MELAYU BUTA DAN HAPRAK PADA PANDANGAN TAN SRI RASYID (lihat berita di bawah)
Komen: Adakah Tan Sri tujukan kepada beberapa orang diantara 25 Melayu ternama yang tiba-tiba mempunyai kesedaran politik terhadap bangsa dan agama tetapi nampak macam rusa masuk kampong- Nasution KL
Pemerhati sosial dan politik yang tajam pemikirannya dan sensitif dengan kesedaran nasional akan dapat merasakan bahawa kempen MODERATION yang sedang dijalankan oleh akhbar The Star menerusi manipulasi berita,rencana ,pengajuran forum dan sebagainya telah berjaya memprojekan perundangan Islam dan nasionalisme sebagai masalah besar kepada pembangunan masyarakat wasatiyyah di negara ini.
Tanpa sedar atau kerana tidak dapat membaca ajenda tersembunyi atau yang tersirat ,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) , Jamil Khir dengan bangga menyarungkan baju moderation The Star bersama dengan anggota anggota Jawatankuasa Kabinet untuk Agama dan Harmony.Bilakah jawatankuasa ini ditubuhkan?(Lihat gambar di Star muka 16, 10 Disember 2014).
Jamil Khir tentunya tidak nampak hipokrasi disebalik kempen moderation ini kecuali jika beliu meneliti sebahagian besar berita dan rencana sosial dan politik yang tersiar di akhbar ini.
Disebalik jargon moderation yang gagah ini , saya ingin bertanya akhbar manakah yang membesarkan berita bantahan paderi -paderi Sarawak terhadap larangan bertulis di Bible yang dicetak di Selangor dari diedarkan di Selangor?.
Baginda Sultan Selangor menjelaskan bahawa larangan itu bertujuan supaya cetakan di Selangor tidak di bawa kembali ke Selangor kerana bersalahan dengan Enactment negeri Selangor 1988.(lihat Star 11 Desember 2014 muka 2 tetapi hal ini tidak ditunjulkan)
Star 13 December 2014 menerbitkan berita belum rasmi mengatakan kerajaan Melaka mahu memaksakan tulisan jawi pada papantanda semua sekolah termasuk sekolah- sekolah Kristian (missionary). Ini adalah provokasi yang disenghajakan untuk menimbulkan kemarahan bukan Islam sedangkan pekara itu belum ada pengesahan dan dinapikan oleh pihak berkenaan.
Jawi adalah Arabic script yang dianggap sebagai tulisan Islam tetapi orang Cina tidak sensitif untuk tujuan perniagaan, banyak kedai kedai Cina yang menggunakannya termasuk di KLCC. Inilah cara halus Star memainkan kebencian orang Cina kepada Islam dan untuk menunjukan tindakan melampau orang Islam. Sepatutnya pekara sensitif bagini tidak disiarkan kecuali telah rasmi.Akhbar bukan media social apatahlagi akhbar ini didukong oleh MCA. Bagitu mudah Star terlepas memainkan api perkauman dan agama. Beri pubisiti pada menteri menteri, semua dilupakan.
Star 8 December 2014 siarkan berita bertajuk Debate on Islamic laws welcome di muka 6 kerana menurut anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menyokongnya, undang-undang Islam mulai melibatkan sensitiviti bukan Islam tetapi tidak dipromokan pula sokongan kepada Akta Hasutan 48 supaya Star khususnya tidak mendakwahkan kepada orang Islam untuk turut merayakan hari Esterday . Star pernah berbuat demikian diatas Keretaapi Tanah Melayu yang terpaksa dinapikan oleh KTM sebagai anjurannya. Jika di Singapura pengarang akhbar ini telah ditangkap.
Star 10 December 2014 menyiarkan berita Support call for dialogue on Islam yang antara lain tentang 25 orang ternama terrdiri dari bekas pegawai pegawai tinggi kerajaan yang kesal berlakunya pertikaian aplikasi undang -udang Islam di negara ini. Siapakah yang menimbulkan pertikaian ini?Adakah hanya di pihak orang Islam dan undang-udang Islam? Tidakkah kerana bukan Islam tidak mahu menghormati atau sengahaja tidak mahu memahami undang undang Islam kerana mahukan persamaan hak yang menimbulkan persengketaan sekarang?
Di Singapura kerajaan pernah menangkap pendakwah Kristian yang cuba menyebarkan risalah Kristian kepada orang Islam tetapi di Malaysia paderi -paderi Kristian dari Sarawak membantah penampalan larangan pengedaran Bible yang dicetak di Selangor sedangkan menurut baginda Sultan Selangor "1988 enactment has been breached and this was to ensure that Bible containing the word Allah did not return to Selangor"(lihat Star 11 December 2014 muka 2)
Kenapa Star nak membesarkan lagi cerita ini sedangkan kata Sultan Selangor ACS( Association Of Churches in Sarawak) sedar akan perkara ini dan bahawa Bible mengandungi perkataan Allah tidak boleh dicetak di Selangor dan baginda berharap pekara ini tidak akan berulang lagi.
The Star 11 December 2014 menyiarkan satu lagi berita: Panel: Hold Dialoge on position Of Islam . dengan penekanan di para pertamanya pendapat Prof Emiritus Dr Shad Saleem tentang " Leaders must show moderation and mould public opinion in the on going dispute over the position and application of Islamic laws in the country."Kenapakah lagi-lagi penekanan terhadap undang-undang Islam sahaja untuk moderation?.
Kenapa tidak diberikan perhatian terhadap perlunya pengukuhan Akta Hasutan 48 bagi mempastikan moderation di semua pihak?.
Siapakah dibelakang kemuncolan 25 orang Melayu yang dikatakan ternama yang terdiri dari beberapa orang pegawai tinggi persara termasuk bekas duta yang selama ini tidak pernah dikenali yang menuntut supaya diadakan dialog untuk merasionalisasikan kedudukan Islam di negara ini( Star 8 December 2014) yang diikuti berita sokongan dari pemuda MCA :Support call for dialogue on Islam.
Adakah hanya perbincangan mengenai masalah undang -undang Islam dan nasionalisme sahaja yang akan dapat membantu mewujukan masyarakat sederhana di negara ini?
Kenapa tidak bincangkan penolakan bekas Ketua Pengarang The Star June H.L Wong terhadap Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan sebagai bertentangan dengan kempen moderation?
Dalam tulisannya bertajuk Tie a carrot to the big stick too di Star pada 3 December 2014 para 12 , June berkata " In addition this country really need to start speaking the same language and I don't mean Bahasa Malaysia." Apakah maksudnya? kenaapakah dia perlu menegaskan ini? Perasaan Melayu tidak diambil kira. Bacalah tulisan ini yang menampakan keraguan penerimaannya terhadap Akta Hasutan 1948. Inilah jenis manusia Malaysian di Star atau orang yang mendukong akhbar MCA.
25 orang Melayu ternama wajar sedar mengapakah Star hanya menekankan kepada masalah yang didatangkan oleh undang-udang Islam tetapi kenapa tidak kepada berbagai cabaran kepada Perlembagaan yang didatangkan oleh orang bukan Islam terutamanya orang Cina yang telah sekian lama hidup disini tanpa prasangka buruk terhadap orang Islam dan Melayu yang tiba tiba menjadi keloh kesah dan melihat negara ini tidak selamat bagi orang bukan Islam terutama orang Cina.
Persara-persara kerajaan yang melalui proses pembentukan masyarakat Malaysia bersama dengan Tun Abdul Razak,Tun Ismail dan Tun Mahathir tentu lebih memahami kedudukan ini kecuali mereka yang telah terlalu lama berpisah dari negara ini.
25 Melayu ternama harus waspada agar mereka tridak menjadi alat kepada The Star yang mempunyai ajenda tersembunyi yang setakat ini telah berjaya menimbulkan prasangka buruk terhadap NGO - NGO Melayu yang memperjuangkan Islam dan nasionalisme Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan. Star membangunkan imej mereka sebagai extremist Islam dan pelampau perkauman.
Adalah tidak wajar bagi 25 Melayu ternama ini sebaik sahaja muncul menjadikan diri mereka sebagai musuh kepada gulongan NGO ini dan salah seorang dari mereka telah pun mengecam orang Perkasa dan Isma sebagai tidak berpelajaran dan tidak mempunyai kelayakan yang setaraf dengan mereka dan sebagainya.
Inikah sifat bijak dan kewarasan Melayu ternama bekas persara kerajaan yang hendak menampilkan diri sebagai berada dalam gulongan moderate dan global? Sombong dan bongkak.
Tahniah kepada The Star kerana telah berjaya melagakan antara orang Melayu dan Islam,memisahkan antara rakyat akar umbi dengan gulongan elit yang sukar untuk memahami perasaan rakyat bawah.
Diharap ternama Melayu sebelum berdialog dengan bukan Islam lebih dahulu mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk mempelajari dan mengimbangi pemikiran mereka .Penerangan Sultan Selangor nampaknya lebih jelas dari pegawai agama sendiri.(lihat Star 11 December)
Masalah yang dihadapi amat senstif dan perlu diimbangi dengan pemikiran dan hasrat majoriti rakyat yang menyokong kerajaan.
WE CANNOT SETTLE THE MATTER OVER A GLASS OF WHISKEY
FROM MALAYSIAN INSIDER 13 Disember 2014
TAN SRI RASYID: MELAYU TENTANG PERKASA BUTA DAN HAPRAK

Kumpulan Melayu yang bersama-sama penentang dan pengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) adalah kumpulan yang "buta" dan "haprak", kata Naib Presiden Perkasa Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, pertubuhan itu juga kini sedang diuji dengan serangan dan tohmahan yang dilakukan kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.
"Perkasa sedang diuji, bila ada orang mula serang bermakna ada yang gerun dengan kita, mereka akan akan cari ruang untuk cari apa yang Perkasa perjuangkan.
"Saya harap orang yang buta Perkasa ini celik, tidak sepatutnya mereka mengejek dan mencemuh kita. Lebih menyedihkan, ada orang Melayu yang mencemuh kita.
"Inilah Melayu haprak yang kita perlu ubah pemikiran mereka," katanya berucap merasmikan Persidangan Tahunan Wira Perkasa Malaysia 2014, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
"Kalau tidak mahu bersama kita tengok sahajalah apa yang kita lakukan," tambahnya.
Beliau berkata, Perkasa tidak memusuhi mana-mana kaum dan agama, sebaliknya hanya memperjelaskan kedudukan Melayu dan Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Kita hanya jalankan aktiviti mempertahankan agama, memperkuatkan kedudukan bangsa. Itu sahaja, tanpa menyentuh hak-hak pihak lain.
"Kita perlu bersama-sama kaum lain, dan mendapatkan hak yang perlu diperolehi kita semua," kata Rasyid.
Beliau berkata, kepimpinan Umno juga semakin hari semakin "sakit" dan terdapat banyak perubahan perlu dilakukan parti Melayu itu.
"Saya tidak benci Umno, tetapi orang Umno kena faham, banyak yang perlu diubah.
"Ada pemimpin Pemuda, tapi macam tidak berfungsi, jangan berjalan macam itik, jaga Pemuda itu," katanya, dipercayai merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Rasyid berkata, Perkasa juga tidak pernah berniat mencetuskan ketegangan, sebaliknya parti politik seperti DAP seringkali mencetuskan sentimen sedemikian.
"DAP adalah satu daripada pihak yang menimbulkan ketegangan.
"Mereka cuba sekat pengembangan agama Islam," katanya. – 13 Disember, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/melayu-yang-cemuh-kami-melayu-haprak-kata-naib-presiden-perkasa#sthash.X3hsr27B.dpuf
Malangnya Pas sendiri mahu mengambil kesempatan untuk memprojekan dirinya bersama dengan gulongan yang liberal dalam pandangan terhadap perundangan Islam di negara ini sedangkan ekornya sendiri bergelomiang dengan najis, dengan cita cita mahu menegakan hudud.
ReplyDeleteMaka itu bolehkah kita percaya suara Mahfuz dan Khalid Samad. Hati -hatilah bukan Islam antara kejujuran dan hipokrasi,antara cita cita politik dan matlamat dan dasar Pas kecuali jika Pas dikuasai oleh Anwar Ibrahim .
PAS itu adalah pangkalan ideologi Islamist berdasarkan sokongan Saudi-Wahhabi. Said Qutb dan Muhammad ibn Abdul Wahhab adalah personaliti dalam Islam yang mengesahkan "offensive jihad" untuk mencapai kekuasaan politik dana daulat. Dan Anwar Ibrahim naik pangkat dalam ruang politik dulu kala pun melalui penyebaran polemik Islamist ini.
DeletePada hari ini ternyatalah apa akibat "Islamic State" yang di ajukan Said Qutb dan Muhammad Abdul Wahhab itu terbukti huru hara di Syria dan Iraq.
Saya ingat betina Star ini dulu melawat ke Jepun dan bila pulang dari Jepun telah memberikan gambaran memasuki semula Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat. Tetapi saya heran dia masih selamat dan bebas di negara ini.
ReplyDeleteSaya mengesyaki ada orang di belakang kemuncolan 25 Melayu ternama ini. Tujuannya adalah untuk mengimbangi suara Tan Sri Zaman Khan, Tun Haniff Omar dan lain lain pegawai tinggi polis dan lebih dari itu adalah untuk menunjukan bahawa suara mereka juga boleh mengimbangi suara Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid tetapi saya tak kenal semua orang ternama ini dan apakah jasa mereka kepada negara sebelum ini kecuali sebagai pegawai tadbir dan deplomat .kerajaan.
ReplyDeleteSaya harap mereka juga cerdik dan tidak terbawa dalam arus yang dibawa oleh The Star.
Saya berbangga dengan 25 orang ternama Melayu ini tetapi saya berharap mereka tidak menjadi Pak Turut dalam usaha The Star untuk menumpukan usaha bagi memburukan perundangan Islam di negara.
ReplyDeleteOrang orang ternama ini sewajarnya menjadi check and balance kepada pendekatan moderation Star supaya mereka tidak terlihat sebagai anti Islam dan hanya menumpukan perhatian kepada kelemahan undang-undang Islam sebaliknya juga mendedahkan institusi perkauman Cina yang berat sebelah,yang tidak mengambil berat terhadap perbuatan Alvin menghina Islam dan lain lain..
Itu kenapa Mahyuddin kena bangkit !
ReplyDeleteAtau sekurang-kurang wujud satu badan pengimbang yang bertunjangkan acuan Malaysia menangani "the biggest culprits" yang menjahanamkan perpaduan dengan menujah bertubi-bertubi syariah dan Perlembagaan perihal Melayu dan Islam !
Melayu tidak boleh lemah. Mereka sekarang menyemarakkan wajah-wajah hipokrit bersandarkan hak asasi dan membantai Islam bertubi-tubi, sambil melindungi institusi-institusi utama mereka yang di gerakkan cara bersepadu !
Tidak tahu kenapa Kerajaan dan Utusan selalu menjadi mangsa, sentiasa kalah dalam kes yang begitu jelas provokasi dari kesalahan dari mereka dengan saman malu / gantirugi? Bukankah impak nya tidak lain "melemahkan" sistem perundangan sedia ada ?
Perkemaskan lah segera Akta Hasutan menutup lompang-lompang teknikal yang mengabaikan "hak asasi Melayu Islam" yang nyata nya tidak akan di tulis dalam senarai mereka.
Lemah peminpin lemahlah kepimpinan ... lemah kepimpinan kuatlah lawan ... kuat lawan akurlah peminpin yang lemah maka slogan if you can't beat your enemy ... joint them akan digunakan ... maka apabila pakatan pembangkang minta akta pencegahan dihapuskan ... maka terhapuslah akta itu ... apabila pembangkang minta akta hasutan dihapuskan ... pemimpin yang lemah itupun memilih golongan dari pembangkang membuat draf undang2 bagi menggantikan akta hasutan ...
ReplyDeleteItulah tahap peminpin yang ada dalam umno sekarang. Lemah lembik dan lemau
Dato'...
ReplyDeletemasa menjadi MP dan menteri dulu, adakah the star ni tidak seperti yang di tulis sekarang...
dulu the star ada handicap untuk horse racing....sekarang dah tak ada..tapi NST tetap.bagi laporan tentang race card, dividen dan post mortem lagi...
..
....isu 1MD tak nak buat perincian ke Dato'
Adakah dengan itu membuktikan Star sudah pro Islam dan Melayu atau sudah tidak anti Perlembagaaan Negara.
DeleteKaki main judi dan minum arak pun ada yang kental nasionalisme mereka.
Saya ingin mendapat penjelasan dari media team Jabatan Perdana Menteri adakah akhbar The Star diberikan tanggungjawab untuk memfokuskan kepada extremisme agama khususnya Islam dan nasionalisme Melayu sebagai halangan kepada usaha merasionalisasikan masyarakat Malaysia atau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara moderate.
ReplyDeleteSaya dan rakan rakan saya akan mengambil kesimpulan sebagai inilah kehendak Perdana Menteri Datruk Seri Najib jika saya tidak mendapat jawapan dalam beberapa hari lagi.
Dan saya juga ingin mendapat maklumat apakah benar kempen moderation yang dijalankan oleh The Star ini adalah atas rastu PM malah ada yang mengatakan dibiayai oleh Jabatan Perdana Menteri.
Musuh dlm selimut telah keluar dan menampakkan wajah.Namun kita memilih untuk bermusuhan sesama sendiri.Malang.Tidak sedar kekuatan yang ada pada diri.Lebih lebih lagi kalau berpakat untuk telanjangkan musuh yang keluar dari selimut!.Tidak perlu gusar dengan mereka yg telah istihar memusuhi kita.Namun a
ReplyDelete