan wartawan pula tidak mempunyai kuasa mutlak lagi. Mereka memberitahu saya yang mereka terpaksa akur kepada banyak "wahyu".

    7. Bayangkan kemungkinan bukan semua "wahyu" ini memihak kepada PM. Apa kata ada di kalangan mereka yang bermain kayu tiga dan menjadi api dalam sekam?

    Wallahuaklam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete